Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 12 Mac 2010

Jakim nafi campurtangan banci sebatan syarie


Hazlan Zakaria
Mac 12, 10
4:12pm
Seorang pegawai Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) yang tidak mahu dikenali, hari ini, menafikan agensi kerajaan itu mengubah-suai bancian berhubung sebatan syarie yang dijalankan menerusi laman sesawangnya.

Sejak seminggu lalu, Jakim mengajukan bancian yang berbunyi, “Wajarkah lelaki & wanita muslim yang melakukan kesalahan minum arak & persetubuhan luar nikah dikenakan hukuman sebatan mengikut peruntukan undang-undang jenayah syariah.”

Pembaca diberikan dua pilihan - 'Wajar' dan 'Tidak Wajar'.

Mengikut undang-undang syariah, lelaki dan wanita yang terbabit melakukan seks di antara pasangan bukan muhrim dan meminum arak harus dikenakan sebatan syarie.

Setakat ini, bancian menunjukkan rakyat berbelah-bahagi mengenai
isu berkenaan.

Namun, beberapa pihak mendakwa ada campur tangan daripada pihak atasan agar kumpulan yang memilih 'Wajar' mengatasi 'Tidak Wajar'.

Setakat jam 12.37pm hari ini 3,871 menjawab 'Wajar', manakala 3,522 mengundi 'Tidak Wajar'.

Rabu, 10 Mac 2010

Nor Yaakop akan terlungkop

Posted on Tuesday, March 09 @ 18:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Din Binjai

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas setiausaha politik menteri kanan (Gambar kiri - Hasbie Satar) yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta bulan lalu, melibatkan bank asing dan hartanah luar negara.

Lantaran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya pada satu majlis anjuran suruhanjaya berkenaan.

Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha politik itu yang ditahan pada 12 Februari lalu, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.

Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Semakan TV Selangor mendapati, kebanyakan blog menamakan Hasbie Satar sebagai individu berkenaan. Hasbie adalah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ada beberapa spekulasi persoalan siapakah Setpol yang disiasat SPRM?
Kenapa tidak didedahkan namanya?

Ini ulasan Sdr Zaharin (blogger Sang Kelembai) juga merupakan ahli Umno
dan pernah dipecat dari UMNO kerana mengkritik Pak Lah semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Zahrain juga pernah turun ke Rembau untuk berkempen membantu Chegu Bard menentang Khairy pada tahun 2008.




Rakyat tertanya-tanya, adakah duit itu milik Hasbie Satar atau pun milik bosnya Nor Yaakop.

Rakyat juga tidak pernah lupa Dato Norza yang dulunya adalah Setiausaha Politik Nor Yaakob pernah terlibat dengan rasuah.

Mungkinkah ini adalah satu perancangan terancang konspirasi umno untuk menjatuhkan Nor Yaakob?

Cuba kita imbau kembali bagaimana liciknya pimpinan UMNO ketika itu DR Mahathir mahu menjatuhkan Muhamad Taib mantan MB Selangor dulu yang pernah digelar Mike

Tyson.



Beliau akhirnya ditahan di Australia ketika membawa 1.8 kilo wang tunai. Sepatutnya wang tunai tersebut akan dibawa oleh pramugara tetapi tiba2 pada hari tersebut pramugara tersebut ambil cuti.

Maka terpaksalah Muhamad Taib membawa sendiri wang tunai tersebut. Beliau akhirnya ditahan di Australia. Inilah peristiwa yang berlaku ke atas mantan MB Selangor.

Menurut sumber dalaman UMNO, Nor Yaakob juga akan menerima nasib yang sama. Sebenarnya hampir semua pimpinan tertinggi UMNO terlibat dengan rasuah. Hanya mereka yang tidak bernasib baik sahaja akan kena perangkap yang dipasang sendiri oleh pimpinan UMNO.

Bukankah EZAM sendiri pernah buat laporan kepada SPRM terhadap kes Nor Yaakop. Ke mana hilangnya laporan dalam 6 kotak hitam itu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kartika: tak rayu, tapi kalau Sultan nak ampunkan jugak, saya terima sajalah

Posted on Tuesday, March 09 @ 23:09:37 PST
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita Oleh: dewa

""Saya SUDI". Kartika menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan membuat rayuan ke atas hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya kerana minum arak. Kartika menegaskan bahawa rayuan kepada Sultan Pahang tidak akan dibuat olehnya sekalipun ditawarkan oleh Mahkamah Shariah dan Tengku Mahkota.

Meskipun begitu, beliau jua berkata bahawa sekiranya Sultan Pahang tetap mengampunkan kesalahan hududnya itu, beliau terima sajalah.

Saranan mahkamah shariah dan Tengku Mahkota membuatkan rakyat terkesima apabila mengetahui bahawa Sultan mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan hudud. Keratan akhbar disertakan;

"Saya tidak akan merayu kepada Sultan Pahang" kata Kartika

IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.

"Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.

"Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima," katanya.

Kartika berkata demikian kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Pakar Ipoh (HPI), di sini, iaitu hospital anak bongsunya, Wan Kaitlynn Sari Dewi Muhammed Affandi, 5, menerima rawatan akibat jangkitan pada paru-paru.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar bahawa Kartika boleh membuat rayuan kepada Sultan Pahang untuk tidak dikenakan sebatan.

Ibu dua anak itu sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan enggan membuat ulasan kepada media selepas mengadap Tengku Abdullah di Pahang, 4 Mac lalu. -tamat-

Penulis merayu kepada mufti-mufti yang sebahagian besarnya mengambil approach atau pendekatan 'syaitan bisu' dengan tidak menegur dan menasihati golongan-golongan yang perlu dinasihati berikutan kejahilan dalam ilmu agama.

Wassalam

"
TranungKite

Nik Aziz tak bersetuju perkahwinan bawah umur


Mac 10, 10 5:36pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu,” katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

- Bernama

Presiden PKR disifatkan bagai 'patung bernyawa'


KUALA LUMPUR 9 Mac - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai 'patung bernyawa' kerana tidak mampu membuat keputusan membabitkan parti tersebut.

Sebaliknya Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Md. Nasir Ghani berkata, Azizah hanya menjadi 'pak turut' kepada penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan segelintir pemimpin lain yang berkepentingan.

Menurut beliau, walaupun Azizah menerajui parti, namun segala tindak tanduknya tetap dikawal selia oleh individu yang berpengaruh dalam parti berkenaan.

"Beliau hanya patung bernyawa kerana Anwar yang menguasai parti dan mengamalkan sikap diktator.

"Kesannya, ramai pengikut mula kecewa dan meninggalkan parti serta tindakan terbaru yang membabitkan empat ahli Parlimen," kata beliau dalam kenyataannya akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nasir berkata, berlaku keretakan teruk dalam PKR sehingga wujud empat kumpulan utama yang diketuai oleh individu berlainan.

"Kumpulan pertama dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim, ada juga kumpulan yang dipengaruhi Azmin Ali, kem Anwar serta satu lagi kumpulan radikal yang menyokong Pas," katanya.

Md. Nasir berkata, keadaan itu menyebabkan parti itu tidak mampu menjalankan tugas mereka sebagai pemerintah di beberapa negeri yang dikuasai mereka melalui pilihan raya umum lalu.

"Saya meramalkan PKR bakal musnah dan akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka akan mengalami nasib sama seperti parti Semangat 46 yang berkubur selepas sepenggal menguasai beberapa negeri," katanya.

Utusan

Wan Azizah dicabar lepas jawatan Presiden PKR

KUALA LUMPUR 9 Mac – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyahut cabaran Zulkifli Noordin agar melepaskan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau bertanding di Kulim-Bandar Baharu jika beliau seorang pemimpin yang berprinsip.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu penting bagi membuktikan dakwaan Zulkifli bahawa Wan Azizah hanya sekadar presiden penghias muka depan dan tidak berfungsi, dapat disangkal.

“Sepatutnya beliau berani menyahut cabaran kerana hujah Zulkifli cukup kuat apabila mendakwa Wan Azizah tidak lagi mampu berfungsi sebagai presiden dan rekod kepimpinannya juga buruk apabila lapan wakil rakyat PKR telah keluar parti sama ada secara sukerala atau dipecat.

“Perkara ini jarang berlaku dalam sejarah kepimpinan politik tanah air. Oleh itu, jika beliau berasakan dia seorang yang masih berprinsip sepatutnya segala cabaran Zulkifli disahut dan buktikan semua tuduhan tersebut tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengulas tindakan Wan Azizah yang berdiam diri terhadap cabaran Zulkifli walaupun sebelum ini beliau terlebih dahulu ‘menyerang’ Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dengan memintanya melepaskan jawatan selaku wakil rakyat.

Semalam, selepas dua hari dipecat daripada PKR, Zulkifli membalas desakan Wan Azizah apabila menasihatkan Presiden PKR itu supaya mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.

Menurut Zulkifli, Wan Azizah yang seharusnya melepaskan jawatannya kerana parti itu gagal mempertahankan dasar Islam, menjadi penyebab parti itu hilang sebuah negeri serta kepimpinannya yang teruk menjadi pendorong terhadap tindakan lapan wakil rakyat keluar parti.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad bagaimanapun yakin, Wan Azizah akan terus mengambil sikap berdiam diri terhadap cabaran tersebut kerana mendakwa Presiden PKR itu telah dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan firaun-firaun kecil seperti yang didakwa Zulkifli.

“Wan Azizah tidak akan berani menyahut cabaran Zulkifli kerana beliau hanyalah seorang presiden yang dipergunakan oleh golongan firaun-firaun kecil dalam PKR.

“Kenyataan awal beliau sebelum ini pun supaya Zulkifli melepaskan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya percaya didesak oleh kumpulan tersebut kerana sehingga kini golongan firaun itu tidak bersuara,” jelasnya.

Mohd. Puad berkata, bukti yang menunjukkan Wan Azizah adalah seorang boneka begitu banyak, antaranya tentang keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PKR yang akhirnya akan diubah oleh beberapa individu dalam parti itu.

Tindakan itu, katanya, jelas membelakangkan kedudukan Wan Azizah selaku presiden dan ia juga membuktikan isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mempunyai kuasa serta tidak dihormati.

Utusan

Nik Aziz tidak hormat mufti - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 9 Mac - Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Tan Sri Harussani Zakaria menunjukkan Mursyidul Am Pas itu langsung tidak menghormati golongan mufti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu juga membayangkan yang beliau menganggap dirinya terlalu 'pandai' berbanding ulama lain.

''Ini semua berpunca daripada politik. Nik Aziz melebihkan hal politik daripada benda lain dan akhirnya ini yang berlaku. Disebabkan politik Nik Aziz tidak menghormati ulama seperti Tan Sri Harussani,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sidang ke-49 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. Muhyiddin mengulas tindakan Nik Aziz menggelarkan Mufti Perak sebagai ejen UMNO selepas didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran Perak.

Reaksi itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba- Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Harussani ketika menjawab kritikan Nik Aziz berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang yang menyatakan mufti tidak berperanan menyatukan Melayu Islam.

Muhyiddin berkata, beliau telah membaca kenyataan penuh Harussani dan percaya Mufti Perak itu menjalankan tanggungjawab serta peranannya untuk menyatukan umat Islam.

''Bagi saya Nik Aziz lebih tidak hormat dengan menganggap dirinya lebih pandai daripada orang lain. Sebab itu dia tidak boleh memberi penghormatan kepada ulama seperti Harussani,'' katanya.

Utusan

Zulkifli tarik diri wakili Anwar


KUALA LUMPUR 9 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini menarik diri daripada mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf beliau berkuat kuasa serta-merta.

Pendirian Zulkifli itu dibuat sehari selepas beliau mengkritik isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak mempertahankan beliau dalam isu kalimah Allah sehingga dipecat daripada parti pada Sabtu lalu.

Zulkifli memaklumkan penarikan diri itu dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan telah dimuat naik dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/, petang ini.

“Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes permohonan di atas (qazaf).

“Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/atau bertindak sebagai peguam syarie Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa serta merta,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Dalam surat berkenaan, Zulkifli turut memohon kebenaran dan kemaafan pihak Pendaftar Mahkamah itu untuk tidak hadir pada sebutan kes yang dijadualkan esok.

Salinan surat berkenaan turut dihantar kepada peguam syarie Anwar, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi, peguam syarie responden, Tetuan Zainul Rijal & Associates dan Anwar sendiri.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu.

Beliau menamakan Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Utusan

Kaji skim khidmat pensyarah


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin berbual dengan sebahagian menteri Kabinet pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 9 Mac – Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan (IP) termasuk membenarkan kenaikan pangkat bagi profesor hingga ke peringkat turus tertinggi tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran di universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan melahirkan tenaga pengajar dan penyelidik terbaik serta bermotivasi.

Menurutnya, pada masa ini seorang profesor di IPTA hanya boleh mencapai gred khas A sedangkan kenaikan pangkat mereka tidak semestinya ‘dibendung’ oleh jawatan yang dipegang oleh Naib Canselor (NC) universiti.

“Sekiranya ada profesor yang amat berwibawa dan tersohor, dia boleh mendapat gred yang lebih tinggi daripada NC.

“Ini suatu perubahan yang meletakkan penilaian seorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada padanya. Ini bererti tidak semestinya hendak naik pangkat mesti rebut jawatan NC atau timbalan NC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Menurut Perdana Menteri, bagi melaksanakan kajian semula itu, satu mekanisme khas akan diwujudkan pada peringkat nasional.

Katanya, ia akan melibatkan elemen panel berkecuali dan semakan rakan setugas yang objektifnya memastikan penilaian yang adil diberi terhadap proses kenaikan itu.

“Ia tidak tertakluk pada apa tanggapan seorang individu tapi mesti ada sistem untuk membuat penilaian terhadap seorang yang bertaraf profesor,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat itu hendaklah berdasarkan pada meritokrasi kerana negara memerlukan yang terbaik.

“Mahu tidak mahu dalam apa juga bidang dan lapangan, kita tidak boleh bertolak ansur dengan tahap mediokriti atau budaya ‘kecincaian’,” katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengesyorkan agar ganjaran istimewa diberi kepada pegawai atau kumpulan pegawai yang berjaya mendatangkan penjimatan besar kepada kerajaan.

“Pendek kata kita mahu penjawat awam sentiasa mencari kaedah pelaksanaan yang berkesan melibatkan penjimatan.

“Ertinya dengan jumlah kos yang sama tetapi kita berupaya mendapat kualiti lebih baik,” katanya.

Utusan

UMNO Gila Talak

Posted on Tuesday, March 09 @ 20:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Zul Mamak

TASEK GELUGOR, 9 Mac: Biarpun dua tahun pakatan rakyat memerintah Pulau Pinang, Umno dan Barisan Nasional (BN) masih dilihat 'gila talak' dan sukar menerima hakikat mereka kini bergelar pembangkang di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sikap itu jelas dapat dilihat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno dan BN masih enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan program untuk kebaikan rakyat negeri itu.

"Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan mana-mana Adun pembangkang untuk mengadakan program kemasyarakatan tetapi jelas, mereka angkuh.

"Untuk adakan juga kita terpaksa menyalurkan melalui agensi lain, " ujar Lim ketika berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor sempena Ulangtahun Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Tegas Lim, mereka bukan sahaja enggan memberikan kerjasama, malah menyerang pula kerajaan negeri dengan isu perkauman dan agama seperti anti Melayu, diktator dan pelampau Cina.

Serangan sedemikian jelas Lim kerana kemarahan segelintir kepimpinan Umno dan BN ekoran syarikat kroni mereka terlepas peluang mendapatkan projek semenjak kerajaan negeri memperkenalkan sistem tender terbuka.

"Tengok kes gerai mereka sanggup mengheret Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama bersekongkol menyerang kita.

"Sepatutnya kita sama-sama membina keutuhan kerana Kerajaan Negeri bukan anti Melayu-Islam, " tegasnya.

Dalam ceramah itu juga, Lim mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan RM100 setahun kepada warga emas bagi menghargai mereka dan berusaha membasmi miskin tegar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.

Pemberian itu akan bermula penghujung Mac ini kepada warga emas berdaftar.

Turut berceramah malam tadi ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Dr Mansor Othman dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

TranungKite

Pemuda PAS mahu Kerajaan mansuhkan bayaran permohonan peperiksaan MTesT

Posted on Tuesday, March 09 @ 20:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Kenyataan Media Oleh Kamaruzaman Mohamad

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) memansuhkan bayaran bagi permohonan untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test - MTeST). DPPWP mempersoalkan kewajaran bayaran permohonan seperti yang diminta oleh MOE itu. Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan sebelum ini, para pemohon dikehendaki membuat bayaran RM 6 dikaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan nombor Pengenalan Individu (PIN) sebelum dibenarkan mengisi borang permohonan secara on-line.

DPPWP difahamkan bahawa lebih 70 ribu pemohon telah membuat permohonan secara online, namun hanya 50 ribu sahaja yang dipanggil bagi mengikuti ujian MTesT diseluruh negara pada 28 Mac nanti. Ini bermakna 20 ribu lagi ditolak, walaupun telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan online. Dengan itu, Kementerian berkenaan telah mengaut untung atas angin sebanyak RM 120 ribu hanya dengan menjual nombor pin sahaja.

DPPWP yang menghubungi Bahagian Pengambilan di Kementerian itu mendapat maklumat bahawa pemilihan dibuat secara rawak berdasarkan merit yang dikira secara berkomputer. Maknanya pemilihan calon dibuat oleh komputer bukan pegawai penilai. Walaupun hanya memohon untuk ikuti peperiksaan tetapi mereka sudah dikenakan bayaran, sedangkan tidak semua pemohon akan dipanggil bagi mengikut MTesT.

Keadaan ini berbeza dengan apa yang diamalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di mana calon-calon kakitangan awam boleh mengisi borang online secara percuma. SPA akan membuat pemilihan sama seperti yang dibuat oleh MOE dan hanya calon yang layak sahaja yang akan dipanggil.

DPPWP tidak melihat keperluan untuk MOE mengenakan bayaran pada peringkat permohonan, dan perkara ini tidak sewajarnya menjadi amalan kerana jelas menindas pemohon yang belum tentu dipanggil untuk mengikuti peperiksaan tersebut. DPPWP mahu agar bayaran bagi mendapatkan nombor PIN untuk membuat permohonan secara online ini dimansuhkan kerana ianya tidak releven dan mencuri wang rakyat yang begitu memerlukan pekerjaan.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan