PENULIS
tergerak untuk membangkitkan persoalan ini setelah mendapati ia menjadi
tajuk perbincangan hangat di media sosial dan Internet sekarang. Ia
berhubung kait dengan sesi Debat PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaludin dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Ia menarik perhatian penulis kerana dari
banyak perkara yang dibincang antara kedua pemimpin muda tersebut,
kenapa soal ini pula yang menjadi benchmark siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat itu.
Lagipun seperti yang biasa disebutkan,
laman ini berpaksi kepada kebenaran, bukan kepada polemik politik yang
tidak berkesudahan seperti mana yang dimahukan ramai orang.
Baiklah.
Seperti yang penulis katakan semalam,
Rafizi gagal menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pakatan Rakyat boleh
menjayakan janji untuk memberi pendidikan percuma dan penghapusan hutang
PTPTN. Sumber memaklumkan penulis, semua maklumat telah diberikan
kepada Rafizi tapi di saat -saat akhir Rafizi memilih untuk tidak
mendedahkan maklumat tersebut atas alasan yang kurang dipastikan kenapa.
Sebaliknya Rafizi memilih untuk
mempertikaikan soal berapa banyak peruntukan pendidikan hasil dari
‘sumbangan RM237 Billion’ oleh Petronas kepada kerajaan Malaysia
sepanjang tempoh bapa mertua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
Perdana Menteri (2003 -2009).
Sebelum berbicara panjang, penulis suka
nak menyatakan disini bahawa dari kajian penulis, jumlah RM237 billion
ini tidak dinyatakan dimana-mana sebagai sumbangan Petronas kepada
kerajaan sepanjang tempoh Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Paling dekat ialah sumber dari blog
mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyebut Petronas
telah menyumbang sebanyak RM 270 billion (sebelum cukai atau selepas
cukai, penulis tidak pasti) kepada kerajaan sepanjang tempoh
pemerintahan Abdullah, dan projek apa yang telah dibiayai dari hasil
wang ini?
Sumber boleh rujuk disini.
Kita tahu Rafizi adalah bekas kakitangan
Petronas tapi Mahathir adalah Penasihat Petronas. Kalau diberi antara 2
pilihan maklumat siapa yang perlu lebih dipercayai, sudah tentu penulis
memilih Mahathir.
Soal siapa Mahathir dan kekejamannya ke
atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu adalah perkara berbeza.
Yang dibangkitkan sekarang ialah maklumat tentang sumbangan Petronas
kepada kerajaan sepanjang tempoh Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Lagipun, tindakan Rafizi membuat
perbandingan ini adalah hampir sama dengan tindakan Mahathir pada 2010,
cuma tidak mengkhusus kepada pendidikan seperti yang dilakukan Rafizi
dalam debat tersebut.
Balik pada soal RM 237 billion ini tadi.
Dari mana angka ini datang? Graf
dibawah menunjukkan jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang
tempoh perkhidmatan Abdullah sebagai Perdana Menteri (2004-2008). Yang
mana kalau pembaca boleh mengira, jumlahnya hanyalah sebanyak RM202.8
billion!! Katakanlah plus minus 10% pun, masih jauh dari angka yang
diberikan Rafizi.
Kenapa penulis membangkitkan hal ini dengan panjang lebar?
Kerana seperti ditulis diatas, isu ini
sedang hangat dibincangkan di alam siber bagi menunjukkan bahawa Khairy
‘kalah’ berdebat dengan Rafizi kerana gagal menjawab soalan tersebut
sebanyak 2 kali. Sekarang tahulah kita kenapa Khairy tidak boleh
menjawab, angka diberikan itu salah dan tidak boleh dirujuk dimana-mana.
Jadi di mana yang Rafizi menang kalau rujukannya pun sudah salah?
Itu belum disebutkan lagi dengan apa
cara pendapatan Petronas semasa penggal pemerintahan Abdullah, mampu
dikaitkan dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan
percuma setelah mengambil alih Putrajaya nanti.
Penulis tak nampak bagaimana ‘cerita’ 4
tahun lepas mampu membantu Pakatan Rakyat menjayakan janji pendidikan
percuma dan penghapusan hutang PTPTN seperti yang menjadi tajuk debat
tempoh hari. Tidak hairan kenapa ramai menganggap tujuan Rafizi
membangkitkan persoalan ini ialah untuk menyerang peribadi Khairy.
Tak pasal-pasal, dari seorang yang
dianggap majoriti ahli UMNO sebagai ‘persona non grata’ (orang yang
tidak diperlukan), Khairy kini diangkat menjadi hero pula.
Oleh yang demikian, penulis harap
Rafizi tampil dengan penjelasan dari mana sumber RM 237 billion ini
diperolehi sebelum isu-isu lain yang timbul semasa debat itu mengambil
tempat.
Antara yang paling memalukan, sudah tentulah dalam soal “beri
pendidikan pra sekolah percuma pun tak mampu di Selangor (manifesto
2008), inikan pulak pendidikan peringkat tinggi percuma“ yang disebutkan ahli Parlimen Rembau tersebut semasa menutup hujahannya.
Penulis berpendapat beginilah, di masa
hadapan, jika kurang persediaan, elok dibatalkan sahaja debat itu kerana
penulis lihat ia bukan menaikkan lagi imej Pakatan Rakyat, tapi tambah
menjatuhkan lagi.
PeLuiT:
Satu fakta yang kita kena sedar kebanyakan tadika di negara kita adalah dalam jagaan BN; tenguk kepada warna LOGO Tadika KEMAS pun telah jelas ianya adalah dalam bidang kuasa BN; PR boleh memulakan pendidikan pra sekolah percuma melalui tadika yang dikelolakan oleh PAS tak silap PeLuiT ianya PASTI; jika benar PR ini sehati sejiwa dalam memenuhi impian pengundi di Selangor.
Sindiran KJ memang satu fakta kukuh yang perlu dijawab oleh PR.
PeLuiT:
Satu fakta yang kita kena sedar kebanyakan tadika di negara kita adalah dalam jagaan BN; tenguk kepada warna LOGO Tadika KEMAS pun telah jelas ianya adalah dalam bidang kuasa BN; PR boleh memulakan pendidikan pra sekolah percuma melalui tadika yang dikelolakan oleh PAS tak silap PeLuiT ianya PASTI; jika benar PR ini sehati sejiwa dalam memenuhi impian pengundi di Selangor.
Sindiran KJ memang satu fakta kukuh yang perlu dijawab oleh PR.
1 ulasan:
Sya pun nak berkongsi skit.. Bley kan? (Copy+paste dr komen sy kt blog len..hehehe)
1) Hmm sejauh mana keyakinan kerajaan jumlah kewangan yang diluluskan setiap thn terbayar balik? Dah la tak cukup duit, minta lg kt kwps, bank2 mcm cimb dan sbgainya.. Sedangkan dr tahun 1997-2011, hutang ptptn dpt dikutip 10% dr jumlah yang diluluskan.. Tiap2 tahun, ptptn meluluskan hmpir 6b.. Cuba kira2, mjelang 2020, bape dh jmlh yg diluluskan dan bandingkan dgn yg telah dibayr balik.. Mcmna agaknya nak cover duit2 tu erk? Yg teruknya kt golongan muda akan dtg la.. Bila dh hutang ptptn tu meningkat, hah, tyme tu la sbuk nak naikkan cukai utk tampung hutang.. Masa tak dpt diputar beb.. Apa salahnya now la kita cuba cover hutang tu b4 btambah.. tak gitu?
2) Yb Khairy kata akan datang ekonomi meningkat, graduan akan dpt kerja, then akan dapat bayar hutang ptptn..Wow, kenyataan yg yakin sgt? Now pun ekonomi ok2, tp liat juga bayar.. Ala, sama ja mcm now..Hehe.. Ekonomi meningkat, taraf hidup pun meningkat tp kalo dpt kerja pun, brg mahal, lifestyle berubah,,smua jd mahal.. Jd, boleh yakin ke hutang tu terbayar blik? Risiko tuh.. Renung2kan realitinya..
3)Fakta2 En Rafizi mgkin putar belit, tp cuba lihat kerangka yg dia cuba sampaikan.. Jd tak pyh la nak fokus kat fakta2 kelentong yg leceh tu yer.. Apa salahnya kita cuba kerangka tu dlu? Tak salah mencuba..Lgpn kita tahu hutang PTPTN akan semakin meningkat tahun ke tahun.. Tgk yg realiti..Pak Lah dh ckp dulu, MAlaysia Ngara dgn Infrastruktur 1st, tp Mentaliti kelas ke-3.. Kalo dah tahu gtu, cuba kurangkan pmbagunan dulu, tumpukan pendidikan.. Bg yg paling terbaik utk pendidikan.. Ni kan pelaburan jangka ms panjg.. Graduan keluar tnpa pikir hutang, kerja nt berbakti kat ngara dr segi ekonomi, tnga kerja..
4) Cuba fikir, kalo PTPTN mansuh, then bagi pendidikan percuma, sapa yg paling rugi? Mestilah IPTS kan? Gulung tikar beb..Sapa yang bg kelulusan IPTS2 ni? Ofcoz kerajaan.. Alasan, utk br pdidikan kt yg tercicir..Kalo direnung kembali,objtf Pnubuhan PTPTN dulu adalah utk IPTA, bila 2005, trus dibuka utk IPTS.. Wah, duit ptptn mgalir kat IPTS la.. Sapa untung? Stakeholder IPTS la.. Sapa stakehldr IPTS tuh? Hehe.. Sndiri tgk ler yer.. Graduan kluaran IPTS dpt kerja, gaji br brapa, tp hutang berlipat ganda.. Kecian beb.. Nak simpan duit pun susah..
5) Sory to say, lau tgk dr segi pdebatan, bgi sy RAFIZI menang.. Khairy hnya tahu bidas dan tak jwb soalan.. Hehe.. Jwb soalan utk mslh menteri sorg tu, dia leh jwb.. Tp yg bkaitan dgn diri dia ttg duit petronas tu, tak tjwb..Siap ubah topik lg.. Paling pelik skali, YB Khairy kata wang ptptn diluluskan tuh 30b, tp PM kata 40b.. Mana yg betol nie? Fakta ke Auta? Hehe.. Rafizi cite ttg kerangka modal yg leh dibuat utk lenyapkan hutang ptptn now, n cara nak bg pdidikan pcuma.. Tu kira bgus kan?
6) owh lupa plak.. Ada satu soalan paling melucukan dr YB Khairy tuh.. Hm rasanya budak f6 pun leh jwb.. Dia tya ttg pendidikan utk org slangor tuh.. Suh Slangor buktikan dgn bg pndidikan pcuma kat cna dlu.. Rasanya YB Khairy tlalu lama dlm kerajaan smpai dh lupa Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama tuh.. Lucu lah kan? Terserlah kebodohan.. Ke sb dh hbis idea nak tye? ketar kot..Lbh2 lg asik2 tya kt Moderator, Soalan bias.. Mcmtu ke profesional..? Nampak dh ketar.. Rafizi pun ditanya soalan yg sama taraf jg, tp tjwb pun soalan.. hahaha.. Jom tgk buku f6.. Hehehe..
Sy tak la nak sokong PR or BN, tp sy lbh lihat maksud yg cuba disampaikan.. Btol la kata2 "infrastruktur 1st, Mentaliti Kelas ke-3".. hehehe
Jom renung2kan, dan slamat beramal.. Hehehe..
Catat Ulasan