Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 9 April 2011

Video seks bukan bukti kukuh sabitkan zina

Sekarang ini heboh di sana sini tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semenjak isu meletup, budak sekolah yang sebelum ini tak tahu apa itu zina dah mulai tahu, bertanya kepada ibu bapa mereka, atau mereka akan 'search' dalam internet maksud perkataan zina.

Musa AwangTimbalan PresidenPersatuan Peguam Syarie MalaysiaMaka keluarlah tafsiran zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum Syarak, bukan pasangan suami isteri, pelaku kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif persetubuhan yang meragukan (wati' syubhah).

Bertanyalah pula kanak-kanak ini, apa pula maksud persetubuhan?

Lalu tahulah mereka bahawa persetubuhan itu ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Sebelum ini, mereka dengar tentang persetubuhan. Kali ini zina pula.

Wah, makin bertambahlah 'vocabulary' anak-anak kita dengan istilah-istilah seks ini.

Zina adalah suatu perbuatan yang dilarang keras oleh Islam, maka hukumannya juga adalah teramat keras dan mandatori.

Jika seorang penzina muhson, yakni seseorang yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, apabila disabitkan melakukan perzinaan wajib dikenakan hukuman hudd (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati.

NONEBagi penzina ghair muhson, yakni seseorang penzina yang tidak cukup syarat-syarat dinyatakan di atas, hendaklah disebat sebanyak 100 kali sebatan, dan setengah ulama' menambah dengan hukuman buang negeri selama setahun.

Hukuman kepada pelaku zina disebut dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

Empat saksi

Kerana ia adalah suatu kesalahan yang berat, hukumannya juga berat, maka sebab itulah ulama' mensyaratkan zina hanya boleh disabitkan samada dengan ikrar atau pengakuan si pelaku atau dengan keterangan empat orang saksi yang cukup syarat-syaratnya.

Sejarah Islam mencatatkan bahawa kebanyakan sabitan zina di zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui pengakuan salah.

NONEDalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w di dalam masjid dan mengaku telah melakukakan zina.

Baginda berpaling ke arah lain seperti tidak melayan atau menerima pengakuannya, sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah itu barulah Baginda bertanya, 'adakah engkau gila?' Dia menjawab 'tidak'. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, 'adakah engkau telah berkahwin?' Dia menjawab 'ya'. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat membawa lelaki tersebut untuk direjam.

Dalam suatu riwayat dari Sulaiman bin Buraidah, bahawa seorang wanita dari qabilah al-Ghamidiyah datang berjumpa Rasulullah dan mengaku sebanyak 4 kali bahawa dia telah mengandung hasil perbuatan zina.

Baginda tidak terus menghukum wanita mengandung itu, tetapi meminta wanita itu pulang terlebih dahulu, melahirkan dan menyusukan anak tersebut, sehingga tamat tempoh susuan, barulah beliau diperintahkan untuk direjam.

Kalaulah ditakdirkan selepas melahirkan anak, wanita ini menarik balik pengakuannya berzina, maka nescaya Baginda s.a.w akan menarik balik hukuman terhadap wanita tersebut.

Ini yang dilakukan oleh Baginda s.a.w di mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan telah menegur sahabat baginda dengan keras apabila mereka meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik yang telah melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Berdasarkan dalil dan riwayat dia atas, maka rakaman video semata-mata bukanlah bukti yang kukuh untuk mensabitkan zina. Rakaman video adalah bukti yang lemah, dan dalam Islam disebut sebagai bayyinah (keterangan) atau qarinah (tanda).

Ulama' Syafie dan Hanafi hanya menerima pensabitan zina melalui iqrar (pengakuan) dan syahadah (kesaksian) 4 oang saksi lelaki, adil dan merdeka sahaja, dan menolak bukti bayyinah atau qarinah.

Tidak setuju dengan Zainul Rijal

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dalam sebuah akhbar tempatan bahawa rakaman video aksi seks boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalUlama' Islam jelas telah membahaskan bahawa jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi lelaki, adil dan merdeka yang melihat perlakuan zina itu.

Peruntukan tentang perbuatan zina yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri kini adalah tidak mengikut Hukum Syarak dan tidak sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al-Quran.

Bentuk hukuman yang ditakninkan dalam peruntukan ini lebih berupa hukuman takzir. Ini kerana Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 menghadkan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam, dan untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi RM5,000.00 sahaja atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Dengan adanya halangan ini, maka hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.

Mengambil contoh Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa '(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.' Manakala sub-seksyen (2) Akta tersebut memperuntukkan hukuman yang sama kepada mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya.

Hukuman takzir

Walaupun hukuman yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hanya berbentuk hukuman takzir, maka tidaklah bermakna kita boleh menyatakan bahawa untuk mensabitkan kesalahan zina hanya cukup dengan bukti bayyinah iaitu rakaman video.

Ia adalah suatu yang mengelirukan, dan bertentangan dengan ketetapan para ulama' yang meletakkan standard bukti yang kukuh iaitu pengakuan atau syahadah 4 orang saksi sahaja boleh diterima untuk mensabitkan kesalahan zina.

azlanSaya juga sependapat dengan Dr Juanda, tamatkanlah segera isu video seks ini. Amat memalukan.

Seolah-olah kita tinggal di dunia yang tidak bertamaddun dan tiada undang-undang.

Tindakan menyebarkan video seks kepada khalayak ramai, kemudian menjadi perbincangan umum, dan meminta masyarakat yang menghukum adalah suatu yang tidak bermoral, rosak akhlak, serta akan merosakkan akhlak baik masyarakat. Negara ini ada undang-undang.

Malah ada dua sistem mahkamah di negara ini, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Jika benar si pelaku dalam rakaman video itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja, kenapa tidak segera didakwa di mahkamah?

NONESebagai rakyat yang mendidik akhlak yang baik kepada anak-anak, pasti saya dan pembaca yang lain mahu melihat si pelaku dan juga orang yang mengedarkan video untuk tontotan umum itu dihukum menurut undang-undang negara ini. Agar kami sebagai warga negara ini berasa selamat dan amat bersyukur tinggal di negara yang aman ini.

Qazaf

Menuduh seseorang yang baik lagi suci melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram, termasuk dalam dosa besar dan boleh dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq.

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq".

Tuduhan zina

Walaupun dalam ayat menyebut kesalahan menuduh zina kepada wanita, ijma' ulama' bersepakat bahawa tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini.

Jika aduan dibuat secara tertutup menurut saluran yang ditetapkan, ia akan dibicarakan di dalam Mahkamah, dengan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi yang boleh membantu dakwaan.

NONEMaka maruah tertuduh tidak akan tercemar atau musnah seteruk perbicaraan di media dan di kalangan masyarakat awam. Apabila dibicarakan di mahkamah, maka hukuman qazaf tidak dikenakan kerana maqasid dari hukuman Qazaf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercalar di mata awam.

Maka, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan ke atas seseorang yang lain, terutama tuduhan yang melibatkan hak Allah seperti hudud.

Allah memberi peringatan keras sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang pedih. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.” (Surah An-Nur ayat 23-24).


Penulis ialah Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]NONEPada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.

Isu kitab Injil: CCM tolak syor Putrajaya

emuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) menolak 'formula 10 perkara' yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala untuk menyelesaikan kemelut kitab Injil bahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan, badan itu menegaskan formula berkenaan, cuma penyelesaian 'tergesa-gesa' dan tidak menyelesaikan diskriminasi kerajaan persekutuan terhadap penganut Kristian negara ini.

NONEFormula itu juga didakwa tidak tepat kerana hanya menyentuh isu kitab yang menjadi kontroversi tetapi langsung tidak menyentuh isu pokok yakni penindasan golongan Kristian di negara ini.

Antara contoh penindasan yang diberikan dalam kenyataan itu adalah kegagalan kerajaan mengiktiraf penubuhan "kelab Kristian" di sekolah dan universiti serta kekangan kuasa pentadbiran sekolah mubaligh.

"Pemuda CCM kecewa dan sedih masyarakat Kristian hari ini secara terbuka dikutuk, diaibkan dan diprovokasi menerusi media arus perdana. Kerajaan juga dilihat menggalakkan pelbagai maklumat salah diletakkan di laman web rasmi kerajaan,” petik kenyataan itu.

azlanSebagai contoh, badan itu merujuk kepada kegairahan mengaitkan agama Krisitian dengan perayaan Valentine dan tarian poco-poco.

Isu Alkitab menjadi kontroversi apabila Kementerian Dalam Negeri melarang pengedaran lebih 30 ribu naskah Injil bahasa Melayu di pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Sejumlah 5,000 naskah lagi pula ditahan di Pelabuhan Kelang.

Dua set undang-undang

Bagaimana menjelang pilihanraya negeri Sarawak, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengedaran dan penerbitan kitab Injil di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung tanpa sebarang kekangan berbanding sebelum.

Lebih 40 peratus penduduk Sarawak beragama Kristian.

azlanBagaimanapun kitab Injil di Semenanjung disyaratkan mempunyai cop tertera 'Untuk Penerbitan Kristian Sahaja' dengan lambang salib dicetak pada muka depannya manakala Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada syarat itu.

Pemuda CCM dalam kenyataannya juga menolak dua set undang-undang yang berbeza berhubung penggunaan kitab Injil itu.

"Pemuda CCM berpendapat adalah merepek menghalang penganut Kristian Malaysia hak menggunakan bahasa kebangsaan bagi tujuan beribadat. Apatah lagi, rakyat bukan Melayu selalu dikritik kerana kononnya kurang setia bila tidak bercakap dalam bahasa Malaysia tetapi dalam kes ini, mereka dihalang membaca kitab dalam Bahasa Kebangsaan," kata badan itu.

Khamis, 7 April 2011

Sarbani mengadu tertekan – Rakan


ISTERI Ahmad Sarbani (tengah) tidak dapat menahan kesedihan di Rumah Mayat PPUKM, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang didakwa pernah mengaku kepada seorang rakannya bahawa dia tertekan dengan masalah rasuah dan jenayah yang turut dikaitkan dengan dirinya.

Rakan arwah yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzuan berkata, dia yang mendengar keluhan arwah menasihati Allahyarham supaya tidak takut jika dia tidak bersalah.

Semasa itu, arwah belum dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercerita lanjut, Ridzuan yang tidak bekerja dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, arwah meluahkan demikian ketika dia bertemu dengan Ahmad Sarbani dua minggu lalu di rumah mangsa di Kelana Jaya, Selangor.

“Saya tidak sangka dia akan meninggal dalam keadaan tragis seperti ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini semalam.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku di bawah Akta SPRM 2009.

PM: Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh

Aidila Razak
Apr 7, 11
2:31pm

Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.

"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.

"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.

Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.

Teoh pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.

Selamatkan wang negara

Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

azlanBeliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.

"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.

Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.

NONE"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, Najib berkata pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Ketepikan soal prinsip

Katanya, Pakatan hanya akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.

NONEPerdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib.

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat


Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

MK

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tinjauan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di mana mayat Ahmad Sarbani dihantar untuk dibedah siasat, mendapati anggota keluarganya berada di persekitaran bilik mayat sejak kejadian itu dimaklumkan kepada mereka.

Namun sehingga lewat petang tadi, media elektronik dan cetak dihalang menemuramah anggota keluarga Ahmad Sarbani oleh pegawai Kastam.

Pihak hospital juga tidak memaklumkan waktu bedah siasat itu selesai yang kelak dapat merungkai keputusan pakar patalogi mengenai punca kematian mangsa tersebut.

Sumber hospital memberitahu Bernama bagi kes berprofil tinggi seperti kejadian ini, ia memerlukan masa untuk bedah siasat disiapkan di mana ada wujudnya kemungkinan bedah siasat kali kedua.

Katanya ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan keputusan bedah siasat yang betul dan sahih serta tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak kelak.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, yang turut berada di HUKM, memberitahu media bahawa pihak Kastam perlu diberikan masa secukupnya bagi menenangkan keadaan ketika ini.

"Pihak kami akan memberikan bantuan kepada keluarga Ahmad Sarbani dan semua pihak diminta tidak mengeruhkan keadaan," katanya.

Usaha menghubungi Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mendapatkan komennya gagal, tetapi seorang pegawainya berkata beliau (Mohamed Khalid) akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Mohamed Khalid berada di Tasik Kenyir untuk mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 yang bermula semalam.

Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Kastam Malaysia, Mohd Mazlan Mohd Shaari yang dihubungi pula berkata pihak kesatuan belum memutuskan sebarang pandangan atau keputusan mengenai kes kematian itu dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

"Kejadian itu baru berlaku dan kita tidak tahu sangat mengenainya dan kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai sama ada kes kematian itu mempunyai kaitan dengan kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan kastam sebelum ini.

"Kita akan mengadakan sidang media mengenai kes itu Jumaat ini dan kita akan menyatakan pandangan kesatuan mengenai perkara itu," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani.

Penjelasan SPRM


Berikut adalah penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang pegawai Kastam di SPRM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

NONEIndividu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

NONEPenama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

NONEDalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telahpun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan .

MK

Rabu, 6 April 2011

Rakaman percakapan 35 individu termasuk Datuk T hampir selesai

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan 35 individu termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim berhubung siasatan kes rakaman video membabitkan pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Perundangan, Datuk Acryl Sani berkata, setakat ini mengesahkan siasatan sudah 95 peratus selesai dan polis akan merujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian

Selasa, 5 April 2011

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran

KUALA LUMPUR 4 April - Rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube hari ini disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.

Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada rakaman video selama 1 minit 47 saat yang dimuat naik ke YouTube hari ini yang dipercayai sebahagian daripada rakaman video aksi seks yang didedahkan kepada sekumpulan media 21 Februari lalu.

Rakaman itu memperlihatkan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dengan seorang daripada lelaki itu hanya memakai tuala.

Hamidzun menambah, pendedahan rakaman video di YouTube itu juga diharapkan dapat disusuli dengan tayangan penuh rakaman video aksi seks itu kepada seluruh wakil rakyat di Parlimen seperti yang diminta GAPS.

Ini kerana katanya, rakaman video di YouTube itu tidak memadai untuk membuktikan kebenaran, tambahan pula individu yang didakwa terbabit dalam rakaman video seks tersebut juga merupakan seorang ahli Parlimen.

"Kita tidak mahu rakaman video yang pendek ini semakin menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai dan perlu dipertontonkan keseluruhannya supaya seluruh rakyat jelas mengenainya," kata beliau.

Dalam perkembangan sama kata Hamidzun, GAPS akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melalui Ketua Polis Shah Alam, Selangor berhubung tiga perkara berkaitan video itu.

Selain menuntut supaya rakaman video aksi seks itu ditayangkan di Parlimen, memorandum itu juga mahukan supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Kita juga mahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggotai suruhanjaya itu," kata beliau.

Ramai Meragui ini Bukan DS Anwar



Jika ikutkan komen memang tak percaya ini DS Anwar.