Lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli
Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul
Izzah Anwar ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.
Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan
politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.
"Saya dengan ini memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap
Nurul Izzah binti Anwar dan memohon pihak pendakwa raya mengambil
tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah binti Anwar
ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukan bawah Akta Hasutan 1948,"
katanya.
Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang
anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan
dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Zulkifli membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan