Jumaat, 8 Julai 2011
MB mohon Agong titah adakan referendum bebas
Surat tersebut telah dihantar kepada Seri Paduka petang ini.
Seterusnya, kata Khalid, kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Seri Paduka.
azlanKatanya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka yang sudi berjumpa dengan ahli jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.
Menurut Khalid, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campurtangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.
“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.
“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak
bertanggungjawab ini terus dilakukan,” kata menteri besar.
Khalid mendakwa, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti:
1. Memanipulasi kawasan persempadanan.
2. Jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen.
3. Penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa.
4. Penyamaran dan penukaran kotak undi.
5. Sistem undi pos yang menimbulkan tandatanya.
6. Waktu berkempen yang singkat; dan
7. Laporan media yang berat sebelah.
Menteri besar berkata, memorandum rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.
Terkini - Mohamad Sabu lepas sekatan rejim Isreal!!
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur
Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) dilaporkan sekarang, berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.“Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... " jawabnya ringkas.
Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. “Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja,” jawabnya.
Weblog Ibnu Hasyim telah menemui beberapa pemimpin Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor di beberapa hotel di Kuala Lumpur malam tadi dan sehari sebelumnya. "Kami sengaja datang awal untuk mengelakkan dari sekatan polis.: Kata mereka.
Kelmarin polis telah mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu memasuki Kuala Lumpur. Turut berada dalam senarai itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain itu penganjur yang mengadakan perhimpunan termasuk daripada Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa turut tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur. Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.
Sebelumnya Mat Sabu sudah beberapa kali ditangkap..
Semalam, 46 peguam PAS mula bertugas jam 10 malam tadi bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Menurut perkembangan terbaru Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis tidak memberikan sebarang permit.
Dalam kenyataan lewat petang semalam, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan gerakan itu komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.
“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih 2.0, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.
Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamat Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri. Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.
“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita,” katanya.
Selain mengeluarkan perintah larangan ke atas 91 individu, polis juga mengambil langkah pencegahan dengan menutup dan melencongkan hampir 50 jalan utama sekitar Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam tadi. Difahamkan kepimpinan PAS akan berkumpul di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru sebelum menuju ke Stadium Merdeka.
http://penorehgetah.blogspot.com
BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka
Jul 8, 11
1:33pm
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.
"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.
Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawabnya "ya".
Tiada silap komunikasi
“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".
Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu."Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.
"Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan,” katanya.
Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya.
Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah ditolak.
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan.Namun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.
“Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?”
Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.
100 seniman pertahan sajak pro-BERSIH
Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.
"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.
Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.
Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.
Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.
Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini.
Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:
- Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
- Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
- Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.
"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.
236 ditangkap, ribuan kini sekitar Masjid Negara
Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.
Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.
Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.
Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.
LAPORAN LANGSUNG:
11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.
"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.
11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
Anwar: Saya ada cara sertai BERSIH 2.0
Anwar berkata beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka serta menyokong himpunan awam berkenaan.
"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin pada program tazkirah perdana di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur malam semalam.
Anwar merupakan antara 91 individu yang dilarang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.
BERSIH 2.0 telah diisytihar sebagai pertubuhan haram dan diasak oleh kerajaan BN dengan menggunakan polis dan akta-akta 'kuku besi' seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehingga lebih 200 individu telah ditangkap atau didakwa.
Pada cermahnya, Anwar juga mengimbau surah Al-Kahfi yang menceritakan kisah anak muda yang diberi bantuan Allah kerana menolak kezaliman pemerintah.
Anwar turut menyatakan kekaguman dengan anak muda yang berani memperjuangkan hal keadilan dan yakin dengan perhimpunan ini, rakyat akan menyedari kezaliman Umno-BN.
"Kita bukan hamba, kita orang merdeka. Ini kemahuan anak muda kita," katanya.
21 ditangkap, ribuan kini sekitar Masjid Negara
Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.
Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.
Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.
Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.
Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.
LAPORAN LANGSUNG:
1055am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal laluan ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.
Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.
"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.
Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.
Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.
"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.
8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.
8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.
"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.
8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.
8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.
8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.
7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.
Senarai jalan sekitar Kuala Lumpur yang ditutup
1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM)
Selasa, 5 Julai 2011
Unggun Bersih
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan
Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.
"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.
Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.
Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.
"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.
"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.
Tuntut kebebasan berkata, berkarya
Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.
"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.
Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.
Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.
Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.
Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.
Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium
Jul 5, 11
5:08pm
Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini."Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.
“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.
“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Tepati janji
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan berharap pihak penganjur akan menepati janji mereka supaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebrang kejadian yang tidak diingini.
Perdana Menteri juga melahirkan ucapan junjung kasih kepada Seri Paduka di atas rasa keprihatinan yang amat berat baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh menganggu gugat keamanan dan keselamatan negara kita.
“Di atas rasa yang bertanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam maka baginda telah titahkan supaya semua pihak tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini,” katanya.
Sebelum ini selain BERSIH, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan bagi memprotes tindakan tersebut.
Ucap terima kasih
“Saya ucap terima kasih semua pihak (yang) menghormati titah baginda. Dengan ini maka tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan 9 Julai nanti,” katanya.Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan perhimpunan itu, pihak berkuasa khususnya polis terus menghambat rakyat yang menyokong pertubuhan itu.
Mereka yang memakai baju BERSIH atau memilikinya ditangkap manakala pejabat NGO itu juga digeledah dan barangannya dirampas.