Rabu, 23 April 2014
MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN
Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.
Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.
Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.
Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.
Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.
Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.
Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!
Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.
Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?
Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang ‘accurate’ bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.
Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan