|
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata seorang rakannya memberitahu bahawa jumlah sebenarnya ialah 700 lori pasir.
Dan menurut Dr Mahathir lagi, rakannya itu memberitahu, ianya adalah pasir salika yang digunakan untuk menghasilkan mikrocip.
"Singapura memerlukannya untuk membuat mikrocip," jelasnya.
Dan dalam nada yang sinis, Dr Mahathir menambah: "Saya tidak tahu beberapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."
Katanya, menjual bahan mentah tidak banyak pulangannya dan oleh itu adalah lebih baik ditambah nilainya dengan memproses bahan mentah itu.
"Ia tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Kilang kaca melakukannya (saya rasa) sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.
"Mengapa tidak hasilkan wafer silicon dan menjualnya kepada Singapura," soalnya.
"I rasa ada orang yang tidak bercakap benar," tambahnya.
Malaysia Kini
- Dalam kajian ini, sampel pasir silika dari bekas lombong milik Syarikat Paling Kenangan Sdn. Bhd., Bandar Baru, Kedah telah dikaji kesesuaiannya untuk penghasilan kaca kristal.
- Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang mengandungi silikon dioksida. Nama IUPAC silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.
- Pasir silika salah satu bahan untuk membuat sel surya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan