roses@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya dan Zizie akan membuat sidang media pada Januari nanti bagi memberitahu cerita sebenar yang berlaku termasuk soal Zizie sudah berkahwin atau belum seperti yang heboh diperkatakan orang ketika ini. Semua persoalan akan terjawab kelak.
“Justeru, saya meminta pihak media supaya bersabar dan tidak memperbesarkan lagi isu ini sekali gus menghormati privasi keluarga saya dan Datuk Bung Moktar yang sudah berkeluarga.
“Bukan niat saya untuk menyorokkan jika ada berita baik membabitkan perkahwinan Zizie dari pihak media kerana saya juga sayangkan pihak media dan tidak akan membelakangkan mereka dalam hal ini,” kata pelakon Khaty Fauziah ketika diminta mengulas kenyataan rakan baik Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mengesahkan desas-desus anaknya, pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad, 31, sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen itu seperti yang dilaporkan Harian Metro, semalam.
Bagaimanapun, kata Khaty, dia tidak ingin mengulas lanjut mengenai kenyataan ahli parlimen berkenaan.
“Apa yang saya boleh katakan, mungkin Ahli Parlimen Sri Gading itu memandang dari sudut yang positif kerana kalau Bung Moktar mempunyai niat yang baik, sifat itu seharusnya dipuji.
Ditanya sama ada cerita Zizie dilamar itu mengganggu ketenteramannya sekeluarga sejak kebelakangan ini, Khaty berkata, dia tidak berasa sedemikian rupa.
“Ia bukannya cerita Zizie ditangkap khalwat atau ditangkap basah. Saya juga sangat bersyukur, sampai hari ini Zizie tidak pernah menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga. Itulah janji Zizie pada saya selama ini.
“Saya juga tegaskan di sini, anak kedua saya, Samzy Fuzette juga tidak menjadi wali jika benar Zizie sudah bernikah dengan Datuk Bung Moktar seperti yang dihebohkan orang,” katanya.
Sementara itu, adik Zizie, pelakon Shaheizy Sam, 27, ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam menegaskan dia juga dapat tahu desas-desus Zizie berkahwin dengan Bung Moktar daripada pihak yang menghubunginya untuk mengetahui kebenaran khabar angin itu.
“Bila dapat tahu khabar angin Zizie sudah berkahwin itu saya terus bertanya ibu cerita sebenar dan dia memberitahu saya cerita itu tidak benar. Saya juga tidak bertanya lanjut kepada ibu atau adik beradik lain.
“Saya juga tidak menghadiri majlis resepsi atau akad nikah Zizie jika benar dia sudah bernikah seperti yang dilaporkan pihak akhbar itu.
“Saya juga rapat dengan Zizie, tapi saya tidak pernah masuk campur soal teman hidup yang dipilihnya. Saya juga tidak terkejut apabila membaca khabar angin itu kerana bagi saya sesiapapun lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar, itu haknya,” katanya.
“Jika benar dia sudah bernikah dengan ahli parlimen itu, saya turut mendoakan kebahagiaannya. Biarlah Zizie yang jelaskan cerita sebenar kerana bagi saya dia sudah cukup matang untuk membuat apa yang terbaik dalam hidupnya dan dia juga memang sudah layak untuk berkahwinpun,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Zizie menerusi telefon dan SMS untuk mendapat komennya berhubung kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Sri Gading itu tidak dijawab.
>Bukan bahan jenaka
KUALA LUMPUR: “Perkahwinan bukan isu yang boleh dibuat main-main,” tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika diminta mengulas isu perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dengan pelakon, Zizie Izette, kelmarin.
Beliau dalam masa sama turut menasihatkan pihak media dan individu tertentu berhenti mengeluarkan kenyataan serta menghangatkan lagi isu terbabit.
“Jangan jadikan ia bahan jenaka kerana ikatan perkahwinan adalah satu perkara serius serta perlu dihormati.
“Justeru saya secara peribadi meminta semua pihak termasuk media jangan mempersendakan isu terbabit,” katanya ketika ditemui menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah dan Penyampaian Sumbangan di PPR Taman Beringin, Kepong anjuran Umno Bahagian Kepong di sini, semalam.
Harian Metro
Bari Blog Penyair iDANRADZi
Sdr Zeq,
Jika mereka ini jujur memang kerja begini lumayan & ianya licik. Mereka ini sebenarnya antara lain sebagai perantaraan@agenci antara sesebuah syarikat & pelanggannya.
Disamping kononnya menjadi agen tarik kereta, mahu juga jadi agen perlancongan & jualan produk yang lain.
Silapnya mereka ini ambil dulu duit pelanggan tetapi perkhidmatannya belum pun lagi dilakukan.
Kumpulan tarik kereta faham-fahamlah riwayat mereka ini; semua orang gerun dengan kerakusan kerja mereka. Silap-silap gaya jika kita guna khidmat mereka tak mereka kerat leher kita dengan bayaran tarik, mereka bawa pula ke bengkel mereka yang memang nahas bagi kita.
Agen perlancongan yang berjaya sebenarnya mereka jujur & gunakan pakej berkumpulan maka mereka dapatlah potongan pelbagai dari pihak hotel atau penginapan lain. Duit hanya mereka kutip jika guna khidmat mereka.
Bukannya duit mereka kutip perkhidmatan belum tentu kita dapat atau guna. Ianya pula lebur@hangus begitu sahaja. e-Gila ke apa?.
Kes yang sering berlaku dengan ahli Narsqo ini, bila berlaku seperti di mana ahli yang secara tetiba merancang melancong di hujung tahun, ketika waktu puncak. Tak cukup ramai & bagaimana Narsqo mahu mendapat potongan apatah lagi voucher percuma yang dijanjikan.
Maknanya Narsqo tak ada punyai apa-apa khudrat atau daya maju selain mengemis meminta belas ihsan pihak hotel & pihak penginapan lain. Wawasan mereka kononnya boleh bantu ahlinya dalam perlancongan sering tersasar.
Maknanya di sini tak tahu mana satu cabang niaga yang mereka mahu ngapai & majukan. Pula tu punyai staf & agen yang tidak mesra pelanggan.
Azro tu saya masih tak perasan azromaya tu macam kenal saja!
Astro pula saya rapat! itu pun saya pening, asyik filem tahun sudah diulang-ulang tu macam mana?. Kita ini macam beli barangan lama pula. Iklan pula melambak. Duit iklan mereka kebas duit kita@pelanggan mereka kebas. Kerajaan kita tak nampak ke benda-benda macam ini?.
Bagi saya jika saluran berbayar!, apa jua iklan kena tolak tepilah. Jika di pawagam saya terima; syok tenguk iklan di pawagam, lagi lama duduk panggung lagi syok!. Sudah rumah ia.
Saya berharap sangat masyarakat kita sedar masalah ini, duit di tangan kita sebenarnya. Kita yang kena pandai menggunakannya. Peniaga kena jujur. Kerajaan kena pantau semua perniagaan yang meragukan ini. Jangan sampai berulang kes macam Pak Man TÄ•lor.
6:49 PM