Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 1 Jun 2014

PRK TELOK INTAN...DEBARAN MENANTIKAN KEPUTUSAN PENUH..

Saturday, 31 May 2014


Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.

DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, demikian ramal MalaysianInsider.

Cuaca di Teluk Intan dilaporkan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia

LINTAS LANSUNG oleh mkini, mstar, harakahdaily dll

5.30pm: Menurut SPR, seramai 39,850 atau 66.5 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini.

Peratusan itu adalah lebih rendah daripada yang diharapkan oleh DAP. Sejumlah 80.4 peratus keluar mengundi dalam PRU13.

5pm: Tempoh pengundian berakhir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.45 petang: Proses membuang undi berjalan lancar di semua pusat mengundi Parlimen Teluk Intan

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jeritan 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengaran,” tulisnya di Twitter.

Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

2.40 pm: Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN, lapor TMI.





Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.

"Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.

"Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar," katanya ketika ditemui media di Kampung Bahagia hari ini.

2.30pm: Menurut SPR, jumlah yang keluar mengundi setakat jam 2 petang adalah 52.21 peratus atau 31,286 pengundi.

2pm: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.

Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

1.28 petang : Setakat pukul 1 petang, seramai 27,955 pengundi atau 46.65 peratus membuang undi untuk P.76.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sehingga tengah hari ini saluran-saluran mengundi melibatkan pengundi muda mencatatkan jumlah pengundi yang agak rendah.

12.35 tengahari: Calon BN adakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan UKM.

12.00 tengahari: Rekod SPR menunjukkan seramai 25,050 pengundi atau 40.13 peratus sudah menunaikan hak masing-masing setakat ini.

11.33 pagi: Sidang media Pengerusi SPR memaklumkan berlaku dua insiden provokasi di SK Dato Laksamana dan SK Kampung Bahagia. SPR juga memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawan Malaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.

Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi. 10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.

10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min - Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.

Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan rakan-rakannya secara sukarelawan memandu membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

"Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi," katanya. 9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.

9.00 pagi: Pasir Bedamar - SJK(C) Phooi - Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

8.50 pagi: SRK Sekolah Perempuan Methodist - Pengundian di sini bermula agak perlahan. Seorang wanita warga emas tiba untuk mengundi dan kakitangan SPR membantu untuk mendapatkan kerusi roda.

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

8.15 pagi: SJKC San Min - Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Mah telah berkempen atas tema isu-isu tempatan seperti perkhidmatan majlis tempatan, manakala Dyana bertumpu kepada isu-isu nasional seperti kos hidup dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini.

SPR menipu jumlah undi tak sama?

June 1, 2014

JOM TENGOK JUMLAH UNDI DAN PENGUNDI YANG PELIK DI TELUK INTAN



"Kita tidak tahu mengapa peratusan keluar mengundi rendah. Kami perlu kaji. Bagaimanapun, ia adalah proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan, hari ini.

PRK Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir./malaysiakini

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu./mstar


-----------------------------------------------
KEPUTUSAN - PERAK: P076: TELUK INTAN

P076: TELUK INTAN: PERAK: 60,483

1. Mah Siew Keong (BN).........................20,157

2. Dyana Sofya Mohd Daud (DAP).................19,919

Jumlah Pengundi........................40,236 ?
Peratus................................67.4 %
Undi Ditolak...........................543
Majoriti...............................238

Penyandang: SEAH LEONG PENG: DAP
Undi Diperoleh 2013: 27,399  DAP
                              20,086  BN
Majoriti 7,313
- Bernama

Pembetulan

20,157 + 19919 + 543 = 40,619
                39,850 + 392 =  40242
  40,619
-40,242
 ______
      377  Mana datangnya 377 ni



DAP tumbang di Teluk Intan, di mana silapnya?

 

ANALISIS Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan berakhir semalam. Dan DAP gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud kalah tipis kepada calon veteran BN, Datuk Mah Siew Keong majoriti 238.

Semasa pengiraan undi semalam, di peringkat awalnya, Dyana mendahului dengan majoriti besar sehingga mencecah lebih 2,000. Namun majoriti itu turun naik dan turus merosot pada satu ketika ia tinggal 25 undi sahaja, dan seterus tewas tipis kepada Mah.

Sekali imbas, DAP dilihat telah gagal menterjemahkan keghairahan yang mengiringi pencalonan Dyana kepada kempen yang boleh memenangkan mereka.

DAP bermula dengan penuh semangat selepas penamaan calon pada 19 Mei lalu, tetapi berakhir dengan kekalahan tipis semalam.

Ada pihak yang berpandangan bahawa Dyana, seorang wanita Melayu muda dari DAP  - gagal diperkenalkan dengan baik kepada pengundi Melayu luar bandar yang kurang mesra dengan parti yang majoriti ahlinya masih lagi orang Cina.

Pengundi Melayu ini merupakan penyokong setia BN tetapi pada masa yang sama mempunyai rasa ingin tahu tentang wajah baru DAP itu.

Namun, DAP tidak menembusi kubu kuat BN/Umno dan hanya berpuas hati dengan siri-siri ceramah serta sesi ramah mesra calonnya bersama orang ramai.

DAP hanya mula melakukan lawatan rumah ke rumah di kawasan luar bandar dalam tempoh seperempat terakhir kempen mereka.

Peningkatan undi Melayu sebanyak 3 peratus sahaja kepada DAP seperti dinyatakan pengarah strateginya, Dr Ong Kian Ming adalah petunjuk jelas yang parti itu tidak menggunakan Dyana sepenuhnya untuk mencuri lebih banyak undi daripada BN.

Pada masa sama, DAP nampaknya juga tidak memahami demografi kerusi Parlimen ini yang merupakan campuran di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Menurut satu sumber DAP, analisis awal mereka mendapati parti itu menggunakan strategi kempen kawasan bandar untuk berkempen di kawasan luar bandar.

Dengan 65 peratus daripada penduduk di sini terlibat dengan industri berasaskan pertanian, isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan urus tadbir kerajaan yang baik tidak mempunyai makna yang jelas buat pengundi di sini.

DAP pada awalnya mungkin menarik nafas lega apabila ceramah mega terakhir mereka sehari sebelum hari membuang undi menarik kira-kira 10,000 orang.

Namun, ia juga tidak diterjemahkan kepada undi apabila peratusan pengundi Cina yang merupakan majoriti mereka yang hadir pada majlis itu, merosot sebanyak 15 peratus.

Ini kerana, sewaktu tempoh kempen yang bermula pada 19 Mei genap seminggu, cabaran terbesar DAP untuk mengekalkan kerusi ini mula kelihatan jelas.

Peratusan keluar mengundi yang rendah seperti pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei, berulang di Teluk Intan.

Akhirnya, BN kembali merampas kerusi ini apabila majoriti lebih 7,000 undi pada pilihan raya umum lalu kini hanya tinggal sejarah.

DAP mungkin boleh meletakkan beban kekalahan kepada pengundi luar Teluk Intan yang menyokong parti itu tetapi tidak pulang dalam jumlah yang cukup ramai untuk mengundi dan mengekalkan kemenangan mereka.

Namun, mereka ini juga tidak cukup dimotivasikan untuk pulang ke kampung bagi memastikan 'politik baru' yang dibawakan Dyana, menjadi satu kenyataan.


Ibnu Abbas · Top Commenter · Montreal, Canada
sb ini semua main tipu, kenapa bilangan keluar mengundi kurang drpd bilangan kertas undi. mainan apa ini.....sudah memang org yg takut akan buat apa saja untuk menang walaupun kotor....namun DAP jgn putus asa anda sudah kuat berkerja hari ini bukan milik kamu....nanti kejahatan akan bertemu dengan haknya.....

Mah rampas semula Teluk Intan dengan majoriti 238




Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus.

DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.


7.43pm: Keputusan rasmi

DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238

550 undi rosak.

8.20pm: Pusat operasi GERAKAN - Mah Siew Keong berucap secara ringkas kepada penyokong di hadapan pintu masuk bangunan ibu pejabat Gerakan.

Mereka menunggu beliau sejak beliau tiba pada jam 7.55 malam tadi dan terus bermesyuarat secara ringkas dengan petugas parti di dalam bangunan tersebut.

Beliau berharap agar penyokongnya bersabar jika pengiraan semula dilakukan.

"Sebab keputusan tidak rasmi sudah keluar tapi pihak lawan sudah cabar keputusan itu," katanya.

"Jika SPR akan membuat kiraan semula dalam beberapa jam lagi dan kita sabar, tak macam satu parti, dia tak sabar dia tulis di Internet semua dia menang.

"Kita hormati undang-undang, kita sabar sikit," kata Mah lagi yang disambut tepukan oleh para penyokongnya.


8.09pm: ADUN Canning Wong Kah Woh meminta para penyokong dan berikrar bahawa DAP akan berusaha lebih keras dalam pilihan raya umum ke-14.

Katanya, DAP akan meneliti kemungkinan untuk menjalankan kiraan semula undi.

7.51pm: Pemimpin GERAKAN mengumumkan menang pilihan raya kecil dengan majoriti hanya 238 undi.


7.57pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238


7.55pm: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di ibu pejabat Gerakan Teluk Intan dengan tersenyum lebar dan berjabat tangan dengan penyokongnya.

Beliau dijulang oleh penyokongnya dengan laungan "Mah Siew Keong!" Berulang-ulang kali.


7.47: Hanya tinggal undi dari satu saluran dari Sungai Bugis, kubu kuat BN, yang masih belum dijumlahkan.

7.43pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,830
BN - 19,805
Majoriti - 25


7.41pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,616
BN - 19,548
Majoriti - 68


7.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,529
BN - 19,288
Majoriti - 241.

Lebih 97 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.37pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,508
BN - 19,219
Majoriti - 289


7.33pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 279
BN - 18,581
Majoriti - 698.

Kira-kira 95 peratus undi sudah dijumlahkan.

7.29pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 202
BN - 18,379
Majoriti - 823.


7.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,769
BN - 18,069
Majoriti - 700.


7.26pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,172
BN - 17,501
Majoriti - 671.


7.24pm:
Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,536
BN - 17,138
Majoriti - 398.

Lebih 90 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.21pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,314
BN - 17,044
Majoriti - 270


7.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,112
BN - 16,900
Majoriti - 212


7.19pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,722
BN - 16,569
Majoriti - 153


7.18pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,303
BN - 15,800
Majoriti - 503


7.16pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,117
BN - 15,538
Majoriti - 579.

Lebih 80 peratus undi sudah dijumlahkan


7.14pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,980
BN - 15,151
Majoriti - 829.


7.13pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,796
BN - 14,805
Majoriti - 991


7.11pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,000
BN - 14,163
Majoriti - 1,289

7.09pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,635
BN - 13,349
Majoriti - 1,287

70 peratus dari keseluruhan undi sudah dijumlahkan.

7.07pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,426
BN - 13,135
Majoriti - 1,291

7.06pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,781
BN - 12,743
Majoriti - 1,038

7.01pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,054
BN - 11, 843
Majoriti - 1,211

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,736
BN - 11, 015
Majoriti - 1,721

6.56pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,407
BN - 10,518
Majoriti - 1,889

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,368
BN - 10,279
Majoriti - 2,087

6.53pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,081
BN - 9,936
Majoriti - 2,145

6.51pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,791
BN - 9707
Majoriti - 2,087

6.50pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,362
BN - 9, 451
Majoriti- 1,911

6.48: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,368
BN - 8,571
Majoriti - 1,797

6.46pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,000
BN - 8,287
Majoriti: 1,713

6.40pm: SMK Abdul Rahman Talib - Suasana di luar pusat penjumlahan masih tenang dan para petugas dilihat membawa masih peti undi ke dalam dewan.

Kawasan berkenaan dikawal ketat oleh anggota polis. Turut kelihatan, Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

6.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 9,264
BN – 7,987
Majoriti - 1,277

6.36pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 8,060
BN - 6,932
UNdi rosak - 176
Majoriti - 1,128
Undi dijumlahkan: 15,168 (41.16%)

6.31pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 7,216
BN - 6,495
Undi rosak - 168
Majoriti - 721
Undi dijumlahkan: 13,879 (37.66%)

6.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 6,435
BN - 5,716
Undi rosak - 142
Majoriti - 719

Lebih 30 peratus daripada undi sudah dijumlahkan

6.22pm: Keputusan tidak rasmi:
DAP - 5,424
BN - 4,884
Undi Rosak - 112
Majoriti - 540
Undi dikira: 10,420 (28.27%)

6.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 5,078
BN - 4,495
Undi Rosak - 107
Majoriti: 583

6.15pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 4,604
BN - 4,005
Undi Rosak - 102

6.05pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 572
DAP - 463

6pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 473
DAP - 413

Kool Lat · Top Commenter · Executive at Penang, Malaysia
Kalau tenguk keputusan tak rasmi di atas kesemua majoriti oleh DAP, kenapa tiba-tiba jumlah keseluruhan BN pulak menang???

BN rampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan

Mei 31, 2014

BN rampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan
BN rampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan 
TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. 550 undi rosak.

Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi.

Terdahulu, Gerakan menjangkakan akan berlaku pengiraan semula susulan keputusan tidak rasmi yang diumumkan sekitar pukul 8 malam. Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho berkata kepada penyokong mereka di ibu pejabat Gerakan di Teluk Intan yang mereka telah menang tipis sekitar lebih kurang 100 undi.

PRK Teluk Intan mencatat rekod jumlah yang keluar mengundi  kedua terendah pada PRK yang telah berlangsung sejak PRU-13.

Seramai 40,236 pengundi keluar mengundi hari ini iaitu sebanyak 66.67 peratus.

Pada PRU-13, seramai 48,839 pengundi atau 80.7% keluar membuang undi di Teluk Intan.


伍凯言 · Top Commenter · Homie at 在家做大少爷
universiti akan siap tahun 2090, highway akan siap 3050