Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 25 Februari 2010

Merancang kewangan anda


USAH terlalu boros dalam berbelanja, pastikan anda menyimpan pendapatan anda.


WANG adalah pasport untuk kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Menguruskan wang ketika remaja adalah perlu. Ini kerana, ia bakal memberikan pulangan yang banyak ketika anda berusia kelak.

Rancangkanlah kewangan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja menjamin masa depan yang selesa tetapi sebagai bekalan jika anda menghadapi kesukaran nanti.

GenK membantu menyenaraikan beberapa tip buat panduan remaja untuk mengurus dan merancang kewangan:

1. Uruskan wang

Mungkin ada remaja yang berpendapat, menguruskan wang semasa muda adalah tidak perlu. Bagi mereka ia terlalu awal untuk merancang kewangan kecuali jika mereka sudah bekerja.

Namun begitu, jika anda bersikap demikian ia hanya merugikan diri sendiri. Menabunglah daripada sekarang. Sebagai contoh, jika anda menabung 50 sen sehari, maka untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan meperoleh wang sebanyak RM912.


KAD kredit akan membuatkan anda menjadi penanggung hutang lebih buruk jika tidak bijak menggunakannya.


2. Berbelanjalah dengan baik

Jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda selalu diajak rakan untuk membeli-belah. Apa kata kadangkala anda menolak pelawaan rakan secara baik atau berikan sahaja alasan munasabah supaya tidak mengikut mereka berbelanja. Cuba menahan diri daripada godaan barang. Ada sesetengah remaja yang pantang melihat barang yang disukai, pasti akan dibelinya barang tersebut.

Selain itu, sebelum membeli sesuatu barang sentiasalah membuat perbandingan harga. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli tudung. Apabila anda pergi ke satu kedai, jangan terus membeli tudung di kedai tersebut. Cuba pergi ke kedai lain dan buat perbandingan harga. Jika anda boleh mendapatkan harga tudung yang jauh lebih murah di kedai lain, mengapa anda perlu membazir wang membeli tudung yang mahal.

3. Faham tentang modal dan pendapatan

Salah satu konsep wang yang paling penting untuk anda tahu adalah memahami perbezaan antara modal dan pendapatan. Modal adalah berupa wang, hartanah, saham atau pelaburan lain yang menghasilkan pendapatan bagi sesiapa sahaja yang memilikinya.

Cara paling baik untuk ingat perbezaannya dengan memikirkan pokok yang berbuah.

Pokok itu sendiri adalah modal, manakala buahnya pula merupakan pendapatan. Jika anda terus memiliki pokok (modal) anda akan terus menghasilkan buah (pendapatan) setiap tahun. Selain itu, upah atau gaji yang diperoleh anda juga merupakan pendapatan daripada modal kerja.


JIKA remaja menabung syiling sebanyak 50 sen sehari selama lima tahun anda akan mengumpulkan wang sebanyak RM912.


4. Risiko kad kredit

Kad kredit adalah cara yang mahal untuk meminjam wang. Anda akan menghadapi risiko besar apabila membayar wang kad kredit nanti. Jika anda ingin berbelanja tetapi tidak mempunyai wang tunai, memadai sahaja jika menggunakan kad debit bank. Anda tidak perlu membayar hutang tetapi hanya menolak wang perbelanjaan tersebut daripada bank simpanan anda.

5. Elak daripada meminjam bank

Jika meminjam, anda seolah-olah membebankan kewangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, jika anda meminjam wang RM10,000 daripada bank. Walaupun anda membayar balik pinjaman dengan menolak wang gaji pada setiap bulan tetapi anda tetap dikenakan faedah yang banyak.

Lingkaran awan ganjil di Mexico



LINGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya. - Agensi

Isnin, 22 Februari 2010

'Indeks mi segera' ukur kegawatan


Salhan K Ahmad
Feb 22, 10
11:01am

Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu lalu, kebanyakan kedai-kedai makan ditutup. Malah, salah sebuah pasar malam yang dikunjungi juga tidak ramai penjual dan pembelinya. Tidak seperti selalu.

Mengamat dengan lebih dekat, sebuah gerai di pasar malam tersebut, yang dikenalpasti sebagai sumber masakan Pantai Timur yang 'boleh tahan' di kawasan Ampang, langsung tidak kelihatan pada malam itu.

Beberapa kedai makan kegemaran di sekitar Lembah Klang turut bercuti sehingga seminggu sempena Tahun Baru Cina. Berbeza keadaannya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kedai-kedai orang Melayu ditutup, kedai-kedai milik orang Cina masih dibuka.

Antara yang ditutup, sebuah kedai makan dengan masakan ala-Thai, juga di Ampang. Hidangan yang ditawarkan di situ agak OK berbanding menu umum 'goreng-goreng dan masakan panas' di kedai makan lain di sekitarnya. Namun apakan daya....

Setelah mengambil kira pilihan yang ada, saya bersama seorang teman kemudiannya menuju ke sebuah restoran makanan segera yang menjadikan ayam sebagai menu utama. Bagaimanapun kami khuatir untuk membuat pesanan apabila melihat gambar peha ayam di dalam menu mereka itu lebih besar berbanding bekas air minuman ringan.

Bimbang ditimpa keracunan radioaktif, kami kemudiannya memilih untuk pulang dan makan mi segera sahaja. Tambahan pula, malam makin larut dan klinik-klinik kesihatan juga masih banyak yang ditutup.

Kami memilih 'makanan zaman perang Jepun' itu sebagai satu protes ke atas peniaga-peniaga berkenaan (termasuk pengusaha gerai nasi kerabu itu juga) kerana mewujudkan satu situasi 'kegawatan kedai makan' dengan menutup perusahaan mereka sempena Tahun Baru Cina.

Di Thailand, kadar pemakanan mi segera digunakan untuk mengukur kesan kegawatan ekonomi yang dirasai rakyat negara itu melalui Mama Noodle Index pada 2005. Indeks berkenaan diterbitkan daripada satu pemerhatian bahawa pengguna akan mengurangkan perbelanjaan untuk makanan ketika pendapatan mereka berkurangan.

Ia timbul berdasarkan pencapaian jualan satu jenama mi segera 'Mama' di negara itu yang mencatatkan peningkatan jualan yang signifikan, walau ketika ekonomi Thailand menunjukkan tanda-tanda kegawatan pada tahun tersebut.

Lalu, mungkin satu indeks yang sama boleh diadaptasikan di negara ini bagi mengukur kesan tindakan pengusaha-pengusaha kedai makan yang mengambil cuti sesuka hati tanpa memikirkan keperluan makanan warga muda dan orang-orang bujang.

Sememangnya keadaan ini tidak sedahsyat mana, berbanding situasi yang dialami warga Jepun selepas negara itu diletupkan dengan bom atom Amerika Syarikat pada 1945. Bagaimanapun, kekurangan makanan dalam zaman pasca perang inilah yang melahirkan mi segera.

Teknologi menyedikan mi segera ini dipelopori Momofoku Ando, pengasas kepada syarikat Nissin Food Products yang berani melanggar bentuk konsesi yang ditetapkan oleh kuasa Perikatan.

Kuasa Perikatan di Jepun pada masa itu menggalakkan rakyatnya makan roti gandum, yang perlu diimport daripada Amerika. Bagaimanapun Ando memperkenalkan mi pra-masak itu bagi membolehkan warganya terus menikmati mi, yang lebih dekat dengan selera masyarakatnya, berbanding roti.

Alasan yang diberikan kerajaan, pengeluaran mi pada masa itu tidak dapat memenuhi keperluan makanan masyarakatnya, maka Ando melihat keadaan pada masa itu sebagai satu peluang kepada syarikatnya.

Keadaan ini terbukti dengan peningkatan mendadak jumlah jualan mi segera selepas itu. Sehingga 2008, dianggarkan sebanyak 94 juta hidangan makanan itu dimakan setiap hari di seluruh dunia, manakala mi segera muncul menjadi ciptaan paling penting di Jepun bagi kurun ke-20.

Kembali ke dalam negara, sehingga rencana ini ditulis, kedai makan ala-Thai di Ampang itu masih belum beroperasi malam ini.

Using their noodles

Bangkok
September 5, 2005

It's unlikely to replace the country's stock exchange index, but Thailand has come up with a new economic barometer - the Mama Noodle Index.

When the economy gets bad, the sales of Mama, the country's top-selling brand of instant noodles, shoot up, according to economists and businesspeople quoted by The Nation newspaper today.

"One of the more bizarre economic indicators to emerge in recent years, the noodle index works like this: Tighten your belt, spend less on food. As a cheap eat, instant noodle sales therefore rise exponentially," the newspaper said.

As Thailand's economy recovered in recent years from the 1997 economic crisis, Mama sales were steady.

But with economic weakness beginning to show up last year, sales went up by five per cent and then jumped 15 per cent over the first seven months of 2005 from the same period last year.

Thailand's economic performance is expected to slow to a growth rate of three per cent to four per cent this year because of record high oil prices, violence in southern Thailand, and the after-affects of the tsunami.

"Since food is a basic necessity for everyone, more and more consumers will turn to lower-priced products," economics professor Pongsak Luangaram was quoted as saying.

Prices of instant noodles start at five baht (15 Aust cents) a pack.

- AP

Japan votes noodle the tops
Instant noodles
Noodles are now popular around the world
Forget state-of-the-art gadgetry, the Japanese believe their best invention of the 20th century was instant noodles.

And their second best idea - ahead of personal stereos, computer games and impossibly small cameras - was karaoke.

Sony Walkman
The Walkman was beaten down to third place
Instant noodles were created in 1958 by Japan's Nissin Foods.

Ironically, Japan's food industry initially rejected the product as a novelty with no future. It could hardly have been more wrong.

''Instant noodles, representing 'Made in Japan', are now not only just a national food but a global food,'' the Fuji Research Institute said, as it released the results of a survey of what the Japanese see as their best exports.

Walkman

Karaoke, which allows would-be Elvis Presleys and Whitney Houstons to embarrass themselves in front of friends and strangers, was second in the poll.

pokemon
Pokemon: In at No 8
The Walkman personal stereo, first released by Sony in 1979, came third, followed by home computer consoles, compact discs and compact cameras.

Older respondents helped put the films of director Akira Kurosawa at number seven, just ahead of Nintendo's Pokemon cartoon and video game characters.

Kurosawa established his name in the 1950s with Seven Samurai, later remade as The Magnificent Seven, and his samurai adaptations of Shakespeare's King Lear and Macbeth.

Ahad, 21 Februari 2010

Rosmah nafi 'tangan ghaib' di belakang Najib


Feb 20, 10 7:00am

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

Jumaat, 19 Februari 2010

Penangan anak Normadiah

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


GANDINGAN Azlina, Musly dan Liza meninggalkan kenangan manis kepada penonton Imbauan 2.

Vokal Azlina dan Liza dalam Program Imbauan 2 di Dewan Filharmonik Petronas bangkitkan nostalgia

SIAPA yang tak kenal dengan Allahyarhamah Seniwati Normadiah. Setiap kali figura hebat ini muncul di layar lebar, pasti akan ada yang menjuih bibir sebagai tanda membenci pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini. Watak ibu tiri, isteri yang curang memang sering diberikan padanya. Namun, hakikatnya, Normadiah adalah antara pelakon yang cukup berkarakter pada zaman kegemilangannya.

Berikan apa saja watak padanya, pasti dia akan merealisasikan dengan baik. Namun pemilik nama asal, Norma Abdullah ini bukan saja hebat di pentas lakonan malahan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Kerap juga suaranya digunakan sebagai penyanyi latar untuk sesebuah filem. Paling membanggakannya apabila dia diberi kepercayaan untuk berduet dengan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu Bulan Dan Juga Angin yang dipetik menerusi filem Panggilan Pulau yang diterbitkan sekitar 1954.

Sehingga kini, lagu nyanyiannya masih terus dialunkan oleh penyanyi masa kini dan ada juga yang dirakam semula. Antara penyanyi yang pernah merakamkan lagu seniwati ini ialah Datuk Sheila Majid, Noraniza Idris dan juga anak kandung penyanyi itu sendiri, Azlina Aziz. Bak kata pepatah lama, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Dan vokal milik Azlina dan juga adiknya Liza jelas saling tak tumpah seperti arwah ibunya.

Dan kelunakan serta kemerduan vokal mereka berdua itu dilontarkan mereka ketika menjayakan program Imbauan 2, yang berlangsung di lokasi berprestij, Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, malam minggu lalu. Sebagai pewaris kepada seniwati terkenal itu, Azlina dan Liza dengan dibantu rakan duet, Musly Amir mereka menyampaikan kembali lagu yang pernah dinyanyikan Normadiah suatu ketika dulu.

Persembahan malam itu dimulakan dengan segmen prelude, iaitu persembahan muzik secara instrumental yang dialunkan oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas seramai 51 orang pemuzik itu. Setiap melodi yang dialunkan mempunyai terjemahan tersendiri terhadap karakter seniwati tersohor itu. Sewaktu segmen itu berlangsung, perhatian audiens tertumpu pada layar lebar yang menayangkan klip lakonan Normadiah bersama suaminya Allahyarham Aziz Jaafar.

GUBAHAN muzik pimpinan Ahmad Muriz buat penonton kagum.

Usai segmen itu, muncul Azlina mengenakan gaun labuh rona lemak ketam membawakan lagu Jangan Merajuk, yang dipetik dari album solo ibunya itu yang berjudul Sumbangsih-Ku.Tak perlu dipertikaikan kehebatan penyanyi yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang seni ini. Nyata, vokal gemersiknya adalah senjata utama untuk menyihir penonton untuk terus menyaksikan persembahan seterusnya.

Mengambil alih pentas selepas itu, Liza menyampaikan lagu Dewa Dewi. Lagu berentak inang ini dirakamkan oleh Normadiah di dalam album kompilasinya yang berjudul Dua Biduanita. Lagu ini juga pernah dirakamkan oleh Azlina sekitar tahun 80-an. Untuk persembahan malam itu, Dewa Dewi digubah semula oleh Mohd Husin Osman.

“Terima kasih kerana sudi hadir malam ini. Saya akui teruja dengan sambutan yang diberikan,” ujar Liza sambil diiringi tepukan gemuruh penonton yang terhibur dengan persembahannya itu.

Sesuai dengan tajuknya Imbauan, malam itu juga adalah malam mengimbas kembali nostalgia lama. Kedengaran juga ada tetamu yang bernyanyi-nyanyi kecil mengikut lirik yang dilantunkan kedua-dua penyanyi itu. Mungkin ada kenangan manis atau pahit yang terjadi membuatkan lagu yang dinyanyikan malam itu begitu dekat di hati mereka. Selain persembahan memukau Azlina dan Liza, turut cemerlang malam itu ialah Musly.

Azlina Aziz

Dengan pengalaman yang ada, Musly dengan mudah menjadikan pentas itu miliknya menerusi nyanyian dan lakonan bersahaja. Pemilihan Musly sebagai gandingan untuk kedua-dua penyanyi itu memang tepat kerana dia dengan mudah memberikan impak yang begitu baik terutama untuk lagu nostalgia seperti ini. Gaya nyanyiannya yang menyerupai Seniman Agung itu ditambah dengan aksi melucukan membuatkan hadirin yang hadir tak kering gusi dengan telatahnya itu.

Bekas juara Pertandingan Bintang P Ramlee 1984 itu menyampaikan lagu Mengapa Riang Ria bersama Liza dan bergandingan dengan Azlina menerusi lagu Itulah Sayang. Dia juga menyanyikan lagu medley Cinta Sejati, Sejiwa, Jangan Menjeling serta Apek dan Marjinah yang dipetik dari filem Ali Baba Bujang Lapuk. Lagu lain yang dinyanyikan termasuklah Penggodaan, Membelai Asmara, Janji Diikat dan Cahaya. Manakala lagu Seri Dewi Malam, Selendang Sayang serta Bulan Dan Juga Angin adalah lagu yang disampaikan secara instrumental oleh KSPP yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Program yang diterbitkan Hartini Abdullah ini dibuat atas dasar ingin memberi ruang dan peluang kepada pemuzik muda KSPP untuk mengubah kembali lagu dari tahun 1950-an dan 1960-an dalam bentuk simfoni orkestra supaya menjadi lebih segar untuk diperdengarkan kepada penonton. Pada 2008, artis yang terpilih untuk menjayakan program ini ialah Datuk Khatijah Ibrahim.

Persembahan yang berlangsung selama dua malam berturut-turut itu turut dihadiri ramai selebriti tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Aziz Sattar, Azean Irdawaty, Nassier Wahab, Julie Dahlan, Fetty Dzul, Hail Amir dan Latiff Ibrahim.

Berita Harian

Penawar rindu

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my




Filem My Name Is Khan kembali jalinkan kasih Kajol dan Shah Rukh Khan

SEKIAN lama, gandingan Kajol Devgan (dulunya dikenali dengan Kajol Mukherjee) dan Shah Rukh Khan (SRK) antara yang dinanti-nanti peminat setia filem Bollywood. Mereka antara pasangan yang dilihat begitu serasi di layar perak. Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hai antara contoh yang mencetuskan fenomena dan kegilaan peminat terhadap mereka.

Kali terakhir mereka bergandingan ialah pada 2001 menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham. Tahun ini, kerinduan pasti terubat apabila pengarah filem, Karan Johar sekali lagi menyatukan mereka dalam filem penuh kontroversi, My Name Is Khan (MNIK). Ia mula ditayangkan serentak di beberapa negara termasuk Malaysia sejak 12 Februari lalu.

Namun jika ada yang bertanggapan filem MNIK seperti filem melodrama yang penuh dengan air mata dan emosi, barangkali persepsi itu harus dibuang ketepi. Tak mustahil akan ada yang keluar panggung dengan perasaan hampa. Ironinya, karya Karan ini tidak seperti filemnya yang terdahulu. Karan sebenarnya mahu menyuntik idea segar.

Hal itu diakui sendiri isteri Ajay Devgan yang menyifatkan Karan cuba lari daripada sisi klise filem Bollywood. Bagi Kajol yang sudah bergelar ibu kepada anak bernama Nysa, apa yang dilakukan Karan seiring dengan haluan pemikirannya yang semakin matang. Setiap perubahan itu perlu, cuma ia mengambil masa untuk memberi pemahaman kepada sesiapa yang menerimanya.

“Barangkali akan ada yang menyangka filem ini bukan hasil arahan Karan kerana ternyata ia sangat berbeza dengan sentuhannya selama ini. Ia adalah filem baru yang penuh dengan pelbagai aspek baru termasuk dari segi teknik mahupun garapannya,” kata Kajol mengenai filem MNIK.

KARAN JOHAR bersama Kajol dan SRK.

Mengenai gandingan bersama SRK selama lapan tahun, Kajol memberitahu dia tidak boleh menidakkan keserasian berlakon dengan SRK terus wujud. Karan sendiri bersetuju dengan cara mereka menghidupkan watak yang diberi. Lagipun mereka bersahabat baik dan gerak hati mereka juga sering sama secara kebetulan.

“Sepanjang mengenali dan berlakon di sampingnya, saya bertuah kerana dapat menimba pengalaman berharga. SRK memang seorang pelakon yang hebat. Biarpun sudah terkenal, dia masih tetap seperti dulu. Dia bukan saja menghafal skrip sendiri sebaliknya lontaran dialog pelakon lain,” kata Kajol yang dijadualkan muncul dengan tiga buah filem lagi pada tahun ini.

Penuh kontroversi

MNIK bukan karya komersial Hindustan yang biasa. Selain cinta dan kegembiraan, sebaliknya MNIK dilihat sebagai pendekatan lain yang menyentuh aspek politik dan agama. Percubaan Karan juga dilihat terlalu kebaratan seperti membikin sebuah filem yang berwajah Hollywood.

ANTARA kekecohan yang berlaku di India gara-gara kemunculan filem ini dan kenyataan SRK. - Foto Reuters

Tapi setidak-tidak filem edaran Fox Star Entertainment ini mencatat sejarah tersendiri apabila diundang menyertai Festival Filem Berlin yang diadakan sejak 11 hingga 21 Februari ini. Bagaimanapun, di beberapa lokasi di India, SRK turut menimbulkan kemarahan pengikut parti pelampau Hindu, Shiv Sena berhubung kenyataannya mengenai Liga Kriket Perdana India (IPL).

Pelakon itu yang mempunyai pasukan IPL, Kolkata Knight Riders dikecam oleh parti itu kerana memuji pemain Pakistan. Selama ini parti berkenaan tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa yang memuji kehebatan rakyat Pakistan dan mereka cuba menghalang tayangan filem lakonan Shah Rukh itu di Mumbai sebagai tanda protes.

Kemarahan mereka nyata meluap luap apabila ada yang mengoyak poster filem itu. Malahan protes ini turut menyaksikan campur tangan aktivis India Muslim di sana. Aktivis ini mendakwa aktor Bollywood yang berakhir dengan nama Khan seperti Aamir Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan sendiri sebagai anti nasionalis.

Bukan cerita pengganas

APA juga kontroversi yang melanda filem ini tidak sesekali menjadi penghalang kepada peminat setia Kajol mahupun SRK untuk menyerbu panggung.

Kajol membawakan watak Mandira seorang janda anak satu yang bekerja di salun rambut. Dalam perjalanan kehidupannya, Mandira (wanita Hindu) bertemu dengan Rizwan Khan lakonan Shah Rukh. Bagaimanapun karakter Rizwan berbeza seperti yang pernah dilakonkan. Rizwan ialah lelaki Muslim yang menghidap penyakit autisme, sindrom Asperger. Selepas Rizwan dan Mandira berkahwin (biarpun berlainan agama), kebahagiaan mereka diragut sekelip mata.

Semuanya bermula selepas serangan 11 September 2001 (9/11) yang terjadi di Amerika Syarikat. Rentetan itu, mereka mula berdepan dengan masalah apabila perbezaan agama Islam mula diperbesarkan di sana. Nama Khan yang dimilikinya dan juga anak tirinya, Sameer Khan (Sam) mula menjadi masalah kepada mereka.

Sam meninggal dunia ketika berbalah dengan rakannya apabila soal agama mula diperkotak-katikkan. Tragedi kematian anak mereka mula mencetuskan konflik di antara Rizwan dan Mandira hingga perpisahan terjadi apabila Mandira menggesa Rizwan untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.

Mandira mahu Rizwan berjumpa Presiden Amerika Syarikat dengan menyampaikan satu mesej berbunyi, “Nama saya Khan, saya bukannya pengganas.” SRK dalam satu temu bual yang diadakan pada Ogos 2009 menafikan filem berkenaan berkisar kepada pengganas atau kesan serangan tarikh peristiwa 9/11.

“Sebaliknya, ia adalah mengenai hubungan membabitkan dua manusia dan kepentingan seseorang dalam melakukan pengorbanan untuk negaranya. Selain itu, ia juga membabitkan kisah cinta, agama dan kesengsaraan hidup. Secara tidak langsung filem ini menekankan hubungan negara Barat dengan orang Islam sejak beberapa tahun ini.

“Filem ini bukan mengenai orang kurang upaya yang berjuang terhadap skeptikal kekurangan dirinya. Sebaliknya mengenai lelaki kurang upaya yang berjuang terhadap kekurangan yang melanda dunia sekarang ini yakni mengenai keganasan, kebencian dan perbalahan,” kata SRK yang wajar dipuji kerana melakonkan watak Rizwan.

Berita Harian

AS tidak akan campur tangan

KUALA ROMPIN 18 Feb. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan campur tangan dalam pertuduhan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, dalam pertemuan dengan Rumah Putih sebelum kembali ke tanah air baru-baru ini berkata, AS tidak mengeluarkan sebarang pendirian berhubung pertuduhan Anwar itu.

''Sebelum balik ke sini (Malaysia), AS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat kebangsaan di Kampung Sepayang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Pegawai Daerah Rompin, Datuk Roslan Harun.

Beliau mengulas laporan agensi berita asing baru-baru ini mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat AS, John Kerry yang mahu sistem kehakiman di Malaysia berhubung kes pertuduhan liwat Anwar itu dilakukan secara adil.

Kenyataan itu berbeza dengan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby yang menganggap pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia.

Danby yang mewakili 50 ahli Parlimen negara terbabit menyerahkan surat protes kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan terhadap Anwar.

Mengulas lanjut, Jamaluddin menegaskan, Kerry tidak mempertikaikan sistem perundangan Malaysia tetapi mahu ia dilaksanakan secara adil.

"Saya rasa kenyataan John Kerry itu lebih kepada pendirian secara terbuka. Memang sistem kehakiman yang dijalankan di negara ini adil dan saksama," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak terkejut dengan tindakan Anwar ke luar negara untuk mencari sokongan dan simpati dunia terhadap kesnya.

"Ini kerana perbicaraan kes tersebut tidak seperti kes liwat yang dahulu dan disebab itulah dia kena mendapatkan sokongan dari luar untuk kesnya," ujarnya.

Tegas beliau, Malaysia boleh menyelesaikan kes berkenaan tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

Utusan Malaysia

Kehadiran penyokong Anwar terus hambar

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Walaupun pelbagai usaha dilakukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih ramai penyokong parti itu datang setiap kali perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, namun sambutan yang ditunjukkan tetap hambar.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, hanya kira-kira 30 penyokong pakatan pembangkang sahaja yang hadir menyambut ketibaan Penasihat PKR itu.

Jumlah penyokong Anwar itu ternyata tenggelam di sebalik bilangan 'penonton' iaitu orang ramai yang mempunyai urusan di mahkamah serta wakil media.

Ketibaan Anwar dan peguamnya, Karpal Singh pada pukul 9.17 pagi disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun jumlah penyokong Anwar kemudiaannya dilihat sedikit bertambah sehingga mencecah kira-kira 70 orang menjelang pukul 10 pagi.

Seperti biasa, kumpulan penyokong fanatik itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan golongan belia melaungkan perkataan reformasi setiap kali mereka melihat Anwar.

Sementara itu di pekarangan mahkamah terdapat sekumpulan penyokong Anwar membaca Yassin.

Utusan Malaysia

Khamis, 18 Februari 2010

AWAS Perangkap Perkauman - Mat Sabu
Posted on Thursday, February 18 @ 16:46:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Berita Oleh: secjdm3p044

" Oleh Anak Sungai Derhaka

Permatang Pauh - Sewaktu berceramah di Kampong Pelet baru-baru ini bersama Ketua Menteri dan juga Timbalan Ketua Menteri, Mat Sabu memberi peringatan buat semua untuk mengawasi perangkap api perkauman yang sedang dimainkan oleh akhbar Utusan dan mereka yang menentang usaha permuafakatan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Turut hadir berceramah pada malam menjelang Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina itu ialah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman,YB Salehman,YB Malek Kassim dan Ajk Pas Kawasan.



Beliau menjelaskan demikian sewaktu berceramah di Kampung Pelet. Menurut Mat Sabu, ianya cuba dilakukan pada sama peristiwa 1987 di mana "Operasi Lalang" dijalankan. Menurut beliau, pada waktu tersebut Lee Kim Sai mencadangkan agar adanya Timbalan Perdana Menteri ke 2 di kalangan kaum cina.

Ini menyebabkan Dato Najib yang sewaktu itu sebagai ketua pemuda mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, ditambah pula dengan mainan akhbar mereka. Menurut Mat Sabu Apa yang berlaku seterusnya ialah beberapa pimpinan pembangkang ditahan termasuk beliau. Lee Kim Sai ke Australia dan Najib ke Indonesia.”Najib pemimpin penakut” demikian jelas Mat Sabu.



Ini mesej dan agenda yang sama dimainkan. Bermula dengan perarakan kepala lembu, kemudian isu Allah, dibawa kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang tentang perobohan sebuah kedai yang dikatakan telah diruntuh, dan yang terbaru ialah peristiwa perarakan Maulidurrasul yang akan datang. “Isu nama Allah dan kritikan dunia luar berhubung dengan kes pembakaran gereja menjadikan negara kita malu di mata dunia dan orang luar negara mempersoalkannya. Kerajaan kemudiannya mengendurkan kes ini.

Bagi masyarakat di Malaysia, jika dahulunya perkara ini dijalankan mungkin ianya menjadi satu masalah yang amat besar buat negara. Malah isu nama Allah dan pembakaran gereja mendapat liputan luar dan seterusnya merosakkan nama Malaysia di mata dunia. “Namun kita bersyukur kerana yang ditahan tidak seorang pun orang kita” demikain jelas beliau dan di sambut puluhan ribu yang hadir dalam siri ceramah penerangan “Siapa Juara Rakyat.."

Kini maklumat diterima dengan cepat. Kita sudah punya media alternative dan sebab itu segala cubaan yang dilakukan oleh mereka tidak mendapat reaksi yang keras dari rakyat. Rakyat bukan di zaman Ghafar Baba dahulu, malahan di kalangan golongan muda dengan berbagai kemudahan internet menjadikan mereka cepat dan memahaminya. Maklumat mudah dan kita bukan berada di zaman jakun lagi.

“Begitu juga dengan isu pembanggunan. Jika dahulu hanya Kelantan sahaja yang dikatakan tidak membangun, kini Pakatan Rakyat (pembangkang) yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang, sudah tentu lah kini kerajaan tidak boleh memainkan isu pembangunan lagi. Hanya isu perkauman sahaja yang akan menyelamatkan hayat Umno /BN. Mereka diselamatkan oleh pengundi Sabah dan Sarawak”, jelas Mat Sabu

Sila sambung bacaan anda di sini..

AWAS Perangkap Perkauman - Mat Sabu"

Terkaya: Najib Mengerling Mahathir.

Posted on Thursday, February 18 @ 17:07:41 PST
Dilulus untuk paparan oleh brucekk

Komentar
Oleh:
laniismaa

"Malaysian Business melaporkan Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum, anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya dan senarai ke-3 Melayu terkaya di Malaysia.

Ini sudah barang tentu amat disukai oleh bapanya Mahathir Mohamad kerana anaknya tersenarai. Ia menunjukkan dasar yang diperjuangkan termasuk dasar kronisme negara begitu membuahkan hasil. Hati kecilnya akan terasa juga kerana Melayunya kurang. Jangan disebut kekayaan yang dikumpul atas usaha anaknya sendiri. Pengaruh bapa besar sumbangannya.

Datuk Seri Nazir Razak, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia. Jadi Datuk Najib mungkin iri hati dengan Mahathir, mungkin mengerling dengan anak mata kerana Mokhzani mendahului Nazir dengan 20 mata.

Jadi Datuk Najib usahlah risau dan cemburu dengan Mokhzani. Masa mungkin masih ada bagi Nazir selagi Najib sebagai PM. Senarai 20 kebawah masih dalam genggaman. Mintalah sedikit bantuan Najib, kerana harta rakyat masih melimpah. Kena caranya dan gayanya senarai 10 terkaya boleh menjadi. Kesabaran adalah perlu. Lihat Mahathir lebih 22 tahun baru anaknya tersenarai.

Kalau nak memecah rekod pun boleh...
"

Guan Eng lakukan yang terbaik untuk rakyat

Posted on Thursday, February 18 @ 17:13:35 PST

Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Berita Sumber Harakahdaily

GEORGETOWN, 19 Feb: "Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.

Beliau juga berjanji akan memastikan kedudukan Melayu dan Islam dijaga di negeri ini di mana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri memperuntukkan RM24.3 juta kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding tahun 2009 iaitu RM20.5 juta.

Katanya, bantuan tersebut lebih besar berbanding era pemerintahan BN hanya RM12.5 juta.

"Peruntukan kali ini meliputi bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik balik perkapitanya oleh Kerajaan BN dulu. Pemberian itu menandakan Pakatan Rakyat di sini tidak mengamalkan double standard sepertimana yang disangkakan," jelas beliau.

Pemimpin Umno dan BN sengaja mencipta berbagai agenda untuk mendesaknya yang kononnya semakin lemah dan akhirnya tumbang sebagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Tranungkite

Pagani Zonda

Rabu, 17 Februari 2010

Tiga pesalah syariah wanita telah disebat


Feb 17, 10 6:49pm

Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.

"Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin berkata seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Hishammuddin berkata wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, beliau berkata didapati bahawa mereka insaf, reda dan bertaubat dengan hukuman yang diterima walaupun sebatan tersebut tidak mendatangkan kesan luka.

"Diharapkan isu itu tidak disalahertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik," katanya.

Pelaksanaan hukuman sebat mendapat liputan meluas sejak Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang pada 11 Julai 2008.

Kartika yang mengaku bersalah kemudian didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Bagaimanapun hukuman sebatan itu masih tertangguh sehingga kini.

- Bernama

Isnin, 15 Februari 2010

Pegawai JKM diarah bersedia 24 jam bantu tangani kes buang bayi


14/02/2010 4:06pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini.

Beliau berkata, arahan itu dibuat supaya para pegawai JKM bersedia walaupun ketika pejabat tidak beroperasi bagi membantu mereka yang bermasalah supaya tidak mengambil jalan singkat membuang bayi kerana takut malu atau menerima hukuman.

Katanya, oleh kerana masyarakat tidak datang kepada JKM (untuk meminta bantuan), para pegawai JKM perlu mengambil langkah dengan mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah di daerah masing-masing.

Beliau berkata, ibu bapa ini mungkin takut atau malu kerana mempunyai anak luar nikah dan perasaan itu sebenarnya mendorong mereka melakukan jenayah yang lebih besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Shahrizat mengulas kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa akhir-akhir ini dengan kes terbaru semalam apabila mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui terbakar di dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan. - Bernama

Ahad, 14 Februari 2010

Rais: Fikir semula sokong Anwar


Feb 13, 10 2:55pm
Tumbangnya satu demi satu 'pagar' PKR seharusnya membuatkan anggota parti itu memikirkan semula sokongan kepada ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bahkan seluruh rakyat, katanya harus melihat tindakan pemimpin seperti Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti menunjukkan bahawa PKR sudah tiada berpotensi untuk memberi sumbangan kepada pakatan DAP-PKR-PAS.

"Berita itu harus dianggap sebagai elemen penggoncang kepada situasi dan politik PKR khasnya dan pembangkang amnya," katanya kepada pemberita di Restoran Jom Makan, restoran masakan Malaysia yang terkemuka di pusat bandar London.

Mengulas lanjut pengumuman Zahrain keluar daripada PKR, Rais berkata bagaimana orang seperti Zahrain sanggup berhenti menjadi anggota parti dan mahu duduk di luar lingkungan PKR, harus dijawab oleh Anwar secara jelas dan tidak mengabui mata rakyat.

"Hilangnya sokongan kepada Anwar itu bermakna PKR memang tidak mampu meneruskan gerakannya lantaran di dalam partinya sendiri pun tidak berupaya memberi keyakinan mengenai keutuhannya dan juga potensinya untuk menyumbang kepada pembangkang (parti Pakatan)," kata Rais.

Menurut Rais, banyak pemerhati politik berpendapat perkembangan itu merungsingkan bukan saja anggota PKR tetapi juga parti-parti pembangkang lain.

"Satu penyebab penting ialah rakyat sudah dapat melihat bahawa gagasan 1Malaysia lebih menonjolkan keadilan sosial dan juga kemantapan demi kepentingan rakyat. Sedangkan PKR, PAS, DAP tak ada ramuan untuk diberitahu apa yang mereka nak buat," katanya.

Menganggap perkembangan dalam PKR itu sebagai satu bonus kepada kepimpinan BN, terutamanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas keikhlasannya menerusi gagasan 1Malaysia dan perubahan dalam ekonomi serta menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat, katanya.

"Seruan kita sekarang ialah supaya semua 'ketua darjah' dan 'penghulu' dalam PKR harus berfikir dua kali untuk terus menyokong Anwar yang kononnya akan mengambil alih tampuk pimpinan dan kerajaan. Saya berani menyatakan ini adalah igauan dan tak akan menjadi realiti," katanya.

Menjawab soalan, Rais berkata adalah jelas tindakan Zahrain keluar daripada PKR berkait langsung dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana ia berlaku di negeri itu.

"Guan Eng telah gagal merapatkan jurang perbezaan sehingga seorang demi seorang pimpinan daripada PKR meninggalkan beliau termasuk sebelum ini bekas timbalan ketua menterinya," katanya.

- Bernama

Nik Aziz saran Zahrain letak jawatan MP


Feb 14, 10 5:26pm

Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari PartiKeadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

- Bernama

Sabtu, 13 Februari 2010

Ulul Albab: Penyucian jiwa antara amalan paling utama

Oleh Abdurrahman Haqqi

Penyakit hati faktor insan jauh daripada rahmat Tuhan, terjerumus ke neraka

DARIPADA 110 kali perkataan 'qulub', kata jamak 'qalb' yang dalam bahasa kita diterjemah menjadi 'hati' yang disebutkan dalam al-Quran, sebahagian besar penyebutannya dikonotasikan negatif dengan pengertian bahawa hati dalam keadaan sakit yang memerlukan pengubatan.

Ini lain halnya dengan penyebutan 'qalb', kata tunggal 'qulub' yang dalam bahasa kita menjadi 'kalbu'. Walaupun ia disebut sebanyak 16 kali tetapi semua penyebutannya berkonotasikan positif dengan pengertian bahawa hati itu dalam keadaan sihat tidak sakit.

Penyebutan hati dalam bentuk kata tunggal ini perinciannya adalah tanpa imbuhan (qalb) disebut dua kali; dengan imbuhan orang pertama (qalbi) sekali; dengan imbuhan orang kedua (qalbuka) tiga kali; dengan imbuhan orang ketiga (qalbuhu) lapan kali dan (qalbuha) sekali; dan 'muthanna' (qalbain) sekali.

Untuk 'qulub', contohnya, dalam al-Quran ada disebut maksudnya: "(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka." (Surah al-Baqarah: 7) dan ayat bermaksud: "Dalam hati mereka (golongan orang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka." (Surah al-Baqarah: 10), manakala untuk 'qalb', contohnya adalah firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah." (Surah al-Baqarah: 97)

Imam al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad, yang wafat pada 505 Hijrah dalam kitab ulungnya Ihya' Ulumiddin menulis secara panjang lebar perihal hati ini.

Kitab yang berjumlah empat jilid besar itu, dalam jilid 3 dan 4 dikhaskan untuk mengupas secara menyeluruh keajaiban hati yang mana jilid 3 dikhaskan untuk membincangkan muhlikat atau pemusnah hati yang dibahagikan kepada 10 bab dan jilid 4 dikhaskan untuk membincangkan munjiyat atau penyelamat hati.

Pada permulaan jilid 3 itu, Imam al-Ghazali terlebih dulu menjelaskan perbezaan empat istilah yang menurutnya 'kebanyakan kekeliruan mengenainya adalah disebabkan oleh ketidaktahuan mengenai pengertian sebenar keempat-empat istilah iaitu jiwa, ruh, hati dan akal.

Beliau kemudian menjelaskan makna hati terlebih dulu dengan membahagikannya kepada dua jenis iaitu hati yang berbentuk 'love' berketulan merah yang ia adalah termasuk kajian ahli perubatan, manakala hati yang ingin dibincangkan oleh al-Ghazali ialah hati yang ditakrifnya dengan 'latifah rabbaniyyah ruhaniyyah" (halus ketuhanan yang bersifat rohani).

Dalam penjelasannya, al-Ghazali berkata: "Ia mempunyai hubungan dengan hati jasmani (hati tabi'i). Kehalusan itulah hakikat sebenar seorang manusia. Hati itu adalah yang membuat manusia menjadi tahu, berilmu dan arif.

Hati itu juga yang menjadi objek seruan agama yang ia akan dihukum, dicerca atau dicela dan diminta pertanggungjawabannya. Ia mempunyai hubungan dengan hati jasmani. Walaupun demikian ia membuat kebanyakan makhluk menjadi keliru dalam mencari hubungan di antara kedua-duanya."

Sebagai makhluk Allah yang diberi amanah untuk melaksanakan ajaran al-Quran, manusia mempunyai dua tugas utama yakni melaksanakan hukum-hakam amali zahir dan hukum-hakam amali batin.

Hukum-hakam amali di atas boleh dalam bentuk perintah dan larangan. Contoh perintah bagi tugas pertama seperti solat, puasa, haji, jual beli dan perkahwinan manakala contoh larangan adalah membunuh, berjudi, berzina dan mencuri.

Pada pihak lain, contoh perintah bagi tugas kedua ialah iman kepada Allah, malaikat-Nya, ikhlas, reda dan syukur manakala larangannya adalah kifur, nifaq, riak dan hasad dengki.

Tugas kedua adalah berkaitan dengan hati atau kalbu dan ia lebih utama daripada tugas pertama walaupun kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Hati adalah asas fikiran dan menjadi sumber aspek zahir pada diri manusia. Jika ia rosak, maka rosaklah semua dan jika ia baik maka baiklah semua. Sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari menyebutkan maksudnya: "Ingatlah sesungguhnya dalam jasad ada seketul darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, jika ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad. Ingatlah, seketul darah itu adalah hati."

Dalam sebuah hadis yang masyhur ada dikatakan maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada jasad dan rupamu. Tetapi Allah memandang pada hatimu."

Imam al-Ghazali menetapkan bahawa fardu ain hukumnya bagi setiap mukmin untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan hati dan mengenal penyakitnya seperti hasad dengki, iri hati, takbur dan riak.

Oleh itu, membersihkan hati dan menyucikan jiwa termasuk amalan fardu paling utama dan menjadi kewajipan Ilahi di sebalik perintah-Nya seperti kita dapati dalam firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang besar." (Surah al-A'raf: 33)

Penyakit hati adalah faktor utama yang menjauhkan manusia daripada Allah yang mengakibatkan jauhnya diri daripada syurga dan menjerumuskannya ke dalam neraka selepas dijajah oleh kuasa syaitan pimpinan iblis. Pelepasan diri daripada jajahan syaitan ini lebih mustahak daripada pelepasan diri daripada jajahan sesama manusia kerana jika diri sudah terlepas daripada jajahan syaitan, maka jalan di hadapannya semakin luas dan nyata, dan dengan sendirinya dia akan menyedari untuk menghancurkan semua belenggu buatan syaitan. Di sinilah letak salah satu rahsia ucapan Baginda SAW yang menyebutkan bahawa mereka sudah kembali daripada jihad ashghar yakni berperang kepada jihad akbar yakni jihad melawan hawa nafsu. Peperangan hanya berlaku pada satu-satu masa, sedangkan melawan hawa nafsu berlaku pada setiap masa termasuk dalam peperangan.

Ulama membahagikan senjata melawan musuh nyata manusia yang berada dalam diri dan di luarnya dengan tiga cara iaitu zikr al-jahr atau zikir nyata dengan melafazkan ucapan zikir dengan lisan; zikr al-khafi atau zikir secara senyap dengan hati; dan zikir al-sirr atau zikir secara rahsia yang mana hubungan terjalin antara hamba dan Allah SWT secara rahsia.

Dalam bab ke-10 jilid 3 itu Imam al-Ghazali membuat kesimpulan yang diambil daripada ayat al-Quran yang sangat menarik yang bermaksud: "Maka orang cerdik dan yang memiliki fikiran tajam hati mereka seperti sebuah misykat (lubang) yang berisi sebuah lampu; lampu itu ada dalam geluk kaca (kandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan saja ketika turun (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Sebaliknya, orang yang tertipu oleh hiruk-pikuk keduniaan, hati mereka adalah umpama keadaan gelap-gelita di lautan yang dalam, diliputi ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; gelap gelita berlapis-lapis apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali.

"Sesiapa yang tidak dijadikan Allah mendapat petunjuk, maka dia tidak akan beroleh sebarang petunjuk hidayah." Di mana kedudukan kita?

Berita Harian

Batal kahwin isteri ada misai, juling

DUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling.

Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan.

Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.

Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’

“Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya.

“Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.

Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi

Selasa, 9 Februari 2010

Zambry sah MB Perak


PARA penyokong Barisan Nasional yang sebahagiannya rakyat Perak menadah tangan tanda kesyukuran atas keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam, mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak. – Utusan/hanafi khamis


PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

  • Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff

    yang menolak rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

  • Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak kembali menumpukan usaha pembangunan negeri dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak minta semua pihak menerima dengan hati terbuka.

  • Utusan Malaysia

    Isnin, 8 Februari 2010

    MB lawan MB



    Feb 9, 10 10:47am

    11.00 pagi Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    10.42 pagi Hakim Ariffin memutuskan permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut Perkara 36(2) tetapi 16(2) dalam perlembagaan negeri.

    10.15 pagi Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan

    10.10 pagi Panel lima anggota hakim memasuki mahkamah

    Penyokong Pakatan kini melebihi penyokong BN dengan laungan "Reformasi" dan "Hidup Rakyat' terus bergema.

    9.25 pagi Penyokong Pakatan semakin bertambah kepada 300. Mereka bawa banner 'mahkamah rakyat nizar mb' dan melaungkan 'reformasi' dan 'hidup rakyat'.

    Lim Kit siang duduk di belakang dekat pintu, kerusi dibawa masuk oleh polis. Di sebelahnya Ngeh dan ADUN titi serong, Idham Lim.

    9.50 pagi Anggota FRU memisahkan penyokong kedua belah pihak - Pakatan di sebelah kiri dan Umno di sebelah kanan.

    Ngeh Koo Ham juga masuk dan berjabat tangan dengan exco negeri Perak dari BN dan speaker Ganesan9.25 pagi Kira-kira 20 anggota FRU mengarahkan semua penyokong dan media beredar dari tangga bangunan mahkamah.Nizar masuk ke mahkamah bersama isteri, dan bersalaman dengan beberapa penyokong BN.

    200 Penyokong Umno berhimpun depan tangga mahkamah manakala penyokong Pakatan sekitar 100 orang.

    Penyokong BN membalas dengan laungan "Daulat Tuanku" dan "Penderhaka"

    9.37 pagi Penyokong BN berpaian kuning berkumpul di luar Istana Keadilan melebihi jumlah penyokong Pakatan.

    9.36 pagi Penyokong BN melaungkan perkataan "Daulat Tuanku" dan "Penderhaka (traitor)"

    9.10 pagi ADUN Pakatan Perak, Chang Lih Kang, Wong Kah Hoe dan Kesivinder Singh dihalang polis daripada memasuki mahkamah . Ekoran itu, 50 penyokong Pakatan mengelilingi anggota pasukan keselamatan bagi memberikan tekanan.

    9.05 pagi Nizar tiba bersama isteri jam 9.05 pagi, disambut oleh 50 penyokong Pakatan yg melaungkan "Hidup Nizar", "Bubar DUN" dan "Hidup Rakyat".

    8.45 pagi Tiada tanda-tanda penyokong Pakatan hadir. Hanya seorang ADUN Titi Serong dan beberapa penyokong PAS dan DAP.

    8.30 pagi Penyokong BN meningkat lebih daripada 100 orang. Mereka berdoa untuk kemenangan Zambry.

    8.25 pagi Kira-kira 50 penyokong BN, kebanyakannya Melayu berhimpun di depan Istana Keadilan sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Zambry", "Hidup BN".

    8.15 pagi Sekumpulan orang, dipercayai penyokong BN, memakai kemeja-t kuning bertulis "Daulat Tuanku" berkumpul di depan mahkamah.

    8.10 pagi Sekumpulan anggota polis kelihatan mula mengawal keadaan.

    Peluit: Penghujung tahun lalu Peluit pulang ke kampung halaman di Perak. Peluit mendapat maklumat orang dalam (Khabar angin tentunya) katanya PR di dalam kedudukan 3/2 dalam mana hakim membuat keputusan Datuk Nizar sebagai KM yang sah di Perak. Bagaimana ianya boleh terbalik?. Mungkin itu khabar & mainan politik sahaja.

    Apa-apa pun agar PR tidak gusar dengan keputusan ini, pilihan raya umum akan diadakan jua, ketika itu barulah memastikan kekuatan parti masing-masing. Baik BN mahu pun PR segalanya di tangan rakyat. Masing-masing boleh buktikan pengaruh masing-masing. Keputusan mahkamah sekadar perantaraan ke arah pilihan raya umum ke 13 nanti.

    Tahniah Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang sah menjadi KM Perak. Agar Perak akan terus maju & makmur di bawah pimpinan beliau.

    Zambry diisytihar MB Perak yang sah


    Hafiz Yatim
    Feb 9, 10
    11:11am

    Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

    Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

    Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

    Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

    Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

    Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

    BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

    Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

    Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

    Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

    Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

    MalaysiaKini

    Perak tambah kusut jika Nizar kembali berkuasa


    Hazlan Zakaria
    Feb 8, 10
    4:08pm
    Keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

    "Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari (kiri).

    Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

    Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

    “Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

    Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

    Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

    Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.

    Jumaat, 5 Februari 2010

    Beberapa harga barangan naik hingga 140% - CAP

    06/02/2010 2:56pm

    PULAU PINANG 6 Feb. – Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

    Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.

    "Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

    Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini. – Bernama

    Peluit:

    Bagi Peluit barangan tak kisah naik jika gaji semua orang dinaikkan, jika barang naik gaji macam itu bagaimana nak meneruskan kehidupan. Apatah lagi bagi golongan yang telah bersara yang tiada bantuan dari keluarga atau anak-anak. Makan apa golongan begini.

    Kerajaan Selangor Tidak "Berhati Perut", Rampas Tanah YBK


    Posted on Friday, February 05 @ 15:52:37 MYT

    Oleh Kazman Kamal

    Kuala Lumpur, 5 Feb – Kerajaan Selangor sepatutnya lebih “berhati perut” untuk mengutamakan kepentingan rakyat selaras dengan slogan yang dilaungkan selama ini untuk menjadikan Selangor negeri berkebajikan.

    Namun tindakan terbaru kerajaan negeri merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor membuktikan kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu lebih berminat bermain politik sempit berbanding kepentingan rakyat.

    Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan turut mempertikaikan keengganan kerajaan negeri menerima pembayaran cukai RM5.7 juta yang telah dilunaskan badan itu dan Yayasan Melaka.

    Tegasnya, jika kerajaan negeri sangup membeli hutang Talam berjumlah RM391 juta kenapa mereka menolak hak YBK untuk terus mempertahankan tanahnya demi kebajikan rakyat.

    "Jelas di sini kerajaan Selangor lebih mementingkan agenda kepentingan peribadi daripada memberi peluang pendidikan kepada golongan pelajar bumiputera.

    "Sepatutnya dalam isu berkaitan pendidikan, kerajaan negeri harus lebih bertimbang rasa apatah lagi jika ia menyentuh kepentingan pelajar bumiputera", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata pakatan pembangkang yang menerajui Selangor ketika ini tidak layak lagi menggunakan slogan rakyat apabila banyak tindakannya yang tidak menyebelahi rakyat.

    "Sudahlah banyak janji pilihanraya umum lalu gagal ditunaikan, kini satu demi satu hak rakyat dinafikan", ujarnya.

    http://www.pemudaumno.org.my

    Kerajaan Selangor Tidak "Berhati Perut", Rampas Tanah YBK


    Posted on Friday, February 05 @ 15:52:37 MYT

    Oleh Kazman Kamal

    Kuala Lumpur, 5 Feb – Kerajaan Selangor sepatutnya lebih “berhati perut” untuk mengutamakan kepentingan rakyat selaras dengan slogan yang dilaungkan selama ini untuk menjadikan Selangor negeri berkebajikan.

    Namun tindakan terbaru kerajaan negeri merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor membuktikan kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu lebih berminat bermain politik sempit berbanding kepentingan rakyat.

    Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan turut mempertikaikan keengganan kerajaan negeri menerima pembayaran cukai RM5.7 juta yang telah dilunaskan badan itu dan Yayasan Melaka.

    Tegasnya, jika kerajaan negeri sangup membeli hutang Talam berjumlah RM391 juta kenapa mereka menolak hak YBK untuk terus mempertahankan tanahnya demi kebajikan rakyat.

    "Jelas di sini kerajaan Selangor lebih mementingkan agenda kepentingan peribadi daripada memberi peluang pendidikan kepada golongan pelajar bumiputera.

    "Sepatutnya dalam isu berkaitan pendidikan, kerajaan negeri harus lebih bertimbang rasa apatah lagi jika ia menyentuh kepentingan pelajar bumiputera", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata pakatan pembangkang yang menerajui Selangor ketika ini tidak layak lagi menggunakan slogan rakyat apabila banyak tindakannya yang tidak menyebelahi rakyat.

    "Sudahlah banyak janji pilihanraya umum lalu gagal ditunaikan, kini satu demi satu hak rakyat dinafikan", ujarnya.

    http://www.pemudaumno.org.my

    Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar


    Athi Sankar
    Feb 5, 10
    3:19pm

    Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

    Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

    Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

    Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

    Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

    Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

    Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

    Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

    Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

    Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

    Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

    Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

    Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

    MalaysiaKini

    Hishamudin: Kami sedang mengintip...

    Hishamudin: We are watching..

    KDN pantau blog, laman web sentuh isu sensitif

    JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.


    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

    "Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

    Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammuddin berkata, KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terbabit dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

    Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau sudah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan laman web yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

    Khamis, 4 Februari 2010

    Ibrahim Ali Sifatkan Tindakan Nasir Sebagai Kecewa

    Posted on Wednesday, February 03 @ 21:01:16 PST

    Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

    Berita Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI & STEVEN DANIEL

    PETALING JAYA: Tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang didakwa menyemarakkan sentimen perkauman disifatkan sebagai satu tindakan kecewa terhadap sebilangan golongan yang memperlekehkan kaum Melayu.

    Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, apa yang penting kini adalah mengenai persoalan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri itu bertindak demikian.
    Beliau tidak menolak kemungkinan kemarahan dan kekecewaan Nasir yang diluahkan adalah berkaitan fitnah dilemparkan terhadap kaum Melayu tanpa sebarang niat buruk terhadap kaum lain di negara ini.

    "Saya tidak fikir beliau sengaja menaikkan kemarahan kaum lain dengan kenyataannya itu.

    "Kita kena kaji adakah benar perkara yang dinyatakan itu berunsur perkauman. Ini kerana perkara yang dikatakan menyentuh isu perkauman apabila perkara tersebut tiada dalam perlembagaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

    Beliau bagaimanapun tidak menghalang keputusan Nasir untuk meletak jawatan.

    "Sama ada perlu letak jawatan atau pun tidak, itu terpulang pada beliau tetapi saya tidak salahkan dia.

    "Saya berpendapat ada satu kemarahan dan kekecewaan dalam dirinya terhadap beberapa perkara melibatkan orang Melayu yang dibangkitkan oleh masyarakat lain menjadi punca. Ada persoalan lain yang perlu kita ambil perhatian daripada kejadian itu," katanya.

    Menurutnya, kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap penulis blog bebas menulis tanpa sebarang kawalan yang boleh menjadi punca perkauman di negara ini.

    "Dalam blog dan internet banyak perkara yang diperkatakan tentang kaum Melayu, tapi ia tidak terbatas kepada kaum ini sahaja.

    "Ramai penulis yang melontarkan pendapat dalam penulisan mereka tanpa mengira akibat, tapi bila ditanya mereka tidak pula menyokong perbuatan ini," katanya.

    Menjadikan Perkasa sebagai contoh, beliau mengakui pertubuhan itu dilihat begitu lantang membela nasib orang Melayu tetapi hanya menyentuh hak-hak orang Melayu yang ditetapkan dalam perlembagaan tanpa mempersoalkan hak kaum lain di negara ini.

    "Sebab itu saya kata, kita kena kaji di mana silap kenyataan yang dibuat oleh Nasir. Adakah kenyataannya itu bertentangan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan negara," katanya.

    Semalam, Nasir dilaporkan membuat kenyataan berunsur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

    Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut semasa membuat perbandingan terhadap kehendak yang dibuat oleh kaum India dan Cina berhubung dengan polisi pendidikan kerajaan.

    Beberapa delegasi MIC dan MCA yang turut hadir pada majlis itu bertindak keluar dari dewan dan membuat bantahan terhadapnya.

    Sementara itu, hari ini 12 laporan polis dibuat terhadap Nasir Safar atas dakwaan memberi ceramah berunsur perkauman.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin memberitahu, laporan tersebut telah dibuat di seluruh negara dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

    Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kes itu sedang disiasat dibawah Akta Hasutan.

    Katanya, hanya satu siasatan sahaja yang akan dibuat walaupun pihaknya menerima banyak laporan.

    "Memandangkan kejadian ini berlaku di Melaka, pihak polis di sana akan menguruskan kes tersebut," katanya.

    - MStar

    Gelagat Nasir, kepemimpinan Najib dipertikai?


    Aidila Razak and Lee Way Loon
    Feb 4, 10
    12:32pm

    Penganalis politik berpendapat kemelut perkauman yang dicetuskan oleh pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar, kali ini benar-benar menyulitkan bossnya, Datuk Seri Najib Razak.

    “Najib terpaksa korbankan Nasir semata-mata untuk MIC dan MCA,” kata timbalan dekan Sains Sosial UKM, P Sivamurugan.

    Nasir Selasa lalu pada ucapannya di seminar 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

    Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

    Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

    “Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.

    Maksud tersirat


    Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.

    “Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.

    Nasir pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.

    Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.

    Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.

    “Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.

    Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.

    MalaysiaKini