Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 10 November 2009

Dari Blog Mazidul

Miang Keladi

Lelaki 75 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menikam sehingga mati isterinya berusia 73 tahun, Zabedah Ali, di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Star, Kedah.

Zabedah sebelum ini dikatakan berulangkali meminta diceraikan. Suspek pula dipercayai bimbang jika isterinya berkahwin dengan lelaki lain. Untuk rekod, mangsa sewaktu muda cantik, dilaporkkan mula berkahwin sejak berusia belasan tahun dan suspek suaminya ke-11.

Saya tidak pernah mendengar orang berkata, semakin tua lelaki semakin cemburu memandangkan isteri mencecah usia emas. Tetapi pernah ada orang cakap, lelaki macam anak kecil. Semakin tua, dia semakin manja, semakin memerlukan lebih perhatian.

Jadi, kalau suami demam, belai dia, sapu ubun ubunnya, urut tubuhnya, cium pipinya, genggam tanggannya, InsyaAllah cepat sembuh dia.

Pada masa sama, ada juga kedengaran dakwaan, lelaki semakin tua, semakin miang, miang keladi. Ya ke?


kelopak@gmail.com
berkata...

Cinta ke-11 berakhir dengan tragis. Siapa kata wanita tak boleh punyai ramai suami?.

Bagi kita seorang suami, cinta terhadap isteri teramat dalam & abadi. Apatah lagi jika telah ramai anak sebagai pengikat kasih.

Cinta Allahyarhamah Zabedah berakhir dengan tragis. Kekasihnya yang ke-11 terlalu menyintainya & tak sanggup berpisah. Siapa kata cinta warga emas tidak hebat & amat kental semangatnya. Amat bahaya.

Ada yang kata cinta perlukan pengorbanan, biarlah kekasih kita bahagia dengan orang lain jika jodoh itu tidak kesampaian. Warga emas ini berfikiran lain; memang payah meramal hati orang semakin berumur.

Apa-apa pun satu ingatan buat kita; berbalah bagaimana pun jangan sesekali diacukan pisau atau senjata yang boleh membunuh. Mungkin dalam perbalahan ada bisikan syaitan nan merasuk jiwa. Bila berlakunya kejadian ngeri begini sesalnya diri tiada mungkin penghujungnya.

Selasa, 2009 November 10 09:15:00 MYT

Tiada ulasan: