Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 3 November 2009

Permohonan Anwar gugur tuduhan liwat 30 November

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 30 November depan untuk mendengar permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar prosiding kes itu turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes liwat itu.

Anwar, 62, yang hadir di mahkamah dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Mohd, Saiful turut hadir ke mahkamah semalam.

Terdahulu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan meminta mahkamah menetapkan tarikh bagi pendengaran permohonan itu.

Pada 16 Julai, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk memerintahkan pihak pendakwaan menyerahkan kenyataan saksi antaranya kenyataan Mohd. Saiful dan kenyataan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.

Pihak pendakwaan bagaimanapun merayu terhadap perintah itu dan pada 24 Julai mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan perintah itu sementara menunggu keputusan rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan.

Kosmo!

Tiada ulasan: