Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Isnin, 30 November 2009

Minyak RON95 rosakkan enjin? (Ceritera)

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah membangkitkan kualiti minyak tersebut yang diperkatakan banyak pihak sehingga terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin.

"Ada stesen minyak yang bukan Pteronas telah meletakkan notis bahaya terhadap minyak RON95 dan menyenaraikan jenis kenderaan yang boleh menggunakan minyak ini," katanya mendedahkan kepada Dewan Rakyat.

Manakala Hamim Samuri (BN-Ledang) menyatakan sekiranya minyak kuning (RON95) lebih efisien, maka adalah lebih baik hanya satu jenis minyak sahaja digunakan dan dicadangkan supaya minyak lain seperti RON97 ditarik balik.

Bagaimanapun, tanggapan pengguna terhadap penggunaan minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe yang menjawab solan tersebut.

Katanya sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Kata Tan negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95.

"Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.

Tan berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Beliau berkata dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Ketika menjawab soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai perkara itu.

"Pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini, dan kita akan menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk memeriksa semua stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas," katanya.

Harakah

Isu royalti, hinanya pimpinan Umno (Politik)


Mohd Sufian Ahmad

Sejak pengumuman Datuk PM kita berkenaan wang ehsan untuk Kelantan, saya telah mengikuti dengan penuh minat dan sabar.

Seronok sebenarnya membaca dan mendengar berita-berita yang didokong oleh pihak kerajaan pusat dalam televisyen mahupun suratkhabar.

Berita Tuan Guru dikaitkan dengan wang penajaan menunaikan haji digembar gemburkan hingga Tuan Guru terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Maka dengan lantang Adnan Yaakob, setiausaha UMNO memberitahu kalau dia diberi wang percuma pun dia takkan ambil ?

Benarkah begitu suci hatinya seperti yang dikata ? Atau sudah terlalu kaya dengan wang sejak menjadi orang kenamaan ? Puak-puak ini, mereka bercakap macam burung tiong dan berkokok macam ayam saja.

Sebagai orang yang dipilih rakyat adalah begitu tidak matang menilai sesebuah isu. Sepatutnya kaji dulu dan dengar dari sumber yang benar.

Apa yang saya nak bagi pandangan adalah berkenaan wang ehsan yang akan diberikan oleh kerajaan pusat.

Banyak sangat dolak dalih, menafikan hak rakyat kelantan hinggakan Mustapha Mohammad yang saya kagumi pun menjadi pengecut berkenaan isu ini. Awang Adek ? lagilah pengecut.

Sepatutnya sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, mendahului kepentingan rakyat walaupun mereka dalam UMNO atau dalam PAS .

Saya percaya jika ada pilihanraya kecil di Kelantan nanti, isu royalti minyak akan dicanang pada penduduk kampung.

Dan percayalah, penduduk kampung sekarang jauh melangkaui kebijaksaan pemimpin UMNO itu sendiri. cuma mereka tidak berpelajaran tinggi sahaja.

Sekarang isu Kaukus, bila Kuli dipilih mengetuai angkatan ini, dengan pantas Muhyiddin menyindir Kuli untuk memikirkan dengan teliti langkah tersebut.

Mereka lupa, pembabitan isu ini dari wakil rakyat UMNO dan PAS Kelantan sepatutnya perlu. Bukan kita nak memihak mana-mana pihak. Ini adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Inilah kekecewaan rakyat Kelantan dalam memilih pemimpin yang sangat pandai mengampu ketua-ketua.

Alangkah hinanya pemimpin ini yang menafikan kepentingan rakyat sendiri semata-mata kepentingan sendiri. Kelakar juga bila mereka sepantas kilat menyokong saranan kerajaan pusat memberikan wang ehsan untuk Kelantan.

Sebaliknya pemimpin pakatan rakyat yang tidak kena mengena dengan Kelantan bangun mempersoalkan hak ini.

Inilah sebenarnya pemimpin dikehendaki rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran.

Elok sangat kalau mereka yang mengampu kerajaan pusat membaca pandangan saya ini. Ini hanyalah pandangan daif dari seorang rakyat yang hanya hidup dengan mak ayah menoreh getah di kawasan pendalaman Gua Musang.

Saya rasa cukup terhina bila pemimpin dari negeri Kelantan pun mempersoalkan hak rakyat sendiri. Cuba la Datuk Pa , Datuk Annuar Musa, Dato Awang Adek dan lain-lain pemimpin UMNO membuka balik perjanjian petroleum yang telah dimeterai oleh Tengku Razaliegh dan pemimpin dahulu.

Janganlah berkokok sesudah matahari terbenam. Sebaiknya kalau Tuan Guru mendedahkan surat perjanjian untuk tatapan umum.

Baru kita rakyat yang tidak bersekolah tinggi tahu kedudukan sebenarnya. Boleh membezakan mana yang benar dan batil. Wallahualam.

Harakah

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO di bawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka sependapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Najib tak akan minta Nik Aziz tarik balik kenyataan (Politik)

Daripada Zulkofli Jamaludin

PORT OF SPAIN (Trinidad dan Tobago): Datuk Seri Najib Razak tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri kerana ramai umat Islam merasakan kenyataannya keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apapun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri dikutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan Islam,” katanya pada sidang media pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.

Pemuda Umno buat laporan SPRM terhadap kerajaan Pulau Pinang (Ceritera)

GEORGETOWN: Pemuda Umno negeri hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan negeri berkaitan dengan jualan sebidang tanah seluas 1.4 hektar di sini.

Bendaharinya, Aziaan Ariffin, berkata beliau telah membuat satu aduan kepada SPRM untuk menyiasat jualan tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan E&O Hotel.

"Kami mendapati kerajaan negeri telah menukar pegangan tanah Lot 408 di Georgetown awal tahun ini dengan mengenakan bayaran premium yang rendah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH)," katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat SPRM di sini hari ini.

Aziaan berkata kerajaan negeri hanya mengenakan premium berjumlah lebih kurang RM45 sekaki persegi sahaja kepada PHH sungguhpun harga pasaran adalah lebih kurang RM250 sekaki persegi.

"Tapak tanah tersebut adalah tapak yang strategik dan ia sepatutnya dikenakan premium yang tinggi tetapi kerajaan negeri tidak mengenakannya kepada PHH.

"Oleh itu, kami merasa bahawa terdapat penyelewengan dan juga unsur-unsur rasuah yang berlaku dalam kelulusan tukar pegangan tanah berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau juga mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengakui pembohongannya berhubung syarat pegangan tanah yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos lalu.

"Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan itu daripada rakyat?" katanya.

Isu itu timbul kerana kerajaan negeri memperkenalkan dasar baru berkaitan pegangan tanah iaitu membenarkan tanah industri dan komersil berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan kepada 99 tahun manakala bagi tanah kediaman ditukar kepada pegangan kekal.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Guan Eng memberi maklumat salah kepada DUN apabila memaklumkan bahawa tiada pertukaran status pegangan tanah dibuat di negeri itu dari April hingga Jun tahun ini.

Berita Harian.

Gempa bumi lemah terbaru di Kuala Pilah 2.30 petang tadi (Ceritera)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 2.30 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyatannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 22 kilometer (km) di timur Seremban dan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. - Bernama

Dakwaan Nik Aziz diragui (Politik)


Datuk Harun Taib

  • Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berasa pelik dan tercari-cari akan kewujudan ‘Kolonel Mat’ yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  • Hanya Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama ‘Kolonel Mat’.
  • Kata Harun, para pemimpin Pas lain juga tidak mengenali siapa sebenarnya ‘Kolonel Mat’.
  • Nik Abdul Aziz pula enggan mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ walaupun ketika diasak oleh pihak media.
  • Ketika ditanya dan diasak oleh pemberita Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Cukuplah... cukup-cukup."
  • KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu.

    Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, mungkin Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama Kolonel Mat itu.

    Malah beliau turut yakin, para pemimpin lain parti Pas juga tidak mengenali siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

    “Saya rasa hanya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) seorang saja yang tahu dan kenal siapa sebenarnya Kolonel Mat, kalau tanya saya siapa dia (Kolonet Mat) saya memang tak tahu.

    “Malah, saya rasa pemimpin Pas lain juga tak kenal atau tahu siapa Kolonel Mat ini, hanya Tok Guru saja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Harun ditanya siapa sebenarnya Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz yang didakwa bertindak sebagai dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Mursyidul Am Pas itu.

    Ditanya mengenai kesahihan wujud konspirasi menjatuhkan Nik Abdul Aziz, Harun hanya menjawab: “Itu saya tidak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya.’’

    Utusan Malaysia

    IRC/JIM (Politik)

    Wednesday, October 28, 2009

    Minta Nik Abduh Tunjuk Siapa Yang Berbohong

    Ustaz Nik Abduh, exco pemuda PAS Pusat telah dipetik Malaysiakini mengeluarkan kenyataan yang bertajuk 'Ahli PAS hanya berani berbo'”.

    Di dalam kenyataan tersebut beliau dipetik berkata:

    ““Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.
    "Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

    "Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.
    "Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia." “


    Saya hendak bertanya, bukankah mulanya orang mempersoalkan kewibawaan Tok Guru adalah dari artikel yang beliau tulis sendiri. Artikel yang beliau tulis sewaktu ayahanda beliau berada di Mekah jelas merendahkan kewibawaan ayanhandanya sendiri kerana beliau sendiri ayahandanya mudah diperkotak katikan.


    (http://www.malaysiawaves.com/2009/04/nik-abduh-tak-faham-penerangan.html)
    Tok guru Nik Aziz terpaksa menjawab tuduhan2 tidak berasas yang menjatuhkan maruah beliau sebagai MB yang berjaya mengalahkan 3 Perdana Menteri. Adakah patut Tok Guru digambarkan oleh anaknya macam lembu kena cucuk hidung. Bapanya seperti boneka, tidak mampu untuk membuat penilaian dan perkiraaan sendiri. Lupakah Nik Abduh, ayahandanya telah mengalahkan 3 Perdana Menteri sekaligus pernah berlawan dengan Paduka Sultan Kelantan sendiri?

    Ertinya kempen fitnah terhadap ayahandanya adalah dimulakan oleh Nik Abduh sendiri. Saya tak faham apa jenis anak yang sanggup memalukan orang tua sendiri. Anak Abdullah Ubai sendiri meminta kebenaran dari Rasul SAW untuk membunuh ayahnya yang munafiqeen kerana beliau tidak mahu berdendam dengan orang2 yang akan membunuh ayahnya.

    Orang lain, bagaimana teruk bapa, akan cuba melindungi keaiban bapanya. Tapi, Nik Abduh pergi sebar cerita bohong kononnya ada pihak ketiga dan bapanya seperti lembu cucuk hidung.

    Tok Guru sendiri menafikan tuduhan ini yang sebenarnya tuduhan ini berasal dari artikel yang ditulis oleh Nik Abduh sendiri. (“Saya Sudah Tua Untuk Didalangi
    ” )
    Sekarang ni, bila timbul isu hangat sebegini, dia cabar pula minta orang jangan sebar fitnah. Nik Abduh sendiri tidak pernah menamakan orang-orang yang beliau tuduh menghasut bapanya itu.

    Ertinya, jangan berani menuduh orang kerana yang jelasnya tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Nik Abduh sendiri tidak dapat membuktikan dakwaan beliau kononnya ayahandanya telah termakan hasut. Malahan, tuduhan ini telah dinafikan oleh Tok Guru secara terbuka.

    Ada pulak mamat sekor dari PAS Terengganu nama Saiful Bahri Mamat pun nak tumpang sekaki keluar kenyataan yang sama (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga ).

    Jangan sampai saya dedah pasal Nik Abduh pulak sebab saya hormat bapanya dan saya rapat dengan pakciknya, Ustaz Nik Radzi. Nasihat saya pada Nik Abduh, berhenti pandang rendah pada bapa sendiri. Berhenti jadi alat orang lain. Cuba belajar dari pengalaman ayahanda yang telah berjaya mengalahkan 3 orang Perdana Menteri. Bukan itu satu perkara yang mudah, tapi ayahanda Nik Abduh berjaya melakukannya.

    Tulang Besi


    Nota: Kalaulah Mahfuz panggil saya dan Mahfuz hentam mana-mana pimpinan PAS Pusat, itu tak pa sebab saya ahli PAS, blogger PAS dan Mahfuz adalah pimpinan PAS. Itu cuma hal dalam rumah tangga PAS. Ia tidak kemana.Saya tahu simpan rahsia.

    Tapi, bila panggil blogger yang doa tok guru mati cepat(Mahaguru59), maki Tok Guru macam takda maruah (Akramsyah), fitnah Husam Musa (MSO) dan beberapa blogger UMNO lain yang mulut lancang dan kuat amalkan dosa Qazaf, lepas tu maki Husam Musa, tuduh ada pengaruh Anwar dalam PAS, buat fitnah kepad PAS dan kepimpinan PAS yang lain, maka itu adalah satu pengkhianatan kepada parti.


    Tulang Besi said...

    Sepatutnya dibaca:

    Berani kau bersumpah wahai Tulang Besi, bahawa kau tak tahu bhw golongan IRC/JIM dalam PAS terlibat dalam konspirasi mengaturkan pertemuan pimpinan PAS dgn UMNO, dan ia di belakang hari digunakan utk menjatuhkan pimpinan PAS??

    Jawab tulang besi, pengkhianatan geng Erdogan thdp PAS ini, kerana Wahab Ismail yg besa bai'ah dgn IRC dan Rameli Musa kawan Anwar yg btgjwb atur meeting UG dgn UMNO!

    Saya pernah buat majlis sumpah ni. Dan, semua sessi sumpah ni mesti ada dua pihak yang bersumpah. Sebelum saya sumpah, saya nak tengok puak UMNO ni sumpah dulu.
    Sumpahnya adalah berbunyi:


    “Wallahi, Wabillahi,Watallahi, bawahasanya kesemua orang yang saya telah namakan sebagai orang JIM dalam PAS ini sebenarnya mempunyai perancangan jahat yang halus untuk menguasai PAS”.
    Kau sumpah ni dulu, baru aku sumpah nafi. Boleh??? Kalau berani la.
    Keduanya, saya memang pernah mendengar ada konspirasi untuk JIM untuk menawan PAS dari dalam pada tahun 80’an. Namun, tokoh2 yang terkait itu i.e. Mustafa KAdeer telah pun masuk UMNO. Tokoh 2 lain yang terkait masih lagi kekal dalam PAS tapi ahli biasa.


    Saya diberitahu, Ustaz Yaakub Husin sendiri yang menjadi penentang JIM yang kuat pada tahun 80’an telah berkata bahawa isu JIM dalam PAS bukan lagi isu yang serius.
    Geli geleman dengar orang UMNO nak cerita pasal perjuangan Islam padahal dia bergelut dengan tokeh judi dgn tokeh arak.
    Pegi bersih diri kau dulu la. Boleh tak?

    Anonymous said...

    Saya sebenarnya rasa lucu melihat cara perdebatan di sini. Dari IRC, JIM, sampailah ke UK dan US.

    Persoalannya ialah siapa yang taja orang-orang Melayu (Islam) ini untuk pergi belajar di UK dan US. Bila balik ke negara asal, bukannya fikir macam mana nak majukan umat, tetapi terus bertelagah. Sampai ada yang sanggup berjuang untuk membatalkan DEB yang suatu ketika dulu menaja orang-orang ni untuk belajar di UK dan US sampai mereka boleh tubuh JIM, IRC dan entah apa-apanya, walaupun masa itu kelayakan mereka tidaklah seberapa.


    Sila amati hujah golongan mereka yang rapat dengan IRC/JIM & mereka yang memang anti golongan ini di sini

    http://www.malaysiawaves.com/2009/10/minta-nik-abduh-tunjuk-siapa-yang.html

    JIM: Najib perlu adil isu royalti (Politik)


    Abdul Rahim Sabri
    Nov 30, 09
    6:57pm
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa untuk "bersikap adil" berhubung pemberian royalti minyak kepada kerajaan Kelantan bagi mengelak isu doa laknat menteri besar Kelantan.

    Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyeru Najib agar memastikan negeri itu juga menerima royalti berdasarkan peruntukan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

    "Perdana menteri harus mengambil tindakan segera untuk memastikan Kelantan mendapat haknya.

    "Perlu adil kepada Kelantan, seperti mana Terengganu, Sabah dan Sarawak dapat," kata Presiden JIM Zaid Kamaruddin kepada Malaysiakini petang ini.

    Zaid diminta mengulas tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang ingin berdoa agar memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada negeri itu.

    Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, turut dilaporkan menjelaskan doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petrol kepada Kelantan.

    Tambahnya, jika kerajaan persekutuan tidak memberi royalti tersebut, tindakan tersebut bermakna Najib mempunyai niat yang tidak baik.

    "Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan...," Nik Aziz dipetik sebagai berkata semalam.

    Mengulas lanjut, Zaid berkata tindakan tokoh PAS itu satu "perkara yang serius".

    Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada tindakan itu bertentangan dengan Islam atau tidak.

    Sementara itu, seorang ilmuwan Islam turut menegur Najib agar bersikap adil dengan mengikut segala perjanjian yang dimeterai dan "menunaikan amanah".

    "Datuk Nik Aziz juga harus bermuamalat (berurusan) dengan baik dengan pemerintah. Kalau boleh, mendoakannya (laknat) secara umum, dan tidak khusus kepada sesiapa.

    "Menyebut (laknat) secara khusus (nama individu) dilarang dan tidak dianjurkan di dalam Islam," katanya, calon ijazah kedoktoran di sebuah universiti, yang enggan disebut nama.

    Dengan memberi contoh, beliau berkata, Nabi Muhammad pernah memohon kepada Allah agar melaknat satu kabilah yang menipu baginda dalam peristiwa Bi'r al-Ma'unah atau insiden pembunuhan 70 sahabat yang diutuskan untuk berdakwah.

    Sementara satu lagi insiden, sewaktu baginda dibaling batu oleh penduduk Taif, di selatan Mekah, Nabi Muhammad tidak mendoakan agar mereka ditimpa laknat dengan alasan belum menerima hidayah Allah, tambah ilmuan hadis itu.

    "(Sejarah) ini bermakna, kita tidak boleh kata, tidak semua boleh dilaknat. Dan kita tidak boleh kata, tidak ada langsung (doa laknat)," katanya.

    Peluit:

    Secara peribadi saya sendiri mahu melihat Kelantan menjadi sebuah negeri yang maju. Namun semua tahu sejak PAS memerintah Kelantan terlalu banyak perkara yang diperlekehkan oleh kerajaan kita tentang Kelantan tanpa pun rasa simpati & mahu bersama memajukan negeri Kelantan yang sebenarnya sebahagian dari bumi kita. Politik begini amat tidak matang apatah lagi jika disekat segala hak Kelantan bagi kerajaan PAS membangunkan negeri mereka.

    Masalah royalti minyak ini sememangnya sejak berzaman amat kapur di mata rakyat.

    JIM yang sekarang NGO seharusnya tidak payah masuk campur dalam urusan ini. Semua tahu siapa JIM ini, maka itu DAP amat membenci kumpulan ini. Sejarah tidak dapat dipadam di mana JIM ini sering menangguk di air keruh. JIM pernah bertanding atas tiket BN pun pernah juga di atas tiket Pembangkang. Sejak tahun 80an lagi BN juga sering berbalahan dengan JIM ini. Dalam parti pembangkang kumpulan ini yang banyak melaga-lagakan antara parti-parti dalam komponen yang mereka menyusup masuk. Sekarang nampaknya JIM ini berjinak-jinak dengan PKR.

    Kerajaan harus memantau sebaiknya pertubuhan NGO sebegini. Kelompok JIM ini semua tahu siapa & bagaimana kehidupan mereka. Mentor mereka sentiasa menyembunyikan diri. Rakyat Marhaen seperti saya sama sekali tidak berpeluang pun bergaul dengan golongan mereka ini yang rata-rata elite kononnya. Kumpulan mereka ini juga rata-rata hidup mewah & jika majlis kenduri anak pun orang kecik, rakyat marhaen seperti saya ini biar pun banyak membantu mereka dapat mencapai cita-cita; mengundang atau kenalkan kita pun tidak!. Mereka punyai cita-cita besar terhadap kerajaan kita.
    BN pun PR seharusnya berhati-hati dengan JIM ini.

    Benarkah DAP hina Islam? (Politik)


    Lee Ban Chen
    Ogos 17, 09
    2:18pm
    Kempen media aliran perdana untuk memburuk-burukkan DAP sebagai parti anti-Islam telah berhasil buat sementara.

    Sekurang-kurangnya polis mengambil keputusan untuk memanggil Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook dan ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk disiasat bawah Akta Hasutan 1948.

    Perkembangan terbaru ini tindakan susulan selepas Perdana Menteri Najib Razak meminta pihak berkuasa menyiasat kes-kes terbabit akibat desakan agar Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP terbabit, yang kononnya menghina Islam.

    Rasanya kempen ini bukan insiden terpencil terhadap DAP semata-mata, ia mungkin sebahagian strategi Umno/BN yang lebih besar, bertujuan untuk merampas kembali kuasa pemerintahan di Selangor.

    Anwar Ibrahim memberi amaran tentang konspirasi Umno/BN tersebut, dan Najib sendiri juga tidak sembunyikan agendanya hendak merampas kembali kuasa pemerintahan negeri tersebut daripada Pakatan Rakyat.

    DAP dituduh sebagai anti-Islam, pada masa yang sama Anwar dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan agama, dan PAS sebaliknya dipelawa untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno, taktik-taktik ini berpusat pada strategi yang sama.

    Iaitu mengadudomba PAS dengan DAP dan PKR bawah slogan menyatupaduan Melayu dan penganut Islam, agar Pakatan Rakyat berpecah-belah dan kuasa pemerintahan Selangor boleh dirampas seperti yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

    Mari kita meneliti kes-kes dakwaan menghina Islam secara lebih perinci. Kes pertama, Jeff Ooi yang disiasat bawah Akta Hasutan padahal beliau hanya menyifatkan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan ekstremis, dan beliau telah menarik balik ulasan terbabit atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

    Sama ada JIM pertubuhan ekstremis atau tidak terpulanglah kepada tanggapan masing-masing. Yang penting, kita harus bersikap liberal dan menghormati kebebasan bersuara setiap rakyat Malaysia membuat kritikan dan kritikan balas.

    Tidak dapat dinafikan bahawa kritik-mengkritik atau berdebat secara rasional dan membina menjadi amalan lumrah dalam sesebuah demokrasi yang matang. Mendesak agar Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menindas kebebasan bersuara jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi, tidak kira dengan apa alasannya.

    Ketika insiden desakan gabungan NGO Cina, Suqiu, pada 2001, pimpinan Dong Jiao Zong (DJZ) pernah dicap oleh perdana menteri masa itu, Dr Mahathir Mohamad sebagai "komunis dan al Maunah". DJZ terpaksa mempertahankan pimpinannya melalui sanggahan dan perdebatan menurut amalan demokrasi.

    Dalam peristiwa kafir-mengkafir antara PAS dan Umno, yang diuji ialah dakwah dan ajaran Islam yang lebih sempurna, bukan kekuatan Akta Hasutan atau ISA.

    Malah apabila cadangan Nik Aziz Nik Mat agar Kelantan PAS bekerjasama dengan kerajaan persekutuan BN diputarbelitkan sebagai hasrat PAS ingin bekerjasama dengan Umno, tok guru begitu marah sekali sehingga menengking: Pergi jahanamlah Umno!

    Namun, tiada pihak yang menganggap kenyataannya itu sebagai menghina Melayu atau Islam, dan mendesak agar tok guru didakwa bawah Akta Hasutan atau diambil tindakan ISA.

    Logiknya mudah saja: mengkritik Umno tidak boleh disamakan dengan mengkritik orang Melayu atau Islam; justeru, mengkritik JIM atau ahlinya juga tidak boleh disamakan dengan mengkritik Islam.

    Sekalipun pertubuhan Islam berasa terhina, ia juga tidak boleh disamakan dengan Islam pada keseluruhannya telah dihina!

    Lantaran itu, jika Ooi menyifatkan JIM sebagai pertubuhan ekstremis, maka terserahlah kepada JIM untuk respons. Oleh kerana JIM tidak sama dengan Islam, maka tidaklah logik jika ulasan itu diperbesar-besarkan dan disamakan dengan Islam telah dihina, lalu didesak agar Akta Hasutan atau ISA diambil terhadap Ooi.

    Dalam kes exco kerajaan Selangor Ronnie Liu daripada DAP dituduh sebagai campur tangan dalam tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas minuman keras di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam, penjelasan Liu juga perlu diambil kira.

    Menurut Liu, penjualan bir yang kandungan alkoholnya kurang daripada 8.8 peratus, mengikut Akta Eksais 1976 yang digunapakai sekarang, tidak memerlukan lesen.

    Ia bermakna serbuan dan rampasan bir oleh MBSA sebenarnya salah di sisi undang-undang yang dikuatkuasakan sekarang, dan kesalahan ini telah diakui oleh pihak berkuasa yang terbabit.

    Sebagai ahli exco yang bertanggungjawab untuk menyelia portfolio terbabit, Liu padahal hanya menjalankan tugasnya untuk membetulkan tindakan yang salah di sisi undang-undang, supaya bir yang dirampas itu dipulangkan kepada pemilik kedai terbabit.

    Dalam hubungan ini, Liu tentu tidak boleh dituduh sebagai menghina Islam.

    Yang menghairankan, inisiatif untuk membelasah Liu secara terbuka bukan datangnya daripada Umno atau BN, tetapi seorang lagi exco Selangor merangkap pesuruhjaya PAS negeri Dr Hasan Ali. Nampaknya kes ini mungkin ada udang di sebalik balik batu!

    Kes ketiga yang lebih menggemparkan berkaitan dengan ahli parlimen Rasah dan ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook. Beliau dituduh menulis beberapa artikel menghina Islam dan juga Sultan Perak serta Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

    Antara lain, ahli parlimen Kulim, Zulkifli Noordin, membelasah laman sjsandteam.wordpress.com yang memuatkan kenyataan akhbar Loke dan kemudiannya menyiarkan komen, yang menurut pemimpin PKR itu, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau terhadap Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

    Loke mengaku beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang bertajuk "Ridhuan Tee harus minta maaf daripada keluarga Teoh Beng Hock" untuk mengecam penulis kolum itu kerana membuat "ulasan yang kejam dan tanpa hati perut berkaitan isu bayi Teoh yang belum dilahirkan" dan "menyeru agar Dr Mohd Ridhuan segara meminta maaf daripada keluarga Teoh, China Press dan Nanyang Siang Pau".

    Namun beliau menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan pemunya laman web yang tidak bertanggungjawab serta komen-komen terbabit.

    Dalam laman Rocky's Bru, "artikel asal" yang didakwa ditulis oleh Loke telah disiar semula, sekali lagi tanpa pengesahan dengan Loke (sama ada beliau penulisnya seperti yang didakwa).

    Maka terletuslah hamburan sumpah seranah dan caci maki rasisme yang amat melampau sekali, lantas menjadi perdebatan dan konfrontasi aneka jurusan (sudah lebih 200 komen pada saat ini) antara mereka yang berbeza latar belakang ideologi dan politik, dan terbahagi menjadi dua kumpulan besar, iaitu pro-Umno dan anti-Umno.

    Dalam surat kepada Rocky, Loke dengan sekeras-kerasnya menafikan beliau pernah menulis artikel menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti dituduh.

    Tambahnya, beliau tidak tahu-menahu tentang laman web sjsandteam.wordpress.com sebelum ini. Satu-satunya blog miliknya lokesiewfook.blogspot.com.

    "Saya tidak pernah menulis sebarang artikel untuk menghina keluarga diraja, Melayu atau Islam di sepanjang hayat saya. Ada usaha hendak menfitnah Pemuda DAP dan saya dengan sebaran penipuan bahawa kami ini anti-Islam dan anti-keluarga diraja.

    "Saya tidak tahu gerangan siapakah yang mengendalikan laman web terbabit, saya tiada sebarang hubungan dengannya.

    Sebagai seorang pengendali laman web yang bertanggungjawab, menjadi harapan saya kamu membuat pengesahan mengenai faktanya sebelum membuat sebarang dugaan.

    "Saya akan membuat aduan polis hari ini untuk menafikan saya yang menulis artikel terbabit, dan saya harap kamu akan siarkan penjelasan saya untuk menjernihkan suasana. Terima kasih," kata Loke seperti diterbitkan di Rocky's Bru.

    Rocky sudah menyiarkan surat Loke dalam lamannya seperti yang diminta dan Loke juga telah membuat aduan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk menafikan beliau pernah menulis artikel untuk menghina Islam, Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti yang dituduh.

    Kini, Loke dan Ooi sedang disiasat polis bawah Akta Hasutan. Moga-moga keadilan akan tercapai akhirnya!

    MalaysiaKini

    Tujuh mitos, tujuh pembohongan (Politik)


    Hishamuddin Rais
    Okt 1, 09
    2:46pm
    Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

    Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja.

    Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

    Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.

    Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

    Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

    Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka.

    Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

    Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk.

    Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber.

    Pertama: Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal.

    Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori.

    Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini.

    Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

    Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.

    Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

    Mitos pertama
    Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

    Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

    Mitos kedua
    Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi.

    Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!

    Mitos ketiga
    Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata.

    Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.

    Mitos keempat
    Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagu ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

    Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan.

    Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.

    Mitos kelima
    Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.

    Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.

    Mitos keenam
    Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.

    Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.

    Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.

    Mitos ketujuh
    Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.

    Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.

    Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

    Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

    Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagu ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah.

    Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet.

    Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.

    Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa kecuali fikrahnya yang rasional.

    MalaysiaKini

    Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar (Politik)




    Athi Shankar dan Wong Teck Chi
    Nov 30, 09
    12:53pm
    kemaskini 3.15pm Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

    Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

    Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

    Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

    Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong kemudian menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

    Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini bahawa mereka merancang agar perhimpunan itu berlangsung secara tertib dengan hanya membawa sepanduk dan poster.

    Bagaimanapun seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan itu dan kemudian mengambil sekeping poster lalu memijak dan membakarnya.

    "Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," kata Oh.

    Tambahnya, polis kemudian membawa lelaki tersebut dan seorang pegawai polis Cawangan Khas memberitahunya bahawa lelaki itu seorang penduduk kampung itu yang kini telah diranapkan untuk projek pembangunan.

    Menurut Oh lagi, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala sebelumnya berkunjung ke bangunan DUN untuk menyerahkan memorandum kepada ketua menteri dan meninggalkannya ketika kumpulan Pemuda BN itu sedang berdemonstrasi.

    Katanya, semua penyokong Pemuda BN memakai baju putih dan berseluar hitam, manakala lelaki yang membakar itu berpakaian warna.

    "Kami mengutuk tindakan membakar poster. Jika anda ada rungutan, anda harus menyatakan secara aman," katanya, yang juga timbalan ketua Pemuda Gerakan Malaysia.

    MalaysiaKini

    Ahad, 29 November 2009

    Dari Blog Mazidul 2 (Delima Merkah)


    Blogger iDAN berkata...

    Taraf permikiran kita tak sama, saya baru sahaja menonton filem Hindi Kurbaan, bagaimana doa & dendam orang teraniaya itu amat kontras dengan fikiran kita ini.

    Ramai kalangan kita tidak setuju pejuang berani mati. Lantaran yang terkorban nyawa bukannya orang berdosa. Tetapi apalah kemampuan bagi pejuang berani mati ini. Lantaran anak, isteri, kaum kelurga dibunuh kejam... malahan bumi sendiri diceroboh.

    Kes di Kelantan itu saya nampak; yang pasti Kerajaan yang Memerintah di sana amat berharap ongkos dari royalti minyak itu dapat membangunkan negerinya. Tetapi kita rakyat marhaen tak jelas apa sebenarnya hak Kelantan & Hak Kerajaan Pusat tentang isu minyak ini.

    Tentang doa itu bagi saya sebaiknya jangan menyebut kemusnahan orang lain. Kita berdoa baik, kudus & merendah diri amat dituntut. Seyogia kita berdoa murni pun balasan Tuhan bukannya main-main. Baca sejarah umat manusia yang engkar dengan menganiaya diri sendiri Kaum Nabi Luth AS. Kaum Nabi Nuh AS & ramai lagi perangai bak Dajal yang memerangi Islam ranap! musnah! terbenam ke bumi lantaran sikap degil asyik menganiaya mereka yang tidak berdosa. Kita tak pasti bagaimana doa Nabi-Nabi kita ketika itu, sampaikan umatnya habis musnah.

    Saya sendiri antara orang yang sering teraniaya, doa saya agar orang yang menganiaya saya itu agar cepat sedar; itu doa biasa saya. Pembalasan Ilahi terkadang sebaliknya, saya di tuduh mencuri SiPenuduh & keluarganya kena ikat, kena samun, kena rompak kehilangan harta ribuan RM.

    Barangan saya pernah kena humban tanpa belas ihsan; hampir seminggu saya tidak dapat tidur, rasa dendam membuak & amat payah disabarkan. Si pengumban ini dalam beberapa bulan saya terdengar kena barah otak & meninggal tiba-tiba. Saya tak pernah doakan dia meninggal cara begitu sebab dia muda lagi, saya mahu melihat dia berubah laku, tahu menghormati hak orang lain; anak-anaknya masih kecil & perlukan dia. Tapi itulah takdir Tuhan.

    Mungkin ini secara takdir Tuhan tak ada kena mengena pun dengan diri kita. Kita bukan taraf Wali, TG Nik Aziz pun bukan taraf Wali. Mungkin sekadar mengingatkan.

    Masalah AIDS di Kelantan apa yang jelas antara sebabnya Iman & Persekitaran sana. Faham-faham sahajalah itu Siam apa ada. Iman kita, saya sering menyebut hanya sekadar setipis kulit bawang. Kita jauh dari sana mungkin bahang maksiat ini kurang terasa. Maka kuranglah ujiannya. Rasanya kalau Lembah Kelang ini bersebelahan Golok sana... 2X5 kut!.

    Isnin, 2009 November 30 11:56:55 MYT

    Rabu, 25 November 2009

    ‘Saya kecewa’ (Hiburan)


    KUALA LUMPUR: “Memang saya kecewa kerana bayaran itu (royalti) tidak sepadan dengan titik peluh saya selama ini,” kata penyanyi terkenal Asmawi Ani atau Mawi yang hanya menerima bayaran royalti RM320 menerusi persembahan awam sepanjang empat tahun bergiat dalam industri hiburan negara.

    Mawi, 28, berkata dia tidak pasti jumlah sebenar royalti yang patut diterimanya namun jumlah RM320 memang menyakitkan hati.

    “Saya tidak tahu berapa jumlah sebenarnya tetapi difahamkan royalti diberi setahun sekali. Saya hanya terima bayaran itu selepas empat tahun malah (penyanyi) Dayang Nurfaizah turut menerima nasib seperti saya,” katanya yang dihubungi malam tadi.

    Menurutnya, perkara itu kini diserahkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk membantu mendapatkan haknya.

    “Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan rundingan cara baik. Biarlah hasilnya itu berbaloi dengan penat lelah golongan artis yang sekian lama berkecimpung dalam industri ini,” katanya.

    Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, semalam kecewa dengan tindakan Performers And Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) kerana tidak membayar royalti setimpal populariti seseorang artis.

    Harian Metro

    Rezeki ‘celah gigi’ RM320 hina Mawi

    Oleh Hayati Ibrahim

    ya_t@hmetro.com.my

    PUTRAJAYA: Rezeki ‘celah gigi’ RM320 yang dinikmati penyanyi terkenal Mawi atau Asmawi Ani, hasil royalti persembahan awam sepanjang lebih empat tahun bergelumang dalam industri hiburan bagaikan satu penghinaan terhadap penyanyi itu.

    Bukan itu saja, bayaran royalti ‘penghinaan’ itu langsung tidak masuk akal jika dibandingkan dengan populariti penyanyi anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor, yang sudah merangkul pelbagai anugerah selain muncul Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

    Bayaran diterima pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular selama tiga tahun berturut-turut sejak 2005 juga dianggap tidak munasabah berbanding royalti sehingga RM300,000 setahun mampu diperoleh seorang komposer popular di negara ini.

    Pendedahan itu dilakukan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez, yang mengakui kecewa dengan tindakan Performers And Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) kerana tidak membayar royalti setimpal populariti seseorang artis.

    Menurutnya, bayaran yang diberikan Prism amat rendah dan tidak berbaloi, malah ia diberi selepas empat tahun Mawi berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

    “Mawi hanya menerima cek royalti daripada Prism berjumlah RM320 minggu lalu selepas empat tahun menjadi artis dan bagi saya bayaran itu tidak masuk akal langsung berdasarkan kemampuan Mawi sebagai penyanyi yang amat popular dan lagunya diputarkan di merata tempat.

    “Apa yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa seorang komposer popular boleh memperoleh sehingga RM300,000 setahun tetapi penyanyi paling popular seperti Mawi tidak menikmati jumlah sama,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe, wakil Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan (MACP), Public Performance Malaysia (PPM) dan Prism, di sini, semalam.

    Prism adalah antara badan dipertanggungjawabkan mengutip royalti lagu artis rakaman yang disiarkan di kawasan awam, pusat karaoke dan kelab malam, sebelum menyerahkan kembali kutipan itu kepada artis berkenaan mengikut sistem pengiraan yang dibuat badan terbabit.

    Mengulas lanjut isu berkenaan, Freddie berkata, Mawi pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan jumlah bayaran royalti yang diterima dan mahu tindakan susulan dilakukan pihak berkenaan.

    “Sepatutnya dia (Mawi) menerima lebih banyak dari jumlah yang diterima sekarang kerana dia sudah terkenal di seluruh Malaysia dan negara jiran. Lagipun Mawi sudah berdaftar dengan Prism,” katanya.

    Sehubungan itu, Freddie berkata, beliau meminta kementerian menjadi ‘orang tengah’ bagi menangani isu pembayaran royalti bagi memastikan setiap artis memperoleh bayaran setimpal dengan populariti mereka.

    Sementara itu, Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu, yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, Prism hanya membayar royalti kepada artis yang mendaftar dan memberi mandat kepada badan berkenaan untuk mengutip royalti bagi pihak mereka.

    “Kalau seseorang artis itu tidak memberi hak kepada kita untuk mengutip royalti, kita tidak berhak mewakili mereka untuk membuat kutipan, kita kena mendapat persetujuan daripada artis itu terlebih dahulu dengan mendaftarkan lagu mereka.

    “Jika tidak mendaftar, kita tidak boleh memberikan royalti kerana pembayaran hanya dibuat berdasarkan jumlah lagu yang didaftarkan seseorang artis. Kalau artis tidak memberi senarai lagu, kita tidak boleh membuat kutipan,” katanya.

    Harian Metro

    Parah dibelasah selepas nasihati anak saudara (Ceritera)


    KUALA TERENGGANU: Teguran seorang bapa saudara yang sakit mata melihat anak saudara perempuannya bebas bergaul dengan lelaki tidak mampu mengubah tabiat sosial wanita berkenaan apabila dia terus bersikap demikian.

    Malah, teguran bapa saudara berusia 35 tahun itu yang mahu melihat wanita berkenaan berubah menerima padah apabila dia menjadi mangsa belasahan empat lelaki termasuk dua yang dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan wanita terbabit, kelmarin.

    Tindakan empat lelaki terbabit dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap teguran lelaki itu yang dianggap menjaga tepi kain orang apabila menasihati wanita berkenaan supaya berubah sikap.

    Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang kayu berada di rumahnya di Kampung Gong Kapas di sini, kira-kira jam 7.15 malam.

    Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang sedang berehat di rumahnya didatangi empat lelaki dan dua daripada kumpulan lelaki terbabit dikenali mangsa berikutan mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

    “Menyedari kehadiran empat lelaki terbabit, mangsa keluar untuk bertemu lelaki berkenaan.

    “Sebaik mendapati mangsa keluar, keempat-empat lelaki terbabit terus menyerang mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa yang terkejut dengan tindakan pantas kumpulan lelaki terbabit gagal mengelak menyebabkan betis kirinya patah dan luka di tapak kaki kanan,” katanya.

    Sumber itu berkata, pergaduhan itu menimbulkan suasana bising menyebabkan kejadian itu disedari jiran yang kemudian datang memberi bantuan sebelum membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

    Katanya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11.50 malam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

    Harian Metro

    Keramat cinta Lombok (Ceritera)

    Oleh Amir Abd Hamid
    amir@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.


    Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing.

    Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.

    Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.

    Sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap tenaga kerja Indonesia iaitu Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), turut membuat kajian impak disebabkan migrasi itu.

    Migrant Care mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia termasuk di pulau berkenaan.

    Wakil organisasi itu di Malaysia, Alex Ong (gambar), berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada keluarga di negara ini yang meminta pertolongan mengesan anak gadis atau ahli keluarga mereka yang dipercayai dibawa lari ke Lombok kerana mengikut buah hati masing-masing.

    Katanya, pihaknya sedia membantu setakat yang termampu sekiranya ada ibu bapa atau penjaga gadis yang meminta bantuan.

    “Bagi menangani masalah ini, saya fikir satu kajian mendalam perlu dilakukan cerdik pandai dari kedua-dua negara serumpun ini kerana ia membabitkan pernikahan antara dua budaya.

    “Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.

    “Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.

    “Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. Pada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.

    Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya meruntun hati lebih-lebih di kalangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.

    Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.

    Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.

    Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.

    “Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.

    “Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.

    Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.

    Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.

    Harian Metro

    Tak perlu layan Namawee (Ceritera)


    HULU TERENGGANU: Pihak berkuasa enggan melayan kerenah budak nakal, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namawee, sekalipun pelajar berkenaan sering cuba menarik perhatian orang ramai dengan menyiarkan pelbagai video kontroversi melalui laman YouTube.

    Selain muncul dengan klip video menggunakan pelbagai perkataan lucah terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB), lelaki itu juga pernah cuba menarik perhatian orang ramai apabila menyatakan pegawai Polis Diraja Malaysia mengenakan logo minuman keras di bahu mereka.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya enggan melayan perbuatan segelintir pihak yang mungkin tidak dapat menjiwai semangat perpaduan dan patriotik dalam dirinya.

    Menurutnya, sebagai seorang yang masih muda, dia mungkin beranggapan tindakannya itu sebagai tidak membawa sebarang makna kerana dia tidak perlukan apa-apa, namun dia harus ingat selepas ini dia hendak ke mana.

    “Satu hari nanti dia hendak pulang ke mana...dia anak Malaysia, ke mana dia nak balik dia akan cari negara ini juga mungkin untuk bekerja tak mungkin dia tidak akan pulang,” katanya.

    Harian Metro

    ‘Dijamah’ majikan lepas teguk kopi (Ceritera)

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
    anbia@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Nafsu membuak-buak mendorong seorang pemilik kedai yang juga pembuat roti canai memperkosa pekerjanya sendiri menggunakan secawan kopi yang dicampur ubat khayal.

    Perbuatan suspek yang berusia 48 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang diperkosa sejak tiga bulan lalu hamil dua bulan.

    Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 16 tahun diperkosa majikannya beberapa kali, namun takut mendedahkan kejadian kerana bimbang dan malu.

    Menurutnya, siasatan polis sebelum ini mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai roti canai milik suspek yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

    “Mangsa dirogol pada 26 Julai lalu di satu bilik di belakang kedai majikannya itu ketika dia hendak menukar pakaian.

    “Ketika itu, suspek sengaja pergi ke bilik berkenaan membawa secawan kopi kesihatan kononnya sebagai tanda simpati kerana melihat mangsa kurang bermaya dan keletihan,” katanya.

    Menurutnya, selepas meneguk air kopi itu, mangsa berasa pening dan pengsan dalam bilik berkenaan.

    “Kesempatan itu digunakan suspek untuk merogol mangsa.

    “Kejadian hitam itu disedari mangsa sebaik tersedar beberapa jam kemudian. Mangsa terkejut apabila mendapati pakaian dalamnya terlucut manakala kemaluannya sakit,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa yang mengesyaki dirinya diperkosa kemudian menyoal suspek berhubung kejadian itu, namun suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.

    “Lebih malang apabila kejadian rogol itu berulang beberapa kali apabila mangsa terus menjadi mangsa nafsu buas majikannya dalam bilik di kedai berkenaan.

    “Difahamkan mangsa yang diperkosa sehingga September lalu bimbang untuk menceritakan kisah dialami kepada keluarga selepas turut diugut akan dipukul oleh suspek,” katanya.

    Katanya, mangsa yang merasai perubahan pada dirinya memaklumkan masalah kepada ibu saudaranya.

    “Berikutan itu, mangsa dibawa ibu saudaranya menjalani rawatan di hospital. Namun semuanya terbongkar selepas doktor yang menjalani pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan mangsa mengandung dua bulan.

    “Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam,” katanya.

    Harian Metro

    Ikan muncung buaya (Ceritera)


    PELIK...ikan yang ditemui berhampiran Sungai Klang,
    beberapa hari lalu.

    AMPANG: Seorang pelajar terkejut apabila secara tidak sengaja terserempak seekor ikan bermuncung pelik menyerupai kepala buaya berhampiran tebing Sungai Gombak di sini, sebelum ia dikenal pasti sebagai spesies ikan pemakan daging.

    Lebih memeranjatkan apabila ikan seberat lebih lima kilogram itu disahkan sebagai spesies ikan Aligator-gar yang hanya hidup dan boleh ditemui di kawasan air tawar di benua Amerika Utara.

    Penemuan itu dianggap aneh dan sukar dipercayai apabila timbul persoalan bagaimana ikan yang boleh membesar sehingga saiz tiga meter itu boleh berhijrah sejauh beribu-ribu kilometer dari habitat asal di Amerika Selatan ke negara ini.

    Mohd Saiful Azhar Amin, 16, berkata, ikan itu ditemuinya kelmarin tersangkut pada tebing sungai Klang di Jalan Enggang di sini, berhampiran sebuah kilang besi.

    Dia yang gemar menghabiskan masa memancing, mendakwa ikan bersaiz sebesar pahanya itu tersangkut pada mata kail pemancing lain sebelum dibuang semula ke dalam sungai berkenaan.

    “Ketika ditemui lebih kurang jam 6 petang kelmarin, ikan itu yang tersadai di tebing sungai mempunyai muncung panjang menyerupai buaya julung dengan deretan gigi runcing.

    “Mulanya saya menyangka ia buaya, namun selepas diperhatikan, barulah saya yakin hidupan itu sejenis ikan,” katanya.

    Menurutnya, dia membawa ikan itu pulang ke rumahnya di Keramat Permai di sini untuk dipelihara..

    “Sejak ikan terbabit dibawa pulang ke rumah dan diletak ke dalam tong tangki air, rumah kami menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat sendiri spesies ikan ganjil berkenaan.

    “Ikan itu masih hidup walaupun selepas dua hari ditemui,” katanya.

    Menurutnya, ada individu yang melihatnya mendakwa ia spesies Aligator-Gar yang hanya boleh ditemui di habitat asalnya di Amerika Utara.

    Harian Metro

    Remaja hilang ditemui diperdu pisang (Ceritera)

    MAKAN...Amirul ditemani ibunya, Che Yoon Abu
    Hasan dan ahli keluarganya, semalam.

    BOTA: Selepas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, seorang remaja yang mengalami masalah lembam ditemui dalam keadaan selamat di Kampung Teluk Bakong, dekat sini, tengah hari semalam.

    Namun penemuan Amirul Ikhsan, 25, kira-kira jam 12.30 tengah hari, mencetus misteri baru apabila dia ditemui bekas pengasuhnya, Hamsiah Min dalam kebun durian miliknya, yang hanya kira-kira 50 meter dari rumah remaja terbabit.

    “Saya pergi ke kebun itu setiap hari untuk memungut durian dan ketika memasuki kebun tengah hari tadi (semalam), saya terkejut melihat kelibat seseorang duduk di perdu pokok pisang sambil menggigil kesejukan.

    “Pada mulanya saya takut tetapi sebaik menghampirinya, saya terkejut kerana dia kelihatan seperti Amir (nama panggilan Amirul). Saya bertanya beberapa kali sama ada dia Amir tetapi dia hanya tersenyum sambil tangan kanannya memegang tong plastik bekas minyak dan tangan kiri memegang baju,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Beliau yang yakin remaja itu Amir berlari ke rumah untuk memberitahu suaminya sebelum menghubungi keluarga Amir yang tiba beberapa minit kemudian sebelum dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk menerima rawatan.

    Hamsiah yang pernah menjadi pengasuh Amirul selama setahun ketika Amirul berusia tujuh tahun, berkata dia hairan bagaimana Amirul boleh berada di kebun duriannya kerana dia pergi ke kebun berkenaan setiap hari namun tidak pernah terserempak dengannya.

    Sementara itu, bapa Amirul, Sabree Ahmad, 52, berkata, beliau dan ahli keluarga serta polis, bomba, Rela dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari hampir di seluruh kawasan kampungnya termasuk di kebun durian milik Hamsiah yang berhampiran rumahnya.

    Amirul dilaporkan hilang selepas enggan mengikuti ahli keluarganya pergi ke Ipoh dan mahu tinggal di rumah bersendirian.

    Dia dilaporkan hilang selepas ahli keluarganya mendapati dia tiada di rumah apabila mereka pulang pada petang hari sama.

    Harian Metro

    Cetusan kejadian ngeri (Ceritera)

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
    anbia@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Seorang pereka laman web tidak dapat melupakan detik ngeri melihat rakannya berlumuran darah selepas ditetak geng samun ‘Mat Rempit’ hingga menyebabkan jari kelengkeng tangannya putus.

    Dalam kejadian Mac lalu, rakan mangsa yang berusia 20-an dikatakan dikepung tiga lelaki yang menunggang beberapa motosikal sebelum ditanya pelbagai soalan pelik ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petaling Jaya, di sini.

    Pereka laman web Malaysian Crime terbabit, Kegan Gan, mendakwa kejadian ngeri terbabit mencetuskan idea untuk dia mewujudkan laman web khas bagi meningkatkan kesedaran rakyat negara ini terhadap jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

    Menurutnya, dalam kejadian itu, rakannya yang di rompak cuba melawan penjenayah terbabit namun nasibnya malang apabila ditetak pada jari kelingking hingga putus.

    “Dalam kejadian itu, rakan saya itu sempat mengambil gambar tangannya dalam keadaan berlumuran darah dengan hanya empat jari masih tertinggal sebelum gambar ngeri itu dihantar melalui emel kepada saya.

    “Saya benar-benar terkejut sebaik melihat gambar berkenaan dan tidak menyangka jenayah terbabit boleh menimpa rakan baik saya,” katanya ketika ditemui ketika pelancaran laman web www.malaysiacrime.com, semalam.

    Menurutnya, kejadian itu menyedarkannya bahawa jenayah bukan lagi hanya isu kecil yang muncul di dada akhbar malah boleh terjadi kepada orang di sekeliling, keluarga malah diri sendiri.

    “Berikutan itu, saya mengambil pendekatan mewujudkan laman web khas yang boleh dijadikan rujukan dan amaran awal kepada orang ramai supaya berhati-hati daripada menjadi mangsa jenayah,” katanya.

    Menurutnya, laman web itu turut bekerja sama dengan Amax yang juga pembekal perkhidmatan Wimax sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu membantu membina masyarakat Malaysia yang lebih aman.

    “Kedua-dua pihak kini saling bekerjasama dan mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyalurkan maklumat mengenai statistik jenayah melalui laman web www.malaysiacrime.com dan www.amax.my,” katanya.

    Melalui laman web itu, masyarakat satu Malaysia akan menerima maklumat terkini, tepat dan data masa kegiatan jenayah berlaku secara percuma dengan melayari kedua-dua laman web itu.

    Sementara itu, Naib Presiden (Operasi dan Pemasaran) Amax Ahmad Shah berkata, syarikat itu akan menggunakan kepakarannya dalam komunikasi bergerak berkelajuan tinggi untuk membantu dan menyokong PDRM melalui kerjasama bersama laman web terbabit serta aktiviti kemasyarakatan.

    “Idea berkongsi maklumat mengenai jenayah itu sudah dicadangkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui kerjasama dengan Koridor Raya Multimedia beberapa minggu lalu dan Hishammuddin memberikan maklum balas yang positif mengenai idea itu,” katanya.

    Harian Metro

    ‘Sudah kotor’ dedah ternoda (Ceritera)

    Gambar Hiasan

    KUALA LUMPUR: Ayat-ayat aneh diluahkan berulang kali seorang gadis yang menyebut perkataan ‘sudah kotor’ akhirnya mendedahkan tragedi hitam dialami mangsa yang diperkosa lelaki tidak dikenali, baru-baru ini.

    Mangsa berusia 18 tahun dan mengalami masalah psikologi kerap kali mengadu kepada adik beradiknya mendakwa dirinya ‘sudah kotor’ menyebabkan keluarganya mengesyaki dia dinoda lelaki yang mengambil kesempatan terhadap keadaan fizikalnya.

    Sumber polis berkata, kejadian hitam dialami mangsa berlaku jam 6 petang Isnin lalu apabila mangsa keluar dari pangsapurinya di Ampang di sini, tanpa ditemani keluarga terdekat.

    Bagaimanapun, mangsa yang tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menimbulkan rasa bimbang ibunya yang segera menghubungi suami untuk memaklumkan apa yang berlaku.

    Bapa mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan segera pulang sebelum berusaha menjejaki anak gadisnya itu di sekitar pangsapuri berkenaan.

    “Bapa mangsa yang berusia 43 tahun berusaha hampir dua jam menjejaki anak gadisnya itu akhirnya menemui mangsa duduk termenung di hadapan pintu sebuah rumah di pangsapuri sama.

    “Ketika itu terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di samping mangsa. Lelaki berusia 20-an berkenaan mendakwa mangsa ditemui duduk di hadapan pintu rumahnya dalam keadaan keliru,” katanya.

    Menurutnya, lelaki terbabit yang mendakwa simpati terhadap nasib mangsa membawa mangsa masuk ke dalam rumahnya di tingkat lapan pangsapuri berkenaan.

    “Pada masa sama, lelaki terbabit memberitahu cuba bertanya mengenai identiti mangsa dan bagaimana dia boleh hilang arah serta tersesat mencari jalan pulang.

    “Bagaimanapun, mangsa yang mengalami masalah mental sukar memberi penjelasan sebelum diberikan minuman dan roti untuk mengalas perut,” katanya.

    Menurutnya, mangsa dibawa pulang keluarganya ke rumah sejurus ditemui, namun enggan bercakap soal berkaitan apa yang dialaminya sebelum ini.

    “Walaupun ditanya berulang kali, namun mangsa gagal memberi penjelasan terhadap insiden cabul dialaminya.

    “Namun, tingkah laku pelik mangsa yang menyebut pelbagai perkataan tidak difahami kepada adik beradiknya termasuk mendakwa dirinya kotor menyebabkan keluarga mangsa mengesyaki anak gadis mereka itu diperkosa,” katanya.

    Menurutnya, keluarga mangsa segera membawa mangsa mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan sebelum doktor menasihati keluarga mangsa membuat laporan polis.

    “Walaupun polis gagal mendapatkan keterangan daripada mangsa berhubung kejadian itu, namun polis sudah menahan suspek yang dipercayai terbabit memperkosa mangsa,” katanya.

    Harian Metro

    Motor hilang setiap hari (Ceritera)

    Oleh Amirul Haswendy Ashari
    am@hmetro.com.my


    KUALA LUMPUR: “Hampir setiap hari ada saja kes kehilangan motosikal, kereta dicalar dan pergaduhan dilaporkan dan ia membimbangkan kami,” kata beberapa penduduk di Projek Penempatan Rakyat (PPR) Seri Pantai yang ditemui, baru-baru ini.

    Berikutan itu, kebanyakan mereka mahukan pengurusan persatuan penduduk dan Rukun Tetangga (RT) yang ditubuhkan di kawasan itu memainkan peranan bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

    Pengawal Keselamatan, Kasim Rauf, 46, berkata masalah yang dihadapi PPR Seri Pantai mungkin berpunca daripada pengurusan persatuan penduduk dan RT yang kurang berkesan.

    Katanya lagi, RT tidak boleh mengharapkan rondaan pihak polis semata-mata kerana Jabatan Perpaduan Negara memperuntukkan RM14,000 untuk RT menjalankan aktiviti berkaitan seperti pemantauan keselamatan dan gotong-royong, tetapi jika pertubuhan itu tidak bergerak peruntukan itu tidak dapat disalurkan.

    “Penduduk mahu mereka yang berkenaan menerajui persatuan dan RT memainkan peranan lebih berkesan supaya penduduk dapat bersama memainkan peranan mengawasi keselamatan kawasan ini,” katanya.

    Peniaga, Herlinawati Abdullah Ahmad, 40, berpendapat semua ini bermula daripada tanggungjawab dan kesedaran penduduk sendiri.

    Dia yang menetap di kawasan itu sejak tujuh tahun lalu juga bersetuju apabila ditanya mengenai fungsi RT yang dilihat kurang berkesan.

    “Pengerusi sepatutnya turun padang melihat sendiri dan merancang aktiviti yang boleh menjamin keselamatan penduduk” katanya.

    Suri rumah, Norliza Abdullah, 33, pula berkata kes jenayah yang timbul sedikit sebanyak merisaukan penduduk terutama mereka yang berkeluarga.

    Norliza juga menyarankan penduduk PPR patut mengambil sikap menjaga tepi kain dan tahu masalah yang dihadapi jiran tetangga.

    “Kita ni hidup berjiran, kalau bukan kita yang nak mengambil tahu siapa lagi?”

    “Kita tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa saja menjalankan tugas, kita juga perlu main peranan sebagai sebahagian daripada kelompok masyarakat” katanya.

    Sementara itu Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga PPR Seri Pantai, Abdul Razak Ariffin, 39 yang turut ditemui mengakui masalah dalaman yang dihadapi RT di situ menjejaskan kehidupan seharian penduduk.

    Menurutnya, rukun tetangga dan persatuan penduduk memainkan peranan penting dalam PPR di situ sama ada kesedaran kebersihan, kawalan jenayah dan masalah sosial yang lain

    “Jika pengerusi yang dilantik tidak menjalankan tugas, seseorang harus memikul tugas ini demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

    Harian Metro

    Isteri dipaksa kahwin lain (Ceritera)

    Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
    shantynur@hmetro.com.my


    KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia kini dilema selepas isteri dikahwininya di Singapura April lalu tanpa restu keluarga akan dikahwinkan dengan pasangan pilihan keluarga mentuanya, Januari ini.

    Isterinya, Nadia Abdul Aziz, 25, warga tempatan dan juga pensyarah di sebuah universiti tempatan dikahwini tanpa mendapat restu keluarga mentuanya sekalipun sudah berjumpa untuk memaklumkan hasratnya itu.

    Najmalden Mohammad Saide, 36, berkata, kehidupannya lebih tertekan apabila sehingga kini tidak mengetahui khabar berita mengenai isterinya, walaupun beberapa kali menghubungi keluarga mentuanya itu.

    Katanya, dia hanya sempat menikmati hidup sebagai suami isteri selama empat hari sebelum dihalang bertemu lagi dengan isterinya itu ketika datang bersama-sama untuk berjumpa mentuanya bagi memaklumkan pernikahan mereka.

    Harian Metro

    PTPTN kutip RM4 juta sehari (Ceritera)


    MOHAMAD SHAHRUM (berkot) bergambar bersama pemenang dan keluarga pada majlis penyampaian hadiah kempen 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berjaya mencatatkan pungutan balik pinjaman sebanyak RM4 juta sehari berbanding RM2.5 juta sebelum ini.

    Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peningkatan itu merupakan satu perkembangan yang baik berikutan kesedaran di kalangan peminjam selain tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

    "Kebiasaannya kita hanya menerima kira-kira RM2.5 juta jumlah bayaran balik dalam sehari tetapi kini jumlah itu sudah meningkat kepada lebih RM4 juta sehari, ini merupakan satu perkembangan yang baik dan kita harap akan berterusan," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di pejabat PTPTN di sini semalam.

    Menurut beliau, pelbagai kemudahan diberikan oleh PTPTN kepada 1.4 juta peminjam untuk membolehkan mereka membuat pembayaran balik termasuk menerusi kaunter bank-bank tempatan atau melalui perbankan Internet.

    Kosmo

    Suami isteri ditahan - Buat wang palsu RM50 sebelum dimasukkan ke dalam bank (Ceritera)


    ASRI menunjukkan sebahagian daripada wang palsu dan tulen yang drampas daripada sepasang suami isteri di Mergong, Alor Setar semalam.


    ALOR SETAR - Sepasang suami isteri berusia 20 tahun yang hidup dengan membuat wang palsu RM50 sejak berkahwin Jun lalu akhirnya masuk perangkap pasukan khas polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (IPK) semalam.

    Mereka diberkas di sebuah rumah di Taman Wira, Mergong pada pukul 8 malam sebelum dibawa ke sebuah bilik motel berhampiran Stesen Bas Shahab Perdana yang disewa sebulan lalu.

    Modus operandi mereka adalah membuat salinan warna (fotostat) not RM50 dan kemudian membelah dua wang yang tulen itu menggunakan pisau.


    DI SEBUAH motel berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Star inilah polis menemui peralatan membuat wang palsu daripada sepasang suami isteri semalam.

    Wang yang dibelah itu kemudian ditampalkan dengan wang yang difotostat dan diseterika supaya ia mirip wang tulen sebelum dimasukkan ke dalam bank tempatan menerusi Mesin Deposit Tunai (CDM).

    Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebaik sahaja transaksi kemasukan diterima, mereka akan mengeluarkan semula wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lain pada hari yang sama.

    "Kegiatan tersebut dilakukan secara kecil-kecilan tanpa penglibatan sindiket,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

    Kosmo!

    Ketagih duit lama

    Oleh Hafizah Iszahanid



    Tawaran RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi

    BERAPAKAH jumlah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekeping wang tinggalan zaman pentadbiran Negeri-Negeri Selat? RM10 atau RM100? Bagaimana kalau harganya mencecah RM1.2 juta?

    Bagi kebanyakan kita, nilai sebegitu tinggi tidak munasabah. Bagaimanapun, bagi pengumpul wang lama, kepuasan melengkapkan koleksi lebih diutamakan. Justeru, RM1.2 juta untuk sekeping wang keluaran 1911 yang memiliki nombor siri A000001 sangat berbaloi.

    Minat mengumpul wang kertas dan duit syiling lama semakin subur di Malaysia berbanding sekitar 1990an atau 1980an. Disebabkan sudah ramai pengumpul, mendapatkan koleksi wang juga semakin sukar. Harganya juga meningkat setanding nilai mata wang semasa.

    Bagi pengumpul di Malaysia melengkapkan koleksi wang tempatan, termasuk Brunei dan Borneo ketika zaman penjajahan Inggeris hingga kini adalah satu kemestian. Dari situ, mereka akan melebarkan koleksi kepada wang negara lain, misalnya mata wang Eropah zaman sebelum pengenalan Euro. Tidak kurang juga yang mengumpul wang negara bermasalah seperti Afghanistan dan Iraq selain negara miskin seperti Uganda atau Brazil kerana kos untuk memilikinya sangat murah.

    Pengumpul mata wang, Lawrence de Souza, berkata sebelum merdeka, Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak.



    Justeru, kata de Souza, melengkapkan koleksi mata wang dolar bermula 1901 hingga 1967 adalah antara impian besar pengumpul mata wang.

    Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967).

    “Pada 1967 Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia kekal hingga 1988. Ketika itu, Malaysia memiliki wang kertas bernilai RM1,000 yang ditulis sebagai “saribu”,” katanya.

    Kata de Souza, nilai sekeping wang saribu yang berkeadaan baik dan nombor siri menarik boleh mencecah hingga RM50,000. Bagaimanapun, dalam koleksi wang kertas lama Malaysia, wang dengan nilai saribu itu paling susah ditemui. Jika adapun, pemiliknya tidak akan menjualkannya kerana nilai sentimental yang ada pada wang itu.

    Duit syiling dua setengah sen mencecah harga hingga ribuan ringgit.

    Sebenarnya, dalam menilai kegilaan mengumpul wang lama, nilai muka tidak penting. Harga ditawar berdasarkan keadaan atau kualiti duit, tahun dikeluarkan dan nombor siri duit berkenaan.

    Wang kertas RM2 yang berkeadaan baik, misalnya boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Apatah lagi jika ia edisi khas, misalnya 10 keping RM2 yang tidak dipotong.

    Selain wang era Siri Parlimen, wang zaman Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu juga adalah antara yang popular.

    Duit syiling dan syiling peringatan juga mendapat permintaan tinggi. Duit syiling suku sen yang digunakan di Negeri-Negeri Selat, misalnya boleh mencecah hingga RM150,000. Selain keunikannya, syiling ini bersepuh emas.

    Duit syiling setengah sen dan satu sen keluaran 1891 juga boleh mencecah nilai sama.

    “Ada banyak sebab orang mengumpul wang lama. Mungkin keasyikan melengkapkan koleksi atau mungkin bermula dengan suka-suka tetapi akhirnya ketagih,” katanya.

    Bagi de Souza, dia mula mengumpul wang lama sejak remaja tetapi minatnya semakin bertambah apabila bertugas di bank komersial. Hari ini sebagai pesara bank, dia memiliki banyak koleksi wang lama terutama pada era pemerintahan Inggeris.

    “Mengumpulkan wang lama pada hari ini tidak lagi seperti dulu kerana dulu jumlah pengumpul sedikit, manakala wang lama yang ada di pasaran banyak. Hari ini sebaliknya,” katanya.

    Selain membeli di kedai menjual mata wang lama, de Souza melengkapkan koleksinya dengan menghadiri lelong wang lama yang dianjurkan Persatuan Numismatik Malaysia. Ada kala, jika acara lelongan itu tidak menemukannya dengan mata wang yang dicari, de Souza seperti pengumpul wang lama akan mencarinya pada acara lelongan mata wang lama di luar negara seperti di Hong Kong.

    Pengumpul mata wang dengan modal besar pula boleh mendapatkan mata wang yang dikehendaki dengan membelinya melalui ejen mata wang yang berkhidmat secara bebas. Mereka biasanya warga asing yang mahir dalam selok belok urusan mata wang.

    Walaupun dianggap sebagai hobi yang mahal bagi sesetengah orang, hobi mengumpul mata wang lama sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan kewangan individu. Ini kerana walaupun ada wang lama yang boleh mencecah nilai hingga ratusan dan jutaan ringgit, ada juga wang yang boleh dibeli pada harga RM3 saja.

    Lebih istimewa, seni pembuatan wang itu sendiri berbeza walaupun datang dari negara sama selaras dengan perkembangan budaya dan kemajuan negara berkenaan. Sesebuah negara, misalnya menukar mata wang yang digunakan lebih daripada sekali dalam masa 10 tahun. Semua ini dilakukan bagi memantapkan lagi mekanisme keselamatannya, selain perkembangan semasa yang menuntutnya berbuat demikian.

    Banjir naikkan nilai syiling 10 sen

    APA yang membuatkan sekeping wang lama boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Pengumpul dan pekerja kedai menjual mata wang lama, Tan Meng Fong, berkata antara faktor yang membuatkan wang lama bernilai tinggi ialah keadaannya yang masih baik, tidak berlipat, jauh sekali terkoyak.

    “Ada juga wang lama sedikit terjejas, misalnya berlipat tetapi hanya satu lipatan. Dengan satu lipatan pun, ia berupaya menurunkan nilainya,” katanya.

    Kata Tan, satu lipatan pada wang boleh menjejaskan sehingga 50 peratus nilainya. Justeru, harganya akan terus menurun jika wang itu memiliki dua atau tiga lipatan.

    “Pengumpul jarang memilih wang yang dilipat lebih dari sekali melainkan ia benar-benar sukar diperoleh. Namun, harganya tidak semahal harga wang sama tetapi masih elok,” katanya.

    Selain kualiti, wang yang dihasilkan dalam jumlah yang terhad juga melonjakkan harga. Misalnya, duit syiling keluaran 1971 memiliki nilai tinggi di kalangan pengumpul kerana ditempa di Jerman Barat. Duit syiling itu adalah duit syiling Malaysia yang terakhir ditempa di luar negara.

    Pada tahun sama, sebahagian duit syiling ditempa di kilang wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam.

    Bagaimanapun, penempaannya terhad kepada syiling 10 sen saja. Banjir besar yang melanda Selangor dan Kuala Lumpur menjejaskan operasi penempaan apabila limpahan banjir masuk ke dalam mesin pencetak.

    Kejadian itu menyebabkan hanya 32,000 keping sempat ditempa. Jumlah yang sedikit melonjakkan permintaannya.

    Kata Tan, sekeping duit syiling 10 sen yang dikeluarkan pada 1971 boleh mencecah harga RM2,500.

    “Syiling peringatan juga memiliki peminat tersendiri. Lebih ramai peminat, lebih tinggi nilainya. Wang syiling peringatan RM5 boleh bernilai RM1,800,” katanya.

    Faktor sukar diperoleh juga meningkatkan nilai wang berkenaan. Bagi wang kertas Malaysia atau Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat, keluaran terhad menyumbang kepada nilainya.

    Adakala edisi wang terhad disebabkan perkhidmatan Gabenor Bank Negara yang singkat melonjakkan harga wang lama. Misalnya, untuk 1981 hingga 1984, Bank Negara Malaysia diterajui Tan Sri Aziz Taha.

    Dalam tempoh tiga tahun menjadi Gabenor Bank Negara, Aziz menandatangani dua siri wang kertas Malaysia (siri 4 dan siri 5). Faktor ini menjadikan nilai wang kertas pada era Aziz sangat mahal.

    Apatah lagi jika wang itu memiliki nombor siri berturutan atau berlaku kesilapan pencetakan pada permukaannya.

    Wang dengan nombor siri yang tersusun cantik juga sangat mahal. Untuk sekeping wang kertas RM50 era Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Don misalnya, ia boleh mencecah hingga RM1,000.

    Wang dengan nombor siri bersusun, tiga, lapan dan sembilan mencecah RM1,000 sekeping, manakala wang dengan nombor siri BB888888 boleh mencecah 10,000. Namun, urutan siri nombor empat tidak popular di kalangan pengumpul bangsa Cina. Ia hanya dibeli pengumpul Melayu atau India. Nilainya pula berlegar sekitar RM400 saja.

    Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa negara berkenaan. Sebagai contoh, wang kertas lama negara seperti Britain dan New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas dari Iraq atau Afghanistan.

    Satu set wang Jerman sebelum pengenalan Euro boleh mencecah hingga RM12,000, manakala wang kertas era Saddam Hussein atau wang kertas era Taliban boleh dibeli pada harga RM3 saja.

    Termasuk dalam kategori wang murah ini ialah wang kertas Kemboja keluaran 1972, wang Brazil keluaran 1980 dan mata wang Guyana dari 1966-1992.

    Berita Harian