TELUK INTAN, 31 MEI: Selepas hampir dua minggu tempoh kempen penuh getir, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud akhirnya tewas kepada calon BN, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti amat tipis sekadar 238 undi. 550 undi rosak.
Keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi di mana Dyana mendapat 19,919 undi, manakala Mah pula beroleh 20,157 undi.
Peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah sekadar 66.5 peratus, berbanding Pilihanraya Umum (PRU) lalu, iaitu 80.4 peratus.
Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen sebelum ini Seah Leong Peng akibat kanser 1 Mei lalu.
Pada PRU lalu, mendiang Seah menewaskan Mah dengan majoriti 7,313 undi.
Lenggong Perak · Top Commenter · Setiausaha at Pusat Khidmat Sosial Islam Perak
MENANG
YANG TIDAK MEMBANGGAKAN dan memalukan. MENENTANG CALUN LAWAN HANYA
SEORANG BUDAK. PRESIDEN PARTI YANG PERNAH MEMERINTAH PULAU PINANG
MENANG DALAM PILIHANRAYA KECIL YANG DIBANTU DENGAN SELURUH JENTERA
KERAJAAN PUSAT MENANG DENGAN MAJORITI 238. sebenar nya anda telah
ditolak oleh rakyat. pastikan anda tidak lagi memimpin parti anda dalam
PRU 14. INGAT TANPA BANTUAN MELAYU DAN UMNO ANDA TIDAK MENANG.
aqimi Haiqal · Works at Tidur Lepak Dan Makan (TLDM) · 147 subscribers
nak
kepastian berapa peratus sebenarnya yg keluar mengundi sbb menurut spr
kata 1) 67.4% bermakna yang keluar mengundi 40,796+undi pos 392 = 41,188
pengundi, jika di tolak 19,919+20,157+505 = sepatutnya mejoriti = 607,
kenapa lak spr umum majoriti 238, mana perginya baki 369, kalau peratusan
65.93% = 39,850+392 = 40,242 - (19919+20157+505 = 40,581) = -339,
menunjukkan kekurangan 339 undi, jadi jumlah undi mana satu yang
kurang...pening2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan