Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 22 Ogos 2014

Jurufoto pujuk model muslimah untuk beraksi mengelitin

Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.
Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini.

Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini.

Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya.

Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan tudung.

Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah?

Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model.

Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap!


TERKINI : Dr Mahathir tarik balik sokongan kepada Najib

August 18,2014Share
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur,” kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

“Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

“Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

“Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara,” katanya menerusi blog popularnya itu.
Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

“Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

“Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya,” katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

“ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

“Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng,” katanya.
Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

“Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.
“Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya,” katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.


Selasa, 19 Ogos 2014

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor akibat isu MB

Ogos 19, 2014

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor akibat isu MB
 
Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor akibat isu MB - Gambar Fail 
 
KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan integriti, rakyat dan kakitangan awam di Selangor turut terpalit dalam krisis politik yang melanda negeri itu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

The Malaysian Insider melaporkan, Abdul Khalid memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik.

Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Abdul Khalid dilaporkan turut memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Dalam ucapannya, Abdul Khalid dilaporkan berkata PKNS menjadi tulang belakang pembangunan Selangor dengan membina 11 projek bandar dan perumahan untuk rakyat.

Katanya, pembinaan projek mega bukan lagi keutamaan sebaliknya rakyat lebih mementingkan transparensi, integriti dan tanggungjawab yang diamalkan oleh pentadbiran korporat yang baik.

"Desakan supaya mementingkan tanggungjawab sosial semakin kuat setiap hari. Ia penting untuk negeri mendapatkan kepercayaan daripada rakyat," katanya.

PKNS menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sejak November 2012 dan mengamalkan Sistem Integriti Korporat (CIS) bagi menggalakkan urus tadbir korporat yang baik dan mengelakkan amalan rasuah.

Khalid turut mengumumkan PKNS berjaya menjimatkan RM416.5 juta sejak anak syarikat itu mengamalkan sistem tender terbuka bermula tahun 2009.

Selepas PAS mengumumkan keputusannya Ahad lepas yang menyokong supaya Abdul Khalid perlu diganti, Menteri Besar Selangor ini mengelak dari bertemu media.

Khalid semalam turut membatalkan semua program rasminya termasuk perjumpaan bulanan dengan kakitangan awam dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor (FAS).

Abdul Khalid juga telah menulis surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memohon perkenan menghadap baginda di luar negara.

Namun, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menitahkan Khalid supaya bersabar dan menunggu baginda pulang daripada bercuti dalam tempoh beberapa hari lagi. 
 
Peluit: Nampaknya rakyat Selangor akan kembali ke arah pergolakan politik nasional; harga air pasti akan naik. Tak mungkin akan dapat rasai  nikmat air semurah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi MB. Mungkin harga air akan berasing mahal dengan elektrik. 

Kak Wan mungkin menjadi MB sekejap, setelah DS Anwarnya tidak sangkut kes di mahkamah. pasti Kak wan akan letak jawatan kasi laluan intuk suaminya. Sebenarnya DS Anwar ni seperti dululah; kerjanya bagus, visinya baik tapi dia juga ada kroni yang pasti memeningkan rakyat jelata. Faktor usia DS Anwar juga tak kan ke mana. Bebila masa PKR akan bergolak lagi berebut kuasa. BN dengan kroni mereka PKR juga ada kroni sendiri dalam mengauk laba di bumi kita. Peranan PAS nampaknya makin tak pasti dalam politik tanah air.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya pemimpin yang didekasi tapi serangan peribadi & ada beberapa keputusannya tidak disukai PKR maka ianya telah memakan diri. Inilah politik namanya tak pernah tenang asyik bergolak. Rakyat sering menjadi mangsa. Apa yang rakyat dapat.

Khamis, 7 Ogos 2014

McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot

Ogos 07, 2014
McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot
 
Gambar fail kekecohan akibat boikot di McDonald's di Dungun pada Rabu. - Twitter/@AidaSue 
 
 
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang  mengancam keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot syarikat.

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.

"Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.

"Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia," kata syarikat di dalam satu kenyataan media.

McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.

"Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald's Malaysia."

Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel.

Isu terowong: Guan Eng beri Nasruddin 24 jam untuk minta maaf

 Ogos 07, 2014
Isu terowong: Guan Eng beri Nasruddin 24 jam untuk minta maaf
Isu terowong: Guan Eng beri Nasruddin 24 jam untuk minta maaf - Gambar fail 
 
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi tempoh 24 jam kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung isu projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, Nasruddin kini berhadapan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.

"Saya terkejut dengan tindakan serangan Nasruddin itu. Tuduhan itu tidak berasas dan pembiayaan terowong serta penganugerahan projek itu merupakan satu prosedur tender," katanya dalam pada sidang media di pejabatnya di sini.

Nasruddin sebelum ini dilaporkan hairan kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diselar berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Sedangkan kata Nasruddin, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Tambah Guan Eng, Nasruddin berbohong termasuk memberi fakta salah mengenai pembinaan projek mega itu.

"Antara pembohongannya termasuk mengenai pemberian rundingan terus dalam pembinaan projek terowong berkenaan serta dakwaan Nasruddin yang menyifatkan Kerajaan Pulau Pinang mencatat defisit selama enam tahun.

"Kita juga tidak pernah mengalami belanjawan defisit sebaliknya mencatat lebihan belanjawan," ujarnya.

Tegasnya, penganugerahan projek itu dibuat secara terbuka dengan kos sebanyak RM3.6 bilion dan bukan secara rundingan terus dengan kos RM4.63 bilion seperti didakwa Nasrudin.

Rabu, 6 Ogos 2014

Nik Aziz terus pertahankan Khalid

Ogos 06, 2014 

Nik Aziz terus pertahankan Khalid
 
Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa 
 
memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. 
 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
  
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
  
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
  
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
  
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
  
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.

Ada ADUN DAP Selangor mahu Khalid kekal sebagai MB

Ogos 06, 2014
Ada ADUN DAP Selangor mahu Khalid kekal sebagai MB
 
 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mendapat sokongan beberapa Adun DAP Selangor 
 
KUALA LUMPUR: Tidak semua pemimpin DAP Selangor bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Sumber dalaman DAP memberitahu beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor berpendapat Abdul Khalid perlu dikekalkan kerana prestasi baik beliau menerajui negeri itu.

Namun kata sumber itu, pemimpin DAP yang menyokong Abdul Khalid tidak membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu dilihat parti itu mengalami masalah dalaman seperti PAS dan PKR.

"Ada Adun-Adun DAP Selangor yang masih mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi mereka tidak membuat kenyataan seperti pemimpin PAS dan PKR.

"Dalam DAP yang buat kenyataan supaya Tan Sri Khalid ditukarkan bukan ADUN di Selangor tetapi Ahli Parlimen Selangor," kata sumber dalaman DAP itu kepada Astro AWANI.

Sementara itu, seorang penulis blog yang juga ahli DAP, Aspan Alias berpendapat lebih banyak masalah dalam Pakatan Rakyat akan selesai jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara.

Menulis di blognya, Aspan berkata, apa yang berlaku di Selangor merupakan bukti Anwar tidak mempunyai keupayaan untuk menyatukan PKR.

"Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah ‘intra’ dan ‘interparty’ yang sangat serius." tulis Aspan di blognya.

Aspan menempelak kenyataan Anwar ketika mengumumkan nama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah," tulis beliau.

Beliau berpendapat, jika Abdul Khalid berjaya diketepikan, PKR seharusnya mengutamakan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden parti itu.

Katanya, jika Azmin tidak dipertimbangkan, ia merupakan satu langkah yang tidak adil kepada hulubalang PKR yang sebelum ini sentiasa menyokong Anwar.

"Pertamanya bolehkah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu.

"Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini.

"Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan," katanya.

Katanya, keadaan di Selangor tidak akan menjadi seperti hari ini jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka sendiri.

Aspan berkata keadaan di politik di Selangor sudah sampai tahap caca-marba dan seperti sebuah bukit yang mempunyai terlalu banyak singa dan harimau.

"Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan ‘misadventure’ politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.

"Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya.

"Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi," katanya lagi.

Nik Aziz still backs Khalid as Selangor MB

Ogos 06, 2014

Nik Aziz still backs Khalid as Selangor MB
 
Nik Aziz reiterated his stand that Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim should remain as Selangor MB. - File Photo
 
KOTA BAHARU: PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today reiterated his stand that Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim should remain as Selangor menteri besar (MB).

Nik Aziz, who is former Kelantan menteri besar, said there was no reason for him to change his stand over the Selangor menteri besar issue.

"I said it only once, not twice. You can check my earlier statement," he said when met at his residence in Pulau Melaka, here.

Nik Aziz, who looked rather frail, also advised those who accused Khalid of misconduct as MB to stop their misdeed.

"Making accusations against one another can have adverse effects. It's not good to disparage others," he said.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) secretary-general Datuk Saifuddin Nasution had recently stated that Khalid should be replaced as menteri besar as there were doubts about his integrity following his questionable settlement of his debt with a bank and over a land sale.

Nik Aziz in his earlier statement had questioned the action of certain quarters in wanting Khalid be replaced as menteri besar.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang also backed Khalid as according to him, Khalid had not misused the trust given to him by the people.

The party's Dewan Ulama, meanwhile, stated that Khalid should be allowed to continue as menteri besar until the end of his term as there was no concrete reason for him to be replaced.

The crisis in PKR has reached almost boiling point after Khalid was reported to be given until this Friday to reply to a show-cause letter as to why be refused to withdraw from the MB post.


Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Abdul Khalid

Ogos 06, 2014

Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Abdul Khalid
Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Gambar fail 
KUALA LUMPUR: "Ianya merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor khususnya."

Itu petikan jawapan surat tunjuk sebab Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat tindakan menyingkirkannya merupakan keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.

"Ia satu keputusan tidak adil, bukan sahaja kepada saya tetapi terhadap kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini.

"Anggapan salah berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dan mengurus sesebuah Kerajaan Negeri dengan baik juga akan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Pada Selasa, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong  meminta Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Abdul Khalid turut menulis di dalam laman Tweeternya mengenai surat tunjuk sebab berkenaan.

Surat itu perlu dijawab sebelum atau pada Jumaat ini. Abdul Khalid turut mempertikaikan 'hukuman' yang akan dijatuhkan kepadanya dan menyifatkan perlu mematuhi serta menghormati peruntukan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor.

"Saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Negeri Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan saya seharusnya meletakkan jawatan.

"Ini maksud saya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang keputusan berkenaan penukaran Menteri Besar Selangor perlu memegang kepada prinsip undang-undang dan tatacara di dalam undang-undang," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mahu notis itu menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

"Pernyataan secara spesifik perlu dinyatakan secara bertulis, malangnya setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos 2014 dilihat sebagai satu notis yang cacat; tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menyatakan, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil kepadanya.

Surat Khalid

Surat Khalid

Surat Khalid

Tegasnya, 'Langkah Kajang' tidak pernah dipersetujui selain mengungkit tindakan Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa alasan munasabah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat.

"Saya kesal setelah melakukan tindakan tersebut, Chin Cheh tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib malah dibenarkan bertanding di peringkat Cabang.

"Ia mencemar nama baik parti di mata parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor," katanya.

Episod drama Kajang bermula pada Januari apabila wakil rakyat penyandangnya Chin Cheh meletakkan jawatan dan dengan dengan serta merta memaksa diadakan sebuah pilihan raya.

Keputuan Chin Cheh dibuat ketika seteru antara Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semakin memuncak.

Seven locals identified in nude festival - police

Seven locals identified in nude festival - police
 
 
Seven locals are among 15 individuals identified to have taken part in the nude sport festival which allegedly 
 
took place at the Teluk Kampi beach in the Penang National Park. 
 
 
GEORGE TOWN: Seven locals are among 15 individuals identified to have taken part in the nude sport festival which allegedly took place at the Teluk Kampi beach in the Penang National Park here recently.

The others had been identified as four Singaporeans, two Myanmar nationals, a Filipino and an Indian national.

Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi, when exposing the nationalities of those involved in the nude festival, said they comprised nine men and six women.

"The police is currently identifying all the individuals involved to assist in the investigation and so far 12 police reports had been received relating to the issue," he told reporters when met at the Penang police contingent headquarters here today.

The video entitled 'Nude Festival In Teluk Bahang, Penang', which went viral on social websites, showed a group of men and women body painting, dancing and doing sport activities in the nude at the beach.

Based on a report issued by the Penang National Park office to reporters during a media conference by Chief Minister Lim Guan Eng today, the organisers had hid behind the guise of a nature conservation activity.

"The department condemns the immoral activity. It will be seriously investigated and appropriate action will be taken," said the report, which was submitted to the state government.

It said the national park also requested the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to assist in conducting a detailed internal probe on the matter.

At the press conference Guan Eng said the nude festival was held without the knowledge of the state government.

He said the national park was outside the jurisdiction of the DAP state government, which had handed over the case to the Natural Resources and Environment Ministry to conduct investigation.

Meanwhile, Teluk Bahang state assemblyman Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah said the park ranger on duty had not lodged any police report due to the possibility that he might have been threatened.

Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid

Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid
Pejabat MB minta SPRM siasat tuduhan salah laku Abdul Khalid - Gambar fail 
 
 
SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor pada petang Rabu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai sebarang tuduhan salah laku pentadbiran oleh PKR ke atasnya.

Memetik laporan Malay Mail, beberapa pembantu dari pejabat Abdul Khalid menyerahkan laporan PKR yang mengaitkan isu rasuah MB Selangor itu kepada SPRM.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Abdul Khalid, Mohd Yazid Bidin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya seorang pegawai di pejabat MB saya rasa ini tanggungjawab saya untuk mendapatkan perkara yang benar, itu sahaja yang boleh saya katakan," jelasnya.

Pada Selasa, PKR menyerahkan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam sebab untuk menyakinkan PAS dan DAP mengapa Abdul Khalid perlu disingkirkan dari jawatannya.

Dalam laporan itu, kes penyelesaian hutang yang disifatkan 'luar biasa' antara Abdul Khalid dan Bank Islam menjadi perkara utama dibangkitkan oleh PKR.

Laporan tersebut mendakwa penyelesaian hutang itu dibuat di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas.

Sebelum ini, Abdul Khalid memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.

Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut adalah kes-kes mahkamah yang boleh dipersoalkan mengenai integriti Abdul Khalid sebagai seorang penjawat awam.

Antara kes yang diperkatakan adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Abdul Khalid memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam isu salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.