Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

SPRM serbu tapak bazar Ramadan



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Sehari selepas akhbar Utusan Malaysia mendedahkan kegiatan sindiket penjualan tapak bazar Ramadan yang dijual pada harga yang tidak masuk akal, pihak berkuasa bertindak menyerbu lokasi perniagaan yang dikaitkan di Jalan Masjid India dan Lorong Fatimah, di sini hari ini.

Hasilnya, dua individu yang dipercayai orang tengah menguruskan penjualan tapak-tapak bazar tersebut berjaya ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Salah seorang daripada mereka berusia 50 tahun dan berniaga jam tangan di kaki lima Jalan Masjid India, namun mempunyai kemudahan untuk keluar masuk pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.
Kedua-dua orang tengah tersebut ditahan petang ini mengikut Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009 dipercayai menerima suapan wang untuk menguruskan pembelian tapak orang kenamaan (VIP) bazar Ramadan.

Penahanan tersebut dibuat secara berasingan bagi membantu siasatan. Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat.

Operasi yang diketuai Penguasa SPRM Mohd. Fauzi Maslan bermula pukul 1 hingga 5 petang ini memfokuskan pemeriksaan tapak-tapak bazar yang dipercayai dibeli daripada sindiket berkenaan.

Menurut jurucakap SPRM, sebanyak 15 peniaga dipercayai membeli tapak bazar VIP tanpa melalui proses undian yang dibuat pihak berkuasa tempatan pada harga antara RM6,000 hingga RM50,000.

Katanya, kesemua peniaga tersebut gagal mempamerkan dokumen perniagaan masing-masing sebaliknya menggunakan kad perniagaan yang dimiliki individu lain atau nama persatuan perniagaan.
"Ada di antara peniaga mendakwa mereka membeli tapak VIP bazar berkenaan dengan harga RM50,000 bagi dua petak.
"Sebenarnya ada banyak lagi tapak bazar yang dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan namun mereka tidak beroperasi ketika operasi dijalankan hari ini.

"Sebanyak 102 tapak bazar beroperasi di Jalan Masjid India dan Lorong Fatimah. Sehubungan itu, dipercayai sindiket mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan tidak munasabah tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi operasi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan satu sindiket menawarkan petak-petak bazar Ramadan yang mengaut keuntungan sehingga mencecah jutaan ringgit dikesan berlaku di Jalan Masjid India, Lorong Fatimah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Wakaf Orang Tua Buta di sini.

Sindiket yang dipercayai didalangi 'orang dalam' PBT itu turut melibatkan peniaga, individu tertentu di dalam persatuan-persatuan penjaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kegiatannya pula dikatakan dikesan telah bermula sebulan sebelum Ramadan dan melibatkan ratusan petak perniagaan, termasuk yang digelar tapak VIP kerana lokasinya yang strategik.

Selain itu, dalam operasi tersebut, seorang peniaga mendakwa membeli tiga tapak bazar dengan harga RM6,000 setiap satu di lokasi yang dipercayai bukan tapak perniagaan yang dibenarkan oleh PBT.

Jurucakap itu memberitahu, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana pembabitan ahli-ahli persatuan berkenaan dan orang dalam pihak berkuasa tempatan terlibat dalam sindiket penjualan tapak bazar tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan dua individu berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Utusan

Khamis, 24 Mei 2012

13,000 guru sandaran tidak terlatih diserap

2011/07/26

PUTRAJAYA: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserapkan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata surat tawaran telah kepada semua GSTT tersebut mulai bulan lepas setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan baru kepada mereka.
"Sasaran pihak kementerian adalah mahukan semua jawatan GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak sambung kontrak.

"Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) di sini hari ini.

Mohd Puad berkata GSTT yang layak akan diserap mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti sebelum diserap sebagai guru tetap.

Mereka juga harus bersedia ditempatkan di sebarang kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara, katanya.

- BERNAMA

Rabu, 22 Februari 2012

Sime Darby Asyik Rugi


Oleh Rusnizam Mahat

Sime Darby Berhad mengalami kerugian lebih RM1.6 bilion kerana antara lain mengambil alih projek nazak seperti Empangan Bakun di Sarawak, kata pengerusi syarikat gergasi itu, Tun Musa Hitam.


Musa berkata pada tahun 2002, Sime Engineering Sdn Bhd mengambil alih Bakun, ketika projek itu mengadapi pelbagai masalah, khususnya dari segi kos yang menjangkaui anggaran.

Saya pernah bertelagah de-ngan pucuk pimpinan terdahulu mengenai projek Bakun, lebihan kosnya besar, kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Proses pengambilalihan projek Bakun ini berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara.

Dalam wawancara itu juga, Musa memberitahu bahawa Sime Darby mendapat kontrak projek Bakun pada harga yang rendah meskipun projek itu berskala besar.

Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan tidak langsung memantau projek yang menelan berbilion ringgit itu walaupun ia membabitkan kepentingan nasional.

“Ia dianugerahkan kepada seseorang, kemudian ia ditender semula ketika itu, Sime Engineering memperolehinya. Ia tidak ada kaitan dengan Sime Darby sekarang. Namun bagi saya tentu kerajaan tahu, boleh menyekat ataupun mengawasi Sime Engineering ketika itu. Ini merupakan projek nasional,” tambah beliau.

Pendedahan oleh Musa itu harus mengundang siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia membabitkan syarikat kepen-tingan nasional yang mengambil alih projek-projek tenat, kata Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut beliau, projek Bakun nazak sekitar tahun 1997 selepas syarikat milik jutawan Ting Phek King, Ekran Berhad, gagal menyiapkannya melalui Bakun Hydroelectric Coporation.

Sime Darby umpama menangung biawak hidup apabila terpaksa mengambil alih projek Bakun yang gagal dilaksanakan. Umum tahu hubungan akrab antara Ting dengan Dr Mahathir dan ini bukan perkara baru,’’ tambah beliau.

“Pada masa itu kos melambung tinggi dan Ting juga dilaporkan menuntut perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk projek Bakun,kata Johari.

Johari meminta SPRM menyiasat kerugian yang ditanggung Sime Darby kerana ia melibatkan kepentingan awam dan dana awam diguna untuk membiayai projek berkenaan yang tertangguh beberapa kali.

“Pertama, SPRM perlu siasat dan kita minta dedahkan laporan di parlimen kerana ini melibatkan duit orang ramai yang menabung dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja(KWSP) dan pegangan dalam Permodalan Nasional Berhad(PNB) yang akan diguna untuk menyelamatkan Sime Darby dan Bakun,” ujarnya.

Mengenai kerugian ditanggung Sime Darby, beliau juga menambah, antara punca kerugian kerana membuat banyak pelaburan bukan di dalam bidang terasnya iaitu perladangan.

Sime Darby tidak fokus pada kepakarannya dalam perladangan yang mempunyai risiko rendah. Nampak keuntungan di bidang lain besar tetapi risiko tinggi. Adakah kita mahu meletakkan duit rakyat dalam sektor yang berisiko tinggi?,” katanya yang menambah bahawa adalah lebih baik syarikat itu membuat pelaburan di dalam negara.

Sime Darby mengalami kerugian hampir RM1.6 bilion dari divisyen Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos dalam projek minyak di Qatar dan empangan Bakun.

Berikutan itu syarikat itu mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti sementara siasatan dijalankan.

Ramai pihak turut mendesak Musa meletakkan jawatan atas kerugian besar yang ditanggung Sime Darby.

Peluit:

Seharusnya Sime Darby dapat membantu ekonomi negara; lantaran ia adalah syarikat gergasi yang mengambil semua ladang kelapa sawit di negara kita. Bumi kita yang kaya dengan rempah ratus; herba, flora & fauna yang cantik habis gondol diteroka oleh pemaju kelapa sawit. Ini adalah hak kita hutan simpan kita; bumi indah kita tapi habis ditanam kelapa sawit.

Keuntungan kelapa sawit ini jika kita gunakan dengan cara tak munasabah mahu memikul syarikat yang nazak ini memang merugikan negara. Siapa pemilik ladang kelapa sawit ini mereka tetap untung kenapa kita pula yang melabur rugi; siapa pelabur paling banyak dalam Sime Darby ini sila dedahkan; apakah pelabur ini rugi; atau wang yang dikatakan rugi berbillion ini ada ceritera di sebaliknya.

Kes saman bekas CEO dijangka dedah pelbagai kesalahan Sime Darby dan Kerajaan

Monday, 14 March 2011

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kes saman RM338 juta Sime Darby Bhd terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat yang lain dijangka akan mendedahkan segala ‘daki’ memandangkan pegawai-pegawai kanan kerajaan juga akan dipanggil memberi keterangan mengenai operasi konglomerat itu.

Difahamkan defendan juga akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dua bekas penyandang jawatan tersebut iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes yang difailkan Disember lalu.

Ketiga-tiga mereka juga sedang dan pernah mengetuai Kementerian Kewangan.

Saman berhubung kerugian RM2.1 bilion dialami Sime Darby telah menamakan Zubir dan empat yang lain.

Empat yang lain itu adalah Datuk Mohamad Shukri Baharom (bekas naib presiden eksekutif bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Rahim Ismail (bekas ketua pegawai kewangan bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Kadir Alias (bekas ketua unit perniagaan minyak & gas bahagian tenaga & utiliti) dan

Mohd Zaki Othman iaitu bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd.

Tertuduh-tertuduh dijangka mempertahankan bahawa projek konglomerat itu di Bakun dan Qatar memang diketahui umum, malah disedari pemimpin-pemimpin kerajaan.

Sime Darby memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap mereka kerana didakwa melanggar peraturan pelaksanaan tugas.

Syarikat itu berkata saman itu bertujuan menebus kerugian yang dialami oleh Sime Darby Group dalam projek Qatar Petroleum, projek Maersk Oil Qatar (MOQ) dan projek yang berkaitan dengan pembinaan kapal-kapal bagi kegunaan dalam projek MOQ, dikenali sebagai ‘Marine Project’.

Ia menuntut daripada defendan, antara lain, pengembalian wang yang dibayar secara salah, ganti rugi bagi kerugian yang dialami, kehilangan keuntungan, kerosakan teruk dan kos.

Zaid Ibrahim & Co dikekalkan sebagai peguam cara Sime Darby dan Tommy Thomas sebagai peguam.

Sumber-sumber memberitahu, antara perkara yang akan didedahkan dalam perbicaraan itu kelak ialah pembabitan pemimpin-pemimpin kerajaan, Kabinet dan ahli-ahli politik kanan dalam soal pengendalian syarikat senaraian awam itu.

Ini termasuklah dana politik ketika pilihan raya dan pilihan raya-pilihan raya kecil.

Negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Lapan daripada dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) manakala baki oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Wujud spekulasi Sime Darby juga bercadang untuk menyaman Zubir dan beberapa yang lain berhubung peningkatan kos dan pengendalian projek air bawah tanah besar-besaran di Perak serta pembelian tanah di Sarawak.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya negeri bulan depan.

Sumber-sumber berkata seorang anggota kerabat diraja dan adik kepada pemimpin kanan kerajaan terlibat dalam projek air bawah tanah manakala seorang ahli perniagaan yang rapat dengan pemimpin berpengaruh di Sarawak dikaitkan dengan urusan pembelian tanah.

Difahamkan pegawai-pegawai penyiasat masih meneliti bukti sebelum menyerahkan fail kepada Peguam Negara.

Bekas CEO Sime Darby fail notis tuntut sumbangan 22 individu

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid memfailkan notis pihak ketiga bagi menuntut suatu sumbangan daripada 22 individu yang berkepentingan di syarikat itu, dalam kes saman RM338 juta berkaitan projek Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar dan projek marin serta kes saman RM92.2 juta berhubung projek Bakun.

Dalam notis itu, Ahmad Zubir berkata, jika plaintif dalam dua kes saman itu berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadapnya, beliau memohon suatu indemniti dan/atau suatu sumbangan daripada 22 individu itu.

Beliau berkata, ini kerana mereka anggota satu atau lebih lembaga pengarah di Sime Darby yang juga badan pembuat keputusan tertinggi dalam syarikat itu.

“Oleh itu, kamu mempunyai kewajipan untuk menggunakan kemahiran, kewaspadaan dan ketekunan yang sewajarnya dalam melaksanakan tugas kamu sebagai pengarah satu atau lebih daripada plaintif-plaintif di sini,” katanya dalam dua notis berasingan yang difailkan 8 Mac lalu di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.

Individu yang dinamakan Ahmad Zubir itu termasuk orang kenamaan bergelar Tan Sri dan Datuk.

Pada 23 Disember lalu, Sime Darby Berhad, Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Energy Sdn Bhd, Sime Darby Marine Sdn Bhd dan Sime Darby Marine (Hong Kong) Sdn Bhd memfailkan saman menuntut pembayaran balik sekurang-kurangnya RM338 juta, ganti rugi am dan teruk, serta ganti rugi lain.

Isnin, 20 Februari 2012

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2012 (1-20)

Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012
  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay – - Gengting Group (aset RM7.58 billion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
  11. Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (aset RM3.470 billion)
  12. Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (aset RM2.541 billion)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum (aset RM1.937)
  14. Datuk Lee Yeow Chor - IOI Group (aset RM1.787 billion)
  15. Tan Sri Tony Fernandes – Air Asia (aset RM1.772 billion)
  16. Lee Yeow Seng – IOI Group (aset RM1.746 billion)
  17. Tan Sri Lau Cho Kun - Hap Seng Consolidated (aset RM1.721 billion)
  18. Tan Sri Yeoh Tiong Lay – YTL Group (aset RM1.711 billion)
  19. Tan Sri Lee Oi Hian - Batu Kawan (aset RM1.589 billion)
  20. Datuk Lee Hau Hian - Batu Kawan (aset RM1.58 billion)
Senarai orang terkaya di atas ini adalah yang tersurat, tetapi yang tersirat?

Ramai billioanaire senyap sebenarnya di Malaysia. Mungkin kalau ada dimasukkan sekali kekayaan ahli politik di Malaysia mungkin kita boleh melihat kelibat di puncak senaraian rang terkaya di Malaysia:

Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!!

Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….

Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :

Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi

Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21

Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun

Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.

Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil

Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan 2 hari lagi.

Selasa, 26 Julai 2011

13,000 guru sandaran tidak terlatih diserap

2011/07/26

PUTRAJAYA: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserapkan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata surat tawaran telah kepada semua GSTT tersebut mulai bulan lepas setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan baru kepada mereka.
"Sasaran pihak kementerian adalah mahukan semua jawatan GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak sambung kontrak.

"Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) di sini hari ini.

Mohd Puad berkata GSTT yang layak akan diserap mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti sebelum diserap sebagai guru tetap.

Mereka juga harus bersedia ditempatkan di sebarang kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara, katanya.

- BERNAMA

4,200 kereta di Singapura dipanggil semula

2011/07/26

SINGAPURA: Kira-kira 4,200 kereta Honda yang dijual oleh Kah Motors di Singapura terpaksa dipanggil semula berikutan 200,000 kereta penumpang buatan Jepun itu di seluruh dunia dikesan mempunyai kerosakan di bahagian enjin.

Kerosakan skru enjin boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penyejukan motor dan kemudiannya mungkin menyebabkan enjin berhenti.
Syarikat berkenaan berkata, ia menerima 63 aduan daripada pelanggan di Jepun berkaitan masalah enjin akibat kerosakan berkenaan tetapi tiada yang menyebabkan kemalangan.

- BERNAMA.

Isnin, 18 Julai 2011

BN rasa kerajaannya terancam, kata Marina

M Krishnamoorthy
Jul 18, 11
11:27am

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Sabtu, 16 Julai 2011

Saya rasa selamat bersama orang PAS

.. Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih

Bersih dan Ambiga

Oleh Zulkifli Sulong

Anak saya salah seorang ahli jawatankuasa kecil penganjur Himpunan Sejuta Belhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8koVeNwEEykD-feMF6rRBLL6oMv-xrxzBAfB8xxFbw5ayAen4Kg3kx402eoulm-hu2ov2-eobqqsDBP8uZfZr5hLnAyklH0KOIPjHf9XINiBkCkKHlITiYVvM5sGaCpbvfy9I28DCREoY/s320/ambiga-bersih-copy.jpgia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kebetulan sahabat lama saya.

Namun, kerana arah tuju dan cara penganjuran perhimpunan itu, anak saya telah menarik diri dari jawatankuasa itu pada minggu kedua menjelang hari perhimpunan itu. “Mereka cuba tarik belia dengan hiburan, bukan dengan minda,” katanya. Kerana penglibatannya dalam program itu, ramailah rakan-rakannya dari kalangan ini, penyokong agenda Umno.



Apabila datang isu Bersih 2.0, anak saya secara main-main dan bergurau meletakkan statusnya di Facebook, dia akan menyertai semua program anjuran Bersih itu. Rupanya, ia telah memanggil rakan-rakannya dalam jawatankuasa 1 Juta Belia untuk membuat komen-komen menarik tentang isu Bersih.

(Perhimpunan 1 Juta Belia yang dihadiri tidak sampai 100,000 belia)

Antara komennya adalah “kenapa menyokong Bersih yang diketuai oleh Datuk S Ambiga itu.” Lalu dikaitkanlah Ambiga adalah peguam Lina Joy dan penyokong IFC (Inter Faith Commision).

Sebenarnya inilah isu Bersih di kalangan Umno dan penyokong tegar mereka sebenarnya. Ia tidak ada bezanya dengan apa yang dibawa ke minda para anggota keselamatan yang bertugas di hari 9 Julai lalu. Ramai peserta Bersih yang ditangkap disumpah seranah oleh para rakan-rakan polis kononnya padan dengan muka kamu kerana mengikut telunjuk Ambiga yang Hindu itu dan cuba memurtadkan umat Islam itu.

Sekali pandang, kita yang berfikiran waras akan tergelak mendengar hujjah itu. Tetapi kerana kesian kepada mereka yang sudah terperangkap dengan indoktrinasi ini, kita perlu memahamkan mereka apakah sebenarnya yang berlaku dan pemikiran bagaimanakah yang benar.

Saya menerima email ini dari seorang pembaca Harakahdaily:

Assalamualaikum

Saya ada mendengar desas-desus , Pemimpin BERSIH 2.0 Datuk Ambiga merupakan peguam Lina Joy yang murtad. Dia juga antara individu yang menyokong IFC.

Jika benar , macam mana boleh PAS sokong dan mengangkatnya sebagai ketua BERSIH, walhal terang lagi nyata dia musuh ISLAM. Allah berfirman 14 kali dalam al-Quran jangan kita mengangkat kafir menjadi pemimpin kita.

Wallahualam.

E-mel ini ringkas sahaja tetapi inilah yang cuba dihantar ke dalam pemikiran masyarakat oleh Umno sekarang. Isu inilah dimainkan oleh rakan-rakan anak saya yang menyokong Himpunan 1 Juta Belia itu di dinding Facebooknya. Ia juga digunakan oleh polis yang menyergah para peserta perhimpunan Bersih 9 Julai dan juga blog-blog pro Umno.

Kepada penghantar e-mel ini, saya telah menjawabnya secara ringkas sebagaimana berikut:

Tuan,

Saya tak tau dia peguam Lina Joy atau tidak tetapi yang pasti Ambiga juga peguam saya dan Datuk Husam Musa dalam kes lawan ECM Libra. Apakah dia penyokong negara Islam yang PAS bawa hanya kerana menjadi peguam kami. Sebenarnya tidak begitu, dia hanya seorang peguam bukan Islam beragama Hindu dan percaya kepada hak asasi manusia. Dia jadi pengerusi Bersih bukan diangkat PAS tetapi oleh 62 NGO untuk perjuang pilihanraya yang adil ada bersih (bebas) ... PAS hanya salah satu penyokong Bersih bukan (yang) lantik Ambiga.

ZS

Inilah yang sebenarnya. Inilah yang telah mengikat ratusan ribu rakyat Malaysia dan antarabangsa pada 9 Julai lalu. Kita bersatu bukan kerana kita satu agama atau satu bangsa tetapi kerana satu tujuan yang universal iaitu untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Ini kerana, dengan pilihan raya yang adil dan bersih sahaja kita akan mengangkat pemimpin dan membentuk kerajaan yang terbaik untuk kita.

Ketika Bersih membentangkan agenda perubahannya di Dewan Pehimpunan China, semua pihak telah dipanggil untuk memberikan sokongan kepadanya termasuklah parti-parti politik. Yang dijemput adalah Umno, MCA, MIC di samping anggota Pakatan iaitu PAS, DAP dan juga PKR.

Namun pada hari itu, kerusi yang dikhasnya untuk Umno, MCA dan MIC kosong sahaja tanpa penghuni. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi datang ke majlis itu dan diberikan masa 3 minit sahaja untuk berucap. Para pemimpin NGO yang banyak berucap.

Di majlis itulah, Bersih membentang lapan tuntutan dalam agenda perubahan yang hendak dibuatnya. Lapan agenda itu adalah:

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus
 dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen lapan hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya:

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

• Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Cadangan untuk Najib

Sebenarnya inilah isu yang ada di depan kita bukannya cuba mengalihkan isu sebenarnya. Apa salah Umno selaku parti utama yang memerintah negara bertindak lebih rasional. Saya bersetuju dengan pandangan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang.

Tiga cadangan Matthias adalah:

i. Arahkan para penasihat politik beliau (PM Najib) menonton siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

ii. Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

iii. Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Jadi, Datuk Seri Najib, marilah berfikir secara yang rasional bukan terperangkap dalam kapsul masa kerana kini zaman Facebook, YouTube dan Twitter. — harakahdaily.net

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Bersih 2.0, pengalaman saya : Khalid Samad

Oleh Khalid Samad

Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS00imQ4Ip75gfMeMp4kF86U2cEQ1HLtSiWUhPBDklRrSpuagJPa5Gi30ifX7SYVHgGd0t82A1Y-0b8y6eIju8rtwNbiOhqfspqvwHgc7f14YvSubPTa0bndtSlKGYQpi32gBWZuVR1Z7V/s220/Khalid+Samad2.jpgbila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA.



Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral.

Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara ‘illegal’, BN mencuri harta rakyat melalui cara ‘legal’.

Setibanya kami di Jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya. Mungkin juga saya dianggap sebagai ‘pemandu pelancong’ ataupun tourist guide.

Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0.

Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri! Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gayanya!

Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh.

Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah.

Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih.

Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu ‘terowong’ tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami.

Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami.

Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu. Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa di atas.

Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak ‘lubang’ di tepi dinding di sebelah kanan kami. Kami menuju ke lubang tersebut.

Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau.

Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau. Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya!

(Khalid Samad sejurus selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke atas kepalanya. Ketika gambar diambil, kepala sudah berbungkus dengan kain puteh)

Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalahgunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN.

Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah!

Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan. Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri.

Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak! Pemuda dari Selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah.

Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama. Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya.

Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis.

Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku. Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan.

Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas.

Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. “Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut” kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. “Kami sokong, tapi terpaksa menikus” katanya lagi.

Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. “Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!” kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri.

Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan.

(Kesan jahitan pada kepala Khalid Samad)

Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau ‘separuh rabun’ kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan. Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina?

Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia!

Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saya terpegun melihat polis memukul Melayu

Oleh Daniel Low

Saya masih ingat, semasa zaman sekolah rendah, seorang budak Melayu yang gemuk dan comel menjadi sahabat baik saya. Bersama kami pergi dan balik dari sekolah, bersama kami bermain guli, buat bising, bersohttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/Polis-Bersih.jpgrak. Ada sekali dia memberitahu emak saya bahawa saya membeli makanan ringan secara senyap-senyap di sekolah, dan saya dimarah emak saya selepas itu. Saya sangat marah pada ketika itu, namun akhirnya saya berbaik-baik juga dengannya.
Namun, sepanjang saya membesar, saya disosialisasikan dalam masyarakat Cina di Malaysia. Ada perkara yang didedahkan kepada saya. Maka kasih dan sayang saya pada kaum Melayu berbaur dengan rasa benci. Benci dan ketakutan menyelubungi saya untuk 20 tahun. Dan pada 9 Julai 2011, kebencian dan syak wasangka saya terhadap orang Melayu yang terpendam dalam hati saya telah di-nyahkan!

Empat hari sebelum perhimpunan, saya mengambil keputusan untuk menyertai perhimpunan ini. Yang paling membimbangkan saya ialah keluarga dan teman wanita saya. Saya yakin mereka tidak akan bersetuju dengan saya. Untuk dua hari saya runsing hal ini. Akhirnya saya membuat cubaan berani untuk mengajak teman wanita saya pergi bersama. Saya memberitahu bahawa itu kekuatan yang diletakkan Tuhan dalam hati saya. Saya harus berbuat demikian. Anggaplah kami pergi dating sambil berarak. Saya telah bersedia untuk dihujani teguran atau nasihatnya.

Dia tanya kepada saya, betul nak pergi? Saya jawab, "Betul..." Dan dia bersetuju dengan saya! Pada saat-saat itu saya terperanjat, menatapnya dengan mata yang terbeliak. Kemudian ketakutan mula menular dalam hati saya. Kerana, betul kami nak pergi ni....

Kami adalah penganut kristian. Kami berdoa sebelum bertolak. Semestinya kami rasa gelisah dan takut. Pernahkah kami goyah? Ya, malah sepanjang perjalanan dari Rawang ke Kuala Lumpur dalam komuter, kami masih tertanya-tanya dalam perbualan kami, betulkah pilihan kami untuk menyertai perhimpunan ini? Bagaimana kalau kami ditangkap? Tapi rasa terharu dalam hati kita itu akhirnya mengatasi ketakutan yang menghalang kami untuk terus mara.

Wanita Melayu yang hamil


Ada satu adegan yang membuatkan kami amat terharu. Sepasang suami isteri Melayu muda memakai "baju kuning" bersama, dengan si isterinya yang sudah mengandung. Mereka menggalas misi yang cukup penting untuk ke dalam pusat bandar. Si suami menunggu di luar bilik air sementara isterinya di dalam. Saya nampak kegusarannya. Beliau memegang kedua-dua tangannya dengan rapat, mencangkung di situ. Sebaik sahaja isterinya keluar, beliau bangkit dan memegang tangan isterinya, dan sama-sama menaiki jejambat.

Di penghujung sana kelihatan sekumpulan anggota polis sedang menunggu. Kesudahannya diduga. Pasangan suami isteri tadi tidak diberi laluan. Walaupun saya nampak mereka agar terkilan, tetapi saya yakin mereka tidak pasrah begitu sahaja. Cuba fikirkan, apakah yang mendorong seorang isteri yang hamil untuk mengambil risiko bersama suaminya? Takkan mereka tidak sedar bahawa diri mereka mungkin ditangkap, dibelasah? Tapi siapa yang sedar, apa yang mereka terpaksa berkorban, untuk tujuan ini?

Kami pula diberi laluan, kerana berpakaian putih. Sepanjang jalan kami dapati banyak trak polis, tetapi tidak sempat untuk dikira berapa bilangannya. Ini gambaran yang hanya dapat ditonton dalam filem. Ramainya polis, tetapi saya langsung tidak merasakan diri saya selamat!

Jalan raya menjadi sunyi dan sepi. Kami seolah-olah sampai di kawasan bencana. Air muka manusia juga pelik. Semacam hari kiamat.

Kami melangkah dengan cepat, akhirnya sampai di kawasan berdekatan dengan Hospital Tung Shin. Tak sempat kami berkumpul dengan kelompok manusia di sana. Sebaris trak polis berhenti di situ. FRU berbaris membentuk tembok halangan, seolah-olah untuk melindungi kami. Tapi kami sedar apa tujuannya. Kami gagal melakukan apa-apa mendengar jeritan dari orang di sebelah sana.

Berkecai konsep "kerajaan tolong muslim sahaja"

Pada ketika ini, saya melepaskan tangan teman wanita saya. Saya melangkah ke depan. Kerana saya ternampak satu adegan, yang membuatkan saya malu dengan diri saya. Dengan mata sendiri saya menyaksikan bagaimana seorang muslim (beliau berkopiah) ditekan ke atas lantai. Beliau disiku bahagian belakang badannya, tanpa beliau membalas. (Bagaimana beliau boleh balas sedangkan beliau ditekan oleh beberapa orang polis?) Ya, beliau dipukul polis, bukan orang lain.

Hati saya sejuk tiba-tiba. Konsep bahawa "kerajaan asyik menolong muslim sahaja" telah berkecai! Semuanya berkecai. Saya terpegun di situ untuk agak lama.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membelok ke Stadium Merdeka. Kami basah kuyup kerana hujan yang lebat. Hati saya juga berhujan. Saya tidak faham, mengapa satu perhimpunan yang aman dijadikan sebegini? Kami hanya mahukan satu sistem pilihan raya yang adil!

Akhirnya kami sampai di kawasan berdekatan dengan stadium merdeka. Di situ kami berjumpa dengan kawan-kawan kami dari gereja. Hati kami tenang, dengan semangat yang tinggi.

Saya memandang ke sisi saya. Ada ramai Melayu, India pun ada, malah lebih memeranjatkan, tidak kurang juga orang Cina! Saya terharu ketika kami menyanyi lagu Negaraku bersama. Ini kali pertama saya menyanyi dengan penuh perasaan, begitu terharu. Seterusnya, kami menuju ke Jalan Petaling sambil melaungkan slogan.

Setelah melalui Jalan Petaling, kami terpaksa berhenti, kerana gas pemedih mata dilepaskan di perhentian bas Klang. Kami rasa tersengit dengan gas itu, malah hampir lemas dibuatnya. Kami berundur dengan cepat, tetapi bukan lintang-pukang. Orang berkongsi garam dan air tanpa mengira kaum. Ini kerana garam dapat meredakan rasa sengit yang disebabkan gas pemedih mata.

Hampir setengah jam kemudian, kami menerima khabar bahawa ada kelompok manusia yang berhimpun di KLCC. Kami pun menuju ke sana. Jarak perjalanannya jauh. Kami yang keletihan masuk ke dalam kedai 7-11 untuk membeli air. Teman wanita saya kepenatan terus meniarap di meja. Dua orang "uncle Cina" yang turut serta dalam perhimpunan memberi galakan kepadanya, "Ini demi masa depan kita!"

Akhinya kami gagal sampai ke KLCC. Kedengaran polis sedang melakukan tangkapan. Kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah pada kira-kira jam 5 petang. Kami tidak kesal menghadiri perhimpunan ini. Walaupun tubuh kita letih, tetapi hati kita tidak. Saya nak memberi pujian bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan yang berjaya!

709 adalah "milestone" kita bersama. Apa yang paling diingini saya sekarang adalah berkawan dengan lebih ramai sahabat dari kaum lain. Mereka sebenarnya baik! Saya menyeru agar kita tidak lagi menyerang kaum-kaum tertentu dengan hujah yang simplistik. Kita perlu berkawan dengan mereka, secara ikhlas. Jangan lagi kita asingkan diri sebagai orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, yang ada orang Malaysia!

Saya yakin, mereka pun berkongsi pandangan yang sama. Ayuh orang muda, bangkitlah! Orang muda adalah tiang negara masa depan! Jangan kita meniru sikap penguasa yang buruk dan menyalahgunakan kuasa!

http://merdekareview.com/bm/index.php

Adakah Bersih pertubuhan haram?

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Semua golongan yang anti Bersih 2.0 melebelkan Bersih 2.0 yang menganhttp://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/bersih.gifjurkan demonstrasi untuk pilihan raya bersih dan adil sebagai gerakan atau pertubuhan haram.

Ketua pegawai RoS — Pejabat Pendaftaran Pertubuhan — pun membuat kenyataan ia pertubuhan haram kerana ia tidak didaftarkan. Bersih 2.0 bukan satu pertubuhan. Ia adalah satu komiti ad hoc yang sepakati oleh beberapa pertubuhan NGO bagi menyelaraskan satu tunjuk perasaan pada 9 Julai 2011 dan selepas itu tugasnya selesai.

Seperti penganjur malam menyambut tahun baru di Dataran Merdeka. Ada badan komiti yang menganjurkannya. Selepas sambutan itu selesai, habislah tugasnya.

Bagaimana pun antara badan bebas yang mengatakan Bersih tidak haram ialah Suhakam yang dipengurusikan oleh bekas Duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia bertegas mengatakan kegiatan itu tidak salah diadakan dan polis wajar memberikan kerjasama supaya ia berjalan lancar.

Tidak berbangkit ia menimbulkan kekacauan. Kekacauan itu satu andaian yang belum dibuktikan. Andaian boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Justeru itu kerjasama polis dikehendaki supaya kekakcauan itu tidak berlaku.

Kalau polis boleh mengambil langkah menghalang kumpulan dakwah hendak menggagalkan pesta hiburan yang mencabul kesucian agama, maka polis wajar bersikap sama dalam kegiatan seperti Bersih 2.0 itu.

Oleh kerana penyokong-penyokong kerajaan yang anti Bersih menempelaknya haram, semua yang di bawah kerajaan termasuk polis dan penulis khutbah Jumaat pun ikut mengatakan ia haram.

Jika ia haram bagai Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap tiga orang wakil Bersih di Istana Negara bagi mencari jalan keluar dalam kebuntuan isu itu?

Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak betul dalam semua perkara. Kedudukannya yang tinggi dan mulia tidak boleh dicemari oleh sebarang kelemahan dan kesilapan.

Maka tidak wajar bagi Yang di-Pertuan Agong mencemar dulu bagi menerima mengadap satu kumpulan pertubuhan haram. Istana akan dikira menjatuhkan martabatnya.

Ada pun Yang di-Pertuan Agong tidak bebas bertindak sendiri dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan awam. Hatta untuk menerima jemputan kahwin pun mesti mendapat nasihat kerajaan semasa.

Tidak boleh sebarang orang datang mengadap baginda tanpa badan protokol yang biasanya mendapatkan pandangan dari Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Perdana Menteri tahu berkenaannya.

Perdana Menteri Najib tahu Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga hendak mengadap Yang di-Pertuan Agong. Dengan siapa Ambiga datang juga mesti dimaklumkan.

Tidak mungkin Ambiga, Datuk Samad Said, Sasterawan Negara bersama Zaid Kamaruddin boleh masuk ke Istana Negara tanpa persetujuan Perdana Menteri.

Ambiga membuat permintaan menemui Seri Peduka itu dalam suasana panas dan begitu banyak gesaan supaya dia dikenakan ISA dan status kerakyataan juga dipersoal. Dalam keadaan seperti itu tidak mudah bagi Yang di-Pertuan Agong membuka pintu Istana dan tidak sesenang itu bagi Perdana Menteri menyetujuinya.

Tetapi Yang di-Pertuan Agong menerima mereka mengadap dan Perdana Menteri tidak pula bertindak menyekatnya.

Padahal Ibrahim Ali dari Perkasa juga sebok untuk mengadap Istana. Apabila Ibrahim mengumumkan dia membatal hajatnya, ia tanda pintu Istana tertutup untuknya.

Apabila Yang di-Pertuan Agong mencemar duli menerima mereka, maka dengan sendiri ia membersihkan Bersih dari segala gambaran memburuk-burukkannya. Gambaran yang memburukkannya sebagai haram itu dengan sendirinya terangkat. (terhapus)

Jika Bersih dan Ambiga difitnahkan haram juga, ia seperti menyindir Istana dan tidak mengambil kira sikap yang Istana ambil.

Ambiga telah mengambil sikap menghormati Raja dan mendengar pandangan baginda lalu mengubah sikap bersedia membatalkan pertemuan di tengah bandar tetapi mengalih ke Stadium Merdeka.

Anti Bersih berdegil, terus dengan sikapnya, tidak menghiraukan kunjungan Ambiga ke Istana.

Perdana Menteri pula langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terbuka. Dia terus menyamakan Ambiga dan Bersih seperti sebelum menermui Yang di-Pertuan Agong.

Sekali pun dia yang mencetuskan idea supaya kegiatan itu dialihkan ke stadum, dia membisu, sama seperti membaling batu sembunyi tangan.

Ada tanda-tanda Perdana Menteri tidak tahu bertindak.

Detik

Rais: Kabinet tak benar Bersih 2.0 guna Stadium Merdeka

Posted on the July 7th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.

Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.

“Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)… atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

Utusan.

Janji aman hanya bohong

Oleh S Anand Kumar dan Safeek Affendy Razali

2011/07/11

Penyokong ingkari arahan polis, cetus huru-hara di pusat bandar raya

KUALA LUMPUR: Janji penganjur kononnya perhimpunan haram kelmarin berlangsung aman tanpa kekecohan adalah pembohongan kerana ada penyokong dikesan cuba mencetuskan huru-hara di sekitar pusat bandaraya.

Wakil Berita Harian yang menyertai kumpulan itu mengesan ramai penyokong mengingkari arahan pihak polis. Puluhan penyokong mula berkumpul seawal jam 7 pagi di Masjid India memakai kemeja-T berwarna kuning, selain cuba mengedarkan baju di lokasi tersembunyi.
Malah, penulis sempat mendengar perbualan sekumpulan 10 lelaki yang bersarapan di lokasi berkenaan tidak gentar dengan sebarang tindakan polis dan tetap berpegang teguh dengan amanat pemimpin mereka agar meneruskan perhimpunan haram itu.

Mereka turut berpakat memberikan alasan bersiar-siar atau menunggu saudara datang mengambil mereka jika diperiksa polis. Ada antara mereka membawa anak kecil berusia empat hingga enam tahun di sekitar kawasan larangan polis, kononnya meminta simpati jika ditahan.

Selain itu, ada mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berarak menyertai perhimpunan, sedangkan mereka tahu perhimpunan itu haram.

Namun ketika ditanya motif dan matlamat perhimpunan, mereka hanya memberitahu ia usaha pemimpin mereka membersihkan negara walaupun terpaksa bertempur dengan pihak polis.

Penulis juga dapat menyaksikan tindakan jahat penyokong membaling mercun yang diubahsuai ke arah polis yang mengadakan kawalan. Tidak cukup dengan itu, penyokong turut membaling botol minuman kaca ke arah polis sambil merosakkan harta benda awam di sepanjang laluan perarakan di Jalan Pudu.

Kejadian itu memaksa polis bertindak tegas melepaskan beberapa gas pemedih mata. Namun, kesabaran polis yang dihina dan dicaci serta cuba dicederakan perlu dihargai. Mereka juga mengambil berat terhadap sebahagian penyokong yang cedera selepas terjatuh ketika melarikan diri.

Rugi RM1.5j angkara BERSIH

2011/07/17

MOHD Ridzuan  (kanan) bersama  Timbalan Pengerusi Bazar Moden Melayu, Syed Yusof Abdullah bertemu peniaga, Noraina Najiron,  ketika membuat lawatan  di, Jalan Masjid India, semalam.
MOHD Ridzuan (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Bazar Moden Melayu, Syed Yusof Abdullah bertemu peniaga, Noraina Najiron, ketika membuat lawatan di, Jalan Masjid India, semalam.

KUALA LUMPUR: Hampir RM1.5 juta. Itu jumlah kerugian yang ditaksirkan ditanggung peniaga dan penjaja kecil sekitar Jalan Masjid India, di sini akibat perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Seorang wanita pula mendakwa kerugian kira-kira RM45,000 selepas lebih 2,000 tetamu tidak dapat menghadiri kenduri perkahwinan anaknya pada hari berkenaan, manakala kira-kira 31,000 pemandu teksi juga mengeluh kerana sukar mendapatkan penumpang.
Semua aduan itu diterima Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang menyediakan khidmat guaman percuma untuk mereka yang terjejas akibat perhimpunan haram terbabit mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata golongan peniaga dan penjaja kecil amat kecewa dengan Ambiga kerana menganjurkan perhimpunan haram berkenaan tanpa mengambil kira kebajikan pihak lain.

“IKHLAS tampil membantu golongan itu membuat laporan polis dan menuntut ganti rugi daripada pihak BERSIH 2.0. Kami ada dua peguam yang kini meneliti segala aduan yang diterima. Kami juga akan membuka bilik gerakan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang sehingga 12 Ogos ini bagi membolehkan orang ramai membuat aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Masjid India, di sini semalam. Turut hadir Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA), Yusoff Lahir; Setiausaha Persatuan Penjaja Kecil Masjid India, J Asogan dan Timbalan Presiden Pemandu Teksi Eksekutif Se-Malaysia, Abdul Aziz Bahran.

Sementara itu, Yusoff berkata, perhimpunan haram berkenaan menjejaskan hampir 31,000 pemandu teksi yang tidak dapat menjalankan operasi kerana sukar memasuki kawasan sekitar ibu negara.

“Pemandu teksi tidak mempunyai pendapatan tetap sebaliknya perlu bekerja keras mencari pendapatan tetapi akibat perhimpunan haram itu, mereka menanggung kerugian besar,” katanya.

Bagi Kamariya Rejab, 58, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM45,000 selepas lebih 2,000 tetamu tidak dapat menghadiri perkahwinan anaknya.

“Ramai jemputan tak dapat hadir perkahwinan anak saya di Desa Pandan, Kampung Pandan. Kami tempah makanan untuk 3,000 tetamu, tetapi hadir 500 orang,” kata pekerja am di Kedutaan Malaysia di Singapura itu.

Berita Harian

Kerugian: Rakyat patut salahkan BN

Posted on Friday, July 15 @ 01:14:41 PDT by paktam
Penulis TamuOleh: Mat Zain Mat Isa

Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu sepatutnya menghimpunkan tidak kurang 300,000 pencinta demokrasi dari seluruh pelusuk tanahair. Ia bagaimana pun tidak dapat direalisasikan.

Dikatakan hanya tidak sampai sepuluh peratus jumlah itu yang sempat berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibukota. Manakala 90 peratus lagi terhalang daripada memasuki pusat bandaraya.

Kewujudan berpuluh sekatan jalan raya oleh pasukan polis membantutkan hasrat mereka menyertai rakan-rakan yang telah berada di lokasi himpunan lebih awal. Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan menutup hampir 60 jalan utama yang menyirati pusat bandaraya.

Akibatnya, seluruh kawasan sekitar lokasi dijadualkan berlaku perhimpunan itu didakwa kaku dan beku. Banyak premis perniagaan ditutup. Aliran trafik, termasuk kenderaan awam juga lengang.

Seperti diduga, suasana itu dimanipulasi secukupnya oleh BN dan segenap agen propagandanya. Para peniaga, pengusaha hotel, premis makanan dan pengangkutan awam di kawasan terbabit dikatakan mengalami kerugian teruk.

Bagaikan diapi-apikan pihak tertentu, mereka ini tampil dengan taksiran kerugian masing-masing. Jumlahnya antara puluhan ribu RM sehingga mencapai jutaan RM. Ada tukang congak mendakwa jumlah taksiran seluruh kerugian itu melebihi RM100 juta.

Dengan mudah pula pihak penganjur Bersih 2.0 dipersalahkan. Kononnya ia akibat kedegilan mereka meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan di pusat bandaraya.

Di sinilah sepatutnya rakyat diajak berfikir dan menilai dengan mata hati, bukannya berdasarkan emosi atau sentimen kepartian melulu. Rakyat juga sepatutnya diajar menerima sesuatu keadaan secara positif dan mengelakkan sedari awal mengandaikan keburukannya sahaja.

Namun itulah yang jelas dilakukan BN. Bermula daripada para pemimpin tertingginya hinggalah kepada pemimpin bawahan, kesemua mereka hanya ghairah melontarkan andaian negatif terhadap Bersih 2.0.

Media talibarut BN pula menyemarak dan mengapikan lagi perasaan benci dan gambaran negatif terhadap Bersih. Rakyat ditakutkan dengan berbagai kemungkinan buruk yang kononnya akan belaku.

BN bertanggungjawab menjaja kononnya Himpunan Bersih 2.0 adalah perhimpunan ganas, pencetus huru-hara, bakal merosakkan negara dan ketenteraman awam.

Itulah khianatnya BN. Ia dibayangi ketakutan melihat penerimaan rakyat terhadap tuntutan diperjuangkan Bersih 2.0. Ia sudah dapat mencium implikasi politik yang tidak menguntungkannya. Gambaran kesan negatif diterima BN hasil Himpunan Bersih yang pertama pada 2007 menambahkan lagi kegusaran itu.

Ketika itu apa yang tidak dikatakan BN terhadap pihak penganjurnya. Segala gambaran buruk dilontarkan, bermacam label dan imej negatif dikaitkan kepada pembangkang. Namun, walau pun dikatakan warga ibukota sangat marah dan makin menolak pembangkang, keputusan Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan sebaliknya. BN hanya bertahan di satu kerusi di Kuala Lumpur dan kerajaannya di Selangor turut tumbang.

Sebab itu jika dikatakan Bersih 2.0 bakal memberikan implikasi politik negatif terhadap Pakatan Rakyat, ianya semata-mata saraf BN. Parti pemerintah itu sebenarnya sudah menjangkakan impak politik lebih teruk sekiranya Bersih 2.0 dibenarkan dilangsungkan semahunya.

Lalu bagi menggagalkan usaha itu, ia digambarkan sebagai sesuatu yang boleh menggugat keselamatan negara, mengancam kesejahteraan rakyat dan merugikan aktiviti ekonomi. Sedangkan segala-galanya hanya bergantung kepada bagaimana sebuah kerajaan menanganinya secara wajar.

Bayangkan saja sekiranya kebanjiran ratusan ribu individu dari segenap pelusuk tanahair ke ibukota itu ditangani secara positif. Kita percaya ia sebenarnya bukan sahaja boleh berlangsung secara aman dan tenang, malah mampu menjana aktiviti ekonomi sangat rancak dan menguntungkan.

Jika mahu, kerajaan boleh mengerahkan ribuan anggota polis dan tentera untuk memastikan himpunan itu berjalan dengan baik dan teratur. Daripada melonggokkan kumpulan demi kumpulan anggota polis di sekatan-sekatan jalan raya, sekali gus mencipta kesesakan teruk, mengapa tidak ditugaskan mereka mengawal dan menyurai lalulintas di lokasi yang dijangkakan akan mengalami kesesakan?

Jika itu dilakukan, sudah tentu Kuala Lumpur dibanjiri pengunjung Sabtu lalu. Mereka ini akan berbelanja, tidak banyak pun, sedikit. Premis-premis perniagaan boleh beroperasi seperti biasa. Mereka tidak akan rugi.

Ambil saja contoh beberapa premis yang dilaporkan meneruskan operasi tanpa mempedulikan gembar-gembur suasana menakutkan yang digemariuhkan media talibarut BN. Dikatakan premis-premis itu tidak menang tangan melayani para pengunjung. Mereka malah kehabisan sajian untuk dinikmati pelanggan.

Ertinya, jika ditangani secara positif, inilah sebenarnya peluang bagi bermacam sektor ekonomi di Kuala Lumpur meraih keuntungan besar.

Justeru, sekiranya benar bagai didakwa beberapa pihak bahawa mereka kerugian besar akibat Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, maka mereka tidak sepatutnya terlalu mudah menyalahkan pihak penganjur himpunan itu.

Salahkanlah kepada sekatan jalan raya dan penutupan berpuluh jalan menuju ke ibukota. Itulah punca utama Kuala Lumpur tiada pengunjung.

Salahkan juga BN yang menjadi punca tindakan bodoh dan merugikan itu.


Plat kereta tak ikut piawaian JPJ

Oleh Latifah Arifin
bhnews@bharian.com.my
2011/07/17

KHIDMAT disediakan untuk kepuasan pengguna.
KHIDMAT disediakan untuk kepuasan pengguna.

RM80 hingga RM150 harga khidmat ubah suai nombor

KUALA LUMPUR: Keghairahan pemilik kereta dan motosikal mengubah suai plat kenderaan yang tidak mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin berleluasa dan sukar dibendung.

Tinjauan Berita Minggu ke sebuah premis menyediakan perkhidmatan khusus reka bentuk plat kenderaan, mendapati pelbagai jenis dan ukuran plat dipamerkan untuk menarik perhatian penggemar aksesori kereta.

Plat kenderaan pelbagai jenis seperti plat zink, timah, berkilat seakan-akan pelangi dan jenis pantulan berkaca yang boleh didapati dengan harga antara RM80 hingga RM150 itu boleh mengundang risiko perlakuan jenayah kerana nombor pendaftaran pada jenis plat terbabit sukar dikenal pasti.

Bagaimanapun, pemilik premis itu menafikan pelanggan yang datang menempah plat tidak diperakui JPJ itu mempunyai niat untuk melakukan kegiatan jenayah.

“Pelanggan yang berkunjung di sini sekadar mengikuti trend semasa dari negara luar contohnya rekaan plat Singapura yang menjadi pilihan utama mereka,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di ibu negara.

Pemilik premis berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, sambutan diterima amat menggalakkan sehingga mencecah lebih 10 pelanggan setiap hari.

“Pemilik kereta lebih banyak menempah plat daripada kami kerana pelbagai reka bentuk ditawarkan berbanding pilihan untuk plat motosikal.

“Kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi yang mementingkan gaya, malah pelanggan dari negara jiran seperti Singapura turut menggunakan khidmat kami untuk ubahsuai plat kereta,” katanya.

Pelanggan yang ditemui ketika tinjauan itu memaklumkan minat mereka memasang plat kereta pelbagai rekaan adalah sekadar memenuhi kepuasan dalam mengubahsuai kenderaan.

“Saya rasa bangga apabila orang memandang dan memuji kelainan pada kereta Honda Civic yang sudah dipakai sejak dua tahun lalu dan menukar plat kereta apabila ada reka bentuk terbaru di pasaran,” kata Chin (bukan nama sebenar) ketika ditemui di premis berkenaan.

Polis siasat menyeluruh dakwaan serbu hospital

2011/07/17

KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan dua pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kejadian yang berlaku sepanjang perhimpunan haram BERSIH 2.0, Sabtu lalu termasuk dakwaan sekumpulan doktor mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin, Jalan Pudu di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pasukan khas berkenaan akan mengambil kira semua faktor sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Satu pasukan menyiasat dakwaan kumpulan doktor berkenaan manakala satu lagi menyiasat secara menyeluruh di semua lokasi mengenai apa yang berlaku hari itu kerana cerita yang disampaikan adalah berbeza. Kita tak menolak atau menyangkal sebarang dakwaan yang dibuat sebaliknya menyiasat secara menyeluruh,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika menghadiri Sambutan Hari Keluarga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini semalam, Ku berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) juga akan mengadakan inkuiri awam dan polis menyifatkan langkah itu paling sesuai bagi membuktikan kebenaran sebelum hasil siasatan dikemukakan.

“Polis akan turut mendapatkan keterangan saksi kejadian, petugas pada hari perhimpunan termasuk kakitangan hospital berkenaan. Sehubungan itu, kita harap tiada sebarang spekulasi ditimbulkan kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, kehadiran kira-kira 30 individu yang menggelarkan diri mereka Generasi 709 gagal mendapat sambutan orang ramai apabila mereka berhimpun di KLCC semalam dalam usaha meraih simpati serta sokongan.

Mereka hadir untuk memperingati kematian Allahyarham Burhanuddin Ahmad yang meninggal dunia kerana serangan jantung ketika perhimpunan haram BERSIH Sabtu lalu. Peserta terbabit sempat berhimpun selama kira-kira 15 minit di Taman KLCC bermula jam 2.15 petang sebelum diarahkan bersurai oleh petugas keselamatan KLCC kerana dikhuatiri mengganggu pengunjung di kawasan itu.

Kumpulan itu yang turut memakai kemeja-T berwarna kuning, mendakwa perhimpunan yang mereka lakukan adalah perhimpunan aman dan ia dibuat seminggu selepas penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0 minggu lalu bagi memperingati kematian Burhanuddin.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bekas Veteran Tentera dan Polis dengan kerjasama 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program menghimpun tandatangan rakyat Malaysia untuk program 'Ikrar Taat Setia kepada Raja-Raja Melayu.

Mereka mahu mengumpulkan lebih 100,000 tandatangan rakyat Malaysia yang menentang demonstrasi haram BERSIH dan dilancarkan di pekarangan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata objektif program ini adalah untuk menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

“Sejurus kita mengumpulkan tandatangan dan komen rakyat yang menentang BERSIH dan langkah mereka pada 9 Julai lalu yang banyak mendatangkan masalah kepada rakyat dan dalam masa dua minggu kita akan serahkan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Rabu, 13 Julai 2011

Putera Albert II digesa pulangkan derma Rosmah

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa Putera Albert II supaya memulangkan derma 100,000 euro yang disumbangkan oleh isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEBadan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki"
derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.

"Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.

"Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan," kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.


Regina Lee
Jul 1, 11
1:02pm


Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.

NONEMenurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".

Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL-Jakarta (IFF) ""melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak".

Ahad, 10 Julai 2011

CPO: Polis tiada kaitan kematian peserta protes


Joseph Sipalan
Jul 10, 11
4:29pm


Polis hari ini menafikan ada apa-apa kaitan dengan kematian peserta protes BERSIH 2.0, Burhanudin Ahmad semalam, dan mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan dari komplikasi terdedah kepada gas pemedih mata.

NONETimbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Beliau berkata, siasatan mereka tidak menemui sebarang kecederaan luaran, ataupun kecederaan dalaman.

Siasatan awal, katanya, menunjukkan jantung mangsa sedikit bengkak dan tiga arteri tersekat," katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, dilaporkan Burhanuddin, yang menurut polis peserta perhimpunan, telah pengsan selepas didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis ant-rusuhan di KLCC.

Burhanudin dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.

'Selamat tinggal semua'

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian. Dan ini adalah warkah terakhirnya.


Sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sedang menatap surat yang ke-12 ini. Masa berlalu begitu cepat dan ini merupakan surat saya yang terakhir.

Saya harap apabila anda selesai membaca surat ini, walaupun apa yang akan terjadi ke atas diri saya, anda akan terus menyokong kempen 'Kami Percaya pada Peluang Kedua'.

azlanUntuk surat terakhir ini, saya ingin menulis tentang bagaimana
perasaan saya dalam menunggu saat-saat kematian.

Pertama, saya merasakan bahawa kewujudan hukuman mati ini bukan hanya demi hukuman, tetapi sebaliknya, untuk membolehkan
pesalah memahami, dan berdepan sepenuhnya, dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Ambil diri saya sebagai contohnya, saya sebenarnya bersyukur saya telah ditangkap kerana ia membolehkan saya memahami makna dan
tujuan sebenarnya kehidupan ini, dan telah membolehkan saya mencari kekuatan dalam diri ini. Saya ingat pernah menyebut tentang "diri ini" sebelum saya ditangkap - seorang yang tidak pernah benar-benar hidup sebelum.

Beberapa hari yang lalu, peguam saya, M Ravi, datang melawat saya. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menghantar rayuan terakhir saya kepada presiden Singapura dalam beberapa hari. Itu adalah peluang terakhir saya.

Pada malam sebelum hukuman mati dilaksanakan, tahanan akan diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga. Mereka tidak mahu lagi memikirkan perkara lain, selain rasa kesakitan dan kesengseraan sebelum menjalani hukuman itu.

Bagi pesalah hukuman mati, pada saat diiring keluar dari sel, mereka sudah hilang kawalan emosi dan dapat dapat lagi mengawal perasaan. Sebanyak mana pun kaunseling yang diberi, tidak akan dapat menenangkan mereka kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari sel, mereka tahu mereka tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya.

Tetapi orang yang paling merasakan kesakitan itu adalah keluarga mereka. Saya tidak berani membayangkan bagaimana perasaan mereka ketika menunggu di luar untuk menuntut mayat orang yang amat disayangi.

Jika esok malam terakhir saya

Bagi saya, jika esok adalah malam terakhir saya, maka saya juga tidak ada pilihan. Tetapi saya bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Lagipun, saya yang buat silap, dan saya telahpun bertaubat.

Apakah saya takut? Saya benar-benar tidak tahu. Tetapi saya rasa mungkin tidak, kerana saya mulai biasa dengan perasaan menghadapi kematian - jangan lupa, dalam tempoh empat tahun yang singkat ini, saya sudah banyak kali berdepan dengan kematian.

Sesungguhnya, saya telah beberapa kali "mati" sebelum ini. Pada tahun 2007, bila saya ditangkap, dan selepas mengenali ajaran Buddha, saya "dilahirkan semula". Pada 2009, apabila saya dijatuhi hukuman mati, dan peguam saya membantu saya merayu terhadap hukuman saya itu.

Saya tidak akan meminta makanan yang mahal-mahal untuk makan malam terakhir saya. Saya rasa saya akan teruskan rutin tetap saya bangun pada waktu pagi untuk skrip Buddha saya dan bermeditasi, diikuti dengan sarapan pagi vegetarian saya sehingga tiba waktu malam, mengenakan pakaian terbaik yang dibeli saudara perempuan saya, mengucapkan selamat tinggal kepada tahanan lain, dan akhirnya tunduk kepada Tuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya.

Tetapi saya tidak benar-benar meluahkan perasaan saya kerana sesungguhnya saya tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika melangkah ke arah tali gantung nanti. Saya rasa tiada siapa pun yang tahu.

Saya telah melalui tahap di mana saya rasa kehilangan, jahil dan penderitaan tetapi ajaran Buddha yang saya amalkan, telah membolehkan saya membebaskan diri saya.

Saya juga berterima kasih kerana ramai yang bersedia untuk memaafkan saya. Mampu untuk hidup sehingga hari ini adalah merupakan satu anugerah terbesar pada diri saya.

NONESaya rasa keluarga saya telah dapat menerima diri saya di atas apa yang telah saya lakukan, dan apa jua yang akan berlaku selepas ini. Mereka bersyukur kerana saya berubah dan saya terus membaca dan mengamalkan ajaran Buddha.

Pengalaman pahit saya juga telah dapat memperbaiki hubungan di kalangan anggota keluarga saya, terutama adik-beradik saya.

Tetapi saya kadangkalanya masih bimbang saat apabila ibu saya akhirnya mendapat tahu yang saya tiada lagi di dunia ini.

Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Saya tidak akan dapat berkongsi cerita mengenai diri saya tanpa bantuan anda. Saya akan berdoa untuk anda, dan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan bahagia.

Selamat tinggal.


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori, kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.