IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD
Strategi
IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di
kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan
non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri
pilihan raya di Malaysia.
Memang
inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan
non-muslim tidak penting dalam realiti pilihan raya di Malaysia. Tetapi
apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah,
sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah)
bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?
Menurut
fikrah PAS, sebagai sebuah parti dakwah, PAS perlu bertegas dengan
dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Inilah yang sedang
dilakukan oleh PAS sebagaimana isu hudud yang dipertegaskan oleh Tuan
Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA).
Manakala
menurut fikrah IRC, PAS sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah
dakwah, perlu untuk tidak meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam
penampilan politik mereka, guna bagi menarik golongan non-muslim. PAS
tidak perlu mempertegaskan isu hudud, negara islam, isu social dan
sebagainya. Apa yang lebih melampau, mereka berpandangan PAS sepatutnya
menafikan untuk tidak bermatlamatkan negara Islam amnya dan hudud
khasnya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan
keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap Islam seperti
hudud dan lain-lain.”
Fikrah
ini pernah mewujudkan pertembungan di dalam PAS. Pada tahun lepas, TGNA
menyebut bahawa hanya hudud sebagai penyelesaian ketika memberikan
respon tentang liputan jenayah, buang anak, rompakan dan lain-lain.
Pada waktu itu, Karpal Singh memberikan respon yang negatif bahawa DAP
tidak akan bersetuju dengan Hudud. Spontan itu, Dr Zulkifli Ahmad dalam
temubual TV PAS seolah-olah “kondem” TGNA yang menimbulkan isu hudud
dengan alasan ia boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Cuba lihat bagaimana
persepsi awam terhadap statement ini di youtube http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA&feature=results_video&playnext=1&list=PLAC2ED679DDA194CF.
Bukankah
pendirian ini menghilangkan keyakinan mereka yang bersama dengan PAS
kerana Islam? Bukankah PAS berdiri dan bertahan di Kelantan atas
perjuangan ini? Sedangkan sokongan non-muslim belum tentu akan diraih
dengan mengenepikan agenda Islam di dalam perjuangan. Ibarat pepatah
menyatakan: yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Apabila
saya memaparkan video Dr Zulkifli Ahmad ini, ini bukan bermakna Dr Zul
IRC. Tetapi apa yang pasti, fikrah IRC jelas terserlah di dalam ucapan
tersebut. Kesannya PAS dilihat mempunyai dua puak; satu puak yang sokong
hudud sebagai salah satu agenda parti; manakala satu puak lagi ialah
puak yang menyatakan agenda islam tidak perlu ditonjolkan. Yang perlu,
ialah kita menonjolkan kebaikan, kebajikan dan keadilan.
Sebenarnya,
fikrah dan pendirian IRC dalam isu ini bukan setakat setakat itu,
tetapi sudah berlaku beberapa insiden yang besar seperti isu kalimah
Allah dan sebagainya. Kesannya, PAS akhir-akhir ini dilihat tidak
konsisten dengan agenda Islam, walhal kenyataan Tuan Guru Presiden, Tuan
Guru Dr. Harun Din, Dewan Ulama dan lain-lain ditapis oleh Harakah yang
dikuasai oleh IRC. Sehingga pernah terjadi, seorang staf harakah yang
enggan menyiarkan statement Presiden setelah didesak oleh Dr. Shamsuri
(S/U Politik Presiden), “takpelah, nanti saya siarlah statement presiden
enta”, tegasnya dalam nada meradang justeru didesak oleh Setpol
beberapa kali. Isu kalimah Allah, saya akan ceritakan selepas PRU-13,
insya Allah.
Selepas
ini, saya akan coretkan, apakah pandangan islam dari perspektif siasah
syariyyah berkenaan penegasan agenda islam di dalam perjuangan politik
Islam.
KES PERTAMA: ABANG MAT TAK IKUT JEJAK ARAHAN IRC.
Sewaktu makan di bilik ruangan atas KUIZM, YB ****** telah berbisik
kepada Abang Mat: "esok, hentam sikit Dr. Harun Din dalam ucapan
penangguhan enta". Abang Mat sekadar menganggukkan kepala.
Penulis sekadar ingin melihat, adakah Abang Mat benar-benar akan berbuat
demikian atau sebaliknya. Justeru itu, penulis menunggu-nunggu ucapan
penangguhan Abang Mat. Selepas diteliti, abang Mat hanya memuji ulama2
PAS silam dan ulama PAS semasa serta ulama-ulama antarabangsa lain.
Ini bermakna, hari pertama perlantikan Abang Mat dah tak ikut telunjuk diorang.
Apakah Abang Mat akan menerima nasib yang sama macam Ustaz Nasha? Tunggu dan lihat.
Kes kedua akan menyusul: IRC dah belakangkan Abang Mat. Mesyuarat sulit
tidak dijemput, sedangkan sebelum muktamar, Abang Mat sentiasa di
panggil untuk berbincang tentang line up. Tapi perbincangan tentang
siapakah SU agung, abang Mat dipinggirkan. Siapakah SU dalam line up
IRC? Adakah ia akan mengikut keselesaan Presiden atau sebenarnya mereka
akan bertegas dengan SU yang direstui oleh diorang walaupun terpaksa
bersikap kurang ajar terhadap Presiden?
GOLONGAN IRC MULA MEMENINGKAN KEPADA PRESIDEN
Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan IRC ini telah
membuat mesyuarat sulit yang dihadiri seramai 8 orang pemikir strategy
pada malam 5 haribulan untuk melantik S/U agung. Mereka memerlukan
jawatan ini kerana ianya penting bagi strategi mengepong presiden dalam
segala tindak tanduk parti. Sekalipun S/U tersebut bukanlah daripada
kalangan IRC, tetapi mereka adalah dari kalangan yang tidak mengenal IRC
dan gerakannya, seterusnya tidak menjadi penghalang kepada agenda
mereka di dalam PAS.
Dalam pengalaman penggal 2007/2009, golongan IRC banyak menghentam
presiden di dalam mesyuarat Pakatarn Rakyat berbanding membantu dan
mempertahankan presiden. Justeru itu, Presiden melantik Cikgu Pa di
dalam sessi lepas bagi mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, pada
kali ini golongan IRC sudah menguasai peringkat atas dan bawah,
menyebabkan Presiden sekali lagi akan menghadapi tekanan dalam gerak
kerja sepanjang sessi ini.
Harap Abang Mat dapat memahami dan membantu Presiden. Lantik Cikgu Pa, bukan Dr. Syed Azman.
Note 1: Abang Mat tak terlibat di dalam mesyuarat ini. Justeru Abang Mat
hanya menjadi laluan kepada diorang untuk menguasai Dewan Harian,
seterusnya mengawal Presiden.
Note 2: Saya juga tidak salahkan Dr Syed Azman dalam isu ini. Kerana yagn salah ialah conspirator dibelakang tabir.
Contoh terbaik ialah YB Ibrahim Ali yang PAS beri kesempatan dan kedudukan, apa jadi kesudahannya.
Dalam masa pilihanraya hampir tiba, tak semena-mena MB Kedah Ust Azizan diminta beundur dan siapa yang bersuara lantang dalam isu ini. Apakah kerana isu AUKU atau isu IKUT AKU.
Pemerhatian yang tajam perlu dalam apa yang berlaku sekarang ini.
YB Anwar Ibrahim bercakap dengan mengatakan sokongan kepada kepentingan Israel. Hari ini ucapan itu sudah tidak menjadi perkara besar untuk kita lagi. Jika dahulu pasti Ustaz-ustaz kita melenting dan berceramah hampir pecah pembesar suara menentangnya. Hari apa yang dikatakan ahli PAS, itu masalah peribadi dia.
Lihat saja pada sejarah Jerman pada tahun 1940'an Pada mulanya Jerman bukan begitu coraknya tetapi apabila Hitler dan golongan Nazi mula berkuasa maka corak pemerintahan negara itu pun bertukar.
Satu lagi negara yang perlu kita pelajari dan lihat pada sejarahnya ialah Indonesia. Bagaimana dengan tanpa disedari Presiden Sukarno sewaktu itu telah dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan Komunis dan mereka hampir berkuasa dalam tragedi 30Sept.
Ini yang perlu kita beri perhatian, kerana kita takut apabila golongan ini tidak disekat, Ulamak akan dipinggirkan. Apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya kata-kata negara Islam berdasarkan syariah dan hukumnya tidak diperlukan lagi. Yang kita dengar ialah PutraJaya dan Anwar Ibrahim bakal PM.
Satu lagi pertanyaan saya kepada semua Ahli PAS, hari ini dimana kedudukan PAS dalam ranking Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya iman.
Contoh terbaik ialah YB Ibrahim Ali yang PAS beri kesempatan dan kedudukan, apa jadi kesudahannya.
Dalam masa pilihanraya hampir tiba, tak semena-mena MB Kedah Ust Azizan diminta beundur dan siapa yang bersuara lantang dalam isu ini. Apakah kerana isu AUKU atau isu IKUT AKU.
Pemerhatian yang tajam perlu dalam apa yang berlaku sekarang ini.
YB Anwar Ibrahim bercakap dengan mengatakan sokongan kepada kepentingan Israel. Hari ini ucapan itu sudah tidak menjadi perkara besar untuk kita lagi.Jika dahulu pasti Ustaz-ustaz kita melenting dan berceramah hampir pecah pembesar suara menentangnya. Hari apa yang dikatakan ahli PAS, itu masaelah peribadi dia.
Lihat saja pada sejarah Jerman pada tahun 1940'an Pada mulanya Jerman bukan begitu coraknya tetapi apabila Hitler dan golongan Nazi mula berkuasa maka corak pemerintahan negara itu pun bertukar.
Satu lagi negara yang perlu kita pelajari dan lihat pada sejarahnya ialah Indonesia. Bagaimana dengan tampa disedari Presiden Sukarno sewaktu itu telah dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan Komunis dan mereka hampir berkuasa dalam tragedi 30Sept.
Ini yang perlu kita beri perhatian, kerana kita takut apabila golongan ini tidak disekat, Ulamak akan dipinggirkan. Apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya kata-kata negara Islam berdasarkan syariah dan hukumnya tidak diperlukan lagi. Yang kita dengar ialah PutraJaya dan Anwar Ibrahim bakal PM.
Satu lagi pertanyaan saya kepada semua Ahli PAS, hari ini dimana kedudukan PAS dalam ranking Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya iman.