Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin naib presiden lebih popular
berbanding Datuk Seri Hishammuddin Hussein sewaktu pemilihan parti
tetapi orang ramai melihatnya berbeza.
Menurut satu tinjauan pendapat, Hishammuddin dilihat paling popular
untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan
mendapat 19.8 peratus sokongan.
Malah,
tinjauan Merdeka Center menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin, yang lebih muda menjadi pilihan berbanding Zahid.
Khairy, ketua Pemuda Umno, meraih sokongan responden sebanyak 8.6 peratus berbanding Zahid yang hanya 8.4 peratus.
Kajian membabitkan 1,008 responden itu ditaja oleh The Malaysian Insider dan dijalankan oleh Merdeka Center.
Dalam pemilihan Umno 2013, Zahid memperolehi undi terbanyak dari 185 bahagian Umno untuk jawatan naib presiden.
Shafie Apdal pula berada di tempat kedua dengan undi dari 174 bahagian manakala Hishammuddin di tempat ketiga dengan 100 undi.
Hishammuddin berdepan dengan saingan hebat dari Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat undi dari 91 bahagian
Sehubungan itu, Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata,
pemilihan Hishammuddin sebagai pengganti Najib dilihat berdasarkan
kecekapan menteri pengangkutan itu mengendalikan isu kehilangan pesawat
MH370.
"Rakyat Malaysia lebih suka Hishammuddin kerana salasilah keturunan
keluarganya. Beliau menjadi perhatian tahun lalu ketika kehilangan MH370
dan dilihat mengendalikan kes itu dengan dengan baik.
"Beliau menjadi wajah Malaysia dan mendapat penilaian yang baik," Ibrahim dipetik sebagai berkata.
Ibrahim berkata, antara nama lain yang dicalonkan oleh responden ialah
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tinjauan itu juga menunjukkan, dalam kalangan penyokong Pakatan sebanyak
12 peratus mahukan Hishammuddin sebagai perdana menteri akan datang
diikuti dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (4.7 peratus), Menteri
Besar Selangor Azmin Ali (9.8 peratus), Khairy Jamaluddin (6.4 peratus),
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (4.7 peratus) dan Zahid (2.6
peratus).
Khamis, 12 Mac 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan