Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 13 November 2009

Aura Nik Aziz Tiada Tanding

Aku ada terbaca komentar Dr Aziz Bari tentang kepimpinan Pas. Dalam bicaranya, beliau berhujah bahawa presiden Pas ia itu Hj Hadi Awang tidak ada klas. Lebih kurang begitulah maksudnya.Tidak ada karisma macam Nik Aziz, Sheikh Nuar atau Lim Kit Siang.

Dalilnya Nik Aziz, walaupun kebanyakkan kenyataannya agak terpisah dengan naluri Islam, beliau dapat mempertahankan kenyataannya dengan berbagai-bagai ulasan. Yang pentingnya alasan Nik ziz diterima oleh pengikut Pas dengan baik dan sempurna. Tambahan pula ramai pengikut Pas bersungguh-sungguh mempertahankan kenyataan Nik Aziz dan membetulkan semula ‘bearing’ Nik Aziz yang tersasul itu.

Aku tidak hendak panjangkan komentar Aziz Bari dari segi tujuan dan nawaitu beliau. Cuma aku ada kefahaman aku sendiri tentang kewibawaan Nik Aziz walaupun kekadang aku meluat dengan kerenahnya yang agak nyanyuk.

Pertama aku nak cakap begini; Nik Aziz cukup kuat cengkamannya dengan politik orang Kelantan khususnya dan Pas amnya. Pemimpin-pemimpin Pas kecut perut dengan beliau.Cakap-cakapnya digeruni. Orang Kelantan pula mengkagumi beliau.

Katakanlah berlaku tendang menendang dan sepak terajang dalam gomo mengomo di antara Pas dan Nik Aziz dan Nik Aziz terpelanting macam cicak kubing keluar, aku pasti Nik Aziz dengan teriak tangis dan lakonan yang menyayat hati siapa sahaja yang melihat dan mendengarnya akan mengepalai barisan baru atas nama apa sekali pun waima parti baru itu bernama Parti Syaitan. Aku masih yakin kerajaan perpaduan tidak akan dapat merampas Kelantan.

Di sebelah Kerajaan Perpaduan, mengikut hukum kanun politik, kerusi di seluruh Negara akan diagihkan dengan baik dan saksama diantara Pas dan UMNO. Di Kawasan-kawasan Pas bertanding tidak akan ditandingi oleh UMNO dan begitulah sebaliknya. Mereka akan bedepan satu lawan satu dengan parti Nik Aziz. Kalau itulah senarionya saya yakin Parti naungan Nik Aziz akan menang dengan pukulan KO di Kelantan dan beberapa kawasan yang sewaktu dengannya di seluruh 1Malaysia.

Kenapa?

DIA ada factor ‘Wow’ tersendiri.

Pengaruh yang menyerlah datang dari dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi impak yang besar. 'Aura' yang ada pada beliau menjadikan beliau idola manusia sezaman. Saya tidak menafikan ada pengaruh positif, ada yang pengaruh negatif.

Nik Aziz adalah katalis kekuatan PAS khususnya di Kelantan. Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi MB tugas asalnya sebagai da’i dan pendakwah diteruskan sampai sekarang. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua. Untuk mengajar anak berjimat cermat.

Inilah watak yang saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rakyat menyokongnya kerana terpesona dengan keperibadiannya dan iltizam yang dibawanya bersama.Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan berdebat dan berpidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan pengaruhnya.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan sekolah boleh bertemu dengannya bila-bila masa. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menghasilkan MULTIPLYING impak. Inilah watak yang mempunyai Faktor ‘wow’ pada beliau.

Aku juga ingin mencadangkan "Kalau Pas sudah tutup buku dengan UMNO maka UMNO pun hendaklah tutup telinga dan kunci lidah dengan Pas. Tamatkan riwayat dogeng tentang 'Kerajaan Perpaduan'. Sebaliknya berusaha memulihkan penyakit dalaman UMNO dengan 'sengoti'(sesungguh hati)"

Tiada ulasan: