Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 27 Februari 2013

'PKR, bukan DAP, akan jadi parti pembangkang terbesar'


 
PKR akan menjadi parti pembangkang terbesar jika BN kekal menguasai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Beliau menyangkal pendapat seorang penganalisis politik bahawa DAP akan mengambil kedudukan utama dalam Pakatan Rakyat.

2008 elections who got what parliament seatPua berkata DAP hanya akan bertanding 40 hingga 50 kerusi
parlimen.

Tanpa mendedahkan bilangan kerusi yang akan ditandingi PKR, beliau berkata parti itu masih akan menjadi parti pembangkang terbesar.

"Bagaimana kita boleh jadi parti terbesar dalam Pakatan?" tanya Pua menyangkal pandangan CEO Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh.

"PAS atau PKR berkemungkinan besar mempunyai bilangan kerusi terbanyak, dan kami rasa ianya PKR."

Yeoh telah mengunjurkan bahawa Pakatan akan memenangi 99 kerusi Parlimen, manakala BN mendapat 123 kerusi.

Sabtu, 23 Februari 2013

Syed Mokhtar intai Malaysia Airlines


 
Ahli Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah mencadangkan kepada kerajaan pusat untuk mengambil alih 69.3 peratus kepentingan syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Bhd dalam Malaysia Airlines, kata sumber.

Walaupun butir-butir pengambilalihan yang dicadangkan ahli perniagaan itu tidak diketahui, tetapi sebahagian daripadanya mungkin melibatkan subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan untuk sehingga 60 tahun, kata mereka.

Bagaimanapun, satu sumber yang rapat dengan Syed Mokhtar menafikan wujudnya cadangan untuk mengambil alih MAS.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya... Ini semua adalah permainan pilihan raya," katanya.

Bagaimanapun, dua sumber berasingan mengesahkan bahawa perkara itu sedang diusahakan pada masa ini walaupun butiran mengenainya belum jelas kerana masih terlalu awal. Khazanah tidak menjawab soalan-soalan yang dihantar.

PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam


 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
  
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
  
Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
  
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
  
Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.
  
"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
  
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
  
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
  
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
  
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
  
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
  
- Bernama

Peserta perarakan tuntut p'raya bebas, adil bertambah


Jumlah peserta perarakan dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil di Sabah yang memasuki hari kedua hari ini bertambah 10 orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan seramai 57 orang.

Aktivis yang mewakili perjalanan itu, Andrew Ambrose berkata, tambahan peserta seramai 10 orang yang menyertai perjalanan itu tiba dari Kota Kinabalu pagi tadi.

Sabah march day 2Katanya, bagi perjalanan hari ini, kumpulan itu mula bertolak dari hentian terakhir mereka semalam iaitu di Kampung Tagudon pada jam 10 pagi.

Menurut Andrew, sebuah kereta peronda polis turut kelihatan lalulalang semasa mereka sedang berjalan. Bagaimanapun, tiada sebarang sekatan atau gangguan yang berlaku.

Andrew, mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan menuju ke hentian seterusnya iaitu di Morog selepas berehat selama 30 minit di Guramboi.

Beliau berkata, kesemua peserta kelihatan bersemangat untuk berjalan pada hari ini walaupun semalam kira-kira jam 6 petang hujan lebat dan cuaca sejuk semasa mereka melalui Gunung Alab.

Sabah march day 2"Kami sekarang sedang berehat di Guramboi. Dan semasa di sini, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. Sama seperti  tempat kami bermalam di Kampung Tagudon, turut disambut meriah dan kami diberi makanan.

"Semasa di Guramboi, kita adakan aktiviti ceramah bersama penduduk untuk berkongsi dan memberi sedikit gambaran tentang isu semasa.

"Polis ada lalulalang dengan sebuah kereta peronda (semasa berjalan). Mereka lalu sahaja. Langsung tidak beri perlindungan kepada kami walaupun kita dah beritahu balai polis Penampang dan balai polis Keningau kerana keadaan lalulintas di sini bahaya. Pagi-pagi lori-lori besar akan naik atas bukit. Cuma sekarang kami ada renjer kami sendiri untuk mengawal," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengahari tadi.

Sabah march day 2Acara berjalan dari Tambunan ke Penampang sejauh kira-kira 60 kilometer yang digelar 'Tak Berdiam Lagi-Bangkit dan Jalan' itu akan merentasi banjaran Crocker dan dijadualkan berakhir di Dewan Pegansakan, Penampang esok.

Mereka memulakan perjalanan dari Pekan Tambunan, semalam pada jam 10.45 pagi sebelum berhenti untuk bermalam di Kampung Tagudon.

Nik Aziz pertahan kenyataannya tentang BR1M



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
  
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
  
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.
  
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu hari ini.
  
Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
  
Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.
  
Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.
  
Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
  
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

- Bernama


Najib: Kenyataan Nik Aziz menghina rakyat
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching hari ini.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung... orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.

"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.

"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

- Bernama

Khamis, 18 Oktober 2012

Ahli tetap sokong Pas


Wartawan Sinar Harian

Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusuf
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Perbezaan pendapat ditimbulkan dua bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Nasharudin Mat Isa tidak akan mengurangkan sokongan ahli terhadap parti itu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata, pertembungan pendapat berlaku antara kepimpinan Pas dan dua bekas pemimpin parti itu, bukan perkara baru malah pernah berlaku dan menjadi tumpuan sebelum ini.
“Pendapat Hasan dan Nasha tidak akan memberi kesan kepada sokongan terhadap parti kerana orang-orang Pas ‘gila’ parti. Mereka tidak kisah pertembungan pendapat itu sebab ia tidak meninggalkan kesan kepada mereka, yang dijaga ialah parti.
“Hasan dan Nasha memiliki fahaman politik tersendiri, mereka bukan politikus yang tidak berpengetahuan. Menjadi alat Umno atau tidak adalah pendirian politik semasa mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pergolakan dalam parti itu, semalam.
Bagaimanapun, Agus menyatakan, konsep Negara Berkebajikan yang menimbulkan pertikaian dalam Pas, wajar dipraktikkan memandangkan ia adalah konsep praktikal untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pertembungan dengan parti komponen Pas (DAP).
“Konsep Negara Berkebajikan lebih relevan dengan senario politik semasa berbanding perjuangan asal Pas iaitu membentuk kerajaan Islam. Konsep baru itu lebih sesuai kepada rakyat lebih-lebih lagi untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Penyelesaian terhadap isu semasa juga perlu menggunakan kaedah semasa dan selari dengan tuntutan rakyat,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim berkata, pergolakan dalaman parti itu, menggambarkan pembentukan energi baru, bagi menghasilkan keputusan yang mampu mengukuhkan lagi perjalanan parti.
“Itu sepatutnya berlaku dalam pas. Segala percanggahan pendapat bergantung kepada kebijaksanaan ketua mereka, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pergolakan dalam Pas menunjukkan parti itu sedang bergerak dan akan seimbang, setelah mendapat keputusan tetap. Mereka akan terus berfikir bagi mencari penyelesaian serta membentuk titik keseimbangan dalam parti,” katanya.

Ulama Berlapang Dada




  1. Abdul Rahman, fakta dan analisis yang agak baik. Fakta dan penghujahan seperti ini diperlukan di dalam blog ini, bukan tuduh dan mengata tanpa asas dan fakta.
Saya ingin menambah dalam diskusi perkara di atas, golongan ini ada di mana-mana dan setiap masa. Apabila kita mengatakan apakah golongan Ulamak tidak nampak. Ulamak juga manusia yang kadang-kadang sikap terlalu berlapang dada ini diambil kesempatan oleh golongan tertentu.

Contoh terbaik ialah YB Ibrahim Ali yang PAS beri kesempatan dan kedudukan, apa jadi kesudahannya.

Dalam masa pilihanraya hampir tiba, tak semena-mena MB Kedah Ust Azizan diminta beundur dan siapa yang bersuara lantang dalam isu ini. Apakah kerana isu AUKU atau isu IKUT AKU.
Pemerhatian yang tajam perlu dalam apa yang berlaku sekarang ini.

YB Anwar Ibrahim bercakap dengan mengatakan sokongan kepada kepentingan Israel. Hari ini ucapan itu sudah tidak menjadi perkara besar untuk kita lagi. Jika dahulu pasti Ustaz-ustaz kita melenting dan berceramah hampir pecah pembesar suara menentangnya. Hari apa yang dikatakan ahli PAS, itu masalah peribadi dia.

Lihat saja pada sejarah Jerman pada tahun 1940'an Pada mulanya Jerman bukan begitu coraknya tetapi apabila Hitler dan golongan Nazi mula berkuasa maka corak pemerintahan negara itu pun bertukar.
Satu lagi negara yang perlu kita pelajari dan lihat pada sejarahnya ialah Indonesia. Bagaimana dengan tanpa disedari Presiden Sukarno sewaktu itu telah dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan Komunis dan mereka hampir berkuasa dalam tragedi 30Sept.

Ini yang perlu kita beri perhatian, kerana kita takut apabila golongan ini tidak disekat, Ulamak akan dipinggirkan. Apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya kata-kata negara Islam berdasarkan syariah dan hukumnya tidak diperlukan lagi. Yang kita dengar ialah PutraJaya dan Anwar Ibrahim bakal PM.

Satu lagi pertanyaan saya kepada semua Ahli PAS, hari ini dimana kedudukan PAS dalam ranking Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya iman.
Saya ingin menambah dalam diskusi perkara diatas, golongan ini ada dimana2 dan setiap masa. Apabila kita mengatakan apakah golongan Ulamak tidak nampak. Ulamak juga manusia yang kadang2-kadang sikap terlalu berlapang dada ini diambil kesempatan oleh golongan tertentu.

Contoh terbaik ialah YB Ibrahim Ali yang PAS beri kesempatan dan kedudukan, apa jadi kesudahannya.

Dalam masa pilihanraya hampir tiba, tak semena-mena MB Kedah Ust Azizan diminta beundur dan siapa yang bersuara lantang dalam isu ini. Apakah kerana isu AUKU atau isu IKUT AKU.
Pemerhatian yang tajam perlu dalam apa yang berlaku sekarang ini.

YB Anwar Ibrahim bercakap dengan mengatakan sokongan kepada kepentingan Israel. Hari ini ucapan itu sudah tidak menjadi perkara besar untuk kita lagi.Jika dahulu pasti Ustaz-ustaz kita melenting dan berceramah hampir pecah pembesar suara menentangnya. Hari apa yang dikatakan ahli PAS, itu masaelah peribadi dia.

Lihat saja pada sejarah Jerman pada tahun 1940'an Pada mulanya Jerman bukan begitu coraknya tetapi apabila Hitler dan golongan Nazi mula berkuasa maka corak pemerintahan negara itu pun bertukar.
Satu lagi negara yang perlu kita pelajari dan lihat pada sejarahnya ialah Indonesia. Bagaimana dengan tampa disedari Presiden Sukarno sewaktu itu telah dikelilingi dan dipengaruhi oleh golongan Komunis dan mereka hampir berkuasa dalam tragedi 30Sept.

Ini yang perlu kita beri perhatian, kerana kita takut apabila golongan ini tidak disekat, Ulamak akan dipinggirkan. Apa bezanya PAS dengan UMNO sekiranya kata-kata negara Islam berdasarkan syariah dan hukumnya tidak diperlukan lagi. Yang kita dengar ialah PutraJaya dan Anwar Ibrahim bakal PM.

Satu lagi pertanyaan saya kepada semua Ahli PAS, hari ini dimana kedudukan PAS dalam ranking Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya iman.






  1. Abdul Rahman, fakta dan analisis yang agak baik. Fakta dan penghujahan seperti ini diperlukan di dalam blog ini, bukan tuduh dan mengata tanpa asas dan fakta.




    Saya akui saya pernah berada bersama UMNO selama 2 tahun dan manakala 15 tahun kemudian nya bersama PAS. Tak ada orang PAS yang bersahabat dengan saya tetapi saya selalu ke Masjid mengikuti kuliah kuliah oleh beberapa pensyarah fakulti Islam Universiti Malaya dan akhir nya saya mencari sendiri borang. Pada masa tersebut orang PAS tak dekati saya kerana pangkat dan kedudukan saya. Alhamdulillah saya diterima menjadi Ahli PAS dan menjadi Ahli biasa suatu cawangan pernah dipilih AJK Cawangan, dilantik MTD,dipilih AJK Kawasan, dilantik AJK JPN Negeri dan dilantik AJK Kecil PAS Pusat. Beberapa PRU dilalui dan ketika itu semua tak mau jadi YDP dan lain lain AJK. Sekarang hanya tumpukan di cawangan shj. Apa yang saya lihat bermulanya perebutan ini sejak lebihkurang 10 tahun kebelakangan ini dimana pertembungan ulama dan bukan ulama. Yang Jelas kedua kelompok ini ingin merebut dan menguasai kepimpinan baik di pusat atau negeri. Pada pandangan saya kerana telah nampak samar samar cahaya memenangi PRU. Kalau diamati ...apakah faktor utama perubahan rakyat? Sendiri fikirkan. Saya kalangan professional dan saya memandang memahami dan memutuskan apa yang benar dan apa yang salah. Tuduhan parasit dan anti ulama adalah keterlaluan dari kalangan jemaah PAS sendiri. Selepas ini saya tidak lagi akan provoke atau menulis dilaman ini kerana kita sudah sedikit sebanyak kenal yang mana intan yang mana kaca

    1. Al-hamdulillah, saudara telah bersama PAS dan saya harap kekal di dalam PAS, iallah.

      Masalah sekarang ialah, ramai yang tidak memahami bahawa pertembungan isu ulama dan Profesional adalah isu yang dicipta reka oleh golongan parasit di dalam PAS.

      Tujuannya ialah, ulama adalah penghalang kepada parasit untuk menguasai pucuk kepimpinan PAS.

      Tuduhan yang berserta bukti bukan lagi tuduhan. Sampai hari ini tidak ada penjelasan konkrit daripada mana-mana pihak tentang bukti dan asas pertuduhan saya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

      Moralnya, Profesional bukan hujah untuk mengukur pendapat adalah benar. Profesional yang sebenar adalah orang yang boleh berhujah berdasarkan fakta dan bukti, bukan profesional sendiri menjadi lesen am untuk mengukur si fulan 'penuduh', 'pengfitnah' dll. Dalam masa yang sama, menuduh orang yang membawa bukti adalah sebagai 'pengfitnah' dengan alasan profesional, maka sebenarnya orang tu hilang keprofesionalannya. Bahkan dialah pengfitnah yang sebenar.

      Note: Ulama juga adalah profesional kerana ilmu islam adalah sebahagian daripada profesion.



Selasa, 16 Oktober 2012

IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD


IRC ADALAH LIABILITY PARTI DALAM ISU ISLAM DAN HUDUD

Strategi IRC di dalam PAS khususnya di dalam PRU-12 ialah bertanding di kawasan-kawasan non-muslim. Menurut kertas perancangan mereka, sokongan non-muslim sangat penting bagi mencapai kemenangan di dalam siri-siri pilihan raya di Malaysia.

Memang inipun sebenarnya yang PAS fahami. PAS tidak pernah menyatakan sokongan non-muslim tidak penting dalam realiti pilihan raya di Malaysia. Tetapi apa yang menjadi titik pertembungan antara fikrah PAS dan IRC ialah, sejauhmanakah dasar-dasar sebenar Islam perlu disembunyikan (taqiyyah) bagi menarik dan menjaga hati golongan non-muslim?

Menurut fikrah PAS, sebagai sebuah parti dakwah, PAS perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Inilah yang sedang dilakukan oleh PAS sebagaimana isu hudud yang dipertegaskan oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA).

Manakala menurut fikrah IRC, PAS sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, perlu untuk tidak meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, guna bagi menarik golongan non-muslim. PAS tidak perlu mempertegaskan isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya. Apa yang lebih melampau, mereka berpandangan PAS sepatutnya menafikan untuk tidak bermatlamatkan negara Islam amnya dan hudud khasnya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap Islam seperti hudud dan lain-lain.”

Fikrah ini pernah mewujudkan pertembungan di dalam PAS. Pada tahun lepas, TGNA menyebut bahawa hanya hudud sebagai penyelesaian ketika memberikan respon tentang liputan jenayah, buang anak, rompakan dan lain-lain. Pada waktu itu, Karpal Singh memberikan respon yang negatif bahawa DAP tidak akan bersetuju dengan Hudud. Spontan itu, Dr Zulkifli Ahmad dalam temubual TV PAS seolah-olah “kondem” TGNA yang menimbulkan isu hudud dengan alasan ia boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Cuba lihat bagaimana persepsi awam terhadap statement ini di youtube http://www.youtube.com/watch?v=mDOgpGdgvyA&feature=results_video&playnext=1&list=PLAC2ED679DDA194CF.

Bukankah pendirian ini menghilangkan keyakinan mereka yang bersama dengan PAS kerana Islam? Bukankah PAS berdiri dan bertahan di Kelantan atas perjuangan ini? Sedangkan sokongan non-muslim belum tentu akan diraih dengan mengenepikan agenda Islam di dalam perjuangan. Ibarat pepatah menyatakan: yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.

Apabila saya memaparkan video Dr Zulkifli Ahmad ini, ini bukan bermakna Dr Zul IRC. Tetapi apa yang pasti, fikrah IRC jelas terserlah di dalam ucapan tersebut. Kesannya PAS dilihat mempunyai dua puak; satu puak yang sokong hudud sebagai salah satu agenda parti; manakala satu puak lagi ialah puak yang menyatakan agenda islam tidak perlu ditonjolkan. Yang perlu, ialah kita menonjolkan kebaikan, kebajikan dan keadilan.

Sebenarnya, fikrah dan pendirian IRC dalam isu ini bukan setakat setakat itu, tetapi sudah berlaku beberapa insiden yang besar seperti isu kalimah Allah dan sebagainya. Kesannya, PAS akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dengan agenda Islam, walhal kenyataan Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dewan Ulama dan lain-lain ditapis oleh Harakah yang dikuasai oleh IRC. Sehingga pernah terjadi, seorang staf harakah yang enggan menyiarkan statement Presiden setelah didesak oleh Dr. Shamsuri (S/U Politik Presiden), “takpelah, nanti saya siarlah statement presiden enta”, tegasnya dalam nada meradang justeru didesak oleh Setpol beberapa kali. Isu kalimah Allah, saya akan ceritakan selepas PRU-13, insya Allah. 

Selepas ini, saya akan coretkan, apakah pandangan islam dari perspektif siasah syariyyah berkenaan penegasan agenda islam di dalam perjuangan politik Islam. 

KES PERTAMA: ABANG MAT TAK IKUT JEJAK ARAHAN IRC.

Sewaktu makan di bilik ruangan atas KUIZM, YB ****** telah berbisik kepada Abang Mat: "esok, hentam sikit Dr. Harun Din dalam ucapan penangguhan enta". Abang Mat sekadar menganggukkan kepala.

Penulis sekadar ingin melihat, adakah Abang Mat benar-benar akan berbuat demikian atau sebaliknya. Justeru itu, penulis menunggu-nunggu ucapan penangguhan Abang Mat. Selepas diteliti, abang Mat hanya memuji ulama2 PAS silam dan ulama PAS semasa serta ulama-ulama antarabangsa lain.

Ini bermakna, hari pertama perlantikan Abang Mat dah tak ikut telunjuk diorang.

Apakah Abang Mat akan menerima nasib yang sama macam Ustaz Nasha? Tunggu dan lihat.

Kes kedua akan menyusul: IRC dah belakangkan Abang Mat. Mesyuarat sulit tidak dijemput, sedangkan sebelum muktamar, Abang Mat sentiasa di panggil untuk berbincang tentang line up. Tapi perbincangan tentang siapakah SU agung, abang Mat dipinggirkan. Siapakah SU dalam line up IRC? Adakah ia akan mengikut keselesaan Presiden atau sebenarnya mereka akan bertegas dengan SU yang direstui oleh diorang walaupun terpaksa bersikap kurang ajar terhadap Presiden?

GOLONGAN IRC MULA MEMENINGKAN KEPADA PRESIDEN

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan IRC ini telah membuat mesyuarat sulit yang dihadiri seramai 8 orang pemikir strategy pada malam 5 haribulan untuk melantik S/U agung. Mereka memerlukan jawatan ini kerana ianya penting bagi strategi mengepong presiden dalam segala tindak tanduk parti. Sekalipun S/U tersebut bukanlah daripada kalangan IRC, tetapi mereka adalah dari kalangan yang tidak mengenal IRC dan gerakannya, seterusnya tidak menjadi penghalang kepada agenda mereka di dalam PAS. 

Dalam pengalaman penggal 2007/2009, golongan IRC banyak menghentam presiden di dalam mesyuarat Pakatarn Rakyat berbanding membantu dan mempertahankan presiden. Justeru itu, Presiden melantik Cikgu Pa di dalam sessi lepas bagi mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, pada kali ini golongan IRC sudah menguasai peringkat atas dan bawah, menyebabkan Presiden sekali lagi akan menghadapi tekanan dalam gerak kerja sepanjang sessi ini.

Harap Abang Mat dapat memahami dan membantu Presiden. Lantik Cikgu Pa, bukan Dr. Syed Azman.

Note 1: Abang Mat tak terlibat di dalam mesyuarat ini. Justeru Abang Mat hanya menjadi laluan kepada diorang untuk menguasai Dewan Harian, seterusnya mengawal Presiden.

Note 2: Saya juga tidak salahkan Dr Syed Azman dalam isu ini. Kerana yagn salah ialah conspirator dibelakang tabir. 

APA YANG SAYA MAHU DEDAHKAN


Apa yang hendak saya dedahkan di sini ialah bukti-bukti, sifat-sifat konspirator luaran yang sedang bermaharaja lela di dalam parti. Contohnya: 


1. Bukti-bukti dan dokumen perancangan mereka untuk menguasai PAS.

2. Mengelirukan orang ramai tentang standing PAS terhadap isu-isu semasa, khususnya isu agama dan tahaluf. 

3. Pemimpin-pemimpin PAS yang hendak dijalankan operasi Assasination Character, eg: Ustaz Azizan, TG Presiden, Ustaz Harun Taib dll. Yang telah berjaya mereka burukkan imej ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. 

4. membuat fitnah-fitnah dalam PAS seperti "mahu bergabung dengan UMNO", perjumpaan sulit dan lain-lain. 

5. menapis serta mengawal bentuk penonjolan PAS di dalam masyarakat menurut methodology mereka melalui penguasaan media-media penting seperti harakah dll. 

6. apakah fikrah-fikrah mereka guna menguasai PAS. 

7. Permusuhan mereka terhadap Dewan Pemuda pimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Azizan dan negeri Kedah, Ustaz Harun Taib dan Terengganu serta penguasaan mereka terhadap sendi-sendi penting kerajaan negeri dan Perhubungan PAS negeri Kelantan. 


Sebenarnya semua perkara ini saya cuba dedahkan bukti-buktinya sekarang bagi panduan pendokong-pendokong PAS. Tetapi saya bimbang UMNO akan ambil kesempatan untuk 'menembak' PAS dalam PRU-13 nanti, maka saya tangguhkan dulu semua pendedahan ini sehingga selepas Pilihanraya. 


Anda perlu persalahkan mereka dan diri anda yang melantik mereka yang bercirikan ciri-ciri munafik, jika PRU-13 menatijahkan : UMNO menang besar, PAS kalah Teruk. PKR dan DAP menang besar, MCA MIC kalah teruk. Natijahnya, mungkin BN akan kalah, PR akan menang. Punca semua ini jika berlaku (nauzubillah) adalah datang dari petualang ini. Saya berdoa ini tidak akan berlaku selama mana terdapat usaha gigih dari peringkat dalaman untuk menangkis dan menghalang niat jahat mereka.


Dulu mereka pernah tapis kenyataan-kenayataan Presiden berkaitan dengan isu Kalimah Allah yang asalnya menggariskan tempat mana tempat yang boleh, mana tempat yang tidak boleh. yang mereka siarkan melalui media-media yang mereka kuasai, hanyalah poin yang membolehkan dengan menyembunyikan poin yang tidak membolehkan. Kenyataan TG Dr Harun Din, diangap sebagai membahayakan undi non-muslim sehingga beliau diserang bertubi-tubi dan digelar oleh blogger-blogger ifki sebagai ulama kepala lutut. Gelaran ini disambut hiba oleh mereka yang menghormati Tuan Guru dan disambut dengan sorak maki dan hamun oleh blogger-blogger dan pembaca blogger yang jahiliyyah. Pemimpin PAS dilihat berpecah sekalipun tidak. ketiga-tiga Tuan Guru kita adalah satu pendapat, iaitu ada tempat boleh, ada tempat yang tidak boleh, tetapi malangnya, dua dicatatkan dan dilaporkan seolah-olah membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh surat khabar Herald dan 1 dilaporkan seolah-olah tidak membolehkan. Ini adalah satu contoh daripada puluhan yang saya akan dedahkan, satu demi satu demi satu. 


Terbaru, persoalan kenapa temuramah wartawan Harakah tentang JAIS dan penggeledahan gereja dengan TG Dato Dr. Harun Din tidak disiarkan? Adakah timbalan Mursyidul Am, Timbalan Pengarah Harakah bahkan lebih penting Senior dan orang alim dalam PAS ini di'gam' daripada harakah? Jadi, siapa lebih besar dalam parti untuk menentukan hala tuju? Siapa sebenarnya menguasai parti dan penampilan parti? Pemimpin yang layak yang dilantik oleh jentera parti atau tangan-tangan 'jahat' dibelakang tabir?


Memandangkan PRU-13 dah semakin hampir, saya tangguhkan dulu hasrat ini.


Di tulis pada: 28 June 2011. 

Dimodifide pada: 25 September 2011.

SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK PERPECAHAN DI DALAM PAS?



Mereka yang dimaksudkan sebagai munafiq ialah orang-orang IRC. IRC ialah ringkasan daripada Islamic Representative Council yang ditubuhkan di UK yang mempunyai semangat Islam di kalangan beberapa Student Malaysia di UK sekitar tahun 70an.

Mereka balik ke Malaysia dan terlibat dengan PAS atas semangat tersebut. Tetapi, secara diam-diam mereka berhasrat untuk mengepalai dan menguasai PAS berdasarkan idealisma student pada waktu tersebut.

Pada peringkat awal, mereka telah menyusup masuk ke dalam ABIM dan cuba menguasai ABIM daripada dalam. Seterusnya, kegiatan mereka disedari oleh pimpinan ABIM yang akhirnya menyebabkan IRC dipecat daripada ABIM.

Perkara yang sama dilakukan terhadap PAS yang akhirnya IRC menerima nasib yang sama sekitar akhir 80an.

Ini menyebabkan, IRC tiada platform untuk bergerak dan kedudukan mereka seoalah-olah roh tanpa jasad. Dalam retreat mereka sekitar tahun 86-89, terdapat cadangan untuk menubuhkan platform yang akhirnya tercapai pada tahun 1990. Platform tersebut dikenali sebagai JIM.

Dalam pergoalakan politik pada tahun 1998, JIM melihat peluang yang besar untuk mereka  menyelinap semual di dalam politik khususnya Parti Pembangkang. Akhirnya, mereka telah mengatur untuk sebahagiannya masuk kedalam PKR, PAS dan sebahagian yang lain telah lama membina tapak di dalam UMNO.

Tetapi, pada tahun 2004, mereka telah ramai-ramai berhijrah masuk ke dalam PAS setelah merasakan mereka tidak berpeluang di dalam PKR, khususnya orang-orang PKR kebanyakannya adalah bekas ABIM yang 'enti IRC'.

Setelah mereka beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS, akhirnya bermulalah episod untuk menguasai PAS dari dalam. Di sini lah juga bermulanya episod pertelagahan dalaman PAS yang akhirnya memberikan kesan seoalah-olah 2 Tok Guru besar PAS dilihat sebagai bertelagah.

Nanti, saya akan detailkan satu persatu, dan saya akan kemukakan dokumen demi dokumen yang  menunjukkan perbuatan-perbuatan dan rancangan-rancangan mereka.

KES PERTAMA: ABANG MAT TAK IKUT JEJAK ARAHAN IRC.



Sewaktu makan di bilik ruangan atas KUIZM, YB ****** telah berbisik kepada Abang Mat: "esok, hentam sikit Dr. Harun Din dalam ucapan penangguhan enta". Abang Mat sekadar menganggukkan kepala.

Penulis sekadar ingin melihat, adakah Abang Mat benar-benar akan berbuat demikian atau sebaliknya. Justeru itu, penulis menunggu-nunggu ucapan penangguhan Abang Mat. Selepas diteliti, abang Mat hanya memuji ulama2 PAS silam dan ulama PAS semasa serta ulama2 antarabangsa lain.

Ini bermakna, hari pertama perlantikan Abang Mat dah tak ikut telunjuk diorang.

Apakah Abang Mat akan menerima nasib yang sama macam Ustaz Nasha? Tunggu dan lihat.

Kes kedua akan menyusul: IRC dah belakangkan Abang Mat. Mesyuarat sulit tidak dijemput, sedangkan sebelum muktamar, Abang Mat sentiasa di panggil untuk berbincang tentang line up. Tapi perbincangan tentang siapakah SU agung, abang Mat dipinggirkan. Siapakah SU dalam line up IRC? Adakah ia akan mengikut keselesaan Presiden atau sebenarnya mereka akan bertegas dengan SU yagn direstui oleh diorang walaupun terpaksa bersikap kurang ajar terhadap Presiden?

GOLONGAN IRC MULA MEMENINGKAN KEPADA PRESIDEN

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, golongan IRC ini telah membuat mesyuarat sulit yang dihadiri seramai 8 orang pemikir strategy pada malam 5 haribulan untuk melantik S/U agung. Mereka memerlukan jawatan ini kerana ianya penting bagi strategi mengepong presiden dalam segala tindak tanduk parti. Sekalipun S/U tersebut bukanlah daripada kalangan IRC, tetapi mereka adalah dari kalangan yang tidak mengenal IRC dan gerakannya, seterusnya tidak menjadi penghalang kepada agenda mereka di dalam PAS. 

Dalam pengalaman penggal 2007/2009, golongan IRC banyak menghentam presiden di dalam mesyuarat Pakatarn Rakyat berbanding membantu dan mempertahankan presiden. Justeru itu, Presiden melantik Cikgu Pa di dalam sessi lepas bagi mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, pada kali ini golongan IRC sudah menguasai peringkat atas dan bawah, menyebabkan Presiden sekali lagi akan menghadapi tekanan dalam gerak kerja sepanjang sessi ini.

Harap Abang Mat dapat memahami dan membantu Presiden. Lantik Cikgu Pa, bukan Dr. Syed Azman.

Note 1: Abang Mat tak terlibat di dalam mesyuarat ini. Justeru Abang Mat hanya menjadi laluan kepada diorang untuk menguasai Dewan Harian, seterusnya mengawal Presiden.

Note 2: Saya juga tidak salahkan Dr Syed Azman dalam isu ini. Kerana yang salah ialah conspirator dibelakang tabir.