Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 10 November 2009

Sesekali guna kelopak

Blogger
Sesekali aku suka juga guna nick Kelop@k di respon blog Sdr Mazidul...

Ini antara catatanku di Blog Sdr Mazidul

Isnin, 2009 November 09

Lidah Tergeliat

Saya berasa amat hairan. Sebilangan daripada kita tinggal setahun dua di luar negara, pulang ke tanah air, lidah kononnya tergeliat, lalu mereka mendakwa janggal jika menggunakan bahasa kebangsaan sewaku berkomunikasi.

Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga kekok menulis di dalam bahasa kebangsaan. Alasannya, bahasa Inggeris, bahasa ilmu.

Barangkali biarpun bijak, mereka tidak faham erti keseimbangan dalam berbahasa atau pura-pura tidak faham. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi usah sampai kekok bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

Orang Jepun, bangga dengan bahasa ibunda tetapi menggunakan bahasa Inggeris apabila kena pada tempatnya. Negara Jepun tetap jauh lebih maju berbanding Malaysia.

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Justeru, junjunglah selagi mungkin.


kelopak@gmail.com berkata...

Bahasa Melayu telah dituturkan sejak kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi lagi.

Kehancuran bahasa Melayu boleh terjadi jika penggunaan bahasa rojak, bahasa slanga, cit cat, ringkasan tanpa sebab dan kesalahan ejaan.

Taburan novel di pasaran sering saya terbaca penggunaan bahasa rojak yang amat memualkan. Seperti suami isteri yang membahasakan diri I & You. Jika pun Melayu kita telah moden janganlah sampai dibukukan atau menjadi bahan sastera yag dijual di pasaran.

Begitu juga kita merumitkan keadaan Bahasa Melayu jika asyik mencedok Bahasa Asing di mana Bahasa Melayu itu sendiri telah ada perkataan tersebut. Belanjawan Bajet, situasi keadaan, kondisi keadaan... banyak lagi. Ini harus dikawal takutnya nanti martabat bahasa kita dipersoalkan.

Lebih baik kita ambil bahasa Jawa, Minang, Sunda, Dayak dan lain-lain kaum di rumpun Melayu daripada bangga bahasa orang barat yang menjajah serta memperkotak-katikkan kaum kita.

Jika Bahasa Jepun mereka mengasingkan bahasa asing ini dengan menulisnya dalam tulisan Katakana. Sebaiknya kita boleh mencondongkan (Italic) tulisan bahasa asing yang diMelayukan ini.

Selasa, 2009 November 10 11:00:00 MYT

Tiada ulasan: