Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Jumaat, 30 Oktober 2009

Tolonglah YB! di Blog Mazidul

Blogger iDAN berkata... di Blog Mazidul

Tentang cita-cita sila Klik

Kajang memang YBnya pernah dari kalangan wartawan. Memang benar kerjaya wartawan & kerja YB atau Wakil Rakyat sememangnya banyak berhubung kait. Malahan terkadang wartawan lebih arif pun lebih rapat dengan rakyat.

Jika Bro Mazidul punyai cita-cita begitu seyogia dialu-alukan. Iyer jika kita sememangnya punyai politik terbuka parti itu bukan isu utama. Mana-mana parti yang hebat memerintah pun boleh tumbang jika namanya demokrasi.

PKR & S46 nampaknya bagai seiras; jangan nanti PKR terkubur bagaikan S46; penat tenguk rakyat kita berpecah belah. Pembangkang memangnya perlu dalam demokrasi tapi kalau pembangkang itu sendiri telah berbalahan rasanya tak cantiklah demokrasi itu. Rakyat marhaen juga yang tambah keliru.

Jumaat, 2009 Oktober 30 09:47:00 MYT

Tolonglah YB!

Saya dilahirkan di negeri Perak.

Semalam, jam 11.15 pagi sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kampar, kami berselisih dengan kenderaan pasukan Unit Simpanan Persekutuan, FRU, menuju kearah utara.

“Ada rusuhan ke?,” tanya jurukamera memandu.... Seterusnya sila klik sini

Blogger iDAN berkata... di Blog Mazidul

Saya pun macam Sdr Mazidul, Anak Jati Perak; samalah kampung saya tak ada lagi kabel telefon. Tinggal tiang terpacak. Penagih Dadah buat operasi di bawah rumah pusaka kami pula tu!. Berselerak getah pembalut wayar tak tahu lah berapa sekilo harganya. Mahal sangat kut!.

Sila rujuk masalah tanah di Perak terutama Mukim Teja. Dalam Blog saya banyak juga saya dedahkan soal tanah ini. Datuk mana yang sampai dapat puluhan ekar tanah Rizab Melayu yang dulunya di lombong ini?. Orang kampung semua tahu!.

Isu Kilang Simen dipalsukan. Sila semak siapa empunya pemodal & pemegang besar kilang ini. Saya memang kabur.

Saya tenguk & baca memorandum orang kampung yang majoriti TIDAK setuju didirikan kilang ini tapi diwartakan pula setuju. Siasatlah kerja siapa.

Saya juga sempat selamatkan sebahagian tanah pusaka Arwah Mat Sesh (arwah Apak) yang tertunggak cukainya. Peliknya nombor geran baru bila saya tembak-tembak di laman sesawang Pejabat Tanah Kampar ada yang bertindih. Berselang seli dengan namanya Rizab Melayu & kaum asing bertaraf Geran. Cubalah klik!.

Mukim Teja sempena nama Almarhum Teja kerabat Sulan Perak, ada kubur Almarhum Teja di Kota Bharu Perak.?. Pakar sejarah kena kaji benda ini. Bagaimana tanah Mukim Teja ini tergadai ke bangsa asing; taklah saya tahu!.

Bagaimana masalah Tanah Rizab Melayu yang dilombong di daerah lain?. Apa statusnya kini?.
Kisah Kesultanan Perak bermula di Kota Bharu Perak ini.

Kaum cina cuma pekerja lombong di sini. Kaum India ramai berkerja di estet tahun 60an & 70an saya & arwah Apak sering ngutip, hasil estet sekitar Kampar & Gopeng ini. Bagaimana mereka menjadi pemilik tanah bertaraf Geran Tetap bukan Pajakan Negeri di daerah kaum Melayu ini?.

Saya adalah salah seorang pejuang tanah Mukim Teja ini tapi orang tak berduit dapatlah sekelumit. Jadilah.

Ini hanya sedikit pergolakan di Perak. Tak sangka pula masalah kepimpinan & politik di Perak menjadi kalut kini.

Jumaat, 2009 Oktober 30 10:33:00 MYT

Blogger iDAN berkata... dari Blog Mazidul.

Masalah miskin tegar di Perak ini rasanya kurang lebih bagai di negeri-negeri Pantai Timur juga.

Maka itu ramai kalangan anak Perak yang di Parit, Lumut, Mambang Di Awan, Pusing, Redang Sawa, Changkat Belengkor & banyak lagi nama pelik-pelik ini lari merajuk diri macam Tun Teja, merantau ke negeri orang.

Ipoh kalau kita pergi 20 tahun dulu berbanding kini..pasti tak sesat punya; tak berubah mana pembangunannya, bedanya jalan telah banyak ditukar sehala. Itu sahaja.

Pembangunan yang lembab di Perak pastinya ada hubung kait dengan pucuk pimpinan. Takkan kita mahu menolak satu realiti.

Jumaat, 2009 Oktober 30 10:47:00 MYT

Aku banyak mempersoalkan masalah Tanah Rizab Melayu ini di blogku. Hanya baru-baru ini sahaja akta tanah dipinda agar Tanah Rizab Melayu hanya boleh disewa atau pajak untuk pembangunan.

Aku tidak pernah mengatakan aku seorang anti BN atau kerajaan yang sedia ada memerintah Tanah Melayu. Tetapi kita sendiri kena sedar & faham apa pandangan orang luar. Kita yang memerintah, orang Melayu yang memonopoli potitik tanah air tetapi kenapa banyak tanah di bumi sendiri tergadai. Tergadai ke bangsa asing. Orang luar gelak akan kita.

Bukanlah aku tiada semangat kebangsaan tetapi kalau kita membaca sejarah ramai kalangan kita tidak menyokong penerimaan bangsa asing sebagai warganegara Tanah Melayu ketika mahu merdeka. Kita merdeka juga dengan syarat British. Sekarang apa telah jadi, lihat di bandar-bandar besar bagaimana bangsa ini telah pun menjadi penduduk majoriti di bandar. Malahan ekonomi Tanah Melayu ini juga dipegang bangsa asing.

Masalah pendatang haram pun kita tidak boleh selesaikan. Rata-rata mereka hidup menumpang bersama pemaju kaum asing ini. Membina pembangunan untuk siapa?. Kita pula amat bermurah hati terusan memberi PR kepada pendatang ini. Maka mereka seharian terusan membeli harta tanah termasuk warga Temasek yang dulunya meminta kemerdekaan dari kita.

Aku amat risau orang Melayu akan terpaksa berhijrah dari negara sendiri lantaran dihimpit keegoan bangsa asing ini yang semakin meminta & memperjuangkan hak mereka di bumi ini. Bayangkan betapa besar patung depan Batu Cave itu, pun bagaimana Pulau Mutiara kita yang penuh dengan kuil. Kita terusan membiarkan.


BENDAHARA RAJA ALANG ISKANDAR

Almarhum Raja Alang Iskandar adalah putera Raja Kecil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Waktu kekanda Baginda Raja Ngah Jaafar diangkat menjadi Sultan Ja'afar Muazzam Shah (1857 - 1865) yang makamnya di Pulau Juar, Kampung Gajah, Raja Alang Iskandar telah dilantik menjadi Bendahara Perak. Baginda bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan tidak berapa lama kemudian Baginda mangkat di Kuala Teja, Kota Bharu, Gopeng. Baginda dilantik menjadi Bendahara Perak oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan Perak ke-22 yang berkerajaan di Durian Sebatang, Teluk Intan. Bila Almarhum Raja Alang Iskandar mangkat, tempat baginda digantikan oleh Raja Ismail Bin Saiyed Syeikh Al-Khairat, Raja Siak. Baginda Raja Alang Iskandar bergelar "Almarhum Teja".

Mengikut sejarah Ibu Almarhum Raja Alang Iskandar bernama Raja Che'Busu telah berkahwin dengan Raja Kechil Tengku Ahmad yang kemudiannya menjadi Sultan Muda Ahmad. Almarhum Teja Raja Alang Iskandar berkahwin dengan Che' Kenuda dan mendapat seorang putera, Sultan Idris Murshidul-'adzam Shah, Sultan Perak ke -28.

Dimasa Almarhum menjadi Bendahara di Kuala Teja, Baginda mengutip hasil dan khazanah serta cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Kutipan itu dilakukan setahun sekali, iaitu kutipan keluarga yang dinamakan "BENAN KELUAR". Baginda menghantar seorang suruhannya dari keturunan Orang Kelar yang berasal dari Lambor bernama Alang Laut Bin Tok Monen atau Tok Nara, pergi ke kampung - kampung mengutip cukai 50 sen sekeluarga dengan membawa "BAUR" iaitu Keris Kuasa Raja. Lanjutan daripada itu Alang Laut digelar Panglima Teja iaitu Orang Besar Enam Belas dan penolongnya Tok Muda Lahab (Tok Rusa).

Makam Almarhum Teja terletak di Kuala Teja, Mukim Gopeng dan Teja kira-kira 3km ke selatan Pekan Kecil Kota Bharu.

Makam Almarhum Teja.

Pengkid di Blog Mazidul

Blogger iDAN berkata... di Blog Mazidul

DBP masih tak punyai istilah atau maklumat tesaurus pengkid.

Saya jenuh memikirkan kenapa wanita tertarik dengan pengkid. Takut mengandungkah? Kekasihnya sebelum ini lembut sangatkah? Jiwanya merabankah? Nafsu kekasihnya pengkid saya tak mahu fikir. Saya yang punyai nafsu 1:9 pun payah nak faham nafsu sendiri!.

Tapi saya berandaian, kekeliruan, jiwa atau batiniah ini yang lebih. Tak dapat memikirkan mana yang mati mana yang hidup. Mana yang seharusnya lebih berkembang tegar mana yang harusnya jumud kaku.

Jika semua wanita di mayapada ini menyintai pengkid & sanggup meninggalkan lelaki@suami sendiri. Aduh! mana mungkin zuriat manusia akan berkembang biak.

Saya pernah bertembung dengan kekasih dua sejoli ini (pengkid & wanita cantik banget). Pengkid itu taklah semachoo mana. Cemburu pun ada sebabnya kita pun payah nak goda wanita secantik itu. Golongan ini bukan calang-calang orang. Maka itu ada ketika tindakan mereka memang sukar diduga!. Sementelah kehadiran mereka pun sudah sepelik gitu.

Jumaat, 2009 Oktober 30 08:38:00 MYT

Penjual air tebu dituduh bunuh pembantu rumah

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Hardi Effendi Yaacob dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my


MURUGAN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Klang, semalam selepas didakwa atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya minggu lalu.

KLANG: Seorang penjual air tebu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya, Mantik seorang warga Indonesia, di rumahnya di Taman Sentosa, di sini minggu lalu.

A Murugan, 35, dituduh membunuh Mantik, 36, di rumah nombor 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 Oktober hingga 20 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Murugan yang tidak diwakili peguam. Jika sabit kesalahan, Murugan yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mantik, dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada jam 10 pagi, 26 Oktober lalu.

Dia ditemui seorang tukang cuci pada 20 Oktober ketika dikurung dalam tandas di rumah majikannya selepas dipercayai didera, dicukur kepala dan tidak diberi makan selama beberapa hari.

Mantik diselamatkan polis jam 7 petang hari yang sama selepas menerima laporan dan dihantar menjalani rawatan di HTAR.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memohon kes disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa ini kerana ia mendapat perhatian umum dan dibenarkan oleh Majistret Afifah Mamat.

Manoj yang menemui pemberita kemudian berkata, ibu dan isteri tertuduh yang sebelum ini ditahan reman tidak akan didakwa.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis sudah mengambil keterangan 56 individu berhubung kes itu.

"Dengan keterangan dan bahan bukti yang ada, kita mendapati ada asas untuk menjalankan siasatan dan akan mengambil keterangan saksi lain jika perlu," katanya.

Menteri Kaunselor, Informasi, Sosial dan Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Widyarka Ryananta, pula berkata langkah mempercepatkan siasatan dan pendakwaan mampu meredakan kemarahan rakyat republik berkenaan.

Ia juga langkah terbaik bagi mengelak sentimen negatif terhadap Malaysia yang disebabkan beberapa isu sebelum ini, seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

"Di Jakarta, banyak demonstrasi diadakan membantah kejadian ini. Cara terbaik untuk menenangkan keadaan ialah dengan mengenakan hukuman berat terhadap pelaku. Suami Muntik ada memberitahu saya beliau menerima kematian isterinya tetapi tidak akan puas selagi mereka yang bersalah tidak dibawa ke pengadilan.

"Ini juga sebagai peringatan kepada majikan supaya tidak melakukan sewenang-wenangnya terhadap pembantu," katanya.

Sementara itu, jenazah Mantik dihantar pulang ke Surabaya dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 8.15 pagi ini diiringi pegawai kedutaan hingga ke Surabaya sebelum menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jeumber, Surabaya.

Berita Harian

Blogger iDAN berkata... di Blog Mazidul

Mantik mati dalam keadaan tragis!.
Apakah Mantik Hani ini beragama Islam?. Di TV nampak majikannya macam bukan kaum cina!.. tapi memang bukan orang kita Melayu.

Kerajaan seharusnya memikirkan akta baru yang digubal agar Pembantu Rumah yang beragama Islam tidak dibenarkan berkerja dengan orang kafir. Samalah juga jika pembantu kedai yang terpaksa membasuh barangan yang namanya haram bagi kita.

Takkan hari-hari mahu bersamak bila mahu beribadat. Dan banyak faktor lain yang tentunya bercanggahan dengan agama jika tinggal di bumbung yang sama.

Memang ada majikan kaum kafir ini yang memahami masalah halal haram, beribadat, aurat semua itu. Malahan seharian rela membeli makanan halal di kedai. Namun secara wajarnya Pembantu Rumah bukanlah hanya mengemas rumah atau menjaga anak-anak semata. Takkan nak biarkan sinki pinggan mangkuk dari pagi ke petang berbau & dihurung lalat. Apa guna ada orang gaji.

Saya tak nafikan melayan kerenah Pembantu Rumah ini memang menguji kesabaran. Sememangnya terkadang tindakan mereka ini melangkau batas adat resam & budaya hidup kita. Dari lima orang Pembantu Rumah saya hanya seorang yang tak bermasalah tapi lari rumah juga lantaran pujukan Mas Joko.

Mereka ini memang kena bimbingan kita. Yang pasti tak semua mereka tahu buat kerja rumah & ikhlas ingin membantu kita. Malahan sering majikan dijadikan batu loncatan untuk mencari peluang kerja lebih bebas & lumayan.

Kita bercakaran sesama Islam sememangnya akan ditimbang tara di hari kemudian. Bagaimana kalau orang kafir mendera Pembantu Rumah yang beragama Islam ini. Apa kata saudara mara mereka yang seagama dengan kita di seberang sana. Tidakkah ini boleh menjadikan jalinan antara dua negara menjadi tambah rumit & konflik.

Jumaat, 2009 Oktober 30 09:29:00 MYT

Kreatif: Pak Kaduk

Oleh Nassury Ibrahim




"EH, bukankah itu Pak Kaduk," kata Haji Hassan apabila melihat visual berita di skrin televisyen. Lantas, dia memanggil isteri bagi mengecam dan memastikannya.

“Yelah, bang. Pak Kaduk.”

“Apa yang dia buat tu?”

Setelah tiga hari bersembunyi daripada buruan polis kerana mencopek kupu-kupu malam dan merasai diri tidak selamat lagi kerana wajahnya tersiar dalam visual televisyen, Pak Kaduk bercadang melarikan diri dan menyusup masuk ke Malaysia. Dia memberi alasan kepada isterinya mahu mencari kerja kerana ramai yang pulang dari Malaysia jadi jutawan.

“Aku juga mahu jadi jutawan, bu,” Isterinya tidak berkata apa-apa.

Hasil bantuan seorang Tekong Malam, dengan bayaran Rp2 juta, Pak Kaduk berjaya menjejakkan kaki di tanah emas Malaysia. Melalui petunjuk seorang teman, dia menemui Bung Karim di Chow Kit dan 'melaporkan' tujuan kedatangannya. Bung Karim menasihati agar dia tidak terlalu mempercayai seseorang dan berhati-hati ketika berada di tempat awam.

“Di sini,” Bung Karim menunjukkan jari telunjuknya ke bawah. “Pak Kaduk dianggap pendatang haram.”

“Apa itu, Bung?”

“Pendatang tanpa izin.”

“Oooo …. Aku ke mari mahu cari kerja, Bung. Mahu kerja,” bersungguh-sungguh dia menyakinkan tujuan kedatangannya.

“Ah, itu gampang saja!” Bung Karim membetulkan sila. “Di sini kita tidak usah cari kerja. Di sini kita bikin kerja,” nasihat Bung Karim, pemegang kad pengenalan merah.

“Kerjanya apa, Bung?”

“Apa-apa saja, asal lumayan.”

Maka dijelaskan oleh Bung Karim akan kerja yang sesuai dan hasilnya lumayan. Kata Bung Karim, Pak Kaduk patut jadi dukun.

“Masakan!” Terkejut Pak Kaduk mendengarnya.

“Jadi dukun tak perlu modal besar, Pak. Asal saja pandai bercakap dan diyakini. Pak Kaduk akan dapat wang lumayan dan bisa hidup senang,”

“Aku tidak tahu ilmu pedukunan. Masakan aku bisa jadi dukun! Ah … main-main aje Bung Karim. Aku berkata benar,” jelas rasa kecewa di mukanya.

“Betul, Pak, betul. Kerja ini tak perlu modal besar. Untungnya lumayan.”

Bung Karim memujuk agar Pak Kaduk sanggup menjadi dukun merawat tenaga dalam lelaki. Bung Karim memberi beberapa tip untuk berjaya, termasuk berjanji menyediakan modal awal, tempat tinggal dan peralatan niaga.

“Sebagai balasnya, bapak mesti bayar tiga kali ganda daripada modal aku beri,” sambil mengangkat tiga batang jarinya. “Kalau bersetuju, aku akan bantu perniagaan bapak.”

Setelah berfikir sejenak, Pak Kaduk pun menyatakan persetujuannya. Maka Bung Karim menelefon rakan-rakan agar menghantar segera segala jenis kayu-kayuan: Tongkat Ali, Perdu Bumi, Bakawali, Jarum Emas, rempah-ratus, halia, kunyit dan segala macam. Bahan-bahan itu dimesin dan dimasak bersama-sama minyak nyor. Sisa kayu-kayuan itu dibuat majun.

Berbekalkan minyak nyor dan majun itulah, Pak Kaduk keluar ke Chow Kit menjual impian. Minyak dan majun itu dipamer bersama-sama gambar ghairah wanita dari majalah Playboy dan gambar lelaki kecewa patah berjuang.

“Bapak-bapak jangan jadi seperti lelaki ini,” demikian kata Pak Kaduk setiap kali memulakan perniagaan. Kata-kata itu seperti magnet, cepat menarik para lelaki yang lalu-lalang. “Kalah sebelum berjuang,” sambil menunjukkan gambar lelaki berkenaan. Para pengunjung mula mengerumuni.

“Kesian wanita ini,” sambil menunjukkan gambar wanita ghairah. “Kecewa kerana hajat tidak kesampaian. Mahukah isteri bapak-bapak jadi seperti wanita ini?” Pak Kaduk menatap wajah para lelaki di hadapannya. Semua diam, menanti kata-kata Pak Kaduk seterusnya.

“Kalau begini, isteri bapak akan cari lelaki lain,” jarinya menunjuk ke langit. “Tiada guna wang berjuta kalau ini (menunjukkan aksi dengan jari) tidak bisa berfungsi. Mahukah?” Sekali lagi Pak Kaduk memerhati wajah para pengunjung di hadapan. Pak Kaduk rasa makin bersemangat.

“Mahukah digelar lelaki dayus, kalah sebelum berjuang dan isteri dikebas orang?” Pak Kaduk menatap satu demi satu wajah di hadapannya.

Biodata: NASSURY IBRAHIM

NAMA pena bagi Maniyamin Ibrahim yang dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Lulusan Diploma Falsafah Sains Islam dan Sarjana Pengajian Melayu ini menulis dalam genre puisi, esei, berita dan kritikan sastera. Karyanya mendapat tempat dalam majalah, akhbar dan buku dalam mahupun luar negara. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bantahan Anwar ditolak


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, gagal menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi agar pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kes liwat kepadanya.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak bantahan awal Anwar bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara menolak bantahan Anwar itu selepas memutuskan perintah Mahkamah Tinggi berhubung permohonan pembekalan dokumen berkenaan boleh dirayu.

Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Anwar melalui peguamnya Karpal Singh bagi menangguhkan prosiding rayuan sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan di Mahkamah Persekutuan.

Karpal adalah anggota baru pasukan peguam bela yang mewakili Anwar dalam perbicaraan kes berkenaan, menggantikan peguam Sulaiman Abdullah yang menarik diri pada 15 Julai lalu atas sebab kesihatan.

Pada prosiding itu, mahkamah berkenaan mendengar rayuan pihak pendakwaan dan rayuan balas Anwar terhadap Mahkamah Tinggi yang sama, yang menolak permohonannya mendapatkan satu contoh spesimen diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas prosiding itu, Karpal memberitahu pemberita beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan, esok.

Pada 16 Julai lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan pemimpin pembangkang itu agar pihak pendakwaaan membekalkan kepadanya rekod kenyataan saksi di pihak Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid serta tiga saksi lain dan dokumen lain yang berkaitan.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan contoh spesimen Mohamad Saiful apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun tahun lalu. - Bernama

Selasa, 20 Oktober 2009

Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 (Sastera)

Pada 18 Oktober 2009 berlangsung satu program iaitu Sayembara Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu.

Peserta dan pemenang kategori terbuka

Anak didik ayah, Moechtar Awang

Pemenang kedua kategori sekolah menengah


Ayah bersama anak didiknya (tengah) dan ibunya

Dari Situs http://moechtarawang56.blogspot.com

Selasa, 13 Oktober 2009

Undi pos bantu Isa menang (Politik)

M Faqih
Wed | Oct 14, 09 | 10:08:40 am MYT
PENDAPAT

Benarkah petunjuk di Bagan Pinang kelmarin memberi gambaran total bukan Melayu telah kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN)?

Telahan itu dibuat setelah mengambil kira 1,387 daripada 1,870 pengundi India mengundi BN, dan hanya 483 pemilih mengundi calon PAS.

Lalu disimpulkan sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus di Bagan Pinang.

Tanpa perlu berselindung, siapa sebenarnya penyumbang besar kepada peningkatan tinggi undi dibolot Isa.

Mengapa disembunyikan data 85.4 peratus atau 3,521 tentera mengundi BN.

Dan hanya 14.5 peratus sahaja tentera yang ada keberanian memangkah PAS.

Kelompok undi tenteralah yang sebenarnya melonjakkan majoriti BN. Ukuran itu tidak adil untuk dikatakan pengundi sudah bertaut semula kepada BN.

Ini kerana kalau diambil kira pengundi awam PAS dan Umno hanya dijarakkan sekitar kurang 40 peratus sahaja daripada 6,712 pengundi awam yang keluar mengundi.

PAS mendapat 1,997 undi atau 30.7 peratus, sedangkan BN pula 4,492 undi atau 69.2 peratus.

Jumlah pengundi awam yang keluar mengundi hanya 6,489 undi tanpa diambil kira 223 undi rosak. Sedangkan jumlah keseluruhan pengundi awam yang ada dalam buku daftar seramai 9,060 pemilih.

Ini bermakna seramai 2,971 pemilih awam tidak keluar mengundi. Dan jumlah peratusan keluar mengundi tinggi sehingga 82 peratus sebenarnya disumbang undi pos.

Mengambil situasi itu Isa tidak belum tentu mendapat majoriti berganda tanpa undi pos.

Biar apa pun petunjuk di Bagan Pinang, perkembangan ini seolah-olah mengulangi apa yang berlaku di Ijok pada 2007 dan Pengkalan Pasir pada 2005.

Ini kerana Pakatan Rakyat bangkit semula pada pilihan raya umum. Ketika itu tentera sudah berani kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyyiddin Yassin tidak mampu lagi muncul di Port Dickson.

Harakah

Muhyiddin: Menggalas Tuntutan Perubahan (Politik)


umno_logo2

UCAPAN

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2009

BERTEMPAT DI DEWAN MERDEKA,

PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA

KUALA LUMPUR

13 OKTOBER 2009; JAM 8.00 MALAM

MENGGALAS TUNTUTAN PERUBAHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin

Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurniaNya kita sekali lagi dapat berhimpun di Dewan Merdeka pada malam ini untuk menyempurnakan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri 2009.

Saya berdiri di sini di hadapan saudara dan saudari dengan perasaan bangga atas kemenangan besar UMNO dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pejuang UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyumbangkan khidmat bakti bagi memastikan kemenangan kita.

Kalau tidak pohon berangan

Tidak puyuh ke Tasik Chini

Kalau tidak kerana perjuangan

Tidak kita berkumpul di sini.

Jiwa Baru UMNO

Pertemuan kita kali ini membawa pengertian besar bagi parti UMNO yang sedang menakhoda zaman. UMNO baru sahaja melalui perubahan besar dalam sejarah kepimpinannya. Untuk sekian kalinya kita menyaksikan kepimpinan baru pada semua peringkat – dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan UMNO yang baru, khususnya kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang berada di sini pada malam ini.

Apa yang menarik ialah YAB Presiden dan saya sendiri lahir dari madrasah pemuda UMNO. Ketiga-tiga Naib Presiden juga lahir daripada madrasah yang sama. Ketua Wanita lahir dari proses kematangan dan kepimpinan dalaman wanita. Demikianlah juga ketua pemuda dan ketua puteri lahir daripada tarbiah kepimpinan pemuda dan Puteri. Saya amat berbangga bahawa di hadapan saya pada malam ini adalah terdiri dari barisan kepimpinan masa depan UMNO yang di dalam genggaman tangan saudara saudari sekelian yang akan mencorak nasib dan masa depan agama, bangsa dan tanahair.

Saudara saudarilah yang sebenarnya mewakili jiwa baru UMNO bagi menggalas cabaran dan tuntutan perubahan di tengah-tengah landskap politik negara yang baru. Jiwa baru yang mewakili setiap suara orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia. Jiwa baru yang dibina dengan idealisme perjuangan dan setia menjadi ahli parti. Jiwa baru yang bersedia dan berani melakukan perubahan. Inilah gelombang perubahan UMNO.

Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan. UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas. Sejarah membuktikan UMNO adalah parti yang sentiasa menjana kekuatan, melakukan penyesuaian dan sentiasa membentuk kepemimpinan pelapis sebagai sebahagian daripada proses perubahan. Yang patah pasti tumbuh, yang hilang akan berganti.

Inilah sebenarnya yang menjadikan UMNO parti yang dinamis, berubah mengikut masa, dan membuat penyesuaian mengikut keperluan dan tuntutan zaman. Kita sedar tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah. UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Maka haluan besar tuntutan untuk semua warga UMNO adalah untuk membuktikan bahawa kita bersedia melakukan

PERUBAHAN!

Dan memastikan bahawa UMNO tetap

RELEVAN!

Perubahan dan Relevan — kedua-duanya saling berkaitan, ibarat ruh dan jasad, ibarat aur dan tebing, yang satu menyokong yang lain, yang satu memperkuat yang lain. Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO releven dengan putaran masa. Justeru, UMNO perlu menjadi releven memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru. UMNO perlu menjadi releven dalam dunia terbuka tanpa sempadan dan di tengah-tengah ledakan maklumat dan ilmu. UMNO perlu terus menjadi releven dengan mewakili suara orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya.

Mendepani Cabaran

Saudara dan saudari sekalian,

Parti kita pada saat ini sedang diuji dengan cabaran dan tantangan yang getir. Apa yang dikatakan tsunami politik sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 bagai menghasilkan musibah berupa trauma yang masih terbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakan orang, trauma ini masih belum kebah.

Dalam suasana segetir ini, kita seolah-olahnya sedang berada di pinggiran tebing yang curam. Di hadapan kita lurah yang dalam, sementara di belakang kita gunung-ganang dan cenuram yang tinggi. Dalam keadaan sedemikian, kita sebenarnya tiada pilihan. Jika kita terus berarak ke tebing, kita akan tersungkur ke lurah dan rebah buat selama-lamanya. Kita berada di persimpangan bagaikan dalam nestapa zaman gila seperti yang disebut oleh pujangga Ronggowarsito dalam syairnya “Jaman Edan” atau Zaman Gila:

Mengalami jaman edan,

Sulit rumit dalam bertindak,

Ikut gila tak sampai hati,

Jika tak ikut – larut,

Bakal tak dapat rezeki,

Kelaparanlah akhirnya,

Namun sudah takdir kehendak Allah,

Lebih mujur bagi yang ingat (pada Tuhan)

Dan tetap waspada

Gambaran zaman edan turut dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan. Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang ma’ruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi ma’ruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 11-12:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ

Yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.

(Al-Baqarah: 11-12)

Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa. Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman Negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka, malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihanraya bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka.

Oleh yang demikian, hayatilah peringatan sejarawan Islam Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah. Dalam kitaran sejarah, kejatuhan sesuatu bangsa itu bermula dengan menularnya sikap mementingkan diri serta lunturnya semangat kesepaduan di kalangan generasi terkemudian. Mereka lupa bahawa kemakmuran yang mereka kecapi adalah hasil daripada perjuangan, pengorbanan dan kesatuan hati generasi terdahulu dalam membangun jiwa dan mengangkat maruah bangsanya. Pertelagahan dan perbalahan sesama sendiri menjadi lumrah apabila nafsu serakah terhadap kuasa dan harta bermaharajalela. Apabila sikap ini sudah menular dan tidak dapat dibendung lagi, bangsa ini akan rebah.

Melihat ke dalam masalah ini, kita mesti berfikir sejenak, bermuhasabah diri, membetulkan langkah, membulatkan tekad, mempertautkan hati dan bersama-sama mara mendaki ke puncak. Kita mesti belajar dari pengalaman lalu dan memperbetulkan diri. Dengan berbekalkan sejarah dan tradisi kita memperkukuhkan keyakinan, dengan berbekalkan semangat dan iltizam kita melangkah ke hadapan, dengan berbekalkan sumpah keramat penubuhan parti, kita membela agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya, masa berlalu dan pemimpin silih berganti. Namun persetiaan untuk menggalas perjuangan luhur UMNO membela agama, bangsa dan tanah air demi kesejahteraan rakyat mesti ditunaikan.

Tegak kita pada yang hak

Duduk kita pada yang elok

Membela rakyat tahan dikerat

Membela bangsa tahan binasa

Tradisi perjuangan kita membela bangsa tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi. Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima oleh rakyat.

Sejarah parti-parti kemerdekaan di Negara-negara serantau banyak memberi pengajaran dan keinsafan. Parti Golkar di Indonesia tidak lagi sekental dulu. Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?

Tidak dapat dinafikan bahawa sejarah perjuangan UMNO telah berjaya melakukan transformasi sosio-ekonomi yang besar di kalangan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sehingga muncul generasi baru kelas menengah yang penuh dengan idealisme baru dan tuntutan baru. Pemimpin UMNO pula tidak pernah lupa dari mendambakan diri kepada rakyat. Persoalannya kini ialah apakah UMNO bersedia untuk mengisi pengharapan baru rakyat hari ini yang tentunya lebih tinggi berbanding ketika UMNO ditubuhkan dahulu.

Saya tetap yakin dan percaya, seperti Parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Taiwan yang pernah tewas, tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru, maka UMNO dan BN juga akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya. UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.

Haluan Perubahan

Saudara dan saudari sekalian,

Alhamdulillah, UMNO/BN masih kekal memerintah, meskipun kita gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan tewas di beberapa buah negeri. Peristiwa ini janganlah melunturkan daya juang kita. Kita pernah melalui babak-babak tragis dan jatuh bangun dalam perjuangan. Namun setiap kali kita melaluinya kita menjadi semakin kental dan berpantang maut sebelum ajal. Justeru, saudara saudari sekelian, marilah kita bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan wahdatul fikr (kesatuan minda), dihayati dengan wahdatul qalb (kesatuan hati), bergerak dengan wahdatul amal (kesatuan amal), dan menuju wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti.

Firman Allah dalam Surah Al-Shof, Ayat 4:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Peringatan Allah ini mengingatkan kita untuk menjadi parti yang sentiasa kukuh dan mantap, bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, sedia menurut perintah, meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri. Oleh itu marilah kita bersetia menterjemahkan amanat YAB Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu UMNO!

Kesemuanya ini dapat kita laksanakan dengan menghayati empat rukun yang saya sebutkan tadi. Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Dengan terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanahair.

Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr)

Langkah pertama kita ke arah perubahan dan pembaharuan ialah kesatuan minda kita untuk memahami, menghayati dan mendalami aspirasi rakyat dan orang Melayu. Kita perlu membebaskan minda dan sikap kita daripada penjara pemikiran yang lapuk, la’ih dan sukar berubah yang menyimpang daripada perjuangan kita yang sebenar. Kita mesti menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga sudah berubah.

Kita perlu menggarap pemikiran baru tentang demokrasi yang merangkumi konsep penghakupayaan (empowerment), politik penyertaan (participatory politics) dan tadbir urus negara yang baik (good governance). Pemikiran baru ini perlu dibina dan digembleng tanpa mengorbankan matlamat asal perjuangan UMNO. Prinsip perjuangan UMNO, iaitu berjuang demi agama, bangsa dan negara adalah tetap luhur dan releven. Kita tidak perlu apologetik dalam soal ini. Tetapi, dalam suasana pemikiran politik yang telah berubah, maka ia perlu disampaikan, diterangkan dan diwar-warkan dengan cara yang yang lebih jelas dan agresif.

Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb)

Dengan menjalin kesatuan hati, kita hayati nilai politik luhur yang disanjungi oleh rakyat. Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat. Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin UMNO akan sentiasa dekat di hati rakyat.

Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, kidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat. Ini bermakna kita mesti sentiasa bersatu hati untuk bersama-sama mencurahkan bakti kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Kita mesti sentiasa bersetia dalam wadah UMNO untuk membantu rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Kita mesti sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

Kunci kepada khidmat bakti yang menyentuh hati rakyat ialah keikhlasan. Curahan bakti yang dilakukan dengan penuh kesungguhan atas rasa kasih sesama insan akan memancarkan rasa ikhlas di hati sanubari kita. Sesungguhnya, masyarakat boleh menilai setiap khidmat atau sumbangan yang disampaikan. Walau sekecil mana pun sumbangan itu, sekiranya dilakukan dengan niat yang suci, pasti akan dihargai. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya, dan seseorang akan memperoleh apa yang diniatkannya”

Kesatuan Amal (Wahdatul Amal)

Dengan memperteguh kesatuan amal, kita rangka dan laksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk memenangi hati dan perasaan mereka, terutama sekali golongan muda. Kita tampilkan wahana komunikasi politik yang lebih berkesan untuk mendekati rakyat. Wahana baru yang telahpun kita gunakan ialah media baru dan asas rangkaian sosial yang bersifat interaktif. Kita manfaatkan wahana ini bukan sahaja untuk berinteraksi tetapi untuk menampilkan idealisme, pemikiran, nilai, budaya dan jiwa UMNO yang baru.

Program mendekati masyarakat mesti diperhebatkan supaya kita benar-benar dapat merasai denyut nadi mereka. Jadilah mata, telinga dan suara hati masyarakat. Fahami permasalahan masyarakat dan bantulah mereka mencari jalan penyelesaian. Sentiasalah turun padang agar kehadiran kita dirasai, diri kita mudah didekati. Sentiasalah berada bersama masyarakat dan bersedia untuk membantu mereka. Ini adalah terjemahan tradisi perjuangan kita membela rakyat.

Untuk itu, kita mesti perkukuhkan asas kekuatan UMNO iaitu ahli dan organisasinya. Kedua-dua modal politik ini mesti terus diperkasa dan disiapsiagakan untuk menggalas perjuangan parti. Kita persiapkan ahli-ahli UMNO dengan ilmu dan kemahiran politik yang mantap melalui program pendidikan dan latihan sepanjang hayat. Dengan melaksanakan program tarbiah siasah ini kita pastikan ahli-ahli UMNO menghayati erti perjuangan UMNO dan erti menjadi pejuang UMNO yang sejati.

Kita persiapkan organisasi UMNO untuk memacu gelombang perubahan. Pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan esok bakal membuka jalan kepada proses transformasi sistem politik UMNO yang lebih demokratik dan inklusif. Peremajaan parti menerusi penyertaan pimpinan muda dan wanita yang lebih ramai di semua peringkat akan menyuntik semangat perjuangan yang lebih bertenaga dan segar. UMNO adalah sebuah parti dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)

Dengan membulatkan kesatuan matlamat, kita jayakan hijrah jiwa dan sikap. Kita lahirkan para pejuang UMNO yang kukuh imannya kepada Allah s.w.t, yang utuh nilai moral dan etikanya, yang mengutamakan hubungan sesama manusia dan yang memahami realiti semasa. InsyaAllah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang UMNO ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddīq), bukan dusta, sentiasa amanah (amānah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tablīgh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fatānah), bukan dungu.

Sebaiknya kita melakukan hijrah jiwa dan sikap dengan menghayati semangat hijrah Rasulullah s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w berhadapan dengan suasana yang amat getir sebelum berhijrah ke kota Madinah. Baginda dicaci, dihina, dicerca, diherdik malah disakiti oleh para musyrikin dan pemuka Arab jahiliyyah. Namun kecekalan baginda mengharungi keperitan perjuangan berbekalkan kekuatan iman melakar titik perubahan besar dalam sejarah kebangkitan Islam. Islam yang mulanya sukar diterima oleh masyarakat Arab jahiliyyah, telah bertapak di bumi Madinah dan kemudiannya tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Saya ingin mengajak seluruh warga UMNO untuk merencana hala tuju perubahan dengan wahdatul fikr; menjiwai keikhlasan perjuangan dengan wahdatul qalb; mendekati rakyat dengan wahdatul amal; dan bergerak sederap selangkah untuk mencapai kegemilangan UMNO dengan wahdatul hadaf. Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.

Peranan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara dan saudari,

Saya amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama dengan saudara saudari hari ini. Saya yakin di hadapan saya adalah wira dan wirawati UMNO yang akan menyusuri arus perubahan. Ketiga-tiga sayap ini merupakan wadah penting untuk melahirkan pemimpin Melayu yang kental, tangkas, berani dan berjiwa besar dalam menggerak panji-panji perjuangan agama, bangsa dan negara.

Pergerakan Wanita sentiasa berdiri kukuh dalam setiap episod perjuangan parti. Ahli-ahli Pergerakan Wanita merupakan penggerak parti yang sentiasa setia dengan perjuangan dan bersedia untuk berada di lapangan pada setiap waktu ketika tenaga dan bakti mereka diperlukan. Syabas saya ucapkan kepada Pergerakan Wanita.

Kita berharap agar Pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan terus perkasa dan menjadi cerminan kepada usaha kita untuk mengangkat martabat kaum wanita di negara ini. Justeru, menjadi harapan kita agar lebih ramai pemimpin Pergerakan Wanita terlibat secara aktif dalam proses membuat keputusan parti, samada melalui Pergerakan Wanita atau Majlis Tertinggi. Biarlah parti kita menjadi contoh teladan sebagai sebuah institusi yang benar-benar serius dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan wanita kepada pembangunan bangsa dan negara.

Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda. Semangat daya juang tinggi yang dizahirkan semasa siri-siri pilihanraya kecil membuktikan jiwa Pemuda UMNO masih kuat mendaulatkan perjuangan parti. Syabas Pergerakan Pemuda. Manakala Puteri UMNO pula tetap setia berada di mana jua meskipun di tengah-tengah cabaran pembangkang. Syabas Puteri UMNO.

Kedua-dua sayap UMNO ini —Pemuda dan Puteri— berada di barisan hadapan perjuangan parti dan menjadi cerminan kepada citra politik masa depan. Amanah besar yang digalas oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri di bawah kepimpinan YB Sdr. Khairy Jamaluddin dan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ialah untuk meraih semula sokongan generasi muda melalui pemugaran idealisme perjuangan parti.

Generasi muda pada hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal, bukan letusan emosi. Justeru, tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan asas-asas perjuangan kita secara tuntas dan rasional. Untuk itu, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bangkit sebagai satu wadah pemimpin muda Melayu yang petah dan tangkas untuk mengenengahkan citra perjuangan UMNO.

Hari ini meskipun kita mulai menyaksikan kebangkitan semangat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk memperkasa perjuangan parti, namun semangat ini perlu dikentalkan lagi. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan. Setialah kepada prinsip, satukanlah hati-hati, bulatkanlah tekad, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat. Hindarilah kemilau harta dan permata yang melemahkan daya juang, jauhkanlah diri daripada perebutan kuasa yang membinasa, jadilah juru bicara hati nurani rakyat yang berkat.

Saudara dan saudari telah menyumbang bakti kepada parti dan orang Melayu, sentiasa berada di barisan hadapan mengarak panji-panji parti. Semua ini masih belum memadai sekiranya rakyat belum merasai. Pilihanraya ke 12 yang lalu menjadi bukti generasi muda yang masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya. Manakala UMNO pula tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi baru dengan pemikiran yang segar. UMNO dilihat sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa. Gerak kerja parti dalam hal penambahan ahli dan pengundi baru pula kelihatan lesu. Inilah antara contoh-contoh cabaran yang belum ditangani.

Penunjuk Prestasi Utama Politik

Walaupun begitu, saya yakin kepimpinan ketiga-tiga sayap yang ada pada hari ini mampu untuk mendepani cabaran. Maka garaplah segala potensi, gilaplah kerohanian diri, tingkatkanlah ilmu, kuasailah kemahiran, manfaatkanlah kecerdasan minda dan perkukuhkanlah kualiti kepimpinan supaya UMNO kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat jelata. Bagi memastikan agar UMNO kembali menjadi parti yang memberi harapan baru, saya ingin mengajak ketiga-tiga sayap untuk menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik, atau Political Key Performance Indicator iaitu menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan. Saya memberi tempoh masa dua tahun untuk saudara saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang.

Memacu Perubahan

Saudara dan saudari sekalian,

UMNO di bawah teraju YAB Presiden sudah memulakan langkah tegas untuk memacu perubahan, sekaligus memenangi semula hati dan jiwa rakyat. Kita sudah mengambil langkah untuk melakukan proses penilaian semula secara serius tentang cara dan kaedah mendepani rakyat. Kita juga sudah menjadikan kehendak, aspirasi dan keperluan rakyat sebagai teras komitmen kita. Kita mengutamakan rakyat. Rakyat kita dahulukan.

Maka itu semangat dan hala tuju baru ini mesti segera digarap dan digembeleng agar menjadi arus dan gelombang yang lebih besar, yang nantinya akan melonjakkan perjuangan parti kita ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Namun begitu, saya ingin tegaskan bukan UMNO sahaja yang perlu berubah. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga perlu berubah. Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti Barisan Nasional. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan kepada semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana yang telah digariskan oleh YAB Presiden dalam gagasan 1Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

Gema seruan perubahan dan pembaharuan ini mesti segera disahut dengan hati yang cekal dan dada yang terisi dengan obor perjuangan. Jadilah pendokong parti yang bersatu, bersetia dan berkhidmat.

Jadilah pemimpin sejati yang tinggi akal budi, suci jiwa rohani, berani menghadapi cabaran dan cekal memacu perubahan sepertimana yang digambarkan dalam ungkapan Melayu ini.

Memakai syarak lahir dan batin

Imannya tebal adat pun kental

Takwanya nampak ilmu pun banyak

Berdada lapang berfikiran panjang

Bermuka jernih berlidah fasih

Berpendirian kukuh berakal senonoh

Berpijak tidak berkisar

Bercakap tidak beralih

Beraninya menahan uji

Setianya tahan dicuba

Taatnya tahan dilipat


Hayatilah firman Allah s.w.t. mengenai kecekalan iman para pemuda al-Kahfi yang oleh kerana keimanannya itu, mereka ditambahi petunjuk oleh Allah s.w.t.

نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk

(al-Kahf: 13)

Penghargaan Kepada YAB Presiden

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya yang setulusnya kepada YAB Presiden yang kita hormati dan sanjungi, di atas sokongan dan kepercayaan beliau kepada saya untuk menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Timbalan Presiden. Iltizam saya ialah untuk membantu YAB Presiden dalam menyusuri haluan perubahan yang telah digariskan.

YAB Presiden sebenarnya telah meletakkan penanda aras yang tinggi ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden. Justeru, bukan mudah bagi saya untuk mencapai penanda aras itu tanpa sokongan YAB Presiden dan saudara-saudari sekelian.YAB Presiden kita juga telah memacu perubahan dan pembaharuan di peringkat kerajaan, yang kini Alhamdulillah telah diterima baik oleh rakyat. Bukti terjemahan sokongan rakyat kepada UMNO ialah kemenangan besar kita dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Sebagai ahli UMNO, kita semua mesti menyambut semangat perubahan yang telah dimulakan oleh YAB Presiden di peringkat kerajaan sambil memacu gelombang perubahan di dalam parti.

Penutup

Saudara dan saudari,

Yakinlah, perubahan pucuk pimpinan parti, kesediaan untuk meminda perlembagaan dan semangat kental pimpinan baru ketiga-tiga sayap, adalah petanda bahawa UMNO sedang menuju ke ufuk kegemilangannya semula. Dari wajah saudara-saudari yang berada dalam dewan perhimpunan malam ini terpancar sebuah harapan baru bahawa UMNO akan bangun semula dengan lebih bersiap-siaga, lebih perkasa.

Marilah kita mempertautkan hati, memperkukuhkan tekad, memperteguhkan itizam untuk menyemarakkan terus api perjuangan parti. Marilah kita rapatkan saf, gerakkan kesatuan minda, pertautkan kesatuan hati, dan laksanakan kesatuan amal bagi mencapai kesatuan matlamat. Ayuh kita jayakan cita-cita wahdah ini. Sesungguhnya masa depan agama, bangsa, dan negara tercinta ini berada dalam genggaman tangan kita sekalian. Maka laksanakanlah semua ini dengan satu tekad perubahan agar UMNO tetap relevan sepanjang zaman. Marilah kita menggalas tuntutan perubahan.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apo nak dikato….(Politik)


Isa wins

Calon BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah diumumkan sebagai pemenang. Beliau meraih 8,013 undi, dimana 5,435 darinya merupakan majoriti yang membawa kemenangan.

Kemenangan besar ini membuktikan Isa diterima amat baik oleh warga Pengkalan Adnan (Port Dickson). Isu mengenai Isa pernah digantung oleh UMNO atas kesalahan salah laku politikwang dilihat oleh warga Pengkalan Adnan sebagai ’seorang yang pernah dimangsakan oleh PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’.

Majoriti besar yang diperolehi Isa iaitu 5,435 berbanding dengan keseluruhan undi yang diperolehi Pesuruhjaya PAS Zulkefly Mohamad Omar berjumlah 2,578. Berbanding pada PRU XII 2008 dimana BN menang majoriti 2,333 dan PRU XI 2004 dimana BN menang 4,411, peningkatan prestasi BN kali ini dianggap luar jangka. Ini kerana BN telah dilihat telah gagal meraih keyakinan dan sokongan rakyat, terutama dalam 8 PRK pasca PRU XII 8 Mac 2008, walaupun ada hujah yang mengutarakan dalam dua PRK kebelakangan ini BN telah memperlihatkan peningkatan walaupun kalah.

Isu yang dilihat sebagai ‘ketirisan modal politik dan terdesak’ dimana PAS perkudakan dalam kempen ini bertumpu keatas 4,600 undi Pos. Satu perkara yang menarik ialah walaupun BN memperolehi 5,435 undi, majoriti undi Bukan Pos (maknanya undi yang diperolehi dari pembuangan hari ini) ialah 2,419 undi. Ini bermakna undi yang dibuang hari ini memang secara nyatanya memihak kepada BN. Undi yang calon PAS terima meleset hampir 40% berbanding dengan PRU XII 8 Mac 2008.

Peningkatan ini hanya boleh diperolehi sekiranya pengundi Bukan Melayu kembali memilih BN. Majoriti dari 4,600 undi Pos merupakan anggota ATM, yang majoritinya orang Melayu. Lebih dari 4,700 pengundi Bagan Pinang merupakan Bukan Melayu dimana lebih 1,400 dari etnik Cina dan lebih 2,700 etnik India. Sekiranya diambil purata 81% dari pengundi ini, maknanya lebih 3,900 pengundi Bukan Melayu telah mengambil bahagian dalam PRK ini. Majoriti 2,419 undi Bukan Undi Pos maknanya sebahagian besar dari 3,900 Bukan Melayu sekitar Pengkalan Adnan yang membuang undi hari ini juga memilih BN.

Sekiranya 4,600 undi Pos ini dikeluarkan dari timbang-kira analisa N31 Bagan Pinang ini, maknanya lebih 9,500 -pengundi merupakan pengundi biasa. Ini jumlah sebegini, BN masih lagi mampu mendapat majoriti 2,419 undi. Sekiranya dimabil purata 82% pengundi keluar, maknanya PAS hanya mampu meraih tidak sampai 2,400 undi dari pengundi biasa. Ini sekaligus membuktikan bahawa isu undi Pos yang kunun kunun ’senjata’ bagi BN untuk menang kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi adalah alasan meleset dan usaha taktikal pati yang terdesak.

Faktor calon merupakan kekuatan BN dalam PRK ini, membatasi kekuatan startegi dan jentera kempen parti. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk 22 tahun dan Menteri Wilayah Persekutuan, Isa disifatkan penduduk Pengkalan Adnan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan amat disenangi. Jelas pengundi N31 Bagan Pinang tidak memperdulikan isu isu nasional yang dibawa Pakatan Rakyat, walaupun cuba disensasikan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Md. Yasin yang menyeliakan jentera kempen yang begitu effisyen dan berkesan. Jelas formula menengahkan calon yang selesa dan amat diterima penduduk dan pengundi merupakan startegi yang amat berkesan.

Apo nak dikato….? Ruponya bukan air yang bertambah masin di pokan Podeksen. Mulut oghang Podeksen yang bertambah masin di pokan Podeksen!

http://bigdogdotcom.wordpress.com

Kronyism Nik Aziz (Politik)

Realitinya, pemimpin PAS merupakan orang politik yang tidak bertanggung jawab kerana mempunyai naluri untuk tamak kuasa dan harta membatasi kepertanggung jawaban melunaskan amanah yang rakyat . Pemimpin PAS yang selalu mengambil peluang memperkudakan keyakinan orang ramai atas perjuangan mereka yang kunun kunun berlandaskan ‘Al Quran dan Sunnah’ kini sah dikategorikan dalam rumpun amalan kronyism, terutama menjaga kepentingan sendiri.

Semalam, perlantikan Ariffahmi Abdul Rahman sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. (PMBK) menjadi rasmi. Menantu MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat ini mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah melucutkan jawatan CFO Puan Norizan Yaakob dan diberi tugasan ‘bilik sejuk’ (cold storage). Dipercayai, CEO bertindak demikian untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, setelah CFO ini dikeluarkan serta merta, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.

PMBK dikatakan memberikan banyak kelebihan peluang perniagaan kepada mereka yang rapat dengan Nik Aziz, termasuk waris Abdul Razak “Pok Jak” Abas.

Jika benar kegiatan semua ini berlaku, maka kepimpinan Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS merupakan sesuatu ‘wayang’ semata mata. Pelawaan Nik Aziz mengundang Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Kelantan dari dekat merupakan sebahagian strategi PR dalam proses untuk ‘memutihkan’ amalan kronysim yang dilakukan.

Hari ini, orang yang secara mudah melacurkan nama Allah s.w.t. sebagai “pun mencarut” dan “boleh berkawan dengan syaitan” terbukti tamak kuasa dan harta.

http://bigdogdotcom.wordpress.com

Isnin, 12 Oktober 2009

Isa menang selesa (Politik)

Oleh Rasid Rahaman, Sariha Mohd Ali, Ziauddin Sharuddin, Hussain Said,
bhnews@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan Isa yang menang pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas tewas majoriti 5,435 undi

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam apabila Tan Sri Mohd Isa Samad menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa yang juga Ketua Umno Telok Kemang memperoleh 8,013 undi, berbanding Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan itu yang mendapat 2,578 undi.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini jam 8 malam tadi.

Seramai 11,157 pengundi atau 81.65 peratus daripada 13,664 pengundi keluar mengundi dan 223 undi rosak.

Majoriti yang diperoleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dianggap besar berbanding kemenangan calon BN pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Azman Mohammad Noor yang mendapati 2,333 undi majoriti, juga menewaskan calon Pas.

Kemenangan itu juga dilihat sebagai amat signifikan kepada BN, terutama ketika sedang berusaha memulihkan kepercayaan rakyat selepas kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum 2008.

Kekalahan Zulkefly juga adalah kegagalan ketiganya pada pilihan raya di Negeri Sembilan selepas tewas di DUN Lenggeng pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, kemenangan besar itu membuktikan kepercayaan pengundi Melayu, Cina dan India di DUN Bagan Pinang sudah kembali kepada BN.

"Saya memang yakin majoriti kali ini akan meningkat tetapi tidak jangka jumlahnya begitu besar dan terharu kerana kesungguhan jentera parti banyak membantu meningkatkan sokongan pengundi kepada BN.

"Kemenangan ini juga menunjukkan rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta permulaan baru kepada seluruh negara," katanya.

Mohd Isa juga berkata, faktor kemenangan bukan disebabkan dirinya saja, sebaliknya kemampuan BN menguruskan negara dengan berjaya.

"Misi utama saya sekarang adalah menguruskan masalah di Bagan Pinang dengan segera dan yakin tidak banyak yang perlu dilakukan kerana kawasan ini sudah lengkap dengan kemudahan," katanya.

Berita Harian

Ahad, 11 Oktober 2009

HUKUM ALLAH

1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.

2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis (baca disini) berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.

3. Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?

4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.

5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?

6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.

7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?

8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.

9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.

10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.

11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?

12. Atau apakah ada di antara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.

13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.

14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?

15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.

16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.

17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.

18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?

Wallahua'alam.

Mantan PM

http://chedet.co.cc/chedetblog

Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.

Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri. Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama samada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya yang tiada nas yang jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat yang berbeza di kalangan sarjana. Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya.

Maka sebab itu, setiap individu muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka. Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.

Makruh Gosok Gigi

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.


- Gambar Hiasan

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.

Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.

Tidak Lojik

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).


- Gambar Hiasan

Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.” (lihat: ms 143).

Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.

Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi’i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat berbagai-bagai andaian yang pelik seperti

“jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260).

Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi..”. Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan. Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.

Biasanya, golongan agama yang cuba mengujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’ hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka. Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasulNya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.

Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasul-Nya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.

http://drmaza.com


Gelabah pembangkang sudah bermula (Politik)


MUHYIDDIN bersama-sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (dua, kiri) serta pemimpin-pemimpin komponen BN mengangkat tangan Mohd. Isa selepas Mohd. Isa diumumkan pemenang pilihan raya DUN Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson malam tadi.





PORT DICKSON - Kegagalan Pas menawan hati pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini semalam sebenarnya menjadi petanda bahawa barisan pembangkang mula gelabah.

Parti pembangkang yang melemparkan pelbagai tuduhan mengenai proses undi pos di Bagan Pinang telah 'memakan diri' mereka sendiri.

Begitu juga dalam kempen-kempen mereka yang menghentam kredibiliti bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hanya berdasarkan sejarah silam. Strategi itu tidak mengubah sokongan padu pengundi yang mengenali hati budi Mohd. Isa.

Ekoran rasa gentar akan sokongan padu yang semakin kuat diterima oleh Isa menjelang hari pengundian semalam, terdapat pelbagai usaha dibuat oleh Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi menunda pilihan raya kecil itu tetapi strategi mereka gagal.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang menjadikan pembangkang kini menerima mesej daripada rakyat yang menolak mereka.

Selain itu, kelebihan majoriti yang besar juga merupakan satu petanda yang cukup baik bukan sahaja kepada UMNO tetapi seluruh parti komponen BN.

"Saya harap ini akan menjadi titik permulaan dalam menjana perubahan berterusan dan saya percaya pengundi menyokong kepimpinan dasar yang dilakukan oleh BN," katanya di sini semalam

Menurut beliau, kejayaan Mohd. Isa memperoleh keputusan majoriti besar dengan peningkatan 110 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 merupakan kemenangan paling bermakna.



Kosmo!

‘Jangan mengata negeri orang’

Oleh Yusri Abdul Malek dan Amir Abdul Hamid
am@hmetro.com.my

PORT DICKSON: “Hanya orang tak sihat kata Kelantan lebih maju dari Negeri Sembilan,” kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad menempelak komen Pengarah Induk Pas pilihan raya kecil Bagan Pinang, Salehuddin Ayob mengenai beberapa projek terbengkalai di DUN Linggi ketika beliau menjadi wakil rakyat.

Katanya, pemimpin Pas itu perlu mencerminkan keadaan negeri diperintah Pas seperti Kelantan sebelum mengata negeri orang.

Sebelum itu, pada sidang akhbar pada sebelah pagi, Salehuddin berkata partinya terus membongkar kelemahan pentadbiran Isa ketika beliau menjadi Menteri Besar sebagai modal politik bagi menarik perhatian pengundi.

Malah, Pas mendedahkan satu kepincangan setiap hari sepanjang kempen.

Isa berkata, beliau tidak bercadang komen panjang sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi menilai setiap isu dibangkitkan pembangkang.

“Saya ada hubungan baik dengan Kerajaan Pusat dan negeri, ini memudahkan tugas membangunkan kawasan ini demi kepentingan masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Teluk Kemang, di sini semalam.

Selain itu, Isa merancang menjadikan agenda utama membangunkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat jika dipilih mewakili kawasan itu.

Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai apa yang boleh dibuat untuk membangunkan bandar ini dibincangkan dengan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri.

“Pembangunan Bandar Tentera Darat menjadi agenda utama sebab Perdana Menteri yang umum pengisytiharan bandar ini,” katanya.

Pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu, pada 29 September lalu.

Harian Metro

Corat-coret PRK Batang Pinang

> RAMAI penyokong parti bertanding terpaksa membawa khemah di tepi pantai berikutan semua bilik hotel dan resort habis ditempah. Ramai di kalangan mereka tidak kisah mengenai ketidakselesaan itu sebaliknya bersemangat membantu kempen calon masing-masing.

> BAGI petugas media yang bukannya berasal dari Negeri Sembilan dan tidak biasa dengan dialek penduduk setempat (Minang), perbualan kadangkala menghadapi masalah. Ada petugas terpinga-pinga dan meminta rakan sejawat menerangkan semula apa dicakapkan penduduk.

> KESESAKAN jalan raya di Jalan Pantai, Port Dickson bukan saja disumbangkan kehadiran ribuan penyokong parti bertanding dan petugas berkaitan, malah disebabkan kerja menaik taraf jalan raya di beberapa tempat. Hingga ada bergurau nak guna jet ski ikut laut.

Harian Metro

>Individu sudah dikenal pasti

KLUANG: Individu yang dipercayai menyerang dan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari penamaan calon Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kelmarin, kini sudah dikenal pasti polis dan usaha menjejakinya sedang dilakukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar diserahkan orang ramai dan media dan usaha menjejaki individu terbabit untuk dikenakan tindakan setimpal supaya perbuatan lebih ganas tidak berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu.

“Polis sudah mendapat gambar selain rakaman yang dibuat berhubung insiden itu dan saya gembira kerana orang ramai termasuk media bekerjasama menyerahkan rakaman itu,” katanya.

Harian Metro