Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2015

Hudud


Anti-hudud law in Penang?

PULAU PINANG - Chief Minister Lim Guan Eng, who is falling over himself trying to introduce the anti-hopping law, should concentrate on the more pressing need to table an anti-hudud bill to show that the DAP is really against the introduction of such Islamic law.

The DAP secretary-general has been challenged to immediately table an Anti-hudud bill in Penang to guarantee the people that such a law would never find its way into the state no matter who takes control of the administration.

Gerakan human rights and legal bureau chief Baljit Singh said the need for such a bill was more pressing now that DAP's allies in Pas were increasingly showing their commitment to introduce hudud law in the event Pakatan comes into power.

"DAP leaders like Karpal Singh have been consistent in saying that Pas will not be allowed to go on with its plan to introduce hudud. However, Guan Eng and his father Lim Kit Siang have so far refrained from issuing any strong statements condemning Pas' hudud.

"This is despite the fact that Pakatan leaders declaring to Malaysians that Pas had abandoned its hudud agenda in favour of a welfare state. The only way for DAP to show it is really sincere in opposing hudud is to introduce an anti-hudud law in Penang immediately," he said.

Baljit said only by tabling such a Bill in the state legislative assembly can the DAP prove to the people that it was really against hudud and all the statements that Karpal had been issuing to reject the introduction of the Islamic law was genuinely the stand of the party.

He added that although Karpal had been vocal in opposing hudud, Pas leaders had continued to declare that such a law was still on its agenda.

Most recently, even Guan Eng's good friend and former cellmate Mat Sabu - who is Pas deputy president, had stated that Pas' hudud would be the first issue on the agenda should Pakatan come into power.

"Although Mat Sabu is now trying to backtrack on his statement, other Pas leaders have come forward to say the same thing. Guan Eng cannot plead ignorance about what is going on.

"Since he has the power to do so, Guan Eng must show that Penang will take the first step to oppose hudud and table an anti-hudud bill immediately. Surely this is more important than an anti-hopping bill," he added.

Baljit added that unlike the anti-hopping bill, Guan Eng would not have any problems getting the anti-hudud bill through as matters concerning religion were under state jurisdiction.

He said Section 9 of the Federal Constitution clearly guaranteed this and Guan  Eng should not dilly dally or give any excuses on why he cannot table the anti-hudud law.

He is fighting very hard to get the anti-hopping law tabled and has milked the maximum publicity for it despite knowing that it is unlikely to get anywhere due to provisions in the Federal Constitution. 

It was reported that Guan Eng has been pushing for an anti-hopping law although he has openly voiced support for the defections by Sabah BN elected representatives.

Even his father has praised the two Sabah MPs, Datuk Seri Wilfred Bumburing and Datuk Seri Lajim Ukin for crossing over to Pakatan.

Kit Siang and the entire Pakatan camp had, ahead of Anwar's Sept 16 fiasco in 2008, also supported the Pakatan de-facto leader's attempt to rope in at least 30 Barisan MPs to make up the 112 elected reps that the PKR supreme chief needed for a simple majority to form the Federal Government.

A columnist in a local newspaper has also questioned Guan Eng's real motives for the anti-hopping law.

"Guan Eng's U-turn while unexpected and startling has not come as a big surprise, considering the dilemma he is currently in.

"Is he trying to play safe and keep Penang his “fiefdom” on the eve of a general election, just as PAS had tried in Kelantan and Tan Sri Joseph Pairin Kitingan had once done in Sabah?." K.Baradan of The Star questioned.

Meanwhile, Guan Eng's critics claim that the Chief Minister's rush to push for the anti-hopping law was an indication that all is not well among the DAP, Pas and PKR in Penang.

They are linking the anti-hopping bill  to the recent meeting among state PKR leaders where Penang PKR chief Mansor Othman labelled Guan Eng as a cocky and arrogant leader who is considered a `tokong` (deity) by his supporters.

Mansor had also openly warned PKR leaders here that the DAP was trying to move in and grab more seats from their ally. The move he said was to enable DAP to form the Penang state government on its own after it gained the majority number of seats.

The DAP, and especially Guan Eng, is well aware that he no longer commands the kind of blind support he got before and immediately after the 2008 general elections.

Mufti: Jangan ikut hudud Taliban, Boko Haram

 
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, undang-undang hudud Kelantan perlu disemak lebih lanjut oleh pakar perundangan antarabangsa untuk memastikan ia mematuhi maqasid syariah dan sunnah.

Katanya, beliau bimbang semakan ke atas Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan (Pindaan 2015) itu perlu dilakukan untuk mengelakkan pelaksanannya menemui kegagalan.

Katanya, pelaksanaan hudud di negara seperti Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan memberikan mesej bahawa syariat Islam itu tidak sesuai.

“Saya memohon agar diberikan ruang supaya enakmen itu disemak lagi oleh pakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah di pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Semakan itu perlu agar kegagalan perlaksanaan hudud yang pernah berlaku di Libya, Sudan, Nigeria, Pakistan tidak berulang di Malaysia.

“(Pelaksaan di negara tersebut) memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang telah dibuat oleh mereka,” katanya.

Bahas secara ilmiah

Menurutnya secara peribadi beliau menyokong hasrat Kelantan, namun tetap berharap agar perkara itu dibincangkan di kalangan sarjana.

“Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan-akan menggambarkan kekejaman undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Boko Haram dan lain-lain.

“Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah,” katanya.

Tegasnya lagi, seorang Muslim sememangnya tidak boleh menentang hudud kerana asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Namun, masyarakat Islam juga perlu faham bahawa kebanyakan daripada butiran undang-undang tersebut tidak disebut di dalam al-Quran mahupun dalam Hadis.

“Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

“Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas,” katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu wawancara bersama Malaysiakini mengakui bahawa enakmen tersebut mengandungi kesilapan dan akan dibincangkan lebih lanjut dalam sidang DUN akan datang.
 

'Keluar Pakatan jika mahu bentang RUU persendirian'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar Pakatan Rakyat jika masih berkeras untuk membentang rang undang-undang persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan.

Lim memberitahu wartawan di lobi parlimen hari ini bahawa Hadi membentang rang undang-undang itu bukan lagi melibatkan hak demokrasi seorang individu.

"Jika beliau masih mahu membentangkannya, beliau boleh buat tapi bukan mewakili Pakatan.

"Jika beliau masih mahu melakukannnya, beliau sepatutnya keluar Pakatan Rakyat dan buat mengikut kehendaknya," katanya.

Lim menegaskan DAP tidak menghalang hak demokrasi Hadi untuk berbuat demikian.

Malam tadi, DAP memutuskan untuk memutuskan semua hubungan presiden PAS atas pendirian parti itu untuk meneruskan agenda hudud.


Kes qazaf Anwar: Peguam fail notis tarik diri



Mahkamah Rayuan Syariah hari ini diberitahu bahawa peguam Zainul Rijal Abu Bakar memfailkan notis penarikan diri daripada mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan dua yang lain dalam kes tuduhan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Perkara itu dimaklumkan peguam Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainul Rijal ketika kes disebut di hadapan panel tiga anggota iaitu Datuk Mahammad Ibrahim, Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Hussin Harun.
  
Abdul Halim memberitahu bahawa Zainul Rijal memfailkan notis berkenaan pada 10 Okt 2012 dan ia diserahkan kepada Anwar melalui peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzaman hari ini.
  
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 26 Sept 2012, menolak permohonan penarikan diri anak guamnya selepas mendapati peguam syarie itu memfailkan notis permohonan itu menggunakan borang yang tidak betul.
  
Notis penarikan diri itu difailkan berikutan Anwar mengemukakan permohonan pada 18 Ogos 2011 untuk menghalang Zainul Rijal daripada mewakili Shamsuddin, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan itu dengan alasan Zainul Rijal berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan.
  
Dalam prosiding hari ini, Abdul Halim berkata permohonan penarikan diri Zainul Rijal akan menjadi akademik kerana anak guamnya tidak lagi mewakili ketiga-tiga pihak berkenaan.
  
"Ini jelas menunjukkan tiada apa yang perlu dihujahkan dan peguam pemohon (Anwar) sepatutnya telah mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya kerana tempoh tiga tahun sebelum ini dah terlalu lama.
  
"Isu sekarang adalah sama ada pemohon meneruskan pertuduhan qazaf itu," katanya.
  
Namun Hakim Datuk Hussin Harun berkata Zainul Rijal telah menyerahkan notis penarikan diri itu secara sukarela walaupun perjalanan notis itu terlalu lama iaitu tiga tahun.

"Notis kena serahkan, kalau tidak serahkan ia akan tergantung. Sekarang mahkamah sudah terima. Isu sudah habis dan sudah selesai," kata hakim itu.
  
Bagaimanapun, peguam Kamar Ainiah membantah tindakan Zainul Rijal yang lewat menyerahkan notis itu atas alasan ia mungkin kelihatan remeh tetapi sebaliknya mempunyai kesan yang jauh.
  
Katanya, banyak isu tidak boleh diselesaikan hari ini kerana responden (Zainul Rijal) hanya menyerahkan notis itu hari ini dan beberapa kesilapan telah dilakukan oleh kedua-dua pihak.
  
"Pihak kami akan meneruskan kes ini (menghalang Zainul Rijal daripada mewakili tiga responden) dengan menghujahkan tiga perkara yang belum selesai iaitu merit, kos dan notis kes," katanya.
  
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 27 April ini bagi mengesahkan notis penarikan diri oleh Zainul Rijal daripada mewakili ketiga-tiga responden dalam kes tuduhan qazaf itu.
  
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
  
Anwar hadir dalam prosiding hari ini.
  
-Bernama

Cucu Anwar laung 'Reformasi' di mahkamah

 

 Slogan “Reformasi” dan “Lawan tetap lawan” seringkali dilaungkan di acara yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini, slogan tersebut dilaungkan oleh seorang anak kecil, cucu kepada ketua pembangkang itu.

Anwar tidak dapat menahan senyum apabila mendengar laungan slogan tersebut lantas mendukung cucunya itu.

Anak kecil itu meneruskan laungannya dalam pelukan datuknya itu, yang diperhatikan dengan penuh minat oleh individu yang hadir di luar bilik mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, berkata beliau banyak memenuhi masanya dengan membaca.

"Saya khatam al-Quran dua kali. Saya juga membaca karya William Shakespeare dan 'A History of Western Philosophy' oleh Bertrand Russel',” katanya sebelum diiring keluar oleh pihak berkuasa penjara.

Ini merupakan kemunculan kedua Anwar di mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes Liwat II pada 10 Februari.

Beliau kelihatan bersemangat ketika bertemu dengan anggota keluarganya, termasuk isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar sempat berbuat-bual selama kira-kira 10 minit bersama mereka.

Ketua pembangkang itu diiringi oleh kira-kira 10 orang pegawai Jabatan Penjara.


Khamis, 12 Mac 2015

Laporan polis isu 'hakim jual diri pada syaitan'

Lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata  hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

"Saya dengan ini memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah binti Anwar dan memohon pihak pendakwa raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukan bawah Akta Hasutan 1948," katanya.

Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Zulkifli membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini. 


 

Isnin, 9 Mac 2015

10,000 berarak ke KLCC tuntut pembebasan Anwar


Malaysiakini membawa kepada anda laporan secara langsung mengenai perhimpunan Kita Lawan di ibunegara.
 

LAPORAN LANGSUNG

6.59pm: Kira-kira 500 peserta masih berada di sini, lepak-lepak di pintu masuk KLCC.

6.40pm: Sementara itu, salah seorang ahli jawatankuasa Kita Lawan Mandeep beritahu Malaysiakini bahawa Kita Lawan memang tidak bercadang untuk bermalam di KLCC.

"kita memang tidak bercadang bermalam di KLCC dari awal.

"Tapi terpulang kepada peserta, kalau mereka nak, mereka boleh bermalam di sini," kata mandeep

ADUN Semambu, Lee Chean Chung juga bersetuju dengan Mandeep bahawa Kita Lawan memang tidak ada rancangan itu.

"Mungkin kita akan buat kempen bermalam pada himpunan lain," kata Lee.


6.10pm: KLCC - MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin adalah yang terakhir memberikan ucapan, dan pihak penganjur berkata perhimpunan hari ini berjaya.

Turut berucap ialah MP PKR Subang, R Sivarasa Tian Chua dan Hatta Ramli.

Sementara itu, orang ramai masih berlegar di situ, tetapi ada yang telah mula bersurai.
 
Terdapat pelbagai reaksi berhubung cadangan protes itu diteruskan hingga semalaman di KLCC.
 
Sesetengahnya memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan tinggal di situ kerana ada urusan lain.
 
Yang lainnya yang lebih positif, berkata mereka akan berada di situ selagi larat untuk berbuat demikian.
 
Pengarah Komunikasi Pemuda PKR, Johan Ariff berkata ia bergantung kepada momentum perhimpunan tersebut.
 
"Jika momentum yang baik seperti sekarang, maka mungkin kita akan teruskan semalaman, tetapi di mana saya tidak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.

6.07pm: Ketua Jingga 13 Fariz Musa mengumumkan perhimpunan tamat dan mana-mana yang mahu tinggal di KLCC supaya membawa membawa lilin untuk mengadakan nyalaan lilin di KLCC.

6pm: Aktivis mahasiswa Adam Adli Membaca sumpah pemuda. 
 
5.50pm: Seorang anggota DAP (Hew Kuan Yew - Superman) mencadangkan kepada penganjur supaya perserta berkampung di KLCC selama sehari.
 
"Boleh tak?" Sambil diiringi laung "boleh"
 
"Tapi terpulang kepada kamu semua," katanya lagi.
 
Sementara itu, Dr Hatta berseloroh dengan mengatakan bahawa beliau difahamkan Najib akan menghantar tilam ke KLCC.
 
"Siapa nak tinggal, silakan. Saya ada kenduri pada akhir bulan ini," katanya yang mengundang ketawa peserta.

5.36pm: Pintu KLCC. Kumpulan penghibur demonstrasi, D'BangsART kini menghiburkan pengunjung dengan nyanyian lagu-lagu politik.
 
Dengan paluan gendang, sebahagian peserta himpunan mengangkat-angkat tangan ke udara mengikut rentak lagu.

Walaupun hujan renyai-renyai, peserta dihiburkan dengan menyanyikan beberapa lagu termasuk lagu mendesak Najib berundur dengan rentaknya mengikut lagu "luaskan kuasamu", lagu rasmi pasukan bola sepak JDT.
 
"Oh Najib, oh penipu, kami mahu kamu undur, Kami datang, kami lawan, bersama rakyat malaysia. 
 
"Lawan, lawan, kita lawan sampai menang, kami lawan bersama rakyat Malaysia," nyanyi peserta beramai-ramai.

5.35pm: KLCC - Nik Nazmi mengumumkan jumlah peserta hari ini dianggar seramai 10.000 dengan memetik Malaysiakini.
 
"Bagi saya jumlah itu dianggap konservatif. Ada ramai lagi yang turut serta," katanya.
 
Katanya lagi, himpunan ini berjaya dan yakin gambar-gambar perhimpunan ini akan ditayangkan dalam perhimpunan hari ini.
 
"Perjuangan ini tidak mudah, kita perlu berusaha lebih dan kita tidak akan mengalah," katanya sambil mengucapakan terima kasih kepada pihak polis.

5.30pm: KLCC - Ada lagi letupan kedengaran, tetapi orang ramai kelihata tenang
 
Seorang peserta, Nicholas Law, 27, memberitahu Malaysiakini yang dia percaya ia mungkin satu cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
 
"Mereka mungkin cuba hendak menakut-nakutkan kami, tetapi setakat ini tidak ada yang panik," katanya.
 
Beliau juga menyangkal dakwaan ada percubaan untuk melaga-lagakan antara rakan Pakatan menjelang perhimpunan tersebut.
 
"Semua orang ada di sini, jadi ia bukan satu isu," katanya.
 
Unit pasukan petugas khas DAP telah membantu memudahkan pergerakan orang ramai, supaya mreka tidak menyekat laluan lalulintas.
 
Sementara PAS Unit Amal pula ditugaskan untuk memastikan keselamatan keseluruhan perhimpunan ini.
 
5.25pm: KLCC-  Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong berkata perhimpunan hari ini dianggap berjaya kerana berlangsung dengan jayanya dan berlangsung dengan aman.
 
"Kita tunjuk solidariti hantar mesej rakyat bahawa kita muak dengan Najib dan mahu Najib undur.
 
"Himpunan ini berjaya, himpunan aman, untuk rakyat Malaysia dan bukan seseorang (tertentu) atau parti politik," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda semua peserta.

5.20pm: KLCC - Kumpulan anak muda dari UBU menghibur peserta dengan menyanyikan lagi "Ole-ole, Malaysiaku" sambil diringi paluan drum. Sebahagaian mereka turut menari mengikut aluan paluan drum.

5.10pm: Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar - Nurul Izzah - berkata beliau begitu terharu dengan sokongan mereka yang hadir hari ini.
 
Katanya, beliau amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bila melihat begitu ramai yang menyertai perhimpunan hari ini.
 
Perhimpunan ini, tegasnya,  bukan hanya mengenai Anwar tetapi rasa tidak puas hati rakyat dengan rejim Najib dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka. 
 
Banyak isu seperti GST dan 1MDB yang telah mendorong rakyat turun ke jalanan, katanya kepada Malaysiakini.

5.09pm: Jalan Ampang - Bunyi letupan mengejut orang ramai, yang kemudiannya menyedari bahawa ia adalah bunyi mercun.

5,02pm: Jalan Ampang. Kira-kira 2km berjalan dari Sogo ke Jalan Ampang, peserta tidak menujukkan tanda penat dan terus bergerak ke KLCC.
 
Mereka dengan bersemangat dan berulang kali melaung rakyat bangkit, tolak BN, jatuh Rosmah, bebas Anwar.

5pm: Ribuan bermandikan hujan sambil menyanyi dan memukul gendang ketika berarak ke KLCC.

Teriakan "Reformasi" dan "undur Najib" berkumandang ke udara.

Seorang peserta kelihatan membawa sebuah patung yang seolah-olah menyerupai Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Orang ramai diketuai oleh sekumpulan yang membawa poster besar sepanjang dua lorong jalan.

4.53pm: Peserta sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dekat hotel Renaissance. Sekarang mereka membelok ke Jalan Ampang menuju ke KLCC kira-kira 1 km dari persimpangan itu.

Jalan Ampang dari arah bertentangan masih dibuka kepada lalulintas dan pemimpin mengarahkan perserta tidak menggangu lalulintas.

Polis trafik terpaksa melencongkan kenderaan dari Jalan Ampang menghala ke Bukit Bintang.


4.43pm:  Jalan Sultan Ismail. Walau hujan perserta tidak berganjak sebaliknya melaungkan 'kita lawan', 'kita tak berganjak'. Kenderaan yang melalui arah bertentangan bergerak perlahan apabila ada peserta turut melalui jalan itu menuju ke KLCC.

4.33pm: Peserta mula melalui Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC. Pengguna lalulintas yang melalui Jalan yang bertentangan membunyikan hon. Laungan bebas Anwar dan undur Umno.

4.30pm: Sogo: "Hidup Mahathir, Hidup Anwar"

Sekelompok peserta yang mengelar diri datang dari "kelab akar umbi PKR" muncul di Sogo dengan kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kumpulan itu meluang "Hidup Mahathir, Hidup Anwar".

Apabila ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar.

"Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar.

"Sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja.

"Maka, Mahathir ialah harapan kita!" kata Jaz.

Pada masa yang sama, terdapat ahli PKR yang tidak senang dengan tindakan kumpulan ini dan mereka melaungkan "undur Mahathir".


Pihak yang tidak senang itu minta kelompok itu menunjukkan kad PKR untuk mengesahkan identiti mereka.

Jaz pun tunjukkan kad ahli PKRnya dan kedua-dua pihak hampir bertelagah.

Kelompok yang menyokong Mahathir itu meninggal tempat himpunan selepas 30 minit.


423pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman.

Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC.

4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang.

4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan.
 
Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin. 
 
Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak. 
 
Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.
 
4pm: Sogo "Kita lawan, we will never surrender" bergema di Sogo apabila Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan.
 
"Saya hadir ke sini untuk menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita bersolidariti tuntut hak demokrasi. Marilah kita bersama -sma juang, kita fight untuk anwar ibrahim. 
 
"I will never surrender, we will never surrender. Kita lawan," kata Ambiga sambil diiirngi peserta.
 
Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo. 
 
Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan.

3.50pm: Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di Masjid Jamek ialah Anthony Loke, Liew Chin Tong, Tan Kok Seong dan William Leong
 
ADUN PAS dari Hulu Kelang Saari Sungib juga kelihatann.
 
Semasa berucap, Anthony Loke berkata Pakatan akan memastikan Anwar terus menjadi ketua pembangkang.
 
"Jiwa dan semangat Anwar tidak akan dipenjarakan.
 
"Kita akan menyampaikan suara Anwar di sidang di Parlimen.
 
"kita akan memastikam Anwar terus menjadi ketua Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN," kata Loke yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat hadir ke perhimpunan hari ini.
 
Saari Sungib semasa berucap berkata ini bukan himpunan PKR tetapi himpunan rakyat negara.
 
"Lawan tetap lawan, kita akan terus berjuang dan melangkah ke Putrajaya," laung Saari.

345pm: PAS - Peserta dari KQ PAS kini memasuki Jalan TAR selepas melepasi Jalan Sultan Ismail. Mereka melaung Hidup Rakyat dan Undur Rosmah. Lalulintas berjalan seperti biasa dengan dikawal oleh polis trafik.

340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo.

Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali.


Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka.

Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal.


3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit.

3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik.

"Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan.

"Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman.

"Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN.

"Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir.

3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan.

3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima 
anggota polis kelihatan menyeberangi dari pusat membeli-belah itu, sambil bercakap melalui alat radio komunikasi mereka.

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek.

3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS.

Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac).

Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008.

"Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai.

"Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya.

"Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya.

Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi.

Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council.

Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir.

3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR 
Nurul Izzah menerima notis untuk hadir disoal siasat oleh polis Dang Wangi berhubung perhimpunan Kita Lawan di Sogo pada 14 Februari.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.


3.10pm: Sogo - Jumlah mereka yang berhimpun meningkat kepada 400 orang, dan turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP.

"(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini.

Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan.

3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni.

Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff.

Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai.

3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang  di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak.

Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang.

2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ.
 
Hanya kira-kira 50 orang yang dilihat memakai kemeja-T Kita Lawan atau Reformasi.

Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib".

2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka.

Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.

Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.

PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.

Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.

Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad. 
 
 

Jumaat, 20 Februari 2015

Serangan Shafee: 'Umno harus bertanggungjawab'

Umno harus dipertanggungjawab atas peningkatan serangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan sabitan tuduhan liwat terhadapnya, kata salah seorang peguam Anwar hari ini.

N Surendran (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa ia kini sudah "melampaui keraguan" bahawa Shafee bercakap bagi pihak Umno, lebih-lebih lagi kerana beliau telah diperkenalkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam satu forum malam tadi, di mana Shafee mendedahkan butiran mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar kepada kepada hadirin.

Beliau berkata, pihaknya memegang Umno dan dan ketuanya, Datuk Seri Najib Abdul Razak bertanggungjawab atas serangan tersebut terhadap Anwar.

Surendran juga menyifatkan serangan tersebut sebagai satu ‘tindakan pengecut’ kerana Anwar di dalam penjara dan tidak boleh mempertahankan dirinya.

Oleh itu, tegasnya, mereka (Umno) akan menanggung akibatnya.

Shafee adalah pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II dua minggu lalu di mana Anwar gagal dalam rayuannya terhadap sabitan kes liwat itu dan hukuman lima tahun penjara.

Semenjak itu, Shafee telah membuat pelbagai kenyataan awam menyerang perwatakan Anwar.

"Bagi kami, Shafee adalah seorang yang tidak penting yang bercakap bagi pihak Umno," kata Surendran.

Semalam, Shafee muncul sebagai peguam bela untuk Datuk Seri Anifah Aman dalam saman fitnah Anwar terhadap menteri luar itu.

Beliau juga adalah antara peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis beri amaran pada demo pro-Anwar

Ketua Polis Negara Tan Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kumpulan 'Kita Lawan' yang mahu mengadakan demonstrasi ekoran pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya tidak berbuat demikian.

Beliau turut mengingatkan mereka yang ingkar dan terus ingin berdemonstrasi bakal berdepan dengan tindakan pihak keselamatan.

"Saya ingin mengingatkan kepada mereka yang ingin menganjurkan perhimpunan, perarakan, kita tidak akan berdiam diri dan ambil tindakan,” katanya dalam sidang media kempen balik kampung di tol Jalan Duta.

Menurutnya lagi, anak muda jangan terlalu ghairah berdemonstrasi sebaliknya memahami maksud kebebasan serta menghormati keputusan mahkamah.

Ahad lalu beberapa kumpulan anak muda mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan "Kita Lawan" dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara bulan depan.

Mereka yang terdiri daripada gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu pada 7 dan 8 Mac sebagai reaksi terhadap pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Sehari sebelum itu, seramai 400 orang termasuk mahasiswa menyertai himpunan di depan pusat membeli belah Sogo dan berjalan sampai ke Pudu Raya bagi menyatakan sokongan terhadap ketua pembangkang itu.

Liwat II: Hanipa sedia debat dengan Shafee, KJ

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin sedia untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanipa yang juga peguam PAS itu berkata beliau juga bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.

"Saya merasa terpanggil dan Insya-Allah bersedia menyahut cabaran Shafee atau ketua Pemuda Umno dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafie sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.

"Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam kenyataan media.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.

Selasa lalu, Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya.

Malah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes liwat itu.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar, namun Hanipa berkata beliau mendapati ada sesuatu yang "tidak kena" dalam kes itu apabila Shafee terus mengeluarkan kenyataan menyerang Anwar yang juga ketua pembangkang.

Justeru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara.

Hanipa juga mencadangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat tentang debat itu.

Menteri: RTM sedia siar debat kes Anwar

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Ahmad Shabery berkata amat malang jika ada pihak yang terus mendakwa bahawa keputusan tersebut merupakan konspirasi politik Umno bersama dengan pihak kerajaan yang mahu menganiaya Anwar.
  
"Ia merupakan satu tuduhan yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) bagi membantu mangsa banjir di Putrajaya hari ini.
  
Justeru, katanya, beliau bersedia menganjurkan sebarang forum, dialog atau debat bagi rakyat berpeluang melihat hujah sebenar mengenai kes itu melalui saluran televisyen nasional atau mana-mana platform lain.

"Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur dalam hal ini tetapi bila ada pihak yang terus mencemarkan nama negara dan sistem keadilan dan mempersoal hakim kita hingga sanggup ke luar negara untuk mempengaruhi negara lain bagi mencemuh negara kita, ia boleh dianggap sebagai mengkhianati negara," katanya. 

Jelasnya platform debat tersebut juga diadakan bagi memberikan ruang yang lebih seimbang bagi semua pihak memberikan pendapat yang dapat ditonton oleh semua rakyat.  

"Sekurang-kurangnya kita dapat bagi pendapat yang lebih seimbang kerana lebih daripada enam tahun terutamanya daripada parti kerajaan berdiam diri kerana kita kata isu ini adalah antara Anwar dengan pembantu khas yang dia sendiri pilih," kata Ahmad Shabery.
  
Namun, katanya, penganjuran debat itu terserah kepada pihak mahkamah sama ada ia dibenarkan untuk diadakan.
  
Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februai lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

- Bernama

Sabitan Anwar kerana kebijaksanaan Shafee?

 

Ekoran kejayaannya baru-baru ini dalam mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim – dan mensabitkan ketua umum PKR itu – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mendapat perhatian yang lebih daripada biasa.

Dengan mengendalikan kes berprofil tinggi seperti itu, kehebatan pendakwaan peguam kanan itu telah banyak menjadi subjek perdebatan.

Selepas mengambil alih tugas sebagai pendakwa utama, Shafee berjaya di Mahkamah Rayuan untuk menebalikkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, dan berhujah kes itu di mahkamah tertinggi, yang mengekalkan sabitan tuduhan liwat terhadap Anwar dan hukuman lima tahun penjara.

Adakah peguam yang menjadi perhatian ini, juga seorang pendakwa yang cemerlang?

Ditanya sama ada terdapat apa-apa yang baru atau tambahan dalam hujah Shafee ini – yang berjaya mensabitkan Anwar – sumber-sumber yang biasa dengan kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memberitahu Malaysiakini bahawa tiada apa yang luar biasa.

Shafee, kata satu sumber, mengemukakan hujah-hujahnya atas kekuatan penghujahan oleh bekas Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan dari Pejabat Peguam Negara (AGC), sebelum beliau bersara.

"Ini ekoran semua kerja keras yang telah dilakukan oleh pasukan pendakwaan yang diketuai Yusof dalam mengutarakan bukti di mahkamah dan juga penghujahan yang dibuat.

"Satu-satunya tambahan ialah satu kes perundangan di Australia, di mana sampel DNA yang berusia 13 tahun telah digunakan untuk mensabitkan seorang pembunuh.

"Selain daripada itu, tiada apa yang baru dalam penghujahan," kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Shafee, dalam hujahnya, memberi contoh kes di Australia itu, di mana polis menemui tuala milik mangsa pembunuhan dan apabila pemeriksaan dilakukan, telah menemui kesan air mani, yang dihantar untuk analisis bagi mengetahui pelakunya.

"DNA ditemui pada tuala di mana kesan air mani dijumpai. Bacaannya dianggap hampir sama dan tertuduh disabitkan dengan pembunuhan itu, selepas 13 tahun," Shafee telah dikemukakan.

Shafee, dalam hujahnya menegaskan bahawa dalam hal ini, sampel DNA telah berjaya diambil dari Saiful 56 jam selepas kejadian itu.

"Dalam kes saya, bacaan itu adalah sempurna," kata peguam kanan itu dalam membandingkan sampel DNA yang diambil dari dubur Saiful dan sampel yang diperolehi dari botol air mineral, berus gigi dan tuala yang diambil dari lokap Anwar selepas beliau ditangkap pada 16 Julai 2008.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari dengan keputusan sebulat suara oleh panel lima hakim.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria juga menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara.

Sabtu, 3 Januari 2015

Najib pulang, jet masih keliling dunia

 
Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.

Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.


Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.

Menurut PMO, ia bagi membolehkan individu tersebut membuat perjalanan dengan selamat dan membantu melicinkan tugas mereka.

Khamis, 6 November 2014

Bkt Kepong: 4 DVD ceramah Mat Sabu diterima

Pegawai penyiasat kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011, memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa beliau menerima empat keping DVD rakaman ceramah itu.
  
ASP Jafri Md Zain yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata tiga keping DVD yang mengandungi keseluruhan ceramah itu diterima daripada anggota polis, manakala sekeping DVD lagi diserahkan wartawan Utusan Malaysia, Mohd Asron Mustapha.
  
"Ketiga-tiga DVD merupakan rakaman penuh di tempat kejadian dengan empat orang penceramah termasuk Mohamad Sabu yang merupakan penceramah terakhir. DVD yang diterima daripada Encik Asron cuma mengandungi ceramah oleh Mohamad Sabu.

Kesemua DVD ini mengandungi ceramah yang sama.
  
"Kemudiannya, saya meminta seorang pegawai untuk menyediakan transkrip verbatim keseluruhan ceramah itu. Selepas siap, beliau menyerahkan transkrip kepada saya," kata saksi kesembilan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
  
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim berhubung siasatan dan tindakan yang diambil untuk kes itu.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
  
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.
  
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Jafri yang berkhidmat selama 19 tahun dengan PDRM, berkata siasatan itu dibuat selepas pengadu, seorang bekas tentera, dari Raub, Pahang membuat laporan polis kerana berasa tidak puas hati terhadap kenyataan Mat Sabu itu yang dibacanya dalam Utusan Malaysia.
  
Ditanya sama ada beliau pergi ke tempat kejadian, Jafri berkata: "Saya ada pergi ke tempat kejadian (Pasti Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora) bersama jurugambar dan beberapa anggota. Di sana, saya mengarahkan anggota untuk mengambil gambar. Sebanyak tujuh gambar diambil".
  
Dalam pemeriksaan balas peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mat Sabu berkaitan siasatan yang tidak menyeluruh, Jafri berkata beliau menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat pengadu.

Ditanya sama ada laporan polis itu mempunyai nilai, Jafri berkata laporan itu mempunyai nilai kerana selepas siasatan terhadap ceramah oleh Mat Sabu itu memang terdapat keterangan yang berkaitan.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah membenarkan perbicaraan kes itu diadakan di Mahkamah Kuala Terengganu kerana saksi kesepuluh iaitu waris kepada Jaafar Hassan berada di Terengganu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan bersambung 14 Disember ini.

- Bernama
 

Gopal: Dr Osman tiada motif sebelahi Anwar


 Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Pasukan pembelaan akan membalas hujah dibangkitkan peguam pendakwaan yang dilantik kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Walaupun hanya ditetapkan selama dua hari pada asalnya, pendengaran rayuan Anwar itu memasuki hari ketujuh hari ini.

Pihak pembelaan dan pendakwaan masing-masing sudah mengambil tiga hari untuk menyelesaikan penghujahan mereka.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Mahkamah itu meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Barisan 14 peguam-peguam bela Anwar diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

LAPORAN LANGSUNG:

7.00pm Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 3 petang esok.

6.40pm: ‎Gopal mempertahankan tindakan Karpal Singh yang mahukan dokumen berkaitan.

Menyentuh soal Dr Osman, Gopal berkata, beliau tidak ada di situ untuk mempertahankan diri jadi tugas itu akan diambil olehnya.

“Negara ini mengundangnya menjadi doktor, kerana dia warganegara asing. Dia pulang ke tempat asal selepas tamat berkhidmat.

“Dia tidak motif untuk menyebelahi perayu (Anwar).”

“Nota-notanya menunjukkan alat plastik diguna untuk memasukkan,” katanya.

6.25pm: Gopal berkata, peruntukan dalam kes 'Tandoor' di India yang dipetik Shafee berbeza dan tidak boleh digunakan di sini.

6.20pm: Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak boleh dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.

6.15pm: Peguam bela berkata, prinsip itu hanya terpakai dalam kes dadah.

Gopal merujuk kepada testimoni Saiful berhubung "tanpa kerelaan".

“Tidak betul untuk memberikan konotasi berbeza."

6:10pm Gopal berhujah berhubung adverse inference yang boleh mengaitkan Anwar, jika saksi alibi tidak dipanggil.

6.03pm: Gopal membaca keterangan Saiful berhubung KY jelly.

Saiful, katanya, menawarkan KY jelly sebagai ekshibit pada 28 Jun tetapi Jude enggan menerimanya dan hanya merampasnya di pejabatnya pada hari kemudiannya.

5.29pm: Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.

Shafee meminta rehat sebentar sebelum menjawab hujah-hujah Gopal.

Hakim membenarkan rehat 20 minit untuk berhenti solat.

5.26pm: Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's. Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.

5:20pm: Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya. Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

“Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.

4.57pm: Gopal berkata keterangan Saiful berhubung insiden sebelumnya tidak boleh diterima.

5.13pm: Walaupun hujan lebat, penyokong Anwar kini berzikir bagi mendoakan supaya dibebaskan.

4.53pm: Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.

Gopal kini membaca keterangan Anwar daripada kandang (dok).

4.47pm: Gopal berkata, Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ketika itu Farah Azlina Abdul Latif.

4.45pm: Cuaca di Putrajaya kini gelap gelita dan hujan lebat.

Bagaimanapun penyokong Anwar tidak berganjak daripada perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka kini berteduh di khemah yang berada di hadapan Mahkamah Persekutuan yang dipasang sempena sebuah karnival pada hujung minggu ini.

Naib presiden merangkap setiausaha agung PKR Rafizi Ramli turut memberitahu penyokong Anwar bahawa ketua pembangkang mungkin dibebaskan.

4.40pm: Gopal berkata, Saiful malah menggoda anggota pasukan pendakwaan.

4.30pm: Perkara itu, kata Gopal, merosakkan kes pendakwaan.

“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.

4.24pm: Ram berkata, hakim telah melawat tapak itu tetapi hakim Arifin berkata lawatan itu tidak direkodkan.

Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.

Shafee dalam penghujahannya berkata permaidani itu dipindahkan ke unit lain.

4.21pm: Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,” katanya.

4.13pm: Gopal berkata, permaidani sutera China dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis Supt Amidon Anan.

Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”

“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu. Gopal menjawa dia mengenal pastinya.

4.06pm: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan.

Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara.

Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani.

“Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

3.55pm: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.

Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.

“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.

3.43pm: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.

Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan.

Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.

3.32pm: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya.

“Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).”

Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain.

Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”

3.25pm: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”.

Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.

Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar.

“Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,” soalnya.

3.22pm: Gobind Singh Deo pula memulakan penghujahannya.

3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga turut hadir mengikuti perjalanan prosiding.

3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.

2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.

Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.

2.30pm: Sangeet Kaur (kanan) pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Kelihatan bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali dan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen hadir mengikuti perkembangan kes.

1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.

1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.

Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan, kata Ram.

“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.

Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam prosiding yang lain.

Beliau merujuk tindakan Jude (kiri) membuka beg plastik P27.

Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti didakwa Saiful.

Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.

“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak), dan ini bertentangan dengan 'Kes Tandoori' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan perdana menteri India.”

12.35pm: ‎Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.

“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”

Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.

Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.

12.31pm: Ram sekarang cuba membersihkan reputasi Dr Brian McDonald (kanan) ekoran keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mendakwa beliau seorang pakar dan hanya pandai berteori.

Shafee sebelum ini berkata, pengakuan McDonald tidak diterima walaupun di Australia, negaranya sendiri.

12.20pm: Ram memberi amaran bahawa garis panduan harus diikuti dan salinannya patut disediakan kepada pihak pembelaan.

Katanya, jika tidak diberikan, ia akan menyebabkan seseorang itu disabitkan membunuh atau kesalahan lain, kerana garis panduan tidak diberikan atau ahli kimia tidak mengikutinya.

12.12pm: Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.

Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar cakap.

Ram bersetuju dan berkata ia bukan sampel yang sama adan Saiful tidak diliwat.

12.07pm: Oleh itu, Ram berkata, terdapat persoalan sama ada penembusan sebenarnya berlaku.

12 tengah hari: Ram kini berhujah sekitar isu penembusan.

Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.

“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.

Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.

Shafee menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar memancutkan mani dalam duburnya “seperti biasa”.

Sementara itu, suasana di perkarangan Istana Kehakiman meriah apabila permainan 'kuiz' (kanan) berkisar kes liwat II itu diadakan.

Penyokong yang berjaya menjawab soalan dengan tepat turut diberikan hadiah hamper.

Kartunis Zunar sebagai pengadil turut memakai pakaian seperti hakim dengan mengenakan rambut palsu berwarna putih dan jubah hitam.

Antara soalan yang ditanyakan dalam permainan kuiz itu ialah siapakah hakim bagi pendengaran kes liwat II dan apakah jenama dan saiz seluar dalam Saiful. [Baca lanjut]

11.52am: Mahkamah bersidang kembali.

Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, pendakwaan sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.

“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.

Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.

11:13am: Mahkamah berhenti berehat sebentar. Akan bersambung semula pada 11.30 pagi.

11:20am: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang kelihatan dalam mahkamah.

Dua cucu kecil Anwar juga berada dalam mahkamah.

11:05am Ram berkata, tiada keraguan bahawa pihak pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, sebaliknya tiada kemerosotan pada calitan daripada bahagian intim.

Ram bertanya bagaimana sampel itu boleh berada dalam keadaan asli sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti disarankan.

Justeru, kata Ram, ia menunjukkan bahawa sampel itu bukan sampel yang sama dan boleh jadi sudah dikompromi.

10.43am: Hakim Tan Sri Suriyadi Halim bertanya, jika 18 alel itu asing, ia tidak menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu (seperti daripada lokap dan Saiful).

Ram menjawab bahawa ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium).

Ram berkata ahli kimia Seah (kanan) juga setuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam.

Katanya, walaupun tidak menggunakan perkataan “asli”, Seah setuju bahawa tiada kemerosotan sampel.

Bagaimanapun, kata Ram, Seah bersetuju bahawa kemerosotan akan berlaku.

10.40am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 200 orang kini berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman.

Selain berkumpul mereka turut membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin PKR.

Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan bertulis "Jangan biarkan ini berlaku lagi" turut disebarkan kepada orang ramai.

Selain itu, peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual baju-T bertulis "Rakyat Hakim Negara”, payung dan kerusi lipat kepada peserta himpunan.

10.30am: Ram berkata, spekulasi dan andaian tidak boleh dibuat dalam isu itu.

Katanya, pencemaran berlaku atau kesimpulan yang boleh dibuat adalah sampel itu telah dikompromi.

1020am: Ram berkata, 18 alel muncul pada tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.

Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati.

Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.

“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala 'good morning'.”

Pihak pendakwaan menjelaskan, ia mungkin datang daripada Dr Mohd Osman Abdul Hamid tetapi tiada bukti.

Justeru, ia hanya boleh dikatakan sebagai kemungkinan.

Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk dikaitkan dan dispekulasi dengan doktor Dr Osman (atas).

“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.”

10.10am: Peguam bela Ram Karpal merujuk kepada tuala 'good morning' yang terdapat kehadiran 18 alel.

Ahli kimia Nor Aidora Saedon berkata 18 alel itu merupakan stutter.

“Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukan stutter, dan ia sepatutnya dilaporkan.”

Daripada testimoni Nor Aidora, ahli kimia itu kemudian bersetuju bahawa tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri.

“Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan.”

10am: Ram berkata peguam kerajaan Dr Seah Lay Hong menyebut, 18 alel boleh berlaku pencemaran secara sporadic.

9.38am: Peguam bela Ram Karpal memulakan hujah balas terakhir pasukan pembelaan.

Beliau membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu kes Saiful Bukhari Azlan.

9:32am: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan menyentuh isu itu.

Hakim Tan Sri Arifin Zakaria bagaimanapun menyuruh prosiding perbicaraan diteruskan.

930am: Shafee (kanan) berkata beliau diarahkan oleh peguam negara untuk membangkitkan kenyataan Anwar di media yang menurutnya serius dan menghina mahkamah.

Tulisan dirujuk itu berjudul "Go back to law school, Anwar tells Shafee" dalam Malaysiakini.

9:27am: Mahkamah bersidang. Anwar melangkah ke kandang (bawah) sambil tersenyum kepada pemberita.

9am Mahkamah yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang kini padat.

Antara kelihatan dalam mahkamah exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan bekas timbalan menteri perumahan Datuk Lajim Ukin.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba ke dalam mahkamah.

8.30am: Kira-kira 50 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berada di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Penyokong Anwar semakin bertambah dari masa ke masa.

Di luar Istana Kehakiman juga kini terdapat deretan khemah sempena karnival yang akan diadakan hujung minggu ini.