Seorang pemimpin DAP Perak mendakwa rakyat kini bukan sahaja membayar
harga RON95 tanpa subsidi tetapi juga harga yang lebih tinggi dari
pasaran.
Ketua biro ekonomi, Chong Zhemin berkata harga petrol di pasaran dunia semalam berada pada tahap US$84.47 (RM277).
Beliau memetik satu analisis AmResearch yang menyebut, RON95 sepatutnya
pada tahap RM2.30 seliter tanpa sibsidi kerajaan sekiranya harga pasaran
dunia pada tahap US$84.80 (RM278).
“Rakyat Malaysia sekarang secara langsung membayar cukai bahan api
sebanyak RM95,” katanya yang merujuk kepada penurunan harga pasaran
dunia sebanyak US$0.53 (RM1.74) setong.
Chong berkata, AmResearch menganggarkan bahawa harga minyak pasaran
dunia akan terus turun sebanyak 10 peratus, yang akan mengecilkan lagi
bayaran subsidi kerajaan sebanyak RM35.6 bilion.
“Dengan harga pasaran minyak dunia jatuh lebih 11 peratus, Putrajaya
mesti lebih telus mengenai cara untuk membelanjakan subsidi bahan api
RM35.6 bilion,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau menggesa agar kerajaan mengurangkan harga RON95 dan diesel berkuatkuasa serta merta.
Beliau juga menggesa kerajaan supaya memindahkan jumlah penjimatan
subsidi kepada pemilik kenderaan yang sudahpun membayar jumlah yang
besar dalam bentuk cukai berkaitan pengangkutan.
Menurut Bajet 2015, kerajaan akan mengutip sejumlah RM17.3 bilion cukai
berkaitan pengangkutan melalui duti eksais, cukai jualan kereta, duti
import dan lesen kenderaan.
Kerajaan pada awal bulan ini mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan
diesel sebanyak 20 sen, yang menjadikan harga masing-masing meningkat
kepada RM2.30 dan RM2.10.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan