Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 10 Mac 2010

UMNO/BN Berlaga..!

Posted on Wednesday, March 10 @ 00:40:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Analisis Isu Oleh: syifaarjuna

"Bismillah Wa Lillah..

Zulkifli Nordin dah pun dipecat. Fairuz yang dah lama menghilang pun tiba-tiba muncul kembali dengan jersi baru. Jersi biru. Entahlah. Sejak dua, tiga bulan ni, ramai sangat orang tukar jersi. Zulkifli Nordin pun tidak tahu lagi untuk menyarung jersi mana. Jersi hijau yang ditawarkan pun dah ditarik balik. Kesian. Namun, arjuna yakin.. Zulkifli Nordin ni ramai orang yang sarungkan jersi pada beliau. Cuma, risau takut tubuh beliau tidak muat untuk disarungkan mana-mana jersi. Kenapa dan mengapa.. ? Fikirkan lah ye..

Memang sekarang ini PR habis-habisan. DAP di Penang, PAS di Kedah dan Kelantan dan PKR di Selangor. Isu Lim Guan Eng yang dikatakan diktator, Isu Tok Guru Nik Aziz dengan SPRM dan Isu Tan Sri Khalid yang dikatakan berhutang berjuta-juta dengan Bank Islam serta macam-macam lagi. Inilah antara isu-isu yang dimainkan media arus perdana sekarang ini. BN tentulah gelak dengan gembira sangat.

Sehingga isu MCA yang tengah pening pun tak dihiraukannya. Begitu juga isu PPP dan MIC, langsung tak dihiraukannya. Hingga isu MIC,MCA dan PPP terus senyap sunyi. Sunyi tak bermakna aman. Sunyi tidak bermakna isu parti-parti kompenen BN itu sudah selesai. Tidak. Malah akan semakin parah dan tenat. Tenat dalam sunyi..! Isu perebutan kuasa dalam BN tidak akan selesai sampai bila.bila..! Sebab mereka berjuang untuk kuasa..!
Tengoklah nanti.. semakin PR diserang, BN akan semakin parah. Di saat PR diserang, kaum Cina dan kaum India akan beralih untuk menyokong PR. Kes DSAI akan banyak membantu. Drama yang diarah semula ini mungkin akan berjaya pada BN tetapi tidak akan berbekas di hati rakyat. Rakyat tidak akan percaya akan drama ini. Kalau masuk dalam pawagam pun.. jumlah penontonnya tidak seberapa. Sebagai contoh, kalau anda menonton filem-filem sekarang ini, adakah sama tontonan pertama dengan tontonan kali ke dua..? Tidak sama sekali..! Hanya orang bodoh akan percaya drama lakonan semula ini. Nampak sangat untuk menganiayai DSAI..!

Salam Syifa'..
www.syifaarjuna.blogspot.com
"

TranungKite

Harussani: PAS angkuh dan sombong kerana enggan bergabung dengan UMNO!

Posted on Wednesday, March 10 @ 01:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Berita
Berikutan kenyataan celupar Harussani bahawa PAS sombong dan angkuh kerana enggan bergabung dengan UMNO menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Perak. Tok Guru Nik Aziz sendiri dan kepimpinan PAS bersetuju untuk turun padang dan mengadakan forum bersama Harussani untuk menyelesaikan isu yang melanda ummah ini. Oleh: dewa

"Kenyataan terkini Harussani dalam program dialog di UKM bahawa PAS sombong dan angkuh kerana enggan bergadung dengan UMNO menunjukkan belangnya selama ini. Harussani sekarang terpaksa mencari-cari alasan untuk mengelak dari menghadiri forum bersama Tok Guru Nik Aziz bagi menjelaskan isu ini. Mari lihat 3 tindakan susulan yang dibuat oleh Harussani:

Berikutan kenyataan celupar Harussani bahawa PAS sombong dan angkuh kerana enggan bergabung dengan UMNO menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Perak. Tok Guru Nik Aziz sendiri dan kepimpinan PAS bersetuju untuk turun padang dan mengadakan forum bersama Harussani untuk menyelesaikan isu yang melanda ummah ini.

Kenyataan Harussani yang menempelak PAS kerana memilih untuk setia bersama DAP dan Pakatan, dan bukannya UMNO menimbulkan kemarahan jemaah dalam PAS. Persoalannya, adakah Harussani cukup jantan untuk menghadiri forum tersebut?

Demi kebenaran dan keadilan, Harussani dibenarkan membawa geng-gengnya dari UMNO dalam forum tersebut, sebagai ahli panel.

Kini, Harussani ada 3 pilihan:

1. Menjadi anak jantan dan menghadiri forum tersebut dan menjawab isu-isu yang berbangkit.

2. Lari dari forum dan dicop pengecut dan barua UMNO seumur hidupnya.

3. Membuat sidang media menarik balik kata-katanya sebelum ini.

Mari lihat apa yang akan dipilih oleh mufti pujaan hati ahli-ahli UMNO ini.

Berjudi dan bertaruh itu haram. Sekiranya bertaruh itu halal, saya sanggup bertaruh bahawa Harussani akan lari sebagai pengecut dengan 1000 alasan.

Wassalam

"
TranungKite

Jumaat, 5 Mac 2010

Eja trauma dakwa anak didera amah

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


Eja

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.

"Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie," katanya.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama 'Seputeh Qaseh Ramadan' selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.

"Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami.

EJA bersama Nur Eishal.

"Saya dapat rasakan Susie mempunyai masalah jiwa, dari raut wajah, dia nampak seperti seorang yang berdendam dan tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dengan sempurna.

"Saya tidak pernah memarahinya, jauh sekali mengasari atau menderanya. Jika menegur, saya lakukan dengan baik, tidak pernah saya meninggikan suara.

"Bagaimanapun, Susie tidak boleh ditegur, dia akan balas dengan melakukan kerosakan pada barangan rumah saya. Bayangkan daripada pintu bilik, tangga, lantai hinggalah kepada kelengkapan rumah, barangan elektrik dan periuk belanga, semuanya bertanda. Dia mungkin mencalar dan menetaknya dengan pisau dan senjata tajam.

"Mulanya, saya menganggap Susie seorang yang kasar ketika melakukan kerja rumah, jadi saya dan suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin tidak mengendahkannya, tetapi selepas melarikan diri, dia meninggalkan kerosakan yang lebih besar.

"Saya pelik kerana mendapati muka dan badannya calar balar pada hari pertama bekerja di rumah saya, alasannya jatuh motosikal, tetapi sejak itu, saya mula tidak sedap hati," katanya.

Eja berkata, dia membuat laporan kedua kerana mahu Susie bertanggungjawab atas perbuatannya, selain bimbang keselamatan orang lain juga terancam jika mengambilnya bekerja.

"Saya percaya, wanita yang menipu identiti ini kerana dalam pasport namanya Mona, tetapi mahu dipanggil Susie, seorang yang bahaya," dakwanya.

Berita Harian

Isnin, 1 Mac 2010

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah


Feb 25, 10 4:14pm

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

- Bernama

Royalti: 3 ADUN Umno sokong usul DUN K'tan


Mac 1, 10 3:25pm

Ketua Pembangkang dari Umno, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menyokong usul yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan agar Exco negeri memikirkan tindakan sesuai, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi, lapor Harakahdaily.

Turut menyokong usul itu ialah dua lagi ADUN Umno/BN - Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah). Mohd Alwi adalah ADUN Kok Lanas.

ADUN Umno/BN yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu, lapor Harakahdaily lagi

Usul itu dikemukakan oleh ADUN Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

ADUN Umno/BN Kuala Balah adalah antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli dewan memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi, termasuk enam yang dimenangi oleh Umno/BN.

MalaysiaKini

Khamis, 25 Februari 2010

Merancang kewangan anda


USAH terlalu boros dalam berbelanja, pastikan anda menyimpan pendapatan anda.


WANG adalah pasport untuk kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Menguruskan wang ketika remaja adalah perlu. Ini kerana, ia bakal memberikan pulangan yang banyak ketika anda berusia kelak.

Rancangkanlah kewangan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja menjamin masa depan yang selesa tetapi sebagai bekalan jika anda menghadapi kesukaran nanti.

GenK membantu menyenaraikan beberapa tip buat panduan remaja untuk mengurus dan merancang kewangan:

1. Uruskan wang

Mungkin ada remaja yang berpendapat, menguruskan wang semasa muda adalah tidak perlu. Bagi mereka ia terlalu awal untuk merancang kewangan kecuali jika mereka sudah bekerja.

Namun begitu, jika anda bersikap demikian ia hanya merugikan diri sendiri. Menabunglah daripada sekarang. Sebagai contoh, jika anda menabung 50 sen sehari, maka untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan meperoleh wang sebanyak RM912.


KAD kredit akan membuatkan anda menjadi penanggung hutang lebih buruk jika tidak bijak menggunakannya.


2. Berbelanjalah dengan baik

Jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda selalu diajak rakan untuk membeli-belah. Apa kata kadangkala anda menolak pelawaan rakan secara baik atau berikan sahaja alasan munasabah supaya tidak mengikut mereka berbelanja. Cuba menahan diri daripada godaan barang. Ada sesetengah remaja yang pantang melihat barang yang disukai, pasti akan dibelinya barang tersebut.

Selain itu, sebelum membeli sesuatu barang sentiasalah membuat perbandingan harga. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli tudung. Apabila anda pergi ke satu kedai, jangan terus membeli tudung di kedai tersebut. Cuba pergi ke kedai lain dan buat perbandingan harga. Jika anda boleh mendapatkan harga tudung yang jauh lebih murah di kedai lain, mengapa anda perlu membazir wang membeli tudung yang mahal.

3. Faham tentang modal dan pendapatan

Salah satu konsep wang yang paling penting untuk anda tahu adalah memahami perbezaan antara modal dan pendapatan. Modal adalah berupa wang, hartanah, saham atau pelaburan lain yang menghasilkan pendapatan bagi sesiapa sahaja yang memilikinya.

Cara paling baik untuk ingat perbezaannya dengan memikirkan pokok yang berbuah.

Pokok itu sendiri adalah modal, manakala buahnya pula merupakan pendapatan. Jika anda terus memiliki pokok (modal) anda akan terus menghasilkan buah (pendapatan) setiap tahun. Selain itu, upah atau gaji yang diperoleh anda juga merupakan pendapatan daripada modal kerja.


JIKA remaja menabung syiling sebanyak 50 sen sehari selama lima tahun anda akan mengumpulkan wang sebanyak RM912.


4. Risiko kad kredit

Kad kredit adalah cara yang mahal untuk meminjam wang. Anda akan menghadapi risiko besar apabila membayar wang kad kredit nanti. Jika anda ingin berbelanja tetapi tidak mempunyai wang tunai, memadai sahaja jika menggunakan kad debit bank. Anda tidak perlu membayar hutang tetapi hanya menolak wang perbelanjaan tersebut daripada bank simpanan anda.

5. Elak daripada meminjam bank

Jika meminjam, anda seolah-olah membebankan kewangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, jika anda meminjam wang RM10,000 daripada bank. Walaupun anda membayar balik pinjaman dengan menolak wang gaji pada setiap bulan tetapi anda tetap dikenakan faedah yang banyak.

Lingkaran awan ganjil di Mexico



LINGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya. - Agensi

Isnin, 22 Februari 2010

'Indeks mi segera' ukur kegawatan


Salhan K Ahmad
Feb 22, 10
11:01am

Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu lalu, kebanyakan kedai-kedai makan ditutup. Malah, salah sebuah pasar malam yang dikunjungi juga tidak ramai penjual dan pembelinya. Tidak seperti selalu.

Mengamat dengan lebih dekat, sebuah gerai di pasar malam tersebut, yang dikenalpasti sebagai sumber masakan Pantai Timur yang 'boleh tahan' di kawasan Ampang, langsung tidak kelihatan pada malam itu.

Beberapa kedai makan kegemaran di sekitar Lembah Klang turut bercuti sehingga seminggu sempena Tahun Baru Cina. Berbeza keadaannya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kedai-kedai orang Melayu ditutup, kedai-kedai milik orang Cina masih dibuka.

Antara yang ditutup, sebuah kedai makan dengan masakan ala-Thai, juga di Ampang. Hidangan yang ditawarkan di situ agak OK berbanding menu umum 'goreng-goreng dan masakan panas' di kedai makan lain di sekitarnya. Namun apakan daya....

Setelah mengambil kira pilihan yang ada, saya bersama seorang teman kemudiannya menuju ke sebuah restoran makanan segera yang menjadikan ayam sebagai menu utama. Bagaimanapun kami khuatir untuk membuat pesanan apabila melihat gambar peha ayam di dalam menu mereka itu lebih besar berbanding bekas air minuman ringan.

Bimbang ditimpa keracunan radioaktif, kami kemudiannya memilih untuk pulang dan makan mi segera sahaja. Tambahan pula, malam makin larut dan klinik-klinik kesihatan juga masih banyak yang ditutup.

Kami memilih 'makanan zaman perang Jepun' itu sebagai satu protes ke atas peniaga-peniaga berkenaan (termasuk pengusaha gerai nasi kerabu itu juga) kerana mewujudkan satu situasi 'kegawatan kedai makan' dengan menutup perusahaan mereka sempena Tahun Baru Cina.

Di Thailand, kadar pemakanan mi segera digunakan untuk mengukur kesan kegawatan ekonomi yang dirasai rakyat negara itu melalui Mama Noodle Index pada 2005. Indeks berkenaan diterbitkan daripada satu pemerhatian bahawa pengguna akan mengurangkan perbelanjaan untuk makanan ketika pendapatan mereka berkurangan.

Ia timbul berdasarkan pencapaian jualan satu jenama mi segera 'Mama' di negara itu yang mencatatkan peningkatan jualan yang signifikan, walau ketika ekonomi Thailand menunjukkan tanda-tanda kegawatan pada tahun tersebut.

Lalu, mungkin satu indeks yang sama boleh diadaptasikan di negara ini bagi mengukur kesan tindakan pengusaha-pengusaha kedai makan yang mengambil cuti sesuka hati tanpa memikirkan keperluan makanan warga muda dan orang-orang bujang.

Sememangnya keadaan ini tidak sedahsyat mana, berbanding situasi yang dialami warga Jepun selepas negara itu diletupkan dengan bom atom Amerika Syarikat pada 1945. Bagaimanapun, kekurangan makanan dalam zaman pasca perang inilah yang melahirkan mi segera.

Teknologi menyedikan mi segera ini dipelopori Momofoku Ando, pengasas kepada syarikat Nissin Food Products yang berani melanggar bentuk konsesi yang ditetapkan oleh kuasa Perikatan.

Kuasa Perikatan di Jepun pada masa itu menggalakkan rakyatnya makan roti gandum, yang perlu diimport daripada Amerika. Bagaimanapun Ando memperkenalkan mi pra-masak itu bagi membolehkan warganya terus menikmati mi, yang lebih dekat dengan selera masyarakatnya, berbanding roti.

Alasan yang diberikan kerajaan, pengeluaran mi pada masa itu tidak dapat memenuhi keperluan makanan masyarakatnya, maka Ando melihat keadaan pada masa itu sebagai satu peluang kepada syarikatnya.

Keadaan ini terbukti dengan peningkatan mendadak jumlah jualan mi segera selepas itu. Sehingga 2008, dianggarkan sebanyak 94 juta hidangan makanan itu dimakan setiap hari di seluruh dunia, manakala mi segera muncul menjadi ciptaan paling penting di Jepun bagi kurun ke-20.

Kembali ke dalam negara, sehingga rencana ini ditulis, kedai makan ala-Thai di Ampang itu masih belum beroperasi malam ini.

Using their noodles

Bangkok
September 5, 2005

It's unlikely to replace the country's stock exchange index, but Thailand has come up with a new economic barometer - the Mama Noodle Index.

When the economy gets bad, the sales of Mama, the country's top-selling brand of instant noodles, shoot up, according to economists and businesspeople quoted by The Nation newspaper today.

"One of the more bizarre economic indicators to emerge in recent years, the noodle index works like this: Tighten your belt, spend less on food. As a cheap eat, instant noodle sales therefore rise exponentially," the newspaper said.

As Thailand's economy recovered in recent years from the 1997 economic crisis, Mama sales were steady.

But with economic weakness beginning to show up last year, sales went up by five per cent and then jumped 15 per cent over the first seven months of 2005 from the same period last year.

Thailand's economic performance is expected to slow to a growth rate of three per cent to four per cent this year because of record high oil prices, violence in southern Thailand, and the after-affects of the tsunami.

"Since food is a basic necessity for everyone, more and more consumers will turn to lower-priced products," economics professor Pongsak Luangaram was quoted as saying.

Prices of instant noodles start at five baht (15 Aust cents) a pack.

- AP

Japan votes noodle the tops
Instant noodles
Noodles are now popular around the world
Forget state-of-the-art gadgetry, the Japanese believe their best invention of the 20th century was instant noodles.

And their second best idea - ahead of personal stereos, computer games and impossibly small cameras - was karaoke.

Sony Walkman
The Walkman was beaten down to third place
Instant noodles were created in 1958 by Japan's Nissin Foods.

Ironically, Japan's food industry initially rejected the product as a novelty with no future. It could hardly have been more wrong.

''Instant noodles, representing 'Made in Japan', are now not only just a national food but a global food,'' the Fuji Research Institute said, as it released the results of a survey of what the Japanese see as their best exports.

Walkman

Karaoke, which allows would-be Elvis Presleys and Whitney Houstons to embarrass themselves in front of friends and strangers, was second in the poll.

pokemon
Pokemon: In at No 8
The Walkman personal stereo, first released by Sony in 1979, came third, followed by home computer consoles, compact discs and compact cameras.

Older respondents helped put the films of director Akira Kurosawa at number seven, just ahead of Nintendo's Pokemon cartoon and video game characters.

Kurosawa established his name in the 1950s with Seven Samurai, later remade as The Magnificent Seven, and his samurai adaptations of Shakespeare's King Lear and Macbeth.

Ahad, 21 Februari 2010

Rosmah nafi 'tangan ghaib' di belakang Najib


Feb 20, 10 7:00am

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

Jumaat, 19 Februari 2010

Penangan anak Normadiah

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


GANDINGAN Azlina, Musly dan Liza meninggalkan kenangan manis kepada penonton Imbauan 2.

Vokal Azlina dan Liza dalam Program Imbauan 2 di Dewan Filharmonik Petronas bangkitkan nostalgia

SIAPA yang tak kenal dengan Allahyarhamah Seniwati Normadiah. Setiap kali figura hebat ini muncul di layar lebar, pasti akan ada yang menjuih bibir sebagai tanda membenci pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini. Watak ibu tiri, isteri yang curang memang sering diberikan padanya. Namun, hakikatnya, Normadiah adalah antara pelakon yang cukup berkarakter pada zaman kegemilangannya.

Berikan apa saja watak padanya, pasti dia akan merealisasikan dengan baik. Namun pemilik nama asal, Norma Abdullah ini bukan saja hebat di pentas lakonan malahan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Kerap juga suaranya digunakan sebagai penyanyi latar untuk sesebuah filem. Paling membanggakannya apabila dia diberi kepercayaan untuk berduet dengan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu Bulan Dan Juga Angin yang dipetik menerusi filem Panggilan Pulau yang diterbitkan sekitar 1954.

Sehingga kini, lagu nyanyiannya masih terus dialunkan oleh penyanyi masa kini dan ada juga yang dirakam semula. Antara penyanyi yang pernah merakamkan lagu seniwati ini ialah Datuk Sheila Majid, Noraniza Idris dan juga anak kandung penyanyi itu sendiri, Azlina Aziz. Bak kata pepatah lama, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Dan vokal milik Azlina dan juga adiknya Liza jelas saling tak tumpah seperti arwah ibunya.

Dan kelunakan serta kemerduan vokal mereka berdua itu dilontarkan mereka ketika menjayakan program Imbauan 2, yang berlangsung di lokasi berprestij, Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, malam minggu lalu. Sebagai pewaris kepada seniwati terkenal itu, Azlina dan Liza dengan dibantu rakan duet, Musly Amir mereka menyampaikan kembali lagu yang pernah dinyanyikan Normadiah suatu ketika dulu.

Persembahan malam itu dimulakan dengan segmen prelude, iaitu persembahan muzik secara instrumental yang dialunkan oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas seramai 51 orang pemuzik itu. Setiap melodi yang dialunkan mempunyai terjemahan tersendiri terhadap karakter seniwati tersohor itu. Sewaktu segmen itu berlangsung, perhatian audiens tertumpu pada layar lebar yang menayangkan klip lakonan Normadiah bersama suaminya Allahyarham Aziz Jaafar.

GUBAHAN muzik pimpinan Ahmad Muriz buat penonton kagum.

Usai segmen itu, muncul Azlina mengenakan gaun labuh rona lemak ketam membawakan lagu Jangan Merajuk, yang dipetik dari album solo ibunya itu yang berjudul Sumbangsih-Ku.Tak perlu dipertikaikan kehebatan penyanyi yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang seni ini. Nyata, vokal gemersiknya adalah senjata utama untuk menyihir penonton untuk terus menyaksikan persembahan seterusnya.

Mengambil alih pentas selepas itu, Liza menyampaikan lagu Dewa Dewi. Lagu berentak inang ini dirakamkan oleh Normadiah di dalam album kompilasinya yang berjudul Dua Biduanita. Lagu ini juga pernah dirakamkan oleh Azlina sekitar tahun 80-an. Untuk persembahan malam itu, Dewa Dewi digubah semula oleh Mohd Husin Osman.

“Terima kasih kerana sudi hadir malam ini. Saya akui teruja dengan sambutan yang diberikan,” ujar Liza sambil diiringi tepukan gemuruh penonton yang terhibur dengan persembahannya itu.

Sesuai dengan tajuknya Imbauan, malam itu juga adalah malam mengimbas kembali nostalgia lama. Kedengaran juga ada tetamu yang bernyanyi-nyanyi kecil mengikut lirik yang dilantunkan kedua-dua penyanyi itu. Mungkin ada kenangan manis atau pahit yang terjadi membuatkan lagu yang dinyanyikan malam itu begitu dekat di hati mereka. Selain persembahan memukau Azlina dan Liza, turut cemerlang malam itu ialah Musly.

Azlina Aziz

Dengan pengalaman yang ada, Musly dengan mudah menjadikan pentas itu miliknya menerusi nyanyian dan lakonan bersahaja. Pemilihan Musly sebagai gandingan untuk kedua-dua penyanyi itu memang tepat kerana dia dengan mudah memberikan impak yang begitu baik terutama untuk lagu nostalgia seperti ini. Gaya nyanyiannya yang menyerupai Seniman Agung itu ditambah dengan aksi melucukan membuatkan hadirin yang hadir tak kering gusi dengan telatahnya itu.

Bekas juara Pertandingan Bintang P Ramlee 1984 itu menyampaikan lagu Mengapa Riang Ria bersama Liza dan bergandingan dengan Azlina menerusi lagu Itulah Sayang. Dia juga menyanyikan lagu medley Cinta Sejati, Sejiwa, Jangan Menjeling serta Apek dan Marjinah yang dipetik dari filem Ali Baba Bujang Lapuk. Lagu lain yang dinyanyikan termasuklah Penggodaan, Membelai Asmara, Janji Diikat dan Cahaya. Manakala lagu Seri Dewi Malam, Selendang Sayang serta Bulan Dan Juga Angin adalah lagu yang disampaikan secara instrumental oleh KSPP yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Program yang diterbitkan Hartini Abdullah ini dibuat atas dasar ingin memberi ruang dan peluang kepada pemuzik muda KSPP untuk mengubah kembali lagu dari tahun 1950-an dan 1960-an dalam bentuk simfoni orkestra supaya menjadi lebih segar untuk diperdengarkan kepada penonton. Pada 2008, artis yang terpilih untuk menjayakan program ini ialah Datuk Khatijah Ibrahim.

Persembahan yang berlangsung selama dua malam berturut-turut itu turut dihadiri ramai selebriti tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Aziz Sattar, Azean Irdawaty, Nassier Wahab, Julie Dahlan, Fetty Dzul, Hail Amir dan Latiff Ibrahim.

Berita Harian

Penawar rindu

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my




Filem My Name Is Khan kembali jalinkan kasih Kajol dan Shah Rukh Khan

SEKIAN lama, gandingan Kajol Devgan (dulunya dikenali dengan Kajol Mukherjee) dan Shah Rukh Khan (SRK) antara yang dinanti-nanti peminat setia filem Bollywood. Mereka antara pasangan yang dilihat begitu serasi di layar perak. Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hai antara contoh yang mencetuskan fenomena dan kegilaan peminat terhadap mereka.

Kali terakhir mereka bergandingan ialah pada 2001 menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham. Tahun ini, kerinduan pasti terubat apabila pengarah filem, Karan Johar sekali lagi menyatukan mereka dalam filem penuh kontroversi, My Name Is Khan (MNIK). Ia mula ditayangkan serentak di beberapa negara termasuk Malaysia sejak 12 Februari lalu.

Namun jika ada yang bertanggapan filem MNIK seperti filem melodrama yang penuh dengan air mata dan emosi, barangkali persepsi itu harus dibuang ketepi. Tak mustahil akan ada yang keluar panggung dengan perasaan hampa. Ironinya, karya Karan ini tidak seperti filemnya yang terdahulu. Karan sebenarnya mahu menyuntik idea segar.

Hal itu diakui sendiri isteri Ajay Devgan yang menyifatkan Karan cuba lari daripada sisi klise filem Bollywood. Bagi Kajol yang sudah bergelar ibu kepada anak bernama Nysa, apa yang dilakukan Karan seiring dengan haluan pemikirannya yang semakin matang. Setiap perubahan itu perlu, cuma ia mengambil masa untuk memberi pemahaman kepada sesiapa yang menerimanya.

“Barangkali akan ada yang menyangka filem ini bukan hasil arahan Karan kerana ternyata ia sangat berbeza dengan sentuhannya selama ini. Ia adalah filem baru yang penuh dengan pelbagai aspek baru termasuk dari segi teknik mahupun garapannya,” kata Kajol mengenai filem MNIK.

KARAN JOHAR bersama Kajol dan SRK.

Mengenai gandingan bersama SRK selama lapan tahun, Kajol memberitahu dia tidak boleh menidakkan keserasian berlakon dengan SRK terus wujud. Karan sendiri bersetuju dengan cara mereka menghidupkan watak yang diberi. Lagipun mereka bersahabat baik dan gerak hati mereka juga sering sama secara kebetulan.

“Sepanjang mengenali dan berlakon di sampingnya, saya bertuah kerana dapat menimba pengalaman berharga. SRK memang seorang pelakon yang hebat. Biarpun sudah terkenal, dia masih tetap seperti dulu. Dia bukan saja menghafal skrip sendiri sebaliknya lontaran dialog pelakon lain,” kata Kajol yang dijadualkan muncul dengan tiga buah filem lagi pada tahun ini.

Penuh kontroversi

MNIK bukan karya komersial Hindustan yang biasa. Selain cinta dan kegembiraan, sebaliknya MNIK dilihat sebagai pendekatan lain yang menyentuh aspek politik dan agama. Percubaan Karan juga dilihat terlalu kebaratan seperti membikin sebuah filem yang berwajah Hollywood.

ANTARA kekecohan yang berlaku di India gara-gara kemunculan filem ini dan kenyataan SRK. - Foto Reuters

Tapi setidak-tidak filem edaran Fox Star Entertainment ini mencatat sejarah tersendiri apabila diundang menyertai Festival Filem Berlin yang diadakan sejak 11 hingga 21 Februari ini. Bagaimanapun, di beberapa lokasi di India, SRK turut menimbulkan kemarahan pengikut parti pelampau Hindu, Shiv Sena berhubung kenyataannya mengenai Liga Kriket Perdana India (IPL).

Pelakon itu yang mempunyai pasukan IPL, Kolkata Knight Riders dikecam oleh parti itu kerana memuji pemain Pakistan. Selama ini parti berkenaan tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa yang memuji kehebatan rakyat Pakistan dan mereka cuba menghalang tayangan filem lakonan Shah Rukh itu di Mumbai sebagai tanda protes.

Kemarahan mereka nyata meluap luap apabila ada yang mengoyak poster filem itu. Malahan protes ini turut menyaksikan campur tangan aktivis India Muslim di sana. Aktivis ini mendakwa aktor Bollywood yang berakhir dengan nama Khan seperti Aamir Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan sendiri sebagai anti nasionalis.

Bukan cerita pengganas

APA juga kontroversi yang melanda filem ini tidak sesekali menjadi penghalang kepada peminat setia Kajol mahupun SRK untuk menyerbu panggung.

Kajol membawakan watak Mandira seorang janda anak satu yang bekerja di salun rambut. Dalam perjalanan kehidupannya, Mandira (wanita Hindu) bertemu dengan Rizwan Khan lakonan Shah Rukh. Bagaimanapun karakter Rizwan berbeza seperti yang pernah dilakonkan. Rizwan ialah lelaki Muslim yang menghidap penyakit autisme, sindrom Asperger. Selepas Rizwan dan Mandira berkahwin (biarpun berlainan agama), kebahagiaan mereka diragut sekelip mata.

Semuanya bermula selepas serangan 11 September 2001 (9/11) yang terjadi di Amerika Syarikat. Rentetan itu, mereka mula berdepan dengan masalah apabila perbezaan agama Islam mula diperbesarkan di sana. Nama Khan yang dimilikinya dan juga anak tirinya, Sameer Khan (Sam) mula menjadi masalah kepada mereka.

Sam meninggal dunia ketika berbalah dengan rakannya apabila soal agama mula diperkotak-katikkan. Tragedi kematian anak mereka mula mencetuskan konflik di antara Rizwan dan Mandira hingga perpisahan terjadi apabila Mandira menggesa Rizwan untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.

Mandira mahu Rizwan berjumpa Presiden Amerika Syarikat dengan menyampaikan satu mesej berbunyi, “Nama saya Khan, saya bukannya pengganas.” SRK dalam satu temu bual yang diadakan pada Ogos 2009 menafikan filem berkenaan berkisar kepada pengganas atau kesan serangan tarikh peristiwa 9/11.

“Sebaliknya, ia adalah mengenai hubungan membabitkan dua manusia dan kepentingan seseorang dalam melakukan pengorbanan untuk negaranya. Selain itu, ia juga membabitkan kisah cinta, agama dan kesengsaraan hidup. Secara tidak langsung filem ini menekankan hubungan negara Barat dengan orang Islam sejak beberapa tahun ini.

“Filem ini bukan mengenai orang kurang upaya yang berjuang terhadap skeptikal kekurangan dirinya. Sebaliknya mengenai lelaki kurang upaya yang berjuang terhadap kekurangan yang melanda dunia sekarang ini yakni mengenai keganasan, kebencian dan perbalahan,” kata SRK yang wajar dipuji kerana melakonkan watak Rizwan.

Berita Harian