Dua tragedi besar menimpa bangsa Melayu ketika ini. Satu ialah pendedahan video rakaman aksi seks seorang yang dipercayai ramai sebagai seorang pemimpin utama pembangkang.Rabu, 13 April 2011
Rakaman tragedi dalam sejarah bangsa
Dua tragedi besar menimpa bangsa Melayu ketika ini. Satu ialah pendedahan video rakaman aksi seks seorang yang dipercayai ramai sebagai seorang pemimpin utama pembangkang.Pembangkang tak boleh perangkap saya...
Jika pembangkang ingat boleh gertak atau desak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya segera lepaskan jawatan Ketua Menteri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak, lupakan sahaja acah-acah seumpama itu.
Senang kata, Taib bukan anak kecil yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP serta PAS boleh ‘gigit’ walaupun tempoh 30 tahun Taib jadi Ketua Menteri modal besar pembangkang dalam kempen mereka di bumi Kenyalang ketika ini.
Taib sendiri sedar perangkap yang dipasang pembangkang dan beliau tidak mudah makan umpannya.
Ketika diasak wartawan untuk mendapatkan komen berhubung isu itu, Taib yang bertanding mempertahankan kerusi di DUN Balingian berkata, beliau juga tidak akan tunduk desakan seumpama itu.
“Pembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh . Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di sebuah hotel di Kuching.
Malah, ramai wartawan kecewa kerana Taib terus tutup mulut dan beredar tanpa mahu memberi ruang soalan-soalan lain diajukan kepadanya.
Bukan rahsia lagi setelah beliau mengumumkan pelan peralihan kuasa selepas pilihan raya negeri ke 10 bahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga beri jaminan mengenai proses pertukaran pucuk pimpinan Sarawak.
Bagaimanapun, apabila Taib dalam ucapan di Konsert 1 Malaysia di Padang Bandaran Kuching malam tadi menyatakan akan melepaskan jawatan itu ‘beberapa tahun’ lagi, ramai wartawan memburunya pagi ini untuk dapatkan komen lanjut.
Apapun, Taib yang berjumpa dengan sekumpulan media awal pagi tadi juga tidak menyatakan bila akan melepaskan jawatan.
Ada sumber menyatakan kepada Agendadaily , beliau mungkin berbuat demikian pada pertengahan penggal DUN Sarawak iaitu sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
Ini bagi membolehkan beliau memastikan penggantinya kelak dapat meneruskan pembangunan Sarawak.
Agendadaily difahamkan, Taib sudah memutuskan siapa penggantinya di kalangan pemimpin PBB yang seangkatan dengan beliau.
Antara nama yang disebut-sebut adalah Tan Sri Adnan Satem yang bertanding di DUN Tanjong Datu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (DUN Bukit Sari) dan Datuk Amar Johari Tun Abang Openg yang mempertahankan kerusia DUN Satok.
Ketika banyak pihak berteka taki siapa antara mereka bertiga, Taib dalam pertemuan itu membayangkan penggantinya sudahpun dikenalpasti dan berada dalam saf pimpinan beliau.
Pemimpin itu berusia 50 hingga 60 tahun, tidak pernah menentangnya dan paling muda dalam kepimpinan yang seangkatan dengannya.
Malah, pengganti tersebut khabarnya sudah mendapat sokongan pemimpin lain dalam PBB dan komponen BN di Sarawak.
Justru itu, pembangkang tidak perlu bimbang Taib tidak mengotakan katanya untuk melepaskan jawatan cuma kini BN perlu kekal dua pertiga di Sarawak dan masa akan menentukan siapa bakal menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak kelak.
-12/4/2011
Sarawak: misi majoriti dua pertiga BN vs perang saraf pembangkang
Sayang Sarawak sungainya sempit, Nakhoda kapal bersusah hati, Pilihanraya Sarawak semakin sengit, Pembangkang dan BN berkempen tak henti. Jika lirik lagu Sayang Sarawak boleh diubah, pasti lirik di atas sesuai dan amat menarik bagi menggambarkan suasana pilihanraya negeri ke-10 itu. Berbaki dua hari menjelang hari pengundian pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini sudah di tahap gear empat dalam kempen masing-masing. Segala modal dan strategi kempen hampir pasti digunakan sama ada oleh BN yang berusaha mengekalkan majoriti dua pertiga mahupun pembangkang yang kekal dengan misi bagi menafikan majoriti tersebut. Seperti dijangka, pilihanraya ini amat sengit malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengakuinya pada Rabu. Bagaimanapun, Pengerusi BN itu masih yakin, komponen BN mampu mempertahankan majoriti dua pertiga daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi sepenuhnya. Pembangkang pula cuba gembar gembur mereka yakin konon dapat merampas sehingga 30 kerusi, berbanding sembilan yang dimenangi pada pilihanraya lalu. Nampaknya setakat ini paling yakin ialah DAP yang bertanding 15 kerusi berbanding 49 kerusi oleh PKR manakala lima lagi PAS. Jika memasang telinga di kem-kem pembangkang, mereka percaya DAP dapat 13 kerusi, PKR lapan dan PAS, dua kerusi. Mereka dakwa jumlah 23 itu adalah jangkaan ‘paling sedikit’ . Ini termasuk beberapa kerusi daripada 26 yang ditandingi SNAP yang buat keputusan tidak mahu bergabung dengan pembangkang setelah tidak capai persefahaman dalam pengagihan kerusi dengan PKR. Perang saraf ini adalah sebagai usaha untuk menarik sokongan golongan atas pagar untuk menyokong DAP, PKR, PAS mahupun SNAP. Strategi kempen pembangkang amat berbeza kerana sebelum ini mereka kerap menyatakan ‘tidak ada peluang menang’ demi raih simpati pengundi-pengundi bagi menyokong mereka. Di pihak BN pula, kempen menarik golongan Cina yang dikatakan masih menolak BN giat dilakukan selain menjawab isu penentangan rakyat terhadap kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun. Tidak hairanlah, Najib ketika berkempen di Sadong Jaya mahu jentera BN tumpu perhatian mendapatkan sokongan pengundi di kawasan bandar yang dikatakan lebih memihak kepada pembangkang. Isu sensitif seperti isu agama juga mencengkam BN dan pertemuan Najib dengan pemimpin Kristian pada petang Rabu dijangka menjernihkan suasa keruh berhubung isu itu. Bagaimanapun di sebalik semua itu, BN melalui parti PBB yakin dapat memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi. Manakala SUPP pula bertanding 19 kerusi, PRS (9) dan SPDP (8) kerusi. Tiga parti itu ini diharap menyumbangkan sekurang-kurangnya 17 kerusi lagi bagi membolehkan BN menang dua pertiga. Sebenarnya, selain satu pilihanraya yang sukar dan sengit, baik BN mahupun pembangkang, masing-masing menanti ‘gelombang’ oleh lebih 900,000 pengundi pada 16 April. - 13/4/2011
Para pemerhati yang faham sangat mengenai rentak politik Sarawak menilai congak ikut mana sekalipun angka itu adalah mengarut.
Dalam perang saraf pilihanraya ada juga yang dakwa angka itu berubah kepada 28 atau 30 sekaligus akan menafikan majoriti dua pertiga BN.
Tandatanya yang semua orang menunggu jawapan adakah isu Taib yang paling rancak dimainkan pembangkang akan menjadi ‘perangkap‘ kepada BN atau tidak.
Di celah-celah berbagai-bagai spekulasi biasa semasa musim pilihanraya, kesungguhan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus menerus turun ke serata ceruk Sarawak sepanjang kempen 10 hari telah menjadi pendorong kepada jentera BN untuk memastikan majoriti dua pertiga tetap dalam gengaman.
Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Mulanya, tidak ramai yang meletakkan harapan bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak. Tumpuan hanya difokuskan kepada beberapa kerusi majoriti pengundi Cina. Masyarakat Melayu-Melanau dan Dayak dianggap sukar untuk mencetuskan reformasi, apatah lagi tsunami politik
Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan.
Itu suasana sebelum hari penamaan calon, ketika kempen secara rasmi tidak dibenarkan lagi. Bukan sahaja BN dijangka menang mudah, malah tidak sukar untuk mempertahankan majoriti dua pertiga dan meneruskan "kerja zalim" mereka. Untuk memperolehi 24 kerusi pun, bagi menafikan kemenangan selesa BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan harapan tinggi.
Selepas lima hari berkempen, tiba-tiba realiti di Sarawak seperti memberikan harapan baru yang lebih segar. Arus perubahan bukan sekitar masyarakat Tionghua. Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan terpaksa bekejar ke Kuching, menyelamatkan BN yang kian goyah, dengan berkempen di sana sehingga hari mengundi. Selalunya hanya Timbalan Perdana Menteri yang berkampung dan mengetuai kempen.
Najib sebenarnya sudah melanggar tradisi apabila turut berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu, Mei 2010. Hasilnya, DAP mencipta kejutan. BN terduduk kalah. Sejak pilihan raya negeri 2006, protes pengundi Cina tidak dapat disembunyikan lagi. Ia kemudiannya berjangkit ke Semenanjung dalam PRU12, Mac 2008. Tidak dipastikan apakah Najib mampu mempertahankan kedudukan BN atau menambah-parahkan lagi keadaan.
Antara tugas penting Najib menjelang hari mengundi adalah untuk meyakinkan pengundi Sarawak bahawa Taib memang akan benar-benar berhenti selepas pilihan raya ini. Jaminan itu bagaimanapun disambut dingin, apatah semasa dilafazkan Taib tidak kelihatan pun di sebelah Najib. Pada November 1995, Taib mengumumkan akan berundur dalam masa lima tahun, tetapi sehingga 2011, iaitu 16 tahun selepas itu, beliau masih berkuku, ceria dan gagah di samping isteri mudanya.
(Dalam tulisannya, pensyarah kanan Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi menukilkan: "Pada suatu majlis rasmi parti, beliau (Taib) memakai baju batik yang lengan bajunya disingsing ke siku, bingkas bangun dan bergerak laju ke rostrum dengan penuh semangat. Dari tempat duduk di barisan bawah menuju ke pentas, beliau seakan-akan melompat. Khalayak dari luar Sarawak khususnya dari media Semenanjung Malaysia agak terkejut dengan kelincahannya.").
Menerusi gambar yang disiarkan Utusan Malaysia, Isnin lalu, semasa Najib berkempen di Stadium MBKS, Kuching, sambutan nampak cukup tidak menggalakkan. Banyak kerusi kosong. Pesertanya pula kelihatan memakai t-shirt yang sama, menandakan mereka bukannya "rakyat jelata" tetapi "penganjur bersama".
Esoknya, dalam program konsert 1Malaysia, di Padang Merdeka, Taib menegaskan hanya akan berundur dalam masa "beberapa tahun lagi". Menarik juga jika mahu dianalisis berapa lama sebenarnya tempoh "beberapa tahun lagi" itu, dalam kiraan Taib? Apatah lagi tahap kesihatan dan kecergasannya, terutama selepas beristeri muda, begitu menakjubkan!
Fokus utama Najib bukan sekadar Sarawak tetapi jauh menjangkaui impak buruk buat BN jika Pakatan sekali lagi mencipta kejutan. Kalaupun tsunami belum mampu membadai pantai Sarawak pada 16 April nanti, namun apa jua momentum yang dihasilkan Pakatan nanti dijangka berupaya membangkitkan semangat baru rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan besar dalam PRU13.
Najib pastinya sudah bertungkus-lumus untuk mematahkan keyakinan rakyat yang cukup berbahaya itu. Segalanya telah diperkakaskan untuk menimbus segala momentum PRU12; soalnya, apakah Najib akan melihat begitu saja Taib bakal menjadikan beliau sebagai perdana menteri terakhir daripada BN?
PM, Taib didakwa dalangi urusniaga mencurigakan
Menurut ketua pembangkang itu, selain 1Malaysia Development, sebuah syarikat asing juga diperalatkan bagi menghasilkan lebih RM2.17 bilion bagi memperkayakan kroni mereka.
Dalam satu kenyataan media, Anwar berkata antara lain, 1MDB diarah melakukan urusniaga dengan PetroSaudi yang menyaksikan syarikat kaitan kerajaan itu membayar firma Arab Saudi berkenaan RM3.5 bilion secara tunai untuk pegangan saham dalam sebuah pelaburan.
“Namun lima bulan kemudian, 1MDB menjual semula ekuiti itu kepada PetroSaudi pada harga RM4.1bilion ringgit, semata-mata untuk membolehkan 1MDB menunjukkan keuntungan RM615 juta pada Mac lal,” kata Anwar.
Menurut beliau Najib juga tidak menyatakan fakta penting – bahawa 1MDB hanya akan memperolehi hasil daripada jualan itu jika PetroSaudi berjaya melunaskan pinjaman bank selama 11 tahun yang cuma akan selesai dibayar pada 31 Mac 2021.
“Ini bermakna lebih 70 peratus daripada modal berbayar 1MDB iaitu RM5bilion kini terikat kepada pinjaman bank (sebuah syarikat asing) dengan tidak ada kepastian sama ada ia akan dibayar balik atau tidak.
“Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara,” kata Anwar.
Dalam kes Sarawak pula, Anwar berkata PetroSaudi membayar RM1.5bilion untuk mengambil alih UBG Berhad, sebuah syarikat yang menguasai kepentingan perniagaan milik keluarga Taib.
UBG mengalami pelbagai kesukaran tahun lalu, apabila sekali lagi PetroSaudi tampil untuk mengambil alih syarikat itu dalam keadaan mencurigakan.
Anwar mendesak penubuhan sebuah pasukan audit untuk menyiasat urusniaga 1MDB, PetroSaudi dan UBG untuk memastikan sama ada wang rakyat digunakan dalam transaksi antara tiga syarikat berkenaan.
Sebarang pinjaman bank kepada 1MDB harus dibekukan, dan rancangan kerajaan untuk memindahkan sebidang tanah awam di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur kepada syarikat itu juga mesti dihentikan, kata Anwar.
Anwar menegaskan siasatan harus bertumpu kepada pihak yang mendalangi 1MDB bagi memastikan amanah yang diberikan kepada syarikat itu tidak tersasar.
Anwar berkata PetroSaudi dan syarikat sekutunya didaftar di pusat-pusat bebas cukai seperti Kepulauan Caymans dan Virgin Islands.
Justeru transaksi antara PetroSaudi dan 1Malaysia tidak mempunyai ketelusan dan akan terus diselubungi dengan kecurigaan.
Ahad, 10 April 2011
Adegan paling tak ranjang
Apr 1, 11
3:30pm
Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.
Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.
Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.
Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.
Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.
Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.
Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.
Liputan meluas
Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.
Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.
Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.
Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.
Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.
Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!
Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.
Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.
Long shot
Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.
Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.
Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.
Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."
Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.
Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.
Pesta filem di Cannes
Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.
Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.
Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.
Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.
Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.
Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?
Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.
Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini
Anwar: PM datang selamatkan Taib
Apr 10, 11
5:39pm
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut.
Beliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang.
Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah Sarawak di mana pemimpin-pemimpin peringkat persekutuan datang untuk berkempen seperti sekarang, yang menurutnya, mencerminkan kegagalan kerajaan negeri.
Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuching, beliau berkata, Najib juga membawa bersamanya sumber-sumber dari kementerian-kementerian pusat, dan ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ini adalah satu kesalahan," katanya.
Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.
lawatan kerapnya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.
Katanya, beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.
Bernama memetik Najib sebagai berkata petang ini bahawa "Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai 71 kerusi negeri, dan ia mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke kawasan berkenaan kerana jaraknya.
Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan yang gabungan itu berada dalam bahaya.
SU agung MCA: Pakatan tak akan perintah S'wak
pilihan raya Sarawak 16 April ini, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata dakwaan pembangkang yang mereka mendapat cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan hanyalah bertujuan memainkan perasaan rakyat.
"Mereka hanya memainkan sentimen sahaja, nak putar belit dan cakap yang bukan-bukan. Saya tidak percaya bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan di negeri Sarawak," katanya dalam sidang akhbar di Miri hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini bahawa pembangkang akan memperoleh cukup sokongan daripada masyarakat Cina Sarawak untuk memerintah negeri ini.
Kong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata masyarakat Cina tidak perlu mempercayai dakwaan itu, sebaliknya perlu menyedari pentingnya mereka sentiasa bersama-sama dalam BN demi masa depan mereka.
- Bernama
Anwar naik angin ditanya tentang video seks.
Aidila Razak
Apr 10, 11
7:28pm
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila bertanya tentang video seks lelaki yang didakwa miripnya dengan seorang wanita muda.Ketua pembangkang itu naik angin bila ditanya wartawan tentang jam Omega, yang didakwa trio Datuk T yang menayang video itu, ditinggal Anwar di bilik hotel tempat rakaman itu didakwa dibuat.
Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?
Wartawan: Datuk Seri adakah...
Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.
Wartawan: Dalam tweet sebelum ni...
Anwar: Pasal apa saya nak jawab?
Wartawan: Itu sebab saya tanya.
Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Anwar: Pernah ada orang tanya?
Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri...
Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.
Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika...
Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.
Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.
Anwar: Dah habis soalan?
Wartawan: Belum
Anwar: Habiskan soalan.
Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang....
Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.
Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.
Anwar: Ya, saya tahu tugas media.
Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.
Anwar: Ya.
Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.
Anwar: Bila yang polis minta?
Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?
Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?
(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)
Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.
Wartawan: jadi...
Anwar: You tanya soalan I jawab.
Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.
Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.
Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?
Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.
Rakaman CCTV jadi bukti penting
KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kini menjadi bukti penting dalam menyelesaikan kes kematian Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihak kini sudah pun mengambil rakaman CCTV berkenaan dan dijadikan bahan bukti penting untuk kes itu.
“Satu analisa sedang dilakukan bagi mengenal pasti rakaman berkenaan. Begitupun, jika kes kematian yang diklasifikasikan mati mengejut itu angkara perbuatan jenayah, polis tidak akan memandang ringan dan akan mengambil tindakan. “Buat masa ini, kita tidak tahu adakah ia perbuatan jenayah atau tidak,” katanya ketika ditemui pada sesi dialog sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju semalam. Menurut Zulkifli, pihak polis memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan kes yang kini menjadi perhatian umum.
Polis siasat telefon bimbit milik Ahmad Sarbani - JSJ Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 10 April – Polis menjalankan siasatan menyeluruh termasuk maklumat yang diperolehi daripada telefon bimbit milik Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di kawasan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini Rabu lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, telefon bimbit pegawai itu sudah diserah kepada pihak forensik untuk dianalisis.
“Polis akan rakam percakapan daripada sesiapa sahaja yang kita fikir boleh bantu siasatan.
“Setiap hari ada maklumat dan petunjuk baru diperolehi dan kita yakin siasatan mampu diselesaikan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini. - Utusan