Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

Ombak besar bak tsunami

Oleh Kasdi Ali dan Rosdalilah Zahari
kasdi@hmetro.com.my

KAMPAR: “Saya melihat ombak besar seperti tsunami datang secara berperingkat dari hulu sungai tetapi empat remaja berkenaan yang tidak menyedari kehadirannya terus leka mandi manda.

“Saya dan beberapa pengunjung di kawasan perkelahan itu sudah menjerit meminta mereka keluar dari sungai tetapi kemungkinan besar mereka tidak mendengarnya.

“Saya hanya dapat mendengar jeritan mereka meminta tolong dalam bahasa Cina sebelum hilang dihanyutkan arus,” kata Syed Sharudi Syed Shamsuddin.

Syed Sharudi, 41, adalah saksi kejadian empat penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus Perak di sini, dihanyutkan arus ketika berkelah di Sungai Batu Berangkai, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seorang daripada penuntut berkenaan yang enggan nama dan gambarnya disiarkan, berjaya menyelamatkan diri selepas arus dikenali sebagai ‘kepala air’ oleh penduduk tempatan itu menolaknya ke tebing sungai kira-kira 20 meter dari tempatnya dihanyutkan.

Sementara tiga lagi rakannya kurang bernasib baik apabila gagal menyelamatkan diri dan terus dihanyutkan arus ‘menggila’ kira-kira lima hingga enam minit yang disifatkan Syed Sharudi fenomena menggerunkan pernah disaksikannya.

Tiga penuntut UTAR yang hanyut itu dikenali sebagai Yew Ghim Chnieh, 20, dari Kampung Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang; James Wan Kai Khor, 20, dari Halaman Macalister, Georgetown, Pulau Pinang dan seorang pelajar perempuan, Yew Shy Gin, 21, dari Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, mayat semua mangsa sudah ditemui. Mayat pertama Wan ditemui kira-kira jam 9.42 malam di Kampung Badak Berendam oleh penduduk kampung hampir 300 meter dari tempat kejadian manakala mayat Shy Gin ditemui jam 10.01 malam di Kampung Orang Asli Bukit Terang, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Mayat terakhir iaitu Ghim Chnieh ditemui jam 12.09 tengah malam tadi berhampiran tempat mayat pertama dijumpai.

Syed Sharudi berkata, sebelum kejadian, beliau sedang berkelah bersama tiga anaknya di kawasan itu.

“Saya sedang mandi bersama tiga anak apabila dikejutkan bunyi dentuman petir begitu kuat dari atas tempat perkelahan dipercayai di kawasan air terjun. Kira-kira 15 minit kemudian, hujan turun dan saya mengarahkan tiga anak keluar dari sungai dan berlindung di sebuah pondok,” katanya.

Harian Metro

Tiada ulasan: