Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 25 Disember 2010

Mayat Isteri Curang Dikerumuni Lintah ...



Terjah pelik

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Kisah ini menceritakan mengenai azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas. Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan , Pasir Mas, Kelantan.Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jalilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik." En.Idris memulakan cerita.

"Jalilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang." Tambah beliau.

"Maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jalilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jalilah yang semakin bebas ke sana ke mari. Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jalilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jalilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jalilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jalilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jalilah menampakkan mewah sebegitu.Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jalilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jalilah tanpa disedarinya.

Pada awalnya rahsia Jalilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jalilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jalilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jalilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan.

Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jalilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jalilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jalilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jalilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jalilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jalilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jalilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan.

Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jalilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jalilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jalilah. Selang beberapa minggu kemudian Jalilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jalilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jalilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jalilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jalilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jalilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jalilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jalilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jalilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu,

“Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu, saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur”

Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jalilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jalilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jalilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jalilah tadi.

Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jalilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jalilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jalilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah… Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita , minta disisihkan Allah. Istigfar!

Sumber:
Iluvislam.com

Pembalasan Isteri Curang


Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Kisah yang diceritakan oleh seorang Ustaz. Pernah terbit di Majalah Mastika.

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun dibalasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia diampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi dirungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau, tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga dilarang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , disebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang dilahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang dilakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak digambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang dilakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya ditarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang digaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

Isteri Curang (Ceritera)

Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Ibu Dan Anak Mati Melekat Kerana Bersetubuh



Kejadian ini sungguh terkutuk. Ibu dan Anak meninggal dalam keadaan sedang bersetubuh. Kisah kejadian ini adalah, persetubuhan antara Ibu yang berusia 30 tahun, dengan anak lelakinya berusia 15 tahun. Keduanya tetap melekat seperti terkunci. Pasangan ini sempat dilarikan ke sebuah hospital di kota Gorontalo Indonesia. “Namun malang, pasangan ini meninggal beberapa jam setibanya di hospital" kata seorang petugas hospital tempat pasangan persetubuhan itu dirawat kepada wartawan Gorontalo Post.

Di Gorontalo, kes ini menjadi aib besar. Baik keluarga mahupun pihak hospital sama-sama menutup kes daripada diketahui orang awam. Namun, dari penyiasatan wartawan Gorontalo Post (Group JPNN) ketika sampai di hospital pasangan bersetubuh ini memang sudah dalam keadaan lemah. Tidak jelas, sudah berapa lama pasangan persetubuhan melekat sehingga tak boleh dilepaskan.

Beberapa sumber lain yang dekat dengan keluarga menyebutkan, sebenarnya pasangan ini sempat bertahan beberapa hari sebelum akhirnya diputuskan untuk membawanya ke hospital dan akhirnya meninggal dunia. Di hospital pasukan perubatan memutuskan untuk membedah untuk memisahkan keduanya.”Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaannya memang memaksanya begitu. Mereka kelihatan sudah lemah, dan terus memburuk,” jelas petugas hospital.

Sayangnya, informasi bila dilaksanakannya pembedahan terhadap keduanya, Gorontalo Post tak berhasil mendapatkan informasi yang pasti. “Kami kurang tahu bila dilakukan pembedahan hanya yang jelas sudah dibedah,” kata sumber Gorontalo Post .”Kami dengar sudah meninggal dunia. Tapi kami tidak tahu bagaimana selanjutnya,” sambung sumber tersebut.

Lebih lanjut informasi yang diperolehi, setelah meninggal jasad ibu dan anak tersebut sempat diletakkan di bilik mayat. Jasad keduanya dibawa pulang oleh pihak keluarga. Proses pengeluaran jasad itu pun dirahsiakan juga. Beberapa sumber mengatakan, jasad keduanya dibawa dengan van ambulance ketika tengah malam. Dan ada sumber mengatakan mayat mereka tidak disimpan di bilik mayat tetapi terus dibawa balik melalui pintu yang dirahsiakan.

Apakah memang ini semua tanda-tanda nyata akhir zaman semakin dekat, kiamat sudah di ambang pintu kedatangan, Wallahu a’lam semoga Tuhan senantiasa membawa kita pada jalan yang lurus dan benar. – borakkosong.com

Jumaat, 24 Disember 2010

KHALID IBRAHIM TAKUT DENGAN SLOGAN 1 MALAYSIA....!!!!

Saturday, December 25, 2010

Slogan 1MALAYSA yang di perkenalkan oleh Dato'Sri Najib Tun Razak telah diangkat oleh beliau semenjak menjadi Perdana Menteri dan diterima oleh semua masyarakat tidak mengira kaum, agama, bangsa dan budaya.

Kini selogan itu telah menjadi satu trademark kepada semua rakyat Malaysia dan mereka semua memahami apa itu 1MALAYSIA.


Di Selangor selogan itu diharamkan oleh kerajaan negeri kerana BN telah memesongkan masyarat disitu dan mengatakan slogan itu dalah slogan Barisan Nasional (BN). Kalau slogan itu slogan BN siapakah yang telah yang telah membawa 1MALAYSIA dan siapa pula PM MALAYSIA? adakah Anwar Ibrahim PM MALAYSIA?

Ini bermakna kerajaan Selangor tidak menyokong kerajaan pusat. Manakala di mana-mana premis di Selangor yang membawa slogan itu atau logo 1MALAYSIA tidak dibenarkan di gerai-gerai atau premis-premis mereka.



Tindakan kerajaan Negeri Selangor menyekat dana untuk menjalankan program-program yang berunsurkan 1MALAYSIA adalah satu tindakan yang amat sensitf . Perkara sebegini sepatutnya tidak boleh berlaku ia bermakna kerajaan Selangor tidak ada semangat untuk memajukan negeri tersebut dari segi masyarakatnya.



Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin mengatakan disebabkan slogan itu ketua pembangkang Anwar Ibrahim tidak dapat memasuki Dewan Rakyat selama enam bulan. Beliau telah menyalahkan slogan tersebut di mana slogan tersebut telah dibawa kedalam Dewan Rakyat, tidak ada kena mengena dengan Dewan Rakyat, Bukankah di dalam Dewan Rakyat itu penuh dengan Rakyat yang berbilang kaum dan mereka juga pemimpin rakyak yang berbilang kaum dan di dalam Dewan Rakyat semuanya orang Malaysia adakah orang asing di dalam Dewan rakyat....?

Ini bermakna Setiausaha M.B selangor itu tidak faham dengan Konsep 1MALAYSIA yang telah dibawa oleh Pedana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Sabtu, 18 Disember 2010

Tokoh : Nabi Nuh as

Nabi Nuh ‘alaihissalam

Seandainya benarlah apa yang dikatakan oleh Hisyam bin Muhammad bin as-Saib al-Kalby, bahawa Adam dan Hawa mula pertama diturunkan Allah ke permukaan bumi, di daerah pergunungan yang paling subur bernama Gunung Nut, India. Sedang menurut Ahmad Zaky, Gunung Nut itu nama aslinya adalah Gunung Rahun, di mana Adam pertama kali diturunkan.

Di sanalah Adam dan Hawa hidup dan berketurunan. Di antara keturunan Adam dan Hawa ada yang hidup berpindah randah, tentu saja dengan tujuan mencari tempat yang lebih baik, udara yang lebih nyaman, atau penghasilan yang lebih mudah mendapatkannya. Dengan jalan begitu, manusia makin lama makin banyak jumlahnya, dan daerah yang mereka tempati semakin luas pula, berkembang ke Timur dan ke Barat, ke Utara atau ke Selatan.

Beberapa abad kemudian, dunia ini menjadi ramai dan semakin ramai. Pada abad pertama sampai kelima menurut Said yang diambil dari perkataan Qatadah (Sahabat Rasulullah s.a.w), mereka boleh dikatakan hidup dalam keadaan aman dan tenteram, dengan kepercayaan yang benar sesuai dengan ajaran Adam dan Hawa yang sangat giat menunjuki akan anak turunannya agar jangan sampai tersesat dan celaka, seperti apa yang sudah terjadi antara adik dan kakak yang bernama Qabil dan Habil.

Tetapi dalam abad-abad yang berikutnya, iaitu kira-kira pada turunan yang kelima atau keenam dari Adam dan Hawa, mulailah timbul kerosakan dalam kepercayaan mereka. Ajaran Adam dan Hawa nenek moyang mereka, sudah mereka lupakan. Lalu timbullah berbagai-bagai kerosakan, kekacauan atau perselisihan antara mereka.

Diriwayatkan oleh Atiyah dari Ibnu Abbas r.a, bahawa manusia di saat wafatnya Adam semuanya baik dan beriman, tetapi kemudian hampir seluruhnya menjadi seperti binatang binatang yang tidak mempunyai akal. Dan karena itulah Allah lalu mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul untuk membimbing mereka, dengan memberi khabar gembira dan ancaman.

Nabi pertama yang diutus Allah iaitu Nabi Idris a.s, kira-kira dalam abad keenam sesudah Adam. Tetapi Nabi Idris ini mereka dustakan, sampai Nabi Idris ini diangkatkan Allah ke Tempat Tinggi (wafat). Sepeninggalan Nabi Idris a.s, di antara manusia yang hidup kafir dan jahat seperti binatang itu, ada pula beberapa orang yang hidup secara baik, sehingga mereka dicintai oleh kaum kerabat dan orang orang yang ada di sekitar mereka. Di antara mereka itu ada lima orang yang amat masyhur, iaitu yang bernama: Wad, Suwaa, Yaghuth, Yauuq dan Nasr.

Menurut Hisyam, kelima-lima orang yang baik ini mati serentak berturut turut dalam satu bulan, sehingga menyebabkan kegemparan yang amat sangat bagi keluarga dan orang-orang yang mencintai mereka itu. Kemudian salah seorang dari kerabat yang sangat cinta mengusulkan kepada teman-teman dan kaum kerabat, agar bagi kelima orang baik yang telah meninggal dunia itu, dibuatkan gambar berupa patung yang menyerupai mereka, sekadar untuk kenang kenangan supaya melepaskan teragak atau rindu hati terhadap masing-masing mereka. Usul ini diterima orang banyak dengan gembira.

Lalu dicarilah orang-orang yang pandai menggambar dan mematungkannya. Mereka buatlah lima patung (berhala) yang pertama di dunia ini, yang masing-masingnya mereka beri nama dengan nama nama dari orang yang meninggal itu, iaitu Wad, Suwaa, Yaghuth, Yauuq dan Nasr. Begitulah, patung-patung itu sering mereka datangi untuk melihatnya, mereka hormati, kadang-kadang dengan upacara-upacara tertentu. Demikianlah terjadi pada abad pertama. Menurut at-Tabary, nama-nama tersebut sesudah ditaarifkan, iaitu dibahasa-Arabkan; sesudah di-Ibranikan dari bahasa aslinya.

Pada abad kedua, cara membesarkan dan menghormati patung-patung itu makin ditingkatkan. Dalam pada itu timbullah berbagai bagai cerita dongeng tentang patung patung atau berhala berhala tersebut, cerita-cerita yang sangat mempengaruhi jiwa manusia yang mendengarkannya.

Dalam abad ketiga, mulalah timbul dogma-dogma, mitos atau kepercayaan-kepercayaan yang bersifat mistik. Mereka katakan, bahawa nenek-moyang kita sampai menghormati patung patung itu, kerana dengan penghormatan itu patung-patung tersebut dapat mendatangkan manfaat dan syafaat bagi mereka. Lalu patung-patung itu mereka sembah, mereka puja-puja. Timbullah kepercayaan menyembah patung-patung, dan patung-patung itulah tuhan, kata mereka.

Berkata Ibnul Kalby dari Ibnu Salih, bahawa menurut Ibnu Abbas r.a, di antara Nabi Adam dan Nuh adalah 12 abad lamanya. Dan di abad kedua belas sesudah Adam ini, seluruh manusia sudah menyembah patung-patung tersebut. Kerananya Allah lalu mengutus Nabi Nuh a.s. untuk memperbaiki keadaan mereka yang sudah rosak itu.

Menurut al-Quran, usia Nabi Nuh ini sehingga 950 tahun. Nabi Nuh diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul ketika berumur 480 tahun sampai wafatnya, iaitu dalam masa 500 tahun, atau 5 abad lamanya. Nabi Nuh a.s. dengan segiat-giatnya, tanpa mengenal lelah, siang dan malam, terus-menerus mencuba memalingkan kaumnya dari kekafiran menyembah patung-patung tersebut. Tetapi amatlah sulitnya, terlalu sedikit hasilnya. Dalam masa 5 abad itu, Baginda hanya berhasil mendapatkan pengikut 70 atau 80 orang saja, yang semuanya terdiri dari orang-orang yang lemah dan melarat saja.

Nabi Nuh adalah seorang fasih berkata kata, tajam pemikiran atau akalnya, dapat menangkis kalau berdebat, bersifat sabar dan tenang. Sungguhpun begitu, setiap kali Nabi Nuh membawa mereka kepada menyembah Allah, maka mereka menentangnya; setiap diperingatkan akan azab dan siksa Tuhan, mereka menutup anak telinga masing-masing; saban diberi khabar suka dengan Syurga Allah, bahkan mereka menyombong dan mengejek serta mencuba membantah seruan Nabi Nuh.

Dengan sabar dan tak putus asa, Nabi Nuh menghadapi mereka. Bukan sekali dua kali, bukan dalam waktu sebulan-dua bulan, atau setahun-dua tahun, tetapi dalam waktu berpuluh, bahkan beratus tahun. Hampir seluruh umur yang diberikan Allah kepada Nabi Nuh yang lamanya 950 tahun itu, digunakan dengan segiat-giatnya untuk memalingkan kekafiran kaumnya itu; dengan kesabaran dan keterangan-keterangan yang terang dan jelas, dengan kepandaian berkata dan berbicara, dengan membawakan alasan-alasan yang lengkap. Langit dan bumi, siang dan malam, laut dan darat, dipergunakan Nabi Nuh sebagai alasan dan bukti atas keagungan Allah atas kekuasaanNya, dan atas keEsaan Allah.

Sedikit sekali mereka yang percaya kepada Nuh dan mengiakan pelajarannya. Tidak sesuai dengan jumlahnya manusia, tidak cocok dengan kegiatan dan kebijaksanaan yang sudah diberikan Nabi Nuh. Tidak lebih jumlah mereka yang menurut ini daripada 80 orang saja. Yang lain tetap ingkar, tidak percaya, tetap membantah dan membesarkan diri, mengejek dan lain-lain sebagainya.

Reaksi dari mereka yang ingkar itu bukan semakin berkurang, malah bertambah hebat dan meningkat juga. Mereka berkata kepada Nabi Nuh: “Bukankah engkau manusia biasa seperti kami juga, buat apa kami mengikuti engkau. Kalau diutus kepada kami seorang Malaikat, barangkali dapat kami mengikutnya, mengiakan katanya. Bukankah orang-orang yang mengikuti engkau itu, orang-orang yang rendah dan bodoh belaka. Sedangkan kami ini orang orang yang mulia, berkedudukan dan pekerjaan yang tinggi-tinggi, tidak mengharapkan fikiran dan pertolongan orang lain, cukup kepandaian dan kepintaran Engkau sendiri, ya Nuh, bukan lebih dari kami tentang harta, tentang akal dan fikiran, tentang pemandangan, bahkan engkau kami pandang orang yang dusta.”

Semua itu dijawab oleh Nabi Nuh dengan jawapan yang tegas tepat, dengan keterangan-keterangan yang dapat melemahkan dan mengalahkan hujah mereka: “Dapatkan gerangan kamu memutar jalan matahari dengan kepandaianmu, atau mencapai bintang dengan tanganmu? Dapatkah kamu beroleh terang kalau tidak kerana matahari yang diciptakan Allah. Dapatkah kamu hidup kalau tidak dengan udara yang dijadikan Allah?”


Mereka menjawab lagi dengan sanggahan yang baru dan dibuat-buat: “Kalau engkau benar-benar orang yang mencintai sesama manusia, cintailah orang-orang yang telah mengikutimu itu saja, sedang kami biarkanlah saja, kerana kami tidak akan dapat mengikuti jejak mereka, kami tidak dapat menganut agama yang mereka anut yang engkau ajarkan itu, di mana disamakan sang raja raja dengan rakyat, orang-orang yang mulia dengan orang yang hina, orang yang kaya dengan orang miskin.”

Nabi Nuh menjawab: “Bahawa agama ini buat kamu sekalian, dengan tidak mengecualikan yang pintar dan yang bodoh, yang jadi raja dan yang jadi budak, yang berkuasa dan dikuasai, yang kaya dan yang miskin.”

Debat ini bertambah sengit. Nabi Nuh menghadapinya dengan sabar dan tenang saja, tetapi mereka rupanya telah sempit dada, lalu berkata kepada Baginda: “Hai Nuh, engkau sudah berdebat dengan kami, dan telah lebih dari cukup banyaknya, datangkanlah kepada kami (siksaan) yang engkau katakan itu, jika engkau orang yang benar.”

Nabi Nuh menambah lagi dengan sabar: “Sungguh kamu orang-orang yang bodoh sekali, meminta siksaan Allah, bukan rahmat Allah yang kamu tuntut. Ketahuilah bahawa Allah kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Jika Allah menghendaki akan disiksanya kamu, dan jika Allah ingin Dia akan mendatangkan siksaan itu secepat-cepatnya kepada kamu, di mana kamu pasti menyesal nanti. ”

Sehabis perdebatan itu, Nabi Nuh selamanya bermunajat dan berdoa kepada Allah, mengemukakan perasaan hati dan bermohon ampun atas kelemahannya, minta petunjuk petunjuk yang baru sambil mengeluh dan mengadu. Akhirnya Allah menurunkan wahyu kepada Nuh: “Tidak akan beriman kaummu itu selain orang-orang yang telah beriman, dan janganlah kamu berputus asa atas apa yang mereka perbuat.”

Sehabis berjuang dan berusaha dengan kesabaran yang ada padanya, akhirnya Nabi Nuh berdoa kepada Allah: “Ya Allah, janganlah dibiarkan tinggal di bumi ini orang-orang yang ingkar seorang pun, sebab andai Engkau biarkan mereka tinggal, mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka akan menurunkan turunan yang jahat dan ingkar saja.”

Doa Nabi Nuh ini didengar oleh Allah dan dikabulkan, lalu Allah berfirman: “Engkau perbuatlah kapal dengan pertolongan dan petunjuk-petunjuk Kami dan janganlah engkau pohonkan pertolongan kepadaKu tentang nasib orang-orang yang zalim itu, mereka semuanya akan tenggelam.”

Nabi Nuh mulai membina kapal dengan mempergunakan kayu dan paku, di suatu tempat dekat kota. Dan setiap orang yang lalu di tempat itu, selalu mengejek dan memperolok-olokkannya dengan berbagai-bagai kata dan bicara. Ada yang berkata: “Engkau selama ini hai Nuh, mendakwakan yang engkau Nabi dan Rasul. Kenapa hari ini kami lihat engkau menjadi tukang kayu? Apa engkau sudah bosan menjadi Nabi dan ingin menjadi tukang kayu?”

Ada pula yang mengejek: “Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedang di sini tidak ada laut dan sungai? Apakah engkau akan tarik dengan lembu kapal itu atau akan engkau terbangkan di udara?”

Di bawah serangan ejekan itu Nabi Nuh terus bekerja dan hanya berkata: “Apabila kamu tetap mengejek kami, kami akan mengejek kamu pula nanti sebagai kamu mengejek kami ini, dan akan kamu ketahui sendiri nasibnya orang-orang yang kena siksa itu, sedang siksaan itu akan terjadi.”

Nabi Nuh dan pengikutnya terus bekerja, sehingga sempurnalah pembikinan kapal itu. Hanya sekarang menunggu bagaimana perintah Allah selanjutnya. Dalam pada itu Tuhan telah mewajibkan kepada Nuh, agar apabila siksa itu telah datang, Nuh dan pengikut-pengikutnya segera naik ke kapal itu, dengan membawa semua orang yang beriman dan binatang ternaknya yang berpasang-pasangan.

Terbukalah pintu-pintu langit, sehingga dari langit itu tercurah air sebesar-besarnya jatuh ke bumi. Sedangkan dari bumi terpancar sumber-sumber air yang besar-besar, sehingga dalam sebentar waktu permukaan bumi digenangi air banjir yang luar-biasa hebatnya, menggenangi tanah yang tinggi dan yang rendah. Air banjir semakin naik juga sehingga telah mencapai rumah-rumah dan bukit-bukit, sedang Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya sewaktu itu telah berada di atas kapal yang mereka perbuat selama ini.

Dengan kegemparan yang luar biasa, kaum yang ingkar itupun berlompatan ke sana-sini, tidak keruan tujunya sebagai se gerombolan keldai dikejuti singa, saling berteriak dan menghindarkan diri masing-masing dari bahaya maut, Ada yang naik ke atas atap rumah rumah tetapi tercapai juga oleh air banjir, ada yang naik memanjat batang kayu yang tinggi, tetapi akhirnya tenggelam juga, ada pula yang berenang menuju ke bukit yang tinggi-tinggi yang menurut kiranya tidak akan tercapai oleh banjir yang bagaimana hebatnya.

Ketika Nabi Nuh berdiri di tempat yang tertinggi di atas kapalnya, mata Nabi Nuh terpandang kepada seorang anaknya yang bernama Kannan, anak yang ingkar yang tidak tunduk kepadanya, sedang berjuang dengan maut menggabai-gabai mencari tempat yang tinggi. Cinta kepada anak memaksa Nuh memanggil anaknya yang malang itu dengan panggilan yang penghabisan: “Hai anakku! Mari bersama kami, janganlah engkau bersama orang-orang yang kafir itu!”

Seruan yang penghabisan di saat yang genting begitu rupa itupun tidak dapat diterima anak yang derhaka itu, kerana ia masih percaya akan dapat menghindarkan dirinya dari siksaan yang nyata itu dengan kekuatan dan fikiran yang ada padanya. Seruan bapaknya itu dijawab dengan sombong pula: “Saya akan mencapai puncak gunung yang tinggi itu, sehingga saya akan terlepas dari banjir ini.”

Nabi Nuh berkata lagi kepadanya, kerana cinta kepada anak sendiri: “Hari ini tiada yang dapat melindungi dari siksaan, selain Tuhan Yang Maha Pengasih.”

Anak itupun lenyap ditelan ombak yang sedang bergulung-gulung, tinggallah Nabi Nuh melihat dengan sedih dan berkata: Ya Allah, bukankah anakku itu termasuk keluarga saya sendiri?”

Allah menurunkan ilham kepada Nuh: “Bahawa anak itu bukan ahlimu lagi, dan tidaklah termasuk menjadi keluargamu siapa saja yang kafir dan derhaka. Kami hanya berhak menolong orang orang yang iman saja.”

Allah mengilhamkan pula kepada Nuh, agar Nabi Nuh tidak lagi memohon kepada Tuhan tentang apa yang tidak diketahuinya dengan firman: “Aku ajari engkau (ya Nuh) tentang apa yang engkau masih jahil.”

Nabi Nuh insaf dengan pengajaran yang diterimanya daripada Allah, seraya menadahkan kedua telapak tangannya bersyukur kepada Allah yang telah memelihara kaumnya yang beriman terlepas dari azab. Lalu Nabi Nuh bermohon ampun atas segala dosa dan kesalahannya: “Aku berlindung diri kepadaMu ya Tuhanku, atas apa-apa yang sudah aku mohon yang aku sendiri tidak ketahui, dan jika Engkau tidak memberi ampunan ke atas aku, sungguh aku akan tergolong dalam orang yang rugi.”

Banjir dahsyat dan gelombangnya yang bergulung itu telah menelan semua manusia yang ingkar. Langit mulai tertutup dan berhenti mencurahkan air, sedang bumi telah menyerap semua air yang berada di atas datarannya. Bahtera Nabi Nuh terhenti di atas puncak Gunung Judy, yang masih dicari bekas tinggalannya sehingga ke hari ini. Nabi Nuh dan pengikutnya kembali ke kampung halaman mereka, menghirup udara baru yang penuh dengan berkat dan pertolongan Allah.

Allahu a’lam bisshawab.

Khamis, 16 Disember 2010

Pertahan hak asasi cabaran kita bersama

Hari Hak Asasi Sedunia yang jatuh pada hari ini seperti tidak diendah oleh Kerajaan Umno- BN.

Merenung situasi dalam negara, kita menyambut hari yang penting ini dalam keadaan yang suram. Kurang seminggu yang lalu, rakyat dipukul, disembur dengan air asid dan ditangkap hanya kerana mereka berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati dan protes terhadap syarikat kroni Umno-BN, SYABAS.

Polis digunakan untuk menyekat kebebasan rakyat yang asas – iaitu hak untuk berhimpun.

Laporan hak asasi yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia semalam, mengesahkan lagi kongkongan yang terus mencengkam kebebasan rakyat Malaysia oleh rejim penguasa.

Pemerintahan kukubesi ala-Mahathir kini merupakan modus operandi pemerintahan Najib Razak.

Undang-undang dan peraturan seharusnya memihak kepada kebenaran dan keadilan. Dalam sejarah moden, setiap negara yang dikuasai oleh rejim yang angkuh, rakyat pasti bangkit melawan undang-undang yang zalim dan menindas.

Apa yang berlaku di negara kita, undang-undang diguna untuk mempertahankan kelompok penguasa dan golongan elit tetapi pada masa yang sama, terus menindas dan mengongkong kebebasan rakyat. Ini merupakan cabaran besar kepada rakyat dan para pejuang demokrasi.

Kita wajar mengimbau kembali mutiara kata dari Widji Tukul dalam salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul 'Peringatan'.

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan, dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka hanya ada satu kata: Lawan!


Penulis adalah timbalan presiden PKR

1Malaysia, 1Israel: Anwar digantung 6 bulan

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.Terdahulu persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.

Wakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya 'BN sokong Apco', 'Selamatkan dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apcomenjadi 'mangsa serangan' kerana didakwa tidak berperanan dengan adil.

Walaupun tertekan, Pandikar cuba bertenang di kerusi nya dan membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: "Keputusan saya muktamad."

Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya.

Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil pembangkang yang melaungkan perkataan 'undur' dan 'zalim' ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum semua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.

Nazri: MP Pakatan 'bodoh dan gila'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

NONE“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Nazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.

“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.

“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkanj.

“Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian,” katanya.

Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis

Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.

Akibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.

Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pula kelihatan sedang berbincang dengan polis.

Mereka yang ditangkap polis itu dikenali sebagai Lee Khai Loon (atas, berbaju merah), anggota exco AMK dan G Pravin (bawah, berbaju hitam), ketua penerangan PKR, Padang Serai, yang juga anak kepada ahli parlimen Padang Serai, G Gobalakrishnan.

Kedua-dua pemimpin AMK itu kemudiannya dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2 petang tadi. Mereka dibebaskan pada jam 6 petang tadi, dan diarah melaporkan diri semula di ibupejabat polis Dang Wangi 30 Disember depan.

NONEPerhimpunan hari ini adalah bagi membantah tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan, pagi tadi.

Sejak awal pagi tadi, kira-kira 40 anggota polis mula berkawal di sekitar perkarangan bangunan Parlimen. Jumlah itu kemudian meningkat kepada kira-kira 50 orang apabila keputusan menggantung Anwar dibuat.

Reformasi dan Takbir

Anwar selepas digantung kelihatan keluar dan bersalaman dengan penyokongnya itu. Laungan 'Reformasi' dan 'Takbir' bergema sekitar kawasan parlimen seketika.

Turut bersama Anwar adalah N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Selepas perbincangan, polis membenarkan hanya tiga orang, termasuk Shamsul dan Yusmadi untuk meneruskan hasrat mereka menyerahkan memorandum kepada Suhakam.


Kira-kira jam 1.55 petang keadaan menjadi tenang setelah penyokong beredar perlahan-lahan dan polis pun bersurai.

Di Suhakam, Yusmadi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat tiga aduan lisan kepada pesuruhjaya Suhakam James Nayagam.

Antaranya, beliau mendakwa "pelanggaran hak kebebasan bersuara" ke atas Anwar sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu digantung enam bulan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hak untuk mempertahankan dirinya dari segi hak asasi dan undang-undang. Tetapi beliau dinafikan hak (iaitu) tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya dalam jawatankuasa (Hak dan Kebebasan) itu.

NONE'Kenapa beliau tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan... Ini adalah kesalahan serius dalam sistem demokrasi di Malaysia," katanya dalam aduan lisan.

Turut bersama mengiringi beliau ke pejabat Suhakam ialah Shamsul Iskandar, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ahli MPP Fariz Musa dan beberapa orang exco AMK Pusat.

Ditolak dan diserang

Dalam aduan itu juga, Yusmadi turut meminta Suhakam menyiasat dakwaan beliau "ditolak dan diserang" oleh polis sewaktu "berjalan secara aman" ke pejabat Suhakam.

"Kami nak berjalan secara aman ke Suhakam , sudah kena tahan, kena serang... Itu hak kami. Saya memohon Suhakam untuk meyiasat perkara ini.

NONE"Kita akan menyambut tahun baru, kami tidak mahu bermula tahun baru dengan black democracy," katanya sambil menambah agar Suhakam menyiasat berhubung penahanan dua rakannya itu.

James sewaktu memberi reaksi selepas mendengar aduan tersebut memberi jaminan untuk menyiasat berhubung ketiga-tiga aduan yang dibangkitkan oleh Yusmadi.

"Kami menerima komplen dan akan menyiasat dan membuat pendengaran yang adil," kata James kepada pemberita.

Shamsul pula dalam pertemuan setengah jam itu, berkata tindakan polis melanggar hak asasi manusia dengan mengenakan tindakan kekasaran fizikal kepada orang awam.

"Tahan itu tidak mengapa. Tapi mereka digari, dipijak dan dipukul. Itu pada saya satu pendekatan yang tidak boleh diterima akal. Ada saksi mereka dipukul dan dipijak oleh pihak polis di hadapan parlimen," katanya.

Rosyam Nor naik hantu! (Hiburan)

GIGIH dan kagum Marilyn melihat usaha Rosyam Nor dalam menjayakan program Pilih Kasih, siri televisyen yang diterbitkannya. Sungguh komited melihat dia sendiri turun padang melakukan promosi untuk program yang bertujuan mencungkil bakat-bakat muda tanah air. Tabik untuk Rosyam

Tapi baru-baru ini, Marilyn dengar Rosyam sudah mengamuk di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang. Malah suara jantannya sudah menggegarkan pembukaan pentas Pilih Kasih musim kedua Sabtu lalu.

Marilyn tidak sempat lagi ke sana kerana masih sibuk dengan banyak hal peribadi. Dengarnya, suasana auditorium lebih tegang apabila suara lantang hero kegemaran ramai itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kesemua 16 peserta Pilih Kasih 2. Pelik juga Marilyn sebab pemilihan dilakukan oleh juri-juri profesional.

"Bagi saya anda semua tak mencapai apa yang saya harapkan. Saya amat kecewa dengan persembahan anda semua pada malam pertama program ini,"luahnya pada malam Sabtu lalu merangkap malam permulaan program realiti yang sudah masuk musim kedua tersebut.

Realitinya, semua peserta Pilih Kasih 2 menjalani latihan setiap minggu untuk monolog, drama dan teater bersama tiga orang pengarah terkenal yang berbeza iaitu Hamzah Tahir, Aziz M. Osman dan Erma Fatima sebelum mereka dipertontonkan di khalayak ramai pada setiap hari Sabtu untuk Pentas Pilih Kasih.

Ketiga-tiga tenaga pengajar inilah yang bertanggungjawab untuk membentuk dan mencungkil bakat-bakat yang ada pada setiap artis-artis Pilih Kasih ini. Kalau bagus persembahan yang ditunjukkan, maka baguslah pengajarannya dan jika sebaliknya, ini menunjukkan kecacatan yang ada pada cara pengarah-pengarah yang dilantik dalam mendidik peserta-peserta ini.

Komen Rosyam pedas namun jujur: "Saya amat tidak berpuas hati dengan persembahan mereka semua tadi dan pengarah-pengarah ini patut memainkan peranan untuk mendidik mereka dengan lebih baik."

"Dalam melahirkan bakat-bakat baru yang berkualiti, tenaga pengajar perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya dan bukan hanya mengajar sambil lewa. Peserta-peserta Pilih Kasih ini ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan acuan yang betul dan pengarah-pengarah inilah yang perlu melakukan yang terbaik untuk mendidik mereka sampai mereka menguasai segala-galanya dengan baik,"sambungnya lagi.

Kosmo

Anwar digantung, pembangkang keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.

Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.
Terdahulu, persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Mohamed Nazri.
Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.

Wakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya "BN sokong Apco", "Selamatkan Dewan", "Hidup Ketua Pembangkang" dan "Kangaroo".

Pakatan pembangkang juga menjadikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apco "mangsa serangan" kerana didakwa tidak memainkan peranan dengan adil.

Pandikar Amin yang tenang di kerusi Speaker, membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: "Keputusan saya muktamad."
Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya.

Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil pembangkang yang melaungkan perkataan "undur'' dan "zalim" ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum semua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.

Usul untuk menggantung Karpal, Sivarasa dan Azmin kemudiannya dibahaskan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil Bebas tanpa sebarang gangguan.

Antara yang mengambil bahagian ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), selain pencelahan oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) dan Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baru).

Abdul Rahman, ketika membahaskan usul itu, menafikan Anwar tidak diberi peluang untuk membela diri, sebaliknya Ketua Pembangkang itu tidak menggunakan peluang yang diberi.

Mencelah perbahasan Abdul Rahman, Shamsul Anuar berkata apa yang dilakukan ialah budaya jalanan yang dibawa oleh pembangkang ke Dewan itu sebagai taktik untuk melengah-lengahkan keputusan mengenai kes Anwar itu.

Ibrahim pula mahu media memainkan peranan untuk memperjelaskan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini sebaik mungkin bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap Anwar dan pakatan pembangkang.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana tetapi rakyat harus pertimbangkan dengan cara yang betul. Ketua Pembangkang ini tidak ada pilihan untuk survival politik beliau, jadi dia gunakan cara ini.

"Jadi rakyat harus diberitahu adakah tuduhan 1Malaysia sama dengan Apco itu benar, adakah betul Anwar tidak diberi peluang untuk membela diri, dan apakah usul ini dikemukakan untuk menganiayai Anwar," katanya.

Zulkifli pula membangkitkan pendedahan mengenai Anwar termasuk oleh Karpal sendiri yang mengakui tahu mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang itu dan pernah meminta Anwar bertaubat dan berundur selaku Ketua Pembangkang.

"Selepas tak jadi 16 September, Bukit Gelugor (Karpal) minta Anwar bertaubat. Jadi dengan semua ini boleh tak kita kata DAP atau Karpal dengan pengetahuan (perlakuan liwat) telah mengugut Anwar untuk agenda sempit mereka," katanya ketika mencelah perbahasan Ibrahim.

Bersetuju dengan kenyataan itu, Ibrahim berkata pembangkang sememangnya sedia maklum mengenai perlakuan Anwar tetapi berlagak seolah-olah tidak mengetahui perkara itu.

Bung Moktar pula berkata, isu penggantungan ahli Dewan adalah perkara biasa malah turut berlaku di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah.

Mohamed Nazri yang sepatutnya menggulung perbahasan usul itu, melangkaui proses berkenaan dan meminta usul menggantung tiga Ahli Parlimen pembangkang itu diluluskan.

"Tidak perlulah hendak gulung, orang yang nak digulung pun tak ada, nak lipat pun tak boleh. Jadi saya ucapkan terima kasih dan kita teruskan lulus usul ini," katanya yang membacakan usul itu untuk kali ketiga sebelum diluluskan dengan suara majoriti. - BERNAMA

Peluit:

Kerugian nan besar bagi bagi rakyat pun PR, lantaran wakil rakyat telah dilantik tetapi tak dapat bersidang. Gaji tetap diterima tetapi apakah peranan mereka dalam isu ini?.

Selasa, 16 November 2010

Siapa pengkhianat bangsa?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Tun Abd Razak adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya?

Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan?

Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya?

Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Tun Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secara persendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952?

Ke mana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar(getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda?

Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda.

Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000?

Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba' 6.25%?

Apakah hukumnya riba' itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda?

Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%?

Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka?

Ke mana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat?

Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu?

Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat?

Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda?

Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang?

Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

1.02 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990?

Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka?

Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri.

Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak?

Saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!!!


Penulis adalah Presiden, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bengkok bawa padah


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my


Soalan:


SAYA memiliki zakar yang normal ketika tegang. Saya ingin bertanya bagaimana jika bersama isteri, saya membengkokkan zakar ketika masturbasi untuk menambah keseronokan.
Apa yang ingin saya tahu, apakah amalan membengkokkan zakar ini boleh memudaratkan zakar malah menjadikan ia lembik? Saya risau tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri.

Lelaki Normal

Jawapan:

TINDAKAN saudara membengkokkan zakar ketika onani boleh menimbulkan kecederaan serius pada batang zakar. Ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang di dalam tisu corpora cavernosa, iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang juga struktur utama dalam batang zakar.

Kedua-dua struktur ini dibaluti satu lapisan tisu yang dikenali sebagai tunica albuginea. Fungsi lapisan ini adalah untuk mengekalkan darah di dalam corpora cavernosa dan ia juga untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.
Dalam keadaan zakar yang tegang, lapisan tunica albuginea ini akan menjadi tersangat nipis. Apa yang boleh berlaku ialah, jika saudara kerap membengkokkan zakar ketika masturbasi, lapisan tunica albuginea boleh koyak.

Apabila koyak, darah akan mengalir keluar dari ruang corpora cavernosa dan memenuhi kawasan di bawah permukaan kulit. Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi akibat kebocoran darah dari ruang corpora cavernosa. Keadaan ini dikenali sebagai patah batang zakar atau fracture penis.

Fracture penis ini sering terjadi semasa mastubasi, tambah lagi apabila seseorang itu gemar membengkokkan zakar pada sudut yang tertentu. Ia juga boleh berlaku ketika persetubuhan terutama apabila tusukan batang zakar ke dalam vagina berlaku pada sudut yang tidak normal atau zakar tiba-tiba terbengkok semasa tusukan.

Sering kali sebelum ia berlaku, seseorang lelaki akan mendengar bunyi ‘crack’ dan diikuti dengan sakit pada batang zakar. Batang zakar akan terus menjadi lembik dan akan menjadi bengkak serta berwarna kebiruan.

Fracture penis ini perlu dirawat secara pembedahan kecemasan. Ketika pembedahan, pakar urologi terpaksa mencari tempat di mana koyakan berlaku dan tempat itu perlu dijahit semula.

Sekiranya tidak dirawat, batang zakar sukar untuk mendapat ketegangan akibat dari kebocoran darah. Pada jangka masa panjang, kawasan terbabit akan ditutupi oleh tisu parut yang akan menyebabkan batang zakar menjadi bengkok semasa tegang. Kecederaan pada saluran urethra juga boleh berlaku bersama sama dengan fracture penis.

Selain dari fracture penis, tabiat saudara membengkokkan batang zakar semasa masturbasi boleh menyebabkan pembentukan tisu parut pada batang zakar. Pembentukan tisu parut ini boleh menyebabkan batang zakar bengkok semasa ereksi dan pada kes yang teruk, penetrasi tidak dapat dilakukan.

Janganlah saudara terpengaruh dengan aksi filem dewasa atau lucah. Sudah semestinya pelbagai aksi digayakan untuk menarik perhatian penonton. Anggapan bahawa membengkokkan zakar semasa masturbasi boleh menambahkan keseronokan adalah ilusi semata mata.

Ini adalah kerana serat saraf yang memberikan sensasi semasa masturbasi atau hubungan jenis terdapat banyak di kepala batang zakar dan bukan pada batang zakar.

Sekiranya saudara berminat untuk mempelajari pelbagai teknik dalam hubungan seks suami isteri, ada banyak buku di pasaran mengenai teknik-teknik sesuai. Janganlah menjadikan filem dewasa atau lucah sebagai sumber rujukan.

Bharian

Sabtu, 9 Oktober 2010

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah

Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yang kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Isnin, 16 Ogos 2010

8 ujian wajib lelaki

Oleh Fairuz Zaidan

fairuzaidan@bharian.com.my


SOALAN:
Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

JAWAPAN:

Saudara, ada beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu berkaitan maklumat kesihatan itu wajar demi memahami tahap kesihatan diri. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut beberapa pemeriksaan kesihatan yang boleh saudara jalani :

1) Ujian paras kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.
2) Tekanan darah

Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

3) Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4) Ujian densiti tulang

Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

5) Pemeriksaan Colonoscopy

Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

6) Pemeriksaan mata

Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

7) Pemeriksaan buah zakar

Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

8) Pemeriksaan kanser prostat

Pemeriksaan yang perlu dilakukan. Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.

Tamat

Bharian