Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Selasa, 29 Mac 2011

Sepasang suami isteri pegawai kanan kastam ditahan


Sepasang pegawai kanan Kastam suami isteri ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak semalam.

Mendedahkan demikian, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Serbuan melibatkan 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara.

Katanya pasukan ini juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar berkata kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."

Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya.

- Bernama

Khamis, 24 Mac 2011

PAS cadang pendidikan Islam, moral subjek wajib lulus SPM


KUALA LUMPUR, 24 Mac: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia turut menjadikan subjek pendidikan Islam dan moral sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain daripada mata pelajaran sejarah.

Beliau berkata, pendidikan Islam dan pendidikan moral merangkumi pelbagai perkara asas yang amat penting untuk dipelajari dan difahami oleh pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah lagi.

Katanya, jika kedua-dua mata pelajaran itu tidak dijadikan mata pelajaran wajib lulus, pelajar-pelajar tidak akan bersungguh-sungguh mempelajarinya sedangkan ianya merupakan penyelesaian kepada masalah moral.

"Persoalannya kenapa mata pelajaran sejarah sahaja diwajibkan lulus sedangkan pendidikan Islam merupakan fardu ain kepada setiap orang Islam tidak menjadi mata pelajaran wajib lulus tapi wajib ambil sahaja.

"Apabila tak wajib lulus, mana mungkin pelajar akan belajar bersungguh-sungguh dalam mata pelajaran ini," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya juga, mata pelajaran pendidikan Islam dan moral amat penting kepada setiap pelajar kerana negara ketika ini ketandusan pemimpin yang berintegriti dan bermoral.

"Kita sekarang ketandusan pemimpin berintegriti. Lihat sahaja masalah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

"Jadi kita perlukan pelapis kepimpinan yang berintegriti. Integriti bukan lahir dengan pencapaian subjek lain tetapi asasnya agama. Jadi sudah sapai masa kerajaan kaji balik sukatan pelajaran dan mata pelajaran wajib lulus kalau betul-betul nak lahirkan generasi yang berintegriti dan bebas daripada masalah moral yang semakin kritikal," katanya.

Tegas Siti Zailah juga, kerajaan tidak bersungguh-sungguh melahirkan insan yang cemerlang dari semua sudut apabila mengabaikan kedua-dua mata pelajaran ini.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak serius melahirkan insan yang berkualiti yang mengikut kata kementerian, kita perlu melahirkan modal insan.

"Bagaimana nak lahirkan modal insan kalau mata pelajaran melibatkan agama dan moral tidak diwajibkan lulus," katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu, beliau mengakui kepentingan pelajar mempelajari sejarah tetapi katanya, ia tidak harus bergantung kepada buku teks semata-mata yang faktanya dilihat diselewengkan oleh orientalis.

"Sejarah memang penting tapi bukan hanya sejarah yang ditulis dalam buku teks yang kita tengok banyak yang diselewengkan faktanya oleh barat.

"Contohnya Kamal Atartuk dikatakan bapa pembebasan Turki sedangkan dia lah yang menghancurkan Islam di Turki.

"Sejarah jangan hanya bergantung kepada buku teks orientalis sahaja tapi kembangkan juga sejarah Islam yang boleh dijadikan iktibar untuk pemerintahan yang lebih baik," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri, ketika menggulung perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat memberitahu, bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat layak untuk mendapat sijil SPM.

Dasar ini katanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan moda insan cemerlang, berkemahiran tinggi, berdaya saing, mempunyai semangat jati diri yang kental serta memiliki semangat patriotik dan nilai kewarganegaraan yang tinggi.

PKR desak Najib jelaskan bincang dalang video

PETALING JAYA, 24 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia demi membersihkan namanya dan Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi itu, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka ‘Dato T’ berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut.

“Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri,” kata Nazmi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.
Beliau menambah, pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

“Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.
“Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” ujarnya.

Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklum balas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang itu berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

“Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas,” katanya.

Simpan bahan lucah & ugutan politik, polis kena siasat Datuk T

KUALA LUMPUR: Pimpinan KEADILAN dan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak polis mengadakan siasatan segera kerana tindakan Datuk T menayang video seks, adalah perbuatan jenayah di sisi undang-undang.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh pula meminta polis menjalankan siasatan kerana ia melibatkan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

“Harap polis ambil serius kerana melibatkan politik kotor sehingga mencalarkan nama baik Anwar dan keluarganya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan bersama pimpinan parti di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, tengah hari tadi.

Turut membuat laporan ialah badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet).

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, mereka juga boleh didakwa kerana menggunakan rakaman video lucah itu sebagai bahan ugutan untuk memaksa Presiden dan Ketua Umum KEADILAN meletak jawatan.

“Perkara ini mesti diambil tindakan segera kerana tiga orang Datuk ‘T’ masih bebas dan kesalahan mereka berbahaya.

“Selepas menyebarkan video itu, mereka mengugut supaya pemimpin tertinggi meletak jawatan, dan sekarang mereka mengaku pula pelakon dalam rakaman itu,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasgam pula meminta kerajaan tidak memenuhi permintaan ‘Datuk T’ untuk menubuhkan siasatan khas.

“Tidak perlu tubuh badan bebas kerana kami percaya polis dapat menjalankan siasatan lebih baik kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar maklum bahawa pihaknya akan menubuhkan badan penyiasatan kes itu

Pengerusi Gapet, Khairul Anuar Othman pula menyeru Umno dan Perkasa supaya tidak campur tangan dalam proses penyiasatan video itu kerana tidak mahu wujud bayangan politik.
“Kami tidak mahu Umno dan Perkasa menyibukkan diri mereka dalam penyiasatan itu dan berharap polis dapat jalankan secara telus dan adil menentukan siapa yang salah,” katanya

Chegu Bard : Datuk T pembohong, Video Adalah Rekayasa


KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu yang mengenali diri mereka sebagai Datuk T.

Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu- isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.

Badrul diperlawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.

Berikut kenyataan penuh Badrul setelah beliau mengadakan sidang media di Kuala Lumpur:
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T.

Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)
Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura- pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.
Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di Hotel Impiana dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.
1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Isnin, 14 Mac 2011

Band gabungan dua negara


SIFAT muzik yang tidak bersempadan membolehkan lima anak muda berlainan kewarganegaraan bergabung untuk membentuk sebuah band indie yang dinamakan Indie Mice.

Ternyata status kewarganegaraan bukanlah penghalang buat Indie Mice memperjuangkan bakat seni mereka sebaliknya, ia memberi kelebihan dari segi pemasaran dan pengaruh.

Dianggotai oleh tiga pemuda tempatan iaitu Noah sebagai vokalis, Hadi (gitar) dan Hazreq (drum), Indie Mice dilengkapkan dengan dua jejaka dari Indonesia iaitu Dede (basis) dan Ledu (vokalis & gitar).

Menurut Noah, Indie Mice ditubuhkan pada April 2009 tampil dengan album pertama mereka, 1 Rumpun, simbolik kepada hubungan dua negara yang terbina dalam kumpulan itu.

Menjelaskan bagaimana band tersebut boleh bersatu, Noah memberitahu, Hadi dan Hazreq adalah kawannya. Pada masa yang sama Hadi mengenali Dede dan Ledu.

"Setelah berjumpa, secara kebetulan, masing-masing boleh bermain muzik. Jadi, kami lakukan latihan bersama di studio.

"Selepas beberapa kali mengadakan latihan, kami bersetuju untuk membentuk satu kumpulan. Dari situlah Indie Mice mula ditubuhkan," katanya menceritakan sejarah penubuhan bandnya itu.

Popular di Indonesia

Dalam sidang akhbar pelancaran album 1 Rumpun yang diadakan di Borneo Rainforest, Sunway baru-baru ini, Noah turut memberitahu, Indie Mice kini mula mendapat tempat di kalangan peminat muzik di Indonesia.

Bukan itu sahaja, pengamal media di negara jiran itu juga memberi ruang kepada Indie Mice untuk tampil di dada-dada akhbar selain muncul di kaca televisyen terutamanya di Jakarta.

"Lagu Jangan Sesekali sering dimainkan di beberapa stesen radio di sana. Selain itu, muzik videonya juga ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

"Setakat ini, kami tidak mempunyai masalah untuk memasarkan produk kami di Indonesia. Mungkin kerana buat masa ini, media di sana tidak tahu kami adalah kumpulan muzik yang berasal dari Malaysia.

"Mungkin mereka beranggapan kami adalah kumpulan muzik dari sana kerana adanya Ledu dan Dede," ujar Noah.

Tatkala ditanya mengapa aktiviti promosi Indie Mice begitu giat dijalankan di Indonesia berbanding Malaysia, Noah menjawab, mereka mendapat sokongan kewangan terlebih dahulu daripada sebuah syarikat pengedar di sana.

Way Be Music Indonesia merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab memasarkan album 1 Rumpun dan juga merangka siri jelajah untuk mempromosikan Indie Mice pada April ini.

"Selepas selesai siri jelajah kami di sana, Indie Mice akan memulakan siri jelajah di Malaysia pula.

"Sebelum ini, lagu Indie Mice iaitu Helah telah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan dan dicalonkan dalam Muzik Muzik 2010," ujar Noah.

Bercerita mengenai album mereka, Noah menerangkan, nada dering untuk single pertama, Helah mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga mereka mampu mencatat jualan sebanyak RM70,000.

"Sekarang ini kami sedang mempromosikan Jangan Sesekali sebagai single kedua. Terdapat tujuh buah lagu dan tiga trek bonus yang dimuatkan dalam album ini dan kesemua lagu ini ditulis sendiri oleh ahli kumpulan kami," jelas Noah.

Utusan

Pengorbanan empat finalis AQ5


KADEMI al-Quran sama juga seperti rancangan-rancangan realiti televisyen (TV) lain yang memerlukan setiap pesertanya memberi komitmen, tumpuan dan sekali gus berusaha merebut gelaran juara pertandingan itu.

Empat finalis Akademi al-Quran musim kelima (AQ5) iaitu Suhaila Zulkifli, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Mohd. Syahrian Syah dan Mohamed Husaini Mahmur tidak terkecuali melalui pengalaman yang sama.

Malah, para peserta rancangan realiti TV terbitan TV9 itu juga terpaksa mengorbankan masa dan tenaga mereka sepanjang 12 episod pertandingan itu bagi meneruskan ke peringkat akhir AQ5 yang akan diadakan pada 26 Mac ini.

Suhaili Zulkifli misalnya, terpaksa mengambil cuti selama tiga bulan daripada meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semata-mata mahu memberi tumpuan dalam pertandingan mengaji al-Quran tersebut.

“Saya tidak menyangka akan berjaya hingga ke final AQ5. Ini kerana, saya menjangkakan hanya mampu meneruskan saingan hingga ke minggu yang ketiga sahaja. Tetapi tidak diduga pula saya layak bertanding hingga ke final.

“Walau bagaimanapun, sewaktu menyertai pertandingan ini saya telah memohon cuti tiga bulan bagi memudahkan saya jika layak bersaing hingga ke final,” katanya sewaktu sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut siswazah jurusan al-Quran dan Sunnah di UIAM itu, dia sanggup menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu bagi merebut peluang bertanding dalam program realiti TV yang disifatkannya sukar untuk dilepaskan.

Apatah lagi, kata gadis berusia 22 tahun ini, penyertaannya dalam AQ5 bukan setakat mendapat dorongan daripada ibu bapa dan keluarganya tetapi teman-teman sekuliah di UIAM juga memberi sokongan padu.

“Bukan senang untuk menyertai AQ5 kerana setiap pesertanya hebat-hebat belaka. Jangankan hendak bertanding, mahu menyertai sesi uji bakatnya juga terpaksa bersaing dengan ramai ramai peserta yang lain.

“Itu tidak termasuk saingan yang harus ditempuhi sewaktu bertanding dalam AQ5 di mana ia mencabar kredibiliti saya terutamanya apabila berdepan dengan panel juri yang mengadili pertandingan ini.

“Semua itu adalah cabaran saya dan rakan-rakan yang lain. Cabaran itu semakin kuat kerana saya satu-satunya peserta wanita yang bersaing di peringkat akhir AQ5 ini. Itu adalah perjuangan yang harus saya tempuhi,” ujarnya.

Mendalami ilmu

Bagi Mohamed Nasir, dia juga seperti Suhaila yang terpaksa mengambil cuti belajar selama tiga bulan tetapi turut berkorban dengan mempelajari lebih terperinci bacaan ayat-ayat al-Quran daripada bapanya, Mohamad Salleh.

Meskipun mula mempelajari bacaan al-Quran sejak berusia enam tahun tetapi siswazah Universiti Malaya (UM) ini masih mendalami ilmu itu sehinggalah di saat-saat dia terpilih menyertai AQ5 yang bermula 8 Januari lalu.

“Pengorbanan saya untuk menyertai AQ5 ialah saya masih terus belajar membaca al-Quran daripada bapa saya sehinggalah kini. Segala pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya bertanding dalam pertandingan ini.

“Saya lebih berminat dengan bacaan taranum tetapi dalam AQ5 saya juga diajar kaedah bacaan qiraat yang lebih sukar bacaannya. Saya harus lebih banyak berkorban untuk mempelajari kaedah-kaedah bacaan itu.

“Kalau di UM saya berkorban masa untuk lulus pengajian, tetapi di AQ5 saya juga terpaksa berkorban masa bagi mendalami bidang bacaan qiraat yang asing bagi saya. Ini kerana, saya tidak pernah belajar qiraat sebelum ini,” jelasnya.

Siswazah jurusan Usul dan Fiqh berusia 21 tahun ini yang akan menamatkan pengajiannya empat tahun lagi itu berharap penyertaannya dalam AQ5 akan menambahkan lagi pengetahuannya dalam bacaan al-Quran termasuklah qiraat.

Memberi bimbingan

Disebabkan persaingan yang semakin sengit menjelang final AQ5, Mohamed Husaini Mahmur juga sama seperti para peserta lain tidak terkecuali berkorban lebih masa bagi memantapkan lagi bacaan al-Quran.

Bekas pelajar Maahad Ahmadi di Gemencih, Negeri Sembilan ini, sanggup mencari semula guru-guru lamanya bagi memberi bimbingan tambahan menjelang pertandingan akhir program realiti TV tersebut.

“Saya berjumpa semula dengan ustaz-ustaz dan guru-guru lama saya sewaktu zaman persekolahan dulu bagi mengingat serta memantapkan lagi bacaan al-Quran saya. Mereka banyak memberi tips kepada saya.

“Sebagai bekas pelajar jurusan bahasa Arab, saya rasa lebih mudah untuk membaca dan memahami bacaan al-Quran yang saya pelajari selama ini. Saya harap semua pengorbanan saya itu dapat membantu saya bertanding kelak,” katanya.

Persiapan terakhir

Sementara itu, bagi Mohd. Syahrian Syah pula, dia lebih banyak melakukan persiapan terakhir daripada segi vokal dan kawalan suara beberapa minggu sebelum bertanding pada pertandingan yang ditonton 1.5 juta penonton itu.

Katanya, cuti selama tiga bulan sebagai pelajar jurusan Pendidikan Islam di UM akan dipergunakan sepenuhnya bagi memantapkan gaya bacaan terutamanya daripada segi vokal dalam usahanya mahu bergelar juara AQ5.

“Sejak empat minggu sebelum ke final AQ5 lagi saya sudah mula berlatih vokal di mana ada kalanya saya mengaji al-Quran sehingga empat jam sehari. Selain membaca, tumpuan saya daripada segi latihan vokal.

“Ia banyak membantu saya bertaranum kerana selama ini saya mempelajari kaedah itu secara tidak formal. Kombinasi bacaan yang betul dan lontaran vokal yang mantap boleh memperelokkan lagi bacaan saya pada final AQ5 nanti,” tuturnya.

Empat finalis AQ5 itu akan meneruskan saingan bagi meneruskan kesinambungan AQ yang sebelum itu pernah dijuarai oleh Abdullah Fahmi Che Nor (AQ1), Anuar Hasin (AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (AQ3) dan Ahmad Tirmizi Ali (AQ4)

AQ5 menampilkan dua pengacaranya iaitu Mohd. Zhafran Zainuldin yang merupakan adik kepada hos Mari Mengaji, Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga pernah muncul naib juara AQ3.

Utusan

Jelajah 'DNA' tangkis serangan pada Anwar


KR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah. Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah. Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya. Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis. Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais. Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.

Hazlan Zakaria
Mac 14, 11
6:51pm

Budaya buruk di universiti hasil didikan Umno


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Mac:
Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka.

Katanya, setengah tindakan ahli akademik macam tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Umno yang menyekat bantuan dan menyenaraikan hitam bantuan kerana menyokong Pakatan Rakyat.

“Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.

Menurutnya, ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walapun merit akademik tidak layak sementara ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji.

Beliau berkata, sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti.

“PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya,” katanya.

Baginya, samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat.

“Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti.

“Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademi yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai.

PRU 13: Terancamkah kuasa Melayu?

KOTA BHARU, 14 Mac: Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang dan Perak pada 8 Mac lalu tidak diterima Umno apabila mereka mendakwa ketuanan Melayu semakin terancam di negeri tersebut.

Benarkah begitu, atau sekadar omongan bersifat politik bagi memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Malah ekoran peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan lahir banyak badan bukan kerajaan kononnya berjuang bagi membela nasib Melayu di negeri terbabit.

Oleh itu bagi melihat secara realiti apakah benar-benar nasib orang Melayu terancam sekarang, kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana perdana pada 18 Mac ini bagi membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam.

Wacana tersebut bertajuk ”PRU 13: Terancamkah Kuasa Melayu?” akan diadakan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Ahli panel yang diundang mengupas isu terbabit iaitu Presiden Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIKIR), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abdul Samad.
Manakala Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi UKM bertindak sebagai moderator.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi Negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pada awalnya pihak penganjur menjemput Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, namun beliau menolak dan tempatnya digantikan Dr Asyraf Wajdi.

”Tajuk tersebut menjadi pendebatan hangat sekarang. Benarkah kuasa politik orang Melayu benar-benar terancam.

”Ini kerana Umno menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam teruk di Pulau Pinang dan Selangor. Dalam isu ini biarlah rakyat yang menjadi hakimnya,” kata beliau di sini.

Wacana Perdana tersebut merupakan siri ke-7 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Harakahdaily

Para pemuda yang tidak "normal"

Posted on Monday, March 14 @ 01:17:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Artikel Oleh Mohd Yusof Hadhari

Kemarin saya dan seorang sahabat singgah di warung makan berhadapan dengan masjid. Di sebelah meja kami ada beberapa anak muda sedang menikmati makan malamnya. Semuanya lelaki. Wajah mereka cerah bersinar. Jilatan sinar itu mengusik sudut mata saya. Satu per satu saya perhatikan dengan saksama.

Benar. Air muka mereka masih sangat bersih. Matanya menyimpan tekad besar menghadapi dunia, dahinya mencitrakan kepatuhan kepada Tuhannya.

Tentu saja, bukan pertama kali ini saya merasakan potensi yang terpancar-pancar dari diri anak-anak muda. Saya merasakan beberapa mahasiswa yang bersama saya juga punyai semangat sebegitu, hanya saja mereka bercampur dengan wajah-wajah suram penuh beban. Meredup menunggu hilang atau semakin mengelamun hingga sesat ke angkasa.

Anak-anak muda. Mereka inilah yang punya potensi mencetak berbagai keajaiban, meruntuhkan penguasa tirani bahkan membangunkan peradaban. Kita punyai sejarah ketika Mubarak sudah sangat kuat. Anak-anak muda tampil menjatuhkannya. Kini penguasa kuku besi yang masih ada kuasa di negara-negara lain mula bimbang dan takut. Mereka berkali-kali ulangkan “jangan samakan kita dengan mesir, jangan samakan kita dengan mesir”.

Perhatikan syair ini :

Mereka anak muda pengembara tiada sendiri,

mengukir reformasi kerana jemu deformasi,

dengarkan saban hari langkah sahabat-sahabatmu,

beribu menderu-deru.

Pemuda memang begitu, penuh potensi dan semangat. Saya kira terdapat dua jenis anak muda, yang pertama adalah anak muda yang menuntut perubahan dan yang kedua adalah mereka yang menciptakan perubahan. Ia sendiri yakin bahwa boleh menciptakan perubahan.

Tahun 60-an Eropah pun merasakan gerakan pemuda. Di Spanyol mahasiswa bangkit menentang diktator Jendral Franco. Para pemuda jugalah yang terlibat haru biru revolusi Aljazair tahun 1954 ketika mengusir Prancis dari tanah airnya. Lihat pula gerakan intifadha rakyat Palestina melawan penjajah Israel. Anak-anak muda itu bahkan bahagia menjemput mautnya.

Tatkala berdiri di hadapan luasnya bentangan Samudera Atlantik, Uqbah bin Nafi’ seorang pemuda dari Bani Ummayah berseru lantang: “Demi Rabb Muhammad, sekiranya bukan kerana bentangan samudera ini yang menjadi penghalang, nescaya akan aku taklukkan seluruh sejagat ini demi meninggikan kalimat-Mu, wahai Rabbku, saksikanlah.”

Dia adalah anak muda yang menjadi panglima pasukan Muslim. Ternyata benar, semangat anak muda itu mampu mengatasi perang tatkala pasukan Muslim menaklukkan Afrika. Satu lagi bukti bahwa sebuah peradaban hanya dapat bangkit apabila para pemuda terlibat di dalamnya.

Ada apa dengan pemuda. Mengapa Soekarno berani sungguh berkata begini: “Berikan kepadaku 1000 orang tua, aku sanggup mencabut Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, maka aku sanggup menggoncangkan dunia”.

Ketika Muhammad diangkat menjadi Rasulullah SAW hampir semua sahabat adalah para pemuda. Ali bin Abi Thalib ra bahkan baru berusia 12 tahun berjuang bersama Rasulullah SAW. Ada lagi Bilal bin Rabah, Amar bin Yasir, Abu Dzar Al-Ghifari, Mas’ab bin Umair, Zaid bin Haritsah, atau Ja’far bin Abi Thalib. Mereka semuanya adalah pemuda.

Perlawanan dan pembelaan jiwa-jiwa muda adalah kuasa bagi munculnya peradaban baru. Dan kuasa itu akan lahir dari sikap kritis yang berakar dari kegelisahan-kegelisahan yang menggunung, pada pertanyaan-pertanyaan yang tidak menemukan jalannya.

Setiap ketidakadilan diperagakan di mana-mana, setiap kejumudan yang membatu, dan setiap kekuasaan yang memberhala maka muncullah kegelisahan itu. Ketika rejim korup itu semakin mendabitkan dada, ketika kelicikan semakin bermaharajalela. Maka itulah saatnya anak-anak muda ini akan bangkit. Dan jika saat ini tiba, tidak ada yang dapat menghentikan selain kehancuran kaum perosak itu. Tapi anak muda yang manakah itu?

Seperti para pemuda Kahfi, mereka adalah orang-orang yang menghindarkan diri, mengasingkan diri dari tirani dan ketidakadilan. Pergi menjauhi segala keperluan yang tak penting. Mereka lari melindungi diri dari tercampur dengan semak dan duri yang semakin menghujani.

Sampai Tuhan Yang Maha Agung menidurkan hati dan fikiran mereka dari semua hiruk pikuk itu dan membangunkan lagi dalam suasana dan hidup yang baru. Merekalah innahum fityatun amanuu birabbihim wazidnahum hudan (adalah anak-anak muda yang telah beriman kepada Tuhan mereka, lalu Kami tambahkan petunjuk kepada mereka), Al Kahfi : 13.

Semua orang sepakat bahawa pemuda adalah produk generasi yang memiliki semangat perjuangan dan pengorbanan yang tinggi. Masa muda adalah masa serba ingin tahu, masa yang peka, penuh kepedulian, dan mampu menampung semua perubahan yang terjadi dari hal yang baik sampai yang paling buruk.

Pemuda adalah tubuh yang dapat menampilkan kekuatan puncak di antara dua kelemahan, yaitu kelemahan masa anak-anak dan kelemahan masa tua. Ibarat cahaya matahari di tengah hari yang lebih kuat sinarnya dibanding pagi dan senja hari.

Begitu pentingnya masa muda seperti Rasulullah SAW bersabda: “Gunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya yang lima. Yaitu, masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa hidupmu sebelum kematianmu, dan waktu luangmu sebelum waktu sempitmu” (HR. Hakim). Rasul juga pernah bersabda, “Perjuangan Aku didukung oleh pemuda, oleh sebab itu berilah wasiat yang baik untuk mereka”.

Maka tidak salah bila kebangkitan suatu bangsa atau agama dimulai dari kebangkitan moral dan intelektual generasi mudanya. Sebaliknya, kehancuran sebuah bangsa dimulai dari kehancuran moral generasi mudanya.

Sekarang timbul pertanyaan, pemuda seperti apakah yang mampu menjadi agen perubahan (agent of change) sebuah bangsa?

Bagi saya jawabnya adalah “para pemuda yang tidak normal”; jongelingen abnormal menurut orang Belanda. Apa maksudnya? Sebuah perubahan tidak akan terjadi kalau kita mengharapkan pemuda yang hanya bersenang-senang, hanya suka bercintaan (couple), hanya suka “mengisap darah” orang tuanya, atau hanya suka menghabiskan waktu untuk hal yang tidak penting. Kita memerlukan pemuda-pemuda yang jauh dari “kebiasaan” seperti ini. Pemuda yang dapat mengendalikan hasrat dan nafsunya untuk hal-hal tidak berguna dan memacu semua potensinya untuk merancang dan membangun masa depan.

Sejarah mencatat, melalui para pemuda seperti itulah Islam mulai berjaya. Lihatlah bagaimana pemuda Muhammad bin Abdullah, Abu Bakar, Ali bin Abi Thalib, Mus’ab bin Umair, dan para sahabat lainnya. Mereka mampu keluar dari “kebiasaan” budaya orang-orang Arab ketika itu, tenggelam dalam kemusyrikan, nafsu syahwat, minum arak, berjudi, ashabiyyah (fanatisme, semangat bangsa), dan kejahiliyahan lainnya. Mereka berani menentang budaya jahiliyah walau harus mengalami siksaan dan penderitaan. Padahal, bila dilihat dari sosialnya, sebagian dari mereka tergolong orang terpandang lagi kaya dan mampu meraih kesenangan lebih dari pemuda-pemuda jahiliyah pada masanya. Tidak ada yang mereka inginkan, kecuali tegaknya kalimat Allah di muka bumi.

Mengikuti pola umum kehidupan anak muda. Mereka lebih gemar mengejar pekerjaan, mendapat gaji besar, menikahi wanita cantik, dan hidup enak. Padahal, semua itu amat terbuka bagi mereka. Tapi semua itu tidak bagi pemuda harapan, kerana ada hal yang lebih besar, yaitu merebut kembali kehormatan bangsa dan agama yang direnggut penjajah.

Untuk membentuk generasi berkuali ada perkara yang harus dimaksimakan, iaitu hati nurani (dhamir, spiritual intelligence), akal (rasional atau intellectual quotient), rasa (syukur atau emosi), dan jasad (fizikal). Bila keempat peringkat ini dapat dimaksimakan, maka akan lahir generasi muda yang memiliki aqidah yang kuat, ibadah yang baik dan benar, kesempurnaan akhlak, kematangan intelektual, jasad yang kuat, teratur dan cermat dalam berkarya, memperhatikan waktu, dan mampu menjadi orang yang bermanfaat.

Bagaimana mewujudkannya? Menurut Imam Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan pemudanya. Perbaikan pemuda tidak akan sempurna kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan dan pembinaan. Ya dengan pendidikan dan pembinaan berkualilah generasi muda yang unggul dapat diwujudkan.

Sebagai sebuah harapan, alangkah indahnya bila para perjuang hari ini boleh “tersenyum” kerana melihat generasi mudanya semakin berkuali. Wallahu a’lam.
http://seutastasbih.blogspot.com

Guru agama disaman bawa motosikal lebih had laju

14/03/2011 4:03pm

BALING 14 Mac – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.

Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.

Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. - Utusan

Chong Wei juara lagi

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

2011/03/14


Jinak Lin Dan dalam final Seluruh England


BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.

Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Sabtu, 12 Mac 2011

Baru: Najib khianati penganut Kristian Sarawak


Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Dalam kenyataannya, Baru menganggap tindakan itu sebagai pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1963 yang membolehkan Sabah dan Sarawak menganggotai Malaysia. "Ia bukan sahaja pencabulan terbuka terhadap hak orang Kristian yang termaktub dalam pelembagaan tetapi bertentangan dengan provisi dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963. “Sebagai rakyat beragama Kristian di Sarawak, kita diberi jaminan bahawa hak kebebasan agama sebelum Sarawak menyertai Malaysia" kata Baru. Menurut beliau yang juga seorang peguam, sepucuk surat bertarikh 12 Januari 2lalu mengenai penahanan itu oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran negeri Sarawak menyatakan rampasan itu dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Tindakan selanjutnya menanti keputusan Menteri Dalam Negeri. church attacks sunday massSebelum ini KDN turut merampas 5,000 kitab Injil Bahasa Melayu di Pelabuhan Klang dan telah menahannya sejak tahun lalu. Menurut Baru, hal ini tidak dapat diterima masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak dan mahu Najib bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan persekutuan. "Beliau (Najib) tidak boleh memberi sebarang alasan bahawa 'Napoleon Kecil' yang menyebabkan masalah ini," katanya. Menurut Baru masyarakat Kristian di negara ini, terutamanya di Sarawak harus menghantar mesej tegas dengan mengubah kerajaan pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang.

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

NONEKira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

NONEAgensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.


Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

NONEStesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur


Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “pembohongan politik”. wang gungwu junzi bookDalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik. "Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana pembohongan politik kian menular,” katanya. Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini. "Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'. tengku razaleigh speech 110310 02"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain pembohongan politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis. Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru. "Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.

Jumaat, 11 Mac 2011

Anwar: Mahathir terdesak, cuba lindungi anaknya


Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.

“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.

NONESebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu.

Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Saksi: Sultan ada kepentingan dalam jambatan bengkok

Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

NONEIni didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam
keterangannya hari ini.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta.

Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.

Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.

Dalam keterangannya, Eskay berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,

Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".

Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut.

Dataran Merdeka lepas Dataran Tahrir?

Revolusi rakyat di Mesir menggerunkan pemimpin-pemimpin kuku besi diseluruh dunia. Bagi gerakan prodemokrasi, ia merupakan satu suntikan semangat yang hebat untuk meneruskan perjuangan merebut demokrasi.

Seperti yang dijangka, turunnya Hosni Mubarak dari takhta selepas berkuasa lebih 30 tahun akan mengoncang regim-regim kuku besi di Timur Tengah. Algeria, Bahrain, Libya, Iran dan Yaman berhadapan dengan demonstrasi demi demonstrasi.

egypt revolution mubarak steps down woman 1Gerakan prodemokrasi di Timur Tengah mendapat inspirasi dari kejayaan Mesir dan tidak mustahil berberapa regim akan tumbang tidak lama lagi. Kini, diktator-diktator yang disokong oleh Barat tidak lagi dapat tidur lena.

Perkembangan internet memberikan peluang rakyat di seluruh dunia untuk menyaksikan sendiri revolusi Mesir. Al-Jazeera menjadi stesen televisyen yang popular kerana memberi liputan secara langsung revolusi rakyat di Mesir.

Seluruh dunia juga dapat menyaksikan sikap hipokrit Barack Obama yang pada mulanya menyokong Hosni Mubarak dan kemudian beralih menyokong revolusi rakyat.

Menurut Noam Chomsky, ini merupakan satu kebiasaan bagi dasar luar Amerika Syarikat. Satu ketika dahulu, Amerika Syarikat turut berada di belakang diktator-diktator seperti Ferdinand Marcos, Jean-Claude Duvalier, Chun Doo-hwan, Suharto dan ramai lagi yang berguna kepada mereka.

Sokongan AS bukan jaminan

Berbeza dengan situasi di Iran, awal-awal lagi Hillary Clinton sudah memberi sokongan kepada demonstran yang melawan kerajaan Iran. Seperti yang diketahui umum, semenjak revolusi 1979, hubungan Amerika Syarikat dan Iran sudah terputus.

Revolusi di Mesir telah membuka mata ramai pihak, terutama sekali bagi pemerintah dan kerajaan yang menjadi boneka Amerika Syarikat. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat hanya akan terjadi selagi mereka menjaga kepentingan negara kuasa besar tersebut.

NONETidak ada kesetiaan dalam hubungan tersebut. Sokongan Amerika Syarikat akan beralih selepas mereka berjumpa dengan boneka baru. Hosni Mubarak adalah contoh terbaru mangsa yang dikhianati Amerika Syarikat.

Diktator dan pimpinan negara yang sering berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat kini harus berfikir semula.

Hubungan rapat dengan Amerika Syarikat kadangkala menjadi liabiliti dan mempercepatkan lagi kejatuhan sesuatu regim itu. Lebih baik dapatkan sokongan rakyat dari bergantung kepada sokongan kuasa besar yang hanya mahu menjaga kepentingan perniagaan semata-mata.

Malaysia adalah negara yang amat berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Sewaktu perdana menteri dapat bertemu dengan Barack Obama dalam satu majlis di negara tersebut, berita tentang pertemuan tersebut dimainkan bertalu-talu dan dianggap sebagai sebuah kejayaan.

NONERealitinya, Amerika Syarikat tidak terlalu fokus pada Malaysia berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Pertama, dalam peta, Malaysia tidaklah begitu besar berbanding dengan kedua negara jiran tersebut.

Kedua, kepentingan perdagangan mereka sentiasa terjaga di Malaysia. Ketiga, kedua-dua BNd an Pakatan Rakyat mempunyai dasar mesra kepada Amerika Syarikat dan ekonomi neoliberal.

Demokrasi Tunku seperti langit

Di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, rakyat Malaysia antara yang seronok apabila regim Hosni Mubarak tumbang.

Puji-pujian dari warga Twitter dan Facebook diberikan kepada rakyat Mesir yang berjaya menurunkan seorang pemerintah kuku besi dari tampuk kuasa.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan demonstrasi seperti di Mesir berlaku di Malaysia.

Sebenarnya, jika perdana menteri benar-benar tidak mahukan revolusi rakyat ala Mesir berlaku di Malaysia, langkah segera yang perlu beliau lakukan adalah menggunakan segala kuasa yang ada pada perdana menteri Malaysia untuk membuka ruang demokrasi.

Demokrasi yang ada di Malaysia pada hari ini terlalu sempit dan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. Jika kita bandingkan demokrasi yang ada pada hari ini berbanding dengan demokrasi pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ia seperti langit dengan bumi.

tunku abdul rahman 290809Baru-baru ini kita menyaksikan bagaimana demokrasi di kampus-kampus turut dikongkong. Sebagai respons, mahasiswa di beberapa universiti seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia bangkit membantah tindakan pentadbiran kampus?

Yang menyedihkan lagi, anak-anak mahasiswa yang seharusnya melatih diri untuk berdemokrasi hanya diberikan masa tiga hari untuk berkempen. Itupun pada hari hujung minggu di mana kebanyakkan mahasiswa tidak berada di kampus.

Apakah ini contoh demokrasi yang diajarkan kepada mahasiswa oleh pemerintah kampus?

Penutupan ruang demokrasi dan menggunakan kekerasan terhadap bantahan dan kritikan akan mengundang tindakn balas keras?

Mubarak tutup internet

Baru-baru ini saya turut bersama dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur bagi menyokong perjuangan rakyat di Mesir. Pelik dan hairan apabila menyaksikan gas pemedih mata turut disembur kepada demonstran.

Semenjak berkecimpung dengan permasalahan demokrasi dan demonstrasi, seingat saya, jarang kekerasan dilakukan apabila demonstrasi isu-isu antabangsa.

azlanKebiasaannya, demonstrasi isu-isu antarabangsa akan berakhir dengan aman dan tanpa penangkapan. Dalam demonstrasi menyokong perjuangan rakyat Mesir baru-baru ini, kita dapat saksikan gas pemedih mata disembur dan penangkapan dilakukan.

Sudah sampai masanya kebebasan bersuara dan demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Biarkan rakyat merasakan nikmat demokrasi sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Baru-baru ini terdapat usaha dari pemerintah untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ke ruangan internet.

may first worker against gst gathering 010510 police at dataran merdeka 02Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Menteri berkenaan bagaimanapun menafikannya selepas itu.

Jika ini berlaku, demokrasi internet akan turut dirampas. Pada ketika itu, ruang demokrasi yang sedia sempit akan menjadi semakin sempit.

Hosni Mubarak juga menutup ruangan internet sebelum dia dihumban keluar dari pemerintahan. Jika ini dibenarkan berlaku, tidak mustahil apa yang berlaku di Dataran Tahrir di Mesir akan berulang di Dataran Merdeka.

Saiful melawan ketika diminta laku oral seks

Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberitahunya dia melawan ketika diminta lakukan oral seks pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku.

NONEDr Razuin Rahimi berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya ketika beliau merekodkan nota sejarah perubatan Mohd Saiful pada kira-kira 9 malam, 28 Jun 2008 di HKL.

Beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk merekodkan nota itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC) di HKL selepas pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira memaklumkan secara ringkas tentang dakwaan Mohd Saiful yang dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tiga doktor lain, Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng, tiada ketika catatan itu direkodkan dan beliau memberi penjelasan ringkas kepada mereka selepas selesai tugasnya.

Tiada kebenaran

"Mohd Saiful juga memberitahu saya yang dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lebih kurang 3.30 petang di mana dia tidak memberi kebenaran untuk melakukan hubungan seks itu," kata Dr Razuin ketika memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Dr Razuin yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata hubungan seks itu berlangsung hampir setengah jam di mana pengadu juga mendakwa dadanya telah diraba.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominumDiminta menjelaskan berhubung catatan di dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) di mana beliau telah membulatkan perkataan 'penetrasi', Dr Razuin berkata ia bermakna 'tusukan penuh' di mana Mohd Saiful juga telah mengesahkan pancutan air mani berlaku ketika hubungan seks itu.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak mencatatkan sebarang rujukan tentang bahan pelincir di dalam borang itu seperti yang dinyatakan oleh Mohd Saiful dalam keterangannya, Dr Razuin berkata beliau merekodkan bahan pelincir itu di dalam kertas lain kerana borang pro-forma itu hanya untuk kes rogol memandangkan HKL tidak mempunyai borang khusus untuk kes liwat.

"Maklumat itu telah direkodkan di atas kertas yang saya kemudian serahkan kepada Dr Siew dengan catatan nota yang saya buat ketika pemeriksaan perubatan dijalankan oleh pakar," jelas Dr Razuin.

Dalam pemeriksaan balas oleh Karpal Singh untuk menjelaskan makna 'rectal attempted' seperti yang tercatat di dalam borang itu, Dr Razuin menerangkan 'rektum' adalah bahagian di dalam dubur.

Tidak sampai...

"Ia adalah liwat walaupun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektum, itu adalah makna dalam istilah perubatan untuk 'rectal attempted'," jelas saksi.

NONEBerhubung soalan lain, Dr Razuin mengesahkan DSP Judy telah merekodkan kenyataannya untuk kali pertama pada Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lepas.

Anwar, 63, ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob berkata Mohd Saiful tidak dilantik sebagai pekerja secara rasmi.

"Dia bukan pekerja tetapi sukarela yang menerima arahan terus daripada saya," katanya.

Ditanya oleh Mohamed Yusof, beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah kondominium milik 'Hassanuddin' pada 26 Jun 2008.

Sibuk

Bagaimanapun, katanya pada hari itu Anwar telah menghubunginya dan memberitahu dia ada meninggalkan envelop di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan beliau (Ibrahim) telah meminta Mohd Saiful menghantar envelop itu kepada Anwar kerana dia sibuk pada hari itu.

NONEKepada soalan lain sama ada beliau tahu Mohd Saiful telah menghantar surat peletakan jawatan pada 27 Jun 2008, Ibrahim berkata ia telah die-mel kepada Anwar dan Anwar telah menyerahkan kepadanya.

Ditanya oleh Mohamed Yusof apakah alasan Mohd Saiful untuk berhenti kerja, Ibrahim berkata Mohd Saiful menyatakan dia tidak boleh melaksanakan tugasnya dan mahu menjadi juruterbang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan ke esok, dengan DSP Judy dijangka mengangkat sumpah sebagai saksi ke-25 sebelum pihak pendakwaan menutup kes.

- Bernama

Polis akui rekod keterangan dari Rosmah, Najib

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal:
Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal:
Bagaimana dengan Najib?

Jude: Ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

CCTV rakam Anwar, Saiful di kondominium

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini tertumpu kepada keterangan mengenai rakaman kamera tertutup memaparkan tujuh kenderaan dan beberapa individu termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar masuk di lif tingkat lima Kondominium Desa Damansara tempat beliau didakwa diliwat oleh Anwar.

Rakaman berkenaan turut mempaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh Mohd Saiful dan lif yang digunakannya.

azlanMohd Saiful sebelum ini telah mengenal pasti di mahkamah bahawa beliau adalah individu yang memandu kenderaan berkenaan dan masa beliau menggunakan lif itu.

Pegawai penganalisis audio visual Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, ASP Fauziah Che Mat, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diarahkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Judy Blacious Pereira untuk membuat analisis secara terperinci data kandungan dua pemacu keras pada 3 Julai 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria, saksi itu berkata pegawai berkenaan memberitahu beliau bahawa kedua-dua pemacu keras mengandungi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan pada hari kejadian pada 26 Jun 2008.

sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboardFauziah memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat berkenaan telah membantunya dalam mengenal pasti beberapa kenderaan dan individu yang memasuki perkarangan Kondominium Desa Damansara antara 12 tengah hari dan 4 petang pada hari berkenaan.

Saksi pendakwaan kelapan itu menjelaskan bahawa beliau telah memuat turun segala data yang terdapat pada kedua-dua pemacu keras untuk memastikan segala data tidak terjejas akibat virus ataupun disebabkan faktor lain seperti kepanasan ataupun terkena cecair.

"Setelah memastikan kesemua data seperti mana terdapat dalam pemacu keras asal, saya menggunakan peralatan dan perisian khas yang terdapat di makmal untuk membuat analisis terperinci mengenai segala visual yang dirakamkan oleh CCTV dari bangunan berkenaan," katanya.

Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika disoal lanjut oleh Mohd Hanafuah apakah arahan khusus oleh Pereira kepada beliau, Fauziah berkata beliau telah diarah untuk mengenal pasti visual dua kenderaan iaitu jenis MG Rover berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WMK 6 serta sebuah kereta Fiat bernombor WPK 5925.

Kepada persoalan mengenai apa yang berlaku kepada dua pemacu keras yang asal diserahkan oleh Pereira, saksi itu berkata beliau telah memeterikannya dalam sebuah sampul dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat pada 24 Sept 2008.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 03Fauziah juga memberikan keterangan satu persatu mengenai setiap kenderaan dan invividu bermula dari kenderaan memasuki perkarangan utama kondominium, seterusnya individu dari setiap kenderaan menaiki lif di tingkat P1 ke tingkat lima.

Kenderaan berkenaan tiba antara 12 tengah hari dan 1 petang, dan kenderaan terakhir meninggalkan kondominium berkenaan pada 5 petang, katanya.

Visual rakaman ditayangkan di mahkamah, di mana satu pemacu keras mempaparkan visual di pintu keluar masuk kondominium dan satu lagi menayangkan individu-individu keluar masuk lif berkenaan.

Fauziah memberi keterangan secara terperinci mengenai gambar-gambar yang beliau memuat turun daripada rakaman berkenaan yang dikehendaki oleh Pereira.

desa damansara condominium 020708Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti siapakah pemilik kenderaan berkenaan ataupun individu-individu di dalam rakaman berkenaan.

Kepada persoalan lain oleh Mohd Hanafiah mengenai apakah beliau lakukan dengan kedua-dua pemacu keras yang asal, saksi itu berkata beliau telah masukkannya dalam sampul makmal dan sampul dimeterikan sebelum diserahkan kepada Pereira pada 24 Sept 2008.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

- Bernama

Selasa, 1 Mac 2011

Mangsa mungkin bunuh diri

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mangsa berkemungkinan mahu membunuh diri namun menukar fikiran dan cuba menyelamatkan diri pada saat-saat akhir dia dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan kajian ke atas mayat Beng Hock yang menunjukkan tidak ada sebarang kesan pergelutan.

Katanya, berdasarkan gelembung gas pada bahagian dada, mangsa dipercayai masih bernafas beberapa minit selepas jatuh.

Beliau turut ditanya Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh adakah seseorang yang ingin membunuh diri akan menahan dirinya daripada terjatuh.

“Berdasarkan ujian yang dibuat dan keadaan mayat yang seolah-olah cuba mempertahankan dirinya, mangsa dipercayai dalam keadaan sedar,” katanya yang memaklumkan turut menemui kesan kecederaan dalaman pada leher dan salur darah Beng Hock ketika melakukan bedah siasat ke atas mayatnya.