GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng memberi tempoh 24 jam kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin
Hassan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung isu
projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.
Guan Eng berkata, Nasruddin kini berhadapan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.
"Saya terkejut dengan tindakan serangan Nasruddin itu. Tuduhan itu tidak berasas dan pembiayaan terowong serta penganugerahan projek itu merupakan satu prosedur tender," katanya dalam pada sidang media di pejabatnya di sini.
Nasruddin sebelum ini dilaporkan hairan kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diselar berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.
Sedangkan kata Nasruddin, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
Tambah Guan Eng, Nasruddin berbohong termasuk memberi fakta salah mengenai pembinaan projek mega itu.
"Antara pembohongannya termasuk mengenai pemberian rundingan terus dalam pembinaan projek terowong berkenaan serta dakwaan Nasruddin yang menyifatkan Kerajaan Pulau Pinang mencatat defisit selama enam tahun.
"Kita juga tidak pernah mengalami belanjawan defisit sebaliknya mencatat lebihan belanjawan," ujarnya.
Tegasnya, penganugerahan projek itu dibuat secara terbuka dengan kos sebanyak RM3.6 bilion dan bukan secara rundingan terus dengan kos RM4.63 bilion seperti didakwa Nasrudin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan