Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 10 Disember 2009

NARSQO

Saya tertarik apa yang Sdr KerabatDiraja tuliskan dalam forum beliau

Saya baru sahaja klim voucher penginapan dua hari semalam yang diberikan oleh NARSQO kepada ahli yang berdaftar. Ianya tanpa syarat malahan tertera di voucher tersebut layak diperlakukan selama setahun. Malahan tertulis di voucher tersebut ahli kena membayar wang tambahan jika waktu puncak. Tak kisah janji kita mendapat faedah menjadi ahli NARSQO.

Apa yang berlaku teramatlah tersasar; syaratnya telah berubah, atas alasan saya lewat mendaftar. Sejak bulan sudah lagi saya mendaftar; sebulan lebih lewatkah?. Tak tulis pun siapa dulu dia dapat. Sebelum ini pun saya sering dapat tidur percuma di pelbagai hotel melalu sponsor dan lain-lain. Tak pernah tertipu seperti NARSQO ini.

Syarat terkini jika mahu mendapatkan penginapan percuma terpaksa tidur dua malam. Semalam NARSQO bereskan (konon) semalam lagi ahli bayar sendirilah, belum wang tambahan waktu puncak! yang kena bayar dua hari. Ini sah satu penipuan. Wang tambahan kebanyakan hotel mesti sekitar RM50. Maksudnya RM100 campur bayar sendiri. Budak tadika pun tak taktik penipuaan ini.

Pulak tu!, hotel & resort yang tersinarai semasa perjanjian asal ahli mendaftar telah berubah katanya. Okey! saya terima; tetapi tahu tak sinarai hotel yang terbaru. Hotel Cop Ayam, semalam hanya RM95 ada 64 bilik sahaja. Gila ke apa NARSQO ini, kita nak bawa anak bini; nak jumpa hantu ke apa di hotel tersebut; bila saya baca di laman sesawang; ramai penghuni menceriterakan bagaimana teruk & kotornya hotel tersebut. Dalam sinarai asal NARSQO menjanjikan hotel paling murah (kokak) pun sekitar RM250 percuma dua hari satu malam. Ini pun sah satu penipuan. RM250 jadi RM95. isk!.

Satu lagi kononnya NARSQO boleh kasi sampai 70% potongan mana-mana hotel, chalet & resort yang tersinarai dalam risalah asal menjadi ahli. Maka saya pun cubalah bertanya ke Hotel tersebut apakah masih ada kosong atau penuh. Sah banyak lagi bilik kosong. Bila saya suruh NARSQO daftar lain pula cerita, modalnya sinarai telah berubah.

Okey! saya terima maka penyambut telefon dalam Hotline Zikirnya yang punyalah egois... e-melkan kepada saya sinarai hotel terbaru!. Ada dua jenis hotel; satu Hotel yang memang tak punya penghuni & satu lagi hotel yang terlampaulah mahal sewanya. Maksudnya! NARSQO sengaja membuatkan ahlinya berangan & putih mata. Atau pun pergi ke tempat hulu & tak siapa pun suka ke sana!. Apa ni NARSQO?. Yang kelakarnya ada sebuah hotel ini tersinarai... memang menarik agak munasabahlah bayarannya sekitar RM370 siap semua sarapan pagi & makan malam bagi satu keluarga; bila saya suruh pihak NARSQO mendaftar (Dalam syarat memang NARSQO kena mendaftar baru ahli mendapat faedah potongan) Tahu apa katanya si gadis Hot Line Zikir igois ini. Baru dua hari sudah sinarai kami berubah!. Faham maksudnya?. Hotel ini tak kasi potongan, tertaip dalam sinarai nak tutup malu kata sinarai berubah. Tolonglah Melayu jangan tipu Melayu.

Saya pasti ada nanti orang NARSQO kata atau beri respon dalam situs ini; saya & keluarga saya tiap minggu tidur di hotel 4 atau 5 bintang dengan potongan 70% hasil anugerah NARSQO. Tahu tak berapa harga bagi semalam hotel atau resort jenis kedua yang tersinarai ini bagi sekeluarga lima orang seperti saya sekitar RM1,000 semalam. Mampu ke kita!. Lagi pun betulkah dakyahan & pengakuan ini?. Kita cerita atas dasar keluarga bukan orang bujang boleh tidur di hotel dua katil. NARSQO jangan buat janji yang bukan-bukan.

Saya sering tidur di Tiara Berch Resort Port Dickson lantaran punyai banyak kad kredit. Tak payah pun jadi mana-mana keahlian agenci; Tiara Beach Resort Port Dickson boleh kasi potongan sehingga 50% kena rajin klik ke lama sesawang resort ini. NARSQO sekadar mengambil kesempatan dengan semua tawaran ini. Maka itu asyik tukar sinarai... modal menyampah mereka.

Saya sempat bertanya dengan pengurus Hotel yang kononnya NARSQO ini pernah membuat hubungan perniagaan; rakan niaga mereka. Kelakarnya pengurus ini pun tak pernah dengar nama NARSQO. Sah kan..? mereka tulis sahaja dalam risalah anggun mereka untuk menarik kita agar menjadi ahli.

Saya juga sempat berbual dengan Pengurus Hotel yang kasi sponsor penginapan RM95 itu. Katanya memang tak boleh tukar dengan apa jua cara, nak tambah bilik atau apartment lagi mahal pun tak boleh. Voucher itu mereka yang kasi, bukan NARSQO yang beli atau sponsor. Moralnya di sini inilah masalah orang kita berniagaan. Gah sahaja, habuk pun tarak. Tiada modal mahu korek duit orang dengan wang keahlian sampai ratusan RM.

Saya dua penggal; lebih lima tahun jadi AJK Persatuan Sukan Peringkat Kebangsaan. Kami rajin minta pihak syarikat seMalaya & termasuklah perhotelan atau penginapan memberi agar sponsor dalam beberapa majlis. Memang melambak boleh dapat voucher penginapan percuma jika kita memohon contohnya sebagai hadiah atau cabutan bertuah bagi Hari Keluarga, Sukan & pelbagai majlis. Ini yang Pengurus Hotel tersebut ceriterakan kepada saya. Jadi apa peranan NARSQO ini sebenarnya. Pandai berjanji tapi sifar!. Ingin mengauk untung atas promosi orang. Saya amat kecewa dengan janji manis NARSQO.

Satu lagi voucher potongan RM20 hanya 800 Paraffin sahaja yang layak. Ahli NARSQO berapa ramai?. Cis! malulah kita nak berebut duit sebanyak itu, silap-silap sehari sahaja voucher diberi esok dah habis!. Tempat nak pergi beli minyak tu bukan dekat. Tak payahlah buang duit cetak voucher begitu cantik, sakit mata & sakit hati ahli sahaja.

Paraffin
pun apa bendanya.. buat kita orang Melayu pening sahaja; berniaga dengan sesama Melayu guna bahasa Paraffin... bunyi bahasa jin sahaja!.

Sekadar nak dapat voucher RM95 dengan 1001 syarat rasanya itu pun sudah cukup mengecewakan ahlinya.

Saya telah tiga tahun menjadi ahli NARSQO tak pernah pun kereta rosak, tak tahu bagaimana khidmat mereka dalam bab kereta rosak ini!. Bayangkan bagaimana mahu menyumbang RM10,000 jika kemalangan maut!. RM95 pun jadi masalah!. Memang saya serik & rasa tertipu banget!.

KerabatDiraja

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku baru gak msk nasrqo nie...tp bile aku nk tebus voucher nie mmg samer cm ko ckp arr...mcm2 die tipu...sial punya company..

iDAN berkata...

Sekali terkena cukuplah tu!, kita bukanlah nak sangat voucher tu tapi janganlah perdaya orang.

Saya dah semak dengan sinarai hotel yg dicatat. Hotel itu sendiri tak pernah dengar narsqo ini. Main taruh sahaja. Sama ada hotel terlalu mahal atau tak siapa pun pergi.

Voucer yang ujud pun bukan duit mereka, offer dari hotel sebenarnya.

Jangan baharui lagi keahlian. Fikir dua tiga kali.

mama berkata...

husband aku baru je masuk menatang ni..mule2 mcm ok..janji 2 janji ni..list hotel kemain byk lg..bile dah msk,aku tnye hotel kt p.d mane yg dok link dgn narsqo ni..consultant die kate cume ade 2 jer..pastu ckp belit2..kejap mcm2,mcmni..kpd warga narsqo,igtla ape yg aku nk kate ni..
sampai manela korang nk dok menipu org..dok menipu duit org,dapat duit,bg lak ank bini korang mkn..
duit haram 2 beb..
blh bayangkan x tiap ari korang dok mkn maki hamun sume org??
aku pangkah besar2 company ni!!

iDAN berkata...

Mama

Amat sedih kita naktolong bangsa kita tapi mereka pula aniaya kita!.

Kes kami tempoh hari setelah berbalah di telefon tak ada penghujung akhirnya kami cari sendiri hotel yg ada tawaran. Kita yang tak ada syarikat pun boleh cari tawaran potongan banding mereka yang kita telah jadi perunding kita.

Fikirlah sendiri NarsQo ini apakah masih mahu menjadi ahlinya.

bengang berkata...

siot gak norsqo ni aku br je plan nk g holiday.dh dega cite cam ni was2 lak.aku join ni thn lepas br nk klim vocher ni agak leh pakai ke

iDAN berkata...

Sdr bengang;

Cubalah klim mana tahu kut! okey!, tapi kami memang amat kecewa dengan sikap & layanan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah ditipu NarsQo haramjadah ni. Janji ahli seumur hidup konon (sebab mendaftar the 1st 100 customers). Padahal setiap tahun kena bayar renewl fees.

Lepas tu nak guna hotel free/discount memang bermacam-macam karenah. sesiapa yang ingin menjadi ahli NarsQo, tolong fikir masak-masak!

Tanpa Nama berkata...

saye pn da kne... tp bru byr deposit.. laku sye mrh main join je.. join pn kt stesen bas... mmg agak mangkuk le main bg duit je.. melayang le rm100 saya... teruk kne marah lg.. dgrmmg cm gempak p mcm ni upe nye... tq2 byk2 ek...

Riduan berkata...

Salam semua... Bukan setakat satu saja company, malah banyak lagi terutamanya yang mempromosikan kepada pelajar- pelajar. Walau apa pun, ia bukan salah mereka, kerana itu sememangnya taktik dalam perniagaan. Marketing strategy. Kalau kita tak bijak membaca Terma & Syarat, memang kitalah insan paling bodoh ketika ini.

Cara pemasaran mereka ialah dengan mewujudkan perasaan serba salah dalam kalangan orang ramai. Biasanya dia akan panggl dan berikan ayat, "takpe, dengar jer,,, tak beli pun tak pe..."... Lepas panjang lebar dia explain, kita pun macam terpengaruh walaupun sebenarnya kita tahu ia tak logik. Dan disebabkan rasa malu dan serba salah, kita belilah jugak. Kalau yang lemah, akan sanggup bayar cash beratus2... Tapi yang kuat sikit macam saya, takpelah, bayar rm10 dulu supaya nama kita ada dalam senarai booking... Balik rumah, buanglah borang tu...

Hehehehehe.... Ramai yang tertipu dengan istilah 70% diskaun pada harga bilik. Tapi ramai tak baca, percent diskaun tu dari harga asal bilik (published rate) ke walk in (current rate) ker? PR ialah harga maksimum hotel boleh jual sesuatu bilik. Sebagai contoh, harga bilik standard PR ialah RM300. Tapi harga walk in, CR ialah sekitar RM150 sahaja. So, benda ni akan offer harga bilik RM150 atau murah sikit dan dia bgthu yang harga tu dah cut 50% @ rm150 dari harga PR. Memang la kan? Tapi sebenarnya harga dia sama je dengan walk in terus ke hotel @ murah sikit jer...

Sedangkan, mereka beli dengan harga pukal yang lebih murah. Depa untung, kita rugi or untug siket jer...