Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata pegawai khasnya, Sufi Yusoff.
Sufi berkata, bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.
"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya melalui emel hari ini.
Sufi berkata, bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.
Sementara itu, beliau berkata, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.
Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lalu kerana jangkitan pada dada selepas mengalami batuk dan demam.
- Bernama
iDAN: Agar Ayahda Tun cepat sembuh.
Dr Mahathir stabil, perlu berehat: Mukhriz
Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi kerana batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.
Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.
"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit...biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya hari ini.
Katanya, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya supaya sembuh secepat mungkin.
"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk gear lima, dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.
"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau...kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," katanya.
Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan