Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 16 Oktober 2012

IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD


IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD

Strategi IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri pilihan raya di Malaysia.

Memang inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan non-muslim tidak penting dalam realiti pilihan raya di Malaysia. Tetapi apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah, sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah) bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?

Menurut fikrah PAS, sebagai sebuah parti dakwah, PAS perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Inilah yang sedang dilakukan oleh PAS sebagaimana isu hudud yang dipertegaskan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA).

Manakala menurut fikrah IRC, PAS sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, perlu untuk tidak meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, guna bagi menarik golongan non-muslim. PAS tidak perlu mempertegaskan isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya. Apa yang lebih melampau, mereka berpandangan PAS sepatutnya menafikan untuk tidak bermatlamatkan negara Islam amnya dan hudud khasnya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap Islam seperti hudud dan lain-lain.”

Fikrah ini pernah mewujudkan pertembungan di dalam PAS. Pada tahun lepas, TGNA menyebut bahawa hanya hudud sebagai penyelesaian ketika memberikan respon tentang liputan jenayah, buang anak, rompakan dan lain-lain. Pada waktu itu, Karpal Singh memberikan respon yang negatif bahawa DAP tidak akan bersetuju dengan Hudud. Spontan itu, Dr Zulkifli Ahmad dalam temubual TV PAS seolah-olah “kondem” TGNA yang menimbulkan isu hudud dengan alasan ia boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Cuba lihat bagaimana persepsi awam terhadap statement ini di youtube http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA&feature=results_video&playnext=1&list=PLAC2ED679DDA194CF.

Bukankah pendirian ini menghilangkan keyakinan mereka yang bersama dengan PAS kerana Islam? Bukankah PAS berdiri dan bertahan di Kelantan atas perjuangan ini? Sedangkan sokongan non-muslim belum tentu akan diraih dengan mengenepikan agenda Islam di dalam perjuangan. Ibarat pepatah menyatakan: yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.

Apabila saya memaparkan video Dr Zulkifli Ahmad ini, ini bukan bermakna Dr Zul IRC. Tetapi apa yang pasti, fikrah IRC jelas terserlah di dalam ucapan tersebut. Kesannya PAS dilihat mempunyai dua puak; satu puak yang sokong hudud sebagai salah satu agenda parti; manakala satu puak lagi ialah puak yang menyatakan agenda islam tidak perlu ditonjolkan. Yang perlu, ialah kita menonjolkan kebaikan, kebajikan dan keadilan.

Sebenarnya, fikrah dan pendirian IRC dalam isu ini bukan setakat setakat itu, tetapi sudah berlaku beberapa insiden yang besar seperti isu kalimah Allah dan sebagainya. Kesannya, PAS akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dengan agenda Islam, walhal kenyataan Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dewan Ulama dan lain-lain ditapis oleh Harakah yang dikuasai oleh IRC. Sehingga pernah terjadi, seorang staf harakah yang enggan menyiarkan statement Presiden setelah didesak oleh Dr. Shamsuri (S/U Politik Presiden), “takpelah, nanti saya siarlah statement presiden enta”, tegasnya dalam nada meradang justeru didesak oleh Setpol beberapa kali. Isu kalimah Allah, saya akan ceritakan selepas PRU-13, insya Allah. 

Selepas ini, saya akan coretkan, apakah pandangan islam dari perspektif siasah syariyyah berkenaan penegasan agenda islam di dalam perjuangan politik Islam. 

KES PERTAMA: ABANG MAT TAK IKUT JEJAK ARAHAN IRC.

Sewaktu makan di bilik ruangan atas KUIZM, YB ****** telah berbisik kepada Abang Mat: "esok, hentam sikit Dr. Harun Din dalam ucapan penangguhan enta". Abang Mat sekadar menganggukkan kepala.

Penulis sekadar ingin melihat, adakah Abang Mat benar-benar akan berbuat demikian atau sebaliknya. Justeru itu, penulis menunggu-nunggu ucapan penangguhan Abang Mat. Selepas diteliti, abang Mat hanya memuji ulama2 PAS silam dan ulama PAS semasa serta ulama-ulama antarabangsa lain.

Ini bermakna, hari pertama perlantikan Abang Mat dah tak ikut telunjuk diorang.

Apakah Abang Mat akan menerima nasib yang sama macam Ustaz Nasha? Tunggu dan lihat.

Kes kedua akan menyusul: IRC dah belakangkan Abang Mat. Mesyuarat sulit tidak dijemput, sedangkan sebelum muktamar, Abang Mat sentiasa di panggil untuk berbincang tentang line up. Tapi perbincangan tentang siapakah SU agung, abang Mat dipinggirkan. Siapakah SU dalam line up IRC? Adakah ia akan mengikut keselesaan Presiden atau sebenarnya mereka akan bertegas dengan SU yang direstui oleh diorang walaupun terpaksa bersikap kurang ajar terhadap Presiden?

GOLONGAN IRC MULA MEMENINGKAN KEPADA PRESIDEN

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan IRC ini telah membuat mesyuarat sulit yang dihadiri seramai 8 orang pemikir strategy pada malam 5 haribulan untuk melantik S/U agung. Mereka memerlukan jawatan ini kerana ianya penting bagi strategi mengepong presiden dalam segala tindak tanduk parti. Sekalipun S/U tersebut bukanlah daripada kalangan IRC, tetapi mereka adalah dari kalangan yang tidak mengenal IRC dan gerakannya, seterusnya tidak menjadi penghalang kepada agenda mereka di dalam PAS. 

Dalam pengalaman penggal 2007/2009, golongan IRC banyak menghentam presiden di dalam mesyuarat Pakatarn Rakyat berbanding membantu dan mempertahankan presiden. Justeru itu, Presiden melantik Cikgu Pa di dalam sessi lepas bagi mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, pada kali ini golongan IRC sudah menguasai peringkat atas dan bawah, menyebabkan Presiden sekali lagi akan menghadapi tekanan dalam gerak kerja sepanjang sessi ini.

Harap Abang Mat dapat memahami dan membantu Presiden. Lantik Cikgu Pa, bukan Dr. Syed Azman.

Note 1: Abang Mat tak terlibat di dalam mesyuarat ini. Justeru Abang Mat hanya menjadi laluan kepada diorang untuk menguasai Dewan Harian, seterusnya mengawal Presiden.

Note 2: Saya juga tidak salahkan Dr Syed Azman dalam isu ini. Kerana yagn salah ialah conspirator dibelakang tabir. 

Tiada ulasan: