Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 1 Januari 2006

Hantu Durian (Delima Merkah)

Hantu durian

Ini kisah memang kisah benar, benar sebenar benar tiada yang benar selain kebenaran belaka.

Al-kisah bermula masa itu kampung aku tengah musim durian, rumah aku pun ada jugaklah pokok durian yang tengah lebat buahnya. Kerja aku ikut emak cari durian jika ada durian jatuh. "Debuk" wah satu, "debuk" dua dan seterusnya aku dan mak aku pun menyuluh tempat tu, ada bau? ada... suluh, tu dia tergolek durian, ambik jangan tak ambik.

Nak dijadikan cerita, suatu malam durian beriya-iya berjatuhan walaupun tak ada angin, aku & mak aku apa lagilah, turun dan terus menuju ke destinasi, suluh punya suluh, tak ada durian, bau ada, suluh lagi tak ada jugak, ikut bau tu, bau ada durian tak ada jugak. Ah sudah! mana pulak durian ni. Dok tengah tercanguk-canguk mencari durian adik-adik kat atas riuh, kami pun naiklah, durian tak dapat adik kat atas pulak kecoh, apa kes!!.

Adik aku cerita masa dia dok lari, lari, lari ulang alik dari dapur ke beranda tetiba kat tengah umah dia nampak sesuatu bende putih tinggi, dia cuba dekat ya Allah, menjerit dia terus lari rupanya yang dia nampak tu POCONG atas umah tengah menengok adik yang lain nonton tv. Apalagi bila mak aku dengar macam tu langsung hilang selera dia nak ambil durian yang banyak tadi kat bawah, lantallah nanti esok bapak kau balik biar dia amik durian tu, katanya. Patutlah kami tak jumpa durian, bau ada tapi durian tak ada rupanya ada sebab.

Tak lama kemudian mak aku bukak cerita dulu masa kami kecik pokok durian yang kami dok usaha tadi tu ada pontianaknya. Begini waktu tu musim durian juga tapi masa tu tugas aku makcik aku yang pegang, jadi malam tu cam biasalah bila durian jatuh mak dan makcik aku pun turun. Mak aku bawa lampu suluh makcik aku lak pegang pelita, tapi yang peliknya makcik aku duduk kat tangga saja cuma mak aku sorang saja berjalan ke arah pokok durian tu, mak panggil dia, dia tak nak dekat. Antara pokok dan tangga umah aku tak jauh dalam beberapa meter saja, sebab bila mak aku membebel sebab tak jumpa durian makcik aku dengar dia sahut kata-kata mak aku, dia suruh mak aku balik. Mak aku tak nak tetiba tup... lampu suluh mak aku mati, mak aku teriak kat makcik aku suruh bawak pelita, makcik aku tak mau, mak aku mengalah dia ambil pelita sambil membebel tak lama kendian dapatlah durian dalam 3 biji mereka terus naik umah.

Sampai dekat atas mak aku tanya pasal apa tinggalkan mak seorang, makcik aku diam, lelama tu dia cerita, macam mana nak ikut masa mak aku ada kat pokok durian tu tepi mak aku org cantik tu sambil mengilai he he he he he, tapi mak aku selamber derk jer, bila lampu suluh tu mati lagi kecutlah makcik aku, boleh mak aku amik pelita plak, makcik dah rasa seram sejuk saja, tapi yang peliknya makin mak aku dekat makin jauh lak org cantik tu, sebab tu lah past saja org cantik tu pergi mak akupun dapatlah durian dia.

Wasalam.

Sabtu, 1 Januari 2005

Pelik tetapi benar


Kisah ni sebenarnya berlaku pada bulan July tahun ni, tak taulah ini kisah malangkah, pelikkah atau kebetulan. Macam ni, petang tu sekitar jam 5:30 petang aku menunggang motosikal aku untuk mengambil budak sekolah. Kawasan sekolah bebudak ni di kawasan kampung, maklumlah kampungkan banyak jalan, jalan lurus ada jalan bengkang bengkok pun ada, jalan yang tetiba bukan jalan jadi jalan pun ada.

Sampai di satu jalan tu ada simpang tiga. Masa tu di depan aku sebuah kereta iswara dan di depan kereta tu ada sebuah lori muatan 1 tan. Aku perlahankan kenderaan kerana lori tu slow dan bagi signal nak ketepi sebelah kiri, jadi kereta tu pun ke sebelah kanan, aku pun ikut sebelah kananlah, aku ingat kereta tu nak memotong lori tu rupa-rupanya kereta tu belok ke kanan. Aku kat sebelah kanan apa lagi kena sondollah.

Ya Allah!!!! aku menjerit, terus aku jatuh bedebup motosikal hempap motor aku. aku ingat sampai kat situ saja rupa-rupanya lepas aku jatuh saja kereta tu langgar aku balik maka terperosoklah aku kat bawah tu.

Bayangkanlah aku ada kat bawah ketera, heeee seram aku, aku cuba mendongak tapi kepala aku terasa panas kerana kau sekarang berada di bawah enjin kereta yang masih berbunyi, apalagi terkejut aku terus bertakbir sekuat hati, kaki aku makin sakit dan pedih kerana hempapan motor aku tu.

Tak lama kemudian aku terdengar suara-suara manusia sibuk menyuruh sipemandu mengundurkan kereta, ah sudah! leper aku kang, tapi ada satu suara tu menegah, mereka angkat depan kereta undurkan kebelakang. Bila kereta telah dialihkan, motor aku pun di angkat, semua tertumpu kat aku yang sedang menggiring macam udang kena goreng, mereka bangunkan aku, semua bertanya, kepala luka tak? badan luka tak? Alhamdulillah langsung tidak luka cuma lebam, terkejut besarlah mereka, sebab biasanya, adatnya lah kalau dah terperosok bawah kereta mesti cedera parah punya.

Syukur aku kepada Allah kerana aku masih lagi boleh berdiri dan tidak cedera. Setelah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka aku mengambil semula motor aku, start motor aku pun berlalu meninggalkan mereka yang masih melopong. Itulah pengalaman pelik yang tak dapat aku lupakan hingga sekarang, syukurlah badan aku banyak isi, kalau badan aku melidi dah patah riuk kot.

Khamis, 1 April 2004

Wanita tanpa muka (Delima Merkah)

Oleh Hazirah Che Sab





Suami isteri tergamam lihat 'hantu' perempuan di tepi jalan

KEDINGINAN awal pagi membuatkan Nur amat berat meninggalkan bantal dan tilam empuk tetapi menyedari ada tugas menanti untuk menghantar suami tersayang, Ali Shah, yang bertugas sebagai juruperunding ke lapangan terbang untuk ke Singapura memaksanya bangun.

Kelancaran perjalanan ke Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang tanpa gangguan kesesakan lalu lintas memang melapangkan hati. Namun apa yang tidak disedari Nur dan suami ialah halangan yang mereka tempuh datang dalam bentuk imej seorang wanita tanpa wajah.


“Pengalaman menyeramkan itu terjadi pada 1998. Ketika itu Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, masih beroperasi sebagai tumpuan penerbangan ke Singapura.


“Suami saya perlu menaiki penerbangan jam 7 pagi. Dia perlu berada di lapangan terbang dua jam lebih awal, menyebabkan kami keluar rumah seawal jam 4.30 pagi,” katanya yang menetap di Kota Damansara, sebelumnya dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh.

Nur bercerita, hujan renyai-renyai ketika itu. Suaminya memandu kereta dan mereka leka bersembang kerana jalan raya lancar. Kira-kira 10 minit perjalanan, suaminya membelok kiri dari jalan lama Sungai Buloh - Shah Alam ke arah Lapangan Terbang Subang,

“Persekitaran serba gelap, menyebabkan suami memasang lampu tinggi. Tiba-tiba dari jauh lagi kami nampak kelibat seorang wanita di tepi jalan raya. Dia berdiri di bawah sebarang pokok besar. Di sebelah sebelah kiri pula ladang getah,” kata Nur kepada penulis, ketika mengimbas pengalaman menyeramkan kira-kira 11 tahun lalu.

“Terdetik dalam hati, apa hal pula seorang wanita berada di kawasan gelap itu pada awal pagi. Seorang diri pula. Mata saya liar mencari motosikal atau kereta yang mungkin tersadai rosak di tepi jalan. Malangnya, tiada.

“Kelibat wanita itu nampak jelas sebab suami memasang lampu tinggi. Saya nampak susuk tubuhnya yang kurus, berbaju kurung dan mengenakan skaf. Tangannya melambai-lambai meminta kereta kami berhenti,” katanya.

Bagaimanapun, anehnya, baik Nur mahu pun suami seakan-akan tergamam dan tidak berkata apa-apa. Mulut mereka seakan terkunci. Dia cuba membuka mulut untuk bersuara tapi tidak boleh. Begitu juga Ali yang membisu dan terus memandu.

Mereka tergamam dan Nur terus mencapai tangan suami yang sedari tadi memegang tombol gear untuk meredakan debaran dan mencari kekuatan.

“Sebaik melintasinya, saya memberanikan diri cuba mengamati jelmaan wanita itu. Alangkah terkejut kerana di celah hayunan bilah pengelap cermin, saya nampak tangannya yang berwarna putih pucat, tetapi tidak ada muka! Mukanya cuma berwarna kelabu gelap tanpa mata, hidung atau mulut.

“Ketika itu Tuhan saja tahu perasaan ini. Meremang bulu roma dibuatnya kerana saya syak itu sememangnya hantu. Dalam hati terus membaca ayat Kursi dan biarpun cuba membuka mulut, tetapi masih tidak boleh,” katanya.

Nur memandang suaminya, tetapi Ali memandu seperti biasa, juga tidak bersuara. Kira-kira lima minit selepas itu, apabila tiba di restoran makanan laut bertentangan landasan kapal terbang, barulah mereka boleh bersuara.

“Abang nampak tak apa saya nampak tadi?” soal Nur kepada suaminya.

“Nampak. Jangan kata apa-apa. Lupakan saja.” Akur dengan permintaan suaminya, Nur tidak berkata apa-apa sehinggalah tiba di Terminal Dua.

“Sudah, awak jangan fikirkan sangat apa kita nampak tadi,” kata Ali sambil meletakkan kereta di tepi jalan.

“Tapi itu hantukan? Nampak tak perempuan itu tak ada muka. Tangannya pucat lesi...” kata Nur yang tidak berpuas hati dengan reaksi suaminya.

“Tahu, tahu. Saya pun perasan benda itu. Sudah jangan cakap apa-apa. Awak balik ikut Lebuh Raya Persekutuan. Jangan ikut jalan tadi, bahaya!” kata Ali sambil keluar dan mengambil begnya di tempat duduk penumpang di belakang.

Selepas kelibat suaminya hilang ke dalam terminal, Nur memandu keretanya menghala ke arah Lebuh Raya Persekutuan. Hatinya masih tidak tenteram apabila mengingati peristiwa menyeramkan itu.

Nama pun misteri dan naluri ingin tahu dan melihat persekitaran kawasan berkenaan, menyebabkan Nur memutuskan untuk kembali ke kawasan itu. Dia menunggu sehingga jam 11 pagi dan meminta kakak saudaranya menemani.

Nur kembali menelusuri jalan raya itu dan keadaan cerah itu membolehkan dia melihat dengan jelas tiga ‘petunjuk’ utamanya - ladang getah di sebelah kiri, sebatang pokok dan selekoh agak tajam di situ.

Pokok itu adalah pokok pulai yang agak besar betul-betul terletak di tepi jalan raya.

“Melihatkan pokok itu dan selekoh tajam itu, terlintas di hati mungkinkah wanita itu mangsa kemalangan yang berlaku di situ. Mungkin kerana itulah dia melambai supaya kami memberhentikan kereta,” kata Nur membuat tafsiran sendiri.

Kini, jalan raya itu sudah dilebarkan bagi memudahkan perjalanan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berkenaan. Tiada lagi selekoh tajam mahu pun pokok pulai yang pernah menjadi sebahagian daripada identiti jalan raya berkenaan. Namun tidak pula dipastikan jika kelibat wanita tanpa muka itu juga sudah lenyap bersama selekoh dan pokok pulai berkenaan.

Sumber: B.Harian

Jumaat, 21 Februari 2003

Jin-berhubungan-seks-dengan-manusia.


Dewasa ini. sering kita dengar seseorang melakukan pernikahan hingga hubungan seks dengan bangsa jin. Tapi hampir sebagian besar masyarakat Indonesia meyakini bahwa hal tersebut tidak mungkin terjadi, sebab bila kita berpikir secara rasional bagaimana bisa dua makhluk yang berbeda dapat berhubungan. Manusia merupakan makhluk yang berasal dari bumi atau tanah, sedangkan jin merupakan makhluk yang tercipta dari api.

Sebetulnya jin terbagi atas dua jenis yakni jin kafir dan jin islam. Jin islam adalah jin yang hidup di alam jin, dan menjalankan tugas dan kewajiban dari Tuhan, dan menurun beberapa orang sama seperti manusia. Sedangkan jin kafir merupakan jin pembangkang dan kadang kala sering menampakkan diri di alam manusia. Jin kafir ini selalu mendatangi manusia dengan cara menyerupai ruh orang-orang yang telah mati. Jin jenis ini kadang memiliki ilmu yang cukup tinggi dan akhirnya dapat berinteraksi dengan manusia, hingga melakukan hubungan seks dengan manusia.

Hasil hubungan seks antara manusia dan jin ini adalah sebuah keturunan yang akan menjadi golongan makhluk jin atau sering disebut anak jin. Hal ini dapat dipahami secara logika, sebab bagaimana mungkin dapat menghasilkan anak manusia, sebab dalam proses reproduksi dalam manusia dibutuhkan pembuahan yakni sperma yang dapat membuahi sel telur pada rahim seseorang.

Menurut beberapa orang, seseorang yang menikah dengan jin dapat memiliki puluhan anak jin. Anak jin ini akan tubuh besar layaknya manusia dalam lingkungan alam jin. Sehingga manusia pada umumnya tidak dapat melihat wujud dari anak tersebut, tetapi mereka akan mengetahui ciri-ciri kehamilan pada wanita yang menikah dengan pria jin, seperti perut buncit.

Kebanyakan masyarakat menganggap melakukan hubungan seks dengan jin merupakan tindakan menyimpang. Meskipun hubungan dapat dilakukan oleh manusia dengan jin kafir yang menjelma seperti manusia biasa dan cenderung memiliki ilmu yang cukup tinggi. Sehingga manusia tersebut dengan mudah dapat diperdaya oleh segala kekuatan dan sihir yang dimiliki oleh jin. Meskipun berhubungan badan antara manusia dan jin dapat terjadi, tetapi hal tersebut tidak dapat dibenarkan, sebab hal ini dapat digunakan untuk menutupi tindakan tidak benar seseorang. Misalnya seseorang yang hamil di luar nikah dapat berbohong dengan mengaku telah menikah dengan jin, dan tentu hal ini tidak dapat dibenarkan.

Rabu, 1 Januari 2003

Kaum Ibrani percaya wujud 72 jenis puaka (Delima Merkah)

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Setiap bangsa miliki kepercayaan terhadap hantu mengikut versi, budaya masing-masing

JIKA masyarakat Melayu terkenal dengan jin yang menyerupai hantu seperti pontianak, hantu raya, pocong atau toyol; masyarakat Barat terutama kaum Ibrani kuno mengenali 72 jenis puaka atau jin yang wujud dalam kepercayaan mereka.

Pengkaji paranormal dari pasukan Penyiasatan Lokasi Paranormal (PSI), Jamie Surina Hisham, berkata mengikut kepercayaan masyarakat itu, 72 jin terbabit adalah ketua utama yang memerintah pasukan tentera syaitan untuk berkeliaran melakukan angkara di muka bumi.

Beliau berkata, setiap puaka itu mempunyai kepakaran dan ‘kesaktian’ tertentu antaranya memukau, menyihir, menjelma membentuk sesiapa atau apa saja selain menggunakan pelbagai kekuatan magis untuk mempengaruhi pemikiran manusia seterusnya menyesatkan mereka daripada kebenaran.

“Mengikut mitos kaum terbabit, semua jin atau puaka ini pada asalnya dikurung Raja Solomon dalam tujuh bekas berasingan di sebuah kuil purba di Jerusalem pada ribuan tahun lalu.

“Akan tetapi apabila tentera Romania datang ke kuil itu, mereka menemui bekas terbabit lalu membukanya menyebabkan semua jin yang terperangkap itu akhirnya bebas sehingga kini,” katanya.

Jamie berkata, berikutan jin terbabit memiliki kekuatan sihir dan magis, ada antara puaka terbabit yang dipuja pihak tertentu dalam ritual songsang selain diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit.

“Antaranya Aaron C Donahue, seorang ahli sihir yang mengaku memiliki kebolehan untuk melihat ke ‘alam lain’ malah dia juga mendakwa pernah menyeru kebanyakan puaka terbabit untuk muncul di hadapannya,” katanya.

Beliau berkata, pihak PSI kini mengadakan kajian mengenai pengaruh budaya dalam sesuatu masyarakat sehingga wujudnya pelbagai tanggapan berlainan mengenai jenis hantu antara suatu kaum dengan kaum yang lain.

“Kajian kami mendapati terdapat 99 mitos hantu dalam masyarakat Melayu manakala bagi kaum Ibrani ini pula, terdapat 72 mitos hantu atau puaka yang dipercayai mereka; setiap bangsa memiliki hantu mengikut versi budaya masing-masing yang jelas berbeza dengan hantu bangsa lain,” katanya.

Kedua-dua kajian mengenai hantu itu iaitu ‘Mitos 72 Jin Solomon’ yang berdasarkan kepercayaan kaum Ibrani selain ‘Kajian 99 Makhluk Halus’ yang wujud di alam Melayu, bakal diterbitkan PSI tidak lama lagi.

Jamie berkata, antara puaka yang dipercayai kaum Ibrani termasuk masyarakat Barat ialah:

Bael - Bael adalah puaka yang tidak gemar bekerja di bawah sesiapa. Ahli sihir silam yang mendakwa kononnya Bael pernah muncul di hadapan mereka menggambarkan puaka itu memiliki tiga kepala iaitu manusia, kucing dan katak, berkaki labah-labah dan bersuara garau.

Ia memiliki kuasa mengghaibkan dirinya dan pengikutnya. Bael adalah raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.

Agares - Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa.

Ia menguasai 31 pasukan tentera syaitan dan digambarkan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus yang memegang burung dan menunggang buaya.

Vassago - Digelar ‘Raja Ramal’ kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil rahsia lampau. Vassago digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa, bentuk dan menyakat sesiapa yang menyerunya.

Marbas - Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penyakit menular serta mampu mengubatinya. Apabila diseru, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa selain rupa seorang lelaki.

Valefor - Dikenali sebagai puaka yang amat jahat, memiliki sikap yang kurang disenangi dan penuh dengan muslihat. Menjelma sebagai singa berkepala keldai. Pakar dalam ilmu mencuri dan menjadi pendorong dan penghasut supaya seseorang mencuri.

Amon - Orang Mesir purba dikatakan menyembah Amon dan ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung selain serigala berekor ular. Bersifat licik dan gemar memanipulasi sehingga menyebabkan manusia menganggap ia sebagai ‘tuhan’.

Paimon - dikatakan puaka yang amat berbahaya dan berkuasa di kalangan jin. Menguasai 200 pasukan tentera. Ahli sihir silam mengatakan Paimon adalah jin yang amat sukar untuk diseru. Ia menjelma sebagai manusia yang memakai mahkota dan diiringi tenteranya selain muzik tertentu akan berkumandang. Berkuasa menjadikan seseorang itu berpengaruh dan bermartabat.

Gusion - Menjelma sebagai lelaki bertubuh sasa dan memakai jubah kuning, bercakap dengan lembut dan tenang serta kelihatan baik. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan. Menguasai lebih 45 pasukan tentera.

Sitri - Berkuasa membangkitkan nafsu seks dan menghasut supaya manusia bertelanjang dan melakukan hubungan kelamin. Digambarkan menjelma sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.

Beleth - Menguasai 85 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang kesatria yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang sukar diseru.

Lerie - Suka menghasut sehingga berlakunya perang dan menyebabkan kecederaan yang dialami sesiapa saja ketika perang tidak akan sembuh selagi Lerie tidak beredar. Cara terbaik adalah memotong bahagian yang cedera atau mati. Menguasai 30 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang pemanah kacak.

Bathin - Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau ke negara lain. Menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat. Menguasai 30 pasukan tentera.

Ipos - Digelar ‘Putera Helah’ dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasai Ipos akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan tentera dan berkuasa menjadikan seseorang itu cerdas dan berani.

FAKTA: Makhluk ghaib

Puaka, syaitan dan hantu sebenarnya adalah jin yang jahat manakala ketuanya adalah Iblis.

Selain puaka yang diterangkan, jin lain yang dipercayai kaum Ibrani adalah Samigina, Barbatos, Eligos, Zepar, Botis, Sallos, Purson, Morax, Aim, Naberius, Glasya-Labolas, Bune, Ronove, Berith, Astaroth, Forneus, Foras, Asmodeus, Gaap, Furfur, Marchosias, Stolas, Phenex, Halphas, Malphas, Raum, Focalor, Vepar, Sabnock, Shax, Vine, Bifrons, Uvall, Haagenti, Crocell, Furcas, Balam, Alloces, Caim, Murmur, Orobas, Gremory, Ose, Amy, Orias, Vapula, Zagan, Buer, Volac, Andras, Haures, Andrealphus, Cimejes, Amdusias, Belial, Decarabia, Seere, Dantalion, Andromalius.

Sumber: Berita Minggu

Khamis, 3 Januari 2002

koleksi cerita hantu

Tempat: Rumah aku kat kampung
Masa: Tengah malam
Tahun: Masa aku dah sekolah menengah

Cerita aku masa sekolah menengah memang banyak...sbb berjaga sampai tengah malam...tu yg macam2 dengar...lepas habis belajar...aku pun get ready nak tidur...baru je nak lelap...aku dengar pintu yang mengadap bilik aku (tak jauh sangat jaraknya) tu ditendang orang sekuat-kuat hati...bunyi macam nak tercabut jer kunci pintu tu..aku pun menempik la panggil mak...mak pun seperti biasa akan menjerit marahkah jin jembalang tu...lepas tu tak ada bunyi dah....sekali tu jer...seperti biasa gak..mak aku pun tidur ngan aku sampai pagi.




Tempat: Rumah aku kat kampung
Masa: Tengah malam
Tahun: Masa aku dah sekolah menengah

Masa tu kakak aku yg sulung ada kat kampung. Dia ni dah berkahwin tapi penakut yang amat. Dia tidur dengan aku sebab aku ada kelambu so dia rasa selamat sikit la. Bila aku nak tidur jer...aku terasa telinga aku dihembus orang dari luar kelambu tu...kuat plak tu...aku ni relax jer sbb dah biasa kena benda yang bukan2 ni...aku pun bagitau la kat kakak aku...aku cakap „akak..nor rasa ada orang hembus kat telinga nor la“...bila habis jer ayat aku tu...lampu pelita (orang dulu2 ada pelita...so pelita tu pasang masa nak tidur la...so ada cahaya sikit) yang biasa letak kat luar bilik aku tu terpadam...aku pun terkejut gak...mmg serentak...habis jer ayat aku...pelita pun terpadam...kakak aku la yg melangsing menjerit panggil mak aku....aku relax jer...n gelak ada la...penakut sangat kakak aku tu...tp seram gak masa tu...pastu mak aku baca la apa2 yang patut...pastu aku ngan kakak aku terus tidur.



Tempat: Rumah aku kat kampung
Masa: Tengah malam
Tahun: Masa aku dah sekolah menengah

Cerita ini kakak aku yang alami...bukan yang sulung tu...ni kakak no. 2. Dia ni berani sikit dan dah berkahwin masa tu. Malam tu ada kenduri kahwin dia rumah jiran sebelah so kakak aku ni balik lambat la....dalam kul 1 pagi camtu la. Kakak aku ni tidur di ruang depan bilik aku, dekat la dengan pintu yang kena tendang yang aku citer kat atas tu. Elok je dia nak tidur...dia dengar nenek mengerang….betul2 mengerang la..macam orang tua sangat…mengerang kat betul2 pintu tu...lama jugak la kakak aku cakap....dia tak leh nak buat apa...takut..berpeluh2 dalam kelambu tu...dia cubit2 husband dia..husband dia tidur mati...dia sorang jer dengar...pastu dia dengar nenek tu berjalan ke bawah (belakang umah aku ler) sambil mengerang...hehehehehe...kalau aku kena camni...ntah ler...


Tempat: Asrama sekolah
Masa: 3 pagi
Tahun: Sekolah menengah

Aku ni study sampai kul 3 pagi...bilik study kat tingkat atas....kitaorg 4 orang...duduk satu dorm...kul 3 pagi..kitaorg pun turun la bawah balik ke dorm...pastu terus nak ke tandas...kat sebelah asrama aku tu memang ada kubur cina. Masa aku ngan kawan aku sedang tunggu kawan aku lagi 2 orang ni buang air kecil....kitaorg dgr bunyi suara yang amat besar....mcm suara naga ke..atau kingkong ker..gergasi ker...tp mmg besar...aku ngan kawan aku duk perati antara satu sama lain. Pastu pegang tangan kuat-kuat. Kitaorg buat tak tahu jer..bunyi lagi benda tu...buat dek gak...sbb nak tunggu kawan ni...bila diaorg keluar cepat2 kitaorang jalan balik ke dorm...langkah laju...tp kitaorg tak bgtau yang 2 orang lg tu...bl sampai dalam dorm...yg sorang tu plak nak buang air besar...adusss....pressure masa tu...sbb nak kena pergi balik ke tandas....kawan aku ni dah tak tahan sangat..kitaorang pergi la balik ke tandas...jangan dicakapkan lah..perasaan takut tu...masa pergi tu ok la..x ada apa2..kawan aku siap suluh ke bawah..tgk kantin...tgk kut2 ada orang...mana nak ada...subuh2 hadam tu...senyap sunyi jer..bila dah selesai kitaorg pun berjalan la balik...masa tgh berjalan tu...depan2 kitaorg ada benda jatuh..macam orang baling batu...kuat plak bunyi nyer...x nampak pun bayang benda jatuh...apa lagi...pecut 100 meter ler...aku plak boleh terlajak kedepan..punya la lajunyer lari...heheh...undur blk belakang..sbb dh terlepas pintu...kelam kabut tutup pintu bilik...malam tu tidur berdua dengan kawan..takut punya hal.



Tempat: Cameron Highland (Strawberry Park)
Masa: Tgh Malam
Tahun: 2005

Cerita ini pulak terjadi masa aku sekeluarga bercuti ke Cameron Highland bersama kawan-kawan office husband aku. Kita org tinggal di apartment 2 bilik di strawberry park. Apartment tu mmg cantik la. Belakang nyer hutan. Malam tu kawan husband aku (laki bini) awal-awal dah tidur (letih sangat agaknya).

Anak aku pun dah tidur kat bilik kita org. Aku ngan husband aku lepak la kat ruang tamu menonton TV. Sebelah sofa aku duduk tu ada sliding door dan balkoni. Belakang tu ada la pokok2...lepas tu hutan. Sedang aku menonton, terdengar macam orang berdehem...terus naik bulu roma aku…dekat sangat la dengan sliding door tu..betul2 kat luar tu la..mcm tegur kitaorg jer..masa tu langsir tak ditarik….yang bess nyer..masa orang (orang ke ???) tu berdehem…automatik kepala husband aku menoleh ke arah bunyi tersebut. Aku diam jer…tak berani nak cakap apa2.

Ye la..benda2 camtu orang tua2 kata tak elok ditegur. Jadi kitaorg mmg x ada discuss pasal tu la. Aku terus suruh husband aku tutup langsir lepas tu terus ajak dia tidur, sbb aku risau anak aku yang tidur dalam bilik tu. Nasib baik la tak ada apa2 kedengaran dah. Yang pelik nyer husband aku cakap dia tak dengar apa2 pun...dia tak ingat pun, padahal kepala dia menoleh. Gambar bawah ni lah..ruang tamu yang dalam apartment tu..

Pada masa yang sama ada 2 citer lain lagi yang berlaku pada kawan-kawan husband aku. Kawan husband aku ni bawak maid, masa tengah malam yang sama aku kena tu, asyik ada orang ketuk pintu jer...bila bukak tak ada sapa2..dua tiga kali la kena...Lagi sorang pulak lagi bess...wife kawan aku..kuku dia kena potong...bangun2 pagi tengok kuku dah kena potong...dia tanya la husband dia ..kut2 husband dia potong kan...hehehe...husband dia pun x pernah potong kuku wife dia agaknya...hehehe...agaknya panjang sangat kut...tu yg dipotong...tapi sape yang potong tu???? Jeng jeng jeng..

Selasa, 1 Januari 2002

Gerai Bukit Lenggok

Kawasan semak samun bertukar menjadi kedai makan pada tengah malam

BERKONGSI hidup dalam dunia ini dengan makhluk halus ada kalanya mengundang rasa tidak selesa, terutama mengenangkan tindak tanduknya yang sering menyesatkan mereka yang sering leka. Lebih tidak menyenangkan ialah apabila makhluk halus boleh menjelmakan diri seperti manusia dengan tujuan menyesatkan dan apabila kebenaran terserlah, ia sudah terlalu lambat.

Peristiwa yang menimpa sebuah keluarga dalam perjalanan mengunjungi saudara mara di sebuah daerah di utara tanah air mungkin boleh dijadikan iktibar betapa kelalaian walaupun sesaat bermakna menempah bencana.

Malam semakin gelap, sedangkan destinasi yang dituju masih jauh. Tumpuan Kamarul (bukan nama sebenar) kepada pemanduan agak terganggu dengan rungutan isteri dan anak-anak yang mengadu kelaparan.

Dia memilih untuk melalui kawasan yang dinamakan Bukit Lenggok kerana ia adalah jalan pintas untuk sampai lebih cepat ke rumah sepupunya. Kawasan sekitar Bukit Lenggok gelap kerana terletak jauh dari jalan utama dan kedudukan lampu jalan yang berjauhan antara satu sama lain tidak banyak membantu.

Bersesuaian dengan namanya, jalan di Bukit Lenggok bengkang bengkok dan sesekali Kamarul melalui kawasan lencongan berbahaya. Semua itu memaksa Kamarul memandu dengan lebih berhati-hati.

Selepas agak lama memandu, Kamarul menyedari bukan hanya isteri dan anak-anaknya saja yang kelaparan tetapi perutnya juga sudah berlagu minta diisi.

Pening juga kepalanya memikirkan di mana hendak mencari kedai makan di kawasan terpencil seperti itu apatah lagi hari semakin larut malam. Rasa menyesal bersarang di hati kerana tidak membeli bekalan ketika berhenti di kawasan rehat lebuh raya sebelum itu.

Tiba-tiba dari jauh, Kamarul ternampak sebuah gerai kecil dengan beberapa pelanggan masih menjamu selera. Dia tersenyum sendiri kerana dapat mengisi perut sementara menanti sampai di rumah sepupu yang sudah lama tidak ditemui.

Kamarul turun dan memilih tempat duduk diikuti isteri dan anak-anaknya. Masing-masing memilih hidangan mengikut selera sendiri - ada yang meminta mi goreng, nasi goreng dan air sirap. Selesai makan, Kamarul memanggil pemilik gerai dan membayar harga makanan sebelum bergerak menaiki kereta untuk meneruskan perjalanan.

Ketibaan Kamarul sekeluarga disambut gembira sepupunya, Ramli (bukan nama sebenar) dan isteri. Mereka saling bertukar cerita kerana sudah lama tidak berjumpa. Namun kerancakan berbual terganggu apabila Kamarul memberitahu mereka sekeluarga sudah berhenti makan di sebuah gerai di kawasan Bukit Lenggok selepas isteri sepupunya mahu menghidangkan makanan.

Dengan nada hairan Ramli berkata di kawasan itu tiada gerai makan kerana ia terpencil dan jarang dilalui kenderaan pada waktu malam. Bagaimanapun, Kamarul berkeras mengatakan ada gerai di situ dan kenyataan itu disokong oleh isteri dan anak-anaknya.

Ramli yang lebih tahu kawasan di situ sekali lagi menegaskan di situ tiada gerai makan dan mula berasa curiga dengan cerita Kamarul mengenai mereka sekeluarga berhenti makan. Tidak puas hati dengan cerita Kamarul, dia meminta sepupunya itu menunjukkan gerai tempat mereka berhenti makan.

Pada keesokan hari, Ramli dan Kamarul kembali ke kawasan gerai dan setiba di situ, mulut Kamarul seakan terkunci kerana seperti penjelasan Ramli, tiada gerai di situ. Terhidang di depan mata ialah semak samun.

Masih cuba menidakkan kebenaran, Kamarul berkata dia sendiri membuat bayaran kepada pemilik gerai. Dia sekali lagi kaku apabila Ramli menunjukkan wang kertas dan syiling terselit di celah ranting sebatang pokok di situ. Kamarul serta merta berasa loya memikirkan apa sebenarnya yang dihidangkan kepada mereka anak beranak semalam.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah Ramli, dia langsung tidak bersuara, cuma asyik terfikir jika bukan gerai yang berada di situ, siapakah pula pelanggan dan pemilik yang ditemuinya.

Sebenarnya bukan Kamarul seorang pernah mengalami kejadian itu dan sehingga hari ini, gerai misteri pada waktu malam di Bukit Lenggok masih diperkatakan.

Sumber: Berita Minggu 27.9.2009

Misteri rumah diatas bukit (Delima Merkah)

Rita dan suaminya baru sahaja pindah ke rumah di kawasan bukit. Pasangan yang baru sahaja berkahwin itu tidak sempat berbulan madu kerana tanggungjawab suaminya tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Walaupun pada mulanya Rita kecewa, namun setelah melihat rumah besar yang diberikan oleh syarikat suaminya, Rita berasa gembira. Rumah tersebut terletak di kawasan bukit dan agak terpinggir daripada bandar dan rumah-rumah lain. Bukankah indah dan sunyi dan sesuai untuk mereka berdua pasangan pengantin baru. Rita seorang gadis jelita yang berpendidikan tinggi. Dahulu dia bekerja di sebuah firma guaman. Setelah berkahwin dengan Syam, Rita berhenti kerja kerana ingin meluangkan masa bersama suaminya. Syam pula merupakan seorang jurutera di salah sebuah kilang automobil yang terkenal. Dia sentiasa sibuk dan kadangkala terpaksa bekerja ‘over time’. Namun kehidupan pasangan itu cukup bahagianya sehinggalah peristiwa tersebut terjadi.

Rumah yang mereka diami merupakan rumah dua tingkat. Ketika pindah ke sana, Rita dan Syam hanya sempat membersihkan tingkat bawah sahaja. Memandangkan bilik di tingkat bawah sudah memadai bagi mereka berdua, maka tingkat atas diabaikan. Kadang kala Rita terasa amat sunyi menetap di rumah besar tersebut terutamanya, ketika Syam keluar bekerja.

Suatu hari, akibat terasa amat bosan Rita naik ke tingkat atas lalu mula mengemaskan bilik-bilik di tingkat itu mengikut citarasanya. Ketika mengemas, tiba-tiba Rita rasakan yang bulu romanya meremang kerana terasa gerun dan sejuk semacam. Dia terasa seolah-olah ada seseorang merenungnya. Jantungnya mula berdegup dengan kencang sekali. Namun, sebagai gadis yang berpendidikan tinggi dia meyakinkan diri sendiri dengan mengatakan bahawa tiada apa-apa yang harus ditakutkan.

Setelah mengemas Rita pun turun. Hati Rita tidak senang kerana kali ini pun dia masih terasa yang terdapat sepasang mata yang memandang ke arahnya dengan tajam. Dia cepat-cepat mandi dan memakai baju menanti kepulangan suaminya. T.Vlah yang menjadi temannya sehingga Syam pulang pada jam 1.00 pagi. Rita tidak memberitahu Syam tentang perasaan yang melanda dirinya kerana segan diejek oleh suaminya bahawa Rita penakut dan hidup dalam dunia khayalannya sendiri.

Keesokannya sedang Rita sibuk mengemas, tiba-tiba loceng pintunya berbunyi. Kelihatan pakciknya tercegat di hadapan pintu. Beliau tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Rita tempoh hari kerana terpaksa ke Rom untuk kajian selanjutnya tentang alam roh. Apabila pakciknya melangkah masuk ke dalam rumahnya, Rita nampak ada perubahan pada wajah pakciknya itu. Setelah minum kopi, pakciknya bertanya kepada Rita sama ada Rita dan Syam menyewakan tingkat atas kepada orang lain? Rita dengan kelirunya menjawab tidak. Wajah pakciknya menjadi lebih kusut. Beliau meminta izin untuk melihat tingkat atas rumah tersebut. Walaupun bingung dengan sikap pakciknya namun Rita membiarkan sahaja.

Selepas 15 minit pakciknya turun sambil menggelengkan kepala. Pakciknya meminta Rita mengambil sedikit pakaian dan barang keperluan lalu mengikutnya ke rumahnya. Rita hanya menurut sahaja perintah pakciknya. Setelah menghantar Rita ke rumahnya, pakciknya segera ke kilang Syam.

Dia menceritakan tentang kemusykilannya dan meminta rakan sekerja Syam yang sudah lama bekerja di situ menceritakan hal yang sebenar kepada mereka berdua tentang rumah tersebut. Syam terperanjat apabila mendengar cerita rakan sekerjanya itu. Menurut rakan tersebut, beberapa tahun lalu seorang jurutera muda yang menetap di rumah tersebut mati bunuh diri kerana patah hati setelah ditipu oleh kekasihnya.

Menurutnya lagi, kekasih jejaka tersebut sangat cantik malah wajahnya mirip Rita. Sejak itu, dikatakan rohnya seringkali mengganggu wanita atau isteri para jurutera yang menetap di rumah tersebut. Akibatnya, jurutera tersebut terpaksa berhenti kerja dan pindah ke tempat lain bersama keluarganya.

Setelah mendengar penerangan rakan Syam, pakcik Rita meminta Syam segera pindah ke rumah lain malam itu juga kerana menurut perhatian beliau, roh jejaka itu sudah jatuh cinta dengan Rita apabila Rita naik ke tingkat atas untuk mengemaskan bilik tersebut. Malah, dia bercadang untuk meragut nyawa Rita keesokan hari yang merupakan malam purnama bagi mengisi kekosongan dan kesunyiannya di alam roh.

Tanpa berlengah, Syam dengan bantuan beberapa rakan telah berpindah ke rumah sewa lain yang berhampiran dengan rumah pakciknya. Rita masih tidak faham dengan tindakan suami serta pakciknya. Syam tidak memberitahu perkara sebenar kepada Rita kerana dia tidak mahu merisaukan isterinya. Kini Rita dan Syam hidup bahagia di rumah baru mereka.

Petikan daripada Majalah Remaja 15 April 2002


Khamis, 1 Februari 2001

Kepala Atas Kubur

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Isnin, 1 Januari 2001

20 tahun diganggu saka

SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya.

Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.
Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap is perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari Sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.


Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan centimeter panjang, berwarna hijau, jingga dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan itu kami mengambil ujian darah dan disahkan sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin melarat dan perneriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi,air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah Sejak kami tinggalbersamanya.Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi Sebelum itu
akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab. Kami terus berubat cara tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah menuduh keluarga ibu terbabit. Kali ketiga kami datang untuk berubat, ' pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar. Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci
perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai'wali'. Wali itu menghadiahkan 'khadam'untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkannya mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya. Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang
menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur.

Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil. Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda.

Kami berubat tapi masalah lebam dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari seiepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi
bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung diatap rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga tapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan. Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membavva ibu tinggal bersama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu. Saya mengamalkan bacaan beberapa ayat al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah kejalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

promote5

Ahad, 21 Mei 2000

Penunggu ( cerita hantu )

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

Cerita Asal : ayang2 (wangsa maju)