Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 21 Mei 2011

Kenaikan harga: Bersedia hadapi hakikat baru

Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.

NONEPendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.

Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu.

Muhyiddin dilaporkan menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

azlanDalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri.

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya.

Kuasa pasaran

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi.

NONE"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara.

“Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," kata Marimuthu (atas, kiri).

Beliau berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang.

azlanPada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.

Ekonomi global

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan.

sausage dilema ppim pc 290305 dr maamor osman holding reportMaamor berkata orang ramai tidak boleh menolak hakikat semasa -- bahawa kenaikan harga bagi pelbagai produk berpunca daripada faktor ekonomi global – dan oleh itu mereka perlu memahami mekanisme berkenaan agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan mereka.

Orang ramai juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan membeli masing-masing termasuk dengan meningkatkan kemahiran diri untuk membolehkan mereka menambah pendapatan.

Mengenai cara untuk menambah bekalan makanan, kata beliau, walaupun penduduk bandar menghadapi masalah untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan akibat kekurangan tanah, persatuan penduduk boleh menggunakan tanah kosong, termasuk di bawah talian bekalan elektrik, untuk bercucuk tanam dan berkongsi hasilnya.

cij book launch 080207 gurmit singhPengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) Gurmit Singh KS berkata suatu kesilapan yang dilakukan selama ini ialah membiarkan mentaliti subsidi berkembang subur dalam minda sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kata beliau mentaliti ini perlu dikikis secara berperingkat dan walaupun inflasi serta harga barangan perlu dikawal, orang ramai juga perlu berhenti daripada membazirkan sumber, tidak kira sama ada yang murah atau mahal seperti tenaga elektrik, air dan bahan bakar.

Gurmit berkata oleh kerana harga tenaga elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini, maka ramai rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat untuk mengunakannya secara cekap.

Bazir elektrik

"Orang miskin dan orang kaya semuanya membazirkan tenaga elektrik; mereka rasa, oleh kerana ia murah, maka mereka boleh membazirkannya. Mereka sepatutnya sedar bahawa sumber itu tidak boleh dibazirkan...mereka kena belajar memuliharanya," katanya.

NONEPenggunaan tenaga elektrik secara lebih cekap dan menggunakan pengangkutan awam bukan saja membolehkan orang ramai menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga membantu mengurangkan kesan akibat perubahan iklim.

"Ada orang memandu kereta ke kedai berhampiran rumahnya semata-mata untuk membeli senaskhah surat khabar. Kenapa mereka tidak berjalan saja? Ini bukan hanya menjimatkan bahan bakar, tetapi juga suatu senaman yang baik," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat negara ini supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat dan menikmati kehidupan berkualiti.

NONEDalam hubungan ini, beliau menggesa golongan berada dan golongan kelas pertengahan atas, malah menteri, supaya mempamerkan teladan yang baik.

Dr Yeah Kim Leng, pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Berhad, berkata syarikat perniagaan dan pengguna perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan kenaikan harga yang berpunca daripada hakikat baru ekonomi.

Buat pilihan

Untuk membolehkan mereka menyerap kenaikan kos, beliau berkata syarikat perniagaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

rosmah mansor najib wife shopping 290508Melalui cara ini, kata Dr Yeah, beban yang terpaksa dikongsi oleh pengguna akibat kenaikan kos akan dapat dikurangkan.

"Pengguna juga patut memilih barangan atau perkhidmatan yang lebih murah...terdapat begitu banyak pilihan di pasaran,' katanya.

Di samping menyeru pengguna supaya mengamalkan sikap berhemat dalam berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak begitu diperlukan, beliau juga menegaskan bahawa penyusunan semula subsidi perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan sihat dan defisit pula dapat dikurangkan.

- Bernama

Tiada ulasan: