Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 6 November 2014

Jakim tegur penganjur 'I want to touch a dog'

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi teguran kepada penganjur 'I Want To Touch A Dog' supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini.

Beliau berkata perjumpaan itu berlangsung kira-kira satu setengah jam di Hotel Mines, Seri Kembangan pagi ini dalam suasana harmoni dan baik, yang turut disertai wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
  
"Melalui pertemuan itu juga, penganjur mengaku salah dan menerima teguran dengan baik serta akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sebarang program pada masa akan datang," kata Othman.
  
Sehubungan itu Othman berharap isu itu tidak lagi dipanjangkan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya Jakim menyerahkan kepada MAIS, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.
  
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan antara Jakim dan penganjur program itu bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran 'I want to Touch a Dog.'

Bagaimanapun Jamil Khir berkata Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang tindakan undang-undang memandangkan jabatan itu hanya bertindak sebagai perantara.
  
Program 'I Want To Touch A Dog' pada 19 Okt di Central Park, One Utama, Petaling Jaya itu mencetuskan perdebatan hangat khususnya dalam kalangan umat Islam kerana ia dikatakan bercanggah dengan mazhab Shafie dan adat di negara ini.
  
Bagaimanapun, penganjur program Syed Azmi Alhabshi telah memohon maaf atas perasaan tidak senang yang timbul akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing semasa program berlangsung.

- Bernama
 

300 siswa sambut Opah Wahidah masuk UM

“Mahasiswa semua, berjuang, terus berjuang,” begitulah kata-kata semangat Wahidah Salleh, mangsa perobohan rumah di Kampung Chubadak Tambahan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.

Warga emas yang mesra dipanggil 'Opah' Wahidah membangkitkan semangat kepada gerakan mahasiswa di Unversiti Malaya (UM) dalam program "Opah masuk UM" malam tadi.

Katanya - yang kini terpaksa menghuni satu pondok sementara di kampung itu - kemudian disambut dengan laungan "Hidup Opah" oleh kira-kira 300 hadirin di medan selera di Kolej Kediaman Tujuh.

Walaupun berlangsung dalam keadaaan hujan lebat, ia tidak menghalang mahasiswa, kakitangan (UM) dan juga orang awam memenuhi medan itu pada jam 9 malam bagi mendengar permasalahan Opah Wahidah.

Menjangkau usia 72 tahun, Opah wahidah kelihatan penat namun perasaan gembira tergambar di wajahnya apabila mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa yang membawanya ke kampus perdana itu.

“Opah ucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar semua kerana sudi bawa opah ke dalam universiti,” katanya lagi.

Sementara mahasiswa pula turut mengadakan kutipan derma buat Opah Wahidah bagi meringankan beban yang ditanggungnya kini.

Menurut Opah Wahidah lagi, walaupun dia berasa semakin rasa tenang kerana penderitaannya mendapat perhatian pelbagai pihak namun ada kerisauan yang masih terbuku di dalam hatinya.

“Opah rasa semakin tenang, tapi ada dua perkara yang opah sangat risau. (Opah) tinggal di khemah tu opah takut pengganas (samseng) dan juga ular,” katanya.

Rasa terbela

Opah Wahidah yang hadir bersama dua cucunya turut berkata bahawa beliau merasa terbela kerana mahahsiswa UM banyak membantunya ketika dalam kesusahan.

"Opah rasa terbela," katanya.

"Mahasiswa teruskan berjuang untuk kita (yang menerima nasib sepertinya)," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Mahahsiwa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairol Najib Hashim berkata acara itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai realiti yang berlaku terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

“Sebelum ini, kita bawa isu ini di luar universiti dan juga sosial media. Mahasiswa yang datang pada malam ini semua kerana ingin tahu dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk Kampung Chubadak Tambahan,” katanya.

Menurut Khairol lagi, suara mahasiswa dan juga Gerakan Rakyat Bela Kampung Chubadak Tambahan (BELA) telah didengari dari pihak pemaju selepas beberapa kali rundingan dibuat.

"Mereka bersetuju ke atas semua tuntutan kami," katanya sambil merujuk demonstrasi membantah perobohan rumahnya sebelum ini.

Menurutnya, rundingan dengan pihak pemaju pada hari tersebut disambut baik antaranya bersetuju memberi gantian rumah kos sederhana yang akan dibina di tapak Kampung Chubadak kepada Wahidah dan suaminya.

Katanya lagi, bayaran pampasan setimpal diberikan termasuk kos perpindahan dan bayaran sewa rumah transit di PPR Batu Muda akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju sehingga mereka dipindahkan semula ke rumah gantian.

Pemaju juga bersetuju tidak menuntut kos mahkamah dan bayaran ke atas kes yang dimenangi oleh pihak pemaju serta bersetuju untuk menanggung segala kos tersebut, tambahnya.

Gadis ular janji tutup aurat

 
 
The Chamers iaitu penganjur pertunjukan 'gadis ular' yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan memohon maaf kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Wakilnya Mohd Amir Hasan berkata pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.
  
"Kami ingin memohon maaf kepada kerajaan negeri dan juga pihak Muzium Kelantan di atas perkara ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
  
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan  Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.
  
Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas bakal berlangsung selama sebulan.

Dalam pertunjukan itu, wanita berkenaan Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali dengan gelaran 'Baby Andryanna' berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.
  
Dia berkata dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.
  
"Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.

- Bernama
 

Rahiza teruja adakan penampilan sulung sebagai gadis ular

 193  4 Google +0
KOTA BAHARU 4 Nov. - “Memang pada mulanya saya rasa agak gementar,” kata Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa dalam sebuah bilik kaca selama sebulan.
GADIS Ular, Rahiza Abdul Rahim, 28, menunjukan kecekapan bermain ular sempena Pameran dan Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini. --fotoBERNAMA
Tetapi demi memberi aksi terbaik kepada pengunjung, Rahiza berkata, beliau cekalkan hati dan akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementarnya.
Rahiza, 28, seorang setiausaha syarikat swasta di Pulau Pinang memberitahu demikian kepada pemberita di Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Kelantan yang bermula di sini hari ini.
Selama tempoh pameran, beliau akan tinggal bersama antara lain, tedung selar, ular senduk dan ular kapak dalam bilik berkenaan dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam.
Rahiza, yang lebih mesra dengan panggilan Baby Andryanna, berkata, ini merupakan penampilan pertamanya selepas terbabit secara serius dalam bidang berkenaan sejak enam bulan lepas. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rahiza-teruja-adakan-penampilan-sulung-sebagai-gadis-ular-1.20707#sthash.4QJgPnnm.dpuf
 KOTA BAHARU 4 Nov. - “Memang pada mulanya saya rasa agak gementar,” kata Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa dalam sebuah bilik kaca selama sebulan.

Tetapi demi memberi aksi terbaik kepada pengunjung, Rahiza berkata, beliau cekalkan hati dan akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementarnya.

Rahiza, 28, seorang setiausaha syarikat swasta di Pulau Pinang memberitahu demikian kepada pemberita di Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Kelantan yang bermula di sini hari ini.

Selama tempoh pameran, beliau akan tinggal bersama antara lain, tedung selar, ular senduk dan ular kapak dalam bilik berkenaan dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam.

Rahiza, yang lebih mesra dengan panggilan Baby Andryanna, berkata, ini merupakan penampilan pertamanya selepas terbabit secara serius dalam bidang berkenaan sejak enam bulan lepas. - BERNAMA

Rahiza teruja adakan penampilan sulung sebagai gadis ular

    Google +
KOTA BAHARU 4 Nov. - “Memang pada mulanya saya rasa agak gementar,” kata Rahiza Abdul Rahim, yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa dalam sebuah bilik kaca selama sebulan.
GADIS Ular, Rahiza Abdul Rahim, 28, menunjukan kecekapan bermain ular sempena Pameran dan Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini. --fotoBERNAMA
Tetapi demi memberi aksi terbaik kepada pengunjung, Rahiza berkata, beliau cekalkan hati dan akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementarnya.
Rahiza, 28, seorang setiausaha syarikat swasta di Pulau Pinang memberitahu demikian kepada pemberita di Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Kelantan yang bermula di sini hari ini.
Selama tempoh pameran, beliau akan tinggal bersama antara lain, tedung selar, ular senduk dan ular kapak dalam bilik berkenaan dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam.
Rahiza, yang lebih mesra dengan panggilan Baby Andryanna, berkata, ini merupakan penampilan pertamanya selepas terbabit secara serius dalam bidang berkenaan sejak enam bulan lepas. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rahiza-teruja-adakan-penampilan-sulung-sebagai-gadis-ular-1.20707#sthash.4QJgPnnm.dpuf
 
 

Bkt Kepong: 4 DVD ceramah Mat Sabu diterima

Pegawai penyiasat kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011, memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa beliau menerima empat keping DVD rakaman ceramah itu.
  
ASP Jafri Md Zain yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata tiga keping DVD yang mengandungi keseluruhan ceramah itu diterima daripada anggota polis, manakala sekeping DVD lagi diserahkan wartawan Utusan Malaysia, Mohd Asron Mustapha.
  
"Ketiga-tiga DVD merupakan rakaman penuh di tempat kejadian dengan empat orang penceramah termasuk Mohamad Sabu yang merupakan penceramah terakhir. DVD yang diterima daripada Encik Asron cuma mengandungi ceramah oleh Mohamad Sabu.

Kesemua DVD ini mengandungi ceramah yang sama.
  
"Kemudiannya, saya meminta seorang pegawai untuk menyediakan transkrip verbatim keseluruhan ceramah itu. Selepas siap, beliau menyerahkan transkrip kepada saya," kata saksi kesembilan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
  
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim berhubung siasatan dan tindakan yang diambil untuk kes itu.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
  
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.
  
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Jafri yang berkhidmat selama 19 tahun dengan PDRM, berkata siasatan itu dibuat selepas pengadu, seorang bekas tentera, dari Raub, Pahang membuat laporan polis kerana berasa tidak puas hati terhadap kenyataan Mat Sabu itu yang dibacanya dalam Utusan Malaysia.
  
Ditanya sama ada beliau pergi ke tempat kejadian, Jafri berkata: "Saya ada pergi ke tempat kejadian (Pasti Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora) bersama jurugambar dan beberapa anggota. Di sana, saya mengarahkan anggota untuk mengambil gambar. Sebanyak tujuh gambar diambil".
  
Dalam pemeriksaan balas peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mat Sabu berkaitan siasatan yang tidak menyeluruh, Jafri berkata beliau menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat pengadu.

Ditanya sama ada laporan polis itu mempunyai nilai, Jafri berkata laporan itu mempunyai nilai kerana selepas siasatan terhadap ceramah oleh Mat Sabu itu memang terdapat keterangan yang berkaitan.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah membenarkan perbicaraan kes itu diadakan di Mahkamah Kuala Terengganu kerana saksi kesepuluh iaitu waris kepada Jaafar Hassan berada di Terengganu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan bersambung 14 Disember ini.

- Bernama
 

Gopal: Dr Osman tiada motif sebelahi Anwar


 Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Pasukan pembelaan akan membalas hujah dibangkitkan peguam pendakwaan yang dilantik kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Walaupun hanya ditetapkan selama dua hari pada asalnya, pendengaran rayuan Anwar itu memasuki hari ketujuh hari ini.

Pihak pembelaan dan pendakwaan masing-masing sudah mengambil tiga hari untuk menyelesaikan penghujahan mereka.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Mahkamah itu meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Barisan 14 peguam-peguam bela Anwar diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

LAPORAN LANGSUNG:

7.00pm Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 3 petang esok.

6.40pm: ‎Gopal mempertahankan tindakan Karpal Singh yang mahukan dokumen berkaitan.

Menyentuh soal Dr Osman, Gopal berkata, beliau tidak ada di situ untuk mempertahankan diri jadi tugas itu akan diambil olehnya.

“Negara ini mengundangnya menjadi doktor, kerana dia warganegara asing. Dia pulang ke tempat asal selepas tamat berkhidmat.

“Dia tidak motif untuk menyebelahi perayu (Anwar).”

“Nota-notanya menunjukkan alat plastik diguna untuk memasukkan,” katanya.

6.25pm: Gopal berkata, peruntukan dalam kes 'Tandoor' di India yang dipetik Shafee berbeza dan tidak boleh digunakan di sini.

6.20pm: Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak boleh dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.

6.15pm: Peguam bela berkata, prinsip itu hanya terpakai dalam kes dadah.

Gopal merujuk kepada testimoni Saiful berhubung "tanpa kerelaan".

“Tidak betul untuk memberikan konotasi berbeza."

6:10pm Gopal berhujah berhubung adverse inference yang boleh mengaitkan Anwar, jika saksi alibi tidak dipanggil.

6.03pm: Gopal membaca keterangan Saiful berhubung KY jelly.

Saiful, katanya, menawarkan KY jelly sebagai ekshibit pada 28 Jun tetapi Jude enggan menerimanya dan hanya merampasnya di pejabatnya pada hari kemudiannya.

5.29pm: Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.

Shafee meminta rehat sebentar sebelum menjawab hujah-hujah Gopal.

Hakim membenarkan rehat 20 minit untuk berhenti solat.

5.26pm: Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's. Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.

5:20pm: Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya. Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

“Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.

4.57pm: Gopal berkata keterangan Saiful berhubung insiden sebelumnya tidak boleh diterima.

5.13pm: Walaupun hujan lebat, penyokong Anwar kini berzikir bagi mendoakan supaya dibebaskan.

4.53pm: Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.

Gopal kini membaca keterangan Anwar daripada kandang (dok).

4.47pm: Gopal berkata, Saiful bukan lelaki biasa kerana dia cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ketika itu Farah Azlina Abdul Latif.

4.45pm: Cuaca di Putrajaya kini gelap gelita dan hujan lebat.

Bagaimanapun penyokong Anwar tidak berganjak daripada perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka kini berteduh di khemah yang berada di hadapan Mahkamah Persekutuan yang dipasang sempena sebuah karnival pada hujung minggu ini.

Naib presiden merangkap setiausaha agung PKR Rafizi Ramli turut memberitahu penyokong Anwar bahawa ketua pembangkang mungkin dibebaskan.

4.40pm: Gopal berkata, Saiful malah menggoda anggota pasukan pendakwaan.

4.30pm: Perkara itu, kata Gopal, merosakkan kes pendakwaan.

“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.

4.24pm: Ram berkata, hakim telah melawat tapak itu tetapi hakim Arifin berkata lawatan itu tidak direkodkan.

Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.

Shafee dalam penghujahannya berkata permaidani itu dipindahkan ke unit lain.

4.21pm: Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,” katanya.

4.13pm: Gopal berkata, permaidani sutera China dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis Supt Amidon Anan.

Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”

“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu. Gopal menjawa dia mengenal pastinya.

4.06pm: Peguam bela utama Gopal Sri berkata, kes pihak pendakwaan dalam insiden sebelum ini berdasarkan kemungkinan.

Beliau kemudian merujuk kepada laporan polis Saiful yang menyebut insiden berlaku pada jam 3.30 petang di unit 11-1-5, Kondominium Desa Damansara.

Kata Gopal, dalam kes pendakwaan, perincian kesalahan itu daripada keterangan Saiful menyebut dia dipaksa mengambil posisi di atas permaidani.

“Pelakuan itu dilakukan atas permaidani dan itu kes pendakwaan,” katanya.

3.55pm: Gobind kini merujuk pada testimoni palsu DSP Jude di Suhakam dan juga kes Teoh Beng Hock berhubung sampel DNA yang tidak dapat dikenal pasti pada tali pinggang si mati.

Pegawai penyiasat dalam kes Teoh, kata Gobind, bertindak proaktif dalam memangil anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan sampel, bagi mengecualikan diri mereka.

“IO (pegawai penyiasat) dalam kes Anwar tidak melakukan perkara itu,” katanya.

3.43pm: Gobind berkata, terdapat ada yang tidak kena dalam kes itu apabila dia diliwat oleh seorang, sedangkan keterangan mencadangkan terdapat dua orang meliwatnya.

Ini kerana, katanya, terdapat alel 18 dan dengan hakikat itu sahaja pun Anwar patut dibebaskan.

Gobind berkata, Shafee menyebut bahawa alel 18 mungkin daripada Dr Osman dan ia seperti Shafee menyokong hujah pasukan pembelaan.

3.32pm: Gobind membangkitkan kes Hanif Basree, yang mana hakim Abdull Hamid Embong menjadi hakim perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu serupa apabila terdapat keterangan berhubung DNA tertuduh dan terdapat juga DNA pihak lain dalamnya.

“Terdapat keterangan bahawa ia 18 alel (pihak lain).”

Hanif, seorang jurutera di Shah Alam, dibebaskan daripada kes pembunuhan Norita Samsuddin kerana terdapat kehadiran air mani atau DNA orang lain.

Gobind menggesa mahkamah menolak keterangan daripada lokap dan persoalan bagaimana Lelaki Y sampai kepada ekshibit.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa Lelaki Y adalah perayu.”

3.25pm: Gobind berkata, anak guamnya cuba dikaitkan dengan “Lelaki Y”.

Katanya, Mahkamah Tinggi menyebut, oleh kerana Anwar satu-satunya yang berada dalam sel, Lelaki Y haruslah dia.

Bagaimanapun, kata Gobind, orang lain juga mungkin mempunyai akses kepada sel yang digunakan Anwar.

“Penemuan ini berdasarkan penghunian tunggal, tetapi jika terdapat orang lain yang mempunyai akses langsung kepada sel, bagaimana pula,” soalnya.

3.22pm: Gobind Singh Deo pula memulakan penghujahannya.

3.15pm: Sangget berkata, pihak yang memiliki alel 18 mungkin seorang pelaku.

Katanya, hakim perbicaraan benar apabila ia pada mulanya tidak mengakui bahawa tiga barangan yang diambil daripada sel – iaitu botol air mineral, berus gigi dan tuala.

“Tanpa barang-barang ini, ia tiada sebarang kaitan dengan Anwar dan ini membawa kepada persoalan siapa sebenarnya 'Lelaki Y',” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga turut hadir mengikuti perjalanan prosiding.

3.00pm: Sangeet berkata, polis terdesak apabila Anwar tidak membenarkan spesimennya diambil dan ia mendorong mereka menggunakan cara yang boleh dipertikai.

2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi tidak berfungsi.

Katanya, mahkamah oleh itu harus menolak keterangan mengikut keadaan dan menerima keterangan langsung.

Sangeet berkata, terdapat dua orang anggota polis menjaga sel itu tetapi tidak dipanggil sebagai saksi dan mencadangkan sampel itu mungkin datang daripada mereka.

Katanya, sampel itu diperoleh melalui cara tidak adil jika mahkamah memutuskan menerimanya.

2.30pm: Sangeet Kaur (kanan) pula memulakan penghujahannya.

Beliau berkata, bukan DNA Anwar yang berada dalam dubur Saiful, tetapi “Lelaki Y'.

Sangeet membangkitkan perkara sama, iaitu polis tidak melihat Anwar memberus gigi menggunakan berus gigi yang diberikan.

Peguam bela berkata demikian ketika pihak pendakwaan merujuk kepada testimoni polis bahawa Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

2.26pm: Mahkamah bersambung semula.

Kelihatan bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali dan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen hadir mengikuti perkembangan kes.

1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.

1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.

Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan, kata Ram.

“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.

Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.

12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam prosiding yang lain.

Beliau merujuk tindakan Jude (kiri) membuka beg plastik P27.

Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti didakwa Saiful.

Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.

“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak), dan ini bertentangan dengan 'Kes Tandoori' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan perdana menteri India.”

12.35pm: ‎Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.

Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.

“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”

Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai polis bukan saksi berwibawa.

Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai polis.

12.31pm: Ram sekarang cuba membersihkan reputasi Dr Brian McDonald (kanan) ekoran keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mendakwa beliau seorang pakar dan hanya pandai berteori.

Shafee sebelum ini berkata, pengakuan McDonald tidak diterima walaupun di Australia, negaranya sendiri.

12.20pm: Ram memberi amaran bahawa garis panduan harus diikuti dan salinannya patut disediakan kepada pihak pembelaan.

Katanya, jika tidak diberikan, ia akan menyebabkan seseorang itu disabitkan membunuh atau kesalahan lain, kerana garis panduan tidak diberikan atau ahli kimia tidak mengikutinya.

12.12pm: Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.

Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.

Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar cakap.

Ram bersetuju dan berkata ia bukan sampel yang sama adan Saiful tidak diliwat.

12.07pm: Oleh itu, Ram berkata, terdapat persoalan sama ada penembusan sebenarnya berlaku.

12 tengah hari: Ram kini berhujah sekitar isu penembusan.

Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.

“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.

Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.

Shafee menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar memancutkan mani dalam duburnya “seperti biasa”.

Sementara itu, suasana di perkarangan Istana Kehakiman meriah apabila permainan 'kuiz' (kanan) berkisar kes liwat II itu diadakan.

Penyokong yang berjaya menjawab soalan dengan tepat turut diberikan hadiah hamper.

Kartunis Zunar sebagai pengadil turut memakai pakaian seperti hakim dengan mengenakan rambut palsu berwarna putih dan jubah hitam.

Antara soalan yang ditanyakan dalam permainan kuiz itu ialah siapakah hakim bagi pendengaran kes liwat II dan apakah jenama dan saiz seluar dalam Saiful. [Baca lanjut]

11.52am: Mahkamah bersidang kembali.

Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, pendakwaan sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.

“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.

Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.

11:13am: Mahkamah berhenti berehat sebentar. Akan bersambung semula pada 11.30 pagi.

11:20am: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang kelihatan dalam mahkamah.

Dua cucu kecil Anwar juga berada dalam mahkamah.

11:05am Ram berkata, tiada keraguan bahawa pihak pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, sebaliknya tiada kemerosotan pada calitan daripada bahagian intim.

Ram bertanya bagaimana sampel itu boleh berada dalam keadaan asli sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti disarankan.

Justeru, kata Ram, ia menunjukkan bahawa sampel itu bukan sampel yang sama dan boleh jadi sudah dikompromi.

10.43am: Hakim Tan Sri Suriyadi Halim bertanya, jika 18 alel itu asing, ia tidak menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu (seperti daripada lokap dan Saiful).

Ram menjawab bahawa ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium).

Ram berkata ahli kimia Seah (kanan) juga setuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam.

Katanya, walaupun tidak menggunakan perkataan “asli”, Seah setuju bahawa tiada kemerosotan sampel.

Bagaimanapun, kata Ram, Seah bersetuju bahawa kemerosotan akan berlaku.

10.40am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 200 orang kini berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman.

Selain berkumpul mereka turut membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin PKR.

Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan bertulis "Jangan biarkan ini berlaku lagi" turut disebarkan kepada orang ramai.

Selain itu, peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual baju-T bertulis "Rakyat Hakim Negara”, payung dan kerusi lipat kepada peserta himpunan.

10.30am: Ram berkata, spekulasi dan andaian tidak boleh dibuat dalam isu itu.

Katanya, pencemaran berlaku atau kesimpulan yang boleh dibuat adalah sampel itu telah dikompromi.

1020am: Ram berkata, 18 alel muncul pada tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.

Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati.

Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.

“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala 'good morning'.”

Pihak pendakwaan menjelaskan, ia mungkin datang daripada Dr Mohd Osman Abdul Hamid tetapi tiada bukti.

Justeru, ia hanya boleh dikatakan sebagai kemungkinan.

Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk dikaitkan dan dispekulasi dengan doktor Dr Osman (atas).

“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.”

10.10am: Peguam bela Ram Karpal merujuk kepada tuala 'good morning' yang terdapat kehadiran 18 alel.

Ahli kimia Nor Aidora Saedon berkata 18 alel itu merupakan stutter.

“Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukan stutter, dan ia sepatutnya dilaporkan.”

Daripada testimoni Nor Aidora, ahli kimia itu kemudian bersetuju bahawa tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri.

“Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan.”

10am: Ram berkata peguam kerajaan Dr Seah Lay Hong menyebut, 18 alel boleh berlaku pencemaran secara sporadic.

9.38am: Peguam bela Ram Karpal memulakan hujah balas terakhir pasukan pembelaan.

Beliau membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu kes Saiful Bukhari Azlan.

9:32am: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan menyentuh isu itu.

Hakim Tan Sri Arifin Zakaria bagaimanapun menyuruh prosiding perbicaraan diteruskan.

930am: Shafee (kanan) berkata beliau diarahkan oleh peguam negara untuk membangkitkan kenyataan Anwar di media yang menurutnya serius dan menghina mahkamah.

Tulisan dirujuk itu berjudul "Go back to law school, Anwar tells Shafee" dalam Malaysiakini.

9:27am: Mahkamah bersidang. Anwar melangkah ke kandang (bawah) sambil tersenyum kepada pemberita.

9am Mahkamah yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang kini padat.

Antara kelihatan dalam mahkamah exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan bekas timbalan menteri perumahan Datuk Lajim Ukin.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba ke dalam mahkamah.

8.30am: Kira-kira 50 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berada di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Penyokong Anwar semakin bertambah dari masa ke masa.

Di luar Istana Kehakiman juga kini terdapat deretan khemah sempena karnival yang akan diadakan hujung minggu ini.


Sabtu, 18 Oktober 2014

'Kini rakyat bayar cukai bahan api'

Seorang pemimpin DAP Perak mendakwa rakyat kini bukan sahaja membayar harga RON95 tanpa subsidi tetapi juga harga yang lebih tinggi dari pasaran.

Ketua biro ekonomi, Chong Zhemin berkata harga petrol di pasaran dunia semalam berada pada tahap US$84.47 (RM277).

Beliau memetik satu analisis AmResearch yang menyebut, RON95 sepatutnya pada tahap RM2.30 seliter tanpa sibsidi kerajaan sekiranya harga pasaran dunia pada tahap US$84.80 (RM278).

“Rakyat Malaysia sekarang secara langsung membayar cukai bahan api sebanyak RM95,” katanya yang merujuk kepada penurunan harga pasaran dunia sebanyak US$0.53 (RM1.74) setong.

Chong berkata, AmResearch menganggarkan bahawa harga minyak pasaran dunia akan terus turun sebanyak 10 peratus, yang akan mengecilkan lagi bayaran subsidi kerajaan sebanyak RM35.6 bilion.

“Dengan harga pasaran minyak dunia jatuh lebih 11 peratus, Putrajaya mesti lebih telus mengenai cara untuk membelanjakan subsidi bahan api RM35.6 bilion,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menggesa agar kerajaan mengurangkan harga RON95 dan diesel berkuatkuasa serta merta.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya memindahkan jumlah penjimatan subsidi kepada pemilik kenderaan yang sudahpun membayar jumlah yang besar dalam bentuk cukai berkaitan pengangkutan.

Menurut Bajet 2015, kerajaan akan mengutip sejumlah RM17.3 bilion cukai berkaitan pengangkutan melalui duti eksais, cukai jualan kereta, duti import dan lesen kenderaan.

Kerajaan pada awal bulan ini mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, yang menjadikan harga masing-masing meningkat kepada RM2.30 dan RM2.10.

Menteri: Ramai penerima BR1M tiada akaun bank

 

Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berharap mereka yang masih belum membuka akaun bank supaya berbuat demikian dengan segera supaya bayaran BR1M tahun depan sebanyak RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar.

"Selepas membuka akaun, mereka boleh menyerahkan maklumat terbabit kepada penghulu, ketua kampung atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat supaya kita (Kementerian Kewangan) boleh mengemas kini data," katanya kepada Bernama di Kampung Parit Datuk Onn, baru-baru ini.

Katanya mereka yang masih belum membuka akaun bank boleh berbuat demikian di cawangan atau ejen Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank atau CIMB.

Menurut Ahmad, penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang untuk menerima bantuan kewangan itu yang akan disalurkan kepada akaun bank mereka menerusi tiga kali pembayaran.

Fasa pertama pembayaran BR1M akan dilakukan pada Jan tahun depan sebanyak RM300, katanya.

Ahmad berkata pemberian BR1M bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti pembelian barangan keperluan dapur dan bukannnya untuk membayar hutang kenderaan dan lain-lain.

"Jikalau perbelanjaan dapur bulanan satu isi rumah itu secara puratanya adalah sebanyak RM300, BR1M dapat menampung selama tiga bulan perbelanjaan dapur isi rumah terbabit," katanya.

Bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan purata perbelanjaan dapur sebanyak RM400 sebulan, BR1M itu mampu menampung dua bulan perbelanjaan dapur mereka, katanya.

"BR1M bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat," katanya.

- Bernama

'Terima kasih, KJ boleh simpan borang Umno'

"Terima kasih, tapi Khairy boleh simpan borang Umno atau bagi pada orang lain," begitulah reaksi aktivis Adam Adli Abdul Halim berhubung hasrat ketua Pemuda Umno Malaysia itu untuk mempelawanya menyertai Umno.

"Saya ada banyak borang kes di mahkamah yang perlu diisi, termasuk kes hasutan," katanya menguls laporan mengenainya semalam.

Kehadiran Adam menarik perhatian, termasuk Khairy Jamaluddin, (kanan) di dialog anjuran akademik naungan Pemuda Umno kelmarin.

Dialog Evolusi Politik Anak Muda Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) itu berlangsung di Kelana Jaya.

Khairy yang merupakan panelis di dialog tersebut secara berseloroh berkata beliau mahu memberi borang keahlian Umno kepada aktivis tersebut.

“Adam Adli (kanan), ada tadi tapi dia balik dah dan saya tak sempat bagi borang ahli Umno pada dia” kata Khairy kepada hadirin.

“Mungkin saudara-saudara tidak perasan, tapi saya perasan, (Adam) dah keluar dewan dah tadi," Khairy dilaporkan berkata.

Mengulas perkara itu, Adam memberitahu Malaysiakini: "Saya pulang awal bagi peluang untuk Khairy berucap  pada penyokong beliau. Saya tetamu biasa, tak penting pun."

Mengenai kehadirannya di majlis dialog itu, Adam berkata beliau hadir atas jemputan santai dari beberapa rakan yang turut terlibat dengan AKHI.

"Saya kira ini peluang yang baik untuk lihat sendiri kehebatan Khairy sebagai pemimpin pemuda. Siapa tahu ada input yang dapat saya kutip," tambahnya.

Khairy memberitahu hadirin bahawa beliau dimaklumkan oleh seorang pegawainya tentang kehadiran Adam di forum itu.

Khairy juga menggunakan tindakan aktivis pelajar itu - yang pertama kali menarik perhatian negara apabila dia menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) di hadapan ibu pejabat Umno - sebagai contoh apa yang pemimpin belia tidak harus teladani.

Dalam ucapannya itu juga, Khairy turut memberitahu bahawa AKHI bukan akademi untuk melahirkan pemimpin radikal seperti aktivis tersebut.

 "Kita tidak mahu pemimpin radikal seperti Adam Adli," kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi.

Mengulas mengenainya, Adam berkata AKHI memang bukan tempat untuk melahirkan pemimpin radikal.

"Pemimpin yang radikal hanya mampu lahir dari kemelut rakyat, dan perjuangan di jalan raya," katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Adam kerana menghasut, berhubung ucapannya di sebuah forum pada 13 Mei 2013 mendesak supaya kerajaan BN ditumbangkan.

Anwar tetap pulang hadapi keputusan Liwat II

 Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk  pulang ke tanah air bagi menghadapi keputusan perbicaraan kes Liwat II, walau tahu benar bahawa beliau mungkin akan dipenjara.

"Kebanyakan cendekiawan Islam menggesa saya untuk terus berada di sini (United Kingdom) kerana mereka tidak dapat menduga betapa sukarnya melihat saya dipenjara.

"Saya kata, 'tidak'. Ini adalah soal pendirian, saya tahu benar kesusahan dan dugaan yang harus dihadapi dalam melawan sistem yang korup dan tidak telus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara disiarkan akhbar UK, Telegraph. Anwar berada di negara itu untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa bertindak mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara Islam.

Mahkamah pada Mac lalu mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, namun beliau masih bebas sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau akan meringkuk di penjara sekali lagi sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober tidak memihak kepadanya.

Anwar, 67 didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium pada 2008, yang dinafikan oleh ketua pembangkang itu.


Achmad Abdollah · Top Commenter · Works at Government

 Anwar hanyalah sebagai individu yang memberikan semangat dan jalan kepada rakyat untuk bangkit bersama2 menentang kezaliman.. Jika ada individu lain selain Anwar dan mempunyai semangat juang dalam menyatukan rakyat semua lapisan dalam politik bagi menentang parti politik yang bermasalah tentu rakyat akan tetap berjuang bersama-sama dan menyokongnya... kebetulan hanya individu itu Anwar dan dari bekas pemimpin umno maka malangnya perjuangannya dipertikaikan dengan memberi pelbagai tuduhan dsbnya oleh pihak dari parti sebelah sana. Aku percaya umno akan gembira jika mereka dapat jatuhkan Anwar kerana mereka fikir rakyat menyokong beliau kerana dirinya bernama Anwar.

Aku harap ada pemimpin lain yang tampil lebih hebat darinya untuk memperjuangkan nasib rakyat melalui politik dan ketika itu aku percaya umno akan mencari alasan lain pula untuk menjatuhkan individu tersebut.. ketika itu macai akan tahu yang pemimpin mereka hanya berjuang untuk menjatuhkan individu yang menganggu periuk nasi mereka dan bukannya menjatuhkan seseorang yang hanya bernama Anwar Ibrahim..

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bajet 2015: Surat terbuka buat menteri kewangan

 

ULASAN Buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Di ambang Bajet 2015, izinkan saya membuat hanya satu teguran sahaja dan akan susuli dengan yang lain kemudian. Memang ia tidak akan dapat merubah apa-apa seperti yang telah termaktub dalam Rang Undang-Undang Bekalan Perbelanjaan 2015.

Surat terbuka ini bertujuan sekadar mengingatkan YB Menteri Kewangan dalam rangka nasihat serta semak-imbang sekaligus seperti dianjurkan lisan Rasulullah SAW: "Bahawa agama itu nasihat.”

Ini bajet keenam YB sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada April 2009. Ia bajet terakhir menutup tirai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula pada tahun 2011 dan tamat tahun 2015.

YB tidak perlu dingatkan bajet adalah alat fiskal utama sesebuah kerajaan demokrasi yang mengatur susun perbelanjaan dari sumber pendapatan.

Bajet juga membuat anggaran tentang tahap pertumbuhan yang ingin dicapai buat tahun tertentu, sekaligus menangani tahap inflasi dan pengagguran (unemployment).

Itu aspek makroekonominya. Pujian boleh diberikan kepada YB tentang tahap pengangguran yang rendah di negara kita ini.Terkini 2.4%.

'Gagal capai KPI'

Sayugia saya ingatkan sejak 2009, YB tidak berjaya mencapai tahap ‘lulus’ dalam ‘KPI’ yakni ‘6% pertumbuhan ekonomi’ yang YB sendiri sasarkan.

Ya YB gagal, dan hanya capai 4.5% hingga 5% sahaja secara purata. Sebab itu saya memahami YB sangat seronok kerana mencapai 6.2% pada suku pertama dan 6.4% pada suku kedia tahun ini (2014).

Saya juga faham mengapa YB suruh penerangan Umno dibuat seluruh negara tentang ‘kejayaan’ tersebut.

Yakinlah YB, bahawa rakyat tidak akan marah YB jika tidak kesampaian angka yang ingin dicapai.

Seandainya YB berjaya capai melebihi 6% pertumbuhan pun, rakyat juga tidak memahami erti dan mungkin tidak pun dapat merasakan kesan baiknya kepada kehidupan mereka.

Nah ketahuilah YB sesungguhnya angka-angka makroekonomi ini tidak punya erti bagi rakyat teramai kecuali segelintir yang benar-benar celik ekonomi.

Namun YB seandainya saya dedahkan kepada mereka dan ‘menghasut’ mereka bahawa YBlah menteri kewangan yang bukan sahaja ‘gagal’ mencapai markah lulus bahkan sebaliknya adalah menteri kewangan yang culas dan cuai dalam tadbir-urus kewangan awam negara yang diamanahkan rakyat, maka kesannya adalah berat kepada YB!

Berhenti berboros

Saya minta dalam surat terbuka ini, supaya YB berhenti membelanjakan sumber pendapatan negara dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai dan terkadangkali tidak telus dan bertanggungjawab!

Mengikut rekodnya, YBlah Menteri Kewangan yang ‘tidak pernah gagal’ memohon “Perbekalan Tambahan” atau mudahnya ‘Bajet Tambahan’ setiap tahun sejak 2009. Saya boleh memahami keperluan YB untuk memohon bajet tambahan tahun 2009 sebab kemelut atau krisis ekonomi.

Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ atau ‘fiscal stimulus’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasarkan teori Keynesian.

Ya betul, tetapi YB ‘kesedapan’ dan ‘ketagih’ memohon paling tidak dua kali setahun sehingga kini, hampir-hampir RM20 bilion setiap tahun.

Hentikan tabi’at ini... Stop the overspending!

Lebih buruk lagi, perbelanjaan sebenarnya telah dibuat dahulu dan permohonan dibuat kemudian sekaligus menjadikan Parlimen satu ‘Rubber Stamp’! Bahkan paling tidak sopan, kerajaan UBN sengaja mengunjurkan ‘pendapatan yang rendah’ (revenue) supaya ‘defisit budget’- nisbah pendapatan- rendah.

Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan Kabinet memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan ‘defisit fiskal’- nisbah KDNK - yang lebih tinggi sebab ‘pungutan cukai lebih baiknya’ kononnya.

Trik lama ini YB dan PM Umno-BN dahulu telah lama guna. Tetapi YBlah yang paling ‘cemerlang’ dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!

Lepasi had hutang

Akibat dari tabiat ini, kerajaan Persekutuan telah melepasi ‘had hutang’ yang tidak diizinkan oleh dua akta yang digubal oleh parlimen dalam kerajaan BN sendiri.

YB sedia makulm bahawa Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Dana Kerajaan (1983) tidak mengizinkan kerajaan Pusat meminjam lebih dari 55% dari KDNK.

Pada April 2014 buat julung kalinya, kerajaan Persekutuan telah melepasi had statutori ini. Apakah YB tidak sedar atau buat-buat tidak sedar atau memang tidak kisah? Kalau tidak mahu kisah atau patuh kita batalkan sahaja Akta-akta tersebut!

Ya, mungkin tidak ada siapa yang boleh menghukum YB, namun YB sewajarnya tahu sendiri bahawa akibat tabi’at culas inilah yang telah meletakkan ‘Penguatkuasaan GST April tahun 2015’ telah menjadi satu ‘Wajib’! Sebabnya?

Ya, sebabnya wajar jelas kepada rakyat kini. Bahasa ekonomi canggihnya YB, negara kini memerlukan agenda “Konsolidasi Fiskal’. Dengan kata lain, justeru kerana:

(i) Hutang yang telah melepasi 55% KDNK (meskipun bukan hutang luar) dan;

(ii) Defisit Fiskal atau ‘Berbelanja lebih dari Pendapatan’ untuk 16 tahun berturut-turut, maka kerajaan diancam oleh Agensi-agensi Penarafan (Rating Agencies) untuk menurunkan ‘Penarafan Kredit’ (Credit Rating), sekaligus akan menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan yang tidak menarik dan kos pinjaman yang dibuat yang tinggi.

Peringatan dan pencerahan

Kini YB terpaksa melakukan dua perkara ‘Wajib’ untuk menyelamatkan kedudukan kewangan Negara. Rakyat juga mesti kami fahamkan akan hakikat perkara ini.

Atas nama ‘Konsolidasi Fiskal’ juga maka YB telah sanggup untuk “Mendahulukan Rakyat’ untuk berkorban dan dikorban menyelamatkan kedua-dua kedudukan ‘Hutang dan Defist Fiskal’ yang disebutkan tadi.

Rakyat diminta berkorban untuk melaksanakan lagi polisi YB yang diberi nama canggihnya ‘Rasionalisasi Subsidi’ dan keduanya pengenalan dan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST! ‘Rasionalisasi Subsidi’ bermaksud mudahnya ‘aku tak boleh tanggung kau lagi’.

GST juga membawa padah kepada rakyat. Senarai warta barangan masih tidak YB gazettkan sehingga kini... petrol masuk ke dalam kategori 6% GST?

YB sedia maklum kesan dan akibat dari penarikan pelbagai subsidi, khasnya bahan bakar terutama petrol dan diesel. Sangat berat hempitan dan derita kepada rakyat akibat kesan berantai sebab bahan-bahan ini meningkatkan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan!

Akhir kalam,YB boleh menyeronokkan hati rakyat dengan penambahan bayaran BRIM dan pelbagai lagi. Ketahuilah bukan ‘handout’ atau pemberian-pemberian itu yang rakyat nanti-nantikan!

Tetapi yang dimahukan dan dihajati rayat adalah segala sumber khazanah dan aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh keamanahan dan kebertanggungjawaban. Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran bermula dari atas sehingga ke bawah.

Barulah benar-benar akan diturunkan Allah keberkatan dan kesejahteraan dan kemakmuran yang hakiki. Semoga memberi sedikit peringatan dan pencerahan kepada YAB.


DR DZULKEFLY AHMAD adalah pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Kadar BR1M dinaikkan untuk semua penerima

 
Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal kerajaan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Pemberian BR1M untuk isurumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, dinaikkan daripada RM650 kepada RM950.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian dalam ucapan bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

"Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015," katanya.

Katanya, bagi isirumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.

Ia juga akan dibayar sebanyak tiga kali, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapaptan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350.

"Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan," katanya.

Perdana menteri berkata, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang telah diperkenalkan sebelum ini, dengan skim khariat kematian.

"Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," tambahnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.
  
Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan tersebut dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  
Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
  
Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  
Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat pertama kalinya diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Putrajaya masih elak jawab soalan jet Najib

 
Putrajaya hari ini menutup kemas mulut mereka apabila ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan jet rasmi negara untuk bercuti di Eropah selepas selesai melakukan satu lawatan rasmi ke Netherland.

MP Seremban, Anthony Loke menggesa Putrajaya agar mendedahkan laluan pesawat Airbus A319CJ dikenali sebagai NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang terbang di Eropah di antara 1 hingga 15 Ogos lalu.

Anthony juga menggesa agar perincian kos serta tujuan pesawat itu terbang di antara tarikh itu didedahkan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi yang membawa Najib dan isterinya serta delegasi rasmi ke Netherland untuk lawatan berkait tragedi pesawat MH17.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Jawapan bertulis Shahidan juga tidak menjawab laluan pesawat itu selepas urusan rasmi Najib selesai dilakukan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Joki kereta maut, 12 cedera letupan depan kelab malam

 

Seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom 'molotov cocktail' dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
  
Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah Tiong Kwong Yie, 36.
  
Unit Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kenyataannya hari ini berkata pekerja joki berkenaan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan akibat kecederaan parah yang dialami mangsa.

"Daripada 13 mangsa letupan bom itu, 11 orang menerima rawatan di HKL, manakala dua lagi dirawat di hospital Gleneagles, di sini," katanya.
  
Kenyataan itu juga berkata daripada 13 mangsa itu, tujuh merupakan rakyat tempatan, empat warga China, Singapura (satu) dan Thailand (satu).
  
Menurut HKL lagi 11 mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL dengan dua mangsa sedang mendapatkan rawatan resusitasi manakala lapan lagi
dirawat di Intermediate Care Ward kerana cedera ringan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kepada pemberita dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, terdapat
individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom berkenaan dari aras dua tempat letak kereta bangunan Sun kompleks itu.
  
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.
  
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kawasan letupan itu telah ditutup kepada umum untuk siasatan membabitkan unit pakar bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Unit Tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengalihkan kereta di tempat kejadian dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Mazda, BMW dan Toyota Camry.
  
Vellfire berkenaan tertanggal bumper hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.
  
Bom kedua diletupkan oleh unit pemusnah bom pada 12.35 tengah hari tadi.
  
Premis berdekatan di tempat kejadian antaranya Public Bank, Pusat Beli-Belah Hai-O turut ditutup sementara, ketika operasi meletupkan bom kedua dijalankan.
  
Pengurus Hotel Federal, Shaun Sylvester, 29, berkata beliau terkejut mendengar letupan kuat berlaku di luar hotel berkenaan pada awal pagi tadi.

"Saya menyuruh pengawal keselamatan hotel menyiasat apa yang berlaku dan mereka memaklumkan berlaku kejadian letupan.
  
"Saya lihat orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, ada yang terbaring berlumuran darah dan ada yang panik dengan suasana itu," katanya kepada Bernama.
   
Katanya, beberapa pemandu teksi dan orang ramai bertindak menghantar mangsa yang cedera ke hospital.
   
Bagi Kamarul Baharin, 41, pemandu pelancong menyatakan rasa bersyukur kerana terselamat ketika baru mengambil pelanggannya di kawasan berkenaan.
  
"Saya mahu ambil orang di Hotel Capitol...van saya baru sahaja melepasi selekoh di lokasi kejadian ketika letupan itu berlaku...mujur selamat, jika tidak pecah cermin van ini," katanya.
  
Beliau berkata sepanjang berkhidmat sebagai pemandu pelancong di kawasan itu sejak setahun lalu, ini merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku.
  
- Bernama

Selasa, 30 September 2014

Aliff Aziz curi 2 telefon bimbit, bakal dipenjara

  • Aliff Aziz Aliff Aziz
PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

Tragedi MH370, MH17 tarik perhatian penerbit filem


  • MH17
BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370, yang masih hilang, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, ke dalam hasil karya mereka untuk tontonan umum.
  
Apatah lagi, perkara berhubung fakta dan misteri yang masih menyelubungi kedua-dua tragedi yang jarak berlakunya hanya tiga bulan sahaja, menjadi perkara utama penerbit dan pengarah akan paparkan untuk menarik penonton menyaksikan hasil kreatif mereka.
  
Satu treler untuk filem mengenai kehilangan pesawat MH370, "The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane" disiarkan pada festival filem Cannes. Filem itu dikatakan akan dihasilkan oleh pengarah India, Rupesh Paul, yang dikatakan mendapat ilham daripada tragedi itu, yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
  
Meskipun ramai yang menganggap filem Paul yang menyorot andaian kejadian dalam pesawat MH370 adalah tidak menarik dan masih terlalu awal kerana pesawat itu masih belum dijumpai serta punca kemalangan masih belum dipastikan, sejarah menunjukkan bahawa para penerbit mengambil kesempatan terhadap tragedi yang berlaku untuk menarik penonton ke layar perak atau pentas.

Penerbit mengambil kesempatan keatas tragedi

Sejarah penerbitan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin sekitar 1980-an serta pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 memperlihatkan kisah kehidupan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan berjaya dipersembahkan ke layar perak.
  
Misalnya, teater kisah Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 adalah satu lagi hasil sejarah yang kemudian berjaya dialihkan ke sebuah lakonan layar. Natrah memaparkan peristiwa seorang budak perempuan bernama Natrah yang dibela satu keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang warganegara Belanda sehingga mengakibatkan 18 nyawa melayang dan 200 cedera akibat Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950.
  
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Mohd Rosli berkata tragedi pesawat MH370 dan MH17 tidak mustahil dapat difilemkan oleh pengkarya sekiranya mereka bijak mengolah insiden itu menjadi sebuah fiksyen yang menarik.
 
Apapun ada had

Menurut beliau, realiti sebenar yang berlaku boleh divisualkan asalkan mendapat kebenaran daripada ahli keluarga, kerajaan atau syarikat penerbangan itu sendiri.
  
"Saya tidak menafikan ramai karyawan yang berminat namun mereka bimbang dengan halangan yang wujud seperti sensitiviti keluarga mangsa tragedi, mengganggu siasatan dan memburukkan nama negara", katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
  
Jurey berkata kerajaan harus memberi galakan yang positif kepada setiap penggiat seni dengan membenarkan tragedi MH370 dan MH17 dilihat dari sudut kemanusiaan supaya penterjemahan kisah benar itu dipersembahkan dari sudut yang menarik.
  
"Contohnya, pengarah boleh menggambarkan keikhlasan sukarelewan yang bekerja siang dan malam, peranan kerajaan yang bersikap positif ketika berdepan dengan keluarga mangsa nahas serta media asing ataupun istiadat penerimaan mayat mangsa yang dilaksanakan dengan penuh tertib", katanya.
  
Jelas beliau, walau apa bentuk medium yang bakal dipaparkan, namun cerita keperitan, rintihan dan kesedihan ahli keluarga mangsa boleh divisualkan asalkan jalan ceritanya tidak lari daripada kisah sebenar.
 
Fiksyen  

"Bagaimanapun, perlu diingat, pengkarya hanya mengambil 10 peratus daripada kisah sebenar manakala selebihnya adalah melalui fiksyen yang lahir daripada kreativiti pengarah dan pelakon", katanya.
  
Jurey menegaskan walaupun melibatkan kos yang tinggi namun beliau yakin hasil kerja mengenai tragedi MH370 dan MH17 mampu diangkat sebagai naskah agung serta tidak mustahil mampu menyertai Festival Filem di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
  
Pengarah teater, Khusiary Mahayuddin berkata beliau berminat untuk memindahkan tragedi MH370 dan MH17 ke pentas teater namun memahami kesukaran yang bakal dilalui untuk pementasan itu direalisasikan.
  
Khusairy berkata kualiti skrip yang telah dinilai oleh pihak berwajib perlu dititikberatkan sebelum berani mengambil risiko mementaskan tragedi MH370 dan MH17 dalam konsep 'monodrama'.
  
Jelas beliau, elemen kemanusiaan dalam tragedi MH370 dan MH17 akan dapat diketengahkan supaya mesej positif dalam kisah itu dapat diluahkan dengan baik.
 
Teater  

"Ini akan dibantu melalui aspek visual, audio, pencahayaan serta kekuatan pelakon itu sendiri menterjemahkan setiap watak dalam teater berkonsepkan kesedihan ini", katanya.
  
Khusiary berkata menghasilkan teater daripada kisah benar memerlukan kos yang agak tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi memastikan konsep teater bercorak diingini mencapai matlamat.
  
Pelakon yang sering memegang watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Musly Amir Mohammed Ramli atau Musly Ramlee berkata beliau bersetuju sekiranya tragedi yang menimpa syarikat penerbangan negara divisualkan namun hendaklah dilakukan dalam tempoh lima tahun lagi.
  
Menurut beliau, tempoh itu cukup bagi mengembalikan semula ingatan kepada masyarakat terhadap peristiwa yang meninggalkan detik hitam kepada rakyat negara ini.
  
"Tidak sesuai jika pembikinan filem, drama atau teater dilakukan sekarang, kerana waris mangsa masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang, biarlah ketika ini situasi waris diutamakan", katanya. 
  
Musly, yang sudah 20 tahun 'menjelmakan' watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam dirinya, berkata, menghidupkan watak individu yang telah meninggal dunia memerlukan cabaran dari segi mental kerana tidak semua orang akan menyukainya. - Bernama

Chong Wei mahu berehat selepas Terbuka Denmark


  • Wajah Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual wartawan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Bernama  
  • Wajah Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual wartawan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Bernama
PEMAIN badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasratnya untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia tahun hadapan.
  
Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti.
  
"Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark," katanya kepada media sejurus tiba dari  Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
  
Chong Wei dijadualkan menyertai Terbuka Denmark, satu daripada kejohanan Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dari 18 hingga 23 Okt ini.
  
Menurutnya keputusan untuk berehat itu wajar berikutan tiadanya kejohanan yang perlu disertainya pada Januari dan Februari depan.
 
"Awal tahun depan tidak ada kejohanan besar, ia agak baik untuk  saya berehat sebelum memulakan latihan dan tingkatkan  prestasi bagi menghadapi All England dan Terbuka Malaysia," katanya.   

Chong Wei juga mengakui prestasinya agak menurun selepas Kejohanan Dunia Denmark bulan lepas, namun menganggap pencapaiannya sehingga ke peringkat separuh akhir pada Sukan Asia Incheon adalah cukup bagus.
  
Mengenai kerjayanya dalam badminton, beliau  berharap dapat  terus bertahan untuk dua tahun lagi.
  
Ditanya mengenai kemungkinan BAM mengambil jurulatih baharu dari China untuk membantunya dan skuad badminton negara, Chong Wei berkata beliau menerima apa sahaja keputusan  BAM.
  
BAM dilaporkan bakal melantik beberapa jurulatih baharu  termasuk He Guo Quan, iaitu bekas jurulatih pemain perseorang lelaki Lin Dan dan pemain perseorangan wanita Li Xueriu.
     
Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock berkata langkah BAM membawa jurulatih mungkin memberi kebaikan  kepada Chong Wei.
  
"Ia akan wujudkan satu perubahan ke arah kebaikan kepada Chong Wei...saya fikir, kita perlu buat perubahan atau sesuatu yang lain untuk  Chong Wei (khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik)," katanya.
  
Menurutnya  beliau tidak menghalang jika BAM mahu Chong Wei dikendalikan seorang jurulatih baharu.
  
"Jika perubahan itu penting dan untuk kebaikan Chong Wei, saya  tidak kisah. Kita perlu cari formula untuk bantu kecemerlangan  beliau. Saya nampak beliau begitu kecewa bila tewas kepada Lin Dan di  Sukan Asia," katanya. - Bernama

Ras Adiba dimasukkan ke ICU


  • Keadaan Ras Adiba yang berada di wad ICU.  
  • Keadaan Ras Adiba yang berada di wad ICU.
SHAH ALAM – Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.

“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.

“...Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.

Berpurdah, penulis buku Pelacur mahu masuk DAP

 
Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.









Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Graduan 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.




Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.

Ahad, 28 September 2014

Lin Dan sekat Chong Wei ke final


  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama  
  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama
JAGUH perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan musuh tradisinya Lin Dan pada peringkat separuh akhir Suka Asia ke-17 hari ini.
 
Chong Wei kalah 20-22, 21-12 dan 9-21 dalam masa satu jam 12 minit.
 
"Dalam set pertama pada kedudukan 16-14, saya merasa rileks mungkin sebab saya ingin permainan habis. Pada set ketiga pula, saya dapati Lin Dan sangat yakin. Pada kedudukan 7-2, saya susah untuk ikut rentak dia.
 
"Namun saya sudah buat yang terbaik dan saya terima kekalahan ini," katanya.
 
Pada set pertama, Chong Wei mendahului 16-14 sebelum hilang rentak dan menyebabkan Lin Dan menang 20-22.
 
Chong Wei kemudiannya berjaya mengawal permainan dan menang set kedua 21-12 menyebabkan rubber-game.
 
Namun beliau ketinggalan 2-7 dan gagal mengejar Lin Dan sehingga akhir perlawanan.
 
Lin Dan akan bertemu rakan sepasukan Chen Long di peringkt akhir setelah mengalahkan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-6 dan 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama