Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Sabtu, 8 Oktober 2011

Pak Lah: Pembangkang hanya bangkang saja

Pembangkang tidak patut mengkritik Belanjawan 2012 hanya kerana terdesak untuk membuat kenyataan sebaliknya mereka harus bekerjasama dalam melaksanakannya demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merupakan belanjawan yang baik serta memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya.

"Mereka (pembangkang) hanya membangkang saja. Mereka juga melakukannya (mengkritik) ketika saya menjadi Perdana Menteri.

"Ini adalah belanjawan yang baik dan saya harap mereka (kerajaan) akan melaksanakannya segera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan kepada kumpulan Artis Pencipta Alam (APA) anjuran Yayasan Pulau Banding di Putrajaya semalam.

Majlis itu sebagai menghargai 11 artis yang mengikuti lawatan ke Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Grik, Perak.

Lawatan pada Julai lalu itu bertujuan meningkatkan pengetahuan para selebriti mengenai fungsi serta keupayaan hutan terhadap penjagaan iklim serta pengawalan pemanasan iklim sedunia.

-- Bernama

Tiada ulasan: