KUALA LUMPUR: Peguam syarie kepada Manohara Odelia Pinot, semalam menarik diri daripada mewakili isteri Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra itu dalam dua kes di mahkamah syariah.
Peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau menerima notis penarikan diri Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie melalui faksimili kira-kira 6 petang semalam.
“Bagaimanapun tiada sebarang alasan diberikan,” katanya ketika dihubungi.
Kedua-dua peguam berkenaan mewakili Manohara dalam kes saman suaminya yang menuntut model Indonesia berusia 17 tahun itu kembali taat dan menyerahkan semula hutang sebanyak RM1,112,250. - Bernama
Selasa, 3 November 2009
2 peguam Manohara tarik diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan