Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 26 Julai 2011

Kecewa pemimpin sokong Bersih, ahli Pas sertai UMNO


PASIR PUTEH 25 Julai - Kecewa dengan tindakan pemimpin Pas menyokong demonstrasi jalanan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seramai 20 ahli parti itu termasuk seorang bekas penghulu bertindak menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam majlis 'Selamat Tinggal Pas Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga' di Kampung Alor Pasir di sini, malam tadi.

Menurut bekas Penghulu Mukim Gong Nangka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Zakaria Mat Husin, 53, orang Melayu sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali bersatu kembali dalam perjuangan UMNO untuk membela nasib agama dan bangsa.

Beliau berkata, hala tuju perjuangan Pas sekarang sering berubah kerana kepentingan politik walaupun bercanggah dengan prinsip asal perjuangan parti itu.

"Lebih mendukacitakan apabila wujud sikap mementingkan kroni daripada tuntutan agama," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut.

Zakaria yang menyandang jawatan penghulu selama 10 tahun berkata, lebih memalukan orang Melayu dan umat Islam apabila Pas sekarang sanggup diperkuda oleh musuh Islam sendiri sebagaimana berlaku dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu.

"Menyedari hakikat itu, saya akan berusaha menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas dalam kawasan Peti Undi Gong Nangka supaya memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak," katanya.

Bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Alor Pasir, Mohd. Jizi Omar, 30, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersubahat dengan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.

"Sedangkan kita tahu Ambiga banyak menentang perjuangan Islam sebelum ini," ujarnya.

Bekas ahli Pas cawangan berkenaan, Robiah Omar, 40, pula berkata, dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pas Kelantan setelah lebih 20 tahun memerintah hanya dibuat mengikut selera dan kepentingan politik, bukan kerana agama.

"Ini termasuk tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran dengan alasan suara wanita aurat tetapi pada masa yang sama membenarkan kaum wanita menjadi wakil rakyat bersyarah di sana sini," dakwanya.

Isnin, 25 Julai 2011

Kerajaan Yang Baik: BN Perak Gagal

Oleh Dewan Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penuh titah Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam memastikan pihak kerajaan yang memerintah agar peka dan berusaha memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terus dihormati dan mendapat kepercayaan, sebaliknya rakyat secara natural akan mengalihkan sokongan jika tanggungjawab itu gagal disempurnakan merupakan signal kepada kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan pemerintahan semenjak selepas kemerdekaan Negara lagi sehingga ke hari ini.

Dengan melihat temubual Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir bersama Laman Web Perak News baru-baru ini, beliau menjelaskan telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah sebelum ini dan bermakna sepanjang pemerintahan BN Perak sebelum rampasan kuasa 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) juga telah dikatakan berjaya diselesaikan oleh BN. Sebenarnya dakwaan Datuk Seri Zambry mengesahkan bahawa sebelum PR memerintah Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 yang lalu, terlalu banyak masalah tertunggak yang ditinggalkan oleh BN sebelum itu.

Termasuk ketika Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali sebagai Menteri Besar negeri Perak dahulu banyak masalah yang gagal diselesaikan walaupun Datuk Seri Zambry sebagai EXCO Kerajaan Negeri pada ketika itu. Ditambah pula, berdasarkan sejarah keengganan bapa Tan Sri Tajol Rosli iaitu Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi pada tahun 1974 dahulu sebagai Menteri Besar yang tidak menerima titah Sultan Perak, Sultan Idris Shah untuk meletakkan jawatan telah menyebabkan semua urusan pentadbiran kerajaan negeri lumpuh dan banyak fail-fail tertunggak yang menimbun akibat perkara tersebut.

Dengan nada mendabik dada, Datuk Seri Zambry lupa akan sejarah yang rakyat boleh menilainya sendiri siapakah yang pemerintah kerajaan yang terbaik berbanding 11 bulan pemerintahan PR yang disifatkan oleh Datuk Seri Zambry sebagai gagal untuk dibandingkan dengan lebih 50 tahun BN memerintah. Sudah pasti mesej yang dititahkan oleh Sultan Azlan Shah adalah kepada semua pemegang jawatan Menteri Besar sehingga kini yang perlu bermuhasabah demi kesejahteraan rakyat jelata.


SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Teoh ‘bunuh diri’: Fakta atau Fantasi?

Oleh Kim Quek

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI – Royal Commission of Inquiry) berhubung kematian Teoh Beng Hock, pembantu peribadi seorang Ahli Dewan Undahttp://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/07/20/TeohBengHock-sketch500.jpgngan Negeri Selangor, membuat kesimpulan bahawa beliau membunuh diri.

Dan apakah sebab seorang anak muda yang mempunyai masa depan dan kareer politik yang cerah meragut nyawanya sendiri?


RCI menyediakan jawapannya dalam (perenggan 232 Laporan RCI) hasil siasatannya, yang merujuk kepada peringkat akhir beliau disoalsiasat bertubi-tubi sepanjang malam hingga ke dini hari di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam pada 15 Julai 2009.

“Teoh mengalami perubahan dalam kedudukan fikirannya. Dalam dalam tempoh beberapa jam sahaja, berlaku transformasi dalam diri beliau, dari kumpulan berisiko rendah kepada kumpulan berisiko tinggi untuk melakukan tindakan membunuh diri,” kata laporan itu.

Perubahan dalam diri Teoh dalam tempoh yang singkat yang didakwa oleh laporan itu seperti keraguan, ketidaktentuan, konflik dalam diri, tekanan emosi yang keterlaluan dan rasa bersalah yang amat sangat, kesemuanya tidak dapat diterima.

Memandangkan dirinya tidak mempunyai alasan yang mampan untuk menangkis segala tuduhan terhadapnya, beliau mendapati dirinya tidak dapat mencari jalan keluar dari perangkap yang dilaluinya, kata laporan itu lagi.

Apabila beliau hilang semua harapan, Teoh merasakan dirinya terperangkap, hilang segala harapan maka beliau terjerumus dalam kehampaan dan kesengsaraan.

Teoh mendapati jalan keluar yang ada dari kesengsaraan yang beliau hadapi ialah dengan melompat dari tingkap, walaupun ini bermakna nyawanya melayang.”

Berdasarkan dari keseriusan perasaan sengsara yang digambarkan oleh RCI, seseorang akan menyangka bahawa Teoh didakwa atas kesalahan menyalah guna dana awam yang melibatkan berjuta ringgit.

Dan beliau menghapati tekanan jiwa dan menghadapi saat harga diri diaibkan, orang-orang yang disayangi, partinya dan kerajaannya, demikian menurut laporan itu.

Nampaknya, tidaklah sedemikian rupa.

Tuduhan remeh dan meragukan

Teoh sebenarnya dibawa oleh SPRM sebagai saksi untuk membantu siasatan berhubung tuduhan (yang belum lagi dibuktikan kesalahannya) yang dihadapi bosnya kerana menyalah guna dana awam sebanyak RM2,400, yang didakwa digunakan untuk membeli bendera yang tidak pun diterimanya.

Jika anda seorang yang baru mengetahui tentang kes ini, anda tentu melahirkan rasa terperanjat dan tidak percaya bahawa perkara yang begitu remeh boleh menyebabkan seorang aktivis politik yang berwibawa membunuh diri.

Tetapi RCI berfikir sebaliknya, di mana mereka mengutarakan berbagai sebab, yang utama disimpulkan dalam perenggan 230 laporan itu, di mana saya memetik sepenuhnya:

“Tahap tekanan emosi yang bertalu-talu dalam siasatan mungkin membawa kepada kesangsian dalam kotak pemikiran Teoh berhubung tugasnya sebagai setiausaha politik Ean Yong Hian Wah.

“Menandatangani sendiri dokumen dengan menggunakan cop rasmi Ean, ketiadaan tiga sebutharga sebelum memberi projek atau program, dakwaan rasuah terhadap DAP, pemberian secara runding terus projek, dan menetapkan harga kepada barangan yang diperlukan untuk projek-projek, juga membebankan pemikirannya.”

Sebelum itu, RCI menjelaskan dalam laporannya bahawa pegawai-pegawai SPRM membuli Teoh dengan pelbagai tuduhan-tuduhan palsu terhadap salah laku, yang beliau tidak lakukan.

Ini termasuk Teoh menandatangani dokumen dengan menggunakan rubber stamp Ean (walaupun beliau tidak bersalah kerana namanya berada dalam dokumen itu dan beliau berbuat demikian bagi pihak bosnya).

Begitu juga dengan pemberian kontrak setelah mendapatkan tiga sebutharga (walaupun peraturan ini dimansuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk projek di bawah nilai RM20,000 boleh diberi secara runding terus tetapi Teoh tidak biasa dengan peraturan ini.)

Kejadian-kejadian lain yang menyebabkan kerungsingan Teoh, pada pendapat RCI ialah pengambilan telefon bimbitnya di mana Teoh begitu bergantung padanya dan pendedahan nombor password kepada akaun e-melnya, membolehkan akses kepada hal peribadinya.

Integriti Teoh, Ean terus mantap

Bagaimanapun, RCI dalam percubaannya untuk merendahkan kredibiliti Teoh menyatakan bahawa Teoh “mempunyai semangat yang lemah” (perenggan 229, laporan RCI). RCI lupa bahawa bahawa integriti Teoh dan bosnya tetap kukuh dan Teoh sedar akan hal ini.

Malahan, ketika Teoh disoalsiasat, beliau sudah biasa dengan taktik SPRM yang cuba mencari kesalahan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah berjalan sejak sekian lama, sebagai sebahagian dari strategi Barisan Nasional untuk mengucar-kacirkan kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan sedemikian, walaupun SPRM berjaya menimbulkan keraguan dalam dirinya Teoh melalui tuduhan-tuduhan palsu seperti yang digariskan dalam perenggan 230, ini hanya berbentuk teknikal semata-mata.

Tidak ada elemen ketidakjujuran dalam kes ini, sama ada Teoh atau Ean telah mengambil wang.

Oleh itu, bagaimana RCI boleh membuat kesimpulan bahawa tuduhan palsu berhubung salah tingkah laku yang kecil telah menyebabkan Teoh berada dalam situasi “konflik emosi yang teruk”, “perasaan bersalah yang keterlaluan”, “tidak menaruh sebarang harapan”, dan “terjerumus ke dalam kesengsaraan”?

Ketika membuat kesimpulan ini, adakah RCI telah membuat satu lompatan yang jauh ke sebuah negeri yang penuh dengan fantasi?

Dari sudut mana pun kita melihatnya, Teoh merupakan seorang anak muda yang mempunyai integriti dan penampilan diri yang menarik dan sedang menanti hari perkahwinan di mana tunangnya sedang mengandungkan anaknya.

Adakah seseorang itu akan melompat dari tingkat 14 bangunan semata-mata kerana dia disoalsiasat secara tidak adil dan saksama oleh pegawai-pegawai kerajaan?

Profesor Paul Edward Mullen, Profesor Emeritus Psychiatri Forensik Universiti Monash, yang dibawa untuk menyediakan laporan itu, memberi jawapannya apabila beliau menyatakan (dalam perenggan 209 Laporan RCI):

“Teoh berada dalam kumpulan berisiko yang rendah untuk membunuh diri apabila beliau berada dalam tahanan SPRM. Jika benar Teoh…..membunuh diri, beberapa perkara telah berlaku untuk menggugat kestabilannya dari sudut psikologi dan percubaan menakut-nakutkannya berdepan dengan kematian.”

Adakah benar Teoh ditakut-takutkan dengan kematian dengan antik soalsiasat yang dilakukan, dengan kejam, yang dijalankan oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung dengan kes yang remeh dan tuduhan yang meragukan itu?

Laporan pakar sakit jiwa tidak tepat

Mengenai laporan daripada pakar sakit jiwa, adalah mengecewakan apabila RCI memilih untuk memetik bahagian yang tidak tepat untuk memberi gambaran seolah-olah pakar-pakar ini menyokong tindakan bunuh diri.

Namun kenyataan akhbar dari Majlis Peguam yang memetik dari laporan ini tidak pula menyokong teori bunuh diri.

Mengenai laporan Profesor Mullen, Majlis Peguam berkata, “beliau berpendapat peristiwa-peristiwa yang menjadi pertikaian yang telah berlaku bukannya membawa kepada tindakan bunuh diri dalam tahanan.

Namun demikian beliau berkata beliau tidak dimaklumkan apa-apa keadaan panik dan tekanan yang dikira wajar untuk mendorong Teoh memelihara maruah diri yang sudah tercemar.

Dan laporan bersama pakar sakit jiwa Dr Badiah Yahya dan Dr Nor Hayati Ali, yang hadir pada prosiding mahkamah dan mewawancara mereka yang rapat dengan Teoh, turut menyatakan status Teoh berada pada risiko yang rendah untuk tindakan membunuh diri.

Laporan mereka menyebut:

“Kami tidak mempunyai bukti bagaimana siasatan dijalankan kerana tidak ada soalan bertulis dikemukakan kepada Teoh atau rakaman audio bagi mengesahkan tahap tekanan yang beliau alami.”

Adalah tidak jelas sama ada beliau mengalami dalam fikirannya kesan kemungkinan dijatuhkan hukuman berhubung tuduhan-tuduhan itu, sama ada sesuatu yang mendatangkan bencana kepada dirinya dan/atau pertubuhannya.”

Meskipun dua pakar sakit jiwa ini bertegas bahawa tidak ada bukti yang boleh dipercayai bahawa Teoh membunuh diri, RCI tetap berkeras untuk menggunakan pemerhatian kedua-dua pakar ini bagi mencadangkan terdapat unsur membunuh diri.

Pakar-pakar sakit jiwa itu mendapati Teoh menerima tekanan emosi berhubung dua peristiwa di bawah berhubung soalsiasat SPRM terhadapnya:

  • Teoh terpaksa mempercepatkan tarikh perkahwinannya selepas mendapati tunangnya mengandung.
  • Pengumpulan maklumat oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Daerah menggambarkan seolah-olah terdapat salah guna peruntukan oleh bosnya, Ean.

Kehabisan modal

RCI terpaksa mengggunakan dua peristiwa ini bagi menyokong kesimpulannya mengenai tindakan bunuh diri dan ini menunjukkan bbahawa RCI kehabisan modal untuk menyakinkan orang awam yang masih ragu-ragu.

Mempercepatkan tarikh perkahwinan akibat kandungan yang tidakbdirancang adalah perkara biasa dan diterima dalam masyarakat btempatan, dan tidak sepatutnya menjadi isu, mahupun ianya mendatangkan krisis terhadap emosi.

Para pegawai SPRM yang melawat pejabat-pejabat kerajaan untuk mendapatkan bukti bagi membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah lama dikenali sebagai ‘modus operandi’ untuk mensabotaj kerajaan negeri Selangor dan Teoh sudah tidak hairan dengan perkara ini.

Walaupun laporan RCI mendapati Teoh sebenarnya membunuh diri namun ianya tidak menyakinkan.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu telah menjalankan tugasnya dengan baik apabila mendedahkan salah guna kuasa dan salah laku pegawai-pegawai SPRM, sepertimana jua dalam institusi-institusi yang lain, yang sentiasa dinafikan oleh para pemimpin politik yang korup sejak sekian lama.

Sekiranya RCI berlaku jujur dalam menyiasat kes kematian Teoh ini, sepertimana yang dilakukan dengan mengkritik salah urus tadbir dalam SPRM, ini bermakna RCI memberi perkhidmatan yang baik dan malah membantu tuan-tuan politiknya.

Ini kerana para pengundi akan percaya terhadap parti pemerintah yang bersungguh-sungguh ingin mendedahkan kebenaran, lebih penting dari segi moral, walaupun ianya pahit untuk ditelan.

Namun begitu, Teoh dalam kematiannya akan terus menuntut keadilan daripada para pemimpin politik yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap kematiannya.

Bersih 2.0 :Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Kali ini aku ingin ber­kongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa prhttp://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/mat%202.jpga perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS.



Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka ter­lepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah.

Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja.

Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya.

Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel.

Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota.

Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).

Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; “Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia.”

Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain.

Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami.

Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu.

Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga ter­kena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan.

Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau “ikut arahan”. Jawapan standard polis.

Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku “maaf tuan’ polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur.

Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement).

Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut.

Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami ber­bual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain.

Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN.

Surat Terbuka Untuk Kaum Cina dan India

Oleh ramziredang

"Salam BERSIH 709, dari jauh kami hulurkan salam kasih sayang kepada kaum cina http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/bersih-2-01.gifdan india. Alangkah gembira dan syukurnya, 709 telah terpatri sejarah antara kita,melayu,cina dan india. Sejarah yang menyaksikan benteng perkauman yang dibina oleh perancangan jahat UMNO selama ini runtuh terlerai dimamah oleh asap gas pemedih mata. Semburan air kimia, rupanya mejadi hujan rahmat dalam memperlihatkan keikhlasan hati hati kami kepada kamu,kaum cina dan india.

Dalam saat cemas, kelam kabut dan suasana kepedihan dek asap gas pemedih mata, tiba tiba kamu ditolong oleh orang yang tidak pernah kamu kenali selama ini. Air mineral dan garam diberi kepada kamu dengan penuh rasa kasih sayang. Padahal kamu tidak pernah melihat wajah kami sebelum ini. Malah kamu pun tidak mungkin dapat mengingati kembali wajah kami selepas ini. Tetapi itulah keikhlasan kami.

Kami juga terharu membaca coretan coretan kamu di dada internet.(http://greenboc.blogspot.com/2011/07/kisah-benar-catatan-seorang-peserta.html). Kekadang tanpa sedar airmata kami mengalir, tiba tiba merasa hiba kerana rupa rupanya kasih sayang kami meresap ke hati hati kamu. Tetapi sebenarnya itulah hati kami sedari dulu.

Kami dididik oleh pemimpin kami memperjuangkan Islam yang sejati. Islam yang membawa keamanan kepada seluruh sekalian makhluk yang ada dibumi ini. Lalu lantaran itu menjadi tanggungjawab kami membela kamu jika kamu dizalimi. Alhamdulillah, tuhan telah memberi kami sedikit ruang masa untuk membuktikan keikhlasan perjuangan kami.

Kita, melayu ,cina dan india adalah bersaudara. Cuma selama ini kita telah dipengaruhi oleh perancangan licik rapi oleh UMNO, lantaran itu mungkin sebelum ini keikhlasan kami terlindung. Terlindung oleh momokan mereka.

Selama ini kami digambarkan oleh perancangan jahat UMNO seolah olah kami ganas, agresif dan anti kaum. Adakah kami begitu? Sudah tentu segalanya terjawab ketika 709 lalu.

Kini benteng telah terlerai antara kita,melayu,cina dan india. Benih kasihsayang telahpun disemai. Sama samalah kita bajai dan sirami ia. Sebarkan juga kepada kawan kawan kamu, bahawa kita sebenarnya bersatu dan berkasih sayang.

Kini dibahu kitalah segala tanggungjawab memperjuangkan untuk anak cucu kita. Jutaan terima kasih kerana kini kamu juga sama sama sudi menyalakan obor perjuangan. Sudi sama sama memegang panji keadilan. Alangkah harmoninya melayu cina dan india berganding tangan.

Di saat ikatan kita semakin kukuh dan padu, percayalah di satu pihak yang lain sedang runtuh dan hancur menyembah bumi. Mereka mereka yang jahat tidak akan selamanya akan dapat mempertahankan kezaliman mereka. Sejarah yang lampau tetap akan berulang, roda keadilan tetap akan berputar, kezaliman akan ada titik noktahnya.

Marilah kita,melayu, cina dan india, sama sama merasa bangga. Bangga kerana 709 adalah detik bersejarah, tersemai ikatan antara kaum dalam memperjuangkan keadilan. Suatu masa nanti, ketika kita tiada di dunia ini, anak cucu kita sedang membaca sejarah kita sambil tersenyum bangga.

Mereka tersenyum bangga, rupa rupanya keadilan kedamaian dan kesejahteraan yang mereka nikmati ketika itu, adalah kerana kita, melayu, cina dan india sama sama menempuh pedihnya perjuangan di zaman pemerintahan UMNO yang zalim.

Syabas BERSIH 2.0

Rujukan : greenboc.blogspot.com

‘Kalau aku tembak je…buang masa macam ni...’


Posted on Friday, July 22 @ 19:46:59 PDT by paktam

Oleh SAIDAH HAIRAN

HAMPIR 60 ribu peserta Himpunan Bersih berjaya memboloskan diri di semua 40 sekatan jalan raya oleh anggota Polis Diraja Malaysia ke pusat bandar, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Kuala Lumpur bermula petang Jumaat begitu lenggang seolah-olah membayangkan bandar besar itu tidak berpenghuni. Banyak kedai-kedai ditutup, suasana petang Jumaat hingga pagi Sabtu begitu sayu. Membayangkan akan berlaku tragedi yang menyedihkan.



Di sekitar bangunan pejabat PAS, Jalan Raja Laut dipenuhi dengan anggota pasukan khas (SB). Jarak 100 meter dari bangunan PAS kelihatan tiga buah kereta peronda polis.
Penulis terpaksa menempuh tiga sekatan polis bermula di Jalan Raja Laut hingga menuju ke masjid Jamek yang menahan dan melarang untuk membuat liputan himpunan Bersih.

Ketika penulis memaklumkan dari media Harakah, polis berkenaan mengatakan jalan sudah ditutup dan mengarahkan penulis tidak bergerak ke mana-mana. Lantas penulis menjawab, “Encik bertugas, saya pun bertugas, kita sama-sama bertugas....”

Di hadapan pasaraya Sogo dan jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis dan SB. Memang sukar untuk peserta himpunan Bersih meloloskan diri. Bagaimanapun, suara riuh peserta himpunan Bersih didengari dari jalan Leboh Ampang menuju ke masjid Jamek.

Inilah hebatnya semangat rakyat penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun mendapat halangan polis namun mereka cerdik dan berusaha untuk berhimpun bagi menuntut keadilan pilihan raya.

Peserta himpunan bertempiaran lari apabila polis menembak gas pemedih mata sebelum sampai ke masjid jamek. Kelihatan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman serta Zulkifli Mohamad berlari mengelak ditahan polis.

Pemuda PAS Sabah memberi sebotol air mineral kepada peserta dan penulis serta berkongsi garam bagi melegakan keperitan tekak dan pedih mata. Lebih menyayat hati apabila seorang kanak-kanak OKU (orang kurang upaya) dan remaja perempuan pengsan kerana gas pemedih mata.

Keadaan tenang seketika dan perarakan diteruskan menuju ke masjid jamek dan Pudu raya. Sekali lagi peserta himpunan terpaksa menghidu gas pemedih mata dari FRU dan air berkimia 100 meter dari jejantas Pudu raya.

Lebih 100 orang ditahan dan diheret dengan tangan bergari plastik. Pemerhatian penulis mendapati polis menangkap secara rambang.

Seorang peserta himpunan dari Sepang (Selangor) jatuh dan pengsan di Pudu raya dengan tangan bergari di belakang. Polis enggan membuka gari tali plastik walaupun didesak oleh peserta yang berada di atas jejantas pudu raya.

Akhirnya, gari tersebut dibuka hasil usaha dua tiga orang peserta yang juga membantu mengajar pak cik tersebut mengucap. Keadaan ketika itu agak tertekan kerana pak cik mengerang kesakitan. Pak cik tersebut pengsan dan dibawa ke hospital dengan kereta peronda polis setelah menunggu lebih 20 minit.

Semua tahanan pada petang itu diletakkan di tempat menunggu bas dataran Maybank. Lebih mengejutkan trak polis yang bertutup rapat berada di dataran Maybank dipenuhi dengan peserta himpunan.

Bayangkan betapa kejam polis yang membiarkan tahanan dalam trak yang tidak cukup udara dan gelap. Polis hanya membuka untuk memberi sebotol air dan dikongsi. Penulis mahu merakamkan suasana itu lebih dekat tetapi dihalau pegawai polis.

Kekejaman anggota polis terserlah apabila menengking tahanan yang terdiri daripada golongan muda daripada menunaikan solat. Bagaimanapun, mereka terus menunaikan solat secara berjemaah dengan tangan bergari.

Ketika tahanan masuk ke dalam trak polis, kedengaran seorang pegawai polis wanita menyindir, “nanti jangan lupa sembahyang Isyak...” disambut dengan gelak anggota polis lain.

Empat pegawai polis wanita dan lebih lima orang pegawai polis lelaki mengelilingi seorang pemuda Melayu yang baru ditangkap. Kedengaran pelbagai soalan diajukan kepada pemuda tersebut. Seorang anggota polis yang berpakaian biasa menengking, “Bodoh ya, tadi berani sangat sekarang ditanya diam...”.

Bahasa kasar dan biadab anggota polis dan FRU memang tidak dinafikan. Penulis mendengar seorang pegawai FRU berkata; “Muka cantik...tapi bodoh berdemo...”, kata itu ditujukan kepada dua gadis yang memakai tudung labuh berada dalam trak polis.

Tiga orang SB yang berada di sebelah penulis di belakang trak menyindir gadis tersebut, “Ini budak sekolah ni...ikut sapa la budak ni...habiskan la mengaji dulu..., disahut oleh SB yang lain...”Mesti budak ni dijanjikan dapat duit dapat habuan...”.

Tiga orang SB tersebut terus duduk di dataran Maybank dan berbual sesama sendiri. Penulis mendengar mereka mengatakan, “kalau aku tembak je...buang masa macam ni...”.

Jika mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan kekejaman, tidak mustahil Allahyarham Baharudin Ahmad, 58, yang meninggal setelah terhidu gas pemedih mata turut ditendang dan dipijak.

Hakikatnya, apakah selepas tarikah 9 Julai rakyat Malaysia akan terus mempercayai kewibawaan anggota dan pegawai polis? Mungkin selepas ini sejarah hitam akan terus terpahat di hati setiap peserta himpunan Bersih sehingga sukar untuk mereka mempercayai kejujuran anggota polis.

Keanggotaan SPR memang meragukan: Agong perlu rombak segera!

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Jam 10 pagi Sabtu, 9 Julai, selesai sarapan di Hotel Midah, berdepan Stadium Merdeka, saya cuba meninjau kawasan sekitar. Sunyi, jalan kosong, trak FRU tersusun di seberang jalan.

Jarang-jarang sekali kenderaan melintas tetapi polis trafik melencongkan laluan, membuat halangan ke Masjid Negara. Mendongak ke atas, penumpang LRT agak penuh, berhenti di stesen Maharajalela.

Cuaca redup. Nyaman. Jalan di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL menuju Stadium Merdeka. Ada kawat besi (barricade) membataskan pergerakan.

Lokasi utama himpunan aman Bersih 2.0 dipagar rapi. Kuala Lumpur bagai zon perang. Kata teman yang mengiringi saya, sambil ketawa: "Mungkin beginilah suasana darurat dahulu ... tidak hairanlah polis cuba menakutkan publik dengan kemunculan anasir komunis dan tangkapan tanpa bicara Ordinan Darurat." Saya tumpang gelak sakan.

Semasa melepasi kedai serbaneka 24 jam, saya bertembung sekumpulan anggota FRU yang berjalan menuju gerai teh tarik di belakang hotel. Seorang daripadanya menegur sambil memberi salam:

"Dah sihat?" Matanya kelihatan terpaku kepada tongkat saya. Saya sekadar membalas dengan senyuman.

Semasa sarapan tadi, ruang makan hotel penuh dengan pelancong Thailand. Tiada tanda-tanda mereka risau dengan "perintah berkurung" di Kuala Lumpur. Ya, bukankah mereka sendiri sudah biasa dengan aksi-aksi protes di Bangkok ... juga dengan baju kuningkan?

Sepasang warga China, masih muda, bertanyakan arah Petaling Street ketika saya dan rakan melintas jalan. Meskipun melihat pasukan keselamatan di mana-mana, mereka tetap ceria berbicara dan tidak malu-malu bertanyakan apa yang berlaku. Semasa dimaklumkan ada himpunan aman di sebelah petang nanti, si lelaki menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut.

Setengah jam kemudian, saya lihat kumpulan-kumpulan kecil muncul dari lorong-lorong di celah bangunan. Memang tiada seorang pun memakai pakaian terlarang, baju-T kuning. Turut kelihatan anak-anak gadis remaja bertudung labuh. Riak wajah mereka gembira, langsung tiada tersimpan rasa tertekan. Gaya orang bersiar-siar.

Ramai juga peminat Harakah yang menyapa saya. Di awalnya mereka turut tertanya-tanya, "jadi tak demo hari ini?" Ada yang memberitahu ramai sahabat mereka terkandas dan tidak dapat memasuki ibukota.

"Tengoklah nanti, kalau tidak ramai hadir, Najib akan kata demo tak dapat sambutan dan Pakatan Rakyat hilang sokongan. Jika melimpah, polis akan memberkas dan kita pula dituduh merusuh atau mengganas," respons saya terhadap kekhuatiran seorang pakcik dalam usia 60-an dari Felda Jengka. Beliau bimbang "demo tak menjadi".

"Umno akan kata demo ini gagal, macam pelajar yang dihalang masuk dewan exam tapi kemudiannya dapat result gagal," balas kawan saya.

Memang tepat sekali. Tidak sukar untuk menjangka tohmahan kerajaan dan persepsi media terhadap demonstrasi Bersih itu. Pemimpin kerajaan Umno-BN masih terkepung dengan pemikiran kuno.

Idea perancang dan strategis keselamatan negara juga tumpul. Minda mereka masih terkurung dengan pendekatan lama di zaman komunis biarpun elemen politik baru mendominasi situasi terkini. Umpama pegawai keselamatan Amerika Syarikat yang menyangka Perang Dingin masih berlangsung.

Mereka melihat kesanggupan untuk berbincang dan berkompromi sebagai satu kekalahan. Kerajaan, bagi mereka, tidak boleh mempamerkan imej mengalah. Ia pancaran daripada sikap ego yang melampau. Titah Agong juga dilihat menekan Umno sedangkan baginda sudah memberi jalan keluar.

Dengan menolak permohonan berhimpun di Stadium Merdeka, Najib mengundang padah dan menagih risiko. Siri amaran polis, propaganda murahan media dan pengharaman Bersih seperti menyiram minyak ke bara api.

Semasa dipanggil "menghadap" Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya beberapa hari menjelang demonstrasi dan ketika "sembang-sembang kosong" selepas teguran kepada Harakah disampaikan, saya sempat mengingatkan pegawai-pegawai tertinggi KDN agar jangan "tersilap baca" realiti.

Sokongan hebat rakyat terhadap Bersih 2.0 bukan kerana terpedaya dengan hasutan pembangkang, tetapi rasional tuntutan pilihan raya adil dan bersih dekat di hati mereka.

"Usah anggap rakyat terlalu bodoh untuk mengikut apa jua kehendak pemimpin Pakatan, hatta penyokong pembangkang sendiri akan membantah jika arahan pemimpin mereka tidak mempunyai asas justifikasi. Lapan tuntutan Bersih tidak dapat diremehkan," tambah saya.

Sambutan rakyat memang tidak diduga. Agak sukar menjangkakan jumlah kehadiran sebenar kerana lokasinya terpecah-pecah. Media antarabangsa, seperti Aljazeera menganggarkan ia melebihi 100,000 orang. Biarpun laluan utama masuk KL disekat, malah setiap penjuru Lembah Kelang sebenarnya "dirantai", dan polis memulakan "amukan" di setiap pelosok negeri, lama sebelum 9 Julai, namun keghairahan orang ramai untuk mendesak kerajaan mereformasikan sistem pilihan raya cukup hebat.

Saya yakin, sekiranya sekatan tidak sedahsyat itu, sekurang-kurangnya setengah juta warga prihatin akan berdiri gagah menuntut hak. Lebih menarik adalah respons luar biasa masyarakat bukan Melayu. Ia mudah diduga terutama apabila tangkapan awal turut membabitkan aktivis bukan Melayu, termasuk membabitkan pemimpin KeADILan dan DAP, dengan alasan "karut-marut", seperti memakai baju kuning, walaupun tanpa jenama Bersih, dan juga gotong-royong "membersihkan" kawasan perumahan!

Pemimpin Umno dan beberapa penganalis cuba menggambarkan orang Melayu diperkudakan dalam himpunan Bersih ini. Najib yang mempromosi 1Malaysia siang-malam turut terperangkap dengan idea Perkasa apabila menyerang personaliti pengerusi Bersih, S Ambiga, dengan nada perkauman yang pekat. Utusan Malaysia, RTM dan TV3 apatah lagi ...

Selain itu, jarang sekali kedengaran pemimpin MCA, Gerakan dan MIC memberikan sokongan kepada sikap bebal pemimpin Umno.

Anda hanya perlu menonton klip video YouTube untuk melihat bagaimana masyarakat Malaysia pelbagai kaum berarak, khususnya di sekitar Jalan Pudu, Petaling Street dan Menara Maybank. Ada di antara mereka bergandingan tangan sambil berbual-bual mesra. Mendengar gema slogan "Bersih-Bersih" dengan pelat Cina sudah cukup meyakinkan bahawa demontrasi ini adalah cerminan kesedaran berpolitik semua bangsa yang mahukan amalan demokrasi diperteguhkan.

Pemimpin Umno dan media Melayu di bawah kawalan BN sememangnya tidak belajar daripada pengalaman perit 2008. Mereka tetap mempertahankan "tradisi memperbodohkan" bangsa sendiri.

Selain jumlah kehadiran yang direndahkan sehingga 6,000 orang, logika mudah pun diketepikan. Misalnya, selepas pemimpin utama Bersih ditangkap awal-awal lagi, mereka mendakwa tiada kedengaran tuntutan 8 perkara penambahbaikan sistem pilihan raya dalam demonstrasi tersebut.

KPN turut "meracau" apabila membangkitkan slogan "Reformasi" yang lebih jelas dilaungkan demonstran berbanding "Bersih". Janganlah menyempitkan slogan "Reformasi" kepada usaha menjatuhkan pemerintah tanpa melalui proses pilihan raya.

Bukankah yang dituntut Bersih secara umumnya adalah melakukan reformasi menyeluruh kepada sistem pilihan raya kita yang tempang dan pincang ini? Rupanya bukan sahaja istilah "Bersih" digeruni, malah "Reformasi" pun masih menganggu tidur pemimpin Umno. Pelik, ya?

Begitu juga dengan dakwaan bahawa Bersih langsung tidak berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan memorandum tuntutan, pada 9 Julai lalu. Ia satu pembohongan ketara. Apa yang berlaku, seperti didedahkan Sasterawan Negara, A Samad Said, bahawa rombongan mereka yang berjalan ke Istana Negara daripada Stadium Merdeka, disekat polis dan FRU yang bersenjata lengkap, pada jam 3.30 petang.

Walaupun dijelaskan bahawa wakil Agong sudahpun menunggu di istana untuk menerima memo itu, melalui temujanji yang dipersetujui pada jam 4 petang, namun pihak keselamatan mengugut akan mengambil tindakan kekerasan jika rombongan Bersih meneruskan hasrat mereka. Akhirnya ia terpaksa dibatalkan.

Seperti saya bayangkan dalam kolum sebelum ini, akhbar-akhbar harian seawal terbitan hari minggu, Ahad 10 Julai, akan mengeksploitasi demonstrasi Bersih ini bagi mengangkat kepentingan politik Umno. Harakah hanya dapat dibaca lima hari selepas itu.

Paling nyata, muka depan Berita Minggu memaparkan tajuk KL TEGANG dengan gambar besar "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram". Mereka mahu menggambarkan demonstrasi itu menjadi tidak terkawal dan bertukar ganas; "perusuh" menggunakan senjata, botol air mineral dan batu untuk melawan polis. Lihat istilah yang digunakan -- "perusuh" -- sebelum itu agak popular dengan panggilan "pengacau".

Berita Minggu sanggup berdusta untuk memuaskan agenda politik pemiliknya. Yang digenggam penunjuk perasaan itu bukannya sebilah pisau tetapi Jalur Gemilang bersaiz kecil. Tidak terduga bagaimana pengamal media sanggup merendahkan kehormatan mereka sebegitu rupa.


Apa pun, yang lebih menarik perhatian saya adalah impak perhimpunan raksasa itu. Meskipun Pengerusi SPR tetap dengan nada angkuhnya, namun saya percaya proses pilihan raya kita akan mengalami perubahan positif selepas ini. Tuntutan 8 perkara akan diambil kira walaupun SPR semakin menunjukkan sikap keras kepalanya untuk menahan diri daripada berubah.

Campur tangan Agong tidak berhenti setakat titah khas baginda. Tanggungjawab Seri Paduka seperti dijelaskan Perkara 114(2), Perlembagaan Persekutuan akan menarik perhatian banyak pihak. Ramai yang tidak menyedari keistimewaan fungsi Agong dalam memastikan pelantikan ahli-ahli SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Saya yakin keanggotaan SPR selepas ini akan diperhatikan. Sempat juga saya membelek profil pengerusi, Abdul Aziz Mohd Yusof, timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dan ahli-ahli yang lain, iaitu Zainal Abidin Mat Said, Jamdin Buyong, Mohamad Ramji Alli, Dr P Manogran dan Christopher Wan Soo Kee.

Mungkin selama ini mereka kurang dikenali walhal tanggungjawabnya cukup penting dan kritikal. Rasanya lebih ramai yang mudah menyebut nama-nama pesuruhjaya Suhakam daripada ahli-ahli SPR.

Daripada laman web SPR, dimaklumkan bahawa jawatan Abdul Aziz sebelum dilantik Pengerusi SPR ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Manakala Wan Ahmad pernah memegang posisi paling strategik di SPR sendiri iaitu sebagai setiausaha, dan lebih menarik ia berlaku pada 1998-2004, iaitu tempoh yang cukup rumit buat Umno.

Persempadan semula kawasan pilihan raya dikatakan tugas terpenting Wan Ahmad, begitu juga dengan senarai pemilih pilihan raya 2004. Sebelum itu beliau banyak terlibat di bahagian keselamatan dan politik, Jabatan Perdana Menteri.

Jawatan Zainal Abidin sebelum dilantik ke SPR adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Jamdin pula pernah menjadi Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah. Mohd Ramji merupakan bekas Pengarah Kemas Negeri Sarawak pada tahun 2004. Dr P Manogran adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (2004-2006), manakala Christopher pernah memegang jawatan Ketua Cawangan Khas (SB) Kuala Lumpur (2002-2005) dan jawatan terakhirnya sebelum dilantik ahli SPR adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Secara peribadi saya melihat latar belakang semua ahli-ahli SPR itu "tidak cukup kuat dan meyakinkan", malah "meragukan". Masih ramai tokoh masyarakat yang dihormati dan berwibawa, yang boleh disandarkan amanah berat menerajui SPR; dan tidak semestinya bekas pegawai kanan kerajaan yang dilihat begitu dekat dengan parti oemerintah.

Pada hemat saya, keahlian SPR perlu dirombak segera, bagi mendapatkan kembali kepercayaan umum kepada institusi yang cukup penting dalam sistem demokrasi itu, dan Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian menurut peruntukan Perlembagaan.

Demo 9 Julai sudah berlalu. Namun menonton berita TV jam 8 malam tadi (12 Julai) dan menatap akhbar-akhbar harian, isu Bersih ini dijangka tidak mudah reda sebaliknya boleh menimbulkan gelombang baru.

Apa pun saya masih teringat pandangan seorang pelancong yang berselisih ketika saya termengah-mengah berjalan pantas selepas turut dikejar polis (mungkin mereka tidak tergamak menahan seorang yang uzur bertongkat) menuju Hotel Midah: "Selalunya pelancong lebih takutkan lagak penunjuk perasaan, tapi di sini kita lebih bimbang dengan aksi ganas pihak polis."

Ahad, 24 Julai 2011

Kasihan Pak Samad



Jika anda lihat video ni bagaimana sedihnya hati, Pak Samad diharau malahan pengiktnya ditakut-takutkan akan diguna KEKERASAN oleh pihak polis. Sedang seminggu yang lalu dia mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong kita. Berkali-klai dia mengatakan yang dia telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Ada beberapa isu yang perlu kita fikirkan.

"Saya telah mengadap Agong, Agong bilang boleh sampaikan!" Pak Samad cuba jelaskan.

Polis pula kata dapat arahan tidak benarkan!; siapa pula yang lebih Agong dari Agong? Apakah OCPD itu lebih Agong dari Agong?.

Di TV & Akhbar arus perdana kata Polis meladeni dengan berhemah; tapi dalam video ini berkali-kali perkataan kekerasan itu yang diulang-ulang.

"Bersurai serta merta atau saya surai dengan KEKERASAN" hatta Pak Samad terpaksa beredar OCPDnya pula macam endah tak endah sahaja.

Agar Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong dapat melihat video ini.

Sabtu, 23 Julai 2011

Nazri: Tiada lagi s'jaya kaji hasil siasatan kes TBH

Jul 24, 11 12:15pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak akan ditubuhkan satu lagi suruhanjaya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang tidak puashati dengan keputusan suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


"Pendedahan laporan suruhanjaya (diraja) kepada umum menutup kes kematian mendiang Teoh dan segalanya telah selesai," katanya dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

"Itu memang tidak boleh dan tidak akan dilakukan. Melainkan ada ruang dibenarkan kepada mahkamah, yang mana mereka nak teruskan, teruskanlah," tambahnya.

Nazri berkata, tidak akan ada lagi satu suruhanjaya untuk kaji keputusan suruhanjaya yang lain.

"Kerajaan telah berbelanja berjuta ringgit untuk suruhanjaya ini dan itu adalah duit rakyat.

"Saya merayu kepada rakyat supaya menganggap episod ini ditutup dan telah selesai dengan keluarnya laporan suruhanjaya (diraja).

"Buatlah kerja-kerja yang boleh memajukan negara dan jangan terus dengan isu ini sehingga kita tidak boleh bergerak ke mana-mana," tambahnya.

Menurutnya, suruhanjaya tersebut dianggotai orang yang tinggi imej dan reputasi mereka.

"Mereka ada reputasi yang perlu dipelihara. TIdak mungkin mereka tunduk kepada tekanan untuk membuat sesuatu keputusan kerana takut atau pilih kasih.

"Kedua, ini di atas permintaan mereka (keluarga Beng Hock) dan bukannya kerajaan.

Ketiga, tujuannya untuk mendapatkan kebenaran, bukannya memuaskan hati mana-mana pihak sama ada keluarga Beng Hock atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Nazri berkata, beliau percaya bukan sahaja keluarga mendiang Teoh tidak berpuashati, SPRM pun tidak berpuashati kerana banyak perkara dibangkitkan tentang aspek penyiasatan mereka.

"Tetapi mereka terima. Yang penting kita tidak peduli sama ada masih ada pihak tidak berpuashati atau sebaliknya kerana tujuan mengadakan mengadakan suruhanjaya ini adalah untuk mendapatkan kebenaran bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

"Itu yang penting. Kalau masih ada pihak tidak berpuashati maka terpulang kepada mereka kerana bukan buat sesuatu untuk memuaskan hati sesiapa," tambahnya.

Nazri mengulangi bahawa Malaysia adalah negara bebas, "kalau mereka nak buat rayuan dan memang ada ruang di bawah undang-undang kita, buatlah, kita tak ada perkara yang ditakutkan".

"Soal tidak puashati blogger, pembangkang atau keluarga Beng Hock itu kita faham sangat sebab sepanjang dua tahun lebih telah ditanamkan di pemikiran rakyat bahawa mendiang Beng Hock telah dibunuh.

"Apabila keluar laporan reaksi itu semenangnya kita faham dan telah dijangka. Tetapi saya yakin mereka yang ikuti isu ini dengan penuh sabar, yang mahu kebenaran ditunjukkan, say apecaya mereka dapat menerima laporan yang dibentangkan oleh suruhanjaya," tambahnya.

Katanya, kegagalan Teoh disebabkan oleh kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dimahukan SPRM.

"Keadaan itu berlaku disebabkan overzealous dan melibatkan segelintir kakitangan SPRM. Ini perangai masing-masing, macam mana pun kalau sudah buat salah, kena disiplinkan," katanya.

Nazri mengumpamakan perkara itu seperti pepatah Melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

Bersih & Nakba orang Melayu

Hishamuddin Rais
Jul 19, 11
5:40pm

Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya.

Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini.

Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri.

Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang.

Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika.

Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita.

Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa.

Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata.

Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai.

Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebelah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli.

Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun.

Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya.

Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata.

Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov.

Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail, carilah surah.

Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov cocktail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri.

Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan dikawal siang dan malam. Bas ditahan kereta diperiksa.

Kad pengenalan wajib ada. Beg dibuka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatatlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hamba sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak.

Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut.

Semua mula berkata: "Kami tak takut."

Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita.

Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah.

Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter.

Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetaka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan.

Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot.

Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.

Peluit:

Dari perhatian saya, kerajaan tak mahu benarkan perhimpunan ini atas beberapa sebab yang sukar nak dijelaskan. Bersih itu pun kini telah diharamkan, biarpun Agong sudi menerima Bersih untuk mengadap baginda.

Agong adalah Tonggak Negara; jika Duli yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah mencadangkan agar Bersih berkumpul di stadium; apalah salahnya jika Bersih mahukan perhimpunan diadakan (Bersih 3.0) diberikan permit di masa akan datang. Takkan hilangnya bisa sang ular jika menyusur akar. Tak rugi beralah jika memang ini cara terbaik.

Tidak salah sekiranya bersih memilih stadium selain Stadium Merdeka; paling dekat dengan ibu kota pasti dua stadium yang besar. Di Bukit Jalil & Shah Alam. Saya berpendapat Stadium Bukit Jalil lebih sesuai kerana tidak menganggu peniaga seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan; setelah berkumpul di sana pihak Polis bolehlah iringi AJK Bersih ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum Suara Rakyat secara aman & tanpa kekangan.

Jika masih nak turun ke jalan raya pastikan pihak Polis tak dera rakyat bagai Bersih 2.0 tempoh hari.

PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?

Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

NONE“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Nasib polis

Beliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

NONE"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Menurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakokn.
“Sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

NONEMenurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Video polis sahih

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

rais yatimBeliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

Mengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

NONEAntara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

funeral baharudin bersih protester“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.

RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

NONE"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," kata polis.