Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 30 September 2014

Aliff Aziz curi 2 telefon bimbit, bakal dipenjara

  • Aliff Aziz Aliff Aziz
PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.

Tragedi MH370, MH17 tarik perhatian penerbit filem


  • MH17
BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370, yang masih hilang, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, ke dalam hasil karya mereka untuk tontonan umum.
  
Apatah lagi, perkara berhubung fakta dan misteri yang masih menyelubungi kedua-dua tragedi yang jarak berlakunya hanya tiga bulan sahaja, menjadi perkara utama penerbit dan pengarah akan paparkan untuk menarik penonton menyaksikan hasil kreatif mereka.
  
Satu treler untuk filem mengenai kehilangan pesawat MH370, "The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane" disiarkan pada festival filem Cannes. Filem itu dikatakan akan dihasilkan oleh pengarah India, Rupesh Paul, yang dikatakan mendapat ilham daripada tragedi itu, yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
  
Meskipun ramai yang menganggap filem Paul yang menyorot andaian kejadian dalam pesawat MH370 adalah tidak menarik dan masih terlalu awal kerana pesawat itu masih belum dijumpai serta punca kemalangan masih belum dipastikan, sejarah menunjukkan bahawa para penerbit mengambil kesempatan terhadap tragedi yang berlaku untuk menarik penonton ke layar perak atau pentas.

Penerbit mengambil kesempatan keatas tragedi

Sejarah penerbitan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin sekitar 1980-an serta pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 memperlihatkan kisah kehidupan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan berjaya dipersembahkan ke layar perak.
  
Misalnya, teater kisah Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 adalah satu lagi hasil sejarah yang kemudian berjaya dialihkan ke sebuah lakonan layar. Natrah memaparkan peristiwa seorang budak perempuan bernama Natrah yang dibela satu keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang warganegara Belanda sehingga mengakibatkan 18 nyawa melayang dan 200 cedera akibat Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950.
  
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Mohd Rosli berkata tragedi pesawat MH370 dan MH17 tidak mustahil dapat difilemkan oleh pengkarya sekiranya mereka bijak mengolah insiden itu menjadi sebuah fiksyen yang menarik.
 
Apapun ada had

Menurut beliau, realiti sebenar yang berlaku boleh divisualkan asalkan mendapat kebenaran daripada ahli keluarga, kerajaan atau syarikat penerbangan itu sendiri.
  
"Saya tidak menafikan ramai karyawan yang berminat namun mereka bimbang dengan halangan yang wujud seperti sensitiviti keluarga mangsa tragedi, mengganggu siasatan dan memburukkan nama negara", katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
  
Jurey berkata kerajaan harus memberi galakan yang positif kepada setiap penggiat seni dengan membenarkan tragedi MH370 dan MH17 dilihat dari sudut kemanusiaan supaya penterjemahan kisah benar itu dipersembahkan dari sudut yang menarik.
  
"Contohnya, pengarah boleh menggambarkan keikhlasan sukarelewan yang bekerja siang dan malam, peranan kerajaan yang bersikap positif ketika berdepan dengan keluarga mangsa nahas serta media asing ataupun istiadat penerimaan mayat mangsa yang dilaksanakan dengan penuh tertib", katanya.
  
Jelas beliau, walau apa bentuk medium yang bakal dipaparkan, namun cerita keperitan, rintihan dan kesedihan ahli keluarga mangsa boleh divisualkan asalkan jalan ceritanya tidak lari daripada kisah sebenar.
 
Fiksyen  

"Bagaimanapun, perlu diingat, pengkarya hanya mengambil 10 peratus daripada kisah sebenar manakala selebihnya adalah melalui fiksyen yang lahir daripada kreativiti pengarah dan pelakon", katanya.
  
Jurey menegaskan walaupun melibatkan kos yang tinggi namun beliau yakin hasil kerja mengenai tragedi MH370 dan MH17 mampu diangkat sebagai naskah agung serta tidak mustahil mampu menyertai Festival Filem di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
  
Pengarah teater, Khusiary Mahayuddin berkata beliau berminat untuk memindahkan tragedi MH370 dan MH17 ke pentas teater namun memahami kesukaran yang bakal dilalui untuk pementasan itu direalisasikan.
  
Khusairy berkata kualiti skrip yang telah dinilai oleh pihak berwajib perlu dititikberatkan sebelum berani mengambil risiko mementaskan tragedi MH370 dan MH17 dalam konsep 'monodrama'.
  
Jelas beliau, elemen kemanusiaan dalam tragedi MH370 dan MH17 akan dapat diketengahkan supaya mesej positif dalam kisah itu dapat diluahkan dengan baik.
 
Teater  

"Ini akan dibantu melalui aspek visual, audio, pencahayaan serta kekuatan pelakon itu sendiri menterjemahkan setiap watak dalam teater berkonsepkan kesedihan ini", katanya.
  
Khusiary berkata menghasilkan teater daripada kisah benar memerlukan kos yang agak tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi memastikan konsep teater bercorak diingini mencapai matlamat.
  
Pelakon yang sering memegang watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Musly Amir Mohammed Ramli atau Musly Ramlee berkata beliau bersetuju sekiranya tragedi yang menimpa syarikat penerbangan negara divisualkan namun hendaklah dilakukan dalam tempoh lima tahun lagi.
  
Menurut beliau, tempoh itu cukup bagi mengembalikan semula ingatan kepada masyarakat terhadap peristiwa yang meninggalkan detik hitam kepada rakyat negara ini.
  
"Tidak sesuai jika pembikinan filem, drama atau teater dilakukan sekarang, kerana waris mangsa masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang, biarlah ketika ini situasi waris diutamakan", katanya. 
  
Musly, yang sudah 20 tahun 'menjelmakan' watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam dirinya, berkata, menghidupkan watak individu yang telah meninggal dunia memerlukan cabaran dari segi mental kerana tidak semua orang akan menyukainya. - Bernama

Chong Wei mahu berehat selepas Terbuka Denmark


  • Wajah Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual wartawan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Bernama  
  • Wajah Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual wartawan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Bernama
PEMAIN badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasratnya untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia tahun hadapan.
  
Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti.
  
"Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark," katanya kepada media sejurus tiba dari  Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.
  
Chong Wei dijadualkan menyertai Terbuka Denmark, satu daripada kejohanan Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dari 18 hingga 23 Okt ini.
  
Menurutnya keputusan untuk berehat itu wajar berikutan tiadanya kejohanan yang perlu disertainya pada Januari dan Februari depan.
 
"Awal tahun depan tidak ada kejohanan besar, ia agak baik untuk  saya berehat sebelum memulakan latihan dan tingkatkan  prestasi bagi menghadapi All England dan Terbuka Malaysia," katanya.   

Chong Wei juga mengakui prestasinya agak menurun selepas Kejohanan Dunia Denmark bulan lepas, namun menganggap pencapaiannya sehingga ke peringkat separuh akhir pada Sukan Asia Incheon adalah cukup bagus.
  
Mengenai kerjayanya dalam badminton, beliau  berharap dapat  terus bertahan untuk dua tahun lagi.
  
Ditanya mengenai kemungkinan BAM mengambil jurulatih baharu dari China untuk membantunya dan skuad badminton negara, Chong Wei berkata beliau menerima apa sahaja keputusan  BAM.
  
BAM dilaporkan bakal melantik beberapa jurulatih baharu  termasuk He Guo Quan, iaitu bekas jurulatih pemain perseorang lelaki Lin Dan dan pemain perseorangan wanita Li Xueriu.
     
Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock berkata langkah BAM membawa jurulatih mungkin memberi kebaikan  kepada Chong Wei.
  
"Ia akan wujudkan satu perubahan ke arah kebaikan kepada Chong Wei...saya fikir, kita perlu buat perubahan atau sesuatu yang lain untuk  Chong Wei (khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik)," katanya.
  
Menurutnya  beliau tidak menghalang jika BAM mahu Chong Wei dikendalikan seorang jurulatih baharu.
  
"Jika perubahan itu penting dan untuk kebaikan Chong Wei, saya  tidak kisah. Kita perlu cari formula untuk bantu kecemerlangan  beliau. Saya nampak beliau begitu kecewa bila tewas kepada Lin Dan di  Sukan Asia," katanya. - Bernama

Ras Adiba dimasukkan ke ICU


  • Keadaan Ras Adiba yang berada di wad ICU.  
  • Keadaan Ras Adiba yang berada di wad ICU.
SHAH ALAM – Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.

“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.

“...Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.

Berpurdah, penulis buku Pelacur mahu masuk DAP

 
Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.









Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Graduan 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.




Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.

Ahad, 28 September 2014

Lin Dan sekat Chong Wei ke final


  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama  
  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama
JAGUH perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan musuh tradisinya Lin Dan pada peringkat separuh akhir Suka Asia ke-17 hari ini.
 
Chong Wei kalah 20-22, 21-12 dan 9-21 dalam masa satu jam 12 minit.
 
"Dalam set pertama pada kedudukan 16-14, saya merasa rileks mungkin sebab saya ingin permainan habis. Pada set ketiga pula, saya dapati Lin Dan sangat yakin. Pada kedudukan 7-2, saya susah untuk ikut rentak dia.
 
"Namun saya sudah buat yang terbaik dan saya terima kekalahan ini," katanya.
 
Pada set pertama, Chong Wei mendahului 16-14 sebelum hilang rentak dan menyebabkan Lin Dan menang 20-22.
 
Chong Wei kemudiannya berjaya mengawal permainan dan menang set kedua 21-12 menyebabkan rubber-game.
 
Namun beliau ketinggalan 2-7 dan gagal mengejar Lin Dan sehingga akhir perlawanan.
 
Lin Dan akan bertemu rakan sepasukan Chen Long di peringkt akhir setelah mengalahkan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-6 dan 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama

Jumaat, 26 September 2014

ND Lala: Tunjuk bukti hutang RM15,000


  • Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam. Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.
TIDAK tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya.

Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000.

Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama.

Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin.

"Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya.

Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi.

Khamis, 25 September 2014

Shila Amzah jelaskan kontroversi

  • Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam. Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.
"KONSERT itu bukan ditaja syarikat judi. Saya benar-benar tersinggung dengan kenyataan sebuah akhbar sebelum ini," demikian menurut penyanyi Nur Shahila Amir Amzah, 24, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah.

Katanya, konsert sulungnya 'Shila Amzah Love Live In Malaysia' mendapat tajaan daripada syarikat Mega Ultimate, sebuah syarikat penganjur terkemuka.

"Syarikat berkenaan adalah penganjur konsert dan bukan syarikat judi seperti didakwa. Kenyataan seumpama itu mencalarkan reputasi saya sebagai seorang Muslim dan bapa saya yang begitu kuat mendukung budaya dan agama.

“Kerana kenyataan itu juga, ibu saya sedih dan menangis. Sesiapapun yang ada keluarga yang difitnah seperti ini akan berasa cukup sedih," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Berikutan kontroversi tersebut, pemenang Asian Waze 2012 itu terpaksa membatalkan urusan kerjanya di China.

“Saya terpaksa batalkan rakaman album Mandarin saya di Beijing, China untuk balik ke Malaysia untuk sidang media ini.

"Saya sangat berharap, kenyataan saya ini dapat membetulkan keadaan yang berlaku," katanya yang ditemani bapanya, penyanyi ND Lala yang juga pengurus kerjayanya.

Dalam pada itu, Shila turut memohon maaf kepada mana-mana pihak berhubung kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Instagram menerusi akaunnya @shahilaamzah.

"Saya minta maaf pada sesiapa yang terkecil hati dengan kenyataan tersebut. Saya hanya memuat naik semula kenyataan daripada @shilaamzah_photography kerana berasakan ia komen yang jujur daripada peminat.

"Tambahan pula, ia bukan kenyataan sebaliknya persoalan yang ditimbulkan. Saya menghargai pandangan daripada peminat berhubung ketidakhadiran media Melayu pada konsert saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kelab peminat tersebut dikendalikan ibunya sendiri, Shila menafikan perkara tersebut.

"Ibu saya tiada kaitan. Saya tidak mengetahui siapa pemilik akaun berkenaan," katanya.

Konsert penyanyi ini yang diadakan di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 13 September lalu, dikatakan tidak mendapat liputan media Melayu tempatan sehingga tercetusnya pelbagai kontroversi.

Rabu, 24 September 2014

Kreatif : Miniatur Bangunan Rila Monastery Gunakan 6 Juta Mancis (5 Gambar)

Artis Bulgaria telah menggunakan 6 juta batang mancis untuk menyiapkan miniatur bangunan Rila Monastery selepas 16 tahun. Miniatur ini kini telah dipamerkan di Mizium Archaeological sekitar Bulgaria.
 via : artdaily

Jepun Memang Advanced!! Baiki Jalan Retak Only in 6 Days!!

Ni lagi satu MaxJinx nak share article dalam http://2dayblog.com ngan korang pasal betapa advanced dan konsisten negara Jepun nih. Diorang ni dapat baiki jalan yang rosak teruk akibat earthquake tu dalam mase 6 hari je!!!! memang takkan happen kat negara lain beb.. kalo kat Malaysia nih aku rasa maybe amek masa 6 bulan kot.. hehe.. Mari kita tgk gambar2 kat bawah nih..


March 11, 16 hour 30 minutes

 March 14, 17 hour 20 minutes

 March 15, 15 hour

 March 16, 17 hour

Amacam? Hebat tak??  STRESS HEBAT!!! Only in JAPAN! 

Perayaan di dunia yang sangat STRESS!!!

Mesti suma orang x sabar nak menyambut perayaan masing2 di negara ini. Kita biasanya akan menziarahi saudara mara kita dan makan2 bersama. Tetapi tau x di dunia ini ada juga perayaan yang sungguh pelik dan ada yang x masuk akal..mari kita saksikan :-)) STRESS!!

1. Crying Baby Festival

crying baby
Perayann untuk ahli Sumo Jepun - simple je dia punya rule, wrestler sumo ni kena angkat seorang bayi dan temukan mereka dua. Wrestler tersebut mesti tunjukkan muka bengis dan menakutkan bayi yang mrk angkat. Bayi yang menangis paling lama dan kuat menang!!! STRESS!!! hihi (x nak sy bt bayi sy mcm ni)

2. Monkey Buffet Festival

Monkeybuffet1 560x370
Perayaan ini disambut di Lopburi, Thailand. Ini adalah untuk mengingati Hanuman, the monkey God. Pelbagai buah dan makanan akan dihidangkan, kemudian monyet2 akan dilepaskan untuk menghabiskan semuanya. 

3. Color-Throwing Festival
holi 560x369
Perayaan ini disambut pada musim panas di India sempena peringatan pada Lord Krishna. Semua orang akan menggunakan baju paling lama mereka kerana mereka akan bermain dengan serbuk pelbagai warna yang dipanggil GULAI. 

4. Near-Death Experience Festival

NearDeath
Sambutan ini dengan meriahnya disambut di Sepanyol (Las Nieves). Perayaan ini meraikan orang yang penuh merasakan kematian tetapi masih hidup untuk memceritakan kisah mereka. Ianya disambut sempena peringatan  Santa Marta de Ribarteme, the patron saint of resurrection. 

5. Orange Battle Carnival:

Setahun sekali, seluruh orang Itali akan datang ke Ivrea untuk karnival ini. Mereka akan melontar buah oren semasa sendiri seperti berperang untuk mengingatkan kemenangan negara mereka dari penjajahan Holy Roman Emperor Frederick of Swabia.
battle_of_oranges3
battle_of_oranges12
battle_of_oranges6
battle_of_oranges4
While in Bunol, Spain, Sutamarchan, Colombia and even Dongguan, China, people fight with tomatos..
tomato_fight9
tomato_fight10
tomato_fight3

6. Naked Festival

Naked
Ada lagi perayaan yang pelik disambut di negara Jepun. Perayaan ini disambut pada musim SEJUK!!! STRESS... Semua orang lelaki dengan hanya menggunakan loin cloths (macam ahli sumo) dan semua orang dikehendaki untuk menyemtuh seorang lelaki BOGEL!! yang dipanggil  Shin-otoko. .STRESS!!!!!!!!

7. Baby Jumping Festival of Castillo:

Perayaan ini disambut di Sepanyol untuk menbersihkan dosa-dosa bayi. Ianya telah disambut sejal tahun 1620. Bayi akan diletakkan di atas selimut dan orang dewasa akan berpakaian seperti syaitan serta dikehendaki untuk melompat di atas bayi tersebut..STRESS!!!
5
2
4
1

Perayaan yang seterusnya lagilah x masuk akal..aga sedikit unsur 18sx ni :-P agak x faham kenapa sambut perayaan ni...

8. The Japanese Phallic Festival:
Setiap tahun di Jepun, seramai 30.000 orang akan datang ke Kawasaki untuk menyambut perayaan peringatan sexuality gods. 

japan_phallus_festival_3
japan_phallus_festival_4
japan_phallus_festival_5
japan_phallus_festival_6
japan_phallus_festival_7
japan_phallus_festival_8
japan_phallus_festival_9
japan_phallus_festival_1

















Isnin, 22 September 2014

Pengarah fail gantung perintah bayar ganti rugi

  • Johan Johan
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah drama dan filem serta syarikatnya memfailkan permohonan untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai Johan Raja Lawak dan isterinya.
 
Pembayaran itu berhubung kes saman yang difailkan pelawak itu terhadap kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas.

Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 17 September lalu sementara menunggu untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam pada 7 Julai.

Peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa permohonan Mohd Javed dan syarikatnya itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Khamis ini.

Suhaimi berkata Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si menetapkan 26 September ini untuk pengurusan kes ketika kes itu disebut di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam Baljit Singh yang mewakili Mohd Javed dan syarikatnya itu.

Pada 7 Julai lalu, Hakim Su memerintahkan Mohd Javed serta syarikat penerbitannya membayar ganti rugi RM100,000 dan kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada pelawak itu bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail, serta faedah lima peratus bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos guaman RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri dan Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.

Johan, yang juga seorang pengacara, mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul. - Bernama

Isnin, 1 September 2014

KJ: 'Saya tahu dia kecewa...'


  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama  
  • Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi kebanggaan Malaysia walau tewas dalam saingan Kejohanan Dunia (BWF) 2014 yang berlangsung semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman mikro Twitter berkata, seluruh negara tetap bangga dengan pencapaian Chong Wei dan tahu pemain nombor satu dunia itu
sentiasa melakukan yang terbaik demi nama Malaysia dan sukan berprestij itu.

"Selalu berbangga dengan Lee Chong Wei. Saya tahu dia kecewa tapi kita semua tahu dia sudah cuba yang terbaik. Dia selalu begitu," ujar Khairy.

Semalam, Chong Wei sekali lagi terpaksa melalui detik kekalahan apabila tewas dalam percubaan ketiga pada kejohanan yang berlangsung di Copenhagen itu.

Kesilapan hantaran yang kerap keluar daripada Chong Wei membuka peluang kepada lawannya merampas gelaran juara dunia dengan keputusan 21-19, 21-19.

Chong Wei dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah berusaha mempamerkan aksi sebaik mungkin namun saingannya, Chen Long dikatakan lebih bijak mengatur strategi.

"Saya lihat Chen Long bermain agak agresif kali ini dan saya cuba mengelak untuk melakukan kesilapan namun ia tetap terjadi," katanya.

Walau kekalahan kali ini masih pahit terasa, beliau menegaskan akan terus beraksi pada Kejohahan Dunia 2015 di Indonesia dan Sukan Olimpik 2016 di Brazil.