Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam
TELUK INTAN – Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau
merupakan seorang peguam yang sah.
Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut
membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.
“Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.
“Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam,” jelasnya.
“Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam,” jelasnya.
Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.
Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan
Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976.
Dyana Sofya menjadi tumpuan orang ramai mengambil peluang bergambar
dengan calon DAP Teluk Intan, pada Sabtu. Gambar dan laporan ihsan mStar
TELUK INTAN: Hujung minggu kali ini berbeza sekali, selain menziarahi
keluarga, ada di kalangan anak kelahiran bandar Teluk Intan di sini yang
pulang dari luar untuk merasai suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).
Tinjauan mStar Online mendapati banyak kereta dengan nombor pendaftaran
luar Perak memenuhi sekitar bandar ini terutama pada hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan