Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 26 Jun 2016

Tongkat Ali Hitam



NamaTempatan: Tongkat Ali Hitam 
NamaSaintifik: Polyalthiabullata 
Nama Lain: Serat (murut), Lang kong - หลังโก่ง(Thailand), Cay Ba Binh (Vietnam), Tongkat Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin, Serat. 
Famili: Annonaceae
Lokasidijumpai: Hutan hujan tropika 

Asal: 

keterangan: 

Jika disebut tongkat ali atau eurycoma longifolia jack, secara spontan terbayang tongkat ali yang biasa digunakan dalam pelbagai produk kesihatan dan ubatan terkini. Tongkat Ali berasal dari hutan hujan Malaysia, Myanmar, Thailand dan Indonesia. 

Terdapat 3 jenis tumbuhan Tongkat Ali, iaitu Tongkat Ali Kuning, Tongkat Ali Hitam dan Tongkat Ali Merah. Pokok-pokok ini dapat dibezakan dari warna akarnya, selain dari rupa bentuk pokok itu sendiri. Tongkat ali hitam dikelompokkan kedalam keluarga yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat. Pokok bersaiz kecil ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. 

Ranting muda di litupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya meruncing. Tangkainya berukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang. 

Nama saintifiknya Polyalthia bullata King. Seperti tongkat Ali (Eurycoma longifolia) batang tongkat Ali hitam ini melurus dan jarang yang bercabang. Bezanya dengan tongkat ali putih/kuning dan merah, batang pokok tongkat ali ini berwarna hitam dan membongkok pada bahagian berdaun muda bagi mendedahkan dirinya kepada cahaya. Dengan penampilannya yang unik, pokok ini mudah dikenali jika berada di kalangan berbagai spesies tumbuhan hutan. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan perubatan tetapi keutamaan faedahnya lebih tertumpu pada akarnya. Tongkat Ali hitam (Polyalthia Bullata) dan Tongkat Ali merah (Stema tuberosa) termasuk sebagai jenis yang paling mahal kerana kesusahan mendapatnya dan mempunyai nilai-nilai perubatan yang lebih baik. Menurut Burkill (1966), tidak ada maklumat yang tepat menunjukkan tongkat ali hitam sebagai ubat tetapi hanya dengan nama tongkat ali, ia menunjukkan bahawa tumbuhan ini mempunyai sifat dan ciri afrodisiak. 


KEGUNAAN: 

SELDI-MS diperolehi dengan H4 Protein Chip arry dimuatkan dengan 50% ekstrak etanol dari enam spesies tumbuh-tumbuhan. anak panah menunjukkan puncak 4.3 kDa bioaktif peptida Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan (dijadikan makjun). Selain tonik untuk lelaki, air rebusan daun ini digunakan sebagai ubat rheumatik., "Orang Asli kaumTemuan” di Negeri Sembilan menggunakannya untuk mengubati lemah tenaga batin. 

Akar P. bullata dihiris bersama dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclealaxiflora) serta akar secanang (Lasianthu scyanocarpus) sepanjang 3 sm dan direbus sebanyak satu genggam (3 sm diameter) kedalam 3 cawan air dan dibiarkan sehingga tinggal secawan. Air rebusan ini kemudiannya diminum." (Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff – Tumbuhan Ubatan Malaysia - UKM 2002). 

FITOKIMIA (PHYTOCHEMISTRY) Terdapat dua yang baru 7,7′-bisdehydroaporphine alkaloids, 7,7′-bisdehydro-O-methylisopiline and 7-dehydronornuciferine-7′-dehydro-O-methylisopiline, dan yang telah dikenali, bisdehydroaporphine alkaloid, urabaine, telah diasingkan daripada kulit pokok Polyalthia bullata. 

KANDUNGAN BAHAN AKTIF • Bisdehydroaporphine alkaloids • Bisdehydro-O-methylisopiline • Dehydronornuciferine-7-dehydro-O-methylisopiline • Bisdehydroaporphine alkaloid 

FAEDAH TONGKAT ALI HITAM DALAM KESIHATAN; Polyalthia Bullata King atau dikenali sebagai Tongkat Ali Hitam merupakan tumbuhan menyerupai (aceous) herba yang mempunyai nilai pemakanan yang boleh membantu meningkatkan stamina dan keupayaan lelaki. Penemuan saintifik membuktikan bahawa beberapa sebatian semulajadi yang terkandung dalam Tongkat Ali hitam meningkatkan kejantanan dan kehebatan seksual lelaki semasa aktiviti keintiman. Kajian farmakologi ke atas sebatian Saponosides dan Glycosides dalam Tongkat Ali Hitam membantu: - 

Ø Melancarkan peredaran darah melalui pembersihan dan penyucian sistem 
Ø Meningkat jisim otot, tenaga dan stamina 
Ø Menggalakkan pemprosesan (synthesis) sperma 
Ø Membantu mereka yang mempunyai masalah mati pucuk (seksual dysfunction) 
Ø Mengawal kolesterol dalam darah bagi membantu mencegah masalah jantung dan tekanan darah tinggi 
Ø Meningkatkan tahap testosteron, menguatkan ereksi dan meningkatkan jumlah sperma bagi lelaki 
Ø Sebagai perangsang bagi kedua-dua lelaki dan wanita 
Ø Menunjuk ciri-ciri anti-ketumbuhan (tumour) dalam uji-kaji in-vitro 
Ø Melancar peredaran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat tekanan darah tinggi, batuk kering, demam, demam kuning, cirit-birit dan disenteri. 
Ø Meningkatkan mental, kepekaan fizikal dan persembahan 
Ø Mengurangkan kelesuan mental dan keletihan 
Ø Membantu pemulihan dan penyembuhan dari penyakit dan tugasan 
Ø Membantu dalam mati pucuk, pancutan pra-matang, kencing tidak terkawal, kesukaran hamil, lemah pinggang dan kaki, lumpuh, dan lain-lain 

CIRI-CIRI PRODUK Bahagian tumbuhan yang digunakan: Akar Keadaan rupa: Akar kering Warna: Hitam (di luar), putih krim (di dalam) Bau: Tersendiri Ciri-ciri Rasa: pahit / payau 

CARA PENGGUNAAN: Cara penggunaan orang-orang zaman dahulu, mereka lebih gemar mengguna keseluruhan akar untuk dijadikan sebagai bahan minuman. Pada zaman ini, herba Tongkat Ali Hitam boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan, dalam bentuk kapsul dan dalam bahan-bahan campuran herba lain. Langkah pemprosesan Tongkat Ali Hitam Akar dikutip dari hutan hujan. Kesemua akar terkumpul dibasuh dan dikeringkan sepenuhnya Akar diulang basuh dan dikeringkan semula untuk mendapat kelembapan 5% atau kurang. Akar-akar kering diracik menggunakan peralatan khusus dan dibungkus dalam bentuk akar hirisan, uncang teh, dan ekstrak serbuk. 

KAEDAH MEMASAK & SUKATAN A. Perisa Asli: Rasanya sedikit masin (acetate) atau masam B. Campuran Herba dan Bahan lain: Tongkat Ali Hitam boleh dicampur dengan herba lain seperti Ginseng dan Habbatus Sauda dan dijadikan ia sebagai bahan kopi. Di samping itu, Tongkat Ali Hitam juga boleh direbus bersama tumbuhan lain seperti Ubi Jaga (Smilax Myosotiflora) yang mana dipercayai boleh mendatangkan kesan sama seperti Tongkat Ali putih (Eurycoma Longifolia) dalam memberi penekanan kepada ciri-ciri afrodisiak. C. Cara Penyediaan: 1) Cuci hirisan akar. 2) Rendamkan 2g hirisan akar ke dalam 1 liter air selama 30 minit. 3) Rebus selama 30 minit hingga 1 jam. 4) Keluarkan hirisan akar, tapis dan minum. Air tapisan (Tea) boleh dicampur dengan madu atau gula batu untuk mengimbangi rasa pahit Tongkat Ali Hitam. 

Bahan hirisan akar tongkat ali penggunaan pertama, boleh di guna semula untuk bancuhan kali kedua atau lebih sehingga rasa pahit sudah tiada. Untuk mendapat hasil terbaik, ambil 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam, sekurang-kurangnya untuk seminggu pertama - kedua. Pada minggu-minggu berikutnya adalah untuk mengekalkan stamina, hanya ambil 2 kapsul pada waktu malam sahaja selepas makan. Mereka yang menghadapi masalah lemah tenaga atau masalah kelelakian: di cadang pengambilan 2 kapsul 3 kali sehari selepas makan untuk 1 - 3 bulan pertama. Minggu berikutnya diambil seperti biasa 2 kapsul sekali sehari selepas makan. 

 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 

§ Individu yang menghadapi masalah kesihatan dan di bawah pengambilan ubatan dinasihatkan berunding dengan doktor sebelum mengambil Tongkat Ali. § Wanita hamil, sedang menyusu dan individu di bawah umur 16 tahun tidak digalakkan mengambil (supplement) tongkat ali. § Dilarang pengambilan dalam sukatan yang besar dalam tempoh yang singkat. Kebiasaan dos maksimum 50g dari hirisan kepingan akar untuk sehari. Pengguna harus mengekalkan pengambilan harian yang mencukupi dan seimbang, dan mengurangkan dos jika berlaku kesan sampingan. 

KESAN SAMPINGAN 

Herba ini boleh mendatangkan kesan sampingan keatas jantung bagi pesakit penyakit jantung. Makanan tambahan tongkat ali hitam tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau analog sildenafil (jenama viagra), tadalafil amino (jenama Cialis) dan bahan kimia merbahaya lain. Khabar yang didengari dari kalangan pengguna yang mengatakan berlaku kes kematian mengejut, kegagalan buah pinggang, kanser dan lain-lain. Ini terjadi kerana terdapat terlalu banyak produk yang dikenali sebagai 'ubat kuat' yang dijual di pasaran. Pengguna harus tahu bahawa peningkatan dalam tenaga seksual seharusnya berlaku secara semula jadi dan bukan dalam masa yang singkat. 

Elakkan pengambilan makanan tambahan yang berlabel sebagai ubat 'kuat' lelaki, kebarangkalian untuk produk-produk seperti ini mengandungi bahan kimia yang merbahaya adalah tinggi. Banyak produk di pasaran telah ditarik balik kerana kandungan kimianya. Tongkat ali hitam tidak mendatangkan kesan serta-merta jika rumusannya adalah 100% ekstrak daripada 2 jenis Tongkat Ali tanpa sebarang bahan kimia tambahan seperti perangsang seksual. Kesan biasanya hanya dirasai selepas pengambilan seminggu pertama. 

Bagi pesakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, pastikan berjumpa dengan doktor di klinik atau farmasi. Seminggu selepas atau lebih pengambilan tongkat ali, periksa semula dengan doktor untuk mendapatkan kesan bagaimana herba semulajadi ini dapat membantu. Mudarat dan kesan sampingan Ketoksikan: ujud dalam beberapa kuasinode akar Tongkat Ali. Pencemaran – plumbum/timah hitam (lead): daripada 100 produk yang dikaji, 17% mengandungi lead sebanyak 10.3 – 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan kualiti ubatan tradisional Malaysia. Pencemaran – raksa (mercury): daripada 100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 – 5.30 ppm merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos yang berbeza mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 – 2.35 ppm merkuri. Keduanya melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba dan tidak menepati kualiti ubatan tradisional Malaysia. 

Kesan sampingan: 

walaupun kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka panjang telah dikaitkan dengan ganguan tidur atau apnoea, mudah marah, tekanan kepada testis dan sikap yang agresif. 

PENCEMARAN RAKSA (MERCURY) DALAM PERSEDIAAN HERBA TONGKAT ALI HITAM. 

Ang HH, Lee KL. Sumber: Sekolah Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang 11800, Malaysia. hhang@usm.my. PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah), Malaysia telah melaksanakan tiga fasa pendaftaran ubat tradisional pada 1 Januari 1992. Sebanyak 100 produk dalam pelbagai bentuk dos persediaan herba farmaseutikal yang terdapat di Malaysia, mengandungi tongkat Ali hitam, sama ada persediaan tunggal atau gabungan, dianalisis untuk kehadiran logam toksik berat, merkuri, dengan menggunakan spektrofotometer penyerapan atom, selepas melakukan persampelan rawak mudah untuk membolehkan setiap sampel berpeluang yang sama untuk dipilih dengan cara yang tidak berat sebelah. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa 26% daripada produk-produk ini memiliki 0,53-2,35 ppm merkuri, dengan itu, tidak mematuhi keperluan kualiti ubatan tradisional di Malaysia. keperluan ubatan tradisional di Malaysia ditentukan tidak melebihi 0.5 ppm bagi merkuri. Daripada sejumlah 26 produk, empat produk telah didaftar dengan DCA, Malaysia manakala yang lain, bagaimanapun, tidak berdaftar dengan DCA, Malaysia.

Tanda Tanda Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk Dan Kaedah Rawatan


Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotensi” dalam istilah perubatan

Sebab Dan Punca:

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Tanda Tanda Awal Masalah:

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalaminya :

1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Rawatan:

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:

Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum seks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.

Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.

Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.

Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.

Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.

Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.

Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalui pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur selain mahal kosnya. Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri. Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.

* Sumber dari Wikipedia.

Kaedah perawatan oral tradisional penyakit mati pucuk atau lemah tenaga batin ini juga telah terbukti dapat menyembuh ribuan kes berkenaan. Herba herba alami anugerah alam seperti Maca, Tongkat Ali, Panax Radix Ginseng, Tribulus Terrestris, Cordyseps Sinensis dan digabungkan dengan bahan bahan lain didapati berupaya membantu merawat penderita mati pucuk atau lemah tenaga batin. 

Selasa, 6 Ogos 2013

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya

Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya
 
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

NONE"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Jumaat, 1 Mac 2013

Kelebihan Berwuduk

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2 .Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3 .Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5 .Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

Isnin, 27 Jun 2011

HUKUM MENJILAT KEMALUAN ISTERI.


Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Wasallam.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/11/hukum-menjilat-kemaluan-isteri.html#ixzz1QUZLd8O5

Sabtu, 21 Mei 2011

Dr Mahathir beri tindak balas baik terhadap rawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata pegawai khasnya, Sufi Yusoff.

Sufi berkata, bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.

"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya melalui emel hari ini.

Sufi berkata, bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara itu, beliau berkata, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lalu kerana jangkitan pada dada selepas mengalami batuk dan demam.

- Bernama

iDAN: Agar Ayahda Tun cepat sembuh.

Dr Mahathir stabil, perlu berehat: Mukhriz

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi kerana batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.

Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.

NONE"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit...biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya hari ini.

Katanya, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya supaya sembuh secepat mungkin.

"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk gear lima, dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.

"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau...kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," katanya.

Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

- Bernama

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bengkok bawa padah


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my


Soalan:


SAYA memiliki zakar yang normal ketika tegang. Saya ingin bertanya bagaimana jika bersama isteri, saya membengkokkan zakar ketika masturbasi untuk menambah keseronokan.
Apa yang ingin saya tahu, apakah amalan membengkokkan zakar ini boleh memudaratkan zakar malah menjadikan ia lembik? Saya risau tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri.

Lelaki Normal

Jawapan:

TINDAKAN saudara membengkokkan zakar ketika onani boleh menimbulkan kecederaan serius pada batang zakar. Ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang di dalam tisu corpora cavernosa, iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang juga struktur utama dalam batang zakar.

Kedua-dua struktur ini dibaluti satu lapisan tisu yang dikenali sebagai tunica albuginea. Fungsi lapisan ini adalah untuk mengekalkan darah di dalam corpora cavernosa dan ia juga untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.
Dalam keadaan zakar yang tegang, lapisan tunica albuginea ini akan menjadi tersangat nipis. Apa yang boleh berlaku ialah, jika saudara kerap membengkokkan zakar ketika masturbasi, lapisan tunica albuginea boleh koyak.

Apabila koyak, darah akan mengalir keluar dari ruang corpora cavernosa dan memenuhi kawasan di bawah permukaan kulit. Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi akibat kebocoran darah dari ruang corpora cavernosa. Keadaan ini dikenali sebagai patah batang zakar atau fracture penis.

Fracture penis ini sering terjadi semasa mastubasi, tambah lagi apabila seseorang itu gemar membengkokkan zakar pada sudut yang tertentu. Ia juga boleh berlaku ketika persetubuhan terutama apabila tusukan batang zakar ke dalam vagina berlaku pada sudut yang tidak normal atau zakar tiba-tiba terbengkok semasa tusukan.

Sering kali sebelum ia berlaku, seseorang lelaki akan mendengar bunyi ‘crack’ dan diikuti dengan sakit pada batang zakar. Batang zakar akan terus menjadi lembik dan akan menjadi bengkak serta berwarna kebiruan.

Fracture penis ini perlu dirawat secara pembedahan kecemasan. Ketika pembedahan, pakar urologi terpaksa mencari tempat di mana koyakan berlaku dan tempat itu perlu dijahit semula.

Sekiranya tidak dirawat, batang zakar sukar untuk mendapat ketegangan akibat dari kebocoran darah. Pada jangka masa panjang, kawasan terbabit akan ditutupi oleh tisu parut yang akan menyebabkan batang zakar menjadi bengkok semasa tegang. Kecederaan pada saluran urethra juga boleh berlaku bersama sama dengan fracture penis.

Selain dari fracture penis, tabiat saudara membengkokkan batang zakar semasa masturbasi boleh menyebabkan pembentukan tisu parut pada batang zakar. Pembentukan tisu parut ini boleh menyebabkan batang zakar bengkok semasa ereksi dan pada kes yang teruk, penetrasi tidak dapat dilakukan.

Janganlah saudara terpengaruh dengan aksi filem dewasa atau lucah. Sudah semestinya pelbagai aksi digayakan untuk menarik perhatian penonton. Anggapan bahawa membengkokkan zakar semasa masturbasi boleh menambahkan keseronokan adalah ilusi semata mata.

Ini adalah kerana serat saraf yang memberikan sensasi semasa masturbasi atau hubungan jenis terdapat banyak di kepala batang zakar dan bukan pada batang zakar.

Sekiranya saudara berminat untuk mempelajari pelbagai teknik dalam hubungan seks suami isteri, ada banyak buku di pasaran mengenai teknik-teknik sesuai. Janganlah menjadikan filem dewasa atau lucah sebagai sumber rujukan.

Bharian

Isnin, 16 Ogos 2010

8 ujian wajib lelaki

Oleh Fairuz Zaidan

fairuzaidan@bharian.com.my


SOALAN:
Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

JAWAPAN:

Saudara, ada beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu berkaitan maklumat kesihatan itu wajar demi memahami tahap kesihatan diri. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut beberapa pemeriksaan kesihatan yang boleh saudara jalani :

1) Ujian paras kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.
2) Tekanan darah

Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

3) Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4) Ujian densiti tulang

Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

5) Pemeriksaan Colonoscopy

Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

6) Pemeriksaan mata

Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

7) Pemeriksaan buah zakar

Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

8) Pemeriksaan kanser prostat

Pemeriksaan yang perlu dilakukan. Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.

Tamat

Bharian

Jumaat, 16 Julai 2010

Seks bantu proses pulih minda suami isteri


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my

Soalan:

SALAM sejahtera, doktor. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun lalu. Masalah saya, sekarang saya mengalami keinginan melakukan hubungan seks dengan isteri terlalu kerap, malah hampir setiap hari.

Apakah ini mendatangkan masalah kesihatan kepada diri saya dan isteri?

Ingin Tahu

Jawapan:

SAUDARA, hubungan seks yang kerap walaupun pada kadar setiap hari, tidak akan menimbulkan apa-apa kemudaratan. Hubungan seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan tubuh badan.

Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:

1. Sejenis senaman.

Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.

Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ketika hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan menguatkan tulang.

2. Penawar kesakitan.

Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.

Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.

3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.

Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar. Jika ejakulasi lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam kelenjar dan ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar prostat.

4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)

Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan seks.

Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.

Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.

5. Mengurangkan stress.

Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.

Sejenis kimia lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon ini bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.

6. Lain-lain kelebihan.

Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami-isteri.

Bharian

Rabu, 16 Jun 2010

Risau nafsu seks menurun

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

tanyadrxy@bharian.com.my


Soalan:

SAYA baru mencecah usia 49 tahun. Baru-baru ini, saya disahkan menghidap darah tinggi malah pernah mendapat angin ahmar atau minor stroke. Sejak dari itu, saya diminta mengambil beberapa jenis ubat tanpa ditinggalkan iaitu jenis atenolol, cardiopill dan sebagainya.
Apa yang merisaukan saya ialah saya dapati, kekuatan tenaga batin saya kini agak menurun. Saya gagal mengawal ketegangan zakar ketika bersama isteri. Apa sebenarnya masalah yang saya hadapi sekarang?

Mahu Normal

Jawapan:

UBAT darah tinggi yang diambil saudara boleh menyebabkan berlakunya masalah ketegangan zakar atau erectlie dysfunction. Ini kerana ubat dari jenis betablocker boleh memberi gangguan ke atas proses ereksi zakar. Selain itu, ubat lain dari jenis diuretiks; ubat anti kemurungan; ubat mengawal aras kolesterol; ubatan kanser prostate dan kemoterapi boleh menjejaskan ereksi.

Selain itu, masalah darah tinggi yang dialami saudara boleh menyumbang kepada masalah ereksi.

Saya menasihatkan saudara berjumpa doktor yang merawat untuk berbincang. Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah mengurangkan dos ubat darah tinggi. Selain itu, saudara boleh berbincang mengenai pengambilan ubat PDE 5 inhibitor seperti Sildenafil (Viagara); Vardenafil (Levitra) atau Tadalafil (Cialis).

Ubat ini boleh membantu memulihkan masalah ketegangan zakar yang dialami. Bagaimanapun, ubat ini tidak boleh dibeli di farmasi. Saudara perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan saudara boleh mengambil ubat PDE5 inhibitor ini.

Ini kerana ubat ini tidak boleh diambil jika pada masa sama, saudara mengambil ubat jenis nitrates iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.

Ahad, 16 Mei 2010

Zakar tidak terangsang


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my

Soalan:


SAYA sangat risau sekarang. Ini kerana sejak lebih dua minggu lalu, zakar saya sukar menegang. Malah, boleh dikatakan ia tidak menegang langsung.
Selalunya, pada awal pagi zakar saya menegang tetapi sekarang tidak. Puas saya cuba merangsangkannya seperti berkhayal tetapi masih lembik. Apakah ini sesuatu yang normal dan biasa dihadapi lelaki?

Jawapan:

ADA dua kategori utama penyebab masalah disfungsi erektil (erectile dysfunction). Jika saudara tergolong dalam kategori umur muda dan tidak mempunyai masalah kesihatan lain, punca utama adalah psikogenik. Ini disokong dengan fakta kegagalan mendapat ereksi secara tiba-tiba malah ereksi tidak boleh dirangsang langsung.

Faktor yang menyumbang kepada masalah psikogenik ini boleh terjadi secara disedari atau tidak. Ini termasuk stress, masalah kewangan atau perhubungan. Masalah ereksi yang saudara baru hadapi ini juga boleh menimbulkan tekanan yang mampu memburukkan keadaan.
Kategori kedua adalah organik iaitu masalah ketegangan zakar berpunca isu kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan kekurangan hormon testosterone. Masalah ini sering terjadi pada golongan pertengahan umur termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan yang dinyatakan. Bagaimanapun, masalah ereksi pada golongan ini berlaku secara perlahan-lahan dan tidaklah mendadak dalam tempoh tiga minggu seperti yang dialami saudara.

Nasihat saya, cuba kenal pasti faktor yang boleh menimbulkan tekanan. Lakukanlah aktiviti yang boleh mengurangkan stress seperti bersenam. Jika saudara merokok, hentikannya kerana merokok akan menjejaskan fungsi ereksi. Ketika ini, elak cuba memaksa zakar menegang sama ada dengan cara stimulasi manual atau sebagainya.

Jika belum pernah mendapatkan pemeriksaan kesihatan, saya nasihatkan saudara mendapatkan saringan kesihatan untuk penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi kerana ia boleh menyerang golongan muda. Masalah ketegangan zakar psikogenik lazimnya bersifat sementara dan tidak memerlukan ubat. Namun, ada pakar urologi memberikan ubat PDE 5 inhibitor untuk mendapatkan apa yang dikenali sebagai placebo effect iaitu kesan secara tidak langsung. Apabila ketegangan pulih, pengambilan ubat dihentikan.

Saudara juga dinasihat tidak membeli ubat yang tidak diiktiraf di pasaran terbuka atau melakukan urut seperti urut batin yang akan menimbulkan banyak komplikasi. Jika masalah ini berlarutan, saudara perlu berjumpa pakar urologi.

Jumaat, 9 April 2010

Keadaan kesihatan Orang Asli menyedihkan


SM Mohamed Idris Mac 18, 10 5:47pm

Orang Asli merupakan komuniti paling terpinggir di negara ini terus mengalami kehilangan tanah mereka melalui penempatan semula, pembalakan, perlombongan, pembinaan empangan, pembangunan padang golf, skim peladangan, pengumpulan semula dan asimilasi ke dalam masyarakat arus perdana.

Hak Orang Asli ke atas tanah warisan tidak diiktiraf oleh negeri; oleh itu mereka semakin kehilangan tanah dan mengalami kemusnahan asas kewujudan mereka. Dasar kerajaan ialah mengumpul dan menempatkannya semula mereka untuk menanam tanaman kontan dan makanan.

Tekanan terhadap tanah dan kekurangan bantuan daripada kerajaan negeri serta sokongan telah membawa kepada meningkatkan kesukaran hidup mereka. Hari ini kira-kira 80 peratus daripada Orang Asli hidup di bawah garis kemiskinan rasmi.

Lihatlah petunjuk kesihatan berikut:

* Pada 1980-an jangka hayat ketika lahir dalam kalangan Orang Asli Semai ialah 35 tahun. (Untuk Malaysia Barat 68-72 tahun).

* Orang Asli mempunyai insiden tuberculosis dua kali daripada purata kebangsaan antara 1951 hingga 1971. Menjelang 1995 kadar bagi kanak-kanak Orang Asli ialah tiga kali purata di negeri Perak.

* Pada 1991 dan 1992, Orang Asli merupakan purata 48% daripada semua jangkitan malaria yang direkodkan di Malaysia Barat (kurang 1% daripada penduduk). Dalam beberapa tahun yang lalu mereka mempunyai purata lebih 70% daripada kes itu.

* Kematian bagi Orang Asli ialah 1% setahun bagi tempoh 1984-87, dua kali lebih tinggi daripada purata Malaysia Barat (0.5%)

* Kadar kematian bayi ialah 5.2%, lebih daripada tiga kali ganda purata Malaysia Barat (1.6%).

* Dalam kalangan wanita Malaysia yang bersalin di rumah pada 1994, 42 meninggal; 60% daripadanya (25) merupakan Orang Asli.

* Kajian 1995 menunjukkan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat di Malaysia Barat, dengan 35% daripada mereka mengalami kekurangan protein dan tenaga.

* Anemia meluas dalam kalangan wanita Orang Asli. Dalam satu kajian, wanita Orang Asli Temuan mempunyai purata paras haemoglobin 9.9 g/dl (gm/100ml) jauh lebih rendah daripada paras yang diterima iaitu 12-15 g/dl.

* Kajian lepas mendapati 23% hingga 68% daripada kanak-kanak Orang Asli mengalami kekurangan berat badan, manakala 41% hingga 80% terencat dalam pertumbuhan mereka.

* Ujian serological juga mendedahkan bahawa 82% daripada Orang Asli menunjukkan pendedahan terhadap penyakit yang berkait dengan virus dan denggi.

* Pada 1994, penyakit kusta adalah 23 kali ganda menjadi wabak dalam kalangan Orang Asli berbanding penduduk umum.

* Pada 1990, hanya 67 daripada 774 kampung Orang Asli (9%) mempunyai klinik perubatan.

Di sebalik penemuan yang mengejutkan ini, komuniti Orang Asli gagal untuk menerima perhatian yang mereka perlukan.

Hari ini, Orang Asli menjadi komuniti yang paling tidak sihat di Malaysia, satu gambaran status peminggiran mereka dalam masyarakat. Kekurangan zat makanan merupakan masalah serius dalam kalangan orang Asli, dan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat makanan di Malaysia Barat.

Ini adalah diakibatkan oleh kehilangan tanah pertanian dan tempat mencari makan, meningkatnya pencemaran sungai, diet yang tidak mencukupi; paras dan kekerapan mengalami jangkitan penyakit, jangkitan usus dan diskriminasi.

Wanita Orang Asli mempunyai paras kekurangan folate dan zat besi yang tinggi, dibebani dengan masalah cacing dan malaria. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kemerosotan khasiat pemakanan dalam kalangan kumpulan yang paling terjejas iaitu wanita yang mempunyai anak kecil dan kanak-kanak.

Orang Asli selalu mencari makan dengan pelbagai sumber makanan malah apabila mereka menjadi 'petani' dan mereka menikmati kualiti makanan yang tinggi dengan pelbagai jenis yang menarik jika jarang-jarang dalam kuantiti yang banyak.

Memandangkan sumber makanan ini semakin merosot mereka dipaksa untuk membeli makanan moden seperti gula, tepung, susu pekat manis, makanan dalam tin, dan minyak masak yang semuanya mengakibatkan pemakanan yang tidak sihat, tidak seimbang dan sukar untuk diperolehi. Kajian mendedahkan anemia merupakan penyebab ketara penyakit dalam kalangan wanita Orang Asli; dan ibu-ibu mengandung serta goiter (keadaan bengkak pada kelenjar tiroid) dalam kalangan kanak-kanak tidak melihat sebarang perubahan antara 1951 dan 1995.

Kesihatan ibu-ibu mengandung merupakan perkara utama dalam kelangsungan hidup ibu-ibu mengandung dan bayi dan kesihatan yang amat penting kepada komuniti Orang Asli. Status pemakanan kanak-kanak Orang Asli dijelaskan sebagai buruk oleh pelbagai kajian. Pada 1987, didapati 54 peratus mengalami kekurangan berat badan dan 66 peratus terencat. Kajian lain mengesahkan bahawa kekurangan zat makanan yang meluas wujud dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli; dan kekerapan terencat adalah daripada 44 peratus dalam kalangan bayi hingga 80 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

Penyelidik telah merumuskan bahawa “status pemakanan kanak-kanak Orang Asli amat sangat berbahaya”. Disebabkan oleh kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak yang amat serius ditambah dengan cacing usus dan masalah lain, kanak-kanak Orang Asli berdepan kecacatan yang teruk terhadap perkembangan fizikal, intelektual dan sosial mereka.

Perangkaan kesihatan yang menyedihkan ini mendedahkan bahawa keadaan kesihatan yang menyedihkan serta kekurangan zat makanan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak Orang Asli dalam kalangan komuniti Orang Asli perlu ditangani dengan segera.

Malah Hospital Orang Asli di Gombak hanya melihat sedikit perubahan. Struktur bangunan kayu 'sementara' di Hospital Gombak yang dibina pada 1959 oleh pekerja Orang Asli masih menempatkan pesakit.

Kakitangan hospital masih kekurangan kepakaran dalam pelbagai disiplin perubatan. Pendidikan kesihatan yang sempurna tidak ditangani oleh birokrasi perubatan pada masa ini untuk Orang Asli. Menurut Ketua Hospital Gombak, kesihatan Orang Asli tidak mendapat layanan yang baik oleh 'sikap kakitangan' di kemudahan perubatan itu.

Di bawah undang-undang, semua aspek kehidupan mereka 'diuruskan' oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pendek kata mereka dinafikan hak dengan mempunyai sedikit ruang untuk menyuarakan hal ehwal dan kehidupan mereka sendiri.

Komuniti Orang Asli mestilah terlibat dalam memutuskan keutamaan dan keperluan mereka memandangkan hanya mereka yang mengetahui masalah mereka dengan baik. Berhubung perkara ini, mobilisasi sokongan yang aktif dan penglibatan komuniti adalah menjadi asas kepada penambahbaikan kesihatan mereka.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

MalaysiaKini

Isnin, 22 Mac 2010

60 peratus gemuk (Ceritera)

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan kegemukan, sekali gus menunjukkan satu trend amat membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, berdasarkan Indeks Berat Badan (BMI), kira-kira 30 peratus rakyat negara ini berusia 18 tahun ke atas berada di tahap 23 hingga 27.5, manakala 30 peratus lagi 27.5 ke atas, iaitu masing-masing dikategorikan lebih berat dan obesiti. Katanya, di kalangan kanak-kanak pula dianggarkan 20 hingga 30 peratus mengalami masalah lebih berat badan. “Kita perlu mengadakan pelbagai kempen pencegahan untuk memastikan trend ini dapat kita kawal dan dapat pastikan rakyat mempunyai berat badan sederhana, baik dan sihat, bawah paras 23,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di Jusco Metro Prima, Kepong, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd, Yasuo Masuda.

Liow berkata, kajian dijalankan Kementerian Kesihatan menunjukkan kelaziman dewasa berlebihan berat badan meningkat hampir dua kali ganda manakala kelaziman dewasa yang obes meningkat tiga kali ganda.

“Obesiti meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan strok. Kajian yang sama menunjukkan kelaziman pesakit diabetes di kalangan penduduk berusia 30 tahun ke atas meningkat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia secara purata mengambil tujuh sudu teh gula setiap hari dalam minuman, tidak termasuk jumlah kandungan gula dalam makanan dan kuih-muih.

“Jika dicampur dengan gula di dalam makanan dan kuih-muih, boleh menjadi purata 10 sudu gula satu hari. Kita kena kurangkan dari tujuh sudu,” katanya.

Justeru, katanya, kempen kurangkan pengambilan gula adalah usaha berterusan kerajaan bagi mendidik rakyat mengamalkan cara hidup sihat.

MyMetro