Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 1 Jun 2018

Rimas di Universiti

Perjalanan kian jauh. Biarpun menara gading itu nampak jelas dan semakin dekat dipandang tapi kini nampak kian banyak semak-samun yang tumbuh. Dijagai atau meliar!!!.

Aku sebagai penjaga salah seorang anak-anak yang menyemai ilmu di sini mestilah kena tahu dan peka. Jika tak pasti atau bukan penghuni tetap tapi sebagai bapa anakda yang menyemai ilmu di sekitar menara gading ini, mesti terlindunglah juga dengan bayang juga kelibasnya.

Hendak meranduk secara penuh atau lenjun ibundanya telah terlebih dulu turun ke lembah. Jadi aku tak semua terlekat dengan serabut dan duri yang anakdaku telah merentas. Kata mudahnya aku juga kena bantu selesakan bebanan anakdaku Anif. Selesaikan bebanan yang kini menghimpit Anif.

Berpunca dari projek akhir pelajar. Anif memang tertekan kini. Aku sebagai ayahda Anif memang perlu tahu bersama jika sudah ada konflik begini. Kebetulan aku ini pun 20 tahun lebih turut serta bersama pelajar di universiti UPM sesaing UTHM ini.

Memang aku nak tahu apa punca sebenarnya. Secara hakikat sebenar pensyarah atau penyelaras kena memantau, pelajar memang kena buat projek tahun akhir. Juri atau badan pena penilai perlu menilai dan menyempurnakan arah tuju projek tersebut. Pelajar yang memperolehi visi atau matlamat projek akhir tersebut yang dibukukan & banyak aku jaga serta simpan di universiti. Fahaman aku begitu, sila betulkan jika aku tersilap.

Aku memang terlibat dengan projek tahun akhir pelajar, malahan ada kes aku yang buat segala, buat projek serta ambil data secara total sebab pelajar tersebut stres tak boleh buat projek tahun akhirnya. Kes ini sampaikan pelajar ini dah berkerja dan berkahwin; aku dijemput ke majlisnya.

Kes pelajar stres juga masalah pensyarah yang ralit memang suasana kerjaya yang rutin semasa aku masih berkidmat dengan UPM. Pelajar di Fak. Kejut semua tahu, dari peringkat Saujana Muda, Master serta PhD. Semua pelajar ini rapat denganku sebab aku terlibat  dengan pelajar Awam asalnya kemudian Lebuhraya, Komunikasi Komputer dan masa nak pencen dengan pelajar IT. Dari penyelaras makmal, uruskan komputer makmal, pejabat serta fakulti, juga projek luar, antaranya KLIA juga komuter di KL sebelum punyai bajet. Aku yang kumpul data kenderaan jalanraya di KL.

Bila Anif tengah stres ada masalah dengan projek tahun akhirnya, aku harap sangat agar Allah Azzawajalla akan lindungi dan beri pertunjuk kepada anakdaku.


Rakan kerja gua...
Allahyarham Dato' Radin Umar