Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Khamis, 16 Jun 2011

Hina Islam: Pemuda PAS hantar memo bantahan

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam.

NONEDelegasi seramai empat orang pemimpin Pemuda yang diketuai ketua pemudanya Nasrudin Hassan dilihat memasuki pejabat akhbar itu kira-kira jam 9.35 petang.

Turut mengiringi beliau, kira-kira 10 orang termasuk exco Pemuda.

Tidak kurang 30 anggota polis juga kelihatan mengawal pejabat Utusan.

Pada sidang media selepas menghantar memorandum tersebut, Nasrudin berkata pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran karikatur itu, yang dianggap "mempersendakan hukum Islam".

"Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

NONE"Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan (perkara ini). Ini sentimen agama," katanya.

Rabu lalu, akhbar milik Umno itu pada halaman 15 menyiarkan kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

utusan malaysia 15062011 cartoon hina islamLakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”


Malaysia Kini

Mengapa Persatuan Ulama Malaysia dan Penjilat Anwar menuduh hanya Utusan hina Islam dan Haji Hadi tidak?

Aku hairan.... adakah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pun dah jadi geng-geng penjilat Anwar?

Namun jauh disudut hati, aku masih percaya PUM tak la sebodoh orang PAS untuk jilat Anwar.

Cuma apa yang menghairankan aku ialah mengapa PUM mendakwa Utusan menghina Islam (sini) kerana menyiarkan karikatur di atas dengan pernyataan:

“Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Bukankah karikatur itu sebenarnya secara terang-terangan mahu menyindir Haji Haji, Presiden PAS yang pada ketika muktamar PAS baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berikut untuk membela Anwar?:

"Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video itu besi, ia tiada mata dan telinga"

Persoalannya ialah, mengapa PUM tidak mendakwa Haji Hadi menghina Islam sedangkan ayat yang digunakan Utusan di dalam karikatur berkenaan sebenarnya memetik kenyataan Presiden PAS itu?

Adakah kerana Haji Hadi adalah dari parti yang mempunyai perkataan Islam maka PUM tidak melihat kenyataan beliau sebagai menghina Islam?

Mengapa PUM double standard dalam hal ini?

Dan di bawah ini merupakan karikatur yang dilukis Zunar, penjilat tegar Anwar.

Gambar dari HHalem

Mengapa pula PUM tidak mendakwa ia menghina nama Allah dan Rasulullah?

Adakah kerana ia menghentam UMNO maka ia tidak menghina Islam?

Bukankah ia secara terang-terangan cuba mempertikaikan akidah Islam orang lain?


Inilah yang mengkompiuskan aku sebenarnya.

Aku hormat PUM, tapi kalau PUM pun double standard dan main politik juga dalam hal-hal sebegini, nampak gayanya berjayalah sudah DAP dalam hal menghuru-harakan orang Melayu dan Islam di Malaysia ni.

Hancur sudah!

http://satulimatiga.blogspot.com/

respon


Tanpa Nama berkata...

orang lin berblog, dia pun nak berblog jugak... at last goblog jadinyer.... apa punya wegoblog???
- abu 'asim

p/s: apapun aku tabik juga sebab dia tak padam komen yang menghentam ke'goblog'kannya... syabas tuan tanah!!! hehehe!

Tanpa Nama berkata...

Ini lah dia.. kalau orang kata dangkal.. melenting naik angin.. rogol dan zina adalah dua keadaan berbeza.. berbeza hukumnya.. berbeza syaratnya.. hukum hakam jangan buat main..

Tiada ulasan: