Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 9 November 2009

Tiga Adun BN fail saman batal Selcat (Politik)

SHAH ALAM: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor memfailkan saman pemula terhadap 10 pihak, menuntut supaya satu deklarasi bahawa penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor dan prosidingnya adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai sebarang kesan.

Tiga Adun berkenaan ialah Adun Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Adun Morib, Hasiman Sidom dan Adun Kuala Kubu Bahru, Wong Koon Mun, memfailkan saman itu melalui Tetuan Balvinder Singh Kenth, pagi semalam.

Saman pemula itu menamakan Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim dan ahli jawatankuasa itu, Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Abdul Razak serta Ismail Sani; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor; Setiausaha DUN Selangor dan Kerajaan Selangor, sebagai plaintif.

Saman berkenaan antara lain memohon supaya satu deklarasi diberikan bahawa komposisi Selcat tidak membayangkan keseimbangan antara parti dalam DUN Selangor seperti yang diperuntukkan mengikut Peraturan 72 (1) Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor; Selcat melanggar Peraturan 75 Peraturan Tetap dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, kerana menjalankan pendengarannya secara terbuka dan membenarkan penyiaran dan penyebaran laporan mengenai prosidingnya sebelum laporan rasmi dibentangkan dalam sidang DUN Selangor.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor yang juga Adun Kuang, Shukor Idrus, dalam kenyataannya berkata, kes itu penting kerana banyak perbincangan umum mengenai kesahihan Selcat dan tindakan menggunakan kuasa yang tidak terkawal oleh pengerusinya ketika mempengerusikan prosiding Selcat.

Bharian

Tiada ulasan: