Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 17 November 2009

Antara Respon iDAN di Blog Mazidul (Delima Merkah)

Ramai kenalan di dunia maya mengenali aku melalui Blog Saudara Mazidul, banyak juga respon yang aku tulis di sana. Cumanya jarang mendapat perhatian pembaca yang mungkin sekali imbas & tidak pun dapat menyambut apa yang aku tuliskan. Apatah lagi aku sering menulis agak panjang & aku lihat majoriti pelayar blog di negara kita adalah kalangan remaja. Berumur sekitar 18 ke 20an tahun.

Kehidupan remaja ini selalunya mahukan yang ringkas, mudah & tiada masa bagi mereka untuk berfikir, apatah membaca tulisan yang panjang-panjang. Begitu juga ada kalangan penulis yang aku kenali di dunia maya ini memang aktif menulis tapi bukan di persada dunia maya. Mereka banyak menumpukan penulisan menerbitkan buku atau karya yang berupakan mendatang faedah. Ganjaran atau honorirum.

Maka payah kita dapat melihat karya di blog sebaik Sdr Mazidul yang begitu ikhlas menulis pelbagai isu yang dapat membuatkan kita berfikir. Malahan banyak blog di dunia maya mempersendakan Bahasa Melayu dengan martabat bahasa didikan mereka. Bahasa Rojak yang tidak langsung mendaulatkan bahada ibunda.

Aku sedang mencari-cari kalangan mereka yang begitu jujur berkarya di dunia maya & tidak pun memikirkan nama & ganjaran tetapi hasil tulisannya memang memberikan manfaat kepada semua.

Sila untaikan blog anda jika dirasakan minat menulis anda memberikan impak & kesan mendalam untuk kita membentuk warga pelayar ICT kita menjadi manusia yang unggul & berjiwa murni.

Blogger iDAN berkata...

Dahulu sering mamak bawa basikal tua datang untuk membeli botol, kanak-kanak rajin kumpul botol jual buat wang saku.

Dahulu lepas sekolah anak-anak rajin tolong ibu ayah bersih laman rumah, tolong jual nenas, ikut ayah menjala ikan. Duit ibu ayah jarang dipinta.

Sekarang tahu-tahu asyik ikut rombongan cikgu sekolah, minta duit belanja nak pergi makan McD dengan kekawan atau nak tenguk wayang duit ibu ayah mengalir macam air.

Dahulu nak berjumpa mata air tunggulah kut! ada wayang pacak atau sesekali pentas kugiran.

Sekarang tak jadi masalah ada duit boleh ke Genting, malam minggu sewa hotel 5 bintang yang selamat. Masing-masing bergraduan duit berkepuk ibu ayah di kampung belum tentu diingatkan.

Dahulu sungai mengalir jernih (Org Perak sebut nin)
Sekarang sungai mengalir lesu hanyir lagi.

Rabu, 2009 November 18 08:32:00 MYT



Blogger iDAN berkata...

Mata hati telah mati, Mata nafsu yang kian terang-benderang!.

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;..."

Itu hukuman bagi orang bujang bagaimana pula suami atau isteri yang telah kahwin berzina?... sila rujuk kitab!.

Arahkan nafsu itu kepada pelacur, jika begitu apa haknya mereka ini untuk hidup?.

Ini yang saya banyak kupaskan dalam blog saya sejak berzaman. Apa itu bangkai bernyawa.

Bayangkan di dunia ini berapa ramai bangkai bernyawa di sekeliling kita. Maka itu saya katakan hudud tidak berjalan di kerajaan kita tetapi secara simbolik hari-hari kita dapati ramai yang mati terhentak batu di tepi jalan raya.

(Memang benar ada kejadian kemalangan maut bukan dari kalangan mereka penzina ini, tapi bukan mustahil hukum hudud tengah terlaksana terhadap seseorang!)

Saya pernah menyebut masalah ini terhadap saudara rapat saya yang menduakan suaminya, kemudian diceraikan dalam bulan Ramadan dia jatuh dari basikal kepalanya terhantuk di batu tepi jalan raya & meninggal. Bagiku kita tidak laksana hukum hudud lantaran Allah SWT menerima taubat dia & laksanakan hukuman itu secara simbolik. Biar pun tidak sama dengan kesakitan rejam sampai mati. Tapi fikirkan kuasa Ilahi menghukum kita biarpun tanpa kita laksanakan hudud; demi untuk menyedarkan kita.

Kejadian tragis terkadang tersembunyi sesuatu yang kita tidak tahu punca angkaranya. Termasuklah gempa bumi & musibah yang lain. Kita degil, kita jahat, kalangan kita bangang! kalangan Kita!!? bukan orang lain sebabnya; Nahi... bukan nahi cerita hindustan Nahi Mungkar semakin terbiar. Jaga tepi kain orang sering disalahertikan.

Ayah yang begini selalunya ada masalah, jika bukan dadah, mungkin kaki botol, mungkin asyik nonton itu, jika semua okey! mungkin isteri tak pandai meladeni nafsunya. Jika bukan segalanya; memang dia seorang ayah gerladangan.

Jika kes macam ~~@L0nG W@niE~~ ceriterakan lagilah sedih. Penjahatnya terlepas.

Rabu, 2009 November 18 09:08:00 MYT


PPB,
yang anda masih simpan 'kaki ayat' itu satu perkembangan yang tak sihat,..nanti terkena anak sendiri baru menyesal, cari alasan buang terus.

Rabu, 2009 November 18 08:44:00 MYT

Blogger iDAN berkata...

Tak apalah ditangguhkan episod itu, demi menjaga hubungan ukhuwah dua negara. Tapi elok sangat disiarkan jua nanti.

Jika satu dua kejadian mungkin kita boleh mangatakan kejadian terpencil tetapi kalau sering banget anak gadis kita dijempuk jempak elok didedahkan.

Selain jempuk jempak ini kejadian pukau juga saban hari kita dapati berlaku. Selain dari ilmu ini datang dari seberang sana di sebahagian daerah negara kita ujud benda sihir begini; termasuklah santau.

Serangan secara halus begini yang sering membuatkan kita amat takut punyai musuh. Maka itu seringlah kita memohon pelindungan dari Ilahi; agar kita & keluarga kita terselamat dari buatan mereka yang kejam ini.

Lelaki Lombok ini berdagang ke mari, pandangan mata kasar kita mereka ini dari kalangan orang susah bukan berada tetapi kenalah kita faham, ada orang berdagang dengan tangan kosong ada orang berdagang dengan penuh ilmu di dada.

Maka itu ada baiknya kita juga banyak mengamalkan ilmu di dada ini; ajarkan kepada anak-anak ilmu pelindung diri, pemanis, penunduk segalanya bagi tujuan baik. Banyak dari ayat al-Quran yang boleh melindungi kita dari hasutan syaitan & iblis ini.

Saya pun amat kosong & naif dalam ilmu begini. Maka itu sampai ketua saya jadi orang biasa sahaja. Tiada pengaruh tiada pun pelindung sekeliling kecuali Dia nan Esa.

Takrif naif:

1. bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih atau kompleks dsb: beliau mengatakan cerita­nya terlalu ~ dan terlalu mudah utk men­capai maksud simbolik itu; 2. ki lurus, tidak matang (pemikiran dll), keanak-anakan; kenaifan keadaan naif: kehidupanku terlalu setia dgn ~ku.
-Kamus Dewan Edisi Empat.

Rabu, 2009 November 18 09:36:00 MYT


Kisah tentang bom tu yang lawaknya...

Selasa, 2009 November 17 18:33:00 MYT

Blogger iDAN berkata...

Menyakat ini selalunya berlaku sebab nakal, abg suka sakat adik tapi tak kemana pun!. Kecuh-kecuh baik balik.

Kes Lans Koperal ini pula bukan menyakat, menyikat kut! bayangkan rambut kusut atau kepala ada banyak kutu & kelemumur. Adoi! syoknya menyikat.

Lans Koperal ini tak pandai menyikat bulu hatinya.

Rabu, 2009 November 18 09:48:00 MYT

Tiada ulasan: