Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 6 Ogos 2013

Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang

Di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, terdapat  tinggalan satu-satunya kapal korek yang masih ada di negara ini.
Kapal korek yang dinamakan Kapal 5 ini merupakan sumbangan Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan.

Dikhabarkan suatu masa dulu sebelum industri perlombongan bijih timah malap pada 1980-an, terdapat  40 kapal korek beroperasi di sekitar Lembah Kinta terutama Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

Kapal 5 kemudiannya dijadikan muzium di bawah seliaan Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) dan dibuka kepada awam dengan caj RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak) pada awal 2009.

Namun tidak lama kemudian ia terpaksa ditutup setelah kapal korek itu hampir tenggelam dengan 18 peratus plantunnya senget ke dalam lombong.

Namun dengan campur tangan kerajaan negeri Perak, dana RM1.4 juta sumbangan bekas pelombong bijih timah berjaya dikutip menerusi tabung 'Selamatkan Kapal Korek'.

Kini Kapal 5 sedang dibaikpulih dan fasa pertama iaitu mengapungnya semula telah berjaya dilakukan baru-baru ini dengan kos RM420,000.

Fasa kedua, kapal korek itu akan dicat semula dan fasa terakhir beberapa kemudahan seperti papan info dan skrin sesentuh akan dipasang di sekitar Kapal 5 untuk manfaat pelancong.

InsyaAllah, Muzium Kapal Korek akan dibuka semula kepada awam pada awal tahun depan yang kebetulan merupakan Tahun Melawat Perak.
Bagi Bapak, selain nilai sejarah dan kejuruteraan yang begitu tinggi, kapal korek itu  merupakan tanda kenangan Lembah Kinta pernah gemilang di peta dunia sebagai pusat perlombongan bijih timah utama dunia.

Cuma pusat informasinya perlu lebih interaktif perhatian pelancong terutama generasi muda. Sayang, bahan ada tetapi susun aturnya sangat berserabut...

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya
 
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

NONE"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Rabu, 1 Mei 2013

Perbedaan antara Cinta Sejati dan Cinta Buta


____________________________cinta sejati_______________________________________
1. Cinta sejati adalah cinta yang disyariatkan antara laki-laki dan perempuan.
2. Sangat cinta adalah tingkatan cinta yang tidak dikategorikan cinta sejati kecuali apabila berjalan sebentar dan berakhir.
3. Cinta sejati mendorong pemakmuran alam semesta dengan aktivitas dan inovasi.
4. Cinta sejati mendorong melanjutkan eksistensi manusia dengan menikah dan berketurunan secara benar.
5. Cinta sejati memperkuat ikatan keluarga dan bekerja mengharmoniskan hubungan masyarakat.
6. Cinta sejati berdasarkan iman melahirkan cahaya dalam hati, dan dengannya tercipta keajaiban dalam kebaikan.
7. Dapat menjadikan tujuan cinta sejati antara suami dan istri sebagai bentuk mengikuti cinta yang tertinggi, seperti cinta kepada Allah, misalnya.
8. Di antara tabiat cinta sejati adalah ketenangan, kasih sayang, kelembutan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, dan ketenteraman hati.
9. Hati pencinta berada dalam genggamannya sesuai kondisi yang dicinta. Jika keadaannya bagus, bertambahlah cinta, dan jika keadaan tidak baik, cinta akan berkurang.
10. Jika pencinta kehilangan kekasihnya, dia tetap sehat akan dan badannya.

__________________________________cinta buta_____________________________________

1. Cinta buta selalu berlebih-lebihan dalam cinta sehingga yang dicintai menguasai hati pencinta buta tanpa berdasarkan syariat.
2. Sangat cinta artinya cinta buta, dan menjadi permulaan tenggelam, gila, dan tidak teratur, serta biasanya dengan syahwat.
3. Pencinta buta tidak menyibukkan diri dari urusan agama dan dunia.
4. Anak yang terlahir dari pasangan cinta buta mewarisi “kegilaan” dari orang tuanya.
5. Cinta buta meregangkan hubungan keluarga dan menebarkan bibit-bibit permusuhan di masyarakat.
6. Jika cinta buta menempati hati, kuat kekuasaannya, ia merusak akal, bahkan bisa jadi pelakunya gila, juga melemahkan kekuatan, selanjutnya menciptakan kerusakan-kerusakan.
7. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati para pecinta buta karena senantiasa melihat gambar atau potret bentuk wanita.
8. Di antara tabiat cinta buta adalah kegelisahan, kesediahan, gila, kurus, napas tak teratur, dan hati tersiksa.
9. Hati pencinta buta ditawan dalam genggaman selainnya yang mencelakakan, dan dia tidak dapat lepas baik itu dalam keadaan kekasihnya baik maupun tidak baik.
10. Jika cinta buta kehilangan kekasihnya, umumnya dia bisa hilang akalnya, dan bisa bunuh diri.

Kapal Pengorek Timah Negara Akan Pupus Dalam Tempoh 6 Bulan


Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) mendakwa satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.

SATU-SATUNYA kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.

Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu.

Kapal itu yang dikenali sebagai 'T.T. No 5' telah senget 18 peratus ke arah air di sebelah kanan bahagian bawahnya.

Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB), berkata kecondongan itu berlaku pada November tahun lalu.

OCSB bertanggungjawab menguruskan kapal tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan.

"Bil elektrik untuk dua pam yang mengepam air keluar sudah mencecah RM1,800 sebulan sejak Disember.

"Sekiranya tiada usaha memperbaiki pontun yang menyokong pengorek timah itu, ia akan sekali gus tenggelam," kata Ng dalam satu temuramah.

Ng berkata negara ini akan kehilangan satu tarikan pelancong bahkan warisan sekiranya tiada usaha memulihara T.T. No 5.

http://mstar.com.my/archives/2009/11/7/mstar_manusia_peristiwa/014011374.jpg

"Orang ramai juga berkemungkinan tidak berpeluang untuk melawat pengorek itu dan mempelajari sejarah Lembah Kinta.

"Lebih-lebih lagi, Lembah Kinta pernah menjadi daerah paling kaya dengan bijih timah di seluruh dunia pada suatu ketika," katanya.

Semasa zaman kegemilangan pelombongan timah di Perak, Ng berkata, terdapat 40 kapal pengorek timah yang beroperasi di Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

T.T. No 5 dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd.

Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd, kapal pengorek timah itu telah beroperasi mengorek timah di Lembah Kelang selama 44 tahun.

Ia berhenti beroperasi pada 1983 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah.

http://mstar.com.my/archives/2009/11/7/mstar_manusia_peristiwa/01285154.jpg

Orang ramai berpeluang melawat kapal itu sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan negeri Perak membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk membangunkannya menjadi satu daya tarikan.

Ng mendakwa pengorek itu tidak mendapat sokongan promosi daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

"Kami perlu membuat segala usaha promosi dengan inisiatif tersendiri. Kami mempunyai kira-kira 500 pelawat pada musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.

"Bagi lain-lain bulan, kami hanya mempunyai kira-kira 50 pelawat," katanya.

Untuk bayaran masuk, sebanyak RM5 dikenakan untuk orang dewasa manakala kanak-kanak, RM3. Bayaran masuk itu termasuk persembahan dan lawatan yang berpandukan pemandu pelancongan.

Kata Ng, lawatan sekarang dihadkan di bahagian bawah dek kapal atas faktor keselamatan.

"Kami berharap kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan warisan negeri itu (T. T. No 5).

"Ia akan memberikan imej yang negatif kepada negeri Perak sekiranya tragedi berlaku ketika melawat kapal pengorek timah tersebut," katanya.

Ng juga merayu bekas pelombong-pelombong timah agar tampil untuk menyelamatkan kapal tersebut.

Katanya, syarikat itu merancang untuk membina satu replika palung untuk menggambarkan bagaimana pelombongan timah dilaksanakan.

Palung ialah sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain.

Ng memberitahu Osborne & Chappel telah menghantarkan satu kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperbaiki pontun dan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan yang bernilai RM360,000.

Selasa, 2 April 2013

CINTA BUTA


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Sahabat muslim yang dirahmati Allah Subhanahu wa ta'ala

Cinta buta adalah cinta yang tak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja. Termasuk saat orang yang model begitu tuh jatuh cinta, maka ia akan buta dan gelap mata. Berbuat sesukanya dan mencampakkan norma agama.

Ada beberapa kerusakan akibat cinta buta ini. Ibnu Qayyim (ibidem, hlm, 242-244) menulis sebagai berikut:

1. Lupa mengingat Allah. Lebih sibuk mengingat makhlukNya, yakni orang yang dicintainya, misalnya. Jika dia lebih kuat mengingat Allah, insya Allah mengingat makhlukNya jadi terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhlukNya, maka mengingat Allah akan dikalahkan.

2. Menyiksa hati. Cinta buta, meski adakalanya dinikmati oleh pelakunya, namun sebenarnya ia merasakan ketersiksaan hati yang paling berat. Capek deh!

3. Hatinya tertawan dan terhina. Ya, hatinya akan tertawan dengan orang yang dicintainya. Namun, karena ia mabuk cinta, maka ia tidak merasakan musibah yang menimpa. So, hati-hati deh kalo jatuh cinta. Jangan sampai hati kita tertawan dengannya, hingga lupa segalanya.

4.Melupakan agama. Tak ada orang yang paling menyia-nyiakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta buta. Ia menyia-nyiakan maslahat agamanya karena hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah. Kalau ada teman kita ketika jatuh cinta tuh sampai tidak sholat, tidak sekolah, dan tidak belajar, karena cuma mikirin dia, maka itu udah dibilang cinta buta. Jadi, kita kudu ingatkan dia supaya jangan keterusan begitu.

5. Mengundang bahaya. Bahaya-bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta buta melebihi kecepatan api membakar kayu kering. Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah. Jika hati jauh dari Allah, semua jenis marabahaya akan mengancamnya dari segala sisi karena setan menguasainya. Jika setan telah menguasainya, maka mana ada musuh yang senang lawannya senang? Semua musuh ingin musuhnya dalam bahaya. Duh, jangan sampai kejadian. Cukup fakta-fakta soal perzinahan dan penularan penyakit seksual itu menjadi perhatian bagi kita untuk tidak melakukan hal yang sama. Setuju kan?

6. Setan akan menguasai.
Jika kekuatan setan menguasai seseorang, ia akan merusak akalnya dan memberikan rasa waswas. Bahkan, mungkin tak ada bedanya dengan orgil alias orang gila. Mereka nggak menggunakan akalnya secara layak. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membedakan ia dengan binatang. So, nggak heran dong kalo banyak yang kejerumus berbuat maksiat karena mikirnya instan banget. Cuma kepikiran enak saja menurut hawa nafsunya. Tidak mikir jauh ke depan: soal dosa dan akibat dosa tersebut.

7. Mengurangi kepekaan.
Cinta buta akan merusak indera atau mengurangi kepekaannya, baik indera suriya (konkret) maupun indera maknawi (abstrak). Kerusakan indera maknawi mengikuti rusaknya hati, sebab jika hati telah rusak, maka organ pengindera lain, seperti mata, lisan, telinga, juga turut rusak. Artinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara buta itu sebagai sebuah kebaikan dan juga sebaliknya. Disebutkan oleh Imam Ahmad, “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.” Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang laki-laki yang sangat kurus sehingga yang tersisa hanya kulit dan tulang. Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia?” “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta)”, jawab seseorang. Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah sepanjang hari dari penyakit isyq.

Sahabat muslim, inilah beberapa mafsadat alias kerusakan akibat cinta buta. Cinta buta adalah seseorang yang mencintai secara berlebihan, sehingga orang yang dicintainya sudah pada level menguasai dan mengendalikannya. Seperti kata pepatah, cinta buta itu awalnya ringan dan manis, pertenga-hannya sedih, kesibukan, dan sakitnya hati, dan ujung-ujungnya adalah kebinasaan dan kematian, jika tidak diselamatkan oleh Allah Swt. Jadi, hati-hati deh.

Oya, sekadar penjelasan tambahan nih. Kalo isyq adalah cinta yang berlebihan (cinta buta), maka syauq adalah kedamaian hati kepada yang dicintai atau orang yang dicintai tertulis di dalam hati dalam bentuk kerinduan. Tingkatan ini digunakan kepada Allah, disebutkan dalam Musnad Ahmad, bahwa Ammar bin Yasir melakukan shalat yang singkat dan ia ditanya tentang hal itu. Lalu ia menjawab, “Saya berdoa seperti yang dilakukan Rasulullah saw., yaitu, “Ya Allah aku meminta kepadaMu dengan ilmuMu tentang yang gaib dan dengan kekuasaanMu kepada makhluk, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku. Aku memohon kepadaMu ketakutan kepadaMu di saat sepi dan di keramaian. Aku memohon kepadaMu berkata yang benar di saat aku senang atau di saat marah. Aku memohon kepadaMu sikap sederhana dan tenang di saat fakir dan kaya. Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang tidak akan hilang dan kebahagiaan yang tidak terputus. Aku memohon kepadaMu ridha kepada keputusan-Mu, kesejukan hidup setelah mati, kenikmatan melihat wajahMu, syauq (kerinduan) berjumpa kepadaMu, dan jauhkan aku dari kesempitan hidup yang berbahaya dan fitnah yang menyesatkanku. Ya Allah hiasilah kami dengan hiasan iman dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk dan diberi petunjuk.”

Yuk, kita mulai lebih dewasa dalam berpikir dan bertindak. Jangan terus main-main dalam masalah seserius ini. Kalo pun kita belum mampu untuk menikah, jangan nekat menikah. Karena pernikahan bukan urusan main-main. Oya, kita pun harus rela untuk membuang jauh-jauh pikiran murah dan murahan tentang “pacaran”. Sebab, pacaran adalah salah satu bagian dari ekspresi cinta buta.

Sahabat muslim, mulai sekarang tumbuhkan dulu kecintaan kita kepada ilmu agama, sehingga kita jadi paham ilmu agama dan bisa diamalkan dalam kehidupan keseharian kita. Semoga pula kita tak tergoda dengan cinta buta.


Sabtu, 2 Mac 2013

Isteri komando pengsan terima berita suami terbunuh


7:17AM Mac 2 2013  
Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.
  
"Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di Ipoh.
  
Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran.
  
Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
  
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.
  
Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya.
  
"Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.
  
"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
  
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.
  
"Arwah memang rapat dengan suami saya... sekiranya ada masalah arwah akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat dirasai," katanya.
  
- Bernama

Jumaat, 1 Mac 2013

Kelebihan Berwuduk

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2 .Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3 .Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5 .Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

500 ribu satu amaran


 
Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untuk mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000 anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di Stadium Merdeka.  Saperti biasa media milik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dan dongeng.

Dari awal lagi telah dijangkakan Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah yang hadir.  Sama ada 700 ribu atau 500 ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak. Yang  saheh dan penting ialah  500,000 warga – tua dan muda – anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian mereka bangun melawan  United Malays National Organisation.

Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh  telah memecah  urat kentot  berfikir untuk  menganjing HKR112. Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya berkeupayaan untuk menamakan HKR112  ini dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar  ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua Penerangan United Malays National Orgaisation.

Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang memerintah  hanya ke tahap  ‘himpunan shamsidar’  maka jelas negara Malaysia kita ini sedang berada dalam bahaya. Percubaan bangang saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari bahawa negara kita sedang dikemudikan oleh Mamat-Mamat  Remeh bin Temeh  yang memiliki lubang kosong di antara dua telinganya. Paling menyedihkan ada di antara Mat Remeh ini telah berjaya menyamar sebagai Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.

Justeru, mari kita lupakan  jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.

Saya telah merayau dari pekan ke  kampong untuk mengelodak,  mengecar dan menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu berjaya. Tim menghasut - dari parti politik, NGO dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur.  Saya tepuk dada tanda puas hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.

Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat: yang capek mamakai tongkat, yang pekak tertanya-tanya, yang buta diheret  teman, yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang cun dihurung balak,  yang cool membawa sepanduk - semua berjalan untuk memasuki Stadium Negara.

Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan bedebar-debar, bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai orang yang datang. Saya akui di sini jumlah 500,000 yang turun ke Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang  menakutkan ialah kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan berpagar.

Seperti yang telah saya tuliskan dahulu, bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang begitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal. Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.

Manakala si Najib pula telah mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar rasmi yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah  satu penghinaan kepada Orang India. Utusan Malaysia dengan bangga tetapi bodoh telah memaparkan gambar Orang India sedang  berebut-rebut untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.
Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa  berebut-rebut menghulur tangan untuk mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej  ‘ kebuluran’ dalam negara dunia ketiga yang selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.

Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat  memukul gendang - United Malays National Organisation terpaksa menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.

Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan cecair kimia? Malah ada  anak-anak muda merasa HKR112 ini ‘kureeeng cool’ tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.

Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru. Turun berdemo ke jalan raya ini bukan ombak politik baru di tanahair kita ini. Di zaman British lagi Hisbul Musliman, Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak pelajar, agamawan  telah mengunakan jalan raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National Organisation sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.

Wajib juga saya surahkan di sini – ketika abang adik – khusyuk mendengar ucapan dari pemimpin NGO dan parti politik -  sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam Stadium Merdeka Sabtu lalu adalah hasil dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta mata, patah tangan, patah  kaki, dan dipenjara. Sabtu lalu adalah penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan  di jalan raya. Hak ini ditulis jelas dalam perlembagaan. Tetapi selama 54 tahun ini United Malays National Organisation telah menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam Perlembaaagn Malaysia.

Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani  keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas, kimia, penjara dan mahkamah telah digunakan untuk menakutkan orang ramai. Bertahun-tahun orang ramai telah berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah ditakut-takutkan dengan konsep ‘menggulingkan’ kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan  dengan konsep ‘menjatuhkan’ kerajaan. Orang ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.

Tersenyumlah - kerana semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi yang takut untuk menggulingkan kerajaan. Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya. Telah saheh turun ke jalan raya untuk berdemo telah menjadi budaya politik kita.

Jumlah 500,000 adalah 500,000 yang mewakili anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan bersetia dengan membaca Deklarasi 12 Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya jika Barisan Nasional menang dengan jalan menipu dalam PRU13 ini.
Amaran ini amat jelas terpampang besar untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk yang tidak berada dalam stadium, untuk yang di rumah atau di luar negara  ‘Kain Rentang Amaran’ ini boleh dilihat dalam puluhan rakaman gambar dan klip video yang sedang mengampoh di alam maya.

Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu - ayat inilah yang tersirat dan tersurat. Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan kata-kata diplomasi. Amaran ini dinyatakan dengan jelas dan terang. Amaran ini ditujukan kepada United Malays National Organisation. Inilah amaran HKR112.

Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat orang ramai yang turun ke jalan raya telah memberi amaran agar mereka tidak lagi  akan ditipu seperti dalam pilihan raya yang lalu.

Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan pelbagai NGO. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam penggumpulan kesemua kemarahan, kesemua ketidakpuashati dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka telah ditipu dan ditindas oleh United Malays National Organisation.

Malah, tuntutan dari NGO-NGO ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis NGO sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup, masih ada walaupun kerajaan Pakatan yang berkuasa. Begitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah orang  kampung di Pengerang akan terus dirampas walaupun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa rakyat melihat dan memerhati.

PRU13 ini dijadikan sasaran induk kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang sahih bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu. Benteng akhir pertahanan United Malays Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara untuk Barisan Nasional menang.

Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan konsep ‘non partisan’ atau tidak menyebelahi mana mana pihak. Untuk rakyat tertindas, untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampung halaman dirampas – untuk kesemua ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian. Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga.  Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak. Bunga durian ini bukan hanya 500,000 jumlahnya - malah berjuta akan turun ke jalan raya.

Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat arahan dari United Malays National Organisation – sila lihat dahulu gambar-gambar dalam klip YouTube tentang HKR112.  Bertenang dan fikirkan - yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu janji.

Rabu, 27 Februari 2013

Tiada lagi cinta Shila Amzah

pix_gal0
Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Seakan disuntik semangat baru hingga tiada garis duka pada wajahnya ketika pertemuan di sebuah majlis, semalam, penyanyi Patah Seribu itu tampak teruja menjawab segala pertanyaan media.

Berbanding ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, hanya menutup mulut selain selesa meluahkan rasa menerusi Twitter.

Kongsi Shila yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

Mengakui suka memendam, anak pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman, lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah nukilan terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada si dia.
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Sudah merancang dan mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu, anak sulung daripada empat bersaudara itu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

FELDA Global raih RM12.89b

Kuala Lumpur: Kira-kira 112,635 peneroka FELDA akan menerima dividen hampir RM1,000 seorang, hasil kejayaan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih pendapatan RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu.
Bayaran melalui tabung itu berdasarkan dividen akhir 8.5 sen sesaham atas 20 peratus saham yang dipegang oleh FELDA berjumlah RM62.02 juta.


Dividen itu adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham berjumlah RM40.13 juta yang dibayar Oktober lalu, sekali gus menjadikan jumlah dividen tahun lalu 14 sen sesaham.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad, ketika taklimat media mengenai keputusan itu, berkata pembayaran dividen juga dijangka memanfaatkan kira-kira 67,365 pemegang saham lain.

Peguam Syarie Menulis: Hikmah bertunang

Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang

Tunang atau dalam bahasa Arab disebut khitbah adalah hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya atau secara ringkasnya suatu perjanjian untuk mendirikan rumah tangga.
Perjanjian juga dianggap sebagai suatu kontrak sebelum memasuki alam pernikahan, iaitu apabila pihak lelaki mengemukakan hasrat untuk mengahwini pihak perempuan sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang tengah atau perantaraan.

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT: “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 234-235)

Mengikut adat orang Melayu, jika seorang lelaki berkenan kepada seorang perempuan, maka hasratnya akan diluahkan kepada ibu bapanya. Maka ibu bapa lelaki atau saudara-maranya akan bertandang ke rumah perempuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa perempuan hasrat lelaki itu.

Bukan tiket hubungan bebas

Kebiasaannya, sebentuk cincin merisik akan dibawa ketika bertandang. Sewaktu merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan diadakan, seperti tarikh dan tempat majlis pertunangan diadakan.
Hikmah bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan, mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain dan memastikan jiwa serta emosi pasangan yang bertunang stabil.

Namun, ikatan pertunangan bukanlah bermakna ia tiket membenarkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibu bapa menyegerakan akad perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas antara pasangan yang bertunang.

Secara amnya Islam telah menggariskan syarat yang sepatutnya dimiliki setiap pasangan yang berhasrat untuk bertunang. Lelaki yang mengemukakan hasrat bertunang wajiblah seorang yang berakal, beragama Islam dan telah akhil baligh.

Lelaki itu juga harus dipastikan orangnya, supaya tidak keliru dengan orang yang mempunyai nama sama. Disyaratkan juga lelaki itu hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai empat isteri.

Syarat pada pihak perempuan juga hendaklah beragama Islam, pasti orangnya, terutama sekali apabila perempuan itu mempunyai ramai adik-beradik perempuan dan halal bagi lelaki yang ingin meminangnya.

Wanita yang haram dikahwini

Perempuan yang diharamkan dikahwini dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32)

Perempuan itu juga hendaklah bukan di dalam edah cerai hidup atau cerai mati, dan hendaklah bukan isteri kepada lelaki lain. Mana-mana pertunangan yang diadakan dengan perempuan yang telah bersuami, ia adalah tidak sah dan terbatal.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan seorang perempuan sedangkan dia mengetahui perempuan itu adalah isteri seseorang, lalu menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ itu sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya, juga termasuk dalam konteks meminang yang dilarang syarak.

‘Peminangan’ sedemikian akan mendorong perempuan itu meminta cerai daripada suaminya, sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Islam melarang seorang isteri meminta cerai daripada suaminya, tanpa sebab yang diharuskan syarak.

Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki atau dipersetujui pihak lelaki, yakni lelaki bersedia memutuskan pertunangan itu.

Tuntutan ganti rugi pertunangan

Memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan dikemukakan di Mahkamah Syariah. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 1992) memperuntukkan: “Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.”

Menaruh minat terhadap perempuan yang telah bertunang juga adalah suatu perkara yang perlu dielakkan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan tunangan orang boleh menyebabkan perbalahan, pergaduhan, perpecahan dan boleh memutuskan silaturahim.

Islam melarang keras perbuatan memutuskan silaturahim. Sabda Nabi SAW: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” (Riwayat Muslim)

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com.

Berita Harian terus mengorak langkah jadi akhbar bahasa Melayu terulung

1 Julai 2012

HARI ini genaplah 55 tahun Berita Harian lahir sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini yang berjaya mencatat pelbagai sejarah sejak kelahiran pertamanya pada 1 Julai 1957, seusia dengan kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan sudah ditempa dan pelbagai perubahan juga sudah dilalui sama ada dalam aspek fizikal, pengisian mahupun kepemimpinan.

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini menggunakan bahan sama dengan akhbar Straits Times. Pada ketika itu, Berita Harian menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya dengan harga 15 sen.

Seramai hanya lapan orang kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baru `masthead' diperkenalkan.

Tahun 1972 menyaksikan tampuk kepemimpinan di Berita Harian diambil alih oleh Abdul Wahab Zain yang sepanjang pembabitannya sebagai pengarang berjaya menambah dua muka surat tambahan menjadikan keseluruhan 12 muka surat pada 1974. Fokus penambahan ketika itu menumpukan kepada ekonomi, nota fotografi, tips menghadapi peperiksaan, lebih penumpuan kepada hiburan, berita luar negara dan rencana umum.

Sebelum beliau mengundur diri pada 1975, Berita Harian berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya Abdul Samad Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1978 dan digantikan pula Salim Kajai pada 1978.

Dalam era kepemimpinan Salim Kajai, dua perubahan besar berjaya dicapai iaitu pelancaran Edisi Bandar Berita Harian pada 1979 dan sekali lagi imej baru pada 'masthead' selain seksyen baru yang memberi sedikit penekanan terhadap elemen hiburan dengan kali ini, harga jualan juga meningkat kepada 35 sen senaskhah dan dinaikkan sekali lagi kepada 45 sen sebelum Adibah Amin dilantik sebagai pengarang pada 1983.

Setahun selepas itu, Ahmad Sebi Abu Bakar dilantik menggantikan Adibah dengan jawatan Pengarang Kumpulan dan satu kejayaan terbesar di bawah pimpinannya ialah apabila Berita Harian dan Berita Minggu disatukan di bawah Berita Harian Sdn Bhd pada 1985. Pada 20 Oktober tahun sama, Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilancarkan.

Dua tahun memimpin Berita Harian, Ahmad Sebi digantikan A Kadir Jasin yang berperanan besar dalam memperkenalkan Anugerah Bintang Popular pada Disember 1987 sebelum melepaskan kepemimpinan itu kepada Ahmad Nazri Abdullah pada 8 April 1988. Pembabitan Ahmad Nazri selama 10 tahun sebagai Pengarang Kumpulan mencetuskan kelahiran akhbar tabloid sukan, Jaguh pada 8 Ogos 1989 yang mempunyai 16 muka surat.

Berita Harian juga memperkenalkan tema terbaru pada 2 Disember 1991 iaitu 'Sumber Ilmu dan Maklumat Mutakhir'. Pada 1 Jun tahun sama, akhbar keluaran khas harian dikeluarkan iaitu Berita Pelajar, Berita Wanita, Berita Teknologi, Jaguh, Perspektif dan Dunia. Pada 4 Disember 1993, Minda Pelajar diterbitkan dan serentak itu harga Berita Harian dinaikkan kepada 70 sen sebelum pengenalan kepada tabloid 'Didik' pada 23 Januari 1995.

Langkah Berita Harian semakin panjang dalam memenuhi kehendak semua golongan termasuk wanita apabila secara rasmi menerbitkan akhbar mingguan Citra dengan tema 'Bicara Wanita Kontemporari' pada 23 Februari 1995 dan dijual dengan harga RM1.

Antara kejayaan terbesar Berita Harian dalam menarik kelompok pembaca ialah apabila melancarkan sisipan Joran pada 4 Oktober 1996 yang nyata memberi impak besar terhadap akhbar ini menjelang sambutan ulang tahun ke-40nya setahun selepas itu yang menyaksikan Grand Prix Joran diperkenalkan.

Selepas 10 tahun memimpin Berita Harian sehingga Julai 1998, tempat Ahmad Nazri diambil alih Ahmad Rejal Arbee yang sekali gus menaikkan harga Berita Harian kepada RM1.20 serta merombak beberapa pengisian dalam akhbar ini. Tidak puas dengan semua itu, beliau mengorak langkah merubah rupa bentuk Berita Harian pada 2000 yang menggunakan `masthead' baru dengan grafik lebih menarik dan penambahan kepada ruang berita, rencana dan analisis.
Tahun pendidikan. Itulah gelaran paling tepat untuk 2001 kerana ketika itu, dua tabloid dijadikan sisipan percuma untuk pembaca Berita Harian yang mana Didik diberi secara percuma bermula isu 6 hingga 12 Februari dan Minda Pelajar pada 5 hingga 11 Februari sebelum Skor pula dilancarkan pada 26 April 2001 sebagai tabloid pendidikan ketiga, memfokuskan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menyedari kepentingan menarik golongan muda, Berita Harian mengubah reka letaknya pada 6 Januari 2003 kepada sesuatu yang lebih segar dan mesra pembaca dengan pengisian mendekati pembaca muda. Tahun sama juga menyaksikan Hishamuddin Aun dilantik sebagai Pengarang Kumpulan yang kekal memimpin Berita Harian selama tiga tahun.

Pelantikannya mencorak satu lagi imej baru apabila satu sisipan baru diperkenalkan pada 4 Oktober 2003. Sisipan itu, Ikon nyata sekali menyasarkan golongan muda dan diselitkan bersama akhbar ini pada setiap Sabtu. Pada tahun sama juga, satu lagi sisipan diperkenalkan iaitu EPG (Emas, Perak, Gangsa) yang menggantikan edisi Jaguh sebagai sisipan sukan.

Semua usaha keras warga Berita Harian mula menampakkan hasil apabila pada Januari 2004, purata jualan akhbar ini mencapai 238,000 naskhah sehari yang menjadi titik tolak kepada kemunculan edisi muka depan untuk Wilayah, Tengah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah - Sarawak, Timur, Utara dan Selatan. Pada tahun sama, Berita Harian memperkenalkan kolum 'Hello YB'. Pada 23 Ogos 2004, edisi Tengah ditukar nama kepada Sentral.

Harga Berita Harian dinaikkan sekali lagi pada 2005 kepada RM1.50 dan sekali lagi Berita Harian merubah reka letak dan grafiknya untuk kelihatan lebih muda serta dinamik pada 20 Jun 2005. Penggunaan maklumat ringkas dan fakta nombor menjadi satu elemen baru yang diperkenalkan.
Pelantikan Hishamuddin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP membolehkan Datuk Manja Ismail dilantik Pengarang Kumpulan pada 1 April 2006. Pengenalan kepada RakanBH pada 10 April 2006 membolehkan pembaca berpeluang berkongsi pandangan serta komen menggunakan telefon bimbit.

Satu lagi kejayaan sekali gus dianggap sebagai sejarah dalam rekod Berita Harian ialah apabila merubah bentuknya kepada akhbar kompak pada Julai 2008 selepas 51 tahun bertahan dengan imej 'broadsheet.' selepas rakan dalam satu syarikat, News Straits Times dan New Sunday Times memulakan transformasi itu pada April 2005.

Pada 1 Julai 2009, Datuk Mior Kamarul Shahid dilantik menggantikan Manja sebagai Ketua Pengarang yang kini mengetuai Berita Harian untuk terus mengorak langkah cemerlang muncul sebagai akhbar bahasa Melayu arus perdana terulung di negara ini sempena sambutan ulang tahun Berita Harian ke-53 hari ini.

Apa yang pasti, selepas semua kejayaan yang dicapai, semua warga Berita Harian mempunyai keyakinan tinggi untuk mencapai misi itu dan seiring dengan sasaran Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd yang dalam transformasi agresif pada semua jabatan di bawahnya.

Nasional Sasar 10 juta pekerja bergaji lebih RM2,000

Ahmad Husni bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar membaca buku cerita kepada murid-murid Tadika Perpaduan Tanah Hitam di Ipoh, semalam. Ahmad Husni bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar membaca buku cerita kepada murid-murid Tadika Perpaduan Tanah Hitam di Ipoh, semalam.
Ipoh: Kerajaan menyasarkan 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang 2020, berbanding jumlah kira-kira lima juta sekarang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sasaran mewujudkan lebih banyak tenaga kerja berpendapatan tinggi dalam tempoh tujuh tahun ini mampu dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Ketika ini, kira-kira 4.5 juta pekerja memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 dan 500,000 pekerja memperoleh lebih RM7,000.

“Sasaran 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 mampu dicapai kerana Pendapatan Negara Kasar (PNK) kini semakin meningkat,” katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Semula Pasar Tanjung Rambutan bernilai RM5.8 juta, di sini, semalam.

Capai PNK RM1.7 trilion

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, sasaran negara pada 2020 adalah untuk mencapai PNK sebanyak RM1.7 trilion dan kini jumlah yang berjaya diperoleh kira-kira RM900 bilion.

“Justeru, pelbagai pendekatan dijalankan kerajaan seperti pelaksanaan ETP bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Ia termasuk meningkatkan jumlah pendapatan individu dengan menyasarkan lapan juta pekerja berpendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 sebulan serta dua juta pekerja berpendapatan lebih RM7,000 pada 2020 nanti,” katanya.

Katanya, menerusi ETP juga tumpuan bukan hanya diberi kepada ekonomi berpendapatan rendah malah lebih memfokuskan ekonomi berpendapatan tinggi kerana ia membantu meningkatkan jumlah pendapatan pekerja serta bilangan mereka di negara ini.

Deretan kedai musnah terbakar

Pasukan bomba mengawal  kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai  di Jalan CY Choy di Georgetown, malam tadi. Pasukan bomba mengawal kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai di Jalan CY Choy di Georgetown, malam tadi.
Georgetown: Sembilan deret kedai satu tingkat yang dibina ketika zaman perang dunia kedua musnah dalam kebakaran di Jalan CY Choy di sini semalam, menyebabkan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.45 malam dan api dipercayai bermula dari bahagian tengah kedai yang menempatkan kedai makan sebelum merebak ke kiri dan kanan kedai berikutan angin kuat ketika kebakaran.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.55 malam sebelum tiba ke lokasi kejadian lima minit kemudian bersama 10 pegawai dan anggota bomba serta sebuah jentera.


Beliau berkata, dalam operasi pemadaman itu, pihaknya turut mendapat bantuan Balai Bomba Jalan Perak dengan lebih 10 anggota serta empat jentera bomba termasuk anggota bomba sukarela dari Bukit Bendera, Sri Tanjung, Air Itam dan Paya Terubong. Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit.

Tiada kecederaan dilapor

Katanya, pemeriksaan awal mendapati sembilan premis kedai termasuk kedai alat ganti, kedai membaiki motosikal, kedai telefon bimbit dan kedai gunting rambut musnah disebabkan struktur bangunan lama selain mempunyai bahan mudah terbakar dalam kedai terbabit.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam dan tiada kecederaan dilaporkan berikutan semua premis ditutup kerana cuti hujung minggu,” katanya.

United tak endah ugutan Nani

Manchester: Tonggak Manchester United, Nani diberi kata dua sama ada menerima atau bersedia untuk meninggalkan kelab dalam kontrak baru yang bakal ditandatanganinya kelak.

Pemain sayap itu dipanggil dalam satu mesyuarat minggu lalu dan diberitahu kelab tidak akan berganjak dengan tawaran gaji asal 90,000 pound (RM430,000) seminggu untuk tempoh empat tahun.

Tuntutannya mendapatkan bayaran gaji 130,000 pound (RM610,000) seminggu ditolak oleh kelab dan pemain Portugal itu sedang menilai dan mempertimbangkan pilihan tepat yang akan diambil.

“Kami mahu dia terus kekal bersama pasukan, tetapi dia mahukan jaminan dalam kesebelasan utama pasukan. Kami tidak mempunyai masalah seandainya dia berjaya memperagakan aksi seperti yang dilakukan ketika menentang Reading,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Nani, 26, menyertai Red Devil dari Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan 14 juta pound (RM66 juta) pada Julai 2007 dan United pastinya tidak mahu menanggung risiko kehilangan pemain itu dengan kontrak semasa hanya berbaki hingga musim depan.
Agensi

Pengamal media sosial perlu lebih matang dan bertanggungjawab: PM

KUALA LUMPUR: Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya terhadap masyarakat, Najib berkata adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.
Beliau berkata, etika dan tanggungjawab yang datang bersamanya (media sosial) adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.


"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," kata Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial (SMC) Malaysia di sini hari ini.

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan pengasas, yang juga presiden Dewan Media Sosial Malaysia Shahul Hameed Shaik Dawood.

Najib berkata, bulan-bulan yang akan datang adalah tempoh yang menarik bagi mereka yang meminati politik dan Internet. - BERNAMA

Nasional Penjawat awam perlu bijak pilih

Ipoh: Sebanyak 18 perkara yang memberi manfaat kebajikan dan kesejahteraan kepada anggota perkhidmatan awam sudah diberi kerajaan sejak lima tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berkata ia menjadikan perkhidmatan awam di negara ini antara paling istimewa di dunia kerana mendapat layanan penuh daripada kerajaan.

“Justeru, sebagai pemimpin pekerja, saya menasihatkan 1.4 juta penjawat awam dan keluarga mereka serta 500,000 pesara membuat keputusan bijaksana dalam memilih kerajaan, jangan buat keputusan kerana ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, itu dikira keputusan tidak matang.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tahu mana buruk dan baik, fikirlah apa manfaat yang kita dapat seperti kenaikan pangkat, bonus, semakan gaji, gaji maksimum dan pelbagai lagi, tidak tahulah esok, kalau orang lain, sama ada benda ini kekal atau tidak,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada Ahli CUEPACS Perak, di sini, semalam.

Omar berkata, pihaknya berharap akan mendengar lagi berita baik daripada kerajaan khususnya berhubung semakan gaji, kenaikan gred beberapa perjawatan dan elaun dalam tempoh terdekat, iaitu selepas Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, selesai mengemukakan saranannya kepada kerajaan awal tahun ini.

Pahang kenduri gol di Kuantan


Kuantan:

Pahang tidak menghadapi masalah layak ke suku akhir apabila membelasah Tentera Darat 7-1 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Bermain di atas padang becak jelas menyaksikan kedua-dua pasukan terutama skuad kendalian Dollah Salleh lebih berhati-hati bagi tempoh 10 minit pertama perlawanan.
Namun, gol pertama tuan rumah akhirnya hadir menerusi jaringan pemain tengah, R Gopinathan untuk menggegar gawang lawan yang beraksi dalam saingan Liga FAM itu.

Selepas itu, Azamuddin Mohd Akil yang juga pemain kebangsaan menambah derita Tentera Darat apabila menjaringkan gol kedua dan ketiga tuan rumah pada minit ke-23 dan 25.

Pada minit ke-37, penjaga gol Tentera Darat, Khairul Anuar Mohamad tewas buat kali keempat selepas Mohd Faizul Hussain yang tidak dikawal mudah melakukan sepakan terus ke gawang lawan.

Tiga minit bersambung babak kedua, tuan rumah menambah gol kelima menerusi Azamuddin yang mudah menyempurnakan tendangan penalti selepas Amirulhadi Zainal dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tentera Darat yang dilatih Ahmad Fuad Karim berusaha untuk mengurangkan defisit gol dan ia berhasil apabila mereka dihadiahkan penalti apabila Razman Roslan menjatuhkan Nazri Akui pada minit ke-66.
Faizal Hamzah yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaiuzul Azuar Ali.

Namun, minit ke-68, Azamuddin yang lebih mesra dengan panggilan Alex membuktikan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol keempat peribadi dan keenam buat pasukannya.

Minit ke-86, pemain gantian, Mohamed Borji menjaringkan gol ketujuh buat Pahang yang turut diperoleh menerusi tendangan penalti selepas Nikolche Klechkaroski dijatuhkan.

Najib dianugerah `Kepimpinan dalam hubungan media sosial'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diberi penghargaan apabila dianugerah 'Kepimpinan dalam Hubungan Media Sosial' oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC) bagi Aktivis Media Sosial No 1 Malaysia.

Anugerah itu disampaikan Pengasas dan Presiden MSMC Shahul Hameed Shaik Dawood dan disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Minggu Media Sosial Malaysia, di sini hari ini.

Majlis yang dianjur MSMC itu menarik ratusan delegasi dari seluruh dunia termasuk penceramah tempatan dan antarabangsa.

Pada masa ini laman sosial facebook Najib mempunyai 1.4 juta 'like' dan akaun twitter beliau mempunyai 1.2 juta pengikut.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan akaun Instagram beliau apabila mengambil gambar peserta ketika tiba di majlis itu.

"Gambar-gambar anda semua yang saya ambil semasa saya (berjalan) ke pentas sebenarnya menjadi gambar akaun Instagram yang saya lancar hari ini," kata beliau dalam ucapannya.

 - BERNAMA

Anwar: Komuniti India tak dipinggir dalam manifesto


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata manifesto Pakatan Rakyat merentasi sempadan kaum dan pelbagai masyarakat termasuk komuniti India, yang mana tidak akan dipinggirkan.

Dengan memberi contoh jenis sekolah, Anwar yang juga ketua pembangkang berkata semua sekolah Cina, Tamil dan juga sekolah mubaligh turut akan dibantu.

"Ia tidak ditujukan kepada komuniti tertentu. Ini adalah satu jaminan setiap warganegara - Melayu, Cina , India, Kadazan atau Dayak - yang diberi penghormatan dan perhatian.

"Saya telah bertemu dengan masyarakat India di Hulu Selangor malam tadi, dan secara umumnya mereka sangat menerima pendidikan adalah satu masalah yang besar, isu-isu peminggiran masyarakat dan jenayah dibangkitkan.
"Bagaimanapun, isu-isu ini ditangani dalam teras negara dalam polisi Pakatan Rakyat yang tidak ditujukan kepada sub-kumpulan, " katanya.

"Ini adalah manifesto rakyat di mana kami membangkitkan isu kenaikan harga, komoditi, pembalakan, urustadbir kerajaan dan sokongan pada semua jenis sekolah," katanya.

Anwar menjawab soalan pemberita mengapa tiada polisi spesifik terhadap komuniti India dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dilancarkan semalam.

Tawar khidmat seks, wanita dalam pantang dipenjara


 
Seorang wanita dalam tempoh berpantang hari ini dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Ahad lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin, 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Februari lepas.

Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P Ravidran, 50, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di ibu negara pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.

Dia juga mempunyai empat lagi anak yang berumur antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman.

-Bernama

Hasan Ali: Manifesto Pakatan tak paparkan aspirasi PAS


 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di Klang malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa.. kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan PAS sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin PAS tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama.

-Bernama

Juruteknik dituduh menipu tiga wanita


 
Seorang juruteknik komputer hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menipu tiga wanita, tahun lepas.
K K Prabaharan, 45, didakwa memperdayakan warga emas T Suppamal, 68, untuk menyerahkan enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan bernilai RM60,000 untuk tujuan dicuci.

Dia melakukan kesalahan itu di rumah nombor T-3-32, Taman Hamna Lorong Helang 1, Sungai Dua, Gelugor pada 10 pagi, 7 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan A Vanija, 31, untuk menawarkan tender kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Green Lane dan meminta mangsa menyerahkan RM2,000 untuk tujuan itu.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Hospital Lam Wah Ee, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim di Georgetown, pada 3 petang, 8 Okt lepas.

Prabaharan turut didakwa memperdaya B. Vikneswary, 29, untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Bank Rakyat, Jalan Magazine pada 3 petang, 6 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Majistret Norhayati Ibrahim membenarkan Prabaharan diikat jamin RM20,000 dengan tiga penjamin dan menetapkan 16 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman  manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Idris.

Prabaharan ditahan 4 Jan lepas di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini setelah polis menerima aduan mengenai kegiatan seorang kasanova yang memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman web sosial dan dipercayai mengaut lebih RM500,000 sejak 2001.

- Bernama

Penganalisis: BN boleh menang 123 hingga 135 kerusi


 
ULASAN Pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya yang amat dinanti-nantikan, paling menarik dan mendebarkan dalam sejarah negara.
  
Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya menjadi teka-teki selama hampir setahun. Pilihan bagi tarikh mengadakan pilihan raya semakin pendek. Dijangkakan PRU-13 akan diadakan pada 14 atau 21 April 2013.
  
Terdapat tiga kemungkinan keputusan pada pilihan raya akan datang:
  
Senario 1 : Status quo semasa kekal
  
Senario 2 : Majoriti yang berkurangan bagi BN
  
Senario 3 : BN memperoleh semula majoriti dua pertiga.
  
Terdapat 222 kerusi parlimen di negara ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 150 adalah kerusi Melayu/Bumiputera, 30 kerusi campuran dan 42 kerusi majoriti Cina.
  
2008 elections who got what parliament seatDalam pilihan raya 2004, BN memenangi 140 kerusi dan Pembangkang
pula menang 82 kerusi. Huraian selanjutnya menunjukkan Umno memenangi 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 dan Gerakan 2, PKR 31, DAP 28 dan PAS 23 kerusi.
  
Daripada analisis kami, semakin jelas bahawa sebahagian besar penduduk luar bandar telahpun beralih semula kepada BN, khususnya kaum Melayu luar bandar yang sebahagian besarnya kembali semula ke pangkuan Umno.
  
Dalam hubungan ini, Umno dijangka memenangi lebih banyak kerusi berbanding pada 2008. Umno berkemungkinan menang 85 hingga 90 kerusi parlimen, iaitu satu peningkatan berbanding 79 kerusi sedia ada. Turut menjadi trend yang jelas ialah pengundi India di kawasan luar bandar dan separa bandar beralih semula  kepada BN. Bagaimanapun, sebahagian besar pengundi bandar masih bersama Pembangkang.

NONESungguhpun pengundi Melayu di bandar mungkin menyokong Pakatan dan malah jika lebih ramai kaum Melayu di bandar menyokong
Pakatan bagi kerusi bandar, ini tidak akan meningkatkan jumlah kerusi bagi Pakatan memandangkan kerusi bandar terbabit telahpun dimenangi DAP.

Bagaimanapun pengundi bandar masih tetap menyokong Pembangkang. Masyarakat Cina bandar menyokong kuat DAP.
  
Kira-kira 85 peratus masyarakat Cina bandar mungkin mengundi DAP. Ini akan meningkatkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP kepada 35-40 kerusi, meningkat daripada 28 kerusi yang dimenangi DAP pada 2008, menjadikan DAP parti pembangkang terbesar dalam Pakatan.
  
Harapan perdana menteri ialah pelbagai program mendekati rakyat yang beliau laksanakan terhadap kaum Cina akan mendapat tempat dalam kalangan pengundi Cina atas pagar namun ia masih merupakan cabaran yang besar. Sebahagian besar masyarakat Cina nampaknya telahpun membuat keputusan mereka.

dong zong cny open door 170213 05Sesetengah kaum Cina yang telahpun berusia dan kalangan ahli perniagaan Cina mungkin mahu memberi peluang kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak. Mereka menghargai keamanan, kestabilan serta kemakmuran dan menyukai cara Datuk Seri Najib mendampingi rakyat, misalnya kehadiran beliau pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dong Zong.
  
Dalam rundingan meja bulat dan kajian yang dijalankan baru-baru ini berhubung perkara yang menjadi kebimbangan kaum Cina anjuran Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), isu utama yang dikenal pasti sebagai membimbangkan kaum Cina adalah jenayah dan rasuah, pendidikan, kos sara hidup, keadilan dan kesaksamaan, isu kebudayaan dan agama, kekurangan penyertaan dalam perkhidmatan awam dan kurang meritokrasi.
  
Ini menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengundi Cina.
  
NONEBagaimanapun jika sokongan semula pengundi Melayu dan India kepada Umno/BN adalah kuat, ini akan membantu MCA dan Gerakan dalam mengalih undi Melayu dan India kepada calon MCA dan Gerakan bagi kerusi campuran di mana pengundi Melayu terdiri daripada lebih 40 peratus dan pengundi India adalah antara 10-15 peratus di kawasan pilihan raya, misalnya Padang Serai dan Gopeng.
  
Ramai pengundi atas pagar mengharapkan untuk melihat siapakah calon yang diketengahkan oleh parti dan cara kempen dijalankan. Sebarang kesilapan akan membawa padah semasa tempoh berkempen.
  
Kempen boleh menjadi kotor apabila banyak serangan peribadi dan tuduhan yang dilontar kedua-dua pihak. Kejutan juga boleh berlaku semasa berkempen.

Datuk Seri Najib akan berkempen dari landasan yang kukuh. Populariti, personaliti dan kerja kuat serta ketabahannya akan memberi beliau banyak sokongan. Apa yang nyata, beliau lebih popular daripada partinya.
  
Rekod pencapaian Najib yang dibuktikan menerusi program transformasi dan pencapaian ekonomi dengan mencatat pertumbuhan 6.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku keempat 2012 meletakkan beliau dan kerajaan BN dalam kedudukan yang baik.
  
NONESebaliknya, terdapat perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengundi bandar berhubung penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi manusia dan rasuah.
  
Di Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kemenangan 100 peratus kerusi PBB yang dipimpinnya kepada BN dan seterusnya menjamin kemenangan majoriti di Sarawak. Bagaimanapun PRS dan SPDP mungkin kehilangan beberapa kerusi Dayak kepada PKR.
  
SUPP akan berdepan cabaran getir daripada DAP dan mungkin kehilangan semua kerusi majoriti Cina kepada DAP tetapi memenangi semula Sibu dengan calon baharu yang lebih kuat serta mengekalkan kerusi majoriti Dayak yang disandang Timbalan Presidennya Datuk Richard Riot, sekali gus memenangi dua daripada enam kerusi Parlimen.
  
Di Sabah, Umno Sabah mampu melakar pencapaian yang baik dan memimpin BN untuk menguasai semula pentadbiran kerajaan negeri. DAP akan menang beberapa lagi kerusi majoriti Cina.
    
NONEDi Semenanjung Malaysia, kerusi MCA yang akan menjadi rebutan hebat ialah Gelang Patah, Kulai dan Tajung Piai di Johor dan Lumut di Perak. Kawasan-kawasan ini boleh ditembusi.
  
Sebaliknya, MCA mempunyai peluang cerah memenangi kembali Padang Serai, Gopeng dan Selayang jika sokongan kuat Melayu dan India kembali ke BN.  
  
Di pertandingan peringkat negeri, Pakatan seharusnya kekal menguasai Kelantan dan Pulau Pinang tetapi menghadapi cabaran kuat daripada BN.
  
Di Pulau Pinang, jika undi Melayu kukuh, Umno mungkin memenangi 17 kerusi Melayu dan jika MCA dan Gerakan boleh memenangi empat kerusi saja lagi, BN akan menang tipis dan menguasai semula Pulau Pinang.
  
Persaingan di Selangor paling sengit dan 50:50 bagi salah satu pihak untuk menang. BN seharusnya memenangi Kedah dan Perak dengan sokongan Melayu berbalik kepada Umno.
  
Ini dapat membantu Umno menguasai kembali kerusi negeri daripada tangan PKR dan PAS di Perak walaupun DAP berkemungkinan terus mengekalkan semua kerusi majoriti Cina di negeri itu.
  
NONEDalam perhitungan terakhir, BN akan memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13. Apa yang tidak pasti hanyalah jumlah majoriti. 
  
Daripada analisis kami, BN dijangka memenangi antara 123 dan 135 kerusi. Ini keputusan yang paling mungkin.
  
Namun, jika sokongan semula Melayu dan India kepada BN begitu kukuh dan Najib dapat menarik kembali lebih banyak pengundi Cina atas pagar, BN boleh memenangi hingga 150 kerusi, yang akan mengembalikan majoriti dua pertiga BN.
  
Keputusan ini merupakan cabaran berat.
  
Senario ketiga ialah BN mengekalkan jumlah kerusi yang kira-kira sama sekitar 140, yang dimenanginya pada 2008. 
  
Apapun, yang agak pasti ialah dua pemenang besar dalam pilihan raya umum kali ini ialah Umno dan DAP.
  
Satu lagi yang penting untuk diambil kira ialah bentuk kerajaan pasca PRU-13.

Apakah akan wujud penjajaran politik baharu? Apakah Umno akan berusaha mengadakan gabungan baru dengan PAS demi perpaduan Melayu dan Islam dan bagaimana ini akan memberi impak kepada bukan Melayu dan bukan Islam?.
  
Apakah dua pemenang besar pilihan raya ini, Umno dan DAP akan mengusahakan penjajaran politik baharu?.
  
Tidak ada yang tidak mungkin selepas Pilihan Raya Umum.  
Memang, tidak ada teman atau musuh yang kekal dalam politik.   
Inilah bentuk senario pasca pilihan raya yang perlu turut diambil kira.

TAN SRI MICHAEL YEOH ONN KHENG adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) & Timbalan Pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam (CPPS).
  
- Bernama