Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 31 Januari 2010

Umno K'tan tiada kuasa bertindak ke atas Ku Li


Jan 31, 10 4:00pm

Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya Majlis Tertinggi Umno yang boleh membuat keputusan dalam soal itu.

"Ia bukan bidang kuasa Umno Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di Jeli hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Umno Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Berikutan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

Mustapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh (kiri, berbaju gelap) itu.

Sementara itu, dalam majlis perjumpaan khas dengan Umno Bahagian Pasir Puteh di PASIR PUTEH malam tadi, Mustapa berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan akan menemui perdana menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Apabila tarikh diperolehi satu rombongan akan menemui perdana menteri yang turut disertai anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan kerajaan pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak dan jumlah itu merupakan lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

- Bernama

Kes kepala babi: Polis ambil keterangan 10 individu


Jan 31, 10 8:38pm

Kira-kira 10 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penemuan empat kepala babi hutan di dua masjid di Petaling Jaya Rabu lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Mereka yang diambil keterangan termasuk ahli jawatankuasa masjid berkenaan, katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang diambil keterangan itu.

Polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan masjid termasuk di plaza tol berhampiran masjid berkenaan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab, katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Kempen Balik Kampung-Rumah Selamat' sempena perayaan Tahun Baru Cina di Subang Jaya hari ini.

Khalid berkata pihak polis "sudah ada beberapa petunjuk, namun kita tidak boleh dedahkan lagi kerana ianya akan mengganggu siasatan."

Rabu lepas, empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

- Bernama

Umno 'pikat' PKR untuk tumbangkan Pakatan Rakyat


Salhan K Ahmad
Jan 31, 10
3:02pm
dikemaskini 4.44pm

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

"Saya anggap panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik.

"Saya tampil untuk buat penjelasan ini atas tanggungjawab saya kepada orang dalam kawasan saya," tambahnya.

MalaysiaKini

Peluit: Masalah melobi ini tidak akan berakhir selagi ada kuasa RM. Ketulenan perjuangan juga satu hal. PKR pun mengikut sejarahnya adalah serpihan UMNO, bukan mustahil satu hari PKR akan dibubarkan atas alasan perpaduan. Ini pernah berlaku kepada Semangat 46; Parti politik yang kini tinggal sekadar kenangan.

Tak pasti bagaimana penerimaan DS Anwar dalam masalah melobi ini. Apatah lagi bilamana dia telah tiada lagi, apakah PKR punyai kekuatan tanpa DS Anwar sebagai tunggak perjuangan PKR.

Sabtu, 30 Januari 2010

Kalimah Allah, pemimpin Islam dan Kristian berdialog


Jan 30, 10 9:52pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dialog tertutup di antara pemimpin Islam dan Kristian telah diadakan bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah salah satu usaha kerajaan bagi menyelesaikan isu sensitif tersebut selain membawanya ke mahkamah.

Dialog tersebut menjadikan cadangan penubuhan satu suruhanjaya antara agama tidak lagi perlu diberi perhatian.

Katanya, pada masa ini dialog tertutup yang dilakukan berterusan sudah memadai untuk menangani isu berbangkit.

Muhyiddin Yassin berkata dialog tertutup itu juga dapat membantu mewujudkan persefahaman, menimbulkan suasana aman dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat majmuk di negara ini.


"Kita tidak perlukan suruhanjaya antara agama. Pada ketika ini kita tidak fikir yang ia sesuatu yang perlu, tetapi dialog berterusan antara kumpulan yang mewakili agama-agama...Islam dan bukan Islam...sudah memadai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Idealisme Generasi Muda di Angkasapuri di Kuala Lumpur, hari ini.

"Kadang-kadang faedahnya lebih baik begitu (secara tertutup)...ini cara berhemah pasal bukan ada kepentingan politik.

"Ini untuk mencari satu titik pertemuan, mewujudkan persefahaman, menimbulkan suasana yang aman dan saling hormat-menghormati," katanya.

Berdialog dengan mahasiswa

Bernama pula melaporkan pada majlis itu, Muhyiddin turut berdialog dan menjelaskan pelbagai isu semasa yang dibangkitkan mahasiswa Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara serta wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu, Muhyiddin melancarkan laman web politik rasmi pertama beliau My-Malaysia, yang antara lain memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan politik, koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.

Laman web itu juga mempunyai medium interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my.

"Hari ini, saya telah lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap saudara-saudari akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa sahaja isu," katanya ketika berucap melancarkan laman web itu.

Muhyiddin berkata penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka.

"Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota-anggota Kabinet juga telah diminta untuk berinteraksi dengan rakyat melalui media sosial itu.

"Justeru itu, saya ingin ingatkan anak-anak muda untuk menggunakan media sosial dan membuat kritikan secara berhemah. Walaupun kita berbeza pendapat, usah ketepikan adab dan budaya," katanya.

MalaysiaKini

Isnin, 25 Januari 2010

Chong Wei terus di puncak (Sukan)




DATUK Lee Chong Wei dan beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mempamerkan aksi bertenaga untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam.

Selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lepas, Chong Wei sekali lagi menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei dan kemenangan keenam pada Terbuka Malaysia selepas muncul juara pada edisi 2004, 2006, 2006 serta 2008 dan 2009.

Begitupun rekod kejuaraan terbanyak Terbuka Malaysia masih lagi menjadi milik seorang lagi pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali di era 40-an dan 50-an.

Menurut Chong Wei, meskipun selepas enam kejayaan, namun dia masih belum puas dan ingin menambah seberapa banyak kejuaraan Terbuka Malaysia sebelum bersara daripada sukan badminton.

"Sebenarnya, saya tidak sangka berjaya mengekalkan prestasi sehingga hari ini (semalam) terutama selepas berasa letih pada aksi Terbuka Korea minggu lepas," kata Chong Wei.

"Saya bertambah letih selepas beraksi dalam rubber set pada pusingan kedua dan ketiga di sini.

"Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk mencatat kejuaraan kedua berturut-turut buat pertama kali dalam karier.

"Saya juga ingin terus menang pada kejohanan ini bukan sahaja untuk mengatasi rekod Peng Soon tetapi ingin mencatat rekod yang lebih cemerlang sebelum bersara."


CHONG WEI mudah menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana untuk meraih gelaran kedua Super Series berturut-turut.


Dalam pada itu, Chong Wei juga berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada Terbuka Switzerland dan Seluruh England pada bulan Mac selain menyasarkan untuk membantu pasukan Malaysia mencatat keputusan terbaik pada Piala Thomas, Mei depan.

"Bagi tahun 2010 ini, saya harap saya dapat mengekalkan prestasi terbaik pada Seluruh England dan Terbuka Switzerland selain pada Piala Thomas," kata Chong Wei.

"Saya tahu, disebabkan faktor usia, proses untuk saya kembali pulih daripada keletihan lebih lambat berbanding pada usia yang lebih muda.

"Disebabkan itu, saya harus lebih selektif dan memilih kejohanan yang akan disertai. Bagaimanapun, saya akan tetap beraksi pada Seluruh England, Terbuka Switzerland dan juga Piala Thomas akan datang."

Sementara itu, beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara selepas menewaskan beregu pilihan keenam, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 dari China.

Kien Keat-Boon Heong mengambil masa kira-kira 55 minit untuk mengulangi kejayaan sama pada tahun 2007.


BEREGU lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (kiri) tepati ramalan menjadi juara Terbuka Malaysia semalam.


"Terbuka Malaysia merupakan antara kejohanan Super Series terawal tahun ini dan kejayaan di sini merupakan suatu permulaan yang baik buat kami," kata Kien Keat.

"Selepas ini kami akan terus menjalani latihan untuk merampas kembali kejuaraan pada Seluruh England akan datang."

Acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pula menjadi milik China. Wang Xin muncul juara perseorangan wanita apabila lawannya, Bae Youn Joo dari Korea Selatan menarik diri selepas ketinggalan 21-19, 17-21, 6-14 akibat kecederaan pergelangan kaki.

Du Jing-Yu Yang pula menundukkan beregu senegara, Ma Jin-Wang Xiaoli 21-16, 21-12 pada perlawanan akhir beregu wanita, sementara Tao Jiaming-Zhang terpaksa bekerja keras untuk menundukkan beregu Denmark, Thomas Laybourne- Kamilla Rytter Juhl 19-21, 21-18, 21-15 dalam acara beregu campuran.

Kosmo!

Tamar Jalis manusia misteri (Delima Merkah)

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.


FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.


NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.




“Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

“Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

“Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu,” katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

“Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah,” ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

“Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

“Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki,” ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

“Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

“Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

“Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

“Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam,” ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

“Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang,” kata beliau.


BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.


Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

“Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

“Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

“Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

“Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu,” katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

“Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia,” ujarnya.

Kosmo!

Wanita ke-19 dibayar RM1.7j (Sukan)

2010/01/25

FLORIDA: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods membayar AS$500,000 (RM1.7 juta) untuk menutup mulut seorang wanita Britain yang menjalin hubungan seks dengannya selama 18 bulan.

EMMA kenal Woods di kelab Blue Martini, Orlando
EMMA kenal Woods di kelab Blue Martini, Orlando

Ibu dua anak, Emma Rotherham, 42, menerima bayaran itu selepas berjanji tidak akan mendedahkan hubungan sulit mereka.

Wanita ke-19 yang pernah ditiduri Woods, 34, menerima bayaran itu dalam bentuk wang tunai daripada seorang daripada pengawal peribadi bintang golf itu.

Tindakan itu dibuat bagi memastikan tiada lagi wanita didedahkan sebagai wanita pelampias nafsunya.

Namun, sumber rapat berkata, Emma adalah wanita simpanan terbarunya.

"Hubungan mereka intim dan Emma menerima puluhan sms dan e-mel, ada di antaranya ketika Woods berusaha memulihkan hubungan dengan isterinya, Elin Nordegren.

"Andai berita ini didedahkan, pasti nasib Woods menjadi lebih buruk. Hakikatnya, beliau memuja Emma, begitu juga Emma.

"Emma sentiasa mudah dihubungi kerana menetap berhampiran rumah Woods di Isleworth, Florida.

"Wang itu menyebabkan Emma yang menandatangani kontrak merahsiakan hubungan itu berdiam diri.

"Yang pasti beliau gembira dengan bayaran yang diperolehnya," katanya.

Woods didakwa sentiasa berhubung dengan Emma meskipun ketika mengumumkan kepada dunia cuba menjadi suami lebih baik kepada isterinya.

Woods memastikan Elin tidak mengetahui hubungannya dengan Emma yang memiliki anak perempuan berusia 16 dan 25 tahun.

Emma pindah ke Florida empat tahun lalu dan bertemu Woods pertama kali di kelab Blue Martini, Orlando pada Mei 2008.

Sumber mendakwa Woods tertarik dengan tubuh Emma dan selepas pertemuan pertama di kelab, mereka bertemu lagi di pejabat Woods di Windermere.

"Woods tertarik dengan tubuh Emma dan sentiasa meminta gambarnya dengan hanya memakai pakaian dalam dikirim kepadanya."

Woods turut didakwa merungut mengenai isterinya dan menceritakan jadual hariannya kepada Emma.

"Woods cuba bertemu Emma sekurang-kurangnya sekali seminggu, termasuk ketika Elin hamil anak kedua mereka," kata sumber itu lagi. - Agensi

Tindakan pantas redakan keadaan


2010/01/25

PUTRAJAYA: “Tindakan pantas polis menyelesaikan kes (bakar dua surau di Muar, Johor) dalam tempoh 48 jam berjaya menolak pelbagai spekulasi dan meredakan perasaan rakyat pelbagai kaum yang mahu keamanan dan keselamatan dinikmati mereka terus dipertahankan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Menurutnya, penahanan empat lelaki terbabit membuktikan polis memang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, intergriti, adil dan tidak memilih kasih.

“Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian cuba membakar dua surau di Muar, Johor, Khamis lalu. “Kita juga dapat melihat bagaimana polis bertindak dengan penuh integriti tanpa perlu berselindung apabila salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu adalah anak kepada anggota dalam pasukan polis sendiri,” katanya.

Hishamuddin berkata, apa yang dilakukan itu jelas membuktikan siasatan dilakukan telus dan tidak mengambil kira latar belakang. Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin, mengenai kejayaan polis menahan empat lelaki berusia di antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak anggota polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu. Susulan kejadian itu, Hishammuddin berkata, beliau sudah mengarahkan polis meningkatkan pengawasan bagi memastikan insiden pembakaran surau atau rumah ibadat lain tidak berulang pada masa depan.

Menurutnya, polis juga perlu mengambil kesempatan keadaan semasa bagi mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan penduduk setempat dalam usaha berterusan memerangi kegiatan jenayah, sekali gus mampu meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat.

MyMetro.

Peluit: Seperti yang dijangkakan memang amat bahaya bermain api, jika kita orang Islam berani membakar atau melontar bom api terhadap gereja bukan mustahil kaum beragama lain akan berani membakar Surau atau Masjid tempat kita beribadah.

Nampaknya cita-cita kerajaan untuk menguar-uarkan 1Malaysia semakin tercabar.

1,000 anggota polis kawal Batu Caves

2010/01/25

SHAH ALAM: Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 pegawai dan anggotanya di kawasan sekitar Kuil Batu Caves selama empat hari bermula Khamis ini sempena sambutan perayaan Thaipusam.

SHAH ALAM: Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 pegawai dan anggotanya di kawasan sekitar Kuil Batu Caves selama empat hari bermula Khamis ini sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata anggota polis berkenaan akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik selain mengawal lalu lintas yang dijangka sesak pada hari kemuncak.

Menurutnya, beliau juga sudah menerima taklimat Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berhubung persediaan yang dibuat bagi menjamin keselamatan sepanjang perayaan itu berlangsung.

“Polis akan mengawal di situ selama 24 jam bagi menjamin semuanya berjalan lancar.

“Selain itu, kami berharap orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa selain tidak melakukan perbuatan tidak senonoh bagi memastikan tiada insiden tidak dingini berlaku,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung ke-6 Kelab Harmoni Selangor di Kelab Warga Emas, Seksyen 24 di sini, semalam.

MyMetro


Sabtu, 23 Januari 2010

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar


Jan 23, 10 12:43pm
Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.

Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam - kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Ismail berkata, suspek, termasuk seorang daripadanya bekerja sebagai pelayan dan seorang lagi penganggur, tinggal berdekatan surau tersebut.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan motif sebenarnya perbuatan tersebut belum diketahui.

Menurutnya, polis telah mendapat perintah reman ke atas mereka.

Penangkapan mereka dibuat selepas 15 orang ditahan reman ekoran insiden serangan ke atas gereja.

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat, sebahagian besarnya, gereja menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme.

Insiden itu dipercayai tercetus ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu, yang mengetepikan arahan kerajaan melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi 'God'.

Keputusan itu membolehkan mingguan Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam ver

si bahasa Malaysianya.

Ekoran itu, kerajaan telah merayu terhadap keputusan tersebut dan berhujah bahawa perkataan Allah adalah eksklusif untuk orang Islam sahaja.

Jumaat, 22 Januari 2010

Sultan Johor mangkat


JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Berita Harian

Khamis, 21 Januari 2010

Blog Mencaci Islam dari Indon

Pemblog ini amat membenci Islam hingga sanggup mencaci & mengaibkan agama Islam. Seharusnya kerajaan Indonesia segera menghukumi pemnlog ini agar Indon tidak sampai dilaknati Ilahi nanti.

http://beritamuslim.wordpress.com

Rabu, 20 Januari 2010

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak


Rahmah Ghazali
Jan 20, 10
2:26pm
Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

M

enurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang

media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.

MalaysiaKini

Peluit: Saya pernah membuat kajian di PR12 yang lalu di mana Melayu Perak rata-rata masih menyayangi parti UMNO berdasarkan ramai calon PAS tewas dalam pilihan raya tersebut bilamana bertanding menentang UMNO.

Biarpun Presiden PAS Pertama adalah anak jati Perak tetapi PAS sebenar tidak kuat di Perak. Melayu di Perak tak jauh bedanya dengan Melayu di Johor atau negeri-negeri selatan semenanjung. Cumanya bilamana telah ada parti pilihan KeAdilan setidak-tidaknya berlaku perpecahan ke tiga kumpulan orang Melayu. Yang mungkin membantu PR adalah lantaran undi kaum Cina yang rata-rata menolak BN atau MCA & kaum India yang semakin berpihak ke arah parti KeAdilan.

Jika PR mahu merampas kembali Perak seharusnya berkerja kuat memujuk hati orang Melayu agar PAS lebih kukuh & Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dipertikai bakal menjadi Ketua Menteri semula.

BN boleh berkuasa jika tidak menampakkan sikap membeli pengaruh & dapat mengembalikan kepercayaan kaum Cina terhadap MCA. Begitu juga MIC akan kembali kukuh jika dapat mencari pemimpin baru yang diterima rakyat. Tidak menjadi pergelutan yang panjang jika semua parti kompenan BN dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka. BN punyai pengaruh yang kuat sejak merdeka. Maka bukan payah sangat mengembalikan pengaruh ini jika bersikap telus & sentiasa menangani masalah rasuah, moral & kepincangan yang boleh dibetulkan.

Jika berlakunya pilihan raya negeri di Perak dalam masa terdekat tentunya ini menjadi satu pertandingan yang amat menarik serta membayangkan corak pimpinan & politik negara di masa mendatang.

Selasa, 19 Januari 2010

Dr M: Ada yang berbohong tentang pasir 'silika'


Jan 19, 10 4:02pm

Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa sensitif apabila membabitkan isu pasir Malaysia dibawa ke Singapura.

Dalam catatan terbaru dalam blognya, mantan perdana menteri itu mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa 500 lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata seorang rakannya memberitahu bahawa jumlah sebenarnya ialah 700 lori pasir.

Dan menurut Dr Mahathir lagi, rakannya itu memberitahu, ianya adalah pasir salika yang digunakan untuk menghasilkan mikrocip.

"Singapura memerlukannya untuk membuat mikrocip," jelasnya.

Dan dalam nada yang sinis, Dr Mahathir menambah: "Saya tidak tahu beberapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Katanya, menjual bahan mentah tidak banyak pulangannya dan oleh itu adalah lebih baik ditambah nilainya dengan memproses bahan mentah itu.

"Ia tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Kilang kaca melakukannya (saya rasa) sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Mengapa tidak hasilkan wafer silicon dan menjualnya kepada Singapura," soalnya.

"I rasa ada orang yang tidak bercakap benar," tambahnya.

Malaysia Kini

  • Dalam kajian ini, sampel pasir silika dari bekas lombong milik Syarikat Paling Kenangan Sdn. Bhd., Bandar Baru, Kedah telah dikaji kesesuaiannya untuk penghasilan kaca kristal.
  • Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang mengandungi silikon dioksida. Nama IUPAC silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.
  • Pasir silika salah satu bahan untuk membuat sel surya.
Sayangnya khazanah bumi kita dijual ke dunia luar.

Isnin, 18 Januari 2010

AJK UMNO Tasek Gelugor dituduh meliwat!!

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Chong Wei tawan Terbuka Korea


aksi Chong Wei merai kejayaannya menumpaskan pemain Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir Terbuka Korea di Seoul, semalam. Chong Wei menang 21-12, 21-11. – AP


KUALA LUMPUR – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 34 minit ketika menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Korea, selepas mudah membenam pemain veteran Denmark, Peter Hoeg Gade pada perlawanan akhir, semalam.

Selepas mempamerkan permainan meyakinkan ke atas pemain China, Chen Jin pada perlawanan separuh akhir kelmarin, Chong Wei meneruskan kecemerlangan bagi meraih kejuaraan sulung kejohanan musim ini, dengan kemenangan straight set 21-12, 21-11.

Kejayaan tersebut bakal menyemarakkan lagi impian Chong Wei, 27, untuk terus memburu gelaran apabila turun mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Malaysia, di sini bermula Rabu ini.

Chong Wei, yang tidak beraksi pada Sukan SEA XXV di Laos Disember lalu ,akibat kecederaan lutut, awal-awal lagi melaungkan amaran kepada Gade, selepas meninggalkan lawannya itu, 9-2 pada set pertama.

Walaupun cuba bangkit, Gade gagal merapatkan kedudukan mata, dan pada satu ketika tersekat dengan kedudukan 15-6, sebelum Chong Wei memenangi set pertama 21-12.

Menyedari dia tiada pilihan, Gade cuba bangkit pada set kedua dengan mengutip mata awal sehingga meninggalkan Chong Wei 4-2.

Namun, ketinggalan dua mata tidak menghalang semangat pemain negara kelahiran pemain Pulau Pinang itu.

Sokongan padu penyokong yang rata-rata pelajar Malaysia yang menuntut di negara tersebut, ternyata membangkitkan semangat Chong Wei untuk kembali mengejar lawannya, sehingga mengikat kedudukan 4-4.

Mulai detik itu, Chong Wei tidak lagi memandang ke belakang, apabila semakin menjarakkan kedudukan mata ke atas pemain berusia 34 tahun itu 13-4.

Gade cuba bangkit merapatkan kedudukan 15-11, bagaimanapun ia sudah terlambat.

Chong Wei akhirnya dinobat sebagai juara kejohanan apabila memenangi set kedua 21-11, sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama merangkul gelaran kejohanan tersebut.

Sementara itu, China masih menguasai kejohanan itu walaupun tanpa kehadiran bintang utamanya seperti Lin Dan dan Bao Chunlai, apabila merangkul tiga daripada lima gelaran yang dipertandingkan.

Pemain perseorangan wanita mereka, Wang Shixian muncul juara selepas mengenepikan pemain tuan rumah, Sung Ji Hyun 21-10, 25-23.

Bagaimanapun, dendam Korea berbalas dalam saingan beregu lelaki, apabila pilihan utama, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae mengetepikan cabaran pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-11, 14-21, 21-18.

Selain perseorangan wanita China turut meraih gelaran melalui beregu wanita apabila Cheng Shu-Zhao Yunlei menang ke atas pasangan Jepun, Fuji Mizuki-Kakiiwa Reika 21-16, 21-15

Pasangan He Hanbin-Yu Yang mengetepikan rakan senegara, Tao Jiaming- Zhang Yawen dalam aksi beregu campuran 21-15, 21-16.


Chong Wei hampiri gelaran Terbuka Korea


CHONG WEI mara ke final Terbuka Korea selepas membenam Chen Jin 21-11, 21-13 pada aksi separuh akhir semalam.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir untuk meraih kejuaraan pertamanya pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea apabila mara ke perlawanan akhir semalam.

Pemain dari Pulau Pinang yang diletakkan sebagai pilihan pertama itu ternyata terlalu hebat apabila mudah menewaskan pemain China, Chen Jin 21-11, 21-13.

Chong Wei menguasai hampir kese- luruhan permainan terutama pada set pertama apabila langsung tidak membenarkan Chen Jin yang juga pilihan ketiga kejohanan, merapatkan kedudukan.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit apabila terus mendahului sebelum kedudukan terikat 6-6. Sejak itu, Chong Wei kembali menguasai termasuk meraih tujuh mata berturut-turut untuk mencatat kemenangan mutlak dalam masa 37 minit.

Kini, hanya tinggal pemain pilihan kedua, Peter Gade dari Denmark sahaja yang menjadi penghalang untuk Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Super Series dalam kariernya.

Untuk rekod, Terbuka Korea merupakan salah satu daripada empat kejoha- nan Super Series yang masih belum pernah dimenangi Chong Wei selain Seluruh England, Terbuka China dan China Masters.

Gade pula mara selepas menewaskan seorang lagi pemain China, Chen Long yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh.

Begitupun, berbeza dengan Chong Wei, Gade dipaksa bekerja keras lebih satu jam sebelum berjaya menundukkan pemain China, Chen Long 21-13, 10-21, 21-17.

Pada pusingan suku akhir kelmarin, Gade mengambil masa satu jam, 19 minit untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan juga dengan rubber set 17-21, 21-16, 22-20.

Kosmo!

Sabtu, 16 Januari 2010

Hala tuju Anugerah Juara Lagu




SUDAH seminggu Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL 24) berlalu. Banyak pihak memberikan komen positif terhadap keputusan juri dan persembahan artis pada malam Ahad lalu.

Semua seolah-olah bersepakat setuju dengan keputusan panel juri yang diketuai Fauzi Marzuki. Ini kerana tiada sebarang pertikaian tentang persembahan artis yang memberi komitmen sepenuhnya.

AJL 24 mendapat sambutan yang luar biasa. Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri lautan manusia yang kebanyakannya adalah di kalangan generasi muda. Dari kawasan arena sehingga tingkat tiga bangunan berkenaan penuh sehingga ada penonton terpaksa duduk di tangga. Mereka bersorak dari saat awal persembahan hingga ke penghujungnya.

Pada masa yang sama AJL 24 juga melakukan banyak perubahan selain dianjurkan ketika industri muzik benar-benar tenat. AJL 24 seolah-olah menjadi titik persimpangan untuk meneruskan hala tuju pertandingan yang sama tahun depan.

Di sebalik kemeriahan sambutan, AJL 24 sebenarnya bergelut untuk mengumpul sebanyak mungkin lagu-lagu ciptaan baru untuk menjadikan persaingan sengit. Tetapi malangnya industri muzik tidak banyak mengeluarkan lagu baru dan AJL 24 berlangsung seolah-olah tanpa persaingan.

Faktor sambutan pengunjung di stadium dan persembahan penyanyi yang dikatakan hebat sebenarnya tidak ada signifikan dengan realiti industri muzik kita yang sangat teruk. Apakah masih wajar dipanggil industri sekiranya tidak ada ciptaan baru di pasaran?

AJL 24 kelihatan sudah hilang kehebatannya. Ini tidak ada kena mengena dengan penganjuran atau produksi AJL 24 sebaliknya masalah ini disebabkan oleh realiti industri muzik masa kini.

Dari sudut lain pula persembahan yang spektakular membuatkan banyak orang terlupa realiti industri muzik jatuh menjunam.

AJL 24 tahun ini kelihatan bergelut dengan usaha untuk melangsungkan acara penganugerahan muzik ketika industri muzik sudah hampir tidak bernyawa. Inisiatif penganjur memang wajar dipuji tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan realiti bahawa AJL 24 tidak ada persaingan sengit.

Bagaimanapun dari sudut lain, format pertandingan tahun ini dianggap yang sewajarnya dilakukan dalam AJL selama ini. Dalam industri muzik yang kecil seperti di negara ini, tidak ada rasionalnya untuk mengkelaskan muzik kepada beberapa kelompok.

Sementara pengkelasan itu pula menimbulkan persoalan kerana lagu-lagu yang tidak ada dalam acuan itu akan terkeluar. Padahal karya muzik tidak harus dikekang oleh bentuk yang sengaja dicipta kalau AJL bertujuan membangunkan karya yang inovatif.

Tetapi kali ini AJL 24 dilangsungkan dengan format yang tepat. AJL 24 mahu mencari lagu terbaik bukannya dari jumlah yang kecil mencari beberapa "juara" seperti sebelum ini.

Kerana itu, tidak keterlaluan kalau mengatakan ini adalah permulaan terbaik kepada AJL untuk berada pada landasan pertandingan yang selayaknya.

Bagaimanapun kelihatan terdapat beberapa persembahan yang sedikit condong ke arah persembahan penyanyi tertentu. Lirik yang indah seakan-akan dipinggirkan apabila persembahan yang diberi kurang memberangsangkan. Ini yang terjadi pada calon-calon yang membuat persembahan secara solo.

Sebab itu kita lihat ada persembahan yang kurang mendapat sambutan di kalangan penonton disebabkan ia bukan calon pilihan. Lantas ia menjejaskan kualiti pertandingan apabila ia dipengaruhi oleh spektakular persembahan. Sedangkan, AJL adalah medan bagi setiap komposer untuk berentap dan bukan penyanyinya.

Dalam sibuk mencari-cari lagu yang paling layak dinobatkan terbaik, lagu Pergi ternyata mengejutkan semua pihak sejurus selepas diumumkan.

Menurut Pensyarah Kesusasteraan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim, gubahan lagu tersebut sebenarnya mantap kerana ia disokong dengan lirik yang indah.

"Pergi bakal menjadi lagu malar segar. Ia mempunyai unsur-unsur klasik yang mudah didengar. Pergi penuh dengan elemen kemanusiaan dan liriknya bersifat universal. Selain itu, ia disuntik seni kreatif yang amat halus," kata bekas juri AJL 1999, 2001, 2003 dan 2004 ini.

Mengenai muzik indie yang melanda negara ini, katanya, setiap lirik perlulah mantap tidak kira lagu indie atau arus perdana. Ini kerana setiap lirik tidak perlu mendayu tetapi kemantapan idea dalam lirik sangat penting. Peneliti bidang muzik ini juga menganggap lagu tidak mengajar individu itu tetapi lirik adalah sebahagian daripada lagu.

Utusan Malaysia.

Toman tak kenal ampun

Tasik Bersia dan Air Ganda di Grik, Perak ialah dua lokasi yang mencabar ilmu dan kemahiran pengail tegar. Tujuan mereka hanya satu iaitu ’menumpaskan’ ego sang toman.




TASIK Temenggor di Grik, Perak menyimpan pelbagai kisah yang sentiasa membuatkan hati pengail berkobar-kobar untuk mencampakkan umpan ke dada airnya yang tenang.

Namun, bukan Tasik Temenggor yang hendak diceritakan dalam lokasi memancing kali ini. Sebaliknya ialah lubuk pengail yang terbentuk daripada liku-liku sungai dari mulut empangan itu.

Kalau mengikut rantaian air yang berpunca dari Tasik Temenggor ke arah selatan, pengunjung boleh menemukan lokasi Tasik Bersia manakala lubuk pancing yang seterusnya ialah Tasik Air Ganda.

Betapa hebatnya tarikan kedua-dua tempat itu hinggakan ada yang sanggup menaiki bas dari Kuala Lumpur pada lewat malam untuk berkejar ke lokasi itu pada awal pagi. Lazimnya mereka akan turun di Ipoh dan seterusnya menukar bas lain untuk dibawa ke Grik.


ADA muslihat unik untuk menaikkan sebarau.


Dari pekan itu, mereka sudah punya kenalan untuk membawa mereka menyusur jalan ke Tasik Air Ganda.

Sama ada Air Ganda atau Tasik Bersia, habuan seperti sebarau, lampam, kaloi dan juga keli memang sentiasa bermain dalam fikiran. Kadang-kadang, keadaan boleh jadi panik dan kecoh bagi kumpulan pemancing yang berjaya menaikkan ikan pilihan masing-masing.

Lebih menggelikan hati sekiranya mendapati ikan yang panjangnya kurang sehasta boleh merentap joran hinggakan teroleng-oleng jadinya bot mereka.

Bercakap tentang respons ikan terhadap umpan, kaloi dikatakan lebih lembut ketika mula mencicip di hujung kail. Sifat Sebarau pula dikhabarkan lebih sukar diduga.

Mengikut seorang pemancing tegar, Alex Yeoh, warna umpan yang berkesan untuk sebarau ialah jingga. Katanya, umpan berekor warna GFR (Gold Fluorescent Red) adalah yang terbaik untuk digandingkan dengan joran fluorokarbon dan tali yang beratnya kurang 10 paun.


SEKALI-SEKALA mendapat kaloi boleh dianggap bertuah kerana ikan ini jenis yang 'pemalu'.


“Sebarau sangat pemalu, tetapi apabila tiba waktu makan, ia akan menyambar apa sahaja,” ujar Alex.

Bagi seorang lagi pemancing dari Kulim, Kedah, Harlina Hamid, dia sudah mempelajari satu tip untuk menaikkan sebarau di lubuk kegemarannya di Tasik Bersia.

Menurutnya, selain mengikut musim tertentu, pengail biasanya menunggu waktu pintu empangan di selatan Tasik Temenggor melepaskan airnya.

“Sebarau suka berlumba dengan arus. Ketika itulah bot pemancing akan mengikut arus air untuk menaikkan sebarau.

“Umpan akan dibaling dan sebarau ini seronok untuk meragut apa sahaja yang terlihat dalam pandangannya ketika itu,” ujar Harlina yang sering mengikuti rakan-rakan sepejabat menghilangkan tekanan kerja dengan memancing.

Namun, tiada yang lebih menggetarkan perasaan daripada membayangkan kuasa sentapan pada tali dan joran saat umpan diragut si penghulu air tawar iaitu toman.


SEGALA kelengkapan perlu diperiksa sebelum ke tengah tasik.


Menjadi ‘musuh’ pilihan pengail bagi lokasi sungai dan tasik, toman sememangnya tidak mudah mengalah tanpa melawan sehabis tenaganya.

Kata orang, selagi tidak dinaikkan, ia pasti menyukarkan pengail, khususnya yang tidak berpengalaman. Pendek kata, ia pantang menyerah dan tidak ‘mengampunkan’ sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Bagi pengail amatur atau yang datang buat kali pertama, mereka disarankan untuk ke Tasik Air Ganda terlebih dahulu untuk mengumpul pengalaman dengan toman. Di situ, saiz toman adalah lebih kecil berbanding yang terdapat di Tasik Bersia.

Lazimnya toman di Tasik Air Ganda adalah seberat 1 hingga 3 kilogram. Kalau berjaya menaikkan seberat kira-kira 5 kilogram, pengail itu sudah dianggap bertuah.


ALEX berbangga dengan hasil tangkapannya.


Toman di Tasik Bersia pula sudah diketahui mempunyai reputasi untuk mengganas.

Di tasik itu, toman tidak ‘melayan’ umpan buatan, sebaliknya naluri pemangsa ikan itu akan teruja apabila terlihat kelibat anak ikan keli.

“Sudah kira-kira empat kali saya ke Tasik Bersia. Kali pertama setahun yang lalu. Ketika itu saya hanya dapat toman seberat 1.8 kilogram. Saya juga sudah belajar daripada kesilapan iaitu tali sulam 20 paun tidak mampu menaikkan toman lebih besar,” ujar Alex.


TOMAN Tasik Bersia dikatakan lebih besar daripada toman yang menghuni Tasik Air Ganda.


Alex telah pun memperbaharui rekod peribadi dengan menaikkan toman seberat tujuh dan sembilan kilogram dengan tali 50 paun pada kunjungannya ke Tasik Bersia.

Kadar bayaran yang dikenakan untuk mengail di Tasik Air Ganda adalah RM150 bagi sebuah bot termasuk perkhidmatan tekong. Berbanding Tasik Air Ganda yang lebih komersial dan sudah menjadi tumpuan pemancing rekreasi, Tasik Bersia pula masih dianggap baru.


PEMANCING rekreasi bukan sekadar hendak mendapat habuan tetapi kedatangan mereka ke Tasik Bersia adalah untuk menghargai alam semula jadi.





Perkhidmatan bot dan tekong di Tasik Bersia masih bergantung kepada waktu dan budi bicara orang kampung yang berkelapangan. Kadar sewaan bot bersama tekong lazimnya dikenakan bayaran sebanyak RM250. Setiap bot boleh memuatkan dua pemancing bersama seorang tekong.

Oh ya, jangan lupa membawa topi yang selesa, krim perlindungan kulit, tuala kecil dan bekalan air dan kudapan yang mencukupi. Di kedua-dua tempat itu, anda mungkin menghabiskan banyak masa di tengah-tengah tasik sambil dibakar bahang matahari.


Kosmo!

Remaja sertai pesta liar dicekup - Enam pelajar IPT antara yang ditahan



SEBAHAGIAN remaja yang ditahan kerana disyaki menyertai parti liar di sebuah apartmen di Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur dibawa ke Balai Polis Pudu semalam.

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan 35 remaja Melayu termasuk enam pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menjadikan sebuah apartmen bagi menganjurkan 'pesta liar' untuk menghisap dadah dan berasmara memakan diri apabila kesemua mereka ditahan di sini semalam.

Serbuan pada pukul 4 pagi di tingkat 18 bangunan PGRM itu dilakukan selepas polis menerima aduan daripada orang ramai mengenai kumpulan tersebut yang membuat bising hingga mengganggu keselesaan mereka.

Kosmo!

Jumaat, 15 Januari 2010

Mayat merata-rata di Haiti



FOTO PBB menunjukkan mayat mangsa gempa diletak pada satu kawasan depan rumah rumah mayat hospital Port-au-Prince.

Penduduk curi makanan, keadaan selepas gempa umpama zon perang

PORT-AU-PRINCE: Mayat bertimbun dan kes curi makanan mula dilaporkan ketika penghantaran bantuan kepada mangsa gempa bumi Haiti turut bermasalah berpunca daripada keadaan jalan raya yang teruk dan kerosakan di pelabuhan serta lapangan terbang.

Ada mayat dibiarkan di tepi jalan dan hanya ditutup kain. Ada juga yang dikebumikan di tepi bukit tetapi beratus-ratus lagi diletak di depan rumah mayat, tidak jauh daripada mangsa yang terselamat.

"Sukar untuk diceritakan. Bencana dan kemusnahan terlalu besar. Semua orang menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau mayat yang boleh dilihat di mana-mana saja," kata Karel Zelenka, wakil Perkhidmatan Bantuan Katolik.

Palang Merah Antarabangsa menganggarkan 50,000 maut kerana gempa, Selasa lalu. Mayat dibiarkan di tepi jalan dan dekat kediaman supaya saudara mara yang terselamat dapat berusaha mengebumikannya.

Mencuri makanan dan bekalan keperluan juga satu masalah yang sentiasa dihadapi tempat yang dilanda bencana. Di Port-au-Prince, kecurian tertumpu di pusat komersial lama di kawasan dipenuhi kedai, pasar dan sebilangan rumah.

"SEKUMPULAN penduduk mencuri minyak tanah dari sebuah lori tangki di Port-au-Prince."


SEKUMPULAN penduduk mencuri minyak tanah dari sebuah lori tangki di Port-au-Prince.

Suasana seperti zon perang. Beberapa bangunan terbakar, asap menyelubungi hampir semua tempat dan mayat bergelimpangan selepas Haiti dilanda gempa 7 skala Richter.

Keadaan semakin tegang apabila ada sekumpulan pemuda membawa pisau memasuki kedai dan mencuri apa saja barang yang boleh dibawa.

Mereka mundar mandir di jalan raya, mengacu pisau dan bersaing dengan kumpulan lain hingga pergaduhan meletus.

Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) berkata, gudangnya di Port-au-Prince dimasuki pencuri.

Tempat itu menempatkan 15,000 tan makanan simpanan sebelum gempa melanda.

Beratus-ratus ribu rakyat Haiti berada dalam kelaparan selepas gempa itu melanda. Jurucakapnya, Emilia Casella menekankan bahawa kecurian adalah perkara biasa dalam keadaan kecemasan. Agensi/AP

Mayat jadi sekatan jalan


Timbunan beribu-ribu mayat dikumpulkan di kawasan lapang di hadapan rumah mayat Hospital Besar Port-au-Prince, Haiti dua hari selepas gempa berlaku. - AFP


PORT-AU-PRINCE 15 Jan. - Penduduk Haiti yang marah telah bertindak menggunakan timbunan mayat sebagai sekatan jalan raya di bandar ini sebagai protes terhadap kelewatan bantuan kecemasan selepas negara ini dilanda gempa bumi.

Seorang saksi, jurugambar majalah TIME, Shaul Schwarz berkata, dia menyaksikan sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya di pusat bandar yang dibina dengan menggunakan mayat-mayat mangsa gempa bumi dan batu.

"Mereka mula melakukan sekatan dengan menggunakan mayat mangsa, nampaknya keadaan semakin teruk di sini kerana orang ramai semakin kecewa kerana tidak ada bantuan yang diterima," katanya kepada pemberita.

Menurut pasukan Palang Merah Haiti, tiga juta penduduk dilaporkan cedera dan hilang tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter yang melanda negara ini Selasa lalu.

Ketika usaha bantuan kecemasan tampak samar, beribu-ribu mangsa masih terperangkap dalam runtuhan bangunan.

"Setakat ini, kami telah menanam kira-kira 7,000 mayat di sebuah kubur yang amat besar," kata Presiden Palang Merah Haiti, Rene Preval.

Seorang pegawai Keselamatan Pantai Amerika Syarikat, Paul Cormier, 54, yang juga pemilik rumah anak yatim di Haiti berkata, jumlah kematian akan meningkat jika ribuan rakyat Haiti yang cedera tidak dirawat secepat mungkin.

Sementara itu, kejadian mencuri di Haiti semakin tidak terkawal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri barang elektrik dan juga makanan.

"Polis sedang sibuk melakukan operasi menyelamat dan tidak ada masa menjaga keselamatan awam," kata seorang pemilik kilang, Manuel Deheusch. - Reuters


Khamis, 14 Januari 2010

Mari solat gerhana matahari (Agama)

4:08 petang 15. 01.10 di Langkawi Malaysia.


Gambar yang diambil daripada laman Ustream (live streaming) di India
15.01.10

WAHAI manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah SWT. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia, oleh itu apabila kamu melihat gerhana itu, hendaklah kamu sembahyang sehingga cuaca menjadi terang kembali". (riwayat Muslim)

Demikianlah seruan ibadat dari baginda Rasulullah setiap kali apabila alam diselubungi fenomena gerhana, sama ada gerhana matahari mahupun bulan.

Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi.

Ia satu fenomena alam yang sama sekali tidak ada kaitan atau menjadi petanda dengan sebarang kejadian lebih-lebih lagi yang buruk.

Ini termasuk pemergian putera kesayangan baginda, Ibrahim dalam usia 70 hari yang kebetulan meninggal dunia pada hari berlaku gerhana tersebut.

Jauh sekali fenomena itu kononnya disebabkan oleh kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaanNya seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis itu.

Namun yang jelas, ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada zaman ini. Tetapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Rasulullah SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Sebagai umat Islam, apa yang patut kita lakukan apabila berlaku gerhana adalah seperti yang diseru oleh baginda, iaitu solat sunat gerhana yang dikenali sebagai solat sunat khusuf.

Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, tidak sahaja solat sunat malah umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan kebaikan yang lain terutamanya bersedekah, berzikir dan berdoa.

Secara amnya, solat sunat gerhana dilakukan sebanyak dua rakaat yang dilakukan sejurus berlaku fenomena itu.

Namun seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, walaupun dua rakaat sahaja, namun ia berakhir sehinggalah gerhana itu berakhir dan alam kembali terang.

Ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis;

"Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan oleh baginda: Ash-shalaatu jaami'ah (tegakkanlah solat berjamaah)". Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW. rukuk dua kali dalam satu rakaat.

Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: "Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu". (riwayat Bukhari dan Muslim)."

Selaku penganjur, Masjid Negara menjemput umat Islam mendirikan solat sunat khusuf dan mendengar khutbah khas sempena gerhana bermula selepas solat Jumaat iaitu dijangka pada pukul 3.45 petang.

Ini apabila dijangkakan hari ini akan berlaku fenomena alam yang unik itu.

Maka seluruh umat Islam tanpa mengira jantina, umur dan kedudukan amat digalakkan (sunat muakkad) supaya mendirikan solat sunat gerhana ini.

Gerhana matahari separa 15.1.10

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada 15.1.10 bermula jam 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.


Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai khutbah khas gerhana.

Jakim melalui Cawangan Falak mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang.

Aktiviti cerapan diadakan di masjid terbabit dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.

Metro.

Gerhana matahari separa esok

21/07/2009 12:16pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

- BERNAMA

'Manohara komplot jatuh saya' (Ceritera)


TENGKU FAKHRY semasa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mendakwa fitnah jahat yang dilemparkan isterinya, Manohara Odelia Pinot (gambar kecil) kemungkinan besar satu komplot untuk menjatuhkan dan menafikan haknya di Istana Kelantan.

Ia sekali gus akan mengeluarkan beliau dari senarai waris takhta negeri kerana dianggap tidak layak memegang jawatan Tengku Temenggong Kelantan, katanya dengan merujuk kepada satu laporan sebuah akhbar tempatan.

"Akibatnya, saya tertekan kerana dikutuk, dikeji dan diketawakan sehingga terpaksa hidup dalam persembunyian disebabkan malu yang teramat sangat," kata Tengku Muhammad Fakhry, 32, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Kosmo!

Peluit: Bagi Peluit tak nampak pun Manohara bekas isteri Tengku itu seorang perempuan yang setia lagi baik tingkah lakunya. Sebaiknya pihak istana jangan sampai membuatkan Tengku tertekan dalam masalah peribadi & hak Tengku. Sebagai orang awam Peluit tidak semestinya memandang perkara ini masalah peribadi tetapi biarlah ada ketelusan rasionalnya.

Mana ada rumah tangga tidak bergolak, tak kiralah di istana mahu di rumah biasa. Siapa tak melakukan kesalahan tetapi kemaafan itu adalah jalan terbaik. Biarlah keadilan itu ujud; keadilan adalah meletakkan hak itu di tempat yang betul!.

'Saya digambarkan seekor binatang buas'
Jan 14, 10 3:58pm

Putera Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa perkataan fitnah yang dilemparkan isterinya Manohara Odelia Pinot membawa maksud beliau bersalah dan bertangungjawab merogol, mendera dan menyeksa isterinya itu.

Tengku Muhammad Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata perkataan fitnah itu juga bermaksud beliau bersalah mendera isterinya secara seksual, mengurung, menculik dan menghalang perhubungan isterinya dengan ibunya Daisy Fajarina, malah perkataan itu menggambarkan beliau sebagai seekor binatang buas.

Bagaimanapun, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya melakukan keganasan kepada isterinya yang merupakan seorang model Indonesia, malah menyifatkan hubungan mereka sangat rapat dan beliau amat mencintai isterinya itu.

Tengku Muhammad Fakhry berkata sejak berkahwin dengan isterinya pada 26 Ogos 2008, isterinya tidak pernah menunjukkan kepadanya atau ahli keluarganya yang dia tidak gembira tinggal di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, sehingga sembilan bulan berkahwin, isterinya pulang ke Indonesia secara tiba-tiba tanpa kebenarannya.

"Semua anggota keluarga saya, ahli kerabat diraja dan pekerja-pekerja di istana adalah saksi kepada perhubungan akrab antara kami," katanya semasa memberi keterangan dalam prosiding taksiran ganti rugi dalam kes saman fitnah RM105 juta terhadap isterinya dan ibu mentuanya Daisy.

Dalam prosiding dalam kamar itu, Tengku Muhammad Fakhry memberi keterangan dengan membaca pernyataan saksi yang ditandatanganinya, di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din.

Pernyataan saksi itu ditandakan sebagai bahan bukti dalam kes itu.

Selepas mendengar keterangan itu, Noordura menetapkan 24 Februari ini untuk mendengar hujah peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili putera raja itu berhubung ganti rugi yang perlu dibayar oleh Manohara kepada anak guamnya itu.

Dalam pernyataan saksi, Tengku Muhammad Fakhry berkata akibat perkataan fitnah itu reputasi, integritinya sebagai putera raja dan Tengku Temenggong telah tercemar dan beliau kehilangan kepercayaan dan kehormatan rakyat terhadapnya.

Katanya beliau juga telah dituduh menimbulkan krisis diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia sehingga rakyat Indonesia mengadakan protes dan mendakwa rakyat Malaysia menganiaya dan menyeksa rakyat Indonesia.

Tengku Muhammad Fakhry berkata kerana tertekan dengan kejadian itu, beliau tidak menghadiri majlis rasmi negeri Kelantan dan berasa malu kerana menjadi bahan ketawa orang ramai, malah ada kawan-kawannya menamatkan persahabatan mereka dan juga menamatkan kontrak perniagaan.

"Saya tidak mungkin akan dapat membina semula reputasi saya yang telah saya jaga dengan baik dan apa jua jumlah wang ganti rugi tidak mungkin dapat memperbaiki reputasi yang terjejas," katanya.

Katanya beliau berasa bersalah terhadap ayahandanya yang terpaksa mendengar tuduhan itu semasa ayahandanya dalam keadaan tidak sihat.

Tengku Muhammad Fakhry berkata perkataan fitnah yang dilafazkan dengan niat jahat oleh Manohara dan ibunya, besar kemungkinan adalah satu komplot untuk menjatuhkannya dan menafikan haknya di Istana Kelantan sekaligus mengeluarkan beliau dari senarai waris kepada takhta negeri itu.

Kehadiran Tengku Muhammad Fakhry, 32, ke mahkamah pukul 10.50 pagi mendapat perhatian lensa kamera yang menunggu sejak pagi. Selepas prosiding selesai Tengku Muhammad Fakhry bergegas meninggalkan kompleks mahkamah sambil mengucapkan terima kasih kepada jurugambar dan wartawan.

Pada 20 Julai 2009, putera Sultan Kelantan itu mendakwa ibu mentuanya dan isterinya telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun lepas bahawa Manohara telah didera.

Pada 5 November 2009, Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap dua defendan itu setelah mereka gagal melantik peguam bela baru selepas Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates menarik diri daripada mewakili mereka.

Pada 29 Oktober 2009, Penolong Kanan Pendaftar Shazali Hidayat Shariff memberi tempoh kepada Manohara dan ibunya sehingga 5 Nov 2009, untuk melantik peguam baru atau menghadapi risiko perintah ingkar dikenakan terhadap mereka.

Perintah ingkar adalah satu keputusan yang menyebelahi plaintif apabila defendan tidak memberi respons terhadap saman yang difailkan terhadapnya atau gagal menghadirkan diri di mahkamah.

- Bernama

Selasa, 12 Januari 2010

Tengku Temenggong diperintah jelas sebab (Ceritera)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, memerintahkan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra menjelaskan sebab beliau perlu diberikan perlanjutan masa bagi memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Tengku Mahkota Kelantan yang menggugurkan nama beliau daripada senarai pewaris takhta.


Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan 27 Januari ini untuk mendengar penghujahan mengenai isu sama ada Tengku Muhammad Fakhry harus dibenar memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman melebihi masa ditetapkan iaitu 40 hari mengikut Perintah 53 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman pada 7 Disember 2009, selepas beliau digugurkan daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan pada 16 September 2009.


Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, bertegas Tengku Muhammad Fakhry terlewat selama 82 hari untuk memfailkan permohonan itu tetapi putera itu mendakwa beliau hanya terlewat dua hari.

Beliau menegaskan permohonan itu difailkan sebaik beliau menerima surat daripada Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan, pada 26 Oktober 2009.

Terdahulu, mahkamah memutuskan demi kepentingan keadilan, isu perlanjutan masa itu mesti didengar secara 'inter-parte' dengan kedua-dua pihak seharusnya dibenarkan mengemukakan hujah berhubung perkara itu.

Mahkamah juga menetapkan 27 Januari ini mendengar penghujahan Tengku Muhammad Faris berhubung isu sama ada hak mutlak Tengku Mahkota berhubung pelantikan dan pembatalan anggota majlis itu boleh diadili serta diputuskan mahkamah.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman mengetepikan keputusan Tengku Muhammad Faris membatalkan pelantikan beliau daripada menganggotai Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Dalam permohonan itu, Tengku Muhammad Fakhry turut memohon perintah mahkamah mendesak Tengku Muhammad Faris mengembalikan semula kedudukan beliau sebagai anggota majlis berkenaan, dan satu perintah certiorari bagi membatalkan pelantikan lima lagi anggota majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra, menamakan Tengku Mahkota, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan kerajaan Kelantan sebagai responden pertama, kedua serta ketiga.

Lima lagi turut dinamakan responden ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Tengku Salwah Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kol Dr Mohammad Razin Kamarulzaman. - Bernama

Isnin, 4 Januari 2010

Dr M: Undang-undang tidak dapat selesai isu 'Allah'

Jan 5, 10 12:45pm

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

“Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

“Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” tegasnya.

Menurut Dr Mahathir, kontroversi tersebut bermula pada waktu beliau masih menjadi perdana menteri.

“Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

“Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang,” tambahnya.

Menurut Dr Mahathir, sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah.

Tambahnya, nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

“Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

“Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

“Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

“Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci".

“Maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa,” katanya.

Di Amerika Syarikat, kata Dr Mahathir, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman, biasa berkata dan menulis, "God is dead".

“Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan "Allah is dead"?

“Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

“Saya harap pihak kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan,” tambahnya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah "Allah" dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.Perkataan "Allah" digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

MalaysiaKini