Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Rabu, 27 Februari 2013

Tiada lagi cinta Shila Amzah

pix_gal0
Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Seakan disuntik semangat baru hingga tiada garis duka pada wajahnya ketika pertemuan di sebuah majlis, semalam, penyanyi Patah Seribu itu tampak teruja menjawab segala pertanyaan media.

Berbanding ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, hanya menutup mulut selain selesa meluahkan rasa menerusi Twitter.

Kongsi Shila yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

Mengakui suka memendam, anak pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman, lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah nukilan terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada si dia.
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Sudah merancang dan mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu, anak sulung daripada empat bersaudara itu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

FELDA Global raih RM12.89b

Kuala Lumpur: Kira-kira 112,635 peneroka FELDA akan menerima dividen hampir RM1,000 seorang, hasil kejayaan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih pendapatan RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu.
Bayaran melalui tabung itu berdasarkan dividen akhir 8.5 sen sesaham atas 20 peratus saham yang dipegang oleh FELDA berjumlah RM62.02 juta.


Dividen itu adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham berjumlah RM40.13 juta yang dibayar Oktober lalu, sekali gus menjadikan jumlah dividen tahun lalu 14 sen sesaham.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad, ketika taklimat media mengenai keputusan itu, berkata pembayaran dividen juga dijangka memanfaatkan kira-kira 67,365 pemegang saham lain.

Peguam Syarie Menulis: Hikmah bertunang

Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang

Tunang atau dalam bahasa Arab disebut khitbah adalah hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya atau secara ringkasnya suatu perjanjian untuk mendirikan rumah tangga.
Perjanjian juga dianggap sebagai suatu kontrak sebelum memasuki alam pernikahan, iaitu apabila pihak lelaki mengemukakan hasrat untuk mengahwini pihak perempuan sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang tengah atau perantaraan.

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT: “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 234-235)

Mengikut adat orang Melayu, jika seorang lelaki berkenan kepada seorang perempuan, maka hasratnya akan diluahkan kepada ibu bapanya. Maka ibu bapa lelaki atau saudara-maranya akan bertandang ke rumah perempuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa perempuan hasrat lelaki itu.

Bukan tiket hubungan bebas

Kebiasaannya, sebentuk cincin merisik akan dibawa ketika bertandang. Sewaktu merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan diadakan, seperti tarikh dan tempat majlis pertunangan diadakan.
Hikmah bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan, mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain dan memastikan jiwa serta emosi pasangan yang bertunang stabil.

Namun, ikatan pertunangan bukanlah bermakna ia tiket membenarkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibu bapa menyegerakan akad perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas antara pasangan yang bertunang.

Secara amnya Islam telah menggariskan syarat yang sepatutnya dimiliki setiap pasangan yang berhasrat untuk bertunang. Lelaki yang mengemukakan hasrat bertunang wajiblah seorang yang berakal, beragama Islam dan telah akhil baligh.

Lelaki itu juga harus dipastikan orangnya, supaya tidak keliru dengan orang yang mempunyai nama sama. Disyaratkan juga lelaki itu hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai empat isteri.

Syarat pada pihak perempuan juga hendaklah beragama Islam, pasti orangnya, terutama sekali apabila perempuan itu mempunyai ramai adik-beradik perempuan dan halal bagi lelaki yang ingin meminangnya.

Wanita yang haram dikahwini

Perempuan yang diharamkan dikahwini dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32)

Perempuan itu juga hendaklah bukan di dalam edah cerai hidup atau cerai mati, dan hendaklah bukan isteri kepada lelaki lain. Mana-mana pertunangan yang diadakan dengan perempuan yang telah bersuami, ia adalah tidak sah dan terbatal.

Lelaki yang menjalin hubungan dengan seorang perempuan sedangkan dia mengetahui perempuan itu adalah isteri seseorang, lalu menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ itu sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya, juga termasuk dalam konteks meminang yang dilarang syarak.

‘Peminangan’ sedemikian akan mendorong perempuan itu meminta cerai daripada suaminya, sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Islam melarang seorang isteri meminta cerai daripada suaminya, tanpa sebab yang diharuskan syarak.

Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Disyaratkan juga perempuan itu bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki atau dipersetujui pihak lelaki, yakni lelaki bersedia memutuskan pertunangan itu.

Tuntutan ganti rugi pertunangan

Memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan dikemukakan di Mahkamah Syariah. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 1992) memperuntukkan: “Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.”

Menaruh minat terhadap perempuan yang telah bertunang juga adalah suatu perkara yang perlu dielakkan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan tunangan orang boleh menyebabkan perbalahan, pergaduhan, perpecahan dan boleh memutuskan silaturahim.

Islam melarang keras perbuatan memutuskan silaturahim. Sabda Nabi SAW: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” (Riwayat Muslim)

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com.

Berita Harian terus mengorak langkah jadi akhbar bahasa Melayu terulung

1 Julai 2012

HARI ini genaplah 55 tahun Berita Harian lahir sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini yang berjaya mencatat pelbagai sejarah sejak kelahiran pertamanya pada 1 Julai 1957, seusia dengan kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan sudah ditempa dan pelbagai perubahan juga sudah dilalui sama ada dalam aspek fizikal, pengisian mahupun kepemimpinan.

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini menggunakan bahan sama dengan akhbar Straits Times. Pada ketika itu, Berita Harian menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya dengan harga 15 sen.

Seramai hanya lapan orang kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baru `masthead' diperkenalkan.

Tahun 1972 menyaksikan tampuk kepemimpinan di Berita Harian diambil alih oleh Abdul Wahab Zain yang sepanjang pembabitannya sebagai pengarang berjaya menambah dua muka surat tambahan menjadikan keseluruhan 12 muka surat pada 1974. Fokus penambahan ketika itu menumpukan kepada ekonomi, nota fotografi, tips menghadapi peperiksaan, lebih penumpuan kepada hiburan, berita luar negara dan rencana umum.

Sebelum beliau mengundur diri pada 1975, Berita Harian berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya Abdul Samad Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1978 dan digantikan pula Salim Kajai pada 1978.

Dalam era kepemimpinan Salim Kajai, dua perubahan besar berjaya dicapai iaitu pelancaran Edisi Bandar Berita Harian pada 1979 dan sekali lagi imej baru pada 'masthead' selain seksyen baru yang memberi sedikit penekanan terhadap elemen hiburan dengan kali ini, harga jualan juga meningkat kepada 35 sen senaskhah dan dinaikkan sekali lagi kepada 45 sen sebelum Adibah Amin dilantik sebagai pengarang pada 1983.

Setahun selepas itu, Ahmad Sebi Abu Bakar dilantik menggantikan Adibah dengan jawatan Pengarang Kumpulan dan satu kejayaan terbesar di bawah pimpinannya ialah apabila Berita Harian dan Berita Minggu disatukan di bawah Berita Harian Sdn Bhd pada 1985. Pada 20 Oktober tahun sama, Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilancarkan.

Dua tahun memimpin Berita Harian, Ahmad Sebi digantikan A Kadir Jasin yang berperanan besar dalam memperkenalkan Anugerah Bintang Popular pada Disember 1987 sebelum melepaskan kepemimpinan itu kepada Ahmad Nazri Abdullah pada 8 April 1988. Pembabitan Ahmad Nazri selama 10 tahun sebagai Pengarang Kumpulan mencetuskan kelahiran akhbar tabloid sukan, Jaguh pada 8 Ogos 1989 yang mempunyai 16 muka surat.

Berita Harian juga memperkenalkan tema terbaru pada 2 Disember 1991 iaitu 'Sumber Ilmu dan Maklumat Mutakhir'. Pada 1 Jun tahun sama, akhbar keluaran khas harian dikeluarkan iaitu Berita Pelajar, Berita Wanita, Berita Teknologi, Jaguh, Perspektif dan Dunia. Pada 4 Disember 1993, Minda Pelajar diterbitkan dan serentak itu harga Berita Harian dinaikkan kepada 70 sen sebelum pengenalan kepada tabloid 'Didik' pada 23 Januari 1995.

Langkah Berita Harian semakin panjang dalam memenuhi kehendak semua golongan termasuk wanita apabila secara rasmi menerbitkan akhbar mingguan Citra dengan tema 'Bicara Wanita Kontemporari' pada 23 Februari 1995 dan dijual dengan harga RM1.

Antara kejayaan terbesar Berita Harian dalam menarik kelompok pembaca ialah apabila melancarkan sisipan Joran pada 4 Oktober 1996 yang nyata memberi impak besar terhadap akhbar ini menjelang sambutan ulang tahun ke-40nya setahun selepas itu yang menyaksikan Grand Prix Joran diperkenalkan.

Selepas 10 tahun memimpin Berita Harian sehingga Julai 1998, tempat Ahmad Nazri diambil alih Ahmad Rejal Arbee yang sekali gus menaikkan harga Berita Harian kepada RM1.20 serta merombak beberapa pengisian dalam akhbar ini. Tidak puas dengan semua itu, beliau mengorak langkah merubah rupa bentuk Berita Harian pada 2000 yang menggunakan `masthead' baru dengan grafik lebih menarik dan penambahan kepada ruang berita, rencana dan analisis.
Tahun pendidikan. Itulah gelaran paling tepat untuk 2001 kerana ketika itu, dua tabloid dijadikan sisipan percuma untuk pembaca Berita Harian yang mana Didik diberi secara percuma bermula isu 6 hingga 12 Februari dan Minda Pelajar pada 5 hingga 11 Februari sebelum Skor pula dilancarkan pada 26 April 2001 sebagai tabloid pendidikan ketiga, memfokuskan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menyedari kepentingan menarik golongan muda, Berita Harian mengubah reka letaknya pada 6 Januari 2003 kepada sesuatu yang lebih segar dan mesra pembaca dengan pengisian mendekati pembaca muda. Tahun sama juga menyaksikan Hishamuddin Aun dilantik sebagai Pengarang Kumpulan yang kekal memimpin Berita Harian selama tiga tahun.

Pelantikannya mencorak satu lagi imej baru apabila satu sisipan baru diperkenalkan pada 4 Oktober 2003. Sisipan itu, Ikon nyata sekali menyasarkan golongan muda dan diselitkan bersama akhbar ini pada setiap Sabtu. Pada tahun sama juga, satu lagi sisipan diperkenalkan iaitu EPG (Emas, Perak, Gangsa) yang menggantikan edisi Jaguh sebagai sisipan sukan.

Semua usaha keras warga Berita Harian mula menampakkan hasil apabila pada Januari 2004, purata jualan akhbar ini mencapai 238,000 naskhah sehari yang menjadi titik tolak kepada kemunculan edisi muka depan untuk Wilayah, Tengah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah - Sarawak, Timur, Utara dan Selatan. Pada tahun sama, Berita Harian memperkenalkan kolum 'Hello YB'. Pada 23 Ogos 2004, edisi Tengah ditukar nama kepada Sentral.

Harga Berita Harian dinaikkan sekali lagi pada 2005 kepada RM1.50 dan sekali lagi Berita Harian merubah reka letak dan grafiknya untuk kelihatan lebih muda serta dinamik pada 20 Jun 2005. Penggunaan maklumat ringkas dan fakta nombor menjadi satu elemen baru yang diperkenalkan.
Pelantikan Hishamuddin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP membolehkan Datuk Manja Ismail dilantik Pengarang Kumpulan pada 1 April 2006. Pengenalan kepada RakanBH pada 10 April 2006 membolehkan pembaca berpeluang berkongsi pandangan serta komen menggunakan telefon bimbit.

Satu lagi kejayaan sekali gus dianggap sebagai sejarah dalam rekod Berita Harian ialah apabila merubah bentuknya kepada akhbar kompak pada Julai 2008 selepas 51 tahun bertahan dengan imej 'broadsheet.' selepas rakan dalam satu syarikat, News Straits Times dan New Sunday Times memulakan transformasi itu pada April 2005.

Pada 1 Julai 2009, Datuk Mior Kamarul Shahid dilantik menggantikan Manja sebagai Ketua Pengarang yang kini mengetuai Berita Harian untuk terus mengorak langkah cemerlang muncul sebagai akhbar bahasa Melayu arus perdana terulung di negara ini sempena sambutan ulang tahun Berita Harian ke-53 hari ini.

Apa yang pasti, selepas semua kejayaan yang dicapai, semua warga Berita Harian mempunyai keyakinan tinggi untuk mencapai misi itu dan seiring dengan sasaran Media Prima Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd yang dalam transformasi agresif pada semua jabatan di bawahnya.

Nasional Sasar 10 juta pekerja bergaji lebih RM2,000

Ahmad Husni bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar membaca buku cerita kepada murid-murid Tadika Perpaduan Tanah Hitam di Ipoh, semalam. Ahmad Husni bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar membaca buku cerita kepada murid-murid Tadika Perpaduan Tanah Hitam di Ipoh, semalam.
Ipoh: Kerajaan menyasarkan 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang 2020, berbanding jumlah kira-kira lima juta sekarang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sasaran mewujudkan lebih banyak tenaga kerja berpendapatan tinggi dalam tempoh tujuh tahun ini mampu dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Ketika ini, kira-kira 4.5 juta pekerja memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 dan 500,000 pekerja memperoleh lebih RM7,000.

“Sasaran 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 mampu dicapai kerana Pendapatan Negara Kasar (PNK) kini semakin meningkat,” katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Semula Pasar Tanjung Rambutan bernilai RM5.8 juta, di sini, semalam.

Capai PNK RM1.7 trilion

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, sasaran negara pada 2020 adalah untuk mencapai PNK sebanyak RM1.7 trilion dan kini jumlah yang berjaya diperoleh kira-kira RM900 bilion.

“Justeru, pelbagai pendekatan dijalankan kerajaan seperti pelaksanaan ETP bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Ia termasuk meningkatkan jumlah pendapatan individu dengan menyasarkan lapan juta pekerja berpendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 sebulan serta dua juta pekerja berpendapatan lebih RM7,000 pada 2020 nanti,” katanya.

Katanya, menerusi ETP juga tumpuan bukan hanya diberi kepada ekonomi berpendapatan rendah malah lebih memfokuskan ekonomi berpendapatan tinggi kerana ia membantu meningkatkan jumlah pendapatan pekerja serta bilangan mereka di negara ini.

Deretan kedai musnah terbakar

Pasukan bomba mengawal  kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai  di Jalan CY Choy di Georgetown, malam tadi. Pasukan bomba mengawal kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah kedai di Jalan CY Choy di Georgetown, malam tadi.
Georgetown: Sembilan deret kedai satu tingkat yang dibina ketika zaman perang dunia kedua musnah dalam kebakaran di Jalan CY Choy di sini semalam, menyebabkan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.45 malam dan api dipercayai bermula dari bahagian tengah kedai yang menempatkan kedai makan sebelum merebak ke kiri dan kanan kedai berikutan angin kuat ketika kebakaran.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.55 malam sebelum tiba ke lokasi kejadian lima minit kemudian bersama 10 pegawai dan anggota bomba serta sebuah jentera.


Beliau berkata, dalam operasi pemadaman itu, pihaknya turut mendapat bantuan Balai Bomba Jalan Perak dengan lebih 10 anggota serta empat jentera bomba termasuk anggota bomba sukarela dari Bukit Bendera, Sri Tanjung, Air Itam dan Paya Terubong. Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit.

Tiada kecederaan dilapor

Katanya, pemeriksaan awal mendapati sembilan premis kedai termasuk kedai alat ganti, kedai membaiki motosikal, kedai telefon bimbit dan kedai gunting rambut musnah disebabkan struktur bangunan lama selain mempunyai bahan mudah terbakar dalam kedai terbabit.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam dan tiada kecederaan dilaporkan berikutan semua premis ditutup kerana cuti hujung minggu,” katanya.

United tak endah ugutan Nani

Manchester: Tonggak Manchester United, Nani diberi kata dua sama ada menerima atau bersedia untuk meninggalkan kelab dalam kontrak baru yang bakal ditandatanganinya kelak.

Pemain sayap itu dipanggil dalam satu mesyuarat minggu lalu dan diberitahu kelab tidak akan berganjak dengan tawaran gaji asal 90,000 pound (RM430,000) seminggu untuk tempoh empat tahun.

Tuntutannya mendapatkan bayaran gaji 130,000 pound (RM610,000) seminggu ditolak oleh kelab dan pemain Portugal itu sedang menilai dan mempertimbangkan pilihan tepat yang akan diambil.

“Kami mahu dia terus kekal bersama pasukan, tetapi dia mahukan jaminan dalam kesebelasan utama pasukan. Kami tidak mempunyai masalah seandainya dia berjaya memperagakan aksi seperti yang dilakukan ketika menentang Reading,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Nani, 26, menyertai Red Devil dari Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan 14 juta pound (RM66 juta) pada Julai 2007 dan United pastinya tidak mahu menanggung risiko kehilangan pemain itu dengan kontrak semasa hanya berbaki hingga musim depan.
Agensi

Pengamal media sosial perlu lebih matang dan bertanggungjawab: PM

KUALA LUMPUR: Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya terhadap masyarakat, Najib berkata adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.
Beliau berkata, etika dan tanggungjawab yang datang bersamanya (media sosial) adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.


"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," kata Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial (SMC) Malaysia di sini hari ini.

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan pengasas, yang juga presiden Dewan Media Sosial Malaysia Shahul Hameed Shaik Dawood.

Najib berkata, bulan-bulan yang akan datang adalah tempoh yang menarik bagi mereka yang meminati politik dan Internet. - BERNAMA

Nasional Penjawat awam perlu bijak pilih

Ipoh: Sebanyak 18 perkara yang memberi manfaat kebajikan dan kesejahteraan kepada anggota perkhidmatan awam sudah diberi kerajaan sejak lima tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berkata ia menjadikan perkhidmatan awam di negara ini antara paling istimewa di dunia kerana mendapat layanan penuh daripada kerajaan.

“Justeru, sebagai pemimpin pekerja, saya menasihatkan 1.4 juta penjawat awam dan keluarga mereka serta 500,000 pesara membuat keputusan bijaksana dalam memilih kerajaan, jangan buat keputusan kerana ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, itu dikira keputusan tidak matang.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tahu mana buruk dan baik, fikirlah apa manfaat yang kita dapat seperti kenaikan pangkat, bonus, semakan gaji, gaji maksimum dan pelbagai lagi, tidak tahulah esok, kalau orang lain, sama ada benda ini kekal atau tidak,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada Ahli CUEPACS Perak, di sini, semalam.

Omar berkata, pihaknya berharap akan mendengar lagi berita baik daripada kerajaan khususnya berhubung semakan gaji, kenaikan gred beberapa perjawatan dan elaun dalam tempoh terdekat, iaitu selepas Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, selesai mengemukakan saranannya kepada kerajaan awal tahun ini.

Pahang kenduri gol di Kuantan


Kuantan:

Pahang tidak menghadapi masalah layak ke suku akhir apabila membelasah Tentera Darat 7-1 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Bermain di atas padang becak jelas menyaksikan kedua-dua pasukan terutama skuad kendalian Dollah Salleh lebih berhati-hati bagi tempoh 10 minit pertama perlawanan.
Namun, gol pertama tuan rumah akhirnya hadir menerusi jaringan pemain tengah, R Gopinathan untuk menggegar gawang lawan yang beraksi dalam saingan Liga FAM itu.

Selepas itu, Azamuddin Mohd Akil yang juga pemain kebangsaan menambah derita Tentera Darat apabila menjaringkan gol kedua dan ketiga tuan rumah pada minit ke-23 dan 25.

Pada minit ke-37, penjaga gol Tentera Darat, Khairul Anuar Mohamad tewas buat kali keempat selepas Mohd Faizul Hussain yang tidak dikawal mudah melakukan sepakan terus ke gawang lawan.

Tiga minit bersambung babak kedua, tuan rumah menambah gol kelima menerusi Azamuddin yang mudah menyempurnakan tendangan penalti selepas Amirulhadi Zainal dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tentera Darat yang dilatih Ahmad Fuad Karim berusaha untuk mengurangkan defisit gol dan ia berhasil apabila mereka dihadiahkan penalti apabila Razman Roslan menjatuhkan Nazri Akui pada minit ke-66.
Faizal Hamzah yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaiuzul Azuar Ali.

Namun, minit ke-68, Azamuddin yang lebih mesra dengan panggilan Alex membuktikan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol keempat peribadi dan keenam buat pasukannya.

Minit ke-86, pemain gantian, Mohamed Borji menjaringkan gol ketujuh buat Pahang yang turut diperoleh menerusi tendangan penalti selepas Nikolche Klechkaroski dijatuhkan.

Najib dianugerah `Kepimpinan dalam hubungan media sosial'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diberi penghargaan apabila dianugerah 'Kepimpinan dalam Hubungan Media Sosial' oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC) bagi Aktivis Media Sosial No 1 Malaysia.

Anugerah itu disampaikan Pengasas dan Presiden MSMC Shahul Hameed Shaik Dawood dan disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Minggu Media Sosial Malaysia, di sini hari ini.

Majlis yang dianjur MSMC itu menarik ratusan delegasi dari seluruh dunia termasuk penceramah tempatan dan antarabangsa.

Pada masa ini laman sosial facebook Najib mempunyai 1.4 juta 'like' dan akaun twitter beliau mempunyai 1.2 juta pengikut.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan akaun Instagram beliau apabila mengambil gambar peserta ketika tiba di majlis itu.

"Gambar-gambar anda semua yang saya ambil semasa saya (berjalan) ke pentas sebenarnya menjadi gambar akaun Instagram yang saya lancar hari ini," kata beliau dalam ucapannya.

 - BERNAMA

Anwar: Komuniti India tak dipinggir dalam manifesto


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata manifesto Pakatan Rakyat merentasi sempadan kaum dan pelbagai masyarakat termasuk komuniti India, yang mana tidak akan dipinggirkan.

Dengan memberi contoh jenis sekolah, Anwar yang juga ketua pembangkang berkata semua sekolah Cina, Tamil dan juga sekolah mubaligh turut akan dibantu.

"Ia tidak ditujukan kepada komuniti tertentu. Ini adalah satu jaminan setiap warganegara - Melayu, Cina , India, Kadazan atau Dayak - yang diberi penghormatan dan perhatian.

"Saya telah bertemu dengan masyarakat India di Hulu Selangor malam tadi, dan secara umumnya mereka sangat menerima pendidikan adalah satu masalah yang besar, isu-isu peminggiran masyarakat dan jenayah dibangkitkan.
"Bagaimanapun, isu-isu ini ditangani dalam teras negara dalam polisi Pakatan Rakyat yang tidak ditujukan kepada sub-kumpulan, " katanya.

"Ini adalah manifesto rakyat di mana kami membangkitkan isu kenaikan harga, komoditi, pembalakan, urustadbir kerajaan dan sokongan pada semua jenis sekolah," katanya.

Anwar menjawab soalan pemberita mengapa tiada polisi spesifik terhadap komuniti India dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dilancarkan semalam.

Tawar khidmat seks, wanita dalam pantang dipenjara


 
Seorang wanita dalam tempoh berpantang hari ini dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Ahad lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin, 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Februari lepas.

Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P Ravidran, 50, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di ibu negara pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.

Dia juga mempunyai empat lagi anak yang berumur antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman.

-Bernama

Hasan Ali: Manifesto Pakatan tak paparkan aspirasi PAS


 
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di Klang malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa.. kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan PAS sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin PAS tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama.

-Bernama

Juruteknik dituduh menipu tiga wanita


 
Seorang juruteknik komputer hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menipu tiga wanita, tahun lepas.
K K Prabaharan, 45, didakwa memperdayakan warga emas T Suppamal, 68, untuk menyerahkan enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan bernilai RM60,000 untuk tujuan dicuci.

Dia melakukan kesalahan itu di rumah nombor T-3-32, Taman Hamna Lorong Helang 1, Sungai Dua, Gelugor pada 10 pagi, 7 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan A Vanija, 31, untuk menawarkan tender kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Green Lane dan meminta mangsa menyerahkan RM2,000 untuk tujuan itu.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Hospital Lam Wah Ee, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim di Georgetown, pada 3 petang, 8 Okt lepas.

Prabaharan turut didakwa memperdaya B. Vikneswary, 29, untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Bank Rakyat, Jalan Magazine pada 3 petang, 6 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Majistret Norhayati Ibrahim membenarkan Prabaharan diikat jamin RM20,000 dengan tiga penjamin dan menetapkan 16 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman  manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Idris.

Prabaharan ditahan 4 Jan lepas di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini setelah polis menerima aduan mengenai kegiatan seorang kasanova yang memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman web sosial dan dipercayai mengaut lebih RM500,000 sejak 2001.

- Bernama

Penganalisis: BN boleh menang 123 hingga 135 kerusi


 
ULASAN Pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya yang amat dinanti-nantikan, paling menarik dan mendebarkan dalam sejarah negara.
  
Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya menjadi teka-teki selama hampir setahun. Pilihan bagi tarikh mengadakan pilihan raya semakin pendek. Dijangkakan PRU-13 akan diadakan pada 14 atau 21 April 2013.
  
Terdapat tiga kemungkinan keputusan pada pilihan raya akan datang:
  
Senario 1 : Status quo semasa kekal
  
Senario 2 : Majoriti yang berkurangan bagi BN
  
Senario 3 : BN memperoleh semula majoriti dua pertiga.
  
Terdapat 222 kerusi parlimen di negara ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 150 adalah kerusi Melayu/Bumiputera, 30 kerusi campuran dan 42 kerusi majoriti Cina.
  
2008 elections who got what parliament seatDalam pilihan raya 2004, BN memenangi 140 kerusi dan Pembangkang
pula menang 82 kerusi. Huraian selanjutnya menunjukkan Umno memenangi 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 dan Gerakan 2, PKR 31, DAP 28 dan PAS 23 kerusi.
  
Daripada analisis kami, semakin jelas bahawa sebahagian besar penduduk luar bandar telahpun beralih semula kepada BN, khususnya kaum Melayu luar bandar yang sebahagian besarnya kembali semula ke pangkuan Umno.
  
Dalam hubungan ini, Umno dijangka memenangi lebih banyak kerusi berbanding pada 2008. Umno berkemungkinan menang 85 hingga 90 kerusi parlimen, iaitu satu peningkatan berbanding 79 kerusi sedia ada. Turut menjadi trend yang jelas ialah pengundi India di kawasan luar bandar dan separa bandar beralih semula  kepada BN. Bagaimanapun, sebahagian besar pengundi bandar masih bersama Pembangkang.

NONESungguhpun pengundi Melayu di bandar mungkin menyokong Pakatan dan malah jika lebih ramai kaum Melayu di bandar menyokong
Pakatan bagi kerusi bandar, ini tidak akan meningkatkan jumlah kerusi bagi Pakatan memandangkan kerusi bandar terbabit telahpun dimenangi DAP.

Bagaimanapun pengundi bandar masih tetap menyokong Pembangkang. Masyarakat Cina bandar menyokong kuat DAP.
  
Kira-kira 85 peratus masyarakat Cina bandar mungkin mengundi DAP. Ini akan meningkatkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP kepada 35-40 kerusi, meningkat daripada 28 kerusi yang dimenangi DAP pada 2008, menjadikan DAP parti pembangkang terbesar dalam Pakatan.
  
Harapan perdana menteri ialah pelbagai program mendekati rakyat yang beliau laksanakan terhadap kaum Cina akan mendapat tempat dalam kalangan pengundi Cina atas pagar namun ia masih merupakan cabaran yang besar. Sebahagian besar masyarakat Cina nampaknya telahpun membuat keputusan mereka.

dong zong cny open door 170213 05Sesetengah kaum Cina yang telahpun berusia dan kalangan ahli perniagaan Cina mungkin mahu memberi peluang kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak. Mereka menghargai keamanan, kestabilan serta kemakmuran dan menyukai cara Datuk Seri Najib mendampingi rakyat, misalnya kehadiran beliau pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dong Zong.
  
Dalam rundingan meja bulat dan kajian yang dijalankan baru-baru ini berhubung perkara yang menjadi kebimbangan kaum Cina anjuran Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), isu utama yang dikenal pasti sebagai membimbangkan kaum Cina adalah jenayah dan rasuah, pendidikan, kos sara hidup, keadilan dan kesaksamaan, isu kebudayaan dan agama, kekurangan penyertaan dalam perkhidmatan awam dan kurang meritokrasi.
  
Ini menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengundi Cina.
  
NONEBagaimanapun jika sokongan semula pengundi Melayu dan India kepada Umno/BN adalah kuat, ini akan membantu MCA dan Gerakan dalam mengalih undi Melayu dan India kepada calon MCA dan Gerakan bagi kerusi campuran di mana pengundi Melayu terdiri daripada lebih 40 peratus dan pengundi India adalah antara 10-15 peratus di kawasan pilihan raya, misalnya Padang Serai dan Gopeng.
  
Ramai pengundi atas pagar mengharapkan untuk melihat siapakah calon yang diketengahkan oleh parti dan cara kempen dijalankan. Sebarang kesilapan akan membawa padah semasa tempoh berkempen.
  
Kempen boleh menjadi kotor apabila banyak serangan peribadi dan tuduhan yang dilontar kedua-dua pihak. Kejutan juga boleh berlaku semasa berkempen.

Datuk Seri Najib akan berkempen dari landasan yang kukuh. Populariti, personaliti dan kerja kuat serta ketabahannya akan memberi beliau banyak sokongan. Apa yang nyata, beliau lebih popular daripada partinya.
  
Rekod pencapaian Najib yang dibuktikan menerusi program transformasi dan pencapaian ekonomi dengan mencatat pertumbuhan 6.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku keempat 2012 meletakkan beliau dan kerajaan BN dalam kedudukan yang baik.
  
NONESebaliknya, terdapat perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengundi bandar berhubung penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi manusia dan rasuah.
  
Di Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi kemenangan 100 peratus kerusi PBB yang dipimpinnya kepada BN dan seterusnya menjamin kemenangan majoriti di Sarawak. Bagaimanapun PRS dan SPDP mungkin kehilangan beberapa kerusi Dayak kepada PKR.
  
SUPP akan berdepan cabaran getir daripada DAP dan mungkin kehilangan semua kerusi majoriti Cina kepada DAP tetapi memenangi semula Sibu dengan calon baharu yang lebih kuat serta mengekalkan kerusi majoriti Dayak yang disandang Timbalan Presidennya Datuk Richard Riot, sekali gus memenangi dua daripada enam kerusi Parlimen.
  
Di Sabah, Umno Sabah mampu melakar pencapaian yang baik dan memimpin BN untuk menguasai semula pentadbiran kerajaan negeri. DAP akan menang beberapa lagi kerusi majoriti Cina.
    
NONEDi Semenanjung Malaysia, kerusi MCA yang akan menjadi rebutan hebat ialah Gelang Patah, Kulai dan Tajung Piai di Johor dan Lumut di Perak. Kawasan-kawasan ini boleh ditembusi.
  
Sebaliknya, MCA mempunyai peluang cerah memenangi kembali Padang Serai, Gopeng dan Selayang jika sokongan kuat Melayu dan India kembali ke BN.  
  
Di pertandingan peringkat negeri, Pakatan seharusnya kekal menguasai Kelantan dan Pulau Pinang tetapi menghadapi cabaran kuat daripada BN.
  
Di Pulau Pinang, jika undi Melayu kukuh, Umno mungkin memenangi 17 kerusi Melayu dan jika MCA dan Gerakan boleh memenangi empat kerusi saja lagi, BN akan menang tipis dan menguasai semula Pulau Pinang.
  
Persaingan di Selangor paling sengit dan 50:50 bagi salah satu pihak untuk menang. BN seharusnya memenangi Kedah dan Perak dengan sokongan Melayu berbalik kepada Umno.
  
Ini dapat membantu Umno menguasai kembali kerusi negeri daripada tangan PKR dan PAS di Perak walaupun DAP berkemungkinan terus mengekalkan semua kerusi majoriti Cina di negeri itu.
  
NONEDalam perhitungan terakhir, BN akan memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13. Apa yang tidak pasti hanyalah jumlah majoriti. 
  
Daripada analisis kami, BN dijangka memenangi antara 123 dan 135 kerusi. Ini keputusan yang paling mungkin.
  
Namun, jika sokongan semula Melayu dan India kepada BN begitu kukuh dan Najib dapat menarik kembali lebih banyak pengundi Cina atas pagar, BN boleh memenangi hingga 150 kerusi, yang akan mengembalikan majoriti dua pertiga BN.
  
Keputusan ini merupakan cabaran berat.
  
Senario ketiga ialah BN mengekalkan jumlah kerusi yang kira-kira sama sekitar 140, yang dimenanginya pada 2008. 
  
Apapun, yang agak pasti ialah dua pemenang besar dalam pilihan raya umum kali ini ialah Umno dan DAP.
  
Satu lagi yang penting untuk diambil kira ialah bentuk kerajaan pasca PRU-13.

Apakah akan wujud penjajaran politik baharu? Apakah Umno akan berusaha mengadakan gabungan baru dengan PAS demi perpaduan Melayu dan Islam dan bagaimana ini akan memberi impak kepada bukan Melayu dan bukan Islam?.
  
Apakah dua pemenang besar pilihan raya ini, Umno dan DAP akan mengusahakan penjajaran politik baharu?.
  
Tidak ada yang tidak mungkin selepas Pilihan Raya Umum.  
Memang, tidak ada teman atau musuh yang kekal dalam politik.   
Inilah bentuk senario pasca pilihan raya yang perlu turut diambil kira.

TAN SRI MICHAEL YEOH ONN KHENG adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) & Timbalan Pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam (CPPS).
  
- Bernama

K'jaan mahu kurangkan duti kereta Jepun, Australia


4:51PM Feb 27 2013  
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengumumkan pengurangan duti untuk kereta yang diimport dari Jepun dan Australia.

NONELaporan The Star Online menyebut, pengurangan duti untuk model dari negara berkenaan akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.

Beliau juga berkata, butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan esok.

Pengumuman tersebut dipercayai bagi menandingi tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto barunya – untuk menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Pakatan dalam manifesto yang diumumkan Isnin lalu juga menawarkan untuk meliberalisasi industri automotif.

Mahkamah benarkan pakar perubatan periksa Nirmala


 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes saman pembantu rumah warga Indonesia Nirmala Bonat, hari ini membenarkan permohonan bekas majikannya Yim Pek Ha supaya pakar perubatan memeriksa keadaan mental dan kecederaan wanita itu.

abused indonesian maid nirmala bonat 170108 yim pek haHakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid membenarkan Nirmala diperiksa bagi mengesan sama ada kecederaannya disebabkan oleh Yim atau sebaliknya.

Beliau juga memutuskan supaya Yim, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Nirmala, hadir ke mahkamah sebagai saksi.

Pada 5 Disember tahun lepas, Yim dan suaminya Hii Ik Ting memfailkan notis permohonan untuk membolehkan Nirmala, 29, diperiksa pakar perubatan berikutan dakwaan dan tuntutan yang dibuat oleh Nirmala.

Mahkamah menetapkan 3 hingga 5 Jun untuk perbicaraan.

Ketika prosiding, peguam Chan Vy Sing yang mewakili Yim dan suaminya, memberitahu mahkamah bahawa keadaan mental dan kecederaan yang dialami Nirmala perlu diperiksa bagi memastikan ia disebabkan oleh Nirmala sendiri atau Yim.

NONESementara itu, peguam M Kavimani, bagi pihak Nirmala, berkata kecederaan yang dialami warga Indonesia itu adalah disebabkan oleh perbuatan Yim seperti diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim dan Hii dengan mendakwa Yim telah mencederakannya dan Hii pula gagal menghalang isterinya daripada berbuat demikian serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan mahkamah.

Pada 1 Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala sembilan tahun lepas.

-Bernama

Himpunan BERSIH: Mat Sabu, 13 lagi bebas tuduhan


4:19PM Feb 27 2013
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa himpunan BERSIH pada tahun 2007.

Laporan Harakahdaily menyebut, ia diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh hari ini.

Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua dalam tulisannya di Twitter berkata dua lagi individu, MP Padang Serai N Gobalakrishnan dan seorang lagi Mohamad Harith Fathillah didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram dan enggan bersurai.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November 2007.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4)(a) Akta Polis 1967.

Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Manakala seksyen 145 pula hukuman yang boleh dikenakan ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara, seksyen 27(5)(a) pula memperuntuk hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.

Pada 19 November 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan 16 perayu pada akhir kes pendakwaaan, tanpa memerintah mereka membela diri, tetapi berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan itu dan memerintah mereka membela diri.

Laporan lidah rasmi PAS itu menyebut, dalam penghujahannya, Jagjit berkata pihaknya berpuas hati dengan pengakuan bersumpah Mohamad yang mengatakan polis telah membenarkan beliau mengiringi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak dihalang polis ketika berjalan kaki atas tujuan tersebut ke Istana Negara.

Perkara sama turut diputuskan bagi Tian Chua, yang mana mengatakan tiada sebarang halangan untuk beliau berjalan bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Mohamad, yang ditemui selepas penghakiman tersebut bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas pembebasan itu, tetapi bersimpati terhadap dua rakannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.

"Apa yang saya ingin katakan, sebarang himpunan aman, yang tidak bersenjata, eloklah untuk Peguam Negara (AG) menarik semula kes-kes membabitkan himpunan, sama ada kes yang dahulu hingga sekarang kerana pendakwaan ke atas kes sedemikian sudah dianggap tidak popular sekarang," kata Mohamad Sabu dipetik.

Sementara itu, Tian Chua dalam reaksinya berkata biarpun beliau dan rakan-rakan dibebaskan perjuangan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil masih perlu diteruskan.

"Perjuangan Bersih yang kita mulakan sejak lima tahun lalu, masih perlu diteruskan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil tercapai kerana ia tonggak demokrasi," kata beliau dipetik.

'PKR, bukan DAP, akan jadi parti pembangkang terbesar'


 
PKR akan menjadi parti pembangkang terbesar jika BN kekal menguasai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Beliau menyangkal pendapat seorang penganalisis politik bahawa DAP akan mengambil kedudukan utama dalam Pakatan Rakyat.

2008 elections who got what parliament seatPua berkata DAP hanya akan bertanding 40 hingga 50 kerusi
parlimen.

Tanpa mendedahkan bilangan kerusi yang akan ditandingi PKR, beliau berkata parti itu masih akan menjadi parti pembangkang terbesar.

"Bagaimana kita boleh jadi parti terbesar dalam Pakatan?" tanya Pua menyangkal pandangan CEO Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh.

"PAS atau PKR berkemungkinan besar mempunyai bilangan kerusi terbanyak, dan kami rasa ianya PKR."

Yeoh telah mengunjurkan bahawa Pakatan akan memenangi 99 kerusi Parlimen, manakala BN mendapat 123 kerusi.

Sabtu, 23 Februari 2013

Syed Mokhtar intai Malaysia Airlines


 
Ahli Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah mencadangkan kepada kerajaan pusat untuk mengambil alih 69.3 peratus kepentingan syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Bhd dalam Malaysia Airlines, kata sumber.

Walaupun butir-butir pengambilalihan yang dicadangkan ahli perniagaan itu tidak diketahui, tetapi sebahagian daripadanya mungkin melibatkan subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan untuk sehingga 60 tahun, kata mereka.

Bagaimanapun, satu sumber yang rapat dengan Syed Mokhtar menafikan wujudnya cadangan untuk mengambil alih MAS.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya... Ini semua adalah permainan pilihan raya," katanya.

Bagaimanapun, dua sumber berasingan mengesahkan bahawa perkara itu sedang diusahakan pada masa ini walaupun butiran mengenainya belum jelas kerana masih terlalu awal. Khazanah tidak menjawab soalan-soalan yang dihantar.

PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam


 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
  
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
  
Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
  
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
  
Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.
  
"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
  
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
  
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
  
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
  
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
  
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
  
- Bernama

Peserta perarakan tuntut p'raya bebas, adil bertambah


Jumlah peserta perarakan dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil di Sabah yang memasuki hari kedua hari ini bertambah 10 orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan seramai 57 orang.

Aktivis yang mewakili perjalanan itu, Andrew Ambrose berkata, tambahan peserta seramai 10 orang yang menyertai perjalanan itu tiba dari Kota Kinabalu pagi tadi.

Sabah march day 2Katanya, bagi perjalanan hari ini, kumpulan itu mula bertolak dari hentian terakhir mereka semalam iaitu di Kampung Tagudon pada jam 10 pagi.

Menurut Andrew, sebuah kereta peronda polis turut kelihatan lalulalang semasa mereka sedang berjalan. Bagaimanapun, tiada sebarang sekatan atau gangguan yang berlaku.

Andrew, mereka sedang bersiap untuk memulakan perjalanan menuju ke hentian seterusnya iaitu di Morog selepas berehat selama 30 minit di Guramboi.

Beliau berkata, kesemua peserta kelihatan bersemangat untuk berjalan pada hari ini walaupun semalam kira-kira jam 6 petang hujan lebat dan cuaca sejuk semasa mereka melalui Gunung Alab.

Sabah march day 2"Kami sekarang sedang berehat di Guramboi. Dan semasa di sini, kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. Sama seperti  tempat kami bermalam di Kampung Tagudon, turut disambut meriah dan kami diberi makanan.

"Semasa di Guramboi, kita adakan aktiviti ceramah bersama penduduk untuk berkongsi dan memberi sedikit gambaran tentang isu semasa.

"Polis ada lalulalang dengan sebuah kereta peronda (semasa berjalan). Mereka lalu sahaja. Langsung tidak beri perlindungan kepada kami walaupun kita dah beritahu balai polis Penampang dan balai polis Keningau kerana keadaan lalulintas di sini bahaya. Pagi-pagi lori-lori besar akan naik atas bukit. Cuma sekarang kami ada renjer kami sendiri untuk mengawal," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengahari tadi.

Sabah march day 2Acara berjalan dari Tambunan ke Penampang sejauh kira-kira 60 kilometer yang digelar 'Tak Berdiam Lagi-Bangkit dan Jalan' itu akan merentasi banjaran Crocker dan dijadualkan berakhir di Dewan Pegansakan, Penampang esok.

Mereka memulakan perjalanan dari Pekan Tambunan, semalam pada jam 10.45 pagi sebelum berhenti untuk bermalam di Kampung Tagudon.

Nik Aziz pertahan kenyataannya tentang BR1M



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
  
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
  
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.
  
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu hari ini.
  
Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
  
Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.
  
Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.
  
Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
  
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

- Bernama


Najib: Kenyataan Nik Aziz menghina rakyat
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching hari ini.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

"Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung... orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.

"Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya.

Beliau berkata kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.

"Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.

- Bernama