Situs Desahan

Situs ini lebih kepada suara terbuka buat pelayar dunia maya. Masakan, Hiburan, Politik Seimbang, Sukan, Olahan dari akhbar & artikel blog yang menarik.

Ketik sini akan bantu Blog ini

Ahad, 1 Jun 2014

Keputusan Rasmi PRK Parlimen Teluk Intan

Siang tadi telah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 iaitu Mah Siew Keong dari parti Gerakan mewakili Barisan Nasional menentang Dyana Sofya Binti Mohd Daud dari DAP mewakili Pakatan Rakyat.

Keputusan Rasmi PRK Parlimen Teluk Intan

keputusan prk teluk intan Keputusan Rasmi PRK Parlimen Teluk Intan

Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi. 550 undi rosak.

Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi.
Barisan Nasional berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk intan yang sebelum ini disandang oleh wakil DAP Seah Leong Peng yang telah memenangi PRU 13 ketika menentang calon yang sama iaitu Mah Siew Keong dari parti Gerakan.

Dr Fuh – Dengan perbezaan majoriti yang agak kecil, pasti akan menimbulkan keraguan dan ketidak puasan hati terhadap keputusan yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Mohd Norwi Mohd Nor · Top Commenter · Pondok LanaiADA PELIK BIN AJAIB DISINI... MAGIC SHOW KOT...
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 39,850 + UNDI AWAL 410 = 40,260
UNDI DAP 19,919 + BN 20,157 + ROSAK 550 = 40626
MANA MAI EXTAR 366 TU....
ITU PUN ADA YANG KATA UNDI AWAL 410 TU DAH TERMASUK DALAM
39850 JUMLAH KELUAR MENGUNDI.

ANDA CUBALAH KIRA PULAK....
KOT KOT SAYA TERSALAH KIRA...
HAI.... PENING.....

keputusan rasmi prk parlimen teluk intan Keputusan Rasmi PRK Parlimen Teluk Intan

Tiada ulasan: